Wednesday, January 22, 2014

Jemputan ke Majlis Pelancaran Cinta Kita


Assalamualaikum semua!

Kak Su nak extend this invitation to all of you.... Jemput datang ya? :-)



Sunday, January 12, 2014

Salam Semua... Ini Cover Novel CINTA KITA


Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. pihak penerbitan dah keluarkan cover CK sebentar tadi... Saya share kan dengan semua di sini ya..

Doakan perjalanan kami ya?

Love ya!

-------------------------------------------------------------------------------


Terbitan Januari 2014 dari Idea Kreatif

Tajuk : CINTA KITA
Penulis : SUZANA SULAIMAN
Harga : RM23(semenanjung)
RM26(Sabah/Sarawak)
Muka Surat : 512
ISBN No : 978-967-12267-3-5

Sinopsis :

Lama hidup sendirian setelah pemergian Dahlia, Khalish jadi lupa cara bercinta sehinggalah Qistina hadir dalam hidupnya. Qistina yang matang, Qistina yang penuh dengan adab sopan dan yang penting Qistina kaya dengan kasih sayang menarik Khalish untuk jatuh cinta sekali lagi.

“I think I have fallen in love with you.”- Khalish
Qistina angkat muka dan air mata sudah mengalir di pipinya. Sungguh, dia memang mengharapkan ucapan itu dari Khalish.
“Please don’t cry, Qis. Marrying me can’t be that bad?” - Khalish

Perkahwinan mereka memang membahagiakan. Khalish yang penyayang, sering buatkan Qistina terbuai dengan setiap perlakuannya.
“Hmm.. bagi abang peluk sayang kejap. I need to recharge my batteries.” – Khalish
“I am truly blessed to have you. Abang tak pernah sangka yang rasa bahagia ini akan jadi milik abang sekali lagi.- Khalish

Namun, bahagia milik mereka hanya sampai dipertengahan jalan. Ujian yang melanda, hampir membuatkan mereka tewas.

“I want you to terminate the pregnancy. Faham tak ni?” - Khalish

“Qis faham. Tapi Qis tak boleh.” - Qistina

“Then you don’t love me! It is as simple as that, Qistina.”- Khalish
Qistina sudah mula menggeleng. Tidak mungkin.

Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Khalish yang penyayang sanggup meminta Qistina menggugurkan kandungannya?
Apa akan jadi bila Qistina tetap dengan pendiriannya dan Khalish mengambil keputusan meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan?
 
 


Sunday, January 5, 2014

PRE - ORDER UNTUK CINTA KITA KITA DIBUKA


Assalamualaikum Semua....

Alhamdulillah, hari ini pihak publisher mula membuka ORDER untuk Cinta Kita.. so if you guys nak order (for those not on FB), boleh order kat sini juga or email me at suzanas_1227@yahoo.com!

THIS IS IT! 

Jom Order and Baca Kesudahan Mereka :-D


Wednesday, January 1, 2014

Assalamualaikum....


Salam Semua & Selamat Tahun Baru...

Apa khabar? Maaf sebab lama tak update kat sini & terima kasih kepada all readers dan yang add saya dalam circle masing-masing..  Pada yang sudah membaca CK, boleh share review tak? Saya suka baca review... :-D

FYI, kepada yang bertanya bila Cinta Kita akan diterbitkan - jawapan saya tidak lama lagi.. kita sama-sama tunggu announcement dari IKP. :-D

Untuk tahun 2014, insyaAllah saya aku cuba menulis sebuah lagi kisah.. at the moment tajuknya hanya   "J n J" iaitu sempena dua watak utama, Jihad & Jannah.. kat bawah ni is a snippet untuk semua.. insyaAllah nanti saya cuba post a few more sebab dah banyak snippets yang saya share di FB.. cuba kat blog.. saya slow.... ampun ya...



“Jannah!” Lelaki itu berteriak memanggil si gadis yang sudah mula hendak mengenakan helmet di kepala.

“Apa dia?” Gadis itu berpaling. Marah kerana langkahnya diganggu.

“Wait up!” Dua tiga langkah dan dia sudah berdepan dengan si dia.

“Kau nak apa? Aku nak blah lah..” Dengus si gadis kasar.

“Kejap la. I have something to ask you.” Jihad memandang tepat ke wajah ayu Jannah. Sejak dia pertama kali nampak Jannah minggu lepas, hatinya sudah tertarik. Gadis ini nampak cukup berani kerana berada seorang diri di dalam group bikers yang kesemuanya lelaki. Dari apa yang dia tahu, Jannah memang tegas. Dia tak akan beri muka kepada sesiapa yang mahu mendekatinya. Tapi itu bukan penghalang untuk Jihad mencuba.

“Kau nak pergi mana?”

“Aku nak naik Genting.”

“Buat apa?”

“What’s it to you,?” Soal Jannah kasar. Dia tidak suka orang masuk campur halnya. Apatah lagi bila yang bertanya itu seorang lelaki yang dia tak berapa dia kenali. Yang dia tahu, lelaki itu baru masuk geng bikersnya minggu lepas.

Jihad mengambil nafas. Memang kasar Jannah ni.

“Kau nak apa sebenarnya?” Soal Jannah lagi. Pandangannya sama tajam dengan dua pasang mata yang sedang merenungnya.

“Nama saya Jihad. Jihad Mikael.” Lelaki itu mengukir senyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat.

“And you know mine. Maaf kita bukan muhrim.” Tangan yang dihulur tidak disambut.

Jihad berdehem perlahan sambil menarik tangannya. Dia tak sangka sebenarnya.

“So, ada apa ni?” Jannah sudah menyilang tangan ke dada.

“Are you always this harsh?” Dalam suara lelaki itu tapi lembut.

“Ya Allah. Can you please please get to the point?” Dengus Jannah lagi. Sungguh dia tak selesa berada di hadapan lelaki itu.

“Can I get to know you?”

“Huh? Apa?”

“Can I get to know the lady behind all this facade?”

“What?!”

“I know behind all this facade there is a sweet soul and I want to be her Imam.”

Buat pertama kali dalam hidupnya, Jannah terkedu.