Thursday, July 2, 2015

Bismillah...

Salam Ramadan semua...

Izinkan saya untuk share my latest project. 

Cinta Kita - Special Edition ini adalah kompilasi Special Entries yang pernah di post di blog ini. Atas permintaan pembaca, saya decide untuk jadikan ia sebuah naskhah.

Semalam saya sudah buka order di Facebook dan hari ini di sini pulak, insya-Allah. Tapi DELIVERY LEPAS RAYA, ya? :-)


Harga  SE = RM10 + RM6 (Postage) – Semenanjung / RM10 + RM10 (Postage) – Sabah & Sarawak

Harga Combo 1 = CINTA KITA + CINTA KITA SE = RM21 + RM10 + Postage

Harga Combo 2 = CINTA KITA + CINTA KITA SE + J&J = RM21 + RM24 + RM10 (Free Postage)

Untuk Order, sila email ke order.ckse@gmail.com

Sertakan:

Nama Penuh (as per your bank account)
Nama FB
Alamat
No Telefon/email address
Bukti Bayaran
Bayaran boleh dibuat ke:
Suzana Sulaiman
Maybank (Sorry, saya cuma ada Maybank account)
5123 5205 0016
order.ckse@gmail.com

Let me know if you have any questions! :)

Terima kasih semua!! 





Tuesday, May 5, 2015

NOKTAH (CERPEN)




 Cerpen ini berada di dalam kompilasi cerpen2 di dalam Satukan Hati Kami, satu projek amal anjuran Idea Kreatif untuk mangsa banjir di Kelantan.
_______________________________________________________________

 
“HAPPY ANNIVERSARY.”
Iqbal mengangkat wajah dari buku yang sedang dibaca. Dia memandang kepada kotak yang dihulurkan kemudian ke wajah Adilla yang kini berdiri di hadapannya. Entah muncul dari mana, dia tak tahu. Sejak pulang dari pejabat, Adilla menghilang seperti biasa.
Iqbal meletakkan buku yang sedang dibaca tadi ke atas meja. Cermin mata juga ditanggalkan dan diletakkan di atas buku tersebut.
“Hadiah untuk awak.” Sekali lagi Adilla menghulurkan hadiah itu.
Teragak-agak juga Iqbal mencapainya.
Adilla senyum.
“Selamat ulangtahun. Cepatkan masa berjalan?”
Iqbal masih lagi diam.  Matanya tak lepas memandang isterinya yang kini sudah melabuh duduk di sofa.
Renungan itu dibalas oleh Adilla yang jujurnya merindui sepasang mata itu. Satu ketika dulu, mata itu pernah memandangnya dengan penuh rasa kasih. Kini, dia sendiri tidak yakin sama ada rasa itu masih wujud di hati lelaki itu. Yang nyata, sinar di mata itu sudah hilang. Hilang di saat kata ijab sudah tersimpul diantara mereka. Pelik tapi itulah yang berlaku.
Kerutan di dahi Iqbal yang luas itu muncul untuk beberapa saat dan kemudian disusuli dengan satu senyuman yang hambar. Dengan perlahan, dia menarik riben hitam yang diikat pada kotak segi empat itu.
Adilla memerhatikan jari-jemari itu. Jemari yang sudah lama tidak menyulam jemarinya. Jemari yang juga telah lama tidak menyentuhnya.
Thank you but sorry, I didn’t get you anything.” Iqbal membelek jam tangan berjenama Tag Heuer yang Adilla beli di airport Changi pada minggu lepas.
Pandangan mereka bertemu lagi tapi kali ini hanya untuk sesaat dua. Iqbal cepat melarikan pandangan. Adilla tahu suaminya lupa. Dia tahu Iqbal tidak sengaja kerana apa sahaja mengenai ‘mereka’ memang seakan tidak lagi penting buat lelaki itu.
It’s okay. Saya cuma nak ucapkan terima kasih untuk setahun ini. Banyak yang saya belajar.”  Adilla senyum ikhlas.
“Adi…”
“Ya?” Adilla angkat kening.
“Saya minta maaf.”
Tanpa suara Adilla menyentuh lengan lelaki itu. Satu lagi senyuman dihadiahkan sebelum dia bangun untuk naik ke bilik tidur.
‘Terima kasih juga kerana mengajar saya erti sepi.’ Ucapan yang hanya disambung di dalam hati.
Dan malam itu, seperti juga malam-malam yang sebelumnya, Adilla tidur sendirian.



PERSAHABATAN Myra Adilla dan Muhamad Iqbal Hakimi bermula semasa mereka di bangku sekolah menengah lagi. Bertahun mereka berkawan baik sebelum masing-masing berani menyuarakan rasa hati. Hubungan mereka bertambah rapat sewaktu terpisah di zaman universiti. Iqbal menuntut di Wales, United Kingdom sementara Adilla di Massachusetts, Amerika Syarikat. Namun jarak yang jauh itu tidak sekali pun menjadi penghalang mereka. Malah ia memekarkan lagi rasa sayang dan cinta di hati sehingga mereka mengikat tali pertunangan pada tahun akhir pengajian. Tapi yang anehnya apabila mereka tinggal di bawah satu bumbung, rasa itu kian lama kian hilang.
I think it’s time we talk about us, don’t you?” Adilla memecahkan sunyi antara mereka.
Iqbal yang sedang menonton television hanya menoleh memandang sekilas.
What do you want to talk about?” Mata Iqbal masih tekun di layar televisyen.
Us.
"What about us?" Soal Iqbal acuh tak acuh.
"I want out."
Mendengar kata-kata itu, Iqbal terus mematikan televisyen dan menumpukan perhatian kepada Adilla. Nyata dia terkejut.
“Apa dia?”
“Tolong lepaskan saya.”
"Awak cakap apa ni?" Berkerut dahi Iqbal.
"Saya penat."
"Saya tak faham."
"Awak faham, Iqbal. Awak cuma buat-buat tak faham. Let's not do that. Let’s end this.”
Iqbal mengeluh kuat. Dia meraup rambut ke belakang. Mata tak lepas memandang Adilla.
"Dah setahun, Iq. Awak sedar tak?"
Diam.
“Saya tak nak kita buang masa dan saya tak mahu menanggung dosa kerana selalu fikirkan perkara yang bukan-bukan. Dosa kalau saya simpan syak wasangka terhadap suami saya sendiri.”
“Adi…”
We don’t even talk anymore, Iq. Kita hidup dalam dua dunia yang berasingan.”
You know I am trying to build the business for our future, right? Untuk anak-anak kita.”
Adilla tahan senyum.
“Anak? Bila kali terakhir awak sentuh saya, Iq?" Sinis soalan Adilla.
"Adi..."
"Bila Iq? Awak ingat tak?”
Iqbal mula datang mendekat.  Dia mencapai jemari isterinya dan diusap perlahan. Pertama kali dalam banyak bulan.
"I am sorry." Iqbal merenung wajah Adilla yang nampak tenang.
Adilla merenung tangan yang kini di dalam genggaman suaminya.
"I am too tapi sampai bila kita nak macam ni, Iq?"
"Awak nak saya buat apa, Adi?"
"Talak di tangan awak Iq."
Iqbal terus menggeleng laju. Genggaman tangan dilepaskan.
"Saya tak akan lepaskan awak."
"Why? You don't love me, Iq."
"I married you, Adi. That counts for something."
Adilla angguk setuju. Dulu, dia memang rasa begitu.
"Do you love me, Iq?"
"Of course I do. Soalan jenis apa tu?" Iqbal kerut dahi.
"Saya tanya sebab saya dah tak nampak dan tak rasa kasih sayang atau cinta awak, Iq. Mata awak pun dah tak bersinar bila tengok saya. Tak macam dulu.”
"Adi, awak marah sebab saya tak ingat hari ulang tahun kita ke? Sebab saya tak beli awak hadiah? Sebab tu awak tiba-tiba timbulkan hal ni kan?”
Adilla senyum sebelum menggeleng.
"Tak. Sebab saya rasa dah sampai masa kita bercakap mengenai hal ini."
"Adi, stop it!" Iqbal bingkas bangun.
"Iq, untuk apa kita nak teruskan kalau kita tak sehaluan?  There is no shame in calling it quits, Iq. Islam tak melarang kita bercerai. Kita masih boleh jadi kawan."
"If I wanted us to be just friends, I would not have proposed, Adi." Suara Iqbal dah mula tegang.
"Jadi kenapa saya rasa macam saya seorang diri dalam perkahwinan ini, Iq? Saya dah penat menunggu awak.  Saya sering tertanya di mana silap kita sampai kita macam orang asing dalam rumah sendiri?"
"Apa yang awak nak, Adi?”
"Saya nak seorang suami bukan seorang housemate. We don't even sleep in the same room, let alone in one bed."  Suara Adilla masih lagi lembut.
Iqbal kembali duduk disofa. Dia meraup wajahnya berkali-kali.
"Saya tak boleh lepaskan awak, Adi."
"Kenapa?"
Lama pandangan mereka bertemu. Adilla tahu saat dia melangkah pergi nanti, dia pasti akan merindui sepasang mata yang redup itu. Pada bibir yang merah itu, dan pada jambang nipis yang sentiasa menghiasi wajah lelaki kesayangannya itu.
"I just can't."
Iqbal jelas nampak buntu.
"I don't love you, Iq." Itu ‘kad’ terakhir yang Adilla ada.
"Adilla!"
"Loving you hurts me like hell. It's time for me to put myself first. Loving me, first."
Mereka beradu pandang lagi.
"You are serious, aren't you?"
"I wouldn't bring this up, if I am not. You know me."
Iqbal menggeleng laju.  Berkali-kali dia meraup wajahnya selepas itu. Air mata yang sudah bergenang jelas kelihatan.
"What do you want from me?" Suara Iqbal kian lemah.
"You know what I want. I will not repeat myself." Pinta Adilla tegas.
"Tak boleh, Adi. Saya tak boleh. Can't we try something? Couples therapy?"
Adilla senyum.
It’s too late.”
“Jangan cakap macam tu, Adi. You are not a quitter. 
Please Iq. I don’t want to wake up one day when I am forty and wonder what happened to my life. We both deserve a better life. A happier one.
Iqbal menarik nafas dalam-dalam.
Lama mereka duduk tanpa suara.
“Tolong bagi saya beberapa hari lagi, Adi. Apa yang awak minta, sangat berat untuk saya tunaikan. Apa kata keluarga kita nanti?”
I am not staying in this marriage for our families’ sake.
“Adi…”
‘Saya sayang awak Iqbal tapi saya tahu saya tidak ada lagi dalam hati awak. Jadi saya lepaskan awak pergi.’


SEMINGGU sebelum itu.
“Adi, kenapa tukar flight kau? Budak-budak lain semua dah ke Universal Studio tau.” Shelly bertanya semasa mereka bersarapan di hotel sebelum Adilla mendaftar keluar.
“Malaslah. Dah habis meeting, baik aku balik je. Budak-budak tu lain cerita. Semua single. Tak ada hal lah.”
You are not that old yourself.” Shelly ketawa.
Well compared to them, yes I am.” Adilla ikut ketawa.
“Rindu cik abang kau ke? Baru tiga hari.”
“Rindu katil aku!”
Shelly sambung tawa.
So, kau ambil flight pukul berapa?”
“Pukul sebelas.”
Shelly angguk.
“Yang kau pulak, nak buat apa satu hari kat sini?”
“Aku nak pergi Orchard Road. Christmas shopping.”
“Ooo… good bargains eh?”
“Yup. Better than KL.”
I see. Eh, kau jangan lupa beli untuk aku sekali tau?”
“Eh, kau pun nak?”
Adilla ketawa.
“Mestilah! Siapa tak nak hadiah?  Did you know that in Islam, we are actually encouraged to give gifts to others as it enhances the love for one another?”
Oh really? In that case, kau pun kena beli untuk aku tau!”
“Aku dah beli pun.”
“Ni yang buat aku sayang kau lebih!”  Bulat mata Shelly seronok. Mengalahkan budak-budak!


SEMASA Adilla tiba di KLIA, dia mengambil keputusan untuk singgah di kedai buku sementara menunggu kereta pejabat datang mengambilnya. Sedang dia asyik membelek sebuah buku, tiba-tiba dia terhidu satu haruman yang sangat dia kenali. Haruman yang dihidu setiap pagi selama hampir setahun. Hatinya terus bertukar tempo.
‘Tapi apa dia buat kat sini? Tak mungkinlah. Mungkin orang lain.’ Adilla bermonolog sendiri.  
“Sayang.” 
Adilla terus tergamam. Suara itu. Dia kenal. Sangat.
Yes baby?” Suara manja yang laju menjawab mematikan terus pergerakan Adilla.  Nasib baik dia sempat menahan diri dari berpaling ke belakang untuk menyahut panggilan itu.  
“Kita pergi makan lepas ni?”
Perbualan mereka dapat didengari dengan jelas.
Adilla terus menyelak laju buku di tangan. Selaju degupan jantungnya di waktu itu. Tangannya juga sudah sedikit menggeletar.
Sure baby. I am starving. Tak makan lunch tadi.”
“Kenapa tak makan?”
“Sebab I excited nak jumpa you.”
“Dalam flight pun tak makan?”
“Tak. Kan I kata, I excited.”
“Jangan macam tu sayang. Kalau you kena gastrik attack nanti, siapa susah?”
“You lah.” Kedengaran wanita itu ketawa perlahan.
“You tak kesian kat I ke?”
“Kesiaaaan… Er Baby, wife you bila balik?” Suara wanita itu separuh berbisik.
 “Esok.”
So we have the whole day?
What’s left of it, yes.
“Jom, Baby. Let’s not waste time.
Adilla memaut tangan ke para buku di hadapannya untuk mengelak dirinya dari rebah.
‘Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan.’
Sesungguhnya Allah telah menjawab doanya hari ini. Sangkaannya selama ini akhirnya ternyata benar. Dia yakin seorang lelaki itu tidak mungkin akan berubah tanpa sebab. Cuma untuk sekian lama dia tercari-cari sebabnya. Kini Alhamdulillah, segalanya telah terjawab.


“MAKAN?” Iqbal menyapa si isteri yang baru melangkah ke dapur.
No thanks.
Wajah Adilla yang sedikit pucat direnung seketika.
Are you alright?
“Ya.” Adilla menjawab tanpa menoleh. Gelas dicapai dan air masak dituang ke dalam. Langkahnya yang mahu segera meninggalkan dapur itu terhenti apabila Iqbal bersuara lagi.
“Boleh duduk kejap?”
Adilla terus tarik kerusi. Matanya ditumpukan ke luar jendela. Hujan yang tak berhenti dari petang tadi seumpama mengiringi hujan di dalam hatinya.
“Bercakap dengan saya pun dah tak sudi?”
Adilla tarik nafas. Perit rasanya. Sukar baginya untuk berhadapan dengan seorang yang hipokrit. Itu bukan dia.
“Awak nak cakap apa?”
“Awak dah makan ke belum?” Soalan bertemu soalan.
“Belum dan saya tak nak makan.”
“Sebab saya ada?”
“Sebab saya tak ada selera.”
Iqbal menyuakan sudu berisi nasi goreng ke mulut Adilla.
“Saya nak awak makan Adi,” pinta Iqbal.
“Saya tak nak.”
“Adilla…”
“Iq, tolong jangan paksa saya. Awak tahu kan saya tak suka dipaksa?”
“Sekali je. Please…”
Adilla kalih pandang. Matanya yang berkaca bertemu dengan sepasang mata yang juga berkaca. Dalam diam hatinya menyoal kenapa Iqbal harus bersedih dengan perpisahan yang dia minta ini. Bukankah dengan dia mengundur diri, ia akan membuka luas jalan untuk Iqbal bersama dengan si dia?
Please...” Melihat air mata Iqbal yang jatuh, Adilla mengalah.
Nasi goreng yang terasa seperti pasir dikunyah perlahan sebelum ditelan.
Lama Iqbal merenung isterinya. Dia tak tahu bagaimana caranya lagi untuk memujuk Adilla untuk membatalkan permintaannya.
Gosh! This is hard! I don’t know if I can go through this, Adi!” Iqbal mengesat air matanya sebelum dia bangun dan mula mundar mandir di dapur yang sederhana besar itu.
“Tak susah. Say it and we will get on with our lives.” Sambut Adilla mendatar. Dia harus tetap mempertahankan pendiriannya. Dia tak mahu kalah dengan pujuk rayu lelaki itu.
“How can you be so heartless?”
How can you?’ Adilla sekadar bertanya dalam hati.
“Awak nak buang semua yang kita ada, Adi? Semua ni tak ada makna pada awak ke? Kita dah lalui macam-macam bersama. Sejak kita di tingkatan satu.” Sambung Iqbal sambil meraup rambutnya.
“Bercerai bukan bermakna saya akan buang semua kenangan kita, Iq. Ia juga tak bermakna yang saya anggap semua ini hanya sia-sia.”
“Saya tak boleh tak ada awak, Adi.”
I don’t love you, Iqbal.”
“Tipu!”
“Ikut suka hati awaklah. I don’t want to fight. We never fought before and I am not about to start now.
Iqbal menarik kerusi untuk duduk betul-betul di hadapan Adilla. Lutut mereka kini saling menyentuh. Bahu Adilla dipegang kuat.
Look at me.” Iqbal mengarah. Rasa amarahnya sedaya upaya cuba ditahan.
Adilla angkat muka. Membalas pandangan suaminya.
Why are you lying to me?”
“I am not. I don’t lie.
“Adi. Saya bukan kenal awak semalam.”
“Betul. Maknanya awak pun tahu saya tidak bergurau.”
Tell me the truth.”
“Muhamad Iqbal Hakimi, you can’t handle the truth.
Try me, Myra Adilla.” Iqbal menguatkan cengkaman di bahu isterinya.
“Iq, sakit.”
Serta merta cengkaman itu dilepaskan.
Sorry.” Bibir Iqbal terus melekap ke dahi isteri.
Satu tindakan spontan yang mengejutkan mereka sebenarnya.
Iqbal memarahi dirinya sendiri kerana dia telah lama mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami terhadap Adilla. Memang betul, sudah berbulan dia tidak menyentuh isterinya.
Adilla sekadar membenarkan kerana dia tahu, ini mungkin sentuhan suami yang terakhir buat dirinya. Esok mereka akan ke Jabatan Agama Islam Gombak.
“Adi.. talk to me.”
“Esok kita akan…”
“Adi, saya tak nak.”
“Iq, awak dah janji.”
“Adi, kita tangguh.”
No.”
“Adi… Saya tak biasa tak ada awak dalam hidup saya. Separuh hidup saya ada awak.”
You will get used to it.” as I will try to, sambung Adilla dalam hati.
“Adi…”
Adilla menarik nafas.
“Iqbal, dengar sini. Sebagai manusia, kita kena akur pada ketentuan Allah. Dalam kehidupan kita, akan ada berbagai macam orang yang akan datang dan pergi. Bukan semua orang akan kekal dalam kehidupan kita. Sama juga dengan satu perkahwinan. Tak semua akan bahagia sampai ke akhir usia. Tak semua akan dapat rezeki yang sebesar itu. We take what we can get. We learn from it and we move on.
“Tapi saya tak puas hati dengan sebab yang awak berikan.”
“Yang saya tak cintakan awak?”
“Ya. Saya tahu saya cinta pertama awak, Adi.”
‘dan awak juga cinta terakhir saya. Tapi cinta saya saja tidak cukup untuk kita teruskan hubungan ini’
Do you love me, Iq?”
Iqbal tunduk memandang lantai.
It’s okay Iq. It is okay for you to fall out of love with me. Saya boleh terima itu. It doesn’t make you a bad person.
“Adi...”
“Selama kita berkahwin, saya sentiasa ada di sisi awak. I didn’t move. You did. Diam saya tidak bererti saya sudah tidak peduli. Saya cuma mahu melihat sejauh mana awak akan melangkah.”
“Adilla..”
“Kalau awak betul-betul kenal saya, awak tahu yang saya paling tak suka kalau orang tipu saya. Saya boleh terima kalau orang hina atau keji saya, tapi saya tak boleh terima orang tipu saya. Hancur hati saya.”
Lama Iqbal diam. Dia meletakkan kepala di antara kakinya. Tangan diletakkan dibelakang leher.
You know?” Suara Iqbal seakan berbisik. Dia kembali duduk tegak. Mata terus memandang ke dalam mata Adilla.
Yes I know.
“When?”
“Does it matter?”
Iqbal mengeluh panjang. Belakang leher disapu beberapa kali.
I am so sorry.”
You should be. For lying to me.
“Adi, saya...”
Adilla angkat tangan.
“Saya tak nak tahu sebabnya. Sungguh. Cukup untuk saya katakan, semoga awak jumpa bahagia bersama dia dan saya minta maaf kerana saya tak dapat memberikan kebahagiaan itu kepada awak selama kita bersama.”
Don’t say that.”
“Kalau awak bahagia tentu tak akan ada ruang untuk dia dalam perhubungan kita, bukan?”
“Adi...”
It’s okay Iq. Macam saya kata tadi.  Allah is teaching us something. Let’s be a good student and learn from this, okay?” Adilla cuba mengorak senyum.
Iqbal memandang isteri yang ternyata jauh lebih kuat darinya.
I can leave her.” Iqbal lebih rela kehilangan Ezra.
Adilla senyum lagi.
Sure you can but I still want out.” Lafaznya tenang.
 Why?
Because there is something to be learnt from this test, and things are much easier to see and understand when you are alone.
“Tapi…”
“Iq, awak jugak perlukan masa.  If you are leaving her for me, then you really have to ask yourself why she was here in the first place.
Iqbal meraup rambutnya.
I screw up didn’t I?
Adilla menggeleng.
“Mungkin saya juga ada buat salah.”
“Awak tak ada salah apa-apa.” Laju Iqbal mencelah.
“Jangan macam tu, Iq. Sebagai manusia, saya juga tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Sebab tu saya rasa kita berdua perlukan masa. Masa untuk kita muhasabah diri. Dalam Allah menguji, Dia juga sebenarnya sedang memberi satu peringatan kepada kita. Sama-sama kita gunakan masa ini untuk betulkan yang mana tak betul dan biarlah masa yang menentukan segalanya. Kalau Allah mahu kita bersama, kita pasti akan bersatu semula dan kalau tidak, saya akan sentiasa doakan kebahagian awak.”
“Saya akan jatuh tanpa awak, Adi. Awak kekuatan saya.”
“Sometimes it takes a good fall to really know where we stand, Iq and sometimes Allah let us fall because there is something down there that we are supposed to find.”
“Bagaimana awak boleh menjadi begitu kuat dan tenang, Adi?”
“Sebab Allah ada, Iq. Dia sentiasa ada dan Dia tidak akan sekali-kali menduga kita melebihi apa yang kita mampu hadapi.”


DI PARKIR kereta di perkarangan Pejabat Agama Gombak.
“Adi?” Iqbal memandang isterinya yang manis berbaju kurung. Jarang sekali Adilla mengenakan baju tradisional itu. Kerjayanya sebagai seorang jurutera membuatkan Adilla lebih selesa berseluar slack atau jeans.
“Ye?” Adilla yang baru mengunci kereta datang mendapatkan Iqbal yang memarkir di sebelah. Selepas berkemas semalam, Adilla memutuskan bahwa mereka patut datang di dalam kereta yang berasingan kerana selepas ini, dia akan pulang ke rumah keluarganya di Shah Alam.
Iqbal mencapai kedua belah tangan Adilla.
Ready?”
Angguk.
“Boleh saya peluk awak?”
Angguk lagi dan Adilla langsung dibawa ke dalam dakapan. Lama.
“Iq, people are looking. We are not in UK.” Adilla teringat saat mereka berbulan madu di London.
“Kejap. Please.” Iqbal mengeratkan dakapannya. Mencari kekuatan untuk menunaikan satu janji.
“Janji pada saya yang awak tak akan sembunyikan diri?”
“Janji. I will be at my parents.
“Janji pada saya yang kita akan tetap berkawan?”
“Janji. You have my number. Call me when you need to talk. Just like old days.
“Janji pada saya yang kita akan saling mendoakan satu sama lain?”
“Janji.”
“Saya sayang awak.”
“Saya tahu.”
“Saya minta maaf.”
“Saya dah maafkan dan saya juga minta maaf.”
“Awak tak salah apa-apa.”
Dengan berat hati, Iqbal meleraikan rangkulannya. Bibirnya sempat menyapa dahi Adilla. Beberapa mata yang sedang memerhati tidak diendahkan.
“Iq, we have to go.”
Tangan Adilla dicapai dan digenggam erat. Dengan lafaz bismillah, Iqbal membuka langkah. Jika dia menikahi Adilla dengan cara baik, insya-Allah perpisahan mereka juga akan berlangsung dengan cara baik.
Ini khilafnya. Iqbal tahu itu dan kini dia sudah bersedia untuk menerima hukumannya. Hari-hari tanpa Adilla pasti akan sukar tapi dia perlu reda.
‘Bila kita reda, hati rasa tenang.’  Itu nasihat yang pernah diberikan oleh Adilla untuknya.
Biar sesukar mana sekalipun, dia akan tempuhi segalanya dengan satu tekad. Hati Myra Adilla yang terluka akan dia ubati sehingga wanita itu menerimanya kembali kerana dia yakin di dalam hati Myra Adilla cuma ada Muhamad Iqbal Hakimi.


T.A.M.A.T 
31.12.2014