Google+ Followers

Sunday, June 30, 2013


Assalamualaikum & Good Morning Semua..

Have a good week ahead guys!

Ramadan Countdown Begins!

May it be the best Ramadan for all!

Thank you for dropping by and reading my story - jangan lupa tinggalkan komen ya? Really need it so I can improve, insyaAllah :-D



Cinta Kita - Chapter 8



It Takes A Strong Heart To Love But It Takes A Stronger Heart To Continue To Love After Being Hurt

“Cepatlah Papa!” Husna sudah menjerit dari bawah.

“Husna, mari sarapan dulu.” Suara Nek Jah kedengaran dari dapur.

“Tak nak lah. Husna nak pergi jumpa Auntie Qis ni, Nek Jah.”

“Ye lah Nek Jah tahu. Dari semalam Husna dah cerita tetapi Husna mesti kena sarapan dulu. Kalau tidak nanti perut Husna masuk angin. Nanti sakit perut, Husna juga yang sakit kan? Bukan Nek Jah.” Mak Jah sudah menapak ke ruang tamu. Dia mengeleng melihat Husna yang sudah tak sabar-sabar nak keluar. Sejak akhir-akhir ini, memang nama itu sering bermain dibibir anak itu.

Angguk dua kali.

“Ok. Husna tunggu Papa ye, Nek Jah?”

“Macam tu lah cucu nenek.” Nek Jah tersenyum.

Selepas saja sarapan, Husna merengek lagi meminta Khalish supaya segera bersiap.

“Baby, kedai Auntie Qis belum buka la sayang.” pujuk Khalish.

“Ala.. kedai dia buka pukul berapa, Papa?”

“Papa pun tak tahu tapi sekarang baru pukul 9 pagi. Papa sure kedai tu belum buka.”

“Papa tanyalah pada Auntie Qis.” Pinta Husna.

“Kita tak payah kacau Auntie Qis la, Baby. Nanti pukul 11 kita pergi ya? Kedai Auntie Qis mesti dah buka masa tu. In the mean time, why don’t you go and find a book to read? Ok, precious?

Husna sudah tarik muncung.

“Ala… Papa call la tanya.. pleeeeaseeeee.....” Matanya dikelip-kelip 2 kali. Buat muka kesian.

Khalish serba salah. Dia tak mahu menggangu Qistina. Apalagi pada pagi Ahad dan seawal begini.

“Papa sms la kalau tak nak call Auntie Qis.” Pinta Husna lagi. Seakan dia dapat membaca fikiran Khalish.

[Salam. Kedai you opens at what time yea? – Khalish]

Sebentar kemudian jawapan Qistina diterima.

[Salam. 1030am. Husna nak datang? – Qistina]

[Yup- Khalish]

[Hi Auntie I see you soon :-)  – Husna]
~~

“Awak boleh tinggalkan Husna kat sini kalau awak ada other things to attend to. She will be fine here” pelawa Qistina kepada Khalish. Sudah hampir 3 jam mereka di kedainya. Husna kelihatan leka membaca di Junior’s Zone and sekali sekala kelihatan dia berbual dengan kanak-kanak lain yang berada di situ. Husna ramah, mudah membuat kawan. Qistina memerhati sambil tersenyum.

It’s ok. Saya tak ada urusan lain. Sunday is my time with her. Tapi yang lainnya hari ni, Husna’s is pre-occupied with her books and not with me.” Khalish tersenyum.

Besides I can also do some reading. You have quite a collection here.” Sambil menayangkan kepada buku Architectural Digest yang sedang dibacanya.

“Alhamdulillah. We try to cater for all here.”

“Hmm..Dah masuk lunch time nie. Husna tak lapar ke? Did she have a big breakfast this morning?” Soal Qistina. Jam ditangan sudah menunjukkan waktu 1.30 tengah hari.

Kalau dah leka membaca, masa akan terasa berjalan dengan begitu cepat. Seakan masa itu mencemburui kita.  Kadang-kadang bila Qistina sendiri asyik membaca,  dia mahu masa itu terhenti. 

Actually dia tak makan sangat pun sarapan dia tadi. Tak sabar sangat nak datang sini. Pukul 8 pagi dah menjerit suruh saya bersiap. Bila saya cakap yang Delisya belum buka lagi, dia dah tak senang duduk dan insisted for me to call you to find out. Bila saya tak nak, dia suruh sms pulak.” Khalish tertawa kecil sambil mengelengkan kepalanya. 

Qistina juga tersenyum mendengarkan cerita Khalish itu. Matanya dilarikan memandang Husna seketika.

I must apologise for both of us. Maaf sebab kami menganggu awak di pagi Ahad, Qistina.”

It’s ok. No worries. Tak mengganggu pun. I was already up.” jawab Qistina. Matanya tak lepas memandang Husna. Rasa sayang kepada Husna terbit di hatinya. Apatah lagi bila dia mengetahui bahwa Husna tidak mendapat kasih seorang ibu semenjak dia dilahirkan.

Shall we go somewhere for lunch? We have been here for 3 hours, I think a change in the scenery would be good although no offence, your place here dah cukup cantik and very homey.” Ajak Khalish.

“Ok tapi kita solat dulu. Bilik solat ada di sebelah pejabat. ” cadang Qistina.

“Ok. Let’s.” Khalish mula bangun menuju ke sudut dimana Husna duduk.

“Husna, jom solat” ajak Khalish bila dia hampir pada Husna.  Husna mengangkat kepala dan menguntumkan senyuman yang manis buat papanya.

“Jom Papa” alahai.. patuhnya anak ini.
~~

Khalish membawa mereka ke Lake Club di Tasik Perdana. Ketika mereka melangkah masuk, restoran itu kelihatan penuh. Ramai yang sedang menikmati makan tengah hari bersama keluarga. Hari Ahad – hari bersama keluarga. Bonding time.  Nasib baik ada meja untuk mereka.

Pada mata kasar, pasti mereka bertiga juga kelihatan seperti satu unit keluarga yang lengkap. Yang lelaki cukup segak berbaju T warna hitam dan berseluar jeans biru dan yang wanita pula begitu ayu bertudung biru polos dengan baju blouse putih berbunga kecil serta berskirt biru. Anak mereka yang bergaun kuning pula sangatlah comel kelihatannya. Husna petah bercakap bagai tidak mahu berhenti. Ada saja yang ingin dia ceritakan. Kedua Khalish dan Qistina hanya diam mendengar. Senyuman sentiasa dibibir. Masa berjalan masuk pun, Husna berjalan di tengah sambil memegang tangan Khalish di kanannya dan tangan Qistina di kirinya. 

Di dalam kepetahan dan keriuhan Husna, Qistina merasakan satu perasaan tenang hadir dalam hatinya. Dia terasa sangat selesa dengan keadaan mereka ini. Walaupun dia baru mengenali Khalish dan Husna, dia rasa amat selesa bersama mereka. Terasa bagaikan dia telah lama kenal dengan kedua beranak ini. Sikap Khalish yang peramah membuat dia tidak segan untuk bersama mereka. Sikap Husna yang manja memang amat menyenangkannya. Namun dia harus sedar bahwa dia tidak boleh melayan perasaannya itu. Cukuplah apa yang dia lalui bersama Aidil. Hubungan mereka yang rapat dan dia yang dalam diam menyimpan rasa akhirnya membawa kekecewaan kepadanya. Cukuplah. Dia serik. Dia tak mahu terluka lagi. Untuk tidak terluka, hatinya harus dipagari rapi.

“Auntie, lepas ni kita berjalan dekat luar nak tak? Kat sini ada taman rama-rama. Best tau!.” Ajak Husna ceria.

“Husna, Auntie has to work.” Terang Khalish. Menjawab bagi pihaknya.

But it’s Sunday” jawab Husna.

“Yes, but she works on Sunday too.  Tadikan Husna pergi kedai Auntie. If the shop is open that means Auntie is working.” terang Khalish perlahan.

Husna terdiam. Mungkin sedang cuba memahami apa yang diterangkan oleh papanya. Mungkin padanya, hari Ahad ialah hari cuti untuk semua orang.

“Oh, ok so lepas makan kita kena hantar Auntie balik kedai dia kan?” soal Husna lagi.

Khalish mengganguk.

“Ok, Auntie, lain kali kita datang and tengok rama-rama, ya?”

“InsyaAllah, Husna.”

“Ok jom Papa. Husna nak balik ke Delisya and sambung baca buku.” Husna tersenyum puas.

 ‘Dah sudah. Berapa lama dia nak duduk kat kedai tu?’ bisik hati Khalish.

~~

Khalish memandang wajah Husna yang sedang lena tidur. Lama sungguh mereka habiskan masa di kedai Qistina hari ini. Itu pun puas dia pujuk mengajak Husna balik.  Agaknya kalau tidak, Husna mesti nak tunggu sampai kedai itu tutup supaya dia boleh balik bersama Qistina.

Perasaan Khalish sedikit terusik melihat Husna yang begitu manja dengan Qistina. Walaupun baru beberapa kali mereka berjumpa, mesranya lain benar. Sebelum ini Husna tidak pernah mahu rapat dengan seorang pun kawan-kawan wanitanya. Baik yang bujang atau pun yang sudah berkeluarga. Husna memang peramah tetapi Khalish tak pernah nampak Husna sebegini attached dengan sesiapa seperti dia lihat Husna bersama Qistina.  Sikap Qistina yang rajin melayan kerenah Husna juga tidak membantu. Terbit risau di hati Khalish. 

Walaupun sudah tujuh tahun Dahlia meninggalkannya sendirian, tidak pernah terdetik dihatinya untuk mencari pengganti. Padanya biarlah Dahlia menjadi yang pertama dan terakhir buatnya. Tidak sanggup dia membahagikan kasih sayangnya serta cintanya kepada Dahlia dengan wanita lain. 

Cukuplah Husna untuknya.

Saturday, June 29, 2013

Cinta Kita - Chapter 7



Trials in Life Are Not Meant To Make Us Fail, But To See How High We Can Fly

[Salam. Boleh jumpa esok? Saya nak pulangkan kereta.- Qistina}
[Salam. Boleh. My office. 11am?-Khalish]

[Ok. See you then, insyaAllah. – Qistina]
~~
“Auntie Qis!” terdengar satu suara memanggilnya. Qistina yang ketika itu sedang membeli barang-barang dapur segera menoleh dan mencari suara itu.

“Hi Auntie! “ Husna sudah tersenyum di hadapannya.  Mata Qistina pantas mencari Khalish. Risau kalau-kalau Husna ni berjalan berseorangan.

“Papa ada kat situ.” Husna menjuihkan bibir ke arah Khalish yang sedang menolak troli ke arah mereka.

 “How are you Auntie? Lama tak jumpa Auntie.”

“Alhamdulillah Auntie sihat? Husna?”                             

“Husna pun siiiiihatttt... Alhamdulillah”

“Assalamualaikum. ” Khalish memberi salam.

“Waalaikumsalam” jawab keduanya. Qistina dan Husna sama-sama tersenyum.

“Husna nak beli apa ni?” soal Qistina setelah dia melihat seakan ada satu kertas kecil di tangan Husna.

“Oh.. Husna nak beli barang-barang dalam senarai ni.  Semalam Husna dah tulis dan beritahu Papa. Kan Papa?”

Khalish sekadar tersenyum dan mengangguk. Memang dia mengajar Husna untuk membuat senarai apa yang ingin dibelinya sebelum mereka ke kedai. Senang nak kawal pergerakkan Husna jika dia dah ada senarai di tangan.  Disiplin kena diajar dari kecil supaya senang bila anak-anak dewasa nanti.

“Hmm..Banyak ke tu?”

“Baaaanyak.  Meh Husna tunjuk kat Auntie. Jom ikut!”

Qistina mengikut Husna apabila si kecil itu menarik tangannya. Nasib baik dia memang sudah selesai membeli barang-barang dapurnya.  Layan je lah si kecik ni. Khalish hanya mengikut mereka dan tidak banyak bercakap. Tapi Qistina tahu, matanya tak lepas memerhati gelagat si Husna.

Selepas mereka membayar belian masing-masing, Husna mengajak Qistina untuk duduk minum bersama mereka pula. Memandangkan dia pun tidak ada apa-apa rancangan lepas itu, dia pun mengikut sahaja.

“Maaf kalau kami mengganggu” ujar Khalish semasa Husna bangun untuk membasuh tangannya.

It’s ok. Saya pun tak ada apa-apa urusan” jawab Qistina sambil matanya memandang Husna.

“Tak sangka pulak kita boleh jumpa di sini. Kecilnya dunia. Kereta awak dah ok?” Khalish tersenyum.

 “Alhamdulillah. Thanks again

“Alhamdulillah. No need to thank me. Memang salah saya pun.” Khalish tersenyum manis.
Hati Qistina berdebar melihat senyuman itu. Jantungnya juga berdegup sedikit laju. Senyuman si Papa sama manis dengan senyuman si anak. 

Qistina teringat akan kejadian 2 hari sudah apabila dia ke pejabat Khalish untuk memulangkan kereta ‘pinjam’nya.  Lama juga dia terpaksa menunggu sebab Khalish ada mesyuarat. Nasib baik dia sendiri tak ada appointment. Kalau tidak, haru jugak.

Sedang dia leka dengan iPhonenya, Khalish menegurnya.

“Assalamualaikum. Maaf sebab awak terpaksa menunggu lama. Saya kena attend mesyuarat tergempar tadi. Ada issue yang kena address segera.” Terang Khalish. Di wajahnya jelas rasa bersalah.

“Waalaikumsalam. It’s ok. Lagi pun selesa tempat menunggu ni.” Balas Qistina tersenyum. Yelah, kalau dia kena menunggu di bawah cahaya matahari, harus dia migrain.  Dia menatap sebentar rupa Khalish yang tampan itu. Rambutnya elok tersusun. Sungguh tiada cela diwajah lelaki ini. Kemeja jalur kuning dikenakan dengan tali leher berwarna hitam serta seluar slack hitam. Lengan baju dilipat ke siku.  

“Lunch?” Khalish mengajaknya.

“Hmm..” Qistina terkejut. Diperhatikan jam ditangan. Lunch tak ada dalam rancangan asalnya.

“Dah dekat pukul 1 nie. I am sure you belum lunch lagi kan? Saya pun dah lapar. So why don’t we go for lunch?’  ajak Khalish lagi. Dah dua kali dia mengajak. Takkan nak tunggu 3 kali kot, Qis?

“Ok. Jom” Qis tersenyum.

Qistina hanya mengikuti Khalish. Dia mana tahu kawasan itu. Ini baru kali ke dua dia sampai ke kawasan pejabat itu. Khalish hanya diam dalam mengatur langkah ke restoran berhampiran.

This is my lunch spot kalau tak ada appointment dengan client” terang Khalish. Dari kad yang diberi dulu, Khalish adalah seorang arkitek.

Qistina mengganguk sambil memandang ke sekeliling.

Nice ambiance. Looks like business is good.” Komen Qistina.

The food is good too and that is super important. Come.” Khalish memandang tepat ke arah matanya.
Qistina mengangguk lagi dan ikut Khalish ke satu meja yang kosong.

So, are you familiar with this area?” soal Khalish setelah pelayan berlalu bersama pesanan mereka.

I am not, actually. This is only my 2nd time here.” Memang dia jarang ke kawasan Kota Kemuning ni. Memang boleh ini dikira di luar kawasan liputannya.

I see. Well, kami dah 5 tahun berpindah ke sini. It’s quieter than being in the middle of KL kan? In and out pun tak berapa sesak.” terang Khalish.

Yup, I agree. I love the landscape. Banyak greens. Sejuk mata memandang.”
Qistina dapat rasakan yang Khalish sedang merenungnya. Dia terasa segan dan cepat mengalihkan pandangan ke luar restoran.

So how old is CafĂ© Bonheur? Are you the sole owner?” soalan Khalish membawa pandangan Qistina kembali kepada lelaki itu.

Yup, that’s my baby. Alhamdulillah dah nak masuk 2 tahun” ya, ‘anak’ Qistina baru belajar untuk bertatih.

Really? I am surprised. It looked well established. Looking at it, one will never think that the place is only 2 years old and business looks good too. Jarang saya tengok book stores with your concept thrives.”

“Mula-mula tu saya risau juga. Macam yang awak kata, tak banyak kedai buku with this concept dapat diterima. Tapi alhamdulillah rezeki itu dari Allah. Kami terpaksa berkerja kuat dengan melakukan berbagai promosi dan run events supaya kami dapat attract repeat customers and build loyalty among them. Kami juga survive through word of mouth

And that is the most powerful form of advertising

plus, ia percuma” sambung Qistina sambil tertawa kecil.

“Husna loves your shop. She keeps asking and insisting that I take her there again.” Khalish bercerita sambil tersenyum. Asal terbit nama Husna, kedua-duanya mesti tersenyum.

“MasyaAllah, she is just so sweet and so adorable.” puji Qistina.

She gets that from her mother.” ucap Khalish. Qistina mengangkat kepala dan memandang ke mata Khalish. Seakan ada duka di situ. Mata mereka bagaikan terkunci selama beberapa saat. 

“Hmm.. Isteri you kerja di mana?” mulanya Qistina segan untuk bertanya namun bila Khalish dah menyebut ‘isteri’ maka Qistina rasa inilah peluang dia untuk bertanya.

She is no longer with us. Arwah meninggal selepas melahirkan Husna. It is just me and Husna now.” 
 Terang Khalish dengan nada yang perlahan. Ayat akhir itu berbunyi sayup di telinga Qistina.

“Oh! I am so sorry Khalish” Qistina tiba-tiba terasa sebak. Dia sebak mengenangkan Husna yang membesar tanpa seorang ibu di sisi. Anak comel yang sentiasa tersenyum riang itu rupanya tidak beribu. Sungguh Qistina tidak sangka. Ya Allah, Kau lindungilah anak itu sentiasa.

Thanks. It’s ok. Saya redha. Itu aturan Allah untuk kami” Khalish memandang Qistina dan dia perasan mata Qistina sedikit berkaca. Hati Khalish sedikit tersentuh.

How about you? Are you married?” soal Khalish terus. 'Since we are on the subject, tanya je la Khalish. Kalau dah tahu senang’ bisik hati Khalish. Senang dia tahu perimeternya. 
 
I am not. Single and looking.” Qistina menjawab jujur.

Khalish mengangguk.

Well, He is the Best Planner. InsyaAllah, when the time is right and when the right person comes along, He will give it to you. So have faith in Him, ok?” jawab Khalish.

Qistina tersenyum dan hanya mengganguk. 

“Papa! Auntie Qis! Lepas ini kita nak pergi mana?” soalan Husna mengejutkan Qistana dan membawa tumpuannya kembali kepada anak kecil dan lelaki yang dihadapannya ini.

“Lepas ni, kita balik rumah. Esok kan sekolah?” jawab Khalish.

Si kecik menarik muncung tak puas hati.

Thursday, June 27, 2013

Cinta Kita - Chapter 6



Time Passes. Memories Fade. Feeling Changed. People Leave. But The Heart Never Forgets. 
 

“Mak ai.. Kereta siapa kau curi ni?” soal Ira sebaik saja dia melangkah turun dari kereta ‘pinjam’nya itu.

“Kereta mamat yang langgar aku hari tu.”

“Mak ai.. kaya mamat tu ye?”

“Agaknya lah”

“Mak ai. Percaya dia kat kau ye?”

“Eh.. berapa banyai ‘mak ai’ lah kau ni, nenek kebayan?” Qistina dah tertawa kecil.
Ira menggaru kepalanya yang sedikit gatal.  Jarang atau hampir tak pernah dia mendengar tentang orang yang meminjamkan kereta mewah mereka kepada seseorang yang baru mereka jumpa sebanyak dua kali. Pelik sungguh!

“Audi Q5 ni babe. Bak sini kunci, aku nak try bawa satu round.”

“Banyak lah kau punya satu round. Tak payah. Aku pun serun nak ambik tadi sebenarnya. Yalah kalau apa-apa jadi, mau kena jual Cafe aku kot kalau nak bayar kan? Tapi mamat tu, selamba jer kasi. So aku pun malaslah nak cakap banyak lagi. Lelaki bukan suka kalau kita banyak songeh kan? So aku ambil jer la. Pinjam jer pun. Bukan dapat terus” Qistina tersengih.

“Eh, mamat ni bujang ke? Handsome tak? Ada tak ciri-ciri untuk kau buat suami? Kalau dia single and available, aku memang sokong kau 100% kalau kau nak cuba pikat dia”

“Amboi banyaknya soalan kau ye nenek kebayan.”

Ira menyengih besar sambil dalam hatinya berdoa untuk kebahagiaan sahabatnya itu.

“Tak menjawab soalan nampaknya?”

“Hmm.. Yang aku tahu, dia bukan bujang sebab dia ada anak perempuan yang sangat comel. Kami dah berjumpa dua kali tapi kedua-dua kalinya tanpa isterinya.  Handsome? Handsomelah jugak. Sedaplah mata memandang.  Pikat? Kau demam ke apa? Kena dia suami orang, teruk nanti aku kena serang wife dia wei. Tak adanya aku nak ambik hak orang.”

“Hehehe.. aku faham. Aku pun tak bagi kau ambik hak orang.  Kalau dia solo and available jer baru aku sokong kau. Tapikan, aku harap-harap dia solo.”

“Macam-macam lah kau ni, nenek kebayan. Dahlah jom masuk.”

~~

Bismillah. Subhanallazi sakhorolana ha zha wama kunna lahu mukriniin. Wainna ila rabbina. Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.” Doa naik kenderaan dibaca perlahan.

Qistina memulakan perjalanannya ke Melaka selepas solat Subuh tadi. Rancangannya biar cepat sampai, cepat berjumpa Uncle Rahim untuk mengambil beberapa buku ‘antik’ dan cepat dia boleh pulang semula ke Kuala Lumpur sebelum traffic rush bermula.

Tadi sebelum dia bertolak, dia menghantar satu sms kepada Khalish.  Terasa bagai satu obligation pulak memandangkan dia sedang memandu kereta Khalish.

[Assalamualaikum. Saya nak bertolak ke Melaka ni. Doakan ‘kami’ selamat. – Qistina]

Beberapa minit kemudian, sms dari Khalish diterima.

[Waalaikumsalam. InsyaAllah selamat. Jangan lupa baca doa naik kenderaan. – Khalish]

[Husna says Hi Auntie! – Khalish]

Qistina tersenyum membaca sms kedua itu.  Awal budak comel tu dah bangun rupanya. 
~~
Setibanya di Bandar Melaka, sudah pukul 8 pagi. Dia terus menuju ke kedai Encik Rahim di Pekan Klebang. Tiba sahaja didepan kedai buku tersebut, kelihatan Uncle Rahim sudah menantinya.

“Assalamualaikum Qis.”

“Walaikumsalam. La Uncle ni, patutnya Qis yang bagi salam. Laju jer.” Usik Qistina sambil menghulurkan 
tangan untuk bersalam dengan Uncle Rahim.

“Qis dah sarapan? Kalau belum, jom kita pergi sebelah. Uncle lapar ni. Kita pekene roti canai ke, lontong ke, nasi lemak ke?”

“Boleh jugak Uncle. Saya pun lapar. Tadi lepas Subuh terus bertolak.”

“Molek lah tu.. Jom kita” Uncle Rahim memulakan langkahnya.

“So, Qis rasa ada market ke untuk buku-buku antik uncle ni di KL?” soal Uncle Rahim sambil meniup air kopi O nya. Dia memang dah lama terlibat dalam pengumpulan buku-buku lama. Koleksinya yang paling lama adalah koleksi Peranakan Melayu yang dicetak pada tahun 1892.

“InsyaAllah ada Uncle. Qis dah buat survey kat Facebook Page kedai Qis tu. Ada beberapa ardent readers yang berminat. Tu yang Qis cari Uncle ni. You are my trusted supplier when it comes to these kind of books. Kita cuba bawa sedikit dulu untuk test the market.  Kalau ada yang berminat, Qis akan create satu sudut khas untuk ‘Classic or Antique Books” dan kita boleh tambah stok.”

“Bertambah maju nampaknya kedai Qis ye? Alhamdulillah. Dah masuk dua tahunkan kedai Qis tu?”

“Alhamdulillah. Ya, tahun ni tahun kedua. Tapi kedai kecil macam kami perlu kreatif dalam membuat marketing, Uncle. Kami perlu kerja lebih kuat berbanding kedai-kedai buku yang konsep chain stores.  Apatah lagi, sekarang ni pun semakin banyak publishing house yang sudah mula menjual buku-buku terbitan mereka online secara terus kepada pelanggan. Bertambahlah saingan buat kami yang sekecil ikan bilis ini. Tapi Alhamdulillah sebab kami banyak aturkan events di Cafe, maka pelanggan kami semakin ramai and ramai dah jadi loyal customers.“

“Baguslah kalau kamu pandai ‘diversify’kan cara-cara untuk memajukan Cafe kamu tu. Uncle doakan semoga kamu success selalu.”

Thank you, Uncle”

“Tapi Qis, success kedai satu. Itu belum cukup lengkap. Qis ni bila nak tamatkan zaman bujang dan mulakan fasa baru dalam hidup Qis? Uncle tengok kamu ni semua dah ada. Dah lengkap kecuali yang satu tu.”

“Yang itu, di luar control Qis la Uncle. Itu Dia punya plan. Qis follow ajer.” jawab Qistina sambil tersenyum dan kembali menikmati sarapan nasi lemaknya.
~~

[‘Kami’ – dah selamat sampai – Qistina]  SMS dihantar kepada Khalish sebaik dia tiba di hadapan kedainya. Saja dia memberi laporan mana tahu mamat tu risaukan keretanya.

[Alhamdulillah.  Laporan diterima. – Khalish]

‘Hmm.. terasa macam polis pulak’ bisik hati Qistina tersenyum.

Qistina melangkah masuk ke kedainya. Diperhatikan sekeliling. Ada satu Book Club Circle sedang bersidang.  Sebenarnya ada beberapa Book Club Circle yang menjadikan Bonheur sebagai ‘markas’ mereka. Mungin sebab ada satu bilik khas di Bonheur yang disediakan khas untuk tujuan itu. Hari mereka bersidang pun sudah ada jadualnya.  Sengaja diatur begitu supaya semua Circle dapat menggunakan kemudahan yang disediakan.  Hmm.. Ramai juga ahli Book Club yang satu ni. Diperhatikan sambil dia mengira. Hmm.. ada dalam 15 orang. Agaknya semua suri rumah tangga. Dia tersenyum. Seronok juga kalau dapat duduk-duduk sambil minum kopi, makan pastri dan berbincang mengenai sesuatu buku.

Dia melangkah masuk menuju ke pejabatnya. Kelihatan ada sejambak bunga di atas meja nya. Dia tenung lama. Siapa punya? Dia mengangkat jambangan bunga itu dan membelek sambil mencari jika ada kad yang terselit di situ.

“Thinking of you today. Hope all is well. – Aidil”

Berderau darahnya membaca nama itu. Kenapa tiba-tiba Aidil menghantar bunga kepadanya? Selama mereka berkawan tak pernah dia diberi bunga.  Qistina memerhati jambangan bunga matahari yang kuning cantik itu. Perlukan dia menelefon Aidil dan mengucapkan terima kasih?

“When was the last time we spoke?” soal Qistina di dalam hati.

Dia tak ingat bila kali terakhir mereka berbual. Mungkin dua tahun yang sudah.

~~
“I am getting married.”

Sungguh Qistina terkejut! Nasib baik perbualan mereka melalui telefon.  Maka Aidil tidak dapat melihat riak terperanjatnya.

“You are the first amongst our friends to know.”

Patutkah Qistina berbangga dengan penyataan itu?

“Will you come to my Nikah?”

‘Qis?”

Qistina diam lama. Dia cuba mencari kata-kata. Mengumpul semangat. Aidil dihujung talian kedengaran sangat gembira. Maka dia juga harus tumpang gembira.

“Congratulations! I am so happy for you. Where and when is the Nikah?”

“Kota Bahru on December 24th

“Mak ai, jauhnya awak.”

“Hehe..  dah jodoh saya, awak.”

How come you never told me about her?” soal Qistina.

“Ala.. saya segan. Selagi tak official, I don’t want to jinx it.”

“Awak datang ya?”

“Hmm.. tak kot. Jauhlah awak”

“Sampai hati”

Sampai hati? Maaf Aidil. Qistina rasa dia tak kuat untuk melihat Aidil bernikah. Sungguh dia tak kuat. Namun dia akan sering mengirimkan doa kepada yang Esa semoga Aidil berbahagia selalu dan perkahwinannya itu akan kekal sehingga ke Jannah. Tetapi untuk berada di situ dia tidak kuat.
~~

“Wah.. ada bunga. It’s not your birthday kan, Cik Qis?” soal Ady, salah seorang pekerjanya.

“Hmm.. Nope” Qistina duduk sambil membuat stretching leher. Tiba-tiba terasa lenguh. 

Boyfriend kasi ke Cik Qis? Kalau ye, kenalkanlah dengan kami.” Ady tersengih.

“Banyak lah hal kamu ni Ady. Ni ada apa cari saya petang-petang ni? Kerja ok? Ada unhappy customers tak today?”

“Hmm.. Alhamdulillah hari ni tak ada, Cik Qis. Semua ok. Ni, saya nak bagi senarai online orders kita minggu ini untuk Cik Qis semak. Esok saya akan proses semua.” memang dalam job scope Ady untuk menjaga semua online orders Delisya.

“Oh, ok. Terima kasih Ady”

“Sama-sama. Saya keluar dulu.”

Qistina mengganguk sambil matanya kembali merenung jambangan bunga matahari di atas mejanya.