Sunday, November 17, 2013

Update Terbaru


Assalamualaikum semua...

Lama betul saya tak update kat sini kan? Sorry... dah terbiasa dengan FB.. minta maaf banyak2..huhu...

BTW, I hope everyone is well and  berada di bawah kerahmatan Allah selalu..

Saya nak bagi update sikit mengenai CK.. Alhamdulillah, saya dah submit naskah ini kepada pihak IKP dan ia telah pun diterima. So sama2 kita doakan semoga semuanya akan berjalan dengan lancar ya.. Tentang bila CK akan keluar, sama-sama kita tunggu announcement dari IKP.

Terima kasih semua!  




Sunday, November 3, 2013

Update on CK....

Assalamualaikum,

Just nak update yang saya tengah buat final edit MSS Cinta Kita sebelum saya submit ke pihak publisher...

Doakan kami ya! 

Oh btw, kepada yang nak beremail dengan saya, my email address is suzanas_1227@yahoo.com

There are two amazing places you can be.. The nicest place to be is in someone's heart. The safest place to be is in someone's prayers.

Sunday, October 20, 2013

Teaser Teaser Teaser


"Abang memang saja kan?" Isterinya sudah menarik muncung.

"Abang tahu Qis penat.."

"Qis seganlah.. apa kata orang nanti..." Makin rajuk bunyinya.

Bertambah lebar senyuman Khalish. Isterinya sejak kebelakangan ini memang bertambah manja.

"I know that you are tired, sayang. You need your nap. Tak payah risau apa orang nak kata," sebelah tangannya mencapai tangan isterinya dan dibawa ke dadanya.

Sebelah lagi memegang dagu isterinya..

"Dah tak payah nak tarik muncung tu. Abang cium karang!"

Monday Bluess....

"Amboi lebar betul senyuman kau Khalish. Orang lain hari Isnin selalunya mood down and gloomy jer.. Monday blues bagai.. Yang kau ni asyik tersengih aja..," giat Azman. Dia melihat jambangan bunga yang baru dibeli di tangan Khalish.

"Gaya kau ni mengalahkan orang muda baru bercinta. Dulu kata dah tualah. Tak pandailah. Tak retilah..." Usik Azman lagi.

"You know what, Man? I never knew that I could be this happy on a Monday.."

Thursday, October 17, 2013

Teaser from Somewhere Somewhere....

“Me ‘budak’? Seriously? Seriously?? ” Khalish mendongak untuk menatap wajah isterinya. Keningnya naik sebelah.

Angguk dua kali.

“Well, right now, you are acting like one, Muhammad Khalish Zafuan.”

Khalish mencebik.

“See! I rest my case. Next case please, calls the judge!” Qistina sudah mengekek ketawa.

Khalish pantas bangun dan tangannya terus menuju ke pinggang isterinya.

Cepat-cepat Qistina melarikan diri.

“Abang!!”

“What?! You started it first!”

“Mana ada! Tak aci tau!” Qistina sudah berdiri di belakang sofa. Geram dengan perangai suaminya yang tak pernah berhenti nak bergurau.

“Aci tak da kat sini.. baik menyerah atau anda akan dikerah!” Suaminya mengugut.
 

Wednesday, October 16, 2013

CK Review Board....


I am a person who is touch by words... so I created this Board for me to savor all your kind comments.. InsyaAllah bila CK keluar nanti - semua ini akan saya pindahkan ke dalam scrap book... so.. please share your comments.. good or bad saya terima.. kerana feedback itu penting untuk saya improve.





Assalamualaikum....

Sorry lama tak update... Saya sebenarnya lagi laju kat FB... but I come to realise yang some of you are not on FB... So insyaAllah... saya akan cuba update kat sini selalu jugak...

Just one thing to inform awal-awal - my teasers memang pendek2 and berterabur .. sebab saya tak pandai.. hehe.. sorry!

Pada yang follow CK kat FB - abaikan teaser-teaser ini... hehehe


-----------
From Chapter 42:
 
“Tapi abang belum puas nak tengok Qis.”

“Bukan semalam dah puas tengok ke? Sampai tak tidur?” Usik Qistina.

“Nope.,” Khalish pantas menggeleng.

“Still tak puas and now I wish you are not behind the laptop so I can see you.”

Qistina terus menutup laptop, meletakkan tangan ke dagu dan membalas renungan suaminya.

Khalish sudah tersenyum puas. Lama mereka begitu.

“Do you know that you are my favorite hello and hardest good bye?”
 



Wednesday, October 9, 2013

From Chapter 41...



“Papa…”

“Yes, Princess…”

“Bila mama nak balik? Dah lama kan dia pergi? Husna dah rindu sangat kat mama..”

“You still talk to her every day, right? ” Khalish meletakkan berus ditangan
dan mengambil tempat duduk di sebelah Husna.

“Bercakap dengan melihat lain papa. Husna rindu nak kiss mama. Rindu nak peluk mama.. "

Tuesday, October 8, 2013

Teaser lagi...


Somewhere Somewhere....

"Mama.."

"Yes Husna?"

"Handsomekan Papa malam ni?"

Qistina menoleh ke suaminya yang baru turun dari tangga dan sedang membetulkan lapel kotnya.

"Ye ke? Biar mama tengok." Qistina datang mendekati Khalish yang segak bertuxedo. Tangannya naik untuk membetulkan bow-tie suaminya.

Ada senyuman di bibir lelaki itu.

"So, handsome tak?" Bisik Khalish dengan satu senyuman nakal. Senyuman yang menampakkan dua lesung pipitnya yang dalam.

"You're hot!" Bisik Qistina.

"And you're mine!" Pantas Khalish merangkul pinggang si isteri dan mengucup hidungnya.
 
Disclaimer: Memang teaser saya pendek2.. sebab saya tak pandai nak tulis panjang2... hehe... jangan marah ya... Hugs! 
 
 

Monday, October 7, 2013

Flashback - Chapter 22...


 
“Are we ready?” Soal Khalish.

“Ready as we will ever be, insyaAllah.”

“Are we happy?” Soal Khalish lagi.

“We are happy as a clam!”

Pecah ketawa Khalish. Terasa damai hatinya.

“Husna mana?”

“Husna dah tidur. Semua dah siap, sayang?”

“Hmm.. tinggal nak siapkan the living room area.” Tempat dimana majlis akad nikah mereka akan berlansung pada malam esok. Hiasan bilik tidurnya sudah disiapkan petang tadi.

“Oh ya? Boleh saya datang tengok??” Khalish teruja mencuba nasib.

“No..pe. Awak kena tunggu sampai esok.”

“Alah.. please.. I just want to sneak a peek. I can be there in 30 minutes you
know?” Khalish versi Husna dah keluar.

“Khalish, no..”

“Please sayang… besides I miss seeing you. Dah tiga hari kita tak jumpa. I will be in and out of there in 5 minutes! I promise!”

“Khalish, N.O!” Kan dah kena huruf besar!

Sunday, October 6, 2013

Somewhere in Chapter 37

Gambar dibingkai kedua membuat air mata Khalish bergenang. Dia sedang menatap gambar yang sama yang selama ini menghiasi meja kerjanya. Gambar yang menyentuh jiwa lelakinya setiap kali dia menatapnya.

“My love. My Gift from Allah.” Gugur air mata Khalish apabila membaca perkataan yang Qistina lakarkan di bawah gambar itu. Betapa dia telah melukakan hati isterinya.

‘I am so sorry, sayang.’ Desis hati Khalish yang perit.
 
 
**Teaser saya memang pendek2.. jadi minta maaf ya...
Pada yang belum join keluarga CK di FB, ini linknya..
https://www.facebook.com/groups/153842998151425/

Saturday, October 5, 2013

Somewhere in Chapter 34




Khalish menghela nafasnya kuat.

“Qistina, I am not repeating myself.”

Mendengar suara Khalish yang sudah sedikit keras itu, Qistina terus terdiam.  Keadaan kembali sunyi sepi semula sehinggalah mereka sampai ke Bonheur.

“Abang…” Qistina memandang Khalish.

“Apa lagi Qis?” Khalish menjawab tanpa menoleh. 


**Nama Cafe ditukar dari Delisya ke Bonheur tapi kak su tak update di blog.. insyaAllah update nanti di buku ya.. 

***teaser kak su memang pendek2.. so jangan marah.. hehehe

Wednesday, October 2, 2013

Teaser Cinta Kita...


Salam Semua....

Maaf sebab lama tak update.. most update selalunya kat Group FB.. tapi tadi ada suggestion minta saya upload teaser kat sini jugak... so here goes the 1st one....

Somewhere in Chapter 28...

“Sayang abang merajuk ke ni?” Tangan Qistina dibawa ke dalam gengamannya.
“Hmm?” Matanya mencari mata si isteri.

Qistina tersenyum. Dia merapatkan badannya dan melentokkan kepala ke dada
suaminya. Satu posisi yang amat dia gemari.

“You are my life, sayang. Don’t you ever forget that.”
 
 

Wednesday, August 21, 2013

Terima Kasih....


Salam Semua... 

Firstly, terima kasih kepada semua yang sudi singgah, baca (kepada yang buat marathon tu, saya tabik spring kat anda!) dan kemudian share tentang nukilan sulung saya ini dengan kawan-kawan...

Secondly, terima kasih atas segala komen2 yang diberikan.. Really really really appreciate it! (kalau ada komen lagi - sila lah berikan..jangan segan2.. insyaAllah saya boleh terima..walaupun sepahit mana.. yang penting tujuan kita sama - untuk memperbaiki CK)

Lastly, kepada yang masih tidak tahu, Chapter 25 adalah yang terakhir di blog. InsyaAllah saya sedang berusaha untuk menulis the other half of the story. Siap nanti ia akan dinilai dan jika ada rezeki, akan dibukukan. So tolong doakan kami ya?

Kepada semua yang dah 'khatam', jangan lupa come and say Hi kat Family CK di FB, ok? Kita borak2 kat sana :-D



Sunday, August 4, 2013


Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua...

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca CK.

Ini jemputan khas untuk pembaca-pembaca semua, if you are on FB, jom join Keluarga CK - here's the link:

https://www.facebook.com/groups/153842998151425/

Jumpa kamu di sana ya?

Salam Ikhlas
Kak Su 


Thursday, July 18, 2013

Cinta Kita - Chapter 20



Love is someone who feels like a part of you

[Assalamualaikum. Dah tidur?]

[Waalaikumsalam. Not yet. Reading.]

[Can I call you? I miss hearing your voice.]

[Just the voice?]

Dan telefon Qistina berbunyi.

“Assalamualaikum, sayang” panggilan Khalish untuknya sudah bertukar. Qistina tersenyum bahagia.

“Waalaikumsalam. Kenapa tak tidur lagi?” soal Qistina lembut.

“I tak boleh nak tidur. I tried to but my eyes refuse to shut. I think  it is because I am missing my heart.”

Qistina tergelak kecil. Khalish sudah pandai bermanja dengannya.

“Siapa pulak yang ambik heart you tu?” usik Qistina.

“Adalah orang tu. Didn’t I tell you about her?”

Hmm.. Nope. I don’t remember you ever mentioned her.

Well, she stole my heart. A real rare find that one. Someone yang bila kita jumpa, mesti jatuh sayang pada dia. Kalau tak jumpa, kita jatuh rindu. She is warm, peramah, penyayang, penyabar, loyal and a good friend”

Wow. How lucky can you get? If that is the case, you better hold on tight to her” usik Qistina. Khalish boleh mendengar senyuman disebalik kata-kata itu.

Yup. That is the plan. Infact, esok my family nak pergi jumpa family dia dan kami nak ikat dia ketat-ketat”

Pecah ketawa Qistina. Macam-macam Khalish ni.  

Mereka diam sebentar melayan rasa hati masing-masing. Senyum hadir dibibir masing-masing.

What are you reading, sayang?” soal Khalish perlahan.

The Surrendered Wife” jawab Qistina.

“La.. belum jadi wife I, you dah nak surrender?” Khalish sudah tergelak besar.

Qistina turut sama ketawa..

It’s not that kind of surrender la En..cik Khalish. It is a guide book on how a wife should relinquish inappropriate control of their husbands and focus on their own happiness in order to bring romance back into their relationship” saja Qistina tekankan perkataan encik itu.

“Hmm..I see.. but I like the idea of surrender very much” Khalish mengusik lagi.

“Suka ya?”

“Sangat suka!”

Mereka tergelak lagi.

“Hmm.... En..cik Khalish. Saya dah mengantuk..nak tidur”

“Aik, sebut surrender terus nak tidur dah? Nak surrender betul nampak?” lagi giat Khalish mengusiknya. Pipi Qistina dah terasa panas. Nasib baik Khalish tak nampak!

“Kita sambung esok ye, Encik Khalish? Saya dah mengantuk ni. Esok saya sibuk”

“Sayang nak saya datang tolong ke?”

“Eh eh tak payah Encik Khalish. Encik Khalish duduk diam-diam dirumah ya?”

Khalish ketawa lagi.

“La.. saya tak boleh datang tengok orang tu kena ikat ke?” Khalish menyambung gelaknya.

“Kalau nak kena ikat dengan Pak Long, datanglah” giliran Qistina untuk ketawa.

“Hmm… ok lah.. kalau macam tu, saya duduk rumah je lah. Oklah, sayang pergilah tidur. Kalau ada apa-apa, bagi tahu saya ye?”

“Ya Encik Khalish. Tolong jangan risau. InsyaAllah, kita sama-sama berdoa agar Allah permudahkan urusan kita esok”

“Allahuma Ameen.. err Qis?”

“Ya?”

You know that I love you, right?”

Qistina tersenyum lebar.

Yes, Encik Khalish. I know. Now, can we go to sleep?”

Khalish tertawa lagi.

Good night, sayang. Tidur mimpikan saya, ya? Assalamualaikum” sempat lagi Khalish mengusik.

“Waalaikumsalam warrahmatullah..”

Dihujung talian, Khalish juga tersenyum mendengar panggilan Qistina untuknya - “Encik Khalish”. 

~~

Majlis merisik telah berjalan dengan lancar seminggu yang lalu. Ibu bapa Khalish sendiri yang mewakili dirinya sementara keluarga Qistina diwakilkan oleh Pak Long serta Mak Longnya.
Selain dari merisik, majlis itu dijuga merupakan majlis pertunangan Qistina dengan Khalish. Qistina yang sudah memberitahu Khalish yang dia tidak mahu mengadakan sebarang majlis pertunangan terkejut apabila Umminya memanggilnya untuk duduk diruang tamu dimana mereka sedang berbincang. Dia ketika itu sedang sibuk didapur menyediakan makan tengahari untuk rombongan keluarga Khalish.

“Qis, duduk sekejap. Puan Sri ada nak beritahu sesuatu” Ummi mengarahnya untuk duduk.

“Iskh Kak Maryam ni, tak payah Puan Sri segala. Kan saya dah kata, panggil saya Lia sahaja. Qis panggil Ibu jer ya?” lembut tutur Puan Sri Kamelia. Dia memegang tangan Qistina. Qistina dah naik segan.

“Pertamanya, Ibu nak minta maaf sebab Khalish tak sempat lagi bawa Qis ke rumah kami.”

“Eh jangan cakap macam itu, Ibu. Patutnya Qis yang minta maaf sebab tak sempat ke rumah Ibu.” sungguh Qistina segan dengan ibu Khalish.

“Qis tak datang sebab Khalish tak bawa. Entahlah kak Yam, orang laki-laki ni, fikiran mereka lain dari kita. Si Khalish tu, hujan tak ada, ribut jauh sekali tiba-tiba dia beritahu saya yang dia dah melamar Qis. Kelam kabut kita dibuatnya” Qis dah tertunduk malu. Pipinya dah terasa panas. Mesti merah mukanya.  Yang lain-lain dah tersenyum lebar.

“Dia takut Qis kena sambar lah tu” Tan Sri Hamid pulak berseloroh. Pecah gelak semua orang. Qistina masih menunduk. Dia tengah memikirkan kenapa dia harus duduk ditengah-tengah mereka yang sedang berbincang pasalnya itu. Selalunya orang yang dirisik tak perlu duduk bersama.

“Hmm.. Qis” ibu Khalish masih memegang tanganya lembut.

Qistina mengangkat kepalanya.

“Khalish bagi tahu Ibu yang Qis tidak mahu membuat majlis pertunangan. Betul?” soal Puan Sri Kamelia lembut.

“Ya betul, Ibu.” Angguk Qistina. Pada Qistina buat apa nak buat majlis pertunangan jika tempoh pertunangan mereka hanya 2 bulan.

“Sebab dalam 2 bulan kamu akan bernikah?” Ibu Khalish sudah tersenyum merenung wajahnya.

“Ya Ibu. Qis tak nak menyusahkan semua orang. Cukuplah dengan majlis nikah kami nanti. Maaf ya Ibu kalau Ibu kecil hati.” Ujar Qistina ikhlas.

“Kami tak kisah Qis. Yang penting Khalish bahagia. Dan Ibu nampak kebahagiaan itu diwajah anak ibu itu kebelakangan ini. Ibu harus berterima kasih kepada Qis untuk itu. Anak ibu itu dah lama keseorangan.” Suara Puan Sri Kamelia sudah kedengaran sebak. Tangannya masih mengusap tangan Qistina lembut. Qistina pula sudah menunduk. Dia turut sebak mendengar suara ibu Khalish yang sebak itu. Ditahan air matanya supaya jangan menjengah pipinya.

“Sudahlah tu Puan Kamelia. Sketsa sedih dia dah keluar pulak. Hari ini hari yang baik. Tak baik bersedih.” usik Tan Sri dari tempat duduknya. Puan Sri Kamelia berpaling sebentar memandang ke arah suaminya. Satu senyuman dan anggukan diberikan.

“Hmm ialahkan Ibu ni. Maaf ya Kak Yam, Abang Long, Kak Long, Saya teremotional pula” Puan Sri tergelak kecil.

“Eh tak pe, Lia. Akak faham. Kita ni masing-masing hanya ada seorang anak. Maka bahagia dia, bahagialah kita dan derita dia, deritalah jugak kita kan?” pandai Ummi menjaga hati bakal besannya itu.

“Betul tu, Kak Yam” Puan Sri mengangguk setuju. Matanya memandang Qis semula.

“Hmm.. Qis, walaupun tidak ada majlis pertunangan, Ibu nak tunaikan hasrat Khalish. Dia  tetap hendak beri Qis sebentuk cincin tunang.” jelas Puan Sri Kamelia lembut dan Qistina sedikit terkejut. 

Mata Qis laju mengikut tangan ibu Khalish yang sedang membuka sebuah kotak kecil berwarna biru turquoise beriben putih dan mengeluarkan sebentuk cincin. Qistina ingat cincin berlian itu. Dia dan Khalish masuk ke kedai yang berada di KLCC itu kerana ingin memilih cincin untuk majlis nikah mereka. Sedang mereka leka memilih, Qistina ternampak cincin ini dan dia meminta untuk mencubanya. Sungguh dia tak sangka yang Khalish akan membeli cincin itu sebagai cincin pertunangan mereka. Khalish dah pandai buat surprise!

Monday, July 15, 2013

Saturday, July 13, 2013

Cinta Kita - Chapter 19



“Papa cepatlah!” sudah kedengaran suara Husna dari ruang tamu.

“I am coming, Husna. Tak baik menjerit Baby. Kan hari ini Hari Raya?” Khalish mengingatkan si kecil.

“Dah Papa lambat. Penat dah Husna tunggu” Husna buat muka letih.

Khalish memandang ke arah Husna yang sudah lengkap bertelekung sambil tersenyum.

‘Entah-entah dia memakai telekung dari Subuh tadi tak?’detiknya dalam hati.

“Ye lah. Papa aje lah yang lambat dan bukan Husna yang selalu tak sabar-sabar” usik Khalish sambil mengosok kepala anaknya.

“Ni tak nak salam Raya dengan Papa dulu ke?”

“Tadikan dah salam?”

“Tadi tu salam biasa selepas solat, Baby. Ini salam Hari Raya. Dah lupa?”
Husna menggaru kepalanya sambil tersenyum.

“Hmm.. Ok. Papa duduk situ” dan Khalish mengambil tempat duduk. Husna perlahan-lahan menurunkan badannya untuk melutut dihadapan Khalish.

“Hmm.. Papa, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Husna nak minta ampun and cakap sorry kalau Husna ada buat Papa marah. Husna tahu kadang-kadang Husna naughty but I am seven years old and I am allowed to be naughty, right?

Khalish menahan tawanya tapi mukanya dibuat-buat serius.

“Papa, papa maafkan Husna, ok? Husna sayang papa sangat-sangat. You’re the best Papa in the world. Semua papa-papa tak boleh menang kalau lawan dengan Papa Husna ni. Husna saaayang Papa” tangan Khalish dikucup lembut dan kemudian kedua-dua pipi Khalish dicium dan akhirnya satu pelukan erat diberikan.

“Papa jugak sayang Baby Papa ni dan Papa maafkan segala salah Husna” Khalish membalas pelukan anaknya itu dengan erat.

Di raya-raya yang lepas, setiap pagi Raya selalu meruntun jiwa lelakinya. Dia sering teringatkan kepada arwah Dahlia. Betapa indahnya kalau mereka bertiga berhari raya bersama. Dia membayangkan betapa riuh rumah itu dengan keletah si ibu dan anak.  Namun realitinya hanya mereka berdua saja yang berada di rumah pada setiap pagi Raya. Mak Jah selalunya akan pulang ke kampung beberapa hari sebelum Raya untuk bersama saudara-maranya.

“Hmm.. Papa, boleh tak jangan panggil Husna, baby?”

Why?” terkejut Khalish mendengar permintaan anaknya itu.

“Sebab Husna bukan baby lagi. Malu lah Papa!” rengek si Husna.

“Ye ke Husna bukan baby?” usik Khalish

“Papa, I am seven years old. Baby are those yang baru lahir tu…”

“Tapi kadang-kadang Husna merajuk macam baby?”

“Mana ada? Bila?”

“Tadi tu?”

“Alaaa, Papa, please?”

“Ok ok.. no more baby for you. So Papa boleh nak panggil apa ya?”

“Apa-apa pun tak apa, asal bukan Baby”

“Ok nanti Papa fikirkan ye, baby” usik Khalish sambil ketawa kecil.

“PAPA!” jerit si kecil.

“Alamak terlupa.. ok.. ok.. jom kita pergi Masjid. But before that, Husna dah minum susu tak?”

“Dah. Husna dah makan cereals pun. Papa?”

“Papa pun dah minum sikit tadi. Ok jom.”

Dua beranak itu berjalan menuju ke kereta.

“Hmm.. Kita pergi rumah Auntie Qis dulukan? Semalam Auntie kata dia solat Raya dengan kita.” soal Husna apabila Khalish memulakan pemanduannya.

“Yes, Princess.” Husna tersenyum lebar. Princess is better than baby

~~

Selesai solat Hari Raya, mereka singgah untuk bersarapan di rumah Qistina. Perut masing-masing memang sedang lapar maka memanglah seronok apabila melihat bermacam lauk yang dihidangkan oleh Puan Maryam.

“Pukul berapa nak bertolak ke Kuantan?” soal Khalish sambil memandang ke Qistina yang ayu berbaju kurung warna biru. Mereka sedondon pagi ini. Memang sudah terasa bagaikan satu keluarga. Hati Khalish terasa sedikit pedih bila mengenangkan mereka terpaksa berpisah sebentar lagi. Dia menuju ke Paroi manakala Qistina bertolak ke Kuantan.

“Lepas ni, insyaAllah. Awak bila nak ke Paroi?” soal Qistina pula.

“Sama. Lepas ni” Khalish tersenyum. Mata dia tak lepas memandang Qistina. 

“Kereta awak dah service? Nak saya tengokkan?”

“Eh, tak payah. Nanti kotor baju awak.”

“Tak pe, saya boleh buka baju” usik Khalish sambil tersenyum nakal.

Qistina membulatkan matanya. Khalish sudah pandai mengusiknya.

“Kereta tu baru service sebelum saya pergi umrah. Should be ok, don’t worry” Qistina tersenyum menatap wajah Khalish. Khalish sangat segak hari ini. Tadi di masjid, dia perasan banyak mata yang memandang ke arah mereka ketika mereka berjalan menuju ke kereta. 

“Saya risau. Tak pe, lepas makan nanti saya tenggokkan kejap.” Qistina hanya mengganguk. Tak guna nak membantah.

“Papa, lepas ni kita ambil gambar ye? Auntie cantik sangatkan?” suara si comel sudah kedengaran. Dari tadi dia duduk asyik bercakap dengan Nek Yam dia. 

“Ok, Princess and yes, Auntie cantik sangat hari ini.”  Khalish tersenyum menoleh ke Qistina dan muka Qistina sudah merona merah menahan malu.

“Wah, someone is a princess today?” sempat Qistina mengusik.

 “Dia tak bagi saya panggil dia Baby lagi. Dah besar katanya” Khalish tergelak.

“Yalah Auntie. I am seven takkan Papa nak panggil Husna baby lagi. Malu Husna kalau kawan-kawan dengar” hujah si kecil.

Qistina tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Husna ni memang bijak sungguh. 

“Hmm.. Auntie tak ikut kami pergi ziarah kubur ibu?” soal Husna.

“Tak, sayang. InsyaAllah lain kali Auntie ikut ya? Auntie kena bawa Nek Yam balik kampung. Nek Yam nak beraya dengan keluarganya.” terang Qistina.

“Err..boleh Husna ikut?” laju soalan itu keluar dari mulut Husna.

“Kalau Husna ikut Auntie, Papa nak beraya dengan siapa? Husna tak kesian kat Papa?” soal Qistina lembut kepada si kecil. Matanya memandang ke arah Khalish sebentar. Khalish tersenyum.

Angguk dua kali.

“Hmm.. yelah. Kesian Papa pulak.” Husna memandang Khalish sebentar kemudian menyambung suapannya.

Puan Mariam tersenyum lebar. Dari tadi dia diam memerhatikan gelagat tiga hamba Allah didepannya ini. Sambil itu dia tidak berhenti memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi. Sungguh dia nampak betapa cantiknya aturan Yang Maha Esa untuk anaknya. Kasih sayang diantara mereka bertiga jelas terpancar di mata masing-masing.  

Selepas mereka selesai sessi bergambar, Khalish melangkah keluar untuk memeriksa kereta Qistina. Husna mengikut Nek Yam ke dapur manakala Qistina menuruti Khalish.

“Khalish, saya rasa baik awak buka baju Melayu tu dulu. Nanti kotor” Qistina mengingatkan. Hari mereka masih panjang. Sayang kalau baju Melayu itu kotor nanti.

You don’t mind?” soal Khalish. Senyuman nakalnya sudah kelihatan.

Qistina menggeleng. Dia tahu Khalish ada memakai singlet dibawah baju Melayunya itu.
Khalish tersenyum lalu dia mula membuka butang baju Melayunya. Qistina mengalihkan pandangannya ke luar pagar.

“Sabtu depan keluarga saya akan datang merisik ya? Or have you changed your mind?” usik Khalish. Kedengaran ‘senyuman’ didalam suara itu.

Mendengar soalan Khalish, Qistina menoleh kembali. Dilihatnya baju Melayu Khalish sudah diletakkan diatas bangku kayu yang berhampiran. Khalish dengan singlet putihnya pula sedang bersandar dikeretanya sambil memeluk tubuh dan memandang tepat ke arah Qistina. Bibir Qistina mengukir senyuman sambil menganguk.

“Nanti awak tolong confirmkan the time dan bilangan ahli keluarga yang datang supaya dapat kami siapkan apa yang patut ye?” pinta Qistina.

Sure, insyaAllah” jawab Khalish sambil memulakan pemeriksaan terhadap enjin keretanya. Qistina tersenyum sambil memerhatikan Khalish dari belakang. Khalish yang berbaju Melayu pagi ini sangat tampan dimatanya. Berdebar jantungnya melihat Khalish semasa mereka sampai untuk mengambil dia dan Ummi ke Masjid pagi tadi. Lengkap berbaju Melayu, bersampin serta bersongkok. 

Umminya juga sempat mengusik mereka apabila melihat mereka bertiga berpakaian sedondon.

“Qis?” Khalish tiba-tiba berpaling memandangnya.

“Ya?” Qistina yang sedang memegang baju Melayu Khalish untuk dibawa kedalam rumah terhenti langkahnya. Terkejut apabila mendengar namanya diseru. Apa lagi apabila selembut itu.
Pandangan mereka berpaut lagi. Redup pandangan mata itu. Renungan yang Qistina suka. Yang membuat hatinya terasa damai. Yang membuat dirinya terasa begitu disayangi.

It is going to be a long 7 days for me.”   

Qistina tersenyum dan menganguk tanda dia faham.