Sejak selesai majlis kenduri
tadi, Jihad diam berdiri di situ sambil memerhatikan Jannah yang sedang sibuk
melayan anak-anak Malek. Asyik benar nampaknya
mereka bertiga berbual. Sesekali wajah itu mengukir senyum yang sekali gus akan
membuat Jihad juga tersenyum.
Dia dan Jannah yang datang awal membantu ahli keluarga Malek untuk menyiapkan
dan mengatur apa yang perlu sebelum tibanya para tetamu tadi. Dalam kesibukan
mereka, Jihad perasan yang Jannah lansung tidak mengendahkannya. Senyuman yang
diberi tidak berbalas. Semasa menghulurkan pinggan mangkuk kepadanya tadi
pun, sepatah tidak kedengaran dari mulut gadis itu. Hanya bercakap dengan isyarat
mata. Jihad pasti Jannah masih marah kepadanya gara-gara permintaan beraninya
minggu lepas.
Jujurnya sejak bertemu dengan Jannah, gadis itu sentiasa berada dalam
fikirannya. Sesuatu yang tidak pernah berlaku pada dirinya. Solat istikharah
yang didirikan selama tiga malam berturut pun, tetap memberikan dia bayang yang
sama. Bayangan yang membuat dia lebih
nekad mahu mencuba.
"Kau tengah tengok
siapa tu, Khael? Tak berkelip nampak." Soal Malek yang baru datang dari
dapur. Pandangan Malek mengikut arah pandangan sahabatnya itu.
"Oooooo..." Senyum
Malek melebar apabila objek itu dikenal pasti.
Jihad juga mengukir
senyum.
“Cun kan dia hari ni?”
“Manis.”
"Berkenan
ke?" soal Malek lagi.
"Ada sesuatu yang
menarik aku pada dia." Balas Jihad jujur tanpa menoleh kepada yang
bertanya.
"Jannah tu memang
pandai melayan budak-budak. Kalau dia ada, senang aku dan Sheeda nak buat
kerja. Dia memang pengasuh wajib kalau kami ada majlis di rumah. Kau tengoklah,
sejak dia datang tadi, anak-anak aku terus melekat kat dia. Tu, entah apa yang
mereka tengah bualkan."
"Agaknya dia ramai
adik beradik kot. Tu yang dia pandai melayan budak-budak."
"Entah, itu aku
tak tahu. Dia tak pernah cerita pasal keluarga dia."
"Dalam tiga tahun
ni, korang tak pernah pergi rumah dia ke? Tak pernah jumpa keluarga dia?"
Jihad menoleh memandang Malek. Sedikit pelik. Takkan sampai begitu sekali? Dia
yang baru kenal pun sudah sampai ke rumah Malek dan juga ke rumah Arif.
"Hrmm.. tak pernah
pulak. Dia pun tak pernah ajak. Eh, jom kita duduklah. Penat dah aku berdiri
dari tadi. Lagipun, kalau Jannah perasan kita tengah cakap pasal dia, masak
kita. Jom!"
Jihad menuruti langkah
Malek dan mereka duduk di meja makan tetamu yang disediakan di perkarangan
rumah teres dua tingkat itu. Hari itu, Malek membuat kenduri doa selamat
sempena kepulangan ke dua ibu bapanya dari mengerjakan ibadah Haji.
"Thanks, dear." Ucap Malek kepada
isterinya yang baru datang menghidangkan dua cawan teh tarik buat mereka.
"Jemput minum,
Khael. Makanan pun banyak lagi tu. Abang, jangan lupa ajak Jannah makan nanti
sebelum dia balik. Saya rasa dia belum makan tu." Pelawa isteri Malek
ramah sambil mengingatkan suaminya tentang Jannah.
"Thanks, kak." Balas Jihad ringkas.
Tangannya naik mengusap leher namun matanya masih melekat pada si gadis yang berbaju
kurung merah jambu itu. Sangat manis di matanya. Kelihatan tangan Jannah naik
untuk membetulkan tudungnya.
"Sudah-sudahlah tengok
anak dara orang tu." Tegur Malek sebelum dia menghirup minuman yang
dihidangkan.
"Is
she with someone?"
"Amboi. Laju benar
kau Khael?"
Jihad tersenyum sambil
menyandarkan badan ke kerusi.
"Aku tak kuasa nak
beat around the bush, Malek. Aku
bukan muda." Dia memandang Malek sekilas sebelum dia mencapai cawan di
meja.
“Erm... setahu aku dia
belum ada boyfriend lagi. Tapi tak
tahulah kalau dia rahsiakan dari kami. Kami pun tak pernah bertanya. Tapi kau
serius ke ni?”
“Yup. Positif.”
Malek ketawa lepas.
"Bagus-bagus. Aku
pun tak suka kalau kau main-mainkan dia. Aku dah anggap dia macam keluarga.
Macam aku kata hari tu, orangnya nampak kasar tapi hati dia baik. "
"Thanks, Malek."
"Tapi kau kena
hati-hati, Khael. Kena banyak-banyak sabar."
Jihad mengangguk.
"Jaga langkah kau
dengan dia. Jaga adab. Dia paling tak suka lelaki yang tak ada adab. She has made that very clear with us."
Jihad mengangguk lagi.
Akalnya segera menyimpan segala nasihat yang diterima.
"So, apa yang buat kau tertarik dengan
dia? Kalau tak salah aku, korang belum pun officially
introduced, right?"
"Something in her eyes."
"Apa dia?"
"Ada sesuatu pada
pandangan matanya. Dalam berani dia, aku nampak her fear. Her sadness."
"Kau biar benar
Khael. Apasal aku tak pernah nampak pun?”
“Sebab kau tak tengok
dengan hati kau.”
“Peeeerrrgh. Dasyat
kau. Eh, tapi kau jumpa dia baru sekali kan?"
"Dua kali. Minggu
lepas kat Uptown. Kau lupa?"
"Oh ya! Tua dah
aku ni." keluh Malek sambil membetulkan kopiah di kepala.
"Oh ya, malam tu
masa dia balik, kau kejar dia kan? Lepas tu kau terus hilang. Kau pergi date dengan dia ke apa?"
Jihad tertawa kecil.
“Malek, kau kenal dia
kan? Kau rasa dia semudah itu ke?"
Giliran Malek pula untuk
ketawa.
"Nope. Aku kenal adik aku tu. It will take a strong man to soften her.
Jadi, aku nak tanya kau ni, kau kuat ke?” soal Malek. Nada suaranya terus jadi
serius. Sudah tidak berbekas lansung tawanya tadi.
Jihad diam. Kuatkah
dia?
“Cukup ke kesabaran
kau?” soal Malek lagi. Dia mahu mendapat kepastian. Tidak mahu Jannah
dipermainkan.
“InsyaAllah. Kalau dia
janjiNya untuk aku, aku akan diberi kekuatan itu.”
Malek merenung Jihad
sebentar. Dia ingin mencari keikhlasan lelaki itu.
“Alhamdulillah. Kalau
kau betul ikhlas, aku sokong kau dari belakang.”
“Terima kasih, Malek.
Kau tolong doakan sama. Semoga Allah lembutkan hati dia untuk terima aku.”
“Ermmm..kau duduk
kejap. Aku pergi panggil dia ke mari.”
“Eh, tak payah lah.”
Cepat-cepat Jihad membantah.
“Lar, kenapa pulak?”
“Aku rasa dia marah
lagi dengan aku tu.”
“Marah? Aik? Apa kau
dah buat kat dia?”
“Bukan buat tapi kata.”
“Apa kau kata kat dia?”
Jihad cuma menarik
senyum. Biarlah itu antara dia dan Jannah sahaja.
“Adalah. Aku rasa dia
marah. Dari tadi tak bertegur dengan aku.”
“Ya ke? Kejaplah biar aku
panggil dia.” Malek terus bangun dan pergi mendapatkan Jannah.
Dari tempat duduknya , Jihad
nampak Jannah menggeleng laju. Mengatakan sesuatu kepada Malek sebelum dia
berdiri dan berlalu ke dalam rumah.
Malek memandang Jihad
dan mengangkat kedua bahunya. Dia kembali
ke meja mereka bersama dua orang anaknya.
“Sorry Khael. Dia nak balik katanya.”
“Tak apa. Aku dah agak
dah. Jom Aleesya, kita pergi ambik kek nak?” Pelawa Jihad kepada anak perempuan
Malek yang berusia 10 tahun itu.
“Saya nak jugak!”
Teriak Rayyan.
“Ok, jom dua-dua.”
Jihad menghulurkan kedua-dua belah tangannya untuk dicapai oleh kedua anak
Malek. Seorang di kiri dan seorang di kanannya.
Sedang mereka sedang
memilih manisan untuk diletak di atas pinggan, tiba-tiba Aleeya berteriak riuh.
“Auntie Jannah! Marilah
makan dengan kami.” Aleeya mengajak.
Jihad menoleh ke arah
Jannah yang baru keluar dari rumah. Nampak gayanya sudah bersiap untuk balik.
Mata mereka bertemu sesaat sebelum Jannah melontarkan senyuman untuk Aleesya. Walaupun
dia sangat arif yang senyuman itu bukan untuknya namun jantungnya tetap berubah
tempo.
Dari ekor matanya,
kelihatan Jannah sedang melangkah ke meja buffet.
“Auntie nak balik la
sayang.” Jannah menyentuh bahu Aleesya.
Nada lembut suara itu
menyapa telinga Jihad. Dia menyimpan senyum. Tak sangka Jannah yang selalu
bersuara tegas dan kadang-kala kasar boleh menjadi selembut itu.
“Alaa… makan la sekejap
dengan kami. Lepas tu Auntie balik la. Pleaseeeeee.”
Aleesya buat muka comel dia.
“Ha-ah, Aunty.
Pleaseeee….Meh la makaaaan…” Rayyan pula merengek sambil menarik hujung baju
kurung Jannah.
Jannah menarik nafas. Satu
kelemahannya. Dia memang cepat kalah dengan budak-budak.
“Okey. Okey. Jom.”
“Yeay!” Teriak Aleesya
dan Rayyan serentak.
“Kita orang tunggu
Auntie kat meja eh?” Sambung Aleesya dan keduanya berlalu dengan riang sambil
membawa piring masing-masing menuju kepada Malek.
Jihad menghulurkan satu
pinggan makan kepada Jannah.
“Kak Sheeda kata you belum makan.” Katanya ringkas.
Jannah agak terkejut
dengan penyataan itu. Namun mulutnya masih terkunci.
“Lauk pun banyak lagi.
Makanlah sikit. Tak baik datang kenduri tapi tak menjamah hidangan.” Sambung
Jihad.
Malas mahu mendengar kata-kata
lelaki itu, pinggan yang dihulur cepat-cepat diambil dan dia menuju ke deretan
lauk-pauk yang menanti.
“You’re welcome.” Sambut Jihad tersenyum sebelum dia juga melangkah
kembali ke meja Malek. Dia puas hati.
BERKALI-kali
dia cuba menghadamkan bacaannya namun dia tetap gagal. Sudah lebih 10 minit dia
tersangkut pada muka surat ini. Entah berapa kali sudah dia mengulang baca
setiap satu perenggan. Penting sebenarnya untuk dia memahami konsep yang sedang
dia baca itu kerana dia perlu membentangkan pada mesyuarat mingguan nanti.
Namun nyata dia hilang tumpuan. Dia mengeluh perlahan dan membuang pandang ke
luar tingkap.
“So what is eating you?"
Jannah terus menutup
buku ditangan dan meletakkan ia di atas meja. Dia memandang kepada tuan badan
yang bertanya.
"Huh?"
"I know that face, woman. Kita bukan kenal semalam."
"Tak ada
apa-apalah. I am good."
"Jannah, you are never good at lying. Something is cooking. I can smell it.
Dah beberapa hari aku tengok muka kau tu. Asyik nak berangin jer."
"Angin? Mana ada tangachi!"
Safi membulatkan
matanya. Bibirnya dicebikkan.
"Aiyo Jannah, just spill it la. Cepat! Aku tak nak
tengok muka jeruk kau tu. So what is it?
Better yet, who is he? Aku kenal tak?" soal Safi sambil menaikkan kedua keningnya.
Duduknya disofa dibetulkan.
Jannah merenung Safi
yang sedang tersengih dan teruja memandangnya.
"Mamat."
"WHAT?? MAMAT??!"
Teriak Safi tiba-tiba.
"Hoi, apa hal kau ni??
The guy is soo annoying tau
tak?!"
"Annoying? Enna? Dia buat apa?"
“Bukan buat tapi kata.”
“Dia kata apa?”
Jannah mendengus kuat.
Duduknya ditegakkan.
"Kau tahu, dia
baru jumpa aku dua kali, dua kali, okey then
tiba-tiba dia boleh kata dia nak jadi imam aku! Apa hal?!"
Safi ketawa kuat. Reda
tawanya, dia bangun dari sofa dan datang memeluk Jannah dengan erat.
"Hish kau ni,
kenapa?" bentak Jannah sambil cuba merenggangkan pelukan rakannya itu.
"Aku happy sangatlah dei!" Safi
melepaskan pelukan dan kembali duduk ke sofa.
“Banyaklah kau punya happy! Kau tahu tak dia kata apa
lagi?"
"What?"
"Dia kata aku ada this facade and behind this harsh facade, there
is a loving and sweet soul! What
rubbish?! Nasib baik aku tak termuntah masa dia cakap tu tau."
Mengingatkan rupanya yang tergamam ketika itu, membuat dia bertambah geram
dengan lelaki itu. Dia pasti lelaki itu mentertawakannya. Entah-entah kisah itu
juga telah dikongsi dengan rakan-rakan bikers
mereka. Geramnya!
Safi ketawa lagi.
Kelakar melihat reaksi Jannah.
"Eh, but he is right what? Di sebalik keras
kau tu, kau memang sweet! Oh Jannah,
aku suka dia lah!" katanya selepas tawanya reda.
"Tapi aku tak
suka. Serious!"
"Why? He obviously likes you enough! Aku
rasa tak pernah lagi ada lelaki yang this
direct with you, right?"
Jannah mengangguk
perlahan.
Mereka terdiam
sebentar.
"Tapi berani kan
dia?" soal Jannah tiba-tiba dengan segaris senyuman dibibir. Walaupun dia
tidak suka tindakan itu namun dia tetap kagum dengan keberanian yang
ditunjukkan.
"Berani habis! I like! Kenal kat mana? Apa nama dia? Handsome tak?"
"Jihad Mikhael. Kawan
Malek. Baru joined group."
Safi mengangguk laju.
“Wow what a name! Handsome tak??"
"Does it matter??"
"Yes! Kau tu cantik, jadi pasangan kau
pun mestilah handsome! Baru padan
bila jalan sebelah menyebelah!"
"Looks is not everything. It doesn't make a
man." Jawab Jannah tegas. Sungguh dia tak faham apabila manusia suka
benar memandang kepada luaran seseorang. Pada dia, apa yang di dalam lebih
penting.
"Ya ya.. but still...."
"I am not answering that. Ada rezeki
nanti, kau boleh tengok sendiri and
decide for yourself."
"Hmm.. ke kau nak
cari hafiz quran atau ustaz? Ada ramai kat Perkim tu kalau kau nak.
Muallaf pun ramai. Aku boleh introduce
kan." Sempat Safi mengusik.
"And you think they make better husbands?”
“Manalah aku tahu. Tu yang
aku tanya. Hmm.. so what do you want in your man?"
"Hmm... sama macam
apa yang setiap wanita mahukan."
"What? Cuba kau senaraikan kriteria
kau." Safi menanti penuh teruja. Bukan senang untuk mereka berdua
berbincang topik sebegini. Selalunya Jannah akan cepat menukar topik.
"I want a man who knows what he wants. Who goes
for it regardless. Fierce in protecting his loved ones. A good family man. Seorang
lelaki Islam yang faham akan tanggungjawab mereka sebagai khalifah."
"Wow deep. Panjang jugak kriteria kau
ya."
"Mestilah. Kita
kan mencari pasangan dunia akhirat."
"Ermmm.. betul
betul tapi sebelum keretapi ni terbabas ke destinasi lain, cuba kau cakap kat
aku kenapa kau tak suka this guy? Why don't you give him a chance?"
"Sebab aku
malas!"
Safi mengeluh.
"What if he is the one?"
"Kalau dia jodoh
aku, tak ada apa yang aku buat akan menidakkan aturan itu."
"So give him a chance."
"Safi, kau tahukan
tolerance level aku macam mana?"
Safi kembali menyandarkan
diri ke sofa. Wajah sahabat kesayangannya itu ditatap seketika. Kenapalah sukar
benar untuk Jannah menerima seorang lelaki dalam hidupnya.
"Kalau dia masih
nak cuba? Kalau dia sebegitu berani, aku tak rasa dia akan terima penolakkan
kau tu macam tu aje. I bet he will keep
trying."
Jannah sekadar
memandang Safi. Sungguh dia malas. Permainan hati dan perasaan inilah yang cuba
elakkan selama ini. Banyak lagi perkara penting yang boleh dia lakukan daripada
terjebak ke dalam permainan itu. Permainan yang boleh melemahkan diri
seseorang. Permainan yang boleh menukarkan keperibadian seseorang.
"It
is nice to be loved, you know."
"I
know."
"But
to be loved, you have to be lovable."
"What,
am I not lovable enough?" Jannah terus membulatkan
matanya.
"Erk?"
Pecah ketawa dua rakan
baik itu.
PANDANGAN Jannah tertumpu kepada lelaki yang sedang duduk
membelakanginya itu. Ikut hati, mahu
saja dia menerjah lelaki itu takkala dia mula-mula nampak kelibatnya. Namun
oleh kerana dia tidak mahu menggangu perbincangannya dengan Qayyum tadi,
niatnya itu dipendam seketika. Tetapi sebaik sahaja Qayyum beredar, langkahnya
terus diatur laju menuju ke meja lelaki itu.
“Assalamualaikum. Maaf ganggu.” Salam dihulur kepada dua lelaki yang
kelihatan seperti baru selesai makan malam mereka.
Di kala lelaki itu menoleh memandangnya, riak lelaki itu jelas
menunjukkan dia terkejut dengan kehadiran Jannah di situ.
“Waalaikumsalam. Erm.. Hai.” Sapanya. Memang Jihad terkejut.
“Hai. Maaf, boleh kita bercakap sekejap?” Tegas nada suara itu. Tiada
senyuman.
“Hrmm.. sure. Tapi kenalkan dulu, kawan I, Farouk.”
Pandangan Jannah berpindah kepada rakan Jihad yang sedang duduk
berhadapan dengannya.
Farouk menghulur tangan. Jannah sekadar mengangguk. Tidak menyambut
tangan yang dihulur.
“Oh, sorry. Nice to meet you.” Farouk juga
mengangguk.
Senyuman muncul dibibir gadis itu cuma sesaat sebelum wajah itu
menjadi tegang semula.
“Jihad, shall we?”
Pandangannya tajam kembali merenung Jihad.
“Err, why don’t you guy just sit here and talk. Saya pun nak pergi
kedai buku sebentar.” Farouk pantas memberi cadangan. Dia tidak betah untuk
berada di situ. Wajah Jannah sudah cukup menunjukkan ada sesuatu yang serius
mahu dibincangkan. Farouk terus bangun
tanpa menunggu jawapan keduanya.
“Jihad, aku jumpa kau kat MPH kejap lagi, ok?”
“Ok. Thanks.” Farouk mencapai bag
sukannya dan terus berlalu.
Pandangan mereka tertumpu ke Farouk sebentar.
“Jemput duduk.” Pelawa Jihad sopan.
"You ni kenapa?"
Soal Jannah terus. Tegas.
“Duduk dulu, Jannah.” Pelawanya lagi.
Jannah mendengus perlahan. Dia duduk tetapi matanya masih tajam merenung
Jihad yang masih nampak tenang.
“Kenapa ni?” Berkerut dahi Jihad memandangnya.
"Aku patut tanya kau tu kenapa? Aku nak tahu kenapa kau asyik ikut
aku?? Kau ingat aku tak nampak ke? You
have been following me around all week!" Bentak Jannah. Sudah dua kali
dia menahan sabar tapi hari ini kesabarannya habis.
"So you saw me too?"
soal lelaki itu perlahan.
“Yes! I am well aware of it. I am
not stupid. I am very aware of my surroundings. Nasib kau baik sebab aku
tak buat laporan polis." Balasnya geram.
"Boleh tak you cuba
lembutkan dan perlahankan sikit suara
tu? You tu perempuan Jannah."
Jihad meminta dan mengingatkan. Suaranya masih tetap tenang walaupun sedang berdepan
dengan Jannah yang nyata sedang meruap marah.
'Apahal mamat ni?' Dengus Jannah dalam hatinya yang semakin panas.
"Suara aku suka aku lah. Kalau kau tak suka kau boleh blah!"
Bentak dia lagi. Menahan diri daripada berdiri. Dia perasan sudah ada mata mata
yang memandang mereka.
Jihad menghela satu nafas.
“Jannah, suara seorang wanita itu aurat. "
Jannah menarik nafas dalam-dalam. Ikut hati, memang kakinya terasa
ringan mahu bangun dan meninggalkan lelaki itu. Namun ada perkara yang perlu
dirungkaikan dan dia menguatkan hatinya untuk bersabar untuk sedikit masa lagi.
“Kalau nak berbincang, awak tak boleh marah-marah macam ni.”
“I want to know why are you following me?” Nada suara Jannah sudah diperlahankan walaupun
masih berbunyi tegas.
“I was not.”
“Ya Allah, please don’t lie. I hate liars.”
Jihad menggeleng.
“Saya tak menipu,
Jannah. Isnin lepas, saya ada mesyuarat di Wisma Genting. Kebetulan masa saya
di lobi, saya nampak awak. You were
talking to someone. Khamis lepas, I
was doing my monthly grocery shopping, sekali lagi saya ternampak awak. Dan
hari ini, saya sedang makan malam selepas my
badminton game. Awak boleh tanya Farouk kalau tak percaya.” Jelas Jihad panjang lebar.
Suaranya juga tegas.Dia tidak suka dituduh menipu.
Jannah memandang tidak
berkelip. Tidak tahu sama ada untuk percaya atau tidak. Yang pasti sudah tiga
kali dalam minggu ini, dia ternampak lelaki ini.
Jihad juga sedang
merenung gadis di hadapannya itu. Padanya, ini satu lagi petunjuk dari Allah
bahwa gadis ini akan jadi miliknya. Pertemuan demi pertemuan yang tidak
dirancang ini telah menunjukkan kepadanya sisi Jannah yang dia belum pernah lihat.
Dia teringat pada riuh perbualan Jannah bersama temannya di pasaraya. Dia
teringat kepada betapa anggun Jannah berpakaian formal semasa di Wisma Genting.
Perlahan-lahan satu garis senyuman terbit di bibirnya.
“Ayat kedua belas dari
Surah Al Hujurat, maksudnya, Wahai
Manusia, elakkan dari membuat andaian, kerana andaian itu boleh membawa kepada
dosa. Trust me, Jannah, I was not following
you. Semua ini kebetulan yang disusun olehNya.”
“I
don’t know you enough to trust you.”
“Then get to know me. Then
insya-Allah, you will know that I am not
a player. Jika saya seorang player
pun, rasanya saya tak akan sampai mengendap anak dara orang. That is so lame. Saya bukan
budak-budak.” Jihad ketawa kecil. Terbit rasa lucu dihatinya tatkala
membayangkan kemungkinan itu.
Ketawanya hanya
disambut oleh renungan Jannah. Jauh benar nampaknya fikiran gadis itu melayang.
“Jannah, trust me, ok?” Pintanya lembut. Dia ingat pada nasihat Malek.
“Trust is something you earn and not given, Jihad. Assalamualaikum.”
Dan dia bingkas bangun dan meninggalkan meja itu.
“dan demi Allah, itu
yang saya akan lakukan, Jannah.” Bisik Jihad sendirian.
I ♥ it
ReplyDeleteTersangat la sedap d hati....
ReplyDeletejgn d lihat luarannya...
Ketenangan dan kesabaran yg ma sya Allah wajib untuk jeles...
Thanks kak su....besttt sesangat...lagi kak..hehehe
ReplyDeleteX sabar menunggu terbitnya kisah jihad-jannah
ReplyDeleteYeah! Love the bantering between them 😊
ReplyDeletebest...
ReplyDeleteAlamak! Sebelum terjerumus, baik stop kt chapter 3 ni. Kang x siap kerja ku. Huhu
ReplyDelete