Thursday, October 9, 2014

CINTA KITA - Special Edition - Husna in London



Pandangannya tertumpu kepada helaian dedaun berwarna coklat yang jatuh satu persatu menyembah bumi. Hampir seluruh taman itu kini dilitupi oleh daun daun itu. Angin sejuk yang menyapa pipi terasa amat nyaman sekali. Musim luruh. Ini adalah musim kegemarannya.

"But it is so gloomy." Kata mamanya.

"I know but I just love it."

"Hmm, the characteristic of Fall is so the opposite of you, sayang."

Dia ketawa. Ada saja Mamanya ini.

"I love the calmness la mama. Bila keluar duduk kat taman, rasa tenang sangat."


"Sejuk tak?"

"Boleh tahan but I loveee it." 

"Ya lah, orang dah ada warmer kat sebelah, tak kisah lah sejuk macam mana pun kan?" mamanya sempat mengusik.

Husna sambung tawa.

"How are you guys doing? Boleh cope each other?" Suara mama tiba-tiba bertukar serious. 

"Alhamdulillah ma. He is a good man."

"Of course he is. A good man for a good woman, remember?"

Tiba-tiba satu ciuman hinggap di pipi dan tangannya diraih perlahan.

"Termenung jauh nampak?" Soal si jejaka sambil mengukir senyuman yang paling manis buatnya.

Husna turut membalas senyum. Tangan lelaki yang baru melabuhkan duduk rapat disisinya itu dikucup. Kepala terus disandarkan ke bahu lelaki itu.

"Tak adalah. Cuma teringat kat mama. Hmmm, are you done for the day?"

"Yup. Shall we go for early dinner then catch a movie?"

"Dinner, yes. Movie, no."

"Penat?"

Angguk dua kali.
 

"Sangat." 

"Come." Lelaki itu melunjurkan kaki dan menarik Husna untuk meletakkan kepala di atas kakinya. Dia tahu itu posisi yang paling disukai.

Husna baring sambil matanya dipejamkan. Tenang. Damai. Loved.

"Sayang.. "

"Hmmm.. "

"Please remind me to thank your parents again, ok?"

Husna membuka mata dan merenung sepasang mata yang sedang menatapnya dengan penuh kasih.

"Thank them, why?"

Satu kucupan hinggap di dahi dan pipinya dielus lembut.

"Sebab papa dan mama benarkan I kahwin dengan you even though kita masih belum habis belajar." Mereka kini kembali ke bumi London untuk meneruskan pengajian ke peringkat Master di Imperial College London. 

Husna tersenyum. Matanya kembali ditutup rapat. Mindanya kembali ke peristiwa perkenalannya dengan Muhammad Aaron Haykal. Suami, kekasih dan teman baiknya. 




*********
Catatan: 21 Jun 2014

CINTA KITA - Special Edition - Husna



"Mama, ok tak design ni?" Soal Husna sambil berjalan keluar dari bilik persalinan.

"Hmmm.. Can you turn and let me see the back?" Pinta Qistina dan Husna segera menurut.

"Macam mana? Cantik tak? Husna suka butang-butang ni" terang Husna sambil membelek butang2 kecil di lengan dan belakang baju kurung moden itu.

"Papa? What do you think?" Soalnya kepada Khalish apabila Qistina tidak menjawab.

"Papa rasa anak papa ni will look beautiful in anything." Khalish tersenyum lebar. Dia membetulkan duduknya di sebelah isterinya. Sebelah tangan melingkari bahu si isteri.

Husna mencebik.

"Ni yang malas nak tanya Papa ni." Omel Husna sambil membetulkan letak baju itu dibadan.

Kedua mama dan papanya sudah ketawa kecil.

"My beautiful Princess, shouldn't you be asking your Mr. Fiancee over there?" Mata Khalish memandang bakal menantunya yang sedari tadi hanya duduk diam memerhati telatah mereka anak beranak.

"Ha-ah Haykal, what do you think? Kamu suka yang ini or the first one? Auntie prefer this one" soal Qistina kepada Encik Tunang Husna.

"Haykal ok ajer Auntie. Macam yang uncle kata tadi, cik tunang saya ni, pakai apa pun cantik" Haykal sudah mengenyit mata kepada Husna.

Husna mendengus geram sambil matanya memandang ke siling butik itu. Sama saja encik tunang dengan papanya.

"Gosh, you guys are soooo not helping!"

Pecah ketawa ketiga-tiga 'penontonnya' itu.

"Haykal, pleaseeeeee... I tak ada masa dah minggu ni. We have to decide on the dress today. So please help me decide..." rengek Husna. Haykal pantas bangun dari tempat duduknya untuk datang mendekati Husna.

"Manjanya anak Papa dengan tunangnya" bisik Qistina ke telinga suaminya.

"Dia manja macam Papa dia lah" Khalish berbalas bisik. Tangannya yang dibahu Qistina tadi sudah turun untuk memeluk erat pinggang isterinya. Kepalanya juga sudah disandarkan ke bahu isterinya.

"Hish abang ni.. behave!"

"Mama! Papa!" Bulat mata Husna memandang kedua orang tuanya. Memang tak ubah macam orang bercinta walaupun sudah lebih 18 tahun menjadi suami isteri.

"Yes, Dr Adriana Husna.. " Jawab kedua orang tuanya serentak.

"Haykal kata this one.." 

"Husna kata?" Soal Qistina.

Husna menilik baju itu sekali lagi kemudian kembali mencari wajah tunangnya. Haykal sekadar mengangguk.

"I like this one too.... " Balasnya sambil tersenyum puas.

Khalish menarik nafas lega. Majlis nikah Husna cuma sebulan saja lagi dan masih banyak yang perlu mereka siapkan. Sekurang-kurangnya, hari ini hal persalinan pengantin sudah mereka selesaikan.

"Ok - white for your nikah and lilac for the reception. Done! Let's pay for this booking then kita pergi makan. Papa dah lapar and Kak Long pun kena balik hospital kan?"

Husna melihat jam di lengan. Waktu sudah hampir pukul 2 tengahari.

"Laaa... sorry sangat-sangat sebab Husna didn't notice the time. Kesian Papa dah lapar! Let me go finalise this ya?" Husna dah kelam kabut. Tak perasan mereka sudah berada di butik itu lebih 3 jam! Bergegas dia kembali ke bilik persalinan untuk menyalin pakaian.

"Be careful, love." pesan Haykal perlahan namun dapat ditangkap oleh telinga kedua bakal mertuanya.
***********
Catatan: 10 Febuari 2014 

Tuesday, October 7, 2014

Hello.....


Assalamualaikum & Hi Guys!

Lamanya tak update blog kan? Macam dah bersawang gitu...  sorry!!

Kak Su memang lebih laju di FB.. but for all of you yang sudi visit this blog, I THANK YOU VERY VERY VERY MUCH :-D

FYI, MSS kedua masih dalam penulisan lagi..  masih jauh lagi perjalanannya, so doakan ya?

And sementara menunggu, hari ini Kak Su akan post a few Special Editions for CINTA KITA yang kak su dah share di FB.. Semoga terhibur ya? 

Tapi you all dah baca CINTA KITA tak?  :-)




Sunday, June 22, 2014

Jodohku & JanjiNya - Sedikit Update


Assalamualaikum...

Maaf kerana dah lama tak update kat sini... Sebenarnya Bab 13 adalah bab terakhir yang akan Kak Su upload di sini... insyaAllah, kalau ada rezeki sambungannya akan dapat dibaca dinovel nanti.. so doakan perjalanan kami ya... sesungguhnya perkataan TAMAT itu sangat lah jauh lagi...

InsyaAllah buat sementara menunggu, Kak Su akan cuba upload snippets dan teasers sebagai pengubat rindu you all, ya? :)


Kepada yang on Facebook dan belum join group Kak Su, ini link untuk request:


https://www.facebook.com/groups/HeartStories/


InsyaAllah, kita boleh berbual di sana...


Akhir kata... terima kasih atas semua komen2 anda yang sangat2 Kak Su hargai dan doakan kami selalu ya? :)

Wassalam.


Thursday, June 5, 2014

Bab 13 - Jodohku & Janji-Nya



DERETAN dulang di atas meja makan itu diperiksa satu persatu. Dulang-dulang perak itu sudah diliputi oleh kain satin berwarna perak. Juntaian manik-manik di hujung kain satin itu membuatkan dulang-dulang ini nampak elegan. Di atas setiap dulang pula, diletakkan satu kotak kaca yang akan memuatkan barang-barang hantaran untuk pihak lelaki.  Hanya beberapa kotak sahaja yang sudah berisi, selebihnya akan diisikan kemudian. Bunga-bunga segar juga akan ditambah pada hari lansungnya nanti. 

Tugas seterusnya ialah menyiapkan cenderahati untuk keluarga bakal suami Safi nanti. Ada seratus kotak yang perlu mereka siapkan. Melihat kepada kotak-kotak perak yang tersusun di meja kopi, Jannah melangkah ke situ. Dia melabuhkan duduknya di sofa dan mula mencari toolbox yang mengandungi riben-riben yang perlu dia potong.

Sedang dia mencari gunting dibawah timbunan riben di dalam toolboxnya itu, nada dering telefonnya memecah kesunyian di rumah dua tingkat itu.

‘Ni mesti Safi yang kuatkan nada dering ni.” Gumam Jannah. Dia mengerling nama yang tertera diskrin telefon itu. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Setiap hari, pasti ada panggilan darinya.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”

“Apa khabar awak hari ini?”

“Alhamdulillah, saya sihat.”

“Alhamdulillah. Baguslah kalau begitu.”

“Ada apa yang boleh saya bantu, Encik Qayyum?”

“Oh, tak ada apa-apa. Saya ada masa sikit. I am in between meetings, itu yang saya telefon.”

I see.”

“Awak tengah buat apa tu?”

“Tak ada apa, Encik Qayyum. Just work around the house.

“Err. awak dah lunch?”

“Sudah. Encik Qayyum?” Tangan dan matanya kembali mencari gunting.

“Sudah. Saya makan dengan ayah sebelum solat Jumaat tadi.”

“Oh. Tuan Amir sihat?” soalnya sekadar ingin berbasa basi.

“Ayah sihat. Alhamdulillah. You know how he is. Tak boleh duduk diam.”

“InsyaAllah, minggu depan saya masuk office.”

Oh, don’t worry about work. Pastikan awak dah cukup sihat sebelum kembali bekerja.”

“Saya dah sihat, Encik Qayyum dan terima kasih kerana membenarkan saya melanjutkan  cuti saya.” Sengaja dia menambah cuti selama seminggu lagi kerana dia ingin berehat. Sudah lama rasanya dia tidak mengambil cuti sehinggakan cuti tertunggaknya bertambah dari tahun ke tahun. Masa ini digunakan sepenuhnya untuk menolong Safi dengan persiapan perkahwinannya.

“Sama-sama although I miss seeing you at the office.”

Jannah berdehem perlahan. Seperti selalu, dia tidak selesa apabila Qayyum bergurau begitu.

“Encik Qayyum, I have to go. I have something on the stove.” Dia mereka alasan.

Di hujung sana, Qayyum sudah tersenyum sendiri. Dia sedia maklum perangai Jannah yang satu ini. Yang suka mengelak setiap kali apabila dia mula ingin “mencuba nasib”.

What are you cooking?” soalnya sengaja ingin memanjangkan perbualan mereka.

“Err.. bubur jagung.”

“Oh, that is my favourite.”

Jannah telan liur.

“Oh iya? Kegemaran house mate saya juga. Sorry, Encik Qayyum but I really have to go.”

“Oh ok. I won’t keep you. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Balas Jannah dan seraya itu dia mematikan panggilan tersebut. Telefonnya dilemparkan ke sofa sebelah. Matanya ditutup sebentar. Sungguh dia tidak selesa setiap kali Qayyum bersikap begitu. Walaupun dia belum menolak hasrat Tuan Amir secara formal, dia yakin Qayyum sudah dapat membaca reaksinya. Dia juga bimbang jika penolakkannya nanti akan membuat hubungan kerja antara mereka menjadi kekok. Dia berdoa semoga Qayyum dapat bersikap profesional nanti.

“Fikir apa?” soal Safi yang baru turun dari tingkat atas.

“Hmmm.. tak ada apa lah.”

“Siapa call?”

“Kau kuatkan nada dering aku eh?”

Safi ketawa.

“Yup. Dah kau set perlahan sangat. Selalu tak dengar bila aku call kau.”

“Kalau iya pun, tak payah la set ke maksimum. Terkejut aku tadi tau!”

“Siapa call? Jihad ke?” Safi terus menyoal.

Nope.”

“Dia jarang call kau kan?”

Jannah membulatkan matanya. Sejak dia keluar dari hospital, Jihad hanya sekali sekala akan bertanya khabar. Itu pun melalui WhatApps.

So, Qayyum yang telefon?”

Jannah mengangguk.

“Hmm.. Apa lagi dia nak ya, hari-hari telefon kau?”

“Manalah aku tahu.” Jannah mengangkat bahu.

“Aku tahu. Dia nak kau!”

Jannah membaling satu bantal kecik ke arah Safi yang sedang galak ketawa.

“Aku tak nak!”

“Sebab kau nak Jihad eh?” soal Safi sambil mengangkat kening.

“Pun aku tak nak and no more questions or aku tak tolong kau dengan kotak-kotak ni semua. Kau buat lah sendiri, ya?” Ugut Jannah.

“Ta..”

No!”

“Ji…”

“Safi!” Bulat mata Jannah memandang sahabatnya itu.

“Ala.. aku bukan nak tanya lah! Aku nak cakap.”

“Kau nak cakap apa?”

“Aku nak cakap, yang aku lagi suka kalau kau pilih Jihad!” Safi mengekek ketawa sambil melarikan diri ke dapur.

Jannah mengetap bibir. Kalau lah ini bukan sahabat dunia akhiratnya.




KEESOKKAN harinya, Jannah mengambil keputusan untuk menyertai aktiviti kumpulan motornya untuk berkonvoi ke Taiping. Maklumat itu, dia perolehi dari perbualan kumpulan mereka di WhatsApp semalam. Sudah 2 minggu, dia tidak menyertai sebarang aktiviti mereka malah bersua muka pun tidak.

“Hati-hati bawa motor tu.” Pesan Safi apabila melihat Jannah sedang mengenakan jaket kulitnya.

“Ya, aku tahu.”

“Tahu lah sangat. Kenapa lah kau ni tak bawa saja kereta kau tu? Risau la aku.” Bebel Safi.

“Bawa kereta dengan bawa motor, adrenaline rush dia tak sama, Safi. Berapa kali aku nak cerita kat kau ni? Dah la, pagi-pagi jangan nak membebel.”

Safi mencebik bibir .
            
 “Ok Ok.. but can you please be careful?” pesan Safi lagi. Doanya semoga Allah menjaga Jannah selalu. 

“Ya. InsyaAllah. Don’t worry? Hilang seri pengantin kau nanti. Malam nanti aku balik. Tak payah tunggu, ok?”  Jannah terus mengenakan helmetnya. Isyarat ‘thumbs up’ diberi kepada Safi dan Safi membalasnya. Seraya itu, enjin Kawasaki Ninja dihidupkan dan motor berkuasa tinggi itu terus mengaum.




SETIBANYA di kedai makan yang sudah menjadi tempat pertemuan mereka, Jannah tidak terus masuk ke kedai. Pandangannya tertumpu kepada lelaki yang sedang asyik mendengar cerita si gadis yang sedang duduk bersebelahan dengannya. Air di gelas masing-masing sudah berbaki separuh. Sesekali kepalanya diangguk. Sesekali ada senyuman terukir di bibir. Mereka nampak mesra.

'Kenapa hati kau sakit, Jannah? He is no one to you. Kau yang tolak dia.' Dia bermonolog sendiri untuk cuba menenangkan perasaannya yang tiba-tiba terusik.

"Itu Amy, anak Datuk Khalid." Kedengaran satu suara dari belakang.        

Jannah menoleh memandang Malek yang baru tiba agaknya.

"Oh ye ke?”

Rider?”

“Yup. Baru nak berjinak-jinak. Dia tu regular kat gim aku. Tu yang dia boleh borak sakan dengan Khael.”

“Oh.. Hmm..So she will be riding with us?"Jannah menyoal Malek yang sedang membuka sarung tangan dan jaket.

"Looks like it. Kecuali ada yang membantah." Malek mengerling ke arahnya.

"Kenapa pula aku nak bantah?” Jannah faham benar isyarat mata itu.

“Mana lah tahu kalau kau nak jadi the only rose among thorns.

“Tak ada maknanya. Lagipun it's a free country."

Malek ketawa.

"Untuk pengetahuan kau, ini minggu kedua dia datang.”

Jannah sekadar mengangguk tanda dia faham.

“Eh, jomlah kita join them. Aku dah haus ni. Lama aku tercegat kat belakang kau tadi. Kau mesti tak perasan kan? Tapi yang kau berdiri tegak macam patung cendana dari tadi ni kenapa?"

Jannah membiarkan saja soalan itu. Pandangannya terarah kepada gadis itu yang masih rancak bercerita tapi pandangan Jihad telah beralih daripada si gadis dan sedang tepat memandang ke arahnya.Tiada senyuman cuma satu renungan. Mungkin dia sedikit terkejut melihat kelibat Jannah di situ.
Langkah yang baru hendak dibuka, terhenti.  Ada satu debaran yang aneh dihatinya. Dia melihat Jihad menaip sesuatu di iPhonenya dan sesaat kemudian, telefon Jannah berbunyi menandakan ada satu pesanan WhatApps yang masuk.


"My heart is yours.."

Jannah mengeluh perlahan dan terus menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar selepas membaca pesanan dari Jihad itu.

“Hey Jannah, welcome back!” ucap Nick kepadanya.

Thanks.” Balasnya pendek sambil menarik kerusi untuk duduk.  Pandangan mereka bertaut semula sebelum Jannah pantas melarikan pandangan untuk mencari pekerja kedai.

“Jannah, kau dah sihat betul ke ni?” soal Khalid selepas Jannah selesai memesan minumannya.

“Aku okey, alhamdulillah.”  Telefon yang berada dikocek seluar dikeluarkan dan diletakkan di atas meja bersama kunci motor dan helmet.

“Hi, saya Amy. Amelia Iman.” Si gadis itu menegur dengan ramah. Tangan dihulur untuk bersalam dengan Jannah.

“Jannah. Nur Jannah Zahraa.” sambut Jannah.

“Wow, ada dua J di sini.” Sambungnya sambil menoleh ke arah Jihad sambil tersenyum.

“Jarang tau I dapat jumpa nama Melayu yang bermula dengan huruf J selain Johan yang dah common. Jihad and Jannah.. wow.”

Jannah sekadar tersenyum. Untuk pertemuan pertama, gadis ini memang ramah orangnya.

So you dah lama with the group?” Amy menyambung soal.

“Lama lah jugak.”

Is it tough being the only girl?

Nope. Biasa saja.”

Really? I baru 2 minggu tapi dah pening kepala sebab asyik kena buli saja. Nasib baik Jihad ni, kurang sikit nakal dia.” Amy mengukir senyum ke arah lelaki disebelahnya itu.

“Amboi, merungut nampak.” Nick menyampuk.

“Bukan merungut lah. Ini kisah benar. Beritahu pun, depan-depan ni.”

You will get used to it. Just be yourself.” Pesan Jannah ikhlas.  Melihat pada sikap Amy yang periang dan peramah ini, tentu seronok untuk lelaki-lelaki ini mengusiknya.

Seketika itu, telefonnya bercahaya menandakan ada satu pesanan masuk.

[Awak dah sihat?]

Jannah memandang kepada yang bertanya yang sedang tunduk memerhatikan skrin telefon.

[Yup.] Jawabnya pendek. Telefonnya diletakkan semula ke atas meja. Minuman yang baru sampai, dikacau sebelum menyedut perlahan. Ketika itu Amy sedang rancak bertikam lidah dengan Nick dan Malek. Dia sekadar mendengar.

Sekali lagi, telefonnya bercahaya. Satu lagi soalan diterima.

[Lama tak datang?]

[Saya sibuk.]

[Work?]

[Nope. Saya masih bercuti.]

[Eloklah. It is good to take a rest. Good for your body and soul.]

[Ya.]

[Jahitan di dahi tu is healing well.]

Sekali lagi mata dia naik untuk memandang Jihad dan kali ini, pandangan mata mereka berpaut dan ada senyuman dibibir Jihad. Senyuman yang sudah dua minggu tidak menyapa pandangannya. Kali terakhir mereka bertemu ialah pada hari dia keluar dari hospital.

“Ehem Ehem.. is there something going on between you two?

Soalan Amy itu terus membuat Jannah mengalihkan pandangannya.

“Kenapa kau tanya, Amy?” soal Malik.

“Sebab kau mengurat Khael tapi dia buat bolayan?” Nick kembali mengusik.

“Nick! Tak ada maknanya! Boyfriend I, nak letak mana?” balas Amy dengan nada geram.

Nick ketawa kuat.

Jihad hanya mengukir senyum walaupun dia nampak perubahan air muka Jannah. Dia pasti Jannah kurang selesa dengan cara Amy yang lantang bertanya.

So, korang ni couple ke apa? Jihad, come on. You can tell me.”

Jihad memandang Jannah semula.

See! I know that look!” Amy terus menerus membuat andaian.

“Jihad! Just tell me already!” Amy kembali mengasak lelaki itu.

Well, you seem to be the expert,kan? So, just pray for us, ok?” Balas Jihad dengan bersahaja. Dia berharap semoga jawapan itu akan membuat Amy berhenti dari terus menyoalnya.  

“Wah! This is news! Aku pun tak tahu!”

“Woi, sejak bila ni?”

“Masa Jannah di hospital ke?”

“Wow, dalam diam-diam kau, dapat kau cairkan Jannah eh! Hebat kau!”

“Berita baik ni, kau kena belanja kami, Khael!”

Serta merta semua tumpuan terarah kepada Jihad. Riuh kedengaran satu persatu soalan dan penyataan yang dilancarkan oleh semua orang. Nasib baik semuanya hanya ditujukan kepada Jihad kerana diketika itu Jannah sedang mencuba sedaya upaya untuk menahan kemarahannya dari meletus. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Berulang kali dia beristigfar di dalam hati. Dia sama sekali tidak menyangka Jihad akan berkata begitu. Jawapan yang dirasakan seperti memerangkap dan menarik dia bersama. Sungguh dia marah!




JIHAD menarik keras lengan Jannah untuk membawanya ke belakang motosikal masing-masing.

“Apa ni?! Sakitlah!” Bentak Jannah. Matanya tajam memandang Jihad dengan rasa tidak puas hati.

“Kenapa awak renegade macam tu?!” soal Jihad. Suaranya naik satu oktaf. Nafasnya naik turun. Laju.
       “Saja. I just felt like it.” 

        Suara Jannah yang bersahaja menambah lagi rasa sakit di hatinya.

       “Why are you being so childish?”

        “I was not!”

“Awak tahu tak, apa yang awak buat tu merbahaya?! Bukan hanya bahaya untuk diri awak but also to other riders and drivers. I never expect you to be this careless!!  Mahu terputus jantungnya tadi apabila melihat Jannah tiba-tiba memecut laju meninggalkan kumpulan konvoi mereka yang sedang dalam perjalanan ke Taiping.

Bukan sahaja laju, malah beberapa kali dia melihat Jannah menyelit di antara kereta dan lori treler. Jihad yang berada di belakang terpaksa memecut hampir sepuluh minit untuk mengejar Jannah untuk menyuruh gadis itu berhenti.

“Lepaskan. Tangan. Saya.” Walaupun suara itu perlahan dan tersekat-sekat tapi keras bunyinya. 

Dan lengan itu serta merta dilepaskan. Kerana rasa marahnya, Jihad terlupa yang dia masih memegang lengan jaket kulit itu.

Jannah terus mengurut lengan jaketnya dan membetulkan kain litup kepalanya. Sarung tangan kulitnya dibuka dengan kasar.

Are you done?” dia merenung Jihad. Dia boleh mendengar desah nafas lelaki itu yang sedang turun naik. Pasti lelaki itu sedang cuba mengawal kemarahan di hati.

Jihad tidak menjawab. Hanya matanya masih tepat membalas renungan Jannah.

Look, saya tak suruh awak ikut saya. I do what I want to do. Everyone knows that. Just leave me alone!” Jannah membentak. Apa hak lelaki ini untuk memarahinya sebegitu?

Jihad mendengus kasar.  Sungguh kesabarannya tercabar hari ini. Hatinya sakit melihat tingkah laku Jannah.

“Jannah, saya tahu awak marah dengan saya.” Sedaya upaya dia menahan suaranya untuk tidak naik tinggi.

“Oh, don’t flatter yourself!”

“Awak marah dengan apa yang saya katakan pada Amy tadi, right? Dan kerana marah awak itu, awak buat sesuatu yang bodoh dan membahayakan diri awak sendiri! Kalau awak marahkan saya, marahlah saya. Saya ada kat sini. Nak jerit kat saya? Silakan. I am all ears. Nak pukul? Pukullah! Nak tendang? Go ahead! But don’t you dare be self-destructive like that again.  Don’t you dare, do you hear me?!” Herdik Jihad keras.

“Dan apa hak awak nak marah saya?!” soal Jannah, juga keras. Jantungnya kini berdegup laju setelah mendengar luahan amarah Jihad. Pertama kali lelaki ini hilang sabar dengannya. 

Jihad mengetap bibirnya. Tangannya naik untuk menyisir rambut. Soalan Jannah menyedarkan dia akan kedudukannya yang bukan sesiapa dihati gadis itu. Entah bagaimana dia boleh terlupa hakikat yang satu itu.

Untuk seketika, mereka tidak bersuara. Pandangan mereka dilemparkan ke arah kenderaan yang bertali arus dilebuhraya itu.

You know what, Jannah? If you really can’t stand me that much, I will walk away.” Sambung Jihad perlahan. Hanya Allah saja yang tahu rasa perit dihatinya disaat perkataan itu diucapkan.

Jannah pantas menoleh memandang Jihad.  Ternyata ada kesal di mata lelaki itu.

Are you done?” soal Jannah.

It scares the hell out of you, doesn’t it?”

What do you mean?”

Being with me. Letting yourself go with me.

Diam.

Answer me, Jannah! The least you can do is give me an answer.”

Diam lagi.

Why Jannah?” Untuk kesekian kalinya, Jihad mengutarakan soalan yang sama.

Jannah menarik nafas. Dadanya juga tiba-tiba terasa perit.

“Jangan paksa saya.”

“Maafkan saya kalau awak rasa saya terlalu mendesak.”

“Don’t put words in my mouth. Saya tak suka.”

Jihad mengeluh perlahan. Sungguh dia tak sangka, gurauannya tadi membawa mereka ke situasi ini.

“Jannah...”

Jannah menggeleng kepala. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Suara Jihad yang lembut menyebut namanya membuatkan hatinya menjadi sayu tiba-tiba.

Just walk away, Jihad.  That is what you said moments ago, right? Suara Jannah sudah seakan berbisik.

Lama Jihad merenung gadis yang sedang tunduk itu sebelum dia melangkah untuk mencapai helmet dari atas motornya.

“Saya tak tahu apa yang awak takutkan Jannah. Demi Allah, I would rather hurt myself than to hurt you.” Jihad menarik turun penutup helmet full facenya.  Enjin motosikal dihidupkan dan throttlenya dipulas beberapa kali sebelum dia meluncur laju meninggalkan Jannah.

            Sooner or later, everyone leaves.” Bisik Jannah kepada dirinya sendiri.