Thursday, June 5, 2014

Bab 13 - Jodohku & Janji-Nya



DERETAN dulang di atas meja makan itu diperiksa satu persatu. Dulang-dulang perak itu sudah diliputi oleh kain satin berwarna perak. Juntaian manik-manik di hujung kain satin itu membuatkan dulang-dulang ini nampak elegan. Di atas setiap dulang pula, diletakkan satu kotak kaca yang akan memuatkan barang-barang hantaran untuk pihak lelaki.  Hanya beberapa kotak sahaja yang sudah berisi, selebihnya akan diisikan kemudian. Bunga-bunga segar juga akan ditambah pada hari lansungnya nanti. 

Tugas seterusnya ialah menyiapkan cenderahati untuk keluarga bakal suami Safi nanti. Ada seratus kotak yang perlu mereka siapkan. Melihat kepada kotak-kotak perak yang tersusun di meja kopi, Jannah melangkah ke situ. Dia melabuhkan duduknya di sofa dan mula mencari toolbox yang mengandungi riben-riben yang perlu dia potong.

Sedang dia mencari gunting dibawah timbunan riben di dalam toolboxnya itu, nada dering telefonnya memecah kesunyian di rumah dua tingkat itu.

‘Ni mesti Safi yang kuatkan nada dering ni.” Gumam Jannah. Dia mengerling nama yang tertera diskrin telefon itu. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Setiap hari, pasti ada panggilan darinya.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

“Apa khabar awak hari ini?”

“Alhamdulillah, saya sihat.”

“Alhamdulillah. Baguslah kalau begitu.”

“Ada apa yang boleh saya bantu, Encik Qayyum?”

“Oh, tak ada apa-apa. Saya ada masa sikit. I am in between meetings, itu yang saya telefon.”

“I see.”

“Awak tengah buat apa tu?”

“Tak ada apa, Encik Qayyum. Just work around the house.”

“Err. awak dah lunch?”

“Sudah. Encik Qayyum?” Tangan dan matanya kembali mencari gunting.

“Sudah. Saya makan dengan ayah sebelum solat Jumaat tadi.”

“Oh. Tuan Amir sihat?” soalnya sekadar ingin berbasa basi.

“Ayah sihat. Alhamdulillah. You know how he is. Tak boleh duduk diam.”

“InsyaAllah, minggu depan saya masuk office.”

“Oh, don’t worry about work. Pastikan awak dah cukup sihat sebelum kembali bekerja.”

“Saya dah sihat, Encik Qayyum dan terima kasih kerana membenarkan saya melanjutkan  cuti saya.” Sengaja dia menambah cuti selama seminggu lagi kerana dia ingin berehat. Sudah lama rasanya dia tidak mengambil cuti sehinggakan cuti tertunggaknya bertambah dari tahun ke tahun. Masa ini digunakan sepenuhnya untuk menolong Safi dengan persiapan perkahwinannya.

“Sama-sama although I miss seeing you at the office.”

Jannah berdehem perlahan. Seperti selalu, dia tidak selesa apabila Qayyum bergurau begitu.

“Encik Qayyum, I have to go. I have something on the stove.” Dia mereka alasan.

Di hujung sana, Qayyum sudah tersenyum sendiri. Dia sedia maklum perangai Jannah yang satu ini. Yang suka mengelak setiap kali apabila dia mula ingin “mencuba nasib”.

“What are you cooking?” soalnya sengaja ingin memanjangkan perbualan mereka.

“Err.. bubur jagung.”

“Oh, that is my favourite.”

Jannah telan liur.

“Oh iya? Kegemaran house mate saya juga. Sorry, Encik Qayyum but I really have to go.”

“Oh ok. I won’t keep you. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Balas Jannah dan seraya itu dia mematikan panggilan tersebut. Telefonnya dilemparkan ke sofa sebelah. Matanya ditutup sebentar. Sungguh dia tidak selesa setiap kali Qayyum bersikap begitu. Walaupun dia belum menolak hasrat Tuan Amir secara formal, dia yakin Qayyum sudah dapat membaca reaksinya. Dia juga bimbang jika penolakkannya nanti akan membuat hubungan kerja antara mereka menjadi kekok. Dia berdoa semoga Qayyum dapat bersikap profesional nanti.

“Fikir apa?” soal Safi yang baru turun dari tingkat atas.

“Hmmm.. tak ada apa lah.”

“Siapa call?”

“Kau kuatkan nada dering aku eh?”

Safi ketawa.

“Yup. Dah kau set perlahan sangat. Selalu tak dengar bila aku call kau.”

“Kalau iya pun, tak payah la set ke maksimum. Terkejut aku tadi tau!”

“Siapa call? Jihad ke?” Safi terus menyoal.

“Nope.”

“Dia jarang call kau kan?”

Jannah membulatkan matanya. Sejak dia keluar dari hospital, Jihad hanya sekali sekala akan bertanya khabar. Itu pun melalui WhatApps.

“So, Qayyum yang telefon?”

Jannah mengangguk.

“Hmm.. Apa lagi dia nak ya, hari-hari telefon kau?”

“Manalah aku tahu.” Jannah mengangkat bahu.

“Aku tahu. Dia nak kau!”

Jannah membaling satu bantal kecik ke arah Safi yang sedang galak ketawa.

“Aku tak nak!”

“Sebab kau nak Jihad eh?” soal Safi sambil mengangkat kening.

“Pun aku tak nak and no more questions or aku tak tolong kau dengan kotak-kotak ni semua. Kau buat lah sendiri, ya?” Ugut Jannah.

“Ta..”

“No!”

“Ji…”

“Safi!” Bulat mata Jannah memandang sahabatnya itu.

“Ala.. aku bukan nak tanya lah! Aku nak cakap.”

“Kau nak cakap apa?”

“Aku nak cakap, yang aku lagi suka kalau kau pilih Jihad!” Safi mengekek ketawa sambil melarikan diri ke dapur.

Jannah mengetap bibir. Kalau lah ini bukan sahabat dunia akhiratnya.




KEESOKKAN harinya, Jannah mengambil keputusan untuk menyertai aktiviti kumpulan motornya untuk berkonvoi ke Taiping. Maklumat itu, dia perolehi dari perbualan kumpulan mereka di WhatsApp semalam. Sudah 2 minggu, dia tidak menyertai sebarang aktiviti mereka malah bersua muka pun tidak.

“Hati-hati bawa motor tu.” Pesan Safi apabila melihat Jannah sedang mengenakan jaket kulitnya.

“Ya, aku tahu.”

“Tahu lah sangat. Kenapa lah kau ni tak bawa saja kereta kau tu? Risau la aku.” Bebel Safi.

“Bawa kereta dengan bawa motor, adrenaline rush dia tak sama, Safi. Berapa kali aku nak cerita kat kau ni? Dah la, pagi-pagi jangan nak membebel.”

Safi mencebik bibir .
            
 “Ok Ok.. but can you please be careful?” pesan Safi lagi. Doanya semoga Allah menjaga Jannah selalu. 

“Ya. InsyaAllah. Don’t worry? Hilang seri pengantin kau nanti. Malam nanti aku balik. Tak payah tunggu, ok?”  Jannah terus mengenakan helmetnya. Isyarat ‘thumbs up’ diberi kepada Safi dan Safi membalasnya. Seraya itu, enjin Kawasaki Ninja dihidupkan dan motor berkuasa tinggi itu terus mengaum.




SETIBANYA di kedai makan yang sudah menjadi tempat pertemuan mereka, Jannah tidak terus masuk ke kedai. Pandangannya tertumpu kepada lelaki yang sedang asyik mendengar cerita si gadis yang sedang duduk bersebelahan dengannya. Air di gelas masing-masing sudah berbaki separuh. Sesekali kepalanya diangguk. Sesekali ada senyuman terukir di bibir. Mereka nampak mesra.

'Kenapa hati kau sakit, Jannah? He is no one to you. Kau yang tolak dia.' Dia bermonolog sendiri untuk cuba menenangkan perasaannya yang tiba-tiba terusik.

"Itu Amy, anak Datuk Khalid." Kedengaran satu suara dari belakang.        

Jannah menoleh memandang Malek yang baru tiba agaknya.

"Oh ye ke?”

“Rider?”

“Yup. Baru nak berjinak-jinak. Dia tu regular kat gim aku. Tu yang dia boleh borak sakan dengan Khael.”

“Oh.. Hmm..So she will be riding with us?"Jannah menyoal Malek yang sedang membuka sarung tangan dan jaket.

"Looks like it. Kecuali ada yang membantah." Malek mengerling ke arahnya.

"Kenapa pula aku nak bantah?” Jannah faham benar isyarat mata itu.

“Mana lah tahu kalau kau nak jadi the only rose among thorns.”

“Tak ada maknanya. Lagipun it's a free country."

Malek ketawa.

"Untuk pengetahuan kau, ini minggu kedua dia datang.”

Jannah sekadar mengangguk tanda dia faham.

“Eh, jomlah kita join them. Aku dah haus ni. Lama aku tercegat kat belakang kau tadi. Kau mesti tak perasan kan? Tapi yang kau berdiri tegak macam patung cendana dari tadi ni kenapa?"

Jannah membiarkan saja soalan itu. Pandangannya terarah kepada gadis itu yang masih rancak bercerita tapi pandangan Jihad telah beralih daripada si gadis dan sedang tepat memandang ke arahnya.Tiada senyuman cuma satu renungan. Mungkin dia sedikit terkejut melihat kelibat Jannah di situ.
Langkah yang baru hendak dibuka, terhenti.  Ada satu debaran yang aneh dihatinya. Dia melihat Jihad menaip sesuatu di iPhonenya dan sesaat kemudian, telefon Jannah berbunyi menandakan ada satu pesanan WhatApps yang masuk.


"My heart is yours.."

Jannah mengeluh perlahan dan terus menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar selepas membaca pesanan dari Jihad itu.

“Hey Jannah, welcome back!” ucap Nick kepadanya.

“Thanks.” Balasnya pendek sambil menarik kerusi untuk duduk.  Pandangan mereka bertaut semula sebelum Jannah pantas melarikan pandangan untuk mencari pekerja kedai.

“Jannah, kau dah sihat betul ke ni?” soal Khalid selepas Jannah selesai memesan minumannya.

“Aku okey, alhamdulillah.”  Telefon yang berada dikocek seluar dikeluarkan dan diletakkan di atas meja bersama kunci motor dan helmet.

“Hi, saya Amy. Amelia Iman.” Si gadis itu menegur dengan ramah. Tangan dihulur untuk bersalam dengan Jannah.

“Jannah. Nur Jannah Zahraa.” sambut Jannah.

“Wow, ada dua J di sini.” Sambungnya sambil menoleh ke arah Jihad sambil tersenyum.

“Jarang tau I dapat jumpa nama Melayu yang bermula dengan huruf J selain Johan yang dah common. Jihad and Jannah.. wow.”

Jannah sekadar tersenyum. Untuk pertemuan pertama, gadis ini memang ramah orangnya.

“So you dah lama with the group?” Amy menyambung soal.

“Lama lah jugak.”

“Is it tough being the only girl?”

“Nope. Biasa saja.”

“Really? I baru 2 minggu tapi dah pening kepala sebab asyik kena buli saja. Nasib baik Jihad ni, kurang sikit nakal dia.” Amy mengukir senyum ke arah lelaki disebelahnya itu.

“Amboi, merungut nampak.” Nick menyampuk.

“Bukan merungut lah. Ini kisah benar. Beritahu pun, depan-depan ni.”

“You will get used to it. Just be yourself.” Pesan Jannah ikhlas.  Melihat pada sikap Amy yang periang dan peramah ini, tentu seronok untuk lelaki-lelaki ini mengusiknya.

Seketika itu, telefonnya bercahaya menandakan ada satu pesanan masuk.

[Awak dah sihat?]

Jannah memandang kepada yang bertanya yang sedang tunduk memerhatikan skrin telefon.

[Yup.] Jawabnya pendek. Telefonnya diletakkan semula ke atas meja. Minuman yang baru sampai, dikacau sebelum menyedut perlahan. Ketika itu Amy sedang rancak bertikam lidah dengan Nick dan Malek. Dia sekadar mendengar.

Sekali lagi, telefonnya bercahaya. Satu lagi soalan diterima.

[Lama tak datang?]

[Saya sibuk.]

[Work?]

[Nope. Saya masih bercuti.]

[Eloklah. It is good to take a rest. Good for your body and soul.]

[Ya.]

[Jahitan di dahi tu is healing well.]

Sekali lagi mata dia naik untuk memandang Jihad dan kali ini, pandangan mata mereka berpaut dan ada senyuman dibibir Jihad. Senyuman yang sudah dua minggu tidak menyapa pandangannya. Kali terakhir mereka bertemu ialah pada hari dia keluar dari hospital.

“Ehem Ehem.. is there something going on between you two?”

Soalan Amy itu terus membuat Jannah mengalihkan pandangannya.

“Kenapa kau tanya, Amy?” soal Malik.

“Sebab kau mengurat Khael tapi dia buat bolayan?” Nick kembali mengusik.

“Nick! Tak ada maknanya! Boyfriend I, nak letak mana?” balas Amy dengan nada geram.

Nick ketawa kuat.

Jihad hanya mengukir senyum walaupun dia nampak perubahan air muka Jannah. Dia pasti Jannah kurang selesa dengan cara Amy yang lantang bertanya.

“So, korang ni couple ke apa? Jihad, come on. You can tell me.”

Jihad memandang Jannah semula.

“See! I know that look!” Amy terus menerus membuat andaian.

“Jihad! Just tell me already!” Amy kembali mengasak lelaki itu.

“Well, you seem to be the expert,kan? So, just pray for us, ok?” Balas Jihad dengan bersahaja. Dia berharap semoga jawapan itu akan membuat Amy berhenti dari terus menyoalnya.  

“Wah! This is news! Aku pun tak tahu!”

“Woi, sejak bila ni?”

“Masa Jannah di hospital ke?”

“Wow, dalam diam-diam kau, dapat kau cairkan Jannah eh! Hebat kau!”

“Berita baik ni, kau kena belanja kami, Khael!”

Serta merta semua tumpuan terarah kepada Jihad. Riuh kedengaran satu persatu soalan dan penyataan yang dilancarkan oleh semua orang. Nasib baik semuanya hanya ditujukan kepada Jihad kerana diketika itu Jannah sedang mencuba sedaya upaya untuk menahan kemarahannya dari meletus. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Berulang kali dia beristigfar di dalam hati. Dia sama sekali tidak menyangka Jihad akan berkata begitu. Jawapan yang dirasakan seperti memerangkap dan menarik dia bersama. Sungguh dia marah!




JIHAD menarik keras lengan Jannah untuk membawanya ke belakang motosikal masing-masing.

“Apa ni?! Sakitlah!” Bentak Jannah. Matanya tajam memandang Jihad dengan rasa tidak puas hati.

“Kenapa awak renegade macam tu?!” soal Jihad. Suaranya naik satu oktaf. Nafasnya naik turun. Laju.
       “Saja. I just felt like it.” 

        Suara Jannah yang bersahaja menambah lagi rasa sakit di hatinya.

       “Why are you being so childish?”

        “I was not!”

“Awak tahu tak, apa yang awak buat tu merbahaya?! Bukan hanya bahaya untuk diri awak but also to other riders and drivers. I never expect you to be this careless!!”  Mahu terputus jantungnya tadi apabila melihat Jannah tiba-tiba memecut laju meninggalkan kumpulan konvoi mereka yang sedang dalam perjalanan ke Taiping.

Bukan sahaja laju, malah beberapa kali dia melihat Jannah menyelit di antara kereta dan lori treler. Jihad yang berada di belakang terpaksa memecut hampir sepuluh minit untuk mengejar Jannah untuk menyuruh gadis itu berhenti.

“Lepaskan. Tangan. Saya.” Walaupun suara itu perlahan dan tersekat-sekat tapi keras bunyinya. 

Dan lengan itu serta merta dilepaskan. Kerana rasa marahnya, Jihad terlupa yang dia masih memegang lengan jaket kulit itu.

Jannah terus mengurut lengan jaketnya dan membetulkan kain litup kepalanya. Sarung tangan kulitnya dibuka dengan kasar.

“Are you done?” dia merenung Jihad. Dia boleh mendengar desah nafas lelaki itu yang sedang turun naik. Pasti lelaki itu sedang cuba mengawal kemarahan di hati.

Jihad tidak menjawab. Hanya matanya masih tepat membalas renungan Jannah.

“Look, saya tak suruh awak ikut saya. I do what I want to do. Everyone knows that. Just leave me alone!” Jannah membentak. Apa hak lelaki ini untuk memarahinya sebegitu?

Jihad mendengus kasar.  Sungguh kesabarannya tercabar hari ini. Hatinya sakit melihat tingkah laku Jannah.

“Jannah, saya tahu awak marah dengan saya.” Sedaya upaya dia menahan suaranya untuk tidak naik tinggi.

“Oh, don’t flatter yourself!”

“Awak marah dengan apa yang saya katakan pada Amy tadi, right? Dan kerana marah awak itu, awak buat sesuatu yang bodoh dan membahayakan diri awak sendiri! Kalau awak marahkan saya, marahlah saya. Saya ada kat sini. Nak jerit kat saya? Silakan. I am all ears. Nak pukul? Pukullah! Nak tendang? Go ahead! But don’t you dare be self-destructive like that again.  Don’t you dare, do you hear me?!” Herdik Jihad keras.

“Dan apa hak awak nak marah saya?!” soal Jannah, juga keras. Jantungnya kini berdegup laju setelah mendengar luahan amarah Jihad. Pertama kali lelaki ini hilang sabar dengannya. 

Jihad mengetap bibirnya. Tangannya naik untuk menyisir rambut. Soalan Jannah menyedarkan dia akan kedudukannya yang bukan sesiapa dihati gadis itu. Entah bagaimana dia boleh terlupa hakikat yang satu itu.

Untuk seketika, mereka tidak bersuara. Pandangan mereka dilemparkan ke arah kenderaan yang bertali arus dilebuhraya itu.

“You know what, Jannah? If you really can’t stand me that much, I will walk away.” Sambung Jihad perlahan. Hanya Allah saja yang tahu rasa perit dihatinya disaat perkataan itu diucapkan.

Jannah pantas menoleh memandang Jihad.  Ternyata ada kesal di mata lelaki itu.

“Are you done?” soal Jannah.

“It scares the hell out of you, doesn’t it?”

“What do you mean?”

“Being with me. Letting yourself go with me.”

Diam.

“Answer me, Jannah! The least you can do is give me an answer.”

Diam lagi.

“Why Jannah?” Untuk kesekian kalinya, Jihad mengutarakan soalan yang sama.

Jannah menarik nafas. Dadanya juga tiba-tiba terasa perit.

“Jangan paksa saya.”

“Maafkan saya kalau awak rasa saya terlalu mendesak.”

“Don’t put words in my mouth. Saya tak suka.”

Jihad mengeluh perlahan. Sungguh dia tak sangka, gurauannya tadi membawa mereka ke situasi ini.

“Jannah...”

Jannah menggeleng kepala. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Suara Jihad yang lembut menyebut namanya membuatkan hatinya menjadi sayu tiba-tiba.

“Just walk away, Jihad.  That is what you said moments ago, right?”  Suara Jannah sudah seakan berbisik.

Lama Jihad merenung gadis yang sedang tunduk itu sebelum dia melangkah untuk mencapai helmet dari atas motornya.

“Saya tak tahu apa yang awak takutkan Jannah. Demi Allah, I would rather hurt myself than to hurt you.” Jihad menarik turun penutup helmet full facenya.  Enjin motosikal dihidupkan dan throttlenya dipulas beberapa kali sebelum dia meluncur laju meninggalkan Jannah.

            “Sooner or later, everyone leaves.” Bisik Jannah kepada dirinya sendiri.

Thursday, May 29, 2014

Bab 12 : JodohKu & Janji-Nya



"Awak tak kerja?" Jannah menyoal Jihad yang baru sahaja sampai. Melihat kepada pakaian Jihad yang sudah berganti, dia yakin lelaki itu telah pulang ke rumah sebentar tadi. Lelaki itu mengenakan t-shirt polo berwarna biru gelap yang dipadankan dengan seluar jeans berwarna hitam.    

"Tak. Saya ambil cuti." Beg kertas yang dibawa diletakkan ke atas meja kecil di hujung katil.

"Sebab saya?"

"Ya, sebab awak." Balas Jihad jujur. Hatinya berkeras tidak mahu meninggalkan Jannah keseorangan.

Jannah mengeluh perlahan. Dia tidak suka menjadi beban kepada sesiapa. Kecederaannya tidaklah teruk mana. Dia masih boleh bergerak dan menguruskan dirinya sendiri. Lagipun tidak banyak yang dapat Jihad lakukan untuknya kerana mereka bukan mahram. Jihad sekadar menjadi teman untuk berbual dan lelaki itu sentiasa ada saja modal untuk bercerita.

"Jannah, awak tidak menyusahkan saya. Saya tidak ada sebarang kes mahkamah hari ini. Jadi, awak tak payahlah risau, okey? Ni, saya ada bawakan sup ikan haruan. Awak nak makan dengan roti atau nasi?" Satu demi satu bekas Tupperware dibawa keluar dari beg kertas tadi.

Belum sempat Jannah menjawab, Jihad kembali menyoal.

"Awak nak saya suapkan atau boleh makan sendiri?"

Soalan yang begitu bersahaja itu membuatkan Jannah ketawa. Dia tahu lelaki itu sekadar mengusiknya.

"Saya bukan lumpuh lah. I can still move my hands, see?" Jannah mengangkat dan menggerakkan kedua tangannya.

"Itu saya tahu tapi selalunya perempuan jadi manja bila mereka sakit."

"Speaking from experience? One of your ex-girl friend, perhaps?" Jannah mengangkat kening.

"Nope. You are my first, remember?”Jihad mengerling ke arah Jannah.

“Let’s not jump the gun, Jihad.”

Jihad ketawa.

“Sorry. Slip of the tongue but I am merely stating the truth.”

“Jihad.” Jannah mengeraskan suaranya. Dia tidak mahu menukar arah perbualan mereka ke arah itu.

“Ok. Ok. I was actually referring to my own baby sister. Dia, kalau sakit, satu rumah akan jadi jururawat dia. Selagi dia tak seratus peratus pulih, we will be at her beck and call."

"Well, she is lucky tapi maaf saya tak manja." Membesar seorang diri, dia tidak punya sesiapa untuk bermanja kecuali apabila dia bersama Puan Kamariah yang sudah dianggap seperti ibu.

"Tak apa. Nanti boleh belajar skil itu. Lagi-lagi, lepas awak kahwin dengan saya."

Sekali lagi Jannah mengeluh. Dia membetulkan duduknya sambil menarik selimut naik ke pinggang.

"Jihad, please don't start."

“Oh, did I say it out loud? Maaf, patutnya dialog itu bersambung dalam hati.” Jihad tersenyum senang. Entah mengapa mulutnya sangat laju untuk mengeluarkan kata-kata sebegitu sungguhpun dia tahu ianya boleh mengundang kemarahan Jannah. Berada dekat dengan Jannah, menimbulkan satu rasa yang amat menyenangkan hatinya.  

“Jihad, tolong bagi saya masa.” Pinta Jannah ikhlas.

Pandangan mereka bertaut untuk sesaat dua.

Jihad mengangguk faham.

“Dan awak tak payah temankan saya. Saya okey. Mungkin esok, saya dah boleh balik.”

“Menghalau saya ke?” soal Jihad sambil menghulurkan dua buah novel kepada Jannah sebelum duduk dikerusi ditepi katil itu.

“Saya tak tahu awak suka baca genre apa, jadi saya bawa dua.” Sambungnya lagi.

“Awak beli?” Jannah membelek dua novel yang masih berbalut. 

“Tak, saya shoplift tadi.” Jihad mengusik.

Jannah mengetap bibir. Salah dia bertanya soalan bonus sebegitu.

“Tolong jangan susahkan diri awak untuk saya. Nanti saya rasa terhutang budi.”

“Saya ikhlas menolong, Jannah. Saya tak minta apa-apa balasan.”

“Saya yang rasa terbeban.”

“Don’t be. Saya minta maaf kalau buat awak rasa begitu. Kita cuma kawan, okey?” Kata-kata Jannah itu menerbitkan rasa bersalah dihati Jihad. Sungguh dia tidak ada niat untuk membebankan gadis itu. Ya, memang dia mahu menjadikan Jannah sebagai isterinya namun itu bukan sebab utama dia berada di situ. Niatnya memang ikhlas kerana dia tahu Jannah tidak punya keluarga.

“So, nak makan sekarang atau nanti?” soal Jihad lagi sambil matanya memandang ke arah tiga bekas Tupperware yang sudah tersusun.

“Nanti. Saya kenyang lagi.”

“Okey. Nanti bila nak makan, saya tolong panaskan.”

“They served good breakfast here.”

“Seriously?”

“Yup. Healthly menu but delicious.”

“Kalau macam tu, esok pagi bagi saya rasa sikit eh?”

“Sorry, I don’t share my food.”

“Huish, tak baik kedekut.”
 
Perbualan mereka terhenti apabila pintu bilik Jannah diketuk.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam warrahmatullah.” Jawab mereka berdua hampir serentak.

“Masuk lah Safi.” Pelawa Jannah dan kelibat Safi yang tersenyum lebar muncul dari belakang pintu.

“Aku menganggu ke ni?” soal Safi kepada Jannah.

“Tak ada lah. We were just talking. Jihad, awak ingat Safi, kan?”

Jihad mengangguk laju.

“Ingat. Apa khabar, Safi?” soalnya sambil menunduk hormat.

“Baik, Alhamdulillah. Awak dah lama sampai ke?”

“Dah lama lah juga.” Jawab Jihad sambil tersenyum penuh makna.

“Eh, kau cuti ke?” Jannah menyoal Safi.

“Ha-ah. Maaf sebab semalam aku tak dapat temankan kau.”

“It’s ok. Aku tahu kau jumpa dengan keluarga Razlan kan?”

“Ya. Aku balik pun dah lambat semalam. Itu yang tak sempat nak singgah pun.”

“Tak apa. Aku ni bukan cedera parah pun sampai nak kena ada teman. Lagipun kat sini kan ada jururawat? Kalau ada apa-apa, aku cuma perlu tekan butang ni.” Jari Jannah menunjuk kepada panel yang berada dikepala katilnya.

“Ya lah, itu aku tahu tapi kalau aku masuk hospital, aku mesti nak ada orang temankan aku.”

“Kau dan aku, lain.” Jannah membulatkan matanya.

“Err… sorry to interrupt, tapi memandangkan Safi ada ni, saya nak minta diri dulu. Kejap lagi nak solat Jumaat. Saya datang petang nanti, ya?” Jihad mencelah.

“Okey tapi Jihad, you don’t have to come by later. Safi boleh teman saya hari ni. Kan?” ucap Jannah sambil menoleh dan kembali menyoal Safi.

“Err.. aku sampai petang saja kot. Malam ini aku ada dinner dengan keluarga Razlan lagi.”

“Oh.. okey.” Jannah menjawab perlahan. Dia tahu jawapan Safi itu membuka ruang untuk Jihad menemaninya pada malam itu.

“No worries. Petang nanti, kita tukar shift ya, Safi? Awak tolong temankan Jannah sekejap. Nanti saya belanja minum.”  

“Ha-ah. Boleh, boleh.” Safi menggaru kepala yang tidak gatal. Nada dan kata-kata Jihad itu seperti ada cerita disebaliknya.  

“In the meantime, saya balik dulu.  Ermm.. Sup tu, pastikan awak panaskan dahulu sebelum makan. Kalau tak larat nak suap sendiri, boleh minta Safi tolong suapkan ya? Assalamualaikum.” Sempat lagi Jihad mengusik sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

“Waalaikumsalam warrahmatullah.” Sambut Jannah dan Safi bersama dan mata mereka mengikut jejak lelaki itu.

“Wahhhhh!!”  jerit Safi sejurus selepas pintu bilik Jannah kembali tertutup rapat.

“Huish, minachi! Ini hospital lah.”

Safi ketawa.

“Apa Jihad tu buat kat sini? Macam mana dia tahu kau masuk hospital? Korang dah declare ke? Kenapa aku tak tahu??”

“Kau ni kan, kalau bertanya laju mengalahkan bullet train kat Jepun!”

“Cepatlah cerita!” Safi merapatkan kerusi duduknya dengan katil Jannah.

“Sebelum aku cerita, kau cerita dulu. Macam mana meeting dengan keluarga Razlan semalam?”

“Ala.. okey saja. Kan dah rancang dari awal? Majlis semua buat kat rumah dia. Aku ikut saja apa yang mummy dia dah rancang.”

“So, nikah malam lepas tu reception tengahari esoknya?”

“Ha-ah. Tapi sebelum majlis nikah, mummy kata dia nak buat kenduri sikit. Saja nak meraikan adik-beradik dan saudara mara yang ada.”

“Hmm.. penatlah kau nanti. It is going to be a long day for you.”

“For you too. Kau dah janji nak temankan aku kan? Cuti kau pun Tuan Amir dah luluskan tahu?”

“Ya. Aku tahu. Err.. family kau datang?”

“Insya-Allah, mak dan bapa aku akan datang. Cuma aku rasa adik beradik aku yang tak akan datang. Mereka tu kan masih marah dengan aku.” Tiba-tiba suara Safi menjadi sayu apabila teringat kepada kakak dan abang-abangnya.

“Baguslah kalau parents kau datang. Restu mereka penting. Walaupun berlainan agama, they are still your parents dunia akhirat. Pasal adik beradik kau tu, aku rasa, bila kau ada baby nanti, sure rasa marah mereka akan hilang. Mesti mereka nak jumpa dengan anak saudara yang pastinya comel. Anak kacukanlah katakan.” Jannah cuba menenangkan Safi yang selalu sedih apabila soal keluarganya timbul.

“Kita sama-sama doa, ya?”

“Of course! Always! So, hantaran?” Jannah menukar topik.

“Ermmm.. Hantaran kita buat lah. Kau kan dah janji nak tolong aku?”

“9 dulang?”

“Yup!”

“Hmm…ok nanti lepas aku keluar hospital, kita pergi cari barang-barang. Aku rasa doktor akan kasi aku cuti sekurang-kurangnya seminggu ni. Kau apply cuti ya?”

“Okey. Nanti aku minta kat boss. Dia mesti akan approve punya.  Eh, enough about me, kau ni, siapa yang langgar sebenarnya?”

“Ada lah orangnya. Takkan hantu pulak. Lagipun kalau aku beritahu nama dia pun, bukan kau kenal.”

“Hish kau ni. Yalah aku tahu tapi nasib baik tak terukkan? Ini kalau Mak Kamariah tahu, mesti dia bising habis sebab kau bawa motor pada hari kerja.”

“Jangan kau gatal nak beritahu pada mak ataupun Sarah ya? Aku cedera sikit saja ni, nanti dia orang risau. Cukuplah mamat tu risau seorang.”

Safi ketawa.

“Siapa? Jihad?”

Angguk.

“I think he is serious about you.”

“I know he is but I am not ready, Safi and him being here buat aku rasa tertekan.”

“Maksud kau?”

“Dia temankan aku semalam. He came straight from work. Pagi tadi baru dia balik.”

“Oh…Dan dia akan temankan kau lagi malam ni? Ohhh.. my Jihad! So sweet!!”

“Hish kau ni! Meroyan ke apa? Kau dengar tak apa aku kata tadi?” Tangannya pantas menampar peha Safi yang sudah teruja semacam.

“Aduh! Sakit-sakit pun boleh tampar aku? Kau ni betullah. Cubalah jadi lady like sikit.”

Jannah mendecit.

“Seriously, I don’t know how to tell him. Dia macam selamba saja. Katanya, kami cuma kawan tapi who is he kidding? Aku tahu dia nak lebih dari itu.”

“Tak baik kau fikir macam tu. Walaupun itu end in mind dia, tapi aku rasa dia ikhlas menolong kau. Husnuzon, Jannah. Cuba lembutkan hati kau tu sikit. But all jokes aside, aku respect habis kat dia. Tak ramai lelaki yang yakin dan gigih berusaha macam dia. Eh, tadi dia ada sebut pasal sup, dia bawa ke?”

“Yup. Tu..” Bibir Jannah mengarah pada meja di hujung katilnya.

Safi bangun untuk memeriksa 3 Tupperware yang tersusun di situ.

“Wow. Don’t tell me he cooked this?” Bau yang tersisip keluar dari penutup bekas yang baru dibuka sangat menyelerakan.

“Entah, aku tak tanya. I assumed he bought it.”

“Dia nak beli kat mana? Awal lagi kan? Baru pukul 11.  Wah, siap ada nasi putih dan roti baquette lagi. Bagus betul Jihad ni. Untunglah kau, Jannah.”

“Ya lah, untunglah aku. Tu tengok sampai macam nak juling mata, kau nak rasa ke?”

“Hish, dia masak untuk kau. Kau lah rasmikan dulu, kemudian baru aku follow.” Balas Safi sambil tersengih lebar.

“Nantilah, aku belum lapar. Aku dah mengantuk ni.”

“Must be the medication.” Safi kembali semula ke kerusinya.

“Ni novel apa pulak? Sejak bila kau baca novel?” soal Safi selepas mencapai satu novel dari meja ditepi katil Jannah.

“Jihad bawa tadi.”

“Hmm.. ok now I am speechless. He is so darn thoughtful. He cooked for you and he brought you books to read. Haih… Ya Allah, semoga bakal suamiku juga semanis lelaki ini.”

“Kata speechless.. panjangnya speechless kau tu ya?” Perli Jannah.

Safi ketawa lepas.

“Dah la, kau kata mengantukkan? Pergilah tidur. Novel ni aku buka dan baca dulu ya?  Nampak macam best.” Matanya tertancap membaca sinopsis yang dibelakang novel itu.

“Hmm.. silakan. Lepas baca nanti, jangan lupa summarise kan untuk aku. Senang kalau Encik Peguam tu tanya nanti.”

“Banyaklah kau ni. Eh Eh.. cop cop sebelum kau tidur, siapa bagi bunga yang besar ni dan siapa pula bagi ros merah tu?”

“Yang besar tu, dari orang yang langgar aku dan yang satu lagi, Jihad.”

“Wa...”

“And before you say anything, aku nak tidur. Poh!” Jannah terus memintas Safi. Selimut ditarik dan tubuhnya dipusingkan untuk membelakangi Safi.

Safi mencebik.

“Yalah. Yalah. Nanti sambung cerita. Dah tidur, tidur..” Safi bangun dan berpindah untuk duduk di sofa tetamu yang tentunya lebih selesa.





"TERIMA kasih kerana temankan Jannah semalam."

“So, she told you?”

Safi mengganguk sambil mengacau air minumannya. Dia dan Jihad turun ke kafe apabila Jannah sekali lagi tidur selepas solat Asar tadi.

"Sama-sama. Jika diizinkan Allah, saya ingin menjadi penemannya hingga ke akhirat.”

Sekali lagi Safi kagum dengan sikap terbuka Jihad.

"Insya-Allah, kalau sudah Allah tuliskan begitu, dia pasti jadi milik awak, Jihad."

Giliran Jihad untuk mengangguk.

"Jannah tu, nampak keras tapi hati dia lembut. Dia setia orangnya. Kalau awak dapat melepasi tembok perisainya, saya yakin awak akan bahagia bersamanya."

"Saya tahu dan saya sedang mencuba, Safi."

"Awak kena banyak bersabar. Dia tu sudah biasa hidup seorang diri. Degil dia bukan sikit." Safi ketawa.

"Yang itu saya sedia maklum." Jihad mengukir senyum. Teringat kepada semua perbualannya dengan Jannah disepanjang perkenalan mereka.

"Kalau awak nak tahu, selama saya kenal Jannah, ini kali pertama saya nampak dia memberi peluang dan ruang kepada seorang lelaki untuk mendekatinya. Dan sebagai sahabat baiknya, saya harap awak tidak mempersia-siakan dia.”

"Demi Allah, saya ikhlas, Safi."

"You better be. If not, I will hunt you down!"

Jihad ketawa senang.

“Dah lima tahun kami berkawan. Mula-mula kenal dulu, dia lagi garang.” Safi mula bercerita.

“Kenal dimana?”

“Kelab.”

“Kelab?”

“Zouk Club to be exact tapi sekarang kami dah tak pergi dah. Betul!” Safi ketawa sambil jarinya memegang kain tudung di kepalanya.

Jihad menyandarkan badannya ke kerusi.

“It will be weird to see two hijabi sisters walking into Zouk, right? Silap-silap jadi frontpage news kat Harian Metro.” Keningnya diangkat sebelah.

Safi menyambung tawa. Betul kata Jannah, Jihad ni kelakar orangnya.

“Masa pertama kali jumpa Jannah, saya mabuk teruk dan sedang bergaduh dengan beberapa pengunjung di situ. Nasib baik Jannah datang menolong dan tarik saya keluar dari situ. Terus dia bawa saya ke hotel yang bertentangan dengan Zouk sebab saya dah passed out. I was a total mess. Patutlah Islam melarang kita meneguk arak. Manusia dah tak jadi manusia bila dipengaruhi oleh arak.”

“Bila awak memeluk Islam?”

“Dua tahun lepas.”

“Jannah introduced you to Islam?”

“Hrmm... if you mean, dia berdakwah dengan saya, jawapannya tidak. Sebaliknya, kami sama-sama mencari Islam.”

Jihad mengangguk faham. Lahir sebagai seorang Islam tidak bermakna kita tahu segalanya tentang agama suci Allah ini. Kerana itu ayat pertama yang Allah turunkan kepada umatNya ialah ‘Iqra’. Menuntut ilmu itu satu tuntutan dalam Islam.

“Jannah tu, there is so much anger in her and till today I don’t know her issues. Tapi selepas kami sama-sama belajar dan mendalami Islam, she is a calmer person.  Cuma sikap dia dengan lelaki, tidak berubah. She has trust issues.”

“Yes, she told me.”

“Good at least she is open with you about it. Saya sayangkan dia dan dia kawan dunia akhirat saya. Doa saya semoga Allah berikan jodoh yang terbaik untuk dia. I don’t want her to be alone.”

“Are you getting married?”

Safi mengangguk laju.

“InsyaAllah, dua bulan dari sekarang. Nanti jemput datang ya? Tapi majlis itu akan berlansung di Pulau Pinang, di rumah mertua saya.”

“InsyaAllah dan tahniah. Saya doakan semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Kalau perlukan apa-apa pertolongan, beritahu saya ya?”

“Ameen. Terima kasih. You know what, Jihad?”

Jihad mengangkat kening sambil dia mengacau air minumannya dengan straw.

“You are a good guy.”

“Alhamdulillah, thank you. And you know what, Safi?”

“What?”

“Tolong beritahu pada pesakit di bilik nombor 3 kat atas tu.”

Safi ketawa mengekek.

“Saya rasa dia tahu. She just need time.”

Jihad kembali menyandar dikerusi. Tangannya naik untuk menyisir rambutnya.

"And here I am wishing I can fast-forward time to when she has said yes; because I want to start every tomorrow with her by my side."