Sunday, June 22, 2014
Jodohku & JanjiNya - Sedikit Update
Assalamualaikum...
Maaf kerana dah lama tak update kat sini... Sebenarnya Bab 13 adalah bab terakhir yang akan Kak Su upload di sini... insyaAllah, kalau ada rezeki sambungannya akan dapat dibaca dinovel nanti.. so doakan perjalanan kami ya... sesungguhnya perkataan TAMAT itu sangat lah jauh lagi...
InsyaAllah buat sementara menunggu, Kak Su akan cuba upload snippets dan teasers sebagai pengubat rindu you all, ya? :)
Kepada yang on Facebook dan belum join group Kak Su, ini link untuk request:
https://www.facebook.com/groups/HeartStories/
InsyaAllah, kita boleh berbual di sana...
Akhir kata... terima kasih atas semua komen2 anda yang sangat2 Kak Su hargai dan doakan kami selalu ya? :)
Wassalam.
Thursday, June 5, 2014
Bab 13 - Jodohku & Janji-Nya
DERETAN
dulang di atas meja makan itu diperiksa satu persatu. Dulang-dulang perak itu
sudah diliputi oleh kain satin berwarna perak. Juntaian manik-manik di hujung
kain satin itu membuatkan dulang-dulang ini nampak elegan. Di atas setiap
dulang pula, diletakkan satu kotak kaca yang akan memuatkan barang-barang
hantaran untuk pihak lelaki. Hanya
beberapa kotak sahaja yang sudah berisi, selebihnya akan diisikan kemudian. Bunga-bunga
segar juga akan ditambah pada hari lansungnya nanti.
Tugas
seterusnya ialah menyiapkan cenderahati untuk keluarga bakal suami Safi nanti. Ada
seratus kotak yang perlu mereka siapkan. Melihat kepada kotak-kotak perak yang
tersusun di meja kopi, Jannah melangkah ke situ. Dia melabuhkan duduknya di
sofa dan mula mencari toolbox yang
mengandungi riben-riben yang perlu dia potong.
Sedang
dia mencari gunting dibawah timbunan riben di dalam toolboxnya itu, nada dering telefonnya memecah kesunyian di rumah
dua tingkat itu.
‘Ni
mesti Safi yang kuatkan nada dering ni.” Gumam Jannah. Dia mengerling nama yang
tertera diskrin telefon itu. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Setiap hari, pasti
ada panggilan darinya.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
“Apa
khabar awak hari ini?”
“Alhamdulillah,
saya sihat.”
“Alhamdulillah.
Baguslah kalau begitu.”
“Ada
apa yang boleh saya bantu, Encik Qayyum?”
“Oh,
tak ada apa-apa. Saya ada masa sikit. I
am in between meetings, itu yang saya telefon.”
“I see.”
“Awak
tengah buat apa tu?”
“Tak
ada apa, Encik Qayyum. Just work around
the house.”
“Err.
awak dah lunch?”
“Sudah.
Encik Qayyum?” Tangan dan matanya kembali mencari gunting.
“Sudah.
Saya makan dengan ayah sebelum solat Jumaat tadi.”
“Oh.
Tuan Amir sihat?” soalnya sekadar ingin berbasa basi.
“Ayah
sihat. Alhamdulillah. You know how he is.
Tak boleh duduk diam.”
“InsyaAllah,
minggu depan saya masuk office.”
“Oh, don’t worry about work. Pastikan
awak dah cukup sihat sebelum kembali bekerja.”
“Saya
dah sihat, Encik Qayyum dan terima kasih kerana membenarkan saya melanjutkan cuti saya.” Sengaja dia menambah cuti selama
seminggu lagi kerana dia ingin berehat. Sudah lama rasanya dia tidak mengambil
cuti sehinggakan cuti tertunggaknya bertambah dari tahun ke tahun. Masa ini
digunakan sepenuhnya untuk menolong Safi dengan persiapan perkahwinannya.
“Sama-sama
although I miss seeing you at the office.”
Jannah
berdehem perlahan. Seperti selalu, dia tidak selesa apabila Qayyum bergurau
begitu.
“Encik
Qayyum, I have to go. I have something on
the stove.” Dia mereka alasan.
Di
hujung sana, Qayyum sudah tersenyum sendiri. Dia sedia maklum perangai Jannah
yang satu ini. Yang suka mengelak setiap kali apabila dia mula ingin “mencuba
nasib”.
“What are you cooking?” soalnya sengaja
ingin memanjangkan perbualan mereka.
“Err..
bubur jagung.”
“Oh,
that is my favourite.”
Jannah
telan liur.
“Oh
iya? Kegemaran house mate saya juga.
Sorry, Encik Qayyum but I really have to
go.”
“Oh
ok. I won’t keep you.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Balas Jannah dan seraya itu dia mematikan panggilan tersebut. Telefonnya
dilemparkan ke sofa sebelah. Matanya ditutup sebentar. Sungguh dia tidak selesa
setiap kali Qayyum bersikap begitu. Walaupun dia belum menolak hasrat Tuan Amir
secara formal, dia yakin Qayyum sudah dapat membaca reaksinya. Dia juga bimbang
jika penolakkannya nanti akan membuat hubungan kerja antara mereka menjadi
kekok. Dia berdoa semoga Qayyum dapat bersikap profesional nanti.
“Fikir
apa?” soal Safi yang baru turun dari tingkat atas.
“Hmmm..
tak ada apa lah.”
“Siapa
call?”
“Kau
kuatkan nada dering aku eh?”
Safi
ketawa.
“Yup.
Dah kau set perlahan sangat. Selalu tak dengar bila aku call kau.”
“Kalau
iya pun, tak payah la set ke maksimum. Terkejut aku tadi tau!”
“Siapa
call? Jihad ke?” Safi terus menyoal.
“Nope.”
“Dia
jarang call kau kan?”
Jannah
membulatkan matanya. Sejak dia keluar dari hospital, Jihad hanya sekali sekala
akan bertanya khabar. Itu pun melalui WhatApps.
“So, Qayyum yang telefon?”
Jannah
mengangguk.
“Hmm..
Apa lagi dia nak ya, hari-hari telefon kau?”
“Manalah
aku tahu.” Jannah mengangkat bahu.
“Aku
tahu. Dia nak kau!”
Jannah
membaling satu bantal kecik ke arah Safi yang sedang galak ketawa.
“Aku
tak nak!”
“Sebab
kau nak Jihad eh?” soal Safi sambil mengangkat kening.
“Pun
aku tak nak and no more questions or
aku tak tolong kau dengan kotak-kotak ni semua. Kau buat lah sendiri, ya?” Ugut
Jannah.
“Ta..”
“No!”
“Ji…”
“Safi!”
Bulat mata Jannah memandang sahabatnya itu.
“Ala..
aku bukan nak tanya lah! Aku nak cakap.”
“Kau
nak cakap apa?”
“Aku
nak cakap, yang aku lagi suka kalau kau pilih Jihad!” Safi mengekek ketawa
sambil melarikan diri ke dapur.
Jannah
mengetap bibir. Kalau lah ini bukan sahabat dunia akhiratnya.
KEESOKKAN
harinya, Jannah mengambil keputusan untuk menyertai aktiviti kumpulan motornya untuk
berkonvoi ke Taiping. Maklumat itu, dia perolehi dari perbualan kumpulan mereka
di WhatsApp semalam. Sudah 2 minggu, dia tidak menyertai sebarang aktiviti
mereka malah bersua muka pun tidak.
“Hati-hati
bawa motor tu.” Pesan Safi apabila melihat Jannah sedang mengenakan jaket
kulitnya.
“Ya,
aku tahu.”
“Tahu
lah sangat. Kenapa lah kau ni tak bawa saja kereta kau tu? Risau la aku.” Bebel
Safi.
“Bawa
kereta dengan bawa motor, adrenaline rush
dia tak sama, Safi. Berapa kali aku nak cerita kat kau ni? Dah la,
pagi-pagi jangan nak membebel.”
Safi
mencebik bibir .
“Ok Ok.. but can you please be careful?” pesan Safi lagi. Doanya semoga
Allah menjaga Jannah selalu.
“Ya.
InsyaAllah. Don’t worry? Hilang seri
pengantin kau nanti. Malam nanti aku balik. Tak payah tunggu, ok?” Jannah terus mengenakan helmetnya. Isyarat ‘thumbs up’ diberi kepada Safi dan Safi
membalasnya. Seraya itu, enjin Kawasaki Ninja dihidupkan dan motor berkuasa
tinggi itu terus mengaum.
SETIBANYA
di kedai makan yang sudah menjadi tempat pertemuan mereka, Jannah tidak terus
masuk ke kedai. Pandangannya tertumpu kepada lelaki yang sedang asyik mendengar
cerita si gadis yang sedang duduk bersebelahan dengannya. Air di gelas
masing-masing sudah berbaki separuh. Sesekali kepalanya diangguk. Sesekali ada
senyuman terukir di bibir. Mereka nampak mesra.
'Kenapa
hati kau sakit, Jannah? He is no one to
you. Kau yang tolak dia.' Dia bermonolog sendiri untuk cuba menenangkan
perasaannya yang tiba-tiba terusik.
"Itu
Amy, anak Datuk Khalid." Kedengaran satu suara dari belakang.
Jannah
menoleh memandang Malek yang baru tiba agaknya.
"Oh
ye ke?”
“Rider?”
“Yup.
Baru nak berjinak-jinak. Dia tu regular
kat gim aku. Tu yang dia boleh borak sakan dengan Khael.”
“Oh..
Hmm..So she will be riding with us?"Jannah
menyoal Malek yang sedang membuka sarung tangan dan jaket.
"Looks like it. Kecuali ada yang
membantah." Malek mengerling ke arahnya.
"Kenapa
pula aku nak bantah?” Jannah faham benar isyarat mata itu.
“Mana
lah tahu kalau kau nak jadi the only rose
among thorns.”
“Tak
ada maknanya. Lagipun it's a free country."
Malek
ketawa.
"Untuk
pengetahuan kau, ini minggu kedua dia datang.”
Jannah
sekadar mengangguk tanda dia faham.
“Eh,
jomlah kita join them. Aku dah haus ni. Lama aku tercegat kat belakang kau tadi. Kau
mesti tak perasan kan? Tapi yang kau berdiri tegak macam patung cendana dari
tadi ni kenapa?"
Jannah
membiarkan saja soalan itu. Pandangannya terarah
kepada gadis itu yang masih rancak bercerita tapi pandangan Jihad telah beralih
daripada si gadis dan sedang tepat memandang ke arahnya.Tiada senyuman cuma satu renungan. Mungkin
dia sedikit terkejut melihat kelibat Jannah di situ.
Langkah
yang baru hendak dibuka, terhenti. Ada
satu debaran yang aneh dihatinya. Dia melihat Jihad menaip sesuatu di iPhonenya
dan sesaat kemudian, telefon Jannah berbunyi menandakan ada satu pesanan
WhatApps yang masuk.
"My heart is yours.."
Jannah
mengeluh perlahan dan terus menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar selepas
membaca pesanan dari Jihad itu.
“Hey
Jannah, welcome back!” ucap Nick
kepadanya.
“Thanks.” Balasnya pendek sambil menarik
kerusi untuk duduk. Pandangan mereka
bertaut semula sebelum Jannah pantas melarikan pandangan untuk mencari pekerja
kedai.
“Jannah,
kau dah sihat betul ke ni?” soal Khalid selepas Jannah selesai memesan
minumannya.
“Aku
okey, alhamdulillah.” Telefon yang berada dikocek seluar dikeluarkan dan
diletakkan di atas meja bersama kunci motor dan helmet.
“Hi,
saya Amy. Amelia Iman.” Si gadis itu menegur dengan ramah. Tangan dihulur untuk
bersalam dengan Jannah.
“Jannah.
Nur Jannah Zahraa.” sambut Jannah.
“Wow,
ada dua J di sini.” Sambungnya sambil menoleh ke arah Jihad sambil tersenyum.
“Jarang
tau I dapat jumpa nama Melayu yang bermula dengan huruf J selain Johan yang dah
common. Jihad and Jannah.. wow.”
Jannah
sekadar tersenyum. Untuk pertemuan pertama, gadis ini memang ramah orangnya.
“So you dah lama with the group?” Amy menyambung soal.
“Lama
lah jugak.”
“Is it tough being the only girl?”
“Nope. Biasa saja.”
“Really? I baru 2 minggu tapi dah pening kepala
sebab asyik kena buli saja. Nasib baik Jihad ni, kurang sikit nakal dia.” Amy
mengukir senyum ke arah lelaki disebelahnya itu.
“Amboi,
merungut nampak.” Nick menyampuk.
“Bukan
merungut lah. Ini kisah benar. Beritahu pun, depan-depan ni.”
“You will get used to it. Just be yourself.”
Pesan Jannah ikhlas. Melihat pada sikap
Amy yang periang dan peramah ini, tentu seronok untuk lelaki-lelaki ini
mengusiknya.
Seketika
itu, telefonnya bercahaya menandakan ada satu pesanan masuk.
[Awak
dah sihat?]
Jannah
memandang kepada yang bertanya yang sedang tunduk memerhatikan skrin telefon.
[Yup.]
Jawabnya pendek. Telefonnya diletakkan semula ke atas meja. Minuman yang baru
sampai, dikacau sebelum menyedut perlahan. Ketika itu Amy sedang rancak bertikam
lidah dengan Nick dan Malek. Dia sekadar mendengar.
Sekali
lagi, telefonnya bercahaya. Satu lagi soalan diterima.
[Lama
tak datang?]
[Saya
sibuk.]
[Work?]
[Nope. Saya masih bercuti.]
[Eloklah.
It is good to take a rest. Good for your
body and soul.]
[Ya.]
[Jahitan di dahi tu is healing well.]
Sekali
lagi mata dia naik untuk memandang Jihad dan kali ini, pandangan mata mereka
berpaut dan ada senyuman dibibir Jihad. Senyuman
yang sudah dua minggu tidak menyapa pandangannya. Kali terakhir mereka bertemu
ialah pada hari dia keluar dari hospital.
“Ehem
Ehem.. is there something going on
between you two?”
Soalan
Amy itu terus membuat Jannah mengalihkan pandangannya.
“Kenapa
kau tanya, Amy?” soal Malik.
“Sebab
kau mengurat Khael tapi dia buat bolayan?” Nick kembali mengusik.
“Nick!
Tak ada maknanya! Boyfriend I, nak
letak mana?” balas Amy dengan nada geram.
Nick
ketawa kuat.
Jihad
hanya mengukir senyum walaupun dia nampak perubahan air muka Jannah. Dia pasti
Jannah kurang selesa dengan cara Amy yang lantang bertanya.
“So, korang ni couple ke apa? Jihad, come on.
You can tell me.”
Jihad
memandang Jannah semula.
“See! I know that look!” Amy terus
menerus membuat andaian.
“Jihad!
Just tell me already!” Amy kembali
mengasak lelaki itu.
“Well, you seem to be the expert,kan? So, just pray for us, ok?” Balas
Jihad dengan bersahaja. Dia berharap semoga jawapan itu akan membuat Amy
berhenti dari terus menyoalnya.
“Wah!
This is news! Aku pun tak tahu!”
“Woi,
sejak bila ni?”
“Masa
Jannah di hospital ke?”
“Wow,
dalam diam-diam kau, dapat kau cairkan Jannah eh! Hebat kau!”
“Berita
baik ni, kau kena belanja kami, Khael!”
Serta
merta semua tumpuan terarah kepada Jihad. Riuh kedengaran satu persatu soalan
dan penyataan yang dilancarkan oleh semua orang. Nasib baik semuanya hanya ditujukan
kepada Jihad kerana diketika itu Jannah sedang mencuba sedaya upaya untuk menahan
kemarahannya dari meletus. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Berulang kali dia
beristigfar di dalam hati. Dia sama sekali tidak menyangka Jihad akan berkata
begitu. Jawapan yang dirasakan seperti memerangkap dan menarik dia bersama.
Sungguh dia marah!
JIHAD
menarik keras lengan Jannah untuk membawanya ke belakang motosikal
masing-masing.
“Apa ni?! Sakitlah!” Bentak
Jannah. Matanya tajam memandang Jihad dengan rasa tidak puas hati.
“Kenapa awak renegade macam tu?!” soal Jihad.
Suaranya naik satu oktaf. Nafasnya naik turun. Laju.
“Saja. I just felt like it.”
Suara Jannah yang bersahaja menambah lagi
rasa sakit di hatinya.
“Why
are you being so childish?”
“I
was not!”
“Awak tahu tak, apa
yang awak buat tu merbahaya?! Bukan hanya bahaya untuk diri awak but also to other riders and drivers. I
never expect you to be this careless!!”
Mahu terputus jantungnya tadi apabila melihat Jannah tiba-tiba memecut
laju meninggalkan kumpulan konvoi mereka yang sedang dalam perjalanan ke
Taiping.
Bukan sahaja laju, malah
beberapa kali dia melihat Jannah menyelit di antara kereta dan lori treler. Jihad
yang berada di belakang terpaksa memecut hampir sepuluh minit untuk mengejar
Jannah untuk menyuruh gadis itu berhenti.
“Lepaskan. Tangan.
Saya.” Walaupun suara itu perlahan dan tersekat-sekat tapi keras bunyinya.
Dan lengan itu serta
merta dilepaskan. Kerana rasa marahnya, Jihad terlupa yang dia masih memegang
lengan jaket kulit itu.
Jannah terus mengurut
lengan jaketnya dan membetulkan kain litup kepalanya. Sarung tangan kulitnya
dibuka dengan kasar.
“Are you done?” dia merenung Jihad. Dia boleh mendengar desah nafas
lelaki itu yang sedang turun naik. Pasti lelaki itu sedang cuba mengawal
kemarahan di hati.
Jihad tidak menjawab.
Hanya matanya masih tepat membalas renungan Jannah.
“Look, saya tak suruh awak ikut saya. I do what I want to do. Everyone knows that. Just leave me alone!” Jannah
membentak. Apa hak lelaki ini untuk memarahinya sebegitu?
Jihad mendengus kasar. Sungguh kesabarannya tercabar hari ini.
Hatinya sakit melihat tingkah laku Jannah.
“Jannah, saya tahu awak
marah dengan saya.” Sedaya upaya dia menahan suaranya untuk tidak naik tinggi.
“Oh,
don’t flatter yourself!”
“Awak marah dengan apa
yang saya katakan pada Amy tadi, right?
Dan kerana marah awak itu, awak buat sesuatu yang bodoh dan membahayakan diri
awak sendiri! Kalau awak marahkan saya, marahlah saya. Saya ada kat sini. Nak
jerit kat saya? Silakan. I am all ears.
Nak pukul? Pukullah! Nak tendang? Go
ahead! But don’t you dare be
self-destructive like that again. Don’t
you dare, do you hear me?!” Herdik Jihad keras.
“Dan apa hak awak nak marah saya?!” soal
Jannah, juga keras. Jantungnya kini berdegup laju setelah mendengar luahan
amarah Jihad. Pertama kali lelaki ini hilang sabar dengannya.
Jihad mengetap
bibirnya. Tangannya naik untuk menyisir rambut. Soalan Jannah menyedarkan dia
akan kedudukannya yang bukan sesiapa dihati gadis itu. Entah bagaimana dia
boleh terlupa hakikat yang satu itu.
Untuk seketika, mereka
tidak bersuara. Pandangan mereka dilemparkan ke arah kenderaan yang bertali
arus dilebuhraya itu.
“You know what, Jannah? If you
really can’t stand me that much, I will walk away.” Sambung Jihad perlahan.
Hanya Allah saja yang tahu rasa perit dihatinya disaat perkataan itu diucapkan.
Jannah pantas menoleh memandang
Jihad. Ternyata ada kesal di mata lelaki
itu.
“Are you done?” soal Jannah.
“It scares the hell out of you, doesn’t it?”
“What do you mean?”
“Being with me. Letting yourself go with me.”
Diam.
“Answer me, Jannah! The least you can do is
give me an answer.”
Diam lagi.
“Why Jannah?” Untuk kesekian kalinya, Jihad mengutarakan soalan yang
sama.
Jannah menarik nafas.
Dadanya juga tiba-tiba terasa perit.
“Jangan paksa saya.”
“Maafkan saya kalau
awak rasa saya terlalu mendesak.”
“Don’t
put words in my mouth. Saya tak suka.”
Jihad mengeluh
perlahan. Sungguh dia tak sangka, gurauannya tadi membawa mereka ke situasi
ini.
“Jannah...”
Jannah menggeleng
kepala. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Suara Jihad yang lembut menyebut
namanya membuatkan hatinya menjadi sayu tiba-tiba.
“Just walk away, Jihad. That is what you said moments ago, right?”
Suara Jannah sudah seakan berbisik.
Lama Jihad merenung
gadis yang sedang tunduk itu sebelum dia melangkah untuk mencapai helmet dari
atas motornya.
“Saya tak tahu apa yang
awak takutkan Jannah. Demi Allah, I would
rather hurt myself than to hurt you.” Jihad menarik turun penutup helmet full facenya. Enjin motosikal dihidupkan dan throttlenya dipulas beberapa kali
sebelum dia meluncur laju meninggalkan Jannah.
Subscribe to:
Posts (Atom)