Cerpen ini berada di dalam kompilasi cerpen2 di dalam
Satukan Hati Kami, satu projek amal anjuran Idea Kreatif untuk mangsa
banjir di Kelantan.
_______________________________________________________________
“HAPPY
ANNIVERSARY.”
Iqbal
mengangkat wajah dari buku yang sedang dibaca. Dia memandang kepada kotak yang dihulurkan
kemudian ke wajah Adilla yang kini berdiri di hadapannya. Entah muncul dari
mana, dia tak tahu. Sejak pulang dari pejabat, Adilla menghilang seperti biasa.
Iqbal
meletakkan buku yang sedang dibaca tadi ke atas meja. Cermin mata juga
ditanggalkan dan diletakkan di atas buku tersebut.
“Hadiah
untuk awak.” Sekali lagi Adilla menghulurkan hadiah itu.
Teragak-agak
juga Iqbal mencapainya.
Adilla
senyum.
“Selamat
ulangtahun. Cepatkan masa berjalan?”
Iqbal
masih lagi diam. Matanya tak lepas
memandang isterinya yang kini sudah melabuh duduk di sofa.
Renungan
itu dibalas oleh Adilla yang jujurnya merindui sepasang mata itu. Satu ketika
dulu, mata itu pernah memandangnya dengan penuh rasa kasih. Kini, dia sendiri
tidak yakin sama ada rasa itu masih wujud di hati lelaki itu. Yang nyata, sinar
di mata itu sudah hilang. Hilang di saat kata ijab sudah tersimpul diantara mereka.
Pelik tapi itulah yang berlaku.
Kerutan
di dahi Iqbal yang luas itu muncul untuk beberapa saat dan kemudian disusuli
dengan satu senyuman yang hambar. Dengan perlahan, dia menarik riben hitam yang
diikat pada kotak segi empat itu.
Adilla
memerhatikan jari-jemari itu. Jemari yang sudah lama tidak menyulam jemarinya.
Jemari yang juga telah lama tidak menyentuhnya.
“Thank you but sorry, I didn’t get you
anything.” Iqbal membelek jam tangan berjenama Tag Heuer yang Adilla beli
di airport Changi pada minggu lepas.
Pandangan
mereka bertemu lagi tapi kali ini hanya untuk sesaat dua. Iqbal cepat melarikan
pandangan. Adilla tahu suaminya lupa. Dia tahu Iqbal tidak sengaja kerana apa
sahaja mengenai ‘mereka’ memang seakan tidak lagi penting buat lelaki itu.
“It’s okay. Saya cuma nak ucapkan terima
kasih untuk setahun ini. Banyak yang saya belajar.” Adilla senyum ikhlas.
“Adi…”
“Ya?”
Adilla angkat kening.
“Saya
minta maaf.”
Tanpa
suara Adilla menyentuh lengan lelaki itu. Satu lagi senyuman dihadiahkan
sebelum dia bangun untuk naik ke bilik tidur.
‘Terima
kasih juga kerana mengajar saya erti sepi.’ Ucapan yang hanya disambung di
dalam hati.
Dan
malam itu, seperti juga malam-malam yang sebelumnya, Adilla tidur sendirian.
PERSAHABATAN Myra Adilla
dan Muhamad Iqbal Hakimi bermula semasa mereka di bangku sekolah menengah lagi.
Bertahun mereka berkawan baik sebelum masing-masing berani menyuarakan rasa
hati. Hubungan mereka bertambah rapat sewaktu terpisah di zaman universiti. Iqbal
menuntut di Wales, United Kingdom sementara Adilla di Massachusetts, Amerika
Syarikat. Namun jarak yang jauh itu tidak sekali pun menjadi penghalang mereka.
Malah ia memekarkan lagi rasa sayang dan cinta di hati sehingga mereka mengikat
tali pertunangan pada tahun akhir pengajian. Tapi yang anehnya apabila mereka tinggal
di bawah satu bumbung, rasa itu kian lama kian hilang.
“I think it’s time we talk about us, don’t
you?” Adilla memecahkan sunyi antara mereka.
Iqbal
yang sedang menonton television hanya menoleh memandang sekilas.
“What do you want to talk about?” Mata Iqbal
masih tekun di layar televisyen.
“Us.”
"What about us?" Soal Iqbal acuh tak
acuh.
"I want out."
Mendengar
kata-kata itu, Iqbal terus mematikan televisyen dan
menumpukan perhatian kepada Adilla. Nyata dia terkejut.
“Apa
dia?”
“Tolong
lepaskan saya.”
"Awak
cakap apa ni?" Berkerut dahi Iqbal.
"Saya
penat."
"Saya
tak faham."
"Awak
faham, Iqbal. Awak cuma buat-buat tak faham. Let's not do that. Let’s end this.”
Iqbal
mengeluh kuat. Dia meraup rambut ke belakang. Mata tak lepas memandang Adilla.
"Dah
setahun, Iq. Awak sedar tak?"
Diam.
“Saya
tak nak kita buang masa dan saya tak mahu menanggung dosa kerana selalu
fikirkan perkara yang bukan-bukan. Dosa kalau saya simpan syak wasangka terhadap
suami saya sendiri.”
“Adi…”
“We don’t even talk anymore, Iq. Kita
hidup dalam dua dunia yang berasingan.”
“You know I am trying to build the business
for our future, right? Untuk anak-anak kita.”
Adilla
tahan senyum.
“Anak?
Bila kali terakhir awak sentuh saya, Iq?" Sinis soalan Adilla.
"Adi..."
"Bila
Iq? Awak ingat tak?”
Iqbal
mula datang mendekat. Dia mencapai
jemari isterinya dan diusap perlahan. Pertama kali dalam banyak bulan.
"I am sorry." Iqbal merenung wajah
Adilla yang nampak tenang.
Adilla
merenung tangan yang kini di dalam genggaman suaminya.
"I am too tapi sampai bila kita nak macam
ni, Iq?"
"Awak
nak saya buat apa, Adi?"
"Talak
di tangan awak Iq."
Iqbal
terus menggeleng laju. Genggaman tangan dilepaskan.
"Saya
tak akan lepaskan awak."
"Why? You don't love me, Iq."
"I married you, Adi. That counts for something."
Adilla
angguk setuju. Dulu, dia memang rasa begitu.
"Do you love me, Iq?"
"Of course I do. Soalan jenis apa tu?"
Iqbal kerut dahi.
"Saya
tanya sebab saya dah tak nampak dan tak rasa kasih sayang atau cinta awak, Iq.
Mata awak pun dah tak bersinar bila tengok saya. Tak macam dulu.”
"Adi,
awak marah sebab saya tak ingat hari ulang tahun kita ke? Sebab saya tak beli
awak hadiah? Sebab tu awak tiba-tiba timbulkan hal ni kan?”
Adilla
senyum sebelum menggeleng.
"Tak.
Sebab saya rasa dah sampai masa kita bercakap mengenai hal ini."
"Adi,
stop it!" Iqbal bingkas bangun.
"Iq,
untuk apa kita nak teruskan kalau kita tak sehaluan? There is
no shame in calling it quits, Iq. Islam
tak melarang kita bercerai. Kita masih boleh jadi kawan."
"If I wanted us to be just friends, I would
not have proposed, Adi." Suara Iqbal dah mula tegang.
"Jadi
kenapa saya rasa macam saya seorang diri dalam perkahwinan ini, Iq? Saya dah penat
menunggu awak. Saya sering tertanya di
mana silap kita sampai kita macam orang asing dalam rumah sendiri?"
"Apa
yang awak nak, Adi?”
"Saya
nak seorang suami bukan seorang housemate.
We don't even sleep in the same room, let
alone in one bed." Suara Adilla
masih lagi lembut.
Iqbal
kembali duduk disofa. Dia meraup wajahnya berkali-kali.
"Saya tak boleh lepaskan awak, Adi."
"Kenapa?"
Lama pandangan mereka bertemu. Adilla tahu saat dia melangkah pergi
nanti, dia pasti akan merindui sepasang mata yang redup itu. Pada bibir yang merah
itu, dan pada jambang nipis yang sentiasa menghiasi wajah lelaki kesayangannya itu.
"I just can't."
Iqbal
jelas nampak buntu.
"I don't love you, Iq."
Itu ‘kad’ terakhir yang Adilla ada.
"Adilla!"
"Loving you hurts me
like hell. It's time for me to put myself first. Loving me, first."
Mereka beradu pandang lagi.
"You are serious,
aren't you?"
"I wouldn't bring this
up, if I am not. You know me."
Iqbal menggeleng laju. Berkali-kali
dia meraup wajahnya selepas itu. Air mata yang sudah bergenang jelas kelihatan.
"What do you want from
me?" Suara Iqbal kian lemah.
"You know what I want.
I will not repeat myself." Pinta
Adilla tegas.
"Tak boleh, Adi. Saya tak boleh. Can't we try something? Couples therapy?"
Adilla senyum.
“It’s too late.”
“Jangan cakap macam tu, Adi. You
are not a quitter.”
“Please Iq. I don’t want to wake up one day when I am
forty and wonder what happened to my life. We both deserve a better life. A
happier one.”
Iqbal menarik nafas dalam-dalam.
Lama mereka duduk tanpa suara.
“Tolong bagi saya beberapa hari lagi, Adi. Apa yang awak minta,
sangat berat untuk saya tunaikan. Apa kata keluarga kita nanti?”
“I am not staying in this
marriage for our families’ sake.”
“Adi…”
‘Saya sayang awak Iqbal tapi saya tahu saya tidak ada lagi dalam
hati awak. Jadi saya lepaskan awak pergi.’
SEMINGGU
sebelum itu.
“Adi, kenapa tukar flight
kau? Budak-budak lain semua dah ke Universal Studio tau.” Shelly bertanya
semasa mereka bersarapan di hotel sebelum Adilla mendaftar keluar.
“Malaslah. Dah habis meeting,
baik aku balik je. Budak-budak tu lain
cerita. Semua single. Tak ada hal
lah.”
“You are not that old
yourself.” Shelly ketawa.
“Well compared to them, yes
I am.” Adilla ikut ketawa.
“Rindu cik abang kau ke? Baru tiga hari.”
“Rindu katil aku!”
Shelly sambung tawa.
“So, kau ambil flight pukul berapa?”
“Pukul sebelas.”
Shelly angguk.
“Yang kau pulak, nak buat apa satu hari kat sini?”
“Aku nak pergi Orchard Road. Christmas
shopping.”
“Ooo… good bargains eh?”
“Yup. Better than KL.”
“I see. Eh, kau jangan
lupa beli untuk aku sekali tau?”
“Eh, kau pun nak?”
Adilla ketawa.
“Mestilah! Siapa tak nak hadiah?
Did you know that in Islam, we are
actually encouraged to give gifts to others as it enhances the love for one another?”
“Oh really? In that case,
kau pun kena beli untuk aku tau!”
“Aku dah beli pun.”
“Ni yang buat aku sayang kau lebih!” Bulat mata Shelly seronok. Mengalahkan
budak-budak!
SEMASA Adilla
tiba di KLIA, dia mengambil keputusan untuk singgah di kedai buku sementara
menunggu kereta pejabat datang mengambilnya. Sedang dia asyik membelek sebuah
buku, tiba-tiba dia terhidu satu haruman yang sangat dia kenali. Haruman yang
dihidu setiap pagi selama hampir setahun. Hatinya terus bertukar tempo.
‘Tapi apa dia buat kat sini? Tak mungkinlah. Mungkin orang lain.’
Adilla bermonolog sendiri.
“Sayang.”
Adilla terus tergamam. Suara itu. Dia kenal. Sangat.
“Yes baby?” Suara manja
yang laju menjawab mematikan terus pergerakan Adilla. Nasib baik dia sempat menahan diri dari
berpaling ke belakang untuk menyahut panggilan itu.
“Kita pergi makan lepas ni?”
Perbualan mereka dapat didengari dengan jelas.
Adilla terus menyelak laju buku di tangan. Selaju degupan
jantungnya di waktu itu. Tangannya juga sudah sedikit menggeletar.
“Sure baby. I am starving.
Tak makan lunch tadi.”
“Kenapa tak makan?”
“Sebab I excited nak
jumpa you.”
“Dalam flight pun tak
makan?”
“Tak. Kan I kata, I excited.”
“Jangan macam tu sayang. Kalau you kena gastrik attack nanti, siapa susah?”
“You lah.” Kedengaran wanita itu ketawa perlahan.
“You tak kesian kat I ke?”
“Kesiaaaan… Er Baby, wife
you bila balik?” Suara wanita itu separuh berbisik.
“Esok.”
“So we have the whole day?”
“What’s left of it, yes.”
“Jom, Baby. Let’s not waste
time.”
Adilla memaut tangan ke para buku di hadapannya untuk mengelak
dirinya dari rebah.
‘Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan.’
Sesungguhnya Allah telah menjawab doanya hari ini. Sangkaannya
selama ini akhirnya ternyata benar. Dia yakin seorang lelaki itu tidak mungkin
akan berubah tanpa sebab. Cuma untuk sekian lama dia tercari-cari sebabnya.
Kini Alhamdulillah, segalanya telah terjawab.
“MAKAN?” Iqbal
menyapa si isteri yang baru melangkah ke dapur.
“No thanks.”
Wajah Adilla yang sedikit pucat direnung seketika.
“Are you alright?”
“Ya.” Adilla menjawab tanpa menoleh. Gelas dicapai dan air masak
dituang ke dalam. Langkahnya yang mahu segera meninggalkan dapur itu terhenti
apabila Iqbal bersuara lagi.
“Boleh duduk kejap?”
Adilla terus tarik kerusi. Matanya ditumpukan ke luar jendela.
Hujan yang tak berhenti dari petang tadi seumpama mengiringi hujan di dalam
hatinya.
“Bercakap dengan saya pun dah tak sudi?”
Adilla tarik nafas. Perit rasanya. Sukar baginya untuk berhadapan
dengan seorang yang hipokrit. Itu bukan dia.
“Awak nak cakap apa?”
“Awak dah makan ke belum?” Soalan bertemu soalan.
“Belum dan saya tak nak makan.”
“Sebab saya ada?”
“Sebab saya tak ada selera.”
Iqbal menyuakan sudu berisi nasi goreng ke mulut Adilla.
“Saya nak awak makan Adi,” pinta Iqbal.
“Saya tak nak.”
“Adilla…”
“Iq, tolong jangan paksa saya. Awak tahu kan saya tak suka
dipaksa?”
“Sekali je. Please…”
Adilla kalih pandang. Matanya yang berkaca bertemu dengan sepasang
mata yang juga berkaca. Dalam diam hatinya menyoal kenapa Iqbal harus bersedih
dengan perpisahan yang dia minta ini. Bukankah dengan dia mengundur diri, ia
akan membuka luas jalan untuk Iqbal bersama dengan si dia?
“Please...” Melihat air
mata Iqbal yang jatuh, Adilla mengalah.
Nasi goreng yang terasa seperti pasir dikunyah perlahan sebelum
ditelan.
Lama Iqbal merenung isterinya. Dia tak tahu bagaimana caranya lagi
untuk memujuk Adilla untuk membatalkan permintaannya.
“Gosh! This is hard! I don’t
know if I can go through this, Adi!” Iqbal mengesat air matanya sebelum dia
bangun dan mula mundar mandir di dapur yang sederhana besar itu.
“Tak susah. Say it and we
will get on with our lives.” Sambut Adilla mendatar. Dia harus tetap
mempertahankan pendiriannya. Dia tak mahu kalah dengan pujuk rayu lelaki itu.
“How can you be so
heartless?”
‘How can you?’ Adilla
sekadar bertanya dalam hati.
“Awak nak buang semua yang kita ada, Adi? Semua ni tak ada makna
pada awak ke? Kita dah lalui macam-macam bersama. Sejak kita di tingkatan satu.”
Sambung Iqbal sambil meraup rambutnya.
“Bercerai bukan bermakna saya akan buang semua kenangan kita, Iq.
Ia juga tak bermakna yang saya anggap semua ini hanya sia-sia.”
“Saya tak boleh tak ada awak, Adi.”
“I don’t love you, Iqbal.”
“Tipu!”
“Ikut suka hati awaklah. I
don’t want to fight. We never fought before and I am not about to start now.”
Iqbal menarik kerusi untuk duduk betul-betul di hadapan Adilla.
Lutut mereka kini saling menyentuh. Bahu Adilla dipegang kuat.
“Look at me.” Iqbal
mengarah. Rasa amarahnya sedaya upaya cuba ditahan.
Adilla angkat muka. Membalas pandangan suaminya.
“Why are you lying to me?”
“I am not. I don’t lie.”
“Adi. Saya bukan kenal awak semalam.”
“Betul. Maknanya awak pun tahu saya tidak bergurau.”
“Tell me the truth.”
“Muhamad Iqbal Hakimi, you
can’t handle the truth.”
“Try me, Myra Adilla.” Iqbal
menguatkan cengkaman di bahu isterinya.
“Iq, sakit.”
Serta merta cengkaman itu dilepaskan.
“Sorry.” Bibir Iqbal terus
melekap ke dahi isteri.
Satu tindakan spontan yang mengejutkan mereka sebenarnya.
Iqbal memarahi dirinya sendiri kerana dia telah lama mengabaikan
tanggungjawab sebagai seorang suami terhadap Adilla. Memang betul, sudah
berbulan dia tidak menyentuh isterinya.
Adilla sekadar membenarkan kerana dia tahu, ini mungkin sentuhan
suami yang terakhir buat dirinya. Esok mereka akan ke Jabatan Agama Islam
Gombak.
“Adi.. talk to me.”
“Esok kita akan…”
“Adi, saya tak nak.”
“Iq, awak dah janji.”
“Adi, kita tangguh.”
“No.”
“Adi… Saya tak biasa tak ada awak dalam hidup saya. Separuh hidup
saya ada awak.”
“You will get used to it.”
as I will try to, sambung Adilla
dalam hati.
“Adi…”
Adilla menarik nafas.
“Iqbal, dengar sini. Sebagai manusia, kita kena akur pada
ketentuan Allah. Dalam kehidupan kita, akan ada berbagai macam orang yang akan
datang dan pergi. Bukan semua orang akan kekal dalam kehidupan kita. Sama juga
dengan satu perkahwinan. Tak semua akan bahagia sampai ke akhir usia. Tak semua
akan dapat rezeki yang sebesar itu. We
take what we can get. We learn from it and we move on.”
“Tapi saya tak puas hati dengan sebab yang awak berikan.”
“Yang saya tak cintakan awak?”
“Ya. Saya tahu saya cinta pertama awak, Adi.”
‘dan awak juga cinta terakhir saya. Tapi cinta saya saja tidak
cukup untuk kita teruskan hubungan ini’
“Do you love me, Iq?”
Iqbal tunduk memandang lantai.
“It’s okay Iq. It is okay for you to fall out of love with
me. Saya boleh terima itu. It doesn’t
make you a bad person.”
“Adi...”
“Selama kita berkahwin, saya sentiasa ada di sisi awak. I didn’t move. You did. Diam saya tidak
bererti saya sudah tidak peduli. Saya cuma mahu melihat sejauh mana awak akan
melangkah.”
“Adilla..”
“Kalau awak betul-betul kenal saya, awak tahu yang saya paling tak
suka kalau orang tipu saya. Saya boleh terima kalau orang hina atau keji saya,
tapi saya tak boleh terima orang tipu saya. Hancur hati saya.”
Lama Iqbal diam. Dia meletakkan kepala di antara kakinya. Tangan
diletakkan dibelakang leher.
“You know?” Suara Iqbal
seakan berbisik. Dia kembali duduk tegak. Mata terus memandang ke dalam mata
Adilla.
“Yes I know.”
“When?”
“Does it matter?”
Iqbal mengeluh panjang. Belakang leher disapu beberapa kali.
“I am so sorry.”
“You should be. For lying to
me.”
“Adi, saya...”
Adilla angkat tangan.
“Saya tak nak tahu sebabnya. Sungguh. Cukup untuk saya katakan,
semoga awak jumpa bahagia bersama dia dan saya minta maaf kerana saya tak dapat
memberikan kebahagiaan itu kepada awak selama kita bersama.”
“Don’t say that.”
“Kalau awak bahagia tentu tak akan ada ruang untuk dia dalam
perhubungan kita, bukan?”
“Adi...”
“It’s okay Iq. Macam
saya kata tadi. Allah is teaching us something. Let’s be a good student and learn from
this, okay?” Adilla cuba mengorak senyum.
Iqbal memandang isteri yang ternyata jauh lebih kuat darinya.
“I can leave her.” Iqbal
lebih rela kehilangan Ezra.
Adilla senyum lagi.
“Sure you can but I still
want out.” Lafaznya tenang.
“Why?”
“Because there is something
to be learnt from this test, and things are much easier to see and understand when
you are alone.”
“Tapi…”
“Iq, awak jugak perlukan masa. If you are leaving her for me, then you really
have to ask yourself why she was here in the first place.”
Iqbal meraup rambutnya.
“I screw up didn’t I?”
Adilla menggeleng.
“Mungkin saya juga ada buat salah.”
“Awak tak ada salah apa-apa.” Laju Iqbal mencelah.
“Jangan macam tu, Iq. Sebagai manusia, saya juga tidak dapat lari
dari melakukan kesalahan. Sebab tu saya rasa kita berdua perlukan masa. Masa
untuk kita muhasabah diri. Dalam Allah menguji, Dia juga sebenarnya sedang
memberi satu peringatan kepada kita. Sama-sama kita gunakan masa ini untuk
betulkan yang mana tak betul dan biarlah masa yang menentukan segalanya. Kalau Allah
mahu kita bersama, kita pasti akan bersatu semula dan kalau tidak, saya akan
sentiasa doakan kebahagian awak.”
“Saya akan jatuh tanpa awak, Adi. Awak kekuatan saya.”
“Sometimes it takes a
good fall to really know where we stand, Iq and sometimes Allah let us fall because
there is something down there that we are supposed to find.”
“Bagaimana awak boleh menjadi begitu kuat dan tenang, Adi?”
“Sebab Allah ada, Iq. Dia sentiasa ada dan Dia tidak akan
sekali-kali menduga kita melebihi apa yang kita mampu hadapi.”
DI PARKIR
kereta di perkarangan Pejabat Agama Gombak.
“Adi?” Iqbal memandang isterinya yang manis berbaju kurung. Jarang
sekali Adilla mengenakan baju tradisional itu. Kerjayanya sebagai seorang
jurutera membuatkan Adilla lebih selesa berseluar slack atau jeans.
“Ye?” Adilla yang baru mengunci kereta datang mendapatkan Iqbal
yang memarkir di sebelah. Selepas berkemas semalam, Adilla memutuskan bahwa
mereka patut datang di dalam kereta yang berasingan kerana selepas ini, dia
akan pulang ke rumah keluarganya di Shah Alam.
Iqbal mencapai kedua belah tangan Adilla.
“Ready?”
Angguk.
“Boleh saya peluk awak?”
Angguk lagi dan Adilla langsung dibawa ke dalam dakapan. Lama.
“Iq, people are looking. We
are not in UK.” Adilla teringat saat mereka berbulan madu di London.
“Kejap. Please.” Iqbal
mengeratkan dakapannya. Mencari kekuatan untuk menunaikan satu janji.
“Janji pada saya yang awak tak akan sembunyikan diri?”
“Janji. I will be at my
parents.”
“Janji pada saya yang kita akan tetap berkawan?”
“Janji. You have my number.
Call me when you need to talk. Just like old days.”
“Janji pada saya yang kita akan saling mendoakan satu sama lain?”
“Janji.”
“Saya sayang awak.”
“Saya tahu.”
“Saya minta maaf.”
“Saya dah maafkan dan saya juga minta maaf.”
“Awak tak salah apa-apa.”
Dengan berat hati, Iqbal meleraikan rangkulannya. Bibirnya sempat
menyapa dahi Adilla. Beberapa mata yang sedang memerhati tidak diendahkan.
“Iq, we have to go.”
Tangan Adilla dicapai dan digenggam erat. Dengan lafaz bismillah, Iqbal
membuka langkah. Jika dia menikahi Adilla dengan cara baik, insya-Allah
perpisahan mereka juga akan berlangsung dengan cara baik.
Ini khilafnya. Iqbal tahu itu dan kini dia sudah bersedia untuk menerima
hukumannya. Hari-hari tanpa Adilla pasti akan sukar tapi dia perlu reda.
‘Bila kita reda, hati rasa
tenang.’ Itu nasihat yang pernah diberikan oleh Adilla untuknya.
Biar sesukar mana sekalipun, dia akan tempuhi segalanya dengan
satu tekad. Hati Myra Adilla yang terluka akan dia ubati sehingga wanita itu
menerimanya kembali kerana dia yakin di dalam hati Myra Adilla cuma ada Muhamad
Iqbal Hakimi.
T.A.M.A.T
31.12.2014