Wednesday, January 1, 2014
Assalamualaikum....
Salam Semua & Selamat Tahun Baru...
Apa khabar? Maaf sebab lama tak update kat sini & terima kasih kepada all readers dan yang add saya dalam circle masing-masing.. Pada yang sudah membaca CK, boleh share review tak? Saya suka baca review... :-D
FYI, kepada yang bertanya bila Cinta Kita akan diterbitkan - jawapan saya tidak lama lagi.. kita sama-sama tunggu announcement dari IKP. :-D
Untuk tahun 2014, insyaAllah saya aku cuba menulis sebuah lagi kisah.. at the moment tajuknya hanya "J n J" iaitu sempena dua watak utama, Jihad & Jannah.. kat bawah ni is a snippet untuk semua.. insyaAllah nanti saya cuba post a few more sebab dah banyak snippets yang saya share di FB.. cuba kat blog.. saya slow.... ampun ya...
“Jannah!” Lelaki itu berteriak memanggil si gadis yang sudah mula hendak mengenakan helmet di kepala.
“Apa dia?” Gadis itu berpaling. Marah kerana langkahnya diganggu.
“Wait up!” Dua tiga langkah dan dia sudah berdepan dengan si dia.
“Kau nak apa? Aku nak blah lah..” Dengus si gadis kasar.
“Kejap la. I have something to ask you.” Jihad memandang tepat ke wajah ayu Jannah. Sejak dia pertama kali nampak Jannah minggu lepas, hatinya sudah tertarik. Gadis ini nampak cukup berani kerana berada seorang diri di dalam group bikers yang kesemuanya lelaki. Dari apa yang dia tahu, Jannah memang tegas. Dia tak akan beri muka kepada sesiapa yang mahu mendekatinya. Tapi itu bukan penghalang untuk Jihad mencuba.
“Kau nak pergi mana?”
“Aku nak naik Genting.”
“Buat apa?”
“What’s it to you,?” Soal Jannah kasar. Dia tidak suka orang masuk campur halnya. Apatah lagi bila yang bertanya itu seorang lelaki yang dia tak berapa dia kenali. Yang dia tahu, lelaki itu baru masuk geng bikersnya minggu lepas.
Jihad mengambil nafas. Memang kasar Jannah ni.
“Kau nak apa sebenarnya?” Soal Jannah lagi. Pandangannya sama tajam dengan dua pasang mata yang sedang merenungnya.
“Nama saya Jihad. Jihad Mikael.” Lelaki itu mengukir senyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat.
“And you know mine. Maaf kita bukan muhrim.” Tangan yang dihulur tidak disambut.
Jihad berdehem perlahan sambil menarik tangannya. Dia tak sangka sebenarnya.
“So, ada apa ni?” Jannah sudah menyilang tangan ke dada.
“Are you always this harsh?” Dalam suara lelaki itu tapi lembut.
“Ya Allah. Can you please please get to the point?” Dengus Jannah lagi. Sungguh dia tak selesa berada di hadapan lelaki itu.
“Can I get to know you?”
“Huh? Apa?”
“Can I get to know the lady behind all this facade?”
“What?!”
“I know behind all this facade there is a sweet soul and I want to be her Imam.”
Buat pertama kali dalam hidupnya, Jannah terkedu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment