[Jannah
accident. She’s at Damansara Specialist.]
Pesanan
WhatsApp yang dibaca sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kamar mahkamah bagai
merentap jantungnya. Temponya serta merta berubah. Langkahnya dibuka laju untuk
keluar dari bangunan mahkamah secepat mungkin untuk menuju ke kereta. Jubah
yang dipakai pantas dibuka dan digantung pada lengan.
“Er..
Mikhael, kita nak sambung discussion
ke?” Satu suara menyoal dari belakang. Dalam kekalutan, dia terlupa anak
guamnya. Pantas dia menapak semula untuk mendapatkan Puan Zaini.
“Ermm..
Maaf Kak Zaini. Saya ada family emergency.
Boleh saya hubungi akak nanti?”
“Oh..
patutlah kamu tiba-tiba macam lipas kudung jalannya. Ok, nanti Mikhael telefon
akak ya?”
“Baik
kak. Terima kasih. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam..”
Puan Zaini hanya menggeleng melihat peguamnya yang selalunya tenang sudah berlari
menuruni anak-anak tangga menuju ke kawasan parkir kereta.
Masuk
sahaja ke dalam kereta, Jihad terus mendail nombor Nick. Degup jantungnya cuba
ditenteramkan dengan bacaan istighfar yang berulang-ulang. Enjin kereta
dihidupkan dan dia meluncur laju keluar dari perkarangan bangunan Kompleks
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan yang terletak di Jalan Duta.
“Nick!”
Suara Jihad sudah separuh menjerit apabila panggilannya dijawab.
“Whoa…. Cool down brother..”
“What happened??”
“Dia
jatuh motor. Ada kereta langgar dia dari belakang semalam.”
“And hari ini baru dia beritahu kita??”
“Macam
kau tak kenal si Jannah? Ini pun nasib baik dia beritahu Malek.” Jihad akur yang
Jannah memang paling selesa dengan Malek.
“How is she?” Saat itu jantungnya memang
bagai nak pecah.
“Kau
datang la tengok dia sendiri.” Jawapan Nick memang tidak membantu langsung.
“Aku
tahulah. I am on my way as we speak but
how is she??” Sebelah tangannya naik mengusap tengkuk.
“Kau
ni Bro, kelam kabut macam dia bini kau pulak.” Usik Nick.
Jihad
terdiam. Darah panas naik ke mukanya. Sejak pertama kali melihat gadis itu lima
bulan lepas, hatinya memang sentiasa risaukan Jannah. Walaupun dia sudah
berkali-kali menyuarakan hasratnya kepada gadis itu, namun Jannah tetap Jannah.
Tidak pernah mahu memberi jawapan. Apapun, sekurang-kurangnya sekarang mereka
sudah boleh duduk semeja dan berbual panjang berbanding satu masa dulu, dimana
Jannah memang tidak langsung memberi muka kepadanya. Sungguh dia tidak pernah
jumpa gadis sekeras hati Jannah. Hati yang dia yakin menyimpan seribu satu
kesakitan. Hati yang dikunci rapat sehingga tiada siapa dapat mendekati.
“Kau
dah kat mana tu?” soal Nick mematikan lamunannya.
“I should be there in 15 minutes. Hopefully the traffic is not bad. Korang
masih kat situ ke?”
“Yeah.
Aku, Sam, Malek dan Khalid. Kita orang tunggu kau la. Cepat sikit.”
“Bilik
mana?”
“Bilik
3, Tingkat 5.”
Melangkah
masuk saja ke bilik Jannah, matanya terus tertumpu pada tubuh yang sedang duduk
di katil.
“Hah,
dah sampai pun.” Sam terus datang untuk berjabat diikuti dengan yang lain-lain.
“Sorry,
aku dalam court tadi.” Matanya masih
memandang Jannah yang sudah berbalut sebelah kaki dan tangan.
“Aku
dah agak, Khael.” Sahut Malek.
“Kes
apa hari ini?” soal Sam.
“Biasalah.
Kes cerai.” Di dahi Jannah ada plaster
yang agak besar mungkin kena jahitan. Mata kanannya sedikit lebam.
“Datin
ke?” Soal Sam lagi.
“Tak
lah. Orang biasa-biasa.” Mata Jihad jatuh kepada tangan kanan Jannah yang
berbalut.
“Oh..
tak glamor la kes kau. Cubalah kau handle
kes artis ke apa? Untung-untung kau boleh masuk TV. Famous kau nanti. Dah la kau tu handsome!” Riuh bunyi ketawa empat
lelaki itu di dalam bilik Jannah. Dalam tawa rakan-rakan mereka, pandangan
Jihad dan Jannah bertaut seketika.
“Eh,
tu bunga untuk Jannah ke?” Soal Khalid merujuk kepada jambangan yang baru Jihad
beli dari kedai bunga yang terletak di lobi hospital.
“Tak.
Untuk kau. Nah.” Jihad menghulurkan jambangan bunga ros dua puluh empat kuntum
itu kepada Khalid.
“Hish…
bagi saja lah kat dia. Yang kau pegang dari tadi tu buat apa?”
Jihad
berdehem sebelum dia menghampiri Jannah. Sekilas dia memandang kepada satu
jambangan bunga yang besar lagi cantik yang sudah tersergam di atas meja kecil
di tepi katil Jannah. Sangat berbeza jika dibandingkan dengan jambangan yang
berada di tangannya.
“For you. Get well soon, ok?” ucapnya
perlahan.
“Thanks.” Jannah menerima dan meletakkan bunga
itu di atas pangkuannya.
“You’re welcome.”Jihad
tersenyum manis.
Dua
mata itu bertaut sesaat sebelum Khalid mula berdehem dan ikuti oleh gelak tawa
lelaki-lelaki di belakangnya.
“Jangan
tenung anak dara lama-lama.” Usik Malek dan Jihad segera menoleh dan berjalan kembali
untuk mengambil tempat berdiri di belakang rakan-rakannya.
“Siapa
langgar kau, Jannah?” soal Sam.
“Anak
Tan Sri mana tah. He ran a red light.”
“Seriously? Dia berhenti tak lepas dia langgar
kau?”
“Mestilah.
Gabra habis mamat tu sebab dia tahu dia salah. Siap hantar aku ke sini and he insist in footing the bill.”
“Wah..
biar benar! Guilty la tu. ”
“Aku
dah cakap aku ada medical coverage
tapi dia insist. So lantak dialah.”
“Kau
dah buat laporan polis tak?”
Jannah
menggeleng.
“Kenapa
tidak?” Sampuk Jihad dari belakang.
“Malas.
Perkara kecil. Luka sikit aja pun.”
“Dia
melanggar lampu merah. Itu bukan kesalahan kecil.” Tegas Jihad.
“I don’t like to deal with the authorities.
I have better things to do.”
“You letting him off easily could make him
repeat the same action and cause injuries to others.” Suara Jihad sudah
bertambah tegas. Matanya tajam memandang Jannah.
Jannah
mendengus geram.
“I think I scared him enough.”
“You think?” soal Jihad. Mata Jihad masih
tepat memandang Jannah. Dia jelas tak puas hati dengan sikap Jannah yang
mengambil ringan kemalangan ini. Dia tidak akan sekali-kali melepaskan seorang
pemandu yang tidak bertanggung-jawab.
“Eh
Jannah, tu bunga dari dia ke?” soal Malek, sengaja dia menyampuk kerana dia
dapat merasakan suhu bilik yang tiba-tiba menjadi panas. Kalau dibiarkan
keduanya bertikam lidah, ada kemungkinan sampai pagi esok pun tak habis.
Jannah
menarik nafas and menoleh ke arah Malek walaupun dia sedar Jihad masih
merenungnya.
“Entah.
Aku bangun pagi tadi dah ada.” Dia menjeling jambangan besar itu sesaat. Memang
cantik dan pasti mahal harganya.
“Laa..
tengok la…” Malek sudah melangkah menghampiri jambangan itu.
“Kan
ada kad ni… meh aku baca…”
Jannah
sekadar membiarkan saja. Malas dia nak melayan. Denyutan dikepala dan sakit
kakinya masih terasa walaupun dia sudah diberi ubat penahan sakit.
{I am so sorry. Please allow
me to make it up to you. - Khairy}
“Wahhhh…
apasal aku rasa macam dia nak mengurat kau jer ni, Jannah?” soal Malek.
“Ayat
dia memang sah macam nak beli jiwa kau, Jannah.” Khalid pula mencelah.
Jannah
tidak mengendahkan soalan-soalan itu. Matanya turun memandang jambangan bunga ros
merah dipangkuannya.
“Ya
lah babe. Aku rasa anak Tan Sri ni
nak ayat kau.” Nick turut menyampuk sama.
Sebelah
tangan Jannah naik memicit dahinya.
‘Guys, kepala aku pening la. Aku nak
tidur.” Balas Jannah. Malas dia nak melayan sebenarnya apabila rakan-rakannya
itu sudah mula nak mengarut begitu.
“Kau
ni Jannah, tak boleh kena usik sikit. Terus halau kita orang balik.” Rungut
Nick.
“Korang
baliklah. Kepala aku dah berdenyut ni. Aku nak baring.”
“Ya
lah. Faham. Esok kita orang datang lagi tau.” Malek memberitahu.
“Tak
payah. Tak perlu susah-susah. Aku okey. Entah-entah, esok aku dah boleh balik
pun. ”
“Apa-apa
pun, just inform us, ok?” pinta
Malek.
Jannah
sekadar mengangguk dan menghantar keempat-empat lelaki itu keluar dengan
pandangan matanya. Hanya Jihad yang tidak berganjak.
“Khael?”
Malek berpaling apabila dia melihat Jihad tidak ikut sama.
“Korang
jalan dulu.” Jawab Jihad pendek.
“Hmm..
ko jangan nak menyakat adik aku pulak? Mengamuk dia karang. Mahu terbalik
hospital ni nanti.” Malek mengusik sambil menepuk belakang Jihad. Dia sedia
maklum hasrat hati lelaki itu.
Jihad
sekadar mengangguk dan dia berdiri di pintu bilik Jannah sehingga kelibat
rakan-rakannya hilang di sebalik pintu wad yang menuju ke ruang lift.
Daun
pintu dikuak sedikit memandangkan hanya mereka berdua yang tinggal di dalam
bilik itu. Jihad menarik sebuah kerusi untuk duduk berdekatan dengan katil
Jannah. Untuk seketika mereka tidak bersuara. Jannah kembali merenung bunga
dipangkuannya. Pertama kali dia menerima jambangan bunga ros merah. Bunga
kegemarannya.
“Are you ok?”
Soalan itu kedengaran seperti satu bisikan di telinga Jannah. Cukup lembut.
Berbeza dengan nada suara rakan-rakannya tadi.
“Not really but I will be
fine.”
“Kenapa tak beritahu
saya?”
“Perkara kecil.”
“I thought we are
friends?”
“We are.”
“Patutnya awak beritahu
saya.”
“Saya tak mahu awak
risau lebih-lebih. Lagipun saya bukannya cedera teruk.”
Jihad menarik nafas.
“Kaki
patah?”
“Tak.
Luka.”
“Kenapa
tak bawa kereta?” Selalunya dihari kerja, sama sepertinya, Jannah akan memandu
kereta. Motor mereka hanya untuk aktiviti selepas waktu pejabat dan pada hujung
minggu.
“Saya
nak cepat.”
“Tak
pakai protective gear?”
“Tak.”
Jihad
mengeluh perlahan.
Mata
Jannah masih tunduk. Tidak sekali pun dia memandang lelaki yang sedang menyoal
siasatnya itu. Tangannya menyentuh kelopak-kelopak bunga merah itu.
“Meeting?”
“Site Inspection.”
“Lengan?”
“Bruises.”
“Dahi?”
“7
stitches.”
Jihad
menyilang tangan ke dada. Dadanya sakit melihat luka-luka di badan Jannah.
Matanya merenung jambangan bunga besar ditepi katil Jannah.
“This Khairy guy, is he trouble?”
“No.”
“Are you sure?”
“Jihad,
saya tahu jaga diri saya. Saya bukan budak kecil.” Dengus Jannah perlahan.
“Saya
tahu awak bukan budak kecil tapi awak tetap seorang perempuan.”
Jannah
tidak menjawab. Mengenali Jihad, dia tahu lelaki itu risau akan dirinya
tetapi dia tidak mahu tumpuan yang lebih dari lelaki itu. Dia masih belum
bersedia untuk menerima apa yang ditawarkan kepadanya.
Jihad
melepaskan satu nafas yang panjang. Lama dia merenung Jannah.
“Do you know how painful it is for me not
being able to hold you right now?”
Terkejut
mendengar soalan itu, Jannah mengangkat wajah dan serentak itu matanya
bertembung dengan pandangan Jihad yang sedari tadi asyik merenungnya. Dia
seakan dapat melihat kesakitan di mata lelaki itu.
“Marry me, Jannah.”
Lama
pandangan mereka bertaut. Sungguh Jannah tak faham mengapa lelaki ini mahukan
dirinya. Bukan sekali Jihad menyatakan keinginan untuk memperisterikannya. Sudah
beberapa kali dalam tempoh mereka kenal.
“Jannah…”
“Saya
tak boleh, Jihad.” Matanya menagih satu pengertian dari lelaki itu. Lelah dadanya
kerana terpaksa berhadapan dengan soalan yang sebegitu setiap kali mereka
berjumpa.
“Why?” Kali ini Jihad nekad untuk cuba
menyelami hati seorang Jannah.
“I have my reasons.”
“Tell me. Saya nak tahu sebab-sebabnya.
Buat saya faham.”
“Jihad,
please…” Jannah memicit kepalanya
yang sedang berdenyut hebat.
“Saya
tak cukup baik untuk awak?” Jihad
memulakan sesi soal jawabnya sekali lagi.
“Awak
sudah cukup baik.”
“Saya
tak cukup kaya?” Sengaja Jihad menduga walaupun dia tahu benar itu bukan apa yang
dicari Jannah. Dia kenal siapa Jannah walau seribu kali gadis itu menafikannya.
“Saya
tak memandang harta kekayaan.”
“Saya
tak cukup tampan?” Sekali lagi Jihad menduga.
Jannah
yang tadi tunduk kini kembali merenungnya. Jihad nampak cukup segak dengan
lengan bajunya yang sudah berlipat ke siku. Memang tiada apa yang kurang pada
lelaki itu.
“Allah
memandang hati seseorang bukan rupa.”
“Saya
tak layak menjadi imam awak?”
“Saya
yang tak layak menjadi makmum.”
“That is for me to decide.”
Jannah
mengambil nafas.
“Saya
anak yatim piatu.”
“Bila
kita nikah, saya akan jadi keluarga awak.”
“Saya
tak punya apa-apa.”
“We will have each other and that is enough.”
“Saya
dah biasa hidup seorang diri.”
“and you will get use to being us.”
“Saya
dah biasa buat keputusan sendiri.”
“Bila
kita berdua, awak akan biasakan diri untuk merujuk kepada saya sebagai suami.”
“Jihad..
please let’s just stop this…”
“Are those your only reasons?” Jihad
masih menekan.
Jannah
diam. Matanya terasa panas. Air mata
yang sudah sekian lama tidak menjengah tubir mata, kini sudah bergenang di
situ. Dia dapat mendengar Jihad sedang menghela satu nafas berat.
“Jannah,
I am in love with you.”
“I am not and right now, I hate you.” Sungguh
dikala ini dia bencikan Jihad kerana penyataan yang baru dibuat oleh lelaki itu
telah menyebabkan air matanya mengalir. Dengan pantas dia menyeka air mata yang
gugur itu dengan belakang tangannya.
‘I hate you for making me weak’ bisik
hati Jannah.
“Awak
tak benci saya Jannah. Awak cuma takut. Takut untuk membuka hati awak yang sudah
sekian lama awak kawal rapi. Takut awak
akan dilukai. Buka pintu hati awak, Jannah. Belajar untuk menerima dan
mencintai saya. Saya berjanji yang saya akan sabar menunggu cinta awak dan sementara
itu, saya yakin kasih sayang saya akan cukup untuk kita berdua.” Jihad tahu air mata yang mengalir itu
menandakan dia sudah berjaya menyentuh hati seorang Jannah.
Tiba-tiba
ada bunyi ketukan di pintu.
“Assalamualaikum.”
Suara seorang lelaki memberi salam.
“Waalaikumsalam.” Salam tersebut disambut oleh kedua penghuni
bilik itu.
“Boleh
saya masuk?” Suara itu bertanya.
“Masuklah
Encik Khairy.” Jemput Jannah sambil dia membetulkan duduknya. Kain selimut
ditarik untuk menutup kakinya.
Jihad
memandang Jannah seketika sebelum dia menoleh kepada lelaki yang baru melangkah
masuk itu.
“Oh
ada tamu. Hai, saya Khairy.” Lelaki itu menghulur tangan untuk berjabat.
“Jihad.”
“Saya
menganggu ke?” Khairy bertanya kepada Jannah.
“No. You’re not. Have a sit. Just don’t mind
me.” Jihad segera menjawab sambil melangkah ke sofa di tepi tingkap bilik
itu. Majalah yang ada di situ dicapai dan dia mula membaca.
Jannah
merenung Jihad seketika. Terbit marah dihatinya dengan tindakan Jihad yang
tidak mahu meninggalkan bilik itu. Terasa seperti ruang peribadinya
dicerobohi. Sungguh dia tidak faham kenapa Jihad mesti berada di situ. Ikut
hati memang mahu saja dia menghalau lelaki itu tetapi akalnya menegah.
“Err..
how are you feeling today?” soalan Khairy
membawa Jannah kembali memandang lelaki yang sudah duduk di sebelah katilnya
itu.
“Better.” Jawabnya sepatah. Dia juga tak
faham tujuan lelaki ini datang melawatnya. Semalam juga begitu. Selepas selesai
urusan daftar masuknya ke situ, lelaki itu masih duduk bersamanya sehingga dia
tertidur.
“Did you sleep well?”
“I did. Thanks.”
“Saya
nak minta maaf sekali lagi kerana melanggar awak.”
“Encik
Khairy…”
“Just call me Khairy, please..”
“Hmm..
Ok. Khairy. Look, you have said that a
few times sejak semalam dan saya dah pun maafkan awak. So let’s drop it.”
Lelaki
itu ketawa kecil.
Jihad
sekadar mendengar perbualan itu dan sesekali melihat adegan itu dengan ekor matanya.
“Sorry. Tapi saya betul-betul rasa
bersalah. I kinda of mess up your day and
probably your week…hmm..Oh and I hope
you like the flowers.” Matanya memandang kepada jambangan bunga ros dipangkuan
Jannah. Adakah jambangan bunga itu menandakan gadis ini sudah berpunya?
“Thanks. You didn’t have to.”
“That’s the least I can do..,”
“Err..Jannah?”
“Yes?”
“Boleh
kita jumpa selepas awak keluar dari hospital?”
“Maaf,
Khairy. We can’t.” Dia faham
permintaan lelaki itu. Dia bukan budak-budak.
“Are you taken?” Semasa mengisi borang
kemasukan semalam, Khairy tahu akan status perkahwinan gadis itu.
Jihad
menahan nafas.
“No.”
“Something you don’t like about me?”
‘Ya
Allah, here we go again.’ Keluh
Jannah.
“No. I just don’t believe men.” Jawab
Jannah jujur.
“Wow..”
lelaki itu seakan hilang kata-kata.
“So, thank you Khairy for footing the bill.
Anggaplah itu sebagai penebus rasa bersalah awak. Terima kasih sekali lagi for the flowers. Cuma saya harap tidak
ada lagi selepas ini. Saya tak mahu terhutang budi. Now if you don’t mind, saya penat.”
Kedengaran
lelaki itu berdehem perlahan. Mungkin sedikit terkejut mendengar apa yang baru
dikatakan oleh Jannah. Lama juga dia berdiri merenung Jannah yang sedang
memegang dahinya dengan matanya yang tertutup.
“Ehmm..
kalau begitu saya balik dulu. Insya-Allah we
will be in touch. Assalamualaikum.”
Khairy
berpaling untuk mendapatkan Jihad. Kedua lelaki itu berpandangan
seketika sebelum tangan mereka berjabat. Ada soalan di hati masing-masing.
Selepas Khairy keluar, Jihad
melangkah ke katil Jannah. Mata gadis itu masih pejam.
“Awak
dah makan ubat?”
Jannah
sekadar mengangguk perlahan. Denyutan kepalanya terasa semakin kuat.
“Nak
saya panggilkan doktor?”
“Tak
perlu.”
Jihad
menarik tirai disekeliling katil Jannah.
“Awak
boleh buka tudung awak. I won’t peek.”
Ujarnya sambil dia beredar semula ke sofa.
“Jihad,
awak baliklah.” Pinta Jannah dari sebalik tabir.
“I am staying.” Tegas bunyi suara itu.
“Jihad,
please… saya letih.”
“Then just sleep, Jannah.”
Oh! Jihad.. kalau lah...
ReplyDeletejihad..jannah...tk sabar akk nk peluk2 novel nih dik zana....bila ek....
ReplyDeleterasa diri disayangi kan jannah... betapa ruginya andai ko melepaskan dia pergi Jannah... Dia yg tak pernah letih menjadikan kan dirimu makmumnya... berilah peluang... pada seorg lelaki yg bernama Jihad utk menjadi imammu...
ReplyDeletedouble wow!! ;D...
ReplyDeleteLambat lg ke kak terbitnya?
ReplyDeletebila nak terbit ni...
ReplyDeleteX sabar nk tunggu novel ni keluar sis.
ReplyDeleteBEST 3X.
ReplyDeletebila nak klua novel ni?sy nak jd org petama yg dpt pegang.
ReplyDelete