Google+ Followers

Thursday, July 18, 2013

Cinta Kita - Chapter 20



Love is someone who feels like a part of you

[Assalamualaikum. Dah tidur?]

[Waalaikumsalam. Not yet. Reading.]

[Can I call you? I miss hearing your voice.]

[Just the voice?]

Dan telefon Qistina berbunyi.

“Assalamualaikum, sayang” panggilan Khalish untuknya sudah bertukar. Qistina tersenyum bahagia.

“Waalaikumsalam. Kenapa tak tidur lagi?” soal Qistina lembut.

“I tak boleh nak tidur. I tried to but my eyes refuse to shut. I think  it is because I am missing my heart.”

Qistina tergelak kecil. Khalish sudah pandai bermanja dengannya.

“Siapa pulak yang ambik heart you tu?” usik Qistina.

“Adalah orang tu. Didn’t I tell you about her?”

Hmm.. Nope. I don’t remember you ever mentioned her.

Well, she stole my heart. A real rare find that one. Someone yang bila kita jumpa, mesti jatuh sayang pada dia. Kalau tak jumpa, kita jatuh rindu. She is warm, peramah, penyayang, penyabar, loyal and a good friend”

Wow. How lucky can you get? If that is the case, you better hold on tight to her” usik Qistina. Khalish boleh mendengar senyuman disebalik kata-kata itu.

Yup. That is the plan. Infact, esok my family nak pergi jumpa family dia dan kami nak ikat dia ketat-ketat”

Pecah ketawa Qistina. Macam-macam Khalish ni.  

Mereka diam sebentar melayan rasa hati masing-masing. Senyum hadir dibibir masing-masing.

What are you reading, sayang?” soal Khalish perlahan.

The Surrendered Wife” jawab Qistina.

“La.. belum jadi wife I, you dah nak surrender?” Khalish sudah tergelak besar.

Qistina turut sama ketawa..

It’s not that kind of surrender la En..cik Khalish. It is a guide book on how a wife should relinquish inappropriate control of their husbands and focus on their own happiness in order to bring romance back into their relationship” saja Qistina tekankan perkataan encik itu.

“Hmm..I see.. but I like the idea of surrender very much” Khalish mengusik lagi.

“Suka ya?”

“Sangat suka!”

Mereka tergelak lagi.

“Hmm.... En..cik Khalish. Saya dah mengantuk..nak tidur”

“Aik, sebut surrender terus nak tidur dah? Nak surrender betul nampak?” lagi giat Khalish mengusiknya. Pipi Qistina dah terasa panas. Nasib baik Khalish tak nampak!

“Kita sambung esok ye, Encik Khalish? Saya dah mengantuk ni. Esok saya sibuk”

“Sayang nak saya datang tolong ke?”

“Eh eh tak payah Encik Khalish. Encik Khalish duduk diam-diam dirumah ya?”

Khalish ketawa lagi.

“La.. saya tak boleh datang tengok orang tu kena ikat ke?” Khalish menyambung gelaknya.

“Kalau nak kena ikat dengan Pak Long, datanglah” giliran Qistina untuk ketawa.

“Hmm… ok lah.. kalau macam tu, saya duduk rumah je lah. Oklah, sayang pergilah tidur. Kalau ada apa-apa, bagi tahu saya ye?”

“Ya Encik Khalish. Tolong jangan risau. InsyaAllah, kita sama-sama berdoa agar Allah permudahkan urusan kita esok”

“Allahuma Ameen.. err Qis?”

“Ya?”

You know that I love you, right?”

Qistina tersenyum lebar.

Yes, Encik Khalish. I know. Now, can we go to sleep?”

Khalish tertawa lagi.

Good night, sayang. Tidur mimpikan saya, ya? Assalamualaikum” sempat lagi Khalish mengusik.

“Waalaikumsalam warrahmatullah..”

Dihujung talian, Khalish juga tersenyum mendengar panggilan Qistina untuknya - “Encik Khalish”. 

~~

Majlis merisik telah berjalan dengan lancar seminggu yang lalu. Ibu bapa Khalish sendiri yang mewakili dirinya sementara keluarga Qistina diwakilkan oleh Pak Long serta Mak Longnya.
Selain dari merisik, majlis itu dijuga merupakan majlis pertunangan Qistina dengan Khalish. Qistina yang sudah memberitahu Khalish yang dia tidak mahu mengadakan sebarang majlis pertunangan terkejut apabila Umminya memanggilnya untuk duduk diruang tamu dimana mereka sedang berbincang. Dia ketika itu sedang sibuk didapur menyediakan makan tengahari untuk rombongan keluarga Khalish.

“Qis, duduk sekejap. Puan Sri ada nak beritahu sesuatu” Ummi mengarahnya untuk duduk.

“Iskh Kak Maryam ni, tak payah Puan Sri segala. Kan saya dah kata, panggil saya Lia sahaja. Qis panggil Ibu jer ya?” lembut tutur Puan Sri Kamelia. Dia memegang tangan Qistina. Qistina dah naik segan.

“Pertamanya, Ibu nak minta maaf sebab Khalish tak sempat lagi bawa Qis ke rumah kami.”

“Eh jangan cakap macam itu, Ibu. Patutnya Qis yang minta maaf sebab tak sempat ke rumah Ibu.” sungguh Qistina segan dengan ibu Khalish.

“Qis tak datang sebab Khalish tak bawa. Entahlah kak Yam, orang laki-laki ni, fikiran mereka lain dari kita. Si Khalish tu, hujan tak ada, ribut jauh sekali tiba-tiba dia beritahu saya yang dia dah melamar Qis. Kelam kabut kita dibuatnya” Qis dah tertunduk malu. Pipinya dah terasa panas. Mesti merah mukanya.  Yang lain-lain dah tersenyum lebar.

“Dia takut Qis kena sambar lah tu” Tan Sri Hamid pulak berseloroh. Pecah gelak semua orang. Qistina masih menunduk. Dia tengah memikirkan kenapa dia harus duduk ditengah-tengah mereka yang sedang berbincang pasalnya itu. Selalunya orang yang dirisik tak perlu duduk bersama.

“Hmm.. Qis” ibu Khalish masih memegang tanganya lembut.

Qistina mengangkat kepalanya.

“Khalish bagi tahu Ibu yang Qis tidak mahu membuat majlis pertunangan. Betul?” soal Puan Sri Kamelia lembut.

“Ya betul, Ibu.” Angguk Qistina. Pada Qistina buat apa nak buat majlis pertunangan jika tempoh pertunangan mereka hanya 2 bulan.

“Sebab dalam 2 bulan kamu akan bernikah?” Ibu Khalish sudah tersenyum merenung wajahnya.

“Ya Ibu. Qis tak nak menyusahkan semua orang. Cukuplah dengan majlis nikah kami nanti. Maaf ya Ibu kalau Ibu kecil hati.” Ujar Qistina ikhlas.

“Kami tak kisah Qis. Yang penting Khalish bahagia. Dan Ibu nampak kebahagiaan itu diwajah anak ibu itu kebelakangan ini. Ibu harus berterima kasih kepada Qis untuk itu. Anak ibu itu dah lama keseorangan.” Suara Puan Sri Kamelia sudah kedengaran sebak. Tangannya masih mengusap tangan Qistina lembut. Qistina pula sudah menunduk. Dia turut sebak mendengar suara ibu Khalish yang sebak itu. Ditahan air matanya supaya jangan menjengah pipinya.

“Sudahlah tu Puan Kamelia. Sketsa sedih dia dah keluar pulak. Hari ini hari yang baik. Tak baik bersedih.” usik Tan Sri dari tempat duduknya. Puan Sri Kamelia berpaling sebentar memandang ke arah suaminya. Satu senyuman dan anggukan diberikan.

“Hmm ialahkan Ibu ni. Maaf ya Kak Yam, Abang Long, Kak Long, Saya teremotional pula” Puan Sri tergelak kecil.

“Eh tak pe, Lia. Akak faham. Kita ni masing-masing hanya ada seorang anak. Maka bahagia dia, bahagialah kita dan derita dia, deritalah jugak kita kan?” pandai Ummi menjaga hati bakal besannya itu.

“Betul tu, Kak Yam” Puan Sri mengangguk setuju. Matanya memandang Qis semula.

“Hmm.. Qis, walaupun tidak ada majlis pertunangan, Ibu nak tunaikan hasrat Khalish. Dia  tetap hendak beri Qis sebentuk cincin tunang.” jelas Puan Sri Kamelia lembut dan Qistina sedikit terkejut. 

Mata Qis laju mengikut tangan ibu Khalish yang sedang membuka sebuah kotak kecil berwarna biru turquoise beriben putih dan mengeluarkan sebentuk cincin. Qistina ingat cincin berlian itu. Dia dan Khalish masuk ke kedai yang berada di KLCC itu kerana ingin memilih cincin untuk majlis nikah mereka. Sedang mereka leka memilih, Qistina ternampak cincin ini dan dia meminta untuk mencubanya. Sungguh dia tak sangka yang Khalish akan membeli cincin itu sebagai cincin pertunangan mereka. Khalish dah pandai buat surprise!

Monday, July 15, 2013

Saturday, July 13, 2013

Cinta Kita - Chapter 19



“Papa cepatlah!” sudah kedengaran suara Husna dari ruang tamu.

“I am coming, Husna. Tak baik menjerit Baby. Kan hari ini Hari Raya?” Khalish mengingatkan si kecil.

“Dah Papa lambat. Penat dah Husna tunggu” Husna buat muka letih.

Khalish memandang ke arah Husna yang sudah lengkap bertelekung sambil tersenyum.

‘Entah-entah dia memakai telekung dari Subuh tadi tak?’detiknya dalam hati.

“Ye lah. Papa aje lah yang lambat dan bukan Husna yang selalu tak sabar-sabar” usik Khalish sambil mengosok kepala anaknya.

“Ni tak nak salam Raya dengan Papa dulu ke?”

“Tadikan dah salam?”

“Tadi tu salam biasa selepas solat, Baby. Ini salam Hari Raya. Dah lupa?”
Husna menggaru kepalanya sambil tersenyum.

“Hmm.. Ok. Papa duduk situ” dan Khalish mengambil tempat duduk. Husna perlahan-lahan menurunkan badannya untuk melutut dihadapan Khalish.

“Hmm.. Papa, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Husna nak minta ampun and cakap sorry kalau Husna ada buat Papa marah. Husna tahu kadang-kadang Husna naughty but I am seven years old and I am allowed to be naughty, right?

Khalish menahan tawanya tapi mukanya dibuat-buat serius.

“Papa, papa maafkan Husna, ok? Husna sayang papa sangat-sangat. You’re the best Papa in the world. Semua papa-papa tak boleh menang kalau lawan dengan Papa Husna ni. Husna saaayang Papa” tangan Khalish dikucup lembut dan kemudian kedua-dua pipi Khalish dicium dan akhirnya satu pelukan erat diberikan.

“Papa jugak sayang Baby Papa ni dan Papa maafkan segala salah Husna” Khalish membalas pelukan anaknya itu dengan erat.

Di raya-raya yang lepas, setiap pagi Raya selalu meruntun jiwa lelakinya. Dia sering teringatkan kepada arwah Dahlia. Betapa indahnya kalau mereka bertiga berhari raya bersama. Dia membayangkan betapa riuh rumah itu dengan keletah si ibu dan anak.  Namun realitinya hanya mereka berdua saja yang berada di rumah pada setiap pagi Raya. Mak Jah selalunya akan pulang ke kampung beberapa hari sebelum Raya untuk bersama saudara-maranya.

“Hmm.. Papa, boleh tak jangan panggil Husna, baby?”

Why?” terkejut Khalish mendengar permintaan anaknya itu.

“Sebab Husna bukan baby lagi. Malu lah Papa!” rengek si Husna.

“Ye ke Husna bukan baby?” usik Khalish

“Papa, I am seven years old. Baby are those yang baru lahir tu…”

“Tapi kadang-kadang Husna merajuk macam baby?”

“Mana ada? Bila?”

“Tadi tu?”

“Alaaa, Papa, please?”

“Ok ok.. no more baby for you. So Papa boleh nak panggil apa ya?”

“Apa-apa pun tak apa, asal bukan Baby”

“Ok nanti Papa fikirkan ye, baby” usik Khalish sambil ketawa kecil.

“PAPA!” jerit si kecil.

“Alamak terlupa.. ok.. ok.. jom kita pergi Masjid. But before that, Husna dah minum susu tak?”

“Dah. Husna dah makan cereals pun. Papa?”

“Papa pun dah minum sikit tadi. Ok jom.”

Dua beranak itu berjalan menuju ke kereta.

“Hmm.. Kita pergi rumah Auntie Qis dulukan? Semalam Auntie kata dia solat Raya dengan kita.” soal Husna apabila Khalish memulakan pemanduannya.

“Yes, Princess.” Husna tersenyum lebar. Princess is better than baby

~~

Selesai solat Hari Raya, mereka singgah untuk bersarapan di rumah Qistina. Perut masing-masing memang sedang lapar maka memanglah seronok apabila melihat bermacam lauk yang dihidangkan oleh Puan Maryam.

“Pukul berapa nak bertolak ke Kuantan?” soal Khalish sambil memandang ke Qistina yang ayu berbaju kurung warna biru. Mereka sedondon pagi ini. Memang sudah terasa bagaikan satu keluarga. Hati Khalish terasa sedikit pedih bila mengenangkan mereka terpaksa berpisah sebentar lagi. Dia menuju ke Paroi manakala Qistina bertolak ke Kuantan.

“Lepas ni, insyaAllah. Awak bila nak ke Paroi?” soal Qistina pula.

“Sama. Lepas ni” Khalish tersenyum. Mata dia tak lepas memandang Qistina. 

“Kereta awak dah service? Nak saya tengokkan?”

“Eh, tak payah. Nanti kotor baju awak.”

“Tak pe, saya boleh buka baju” usik Khalish sambil tersenyum nakal.

Qistina membulatkan matanya. Khalish sudah pandai mengusiknya.

“Kereta tu baru service sebelum saya pergi umrah. Should be ok, don’t worry” Qistina tersenyum menatap wajah Khalish. Khalish sangat segak hari ini. Tadi di masjid, dia perasan banyak mata yang memandang ke arah mereka ketika mereka berjalan menuju ke kereta. 

“Saya risau. Tak pe, lepas makan nanti saya tenggokkan kejap.” Qistina hanya mengganguk. Tak guna nak membantah.

“Papa, lepas ni kita ambil gambar ye? Auntie cantik sangatkan?” suara si comel sudah kedengaran. Dari tadi dia duduk asyik bercakap dengan Nek Yam dia. 

“Ok, Princess and yes, Auntie cantik sangat hari ini.”  Khalish tersenyum menoleh ke Qistina dan muka Qistina sudah merona merah menahan malu.

“Wah, someone is a princess today?” sempat Qistina mengusik.

 “Dia tak bagi saya panggil dia Baby lagi. Dah besar katanya” Khalish tergelak.

“Yalah Auntie. I am seven takkan Papa nak panggil Husna baby lagi. Malu Husna kalau kawan-kawan dengar” hujah si kecil.

Qistina tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Husna ni memang bijak sungguh. 

“Hmm.. Auntie tak ikut kami pergi ziarah kubur ibu?” soal Husna.

“Tak, sayang. InsyaAllah lain kali Auntie ikut ya? Auntie kena bawa Nek Yam balik kampung. Nek Yam nak beraya dengan keluarganya.” terang Qistina.

“Err..boleh Husna ikut?” laju soalan itu keluar dari mulut Husna.

“Kalau Husna ikut Auntie, Papa nak beraya dengan siapa? Husna tak kesian kat Papa?” soal Qistina lembut kepada si kecil. Matanya memandang ke arah Khalish sebentar. Khalish tersenyum.

Angguk dua kali.

“Hmm.. yelah. Kesian Papa pulak.” Husna memandang Khalish sebentar kemudian menyambung suapannya.

Puan Mariam tersenyum lebar. Dari tadi dia diam memerhatikan gelagat tiga hamba Allah didepannya ini. Sambil itu dia tidak berhenti memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi. Sungguh dia nampak betapa cantiknya aturan Yang Maha Esa untuk anaknya. Kasih sayang diantara mereka bertiga jelas terpancar di mata masing-masing.  

Selepas mereka selesai sessi bergambar, Khalish melangkah keluar untuk memeriksa kereta Qistina. Husna mengikut Nek Yam ke dapur manakala Qistina menuruti Khalish.

“Khalish, saya rasa baik awak buka baju Melayu tu dulu. Nanti kotor” Qistina mengingatkan. Hari mereka masih panjang. Sayang kalau baju Melayu itu kotor nanti.

You don’t mind?” soal Khalish. Senyuman nakalnya sudah kelihatan.

Qistina menggeleng. Dia tahu Khalish ada memakai singlet dibawah baju Melayunya itu.
Khalish tersenyum lalu dia mula membuka butang baju Melayunya. Qistina mengalihkan pandangannya ke luar pagar.

“Sabtu depan keluarga saya akan datang merisik ya? Or have you changed your mind?” usik Khalish. Kedengaran ‘senyuman’ didalam suara itu.

Mendengar soalan Khalish, Qistina menoleh kembali. Dilihatnya baju Melayu Khalish sudah diletakkan diatas bangku kayu yang berhampiran. Khalish dengan singlet putihnya pula sedang bersandar dikeretanya sambil memeluk tubuh dan memandang tepat ke arah Qistina. Bibir Qistina mengukir senyuman sambil menganguk.

“Nanti awak tolong confirmkan the time dan bilangan ahli keluarga yang datang supaya dapat kami siapkan apa yang patut ye?” pinta Qistina.

Sure, insyaAllah” jawab Khalish sambil memulakan pemeriksaan terhadap enjin keretanya. Qistina tersenyum sambil memerhatikan Khalish dari belakang. Khalish yang berbaju Melayu pagi ini sangat tampan dimatanya. Berdebar jantungnya melihat Khalish semasa mereka sampai untuk mengambil dia dan Ummi ke Masjid pagi tadi. Lengkap berbaju Melayu, bersampin serta bersongkok. 

Umminya juga sempat mengusik mereka apabila melihat mereka bertiga berpakaian sedondon.

“Qis?” Khalish tiba-tiba berpaling memandangnya.

“Ya?” Qistina yang sedang memegang baju Melayu Khalish untuk dibawa kedalam rumah terhenti langkahnya. Terkejut apabila mendengar namanya diseru. Apa lagi apabila selembut itu.
Pandangan mereka berpaut lagi. Redup pandangan mata itu. Renungan yang Qistina suka. Yang membuat hatinya terasa damai. Yang membuat dirinya terasa begitu disayangi.

It is going to be a long 7 days for me.”   

Qistina tersenyum dan menganguk tanda dia faham.

Cinta Kita - Chapter 18



“Syukur Alhamdulillah.” Puan Maryam terus memeluk anaknya apabila Khalish memaklumkan berita gembira itu kepadanya. Kedua pipi Qistina diciumnya. Khalish hanya tersenyum memerhati gelagat ibu dan anak itu.

“Allah telah memakbulkan doa Ummi” sambung Puan Maryam lagi. Kali ini dia memandang tepat kepada Khalish. Ada air mata kegembiraan di tubir mata ummi.

Khalish mengganguk perlahan.

“Biar saya balik berbincang dengan ibu untuk menetapkan tarikh kami datang merisik Qis, ya Ummi? InsyaAllah saya akan usahakan secepat mungkin.”

“Baguslah kalau begitu, Khalish. Benda baik eloklah kita jangan tangguhkan. Ummi bersyukur sangat. Semoga Allah permudahkan segala urusan kamu berdua.”

“Ameen” kedua Khalish dan Qistina mengaminkan doa Ummi.

“Husna mana Ummi?” soal Qistina tiba-tiba terasa rumah itu sunyi.

“Ada tu kat depan TV. Dia dah tidur. Dia menunggu kamu berdua lama sangat.”

Mata Qistina dan Khalish kembali berpaut. Tiba-tiba Qistina teringat saat Khalish melamarnya tadi. Terasa panas pipinya.

“Dia letih la tu Ummi. Saya minta maaf sebab dah lewat sangat ni. Tak perasan sebenarnya. Leka sangat berbual tadi” Khalish tersenyum lebar. Matanya redup memandang Qistina. Damai. 

~~

“Assalamualaikum Ibu”

“Waalaikumsalam. Khalish dekat mana ni?”

“Tengah memandu, Ibu”

“Khalish dari mana? Kenapa tak datang berbuka di rumah hari ni?”

“Hmm.. Khalish berbuka di rumah Qistina malam ni. I am driving home at the moment. Husna is asleep”

Is there anything you want to tell me?” naluri keibuannya kuat merasa ada sesuatu yang ingin diberitahu oleh anaknya itu.

Khalish sudah tergelak kecil. Telepati ibunya dengan dia memang sangat kuat. Dari dulu lagi mereka memang begitu. Contohnya, semasa dia remaja, bila saja dia terasa seperti ingin makan sesuatu, makanan itu pasti sudah terhidang menantinya apabila dia pulang ke rumah dari sekolah. Tak payah diberitahu. Besarnya kuasa yang diberikan Allah kepada seorang ibu.

Well, I asked Qistina to marry me tonight.” ada senyuman di bibir Khalish.

And?? ” berdebar jantung Puan Sri Kamelia. Sudah lama dia menunggu saat ini. Saat anak tunggalnya itu meneruskan kehidupan dan merasa kebahagiaan. Sudah lama Khalish hidup bersendirian. Dia begitu terharu melihat Khalish yang sangat setia kepada arwah Dahlia.

And… she said yes!”

“Alhamdulillah.. MasyaAllah, this is the best news, Khalish! A real gift for Hari Raya! Tak sabar Ibu nak khabarkan pada ayah kamu.” Walaupun dia baru sekali berjumpa dengan Qistina, namun dia amat senang dengan gadis itu.

Khalish tertawa kecil. Senyumnya lebar. Dilepaskan satu nafas yang panjang. Selepas lamarannya diterima tadi, dia terasa bagaikan satu beban telah diangkat dari bahunya. Damai – itu yang dirasanya. Satu rasa yang sudah lama tidak hinggap di hatinya.

~~

“Tahniah Qis!!” Ira sudah separuh menjerit sambil memeluknya erat.

Dia yang baru sampai dari Johor terkejut besar apabila mendengar berita gembira itu.

“Terima kasih” Qistina tersenyum. Dia memang tidak menyangka yang Khalish akan melamarnya secepat itu dan dia sama sekali tidak menyangka yang dia akan bernikah sebelum Ira.

“Aku turun Johor kejap ajer tiba-tiba tup tup kawan aku ni cakap dia nak kahwin! Ini lah yang dikatakan, angin tak da, rebut tak da, tiba-tiba kain berterbangan.. hahaha.. Cepat cerita semuanya kat aku” riuh mulut nenek kebayan ni.

Mereka sedang duduk santai sambil menikmati latte dan kek yang Ira bawa pulang tadi di beranda rumah.

“Aku pun tak sangka Ira. Memang Khalish buat aku tergamam sekejap. If only you could see my reaction masa tu.” Qistina tertawa kecil.

“Ala.. ruginya aku! Kalau aku tahu, aku set kamera video tersembunyi siang-siang” usik Ira.

“Hmm.. apa kau rasa sekarang?” soal Ira lagi.

“Hmm…entahlah. Macam-macam aku rasa. Bahagia, takut, risau, cemas. Semuanya silih berganti dalam hati aku ni.”

“Apa yang kau takutkan?”

“Aku dah lama hidup seorang, Ira. Dah biasa dengan my independence. Semua keputusan aku buat sendiri tanpa perlu aku refer kepada sesiapa. Bolehkah aku biasakan diri nanti bila segala-galanya aku kena refer segalanya pada Khalish dulu? Bolehkah aku ajar diri aku ini untuk taat kepada Khalish? Bolehkah aku ini menguruskan rumahtangga aku? Banyak soalan dalam sini” kata Qistina sambil menunjuk ke arah kepalanya. 

“Kau cintakan Khalish?”

“Kalau aku tak cintakan Khalish, aku takkan terima pinangannya, Ira”

Ira tersenyum mengangguk. Dia memang dah syak yang Qistina memendam perasaannya selama ini. Mustahil mereka serapat itu tetapi tidak mempunyai rasa antara satu sama lain. Ira sangat-sangat bersyukur yang Khalish juga menyimpan perasaan yang sama terhadap Qistina. Dia tidak mahu melihat Qistina kecewa.

“Kalau kau cintakan Khalish, semua yang kau takutkan itu menjadi perkara yang secondary. Aku kenal kau, Qis. Kau akan buat yang terbaik untuk orang-orang yang kau sayang. Dan aku tengok Khalish tu memang lelaki yang baik. Dia boleh menjadi seorang pemimpin yang baik. Sangat bertanggungjawab. Tengok sahaja bagaimana dia membesarkan Husna.”

Qistina mengangguk setuju.

“Kan aku pernah kata, Husna itu testimonial yang terbaik buat dia”

“Husna dah tahu?”

“Belum. Khalish kata biarlah dulu. Biar jadi surprise for her. Lagipun, kau bukan tak kenal Husna tu macam mana. Kalau dia tahu, mahu dia suruh aku pindah hari juga ke rumah Khalish!” pecah ketawa mereka berdua.

“Ummi kau kata apa?”

“Ummi aku gembira betul. Dia kata inilah yang dia doakan siang malam sepanjang kami di Mekah. Maklumlah anak dara dia ni kan dah terlajak sikit” Qistina tersenyum lebar.

“Dah set date ke?”

Qistina mengangguk. Selepas Khalish berbincang dengan ibunya semalam, mereka telah memutuskan untuk masuk meminangnya seminggu selepas Aidil Fitri. Majlis akad pula 2 bulan selepas itu.

~~

So you finally made your move! Congratulations, man!” Azman menepuk bahu Khalish apabila mereka berdua keluar dari bilik mesyuarat. 

Tersenyum lebar Azman bila dia membaca sms semasa dia bangun sahur tadi. Dia memanjatkan 
kesyukuran kepada Allah atas berita itu. Dia tumpang gembira jika Khalish gembira.

“So, apa kau rasa sekarang ni?” mereka sudah berada di dalam bilik Khalish.

“Aku rasa lega”

Azman sudah tergelak sambil menggelengkan kepalanya.

“Kan aku dah cakap. Kau tu slow sangat. Patutnya kau lamar dia months ago.”

“Months ago, perasaan itu belum wujud Man” satu pengakuan jujur dari Khalish.

“Nasib baik tak ada orang lain potong line. Kalau tak, habis kau. ” usik Azman lagi.

Khalish merenung Azman. Tiba-tiba dia teringat kepada Aidil. Dia menghela nafas panjang.

“Habis kenapa sekarang? Kau dah ada pesaing ke?”

Khalish menggeleng.Dia tidak anggap Aidil sebagai pesaingnya.

“Jadi apa yang buat hati kau tiba-tiba berubah? Pelik jugak aku”

Khalish meraup mukanya. Jarinya dibawa untuk mengemaskan rambutnya. 

“Hmm… entahlah Man.  Aku rasa hati aku ni baru terbuka semasa Qis pergi mengerjakan umrah. Bila dia tak ada, aku ajar mata aku untuk tidak tercari-cari bayangnya. Aku ajar telinga aku untuk tidak terdengar-dengar suaranya. Bila dia tak ada, hati aku mula kenal apa itu rindu. Dari perasaan rindu itu, muncul pula perasaan sayang, Bila akhirnya aku dapat mendengar suaranya selepas hampir 2 minggu, hati aku sudah tak dapat nafikan yang aku telah jatuh cinta. Aku tak mahu kehilangannya.”

“Wow.. that’s deep Khalish. Mat Romeo jugak kau ni rupanya. Tapi apa pun, alhamdulillah. Aku 
bersyukur atas kesedaran kau tu.” Azman tersengih lagi.

“Husna dah tahu?” soal Azman.

“Belum. Saja kami nak bagi surprise kat dia”

Azman mengangguk.

“Ni, kau cuti raya berapa lama ni?” soal Azman.

“Hmm.. standard la seminggu. Kau?”

“Samalah juga. Tahun ni balik kampung isteri dulu. Pengsan la aku” Azman mengeluh.

Khalish dah tergelak. Perjalanan ke Kelantan di musim raya memang sesuatu yang sangat mencabar!