Monday, February 17, 2014

BAB 1 - Jodohku & Janji-Nya



Will you marry me?”

Hampir tersembur keluar air di dalam mulutnya. Cepat-cepat gadis itu menutup mulut.

“Kau ni kenapa Arif?” Lelaki itu diberi tenungan maut.

“Aku nak ajak kau kahwin la. Takkan tak faham kot. Dah straight to the point habis tu.”

Renungan si gadis masih tajam ke wajahnya. Lansung tak berkelip.

“Kau ada screw longgar tiba-tiba ke apa? Atau kau nak aku ketuk kepala kau tu?” Dengus si gadis.

“Alah.. daripada aku kahwin dengan entah siapa-siapa yang mak aku nak calonkan, baik aku kahwin dengan kau.”

“Kau jangan nak mengarut boleh tak, Arif?!” Suara gadis itu sudah naik seoktaf.

“Aku tak mengarut, babe.  Kita kan dah kenal lama. Senang!”

“Banyak la kau punya senang!”

“Betul apa? Tak betul ke?”

“Apa yang betulnya?! Hish!!” Sekali lagi tenungan maut diberikan kepada lelaki yang sedang merepek itu. 

“Kita kan dah tiga tahun dalam satu geng. Boleh kata kita ni berjumpa hampir setiap hujung minggu. Dating kadang-kadang sampai ke pagi.” Arif dah buat senyum senget. Tak sedar mulut tu tak ada insuran.

Perbualan hangat itu sudah mula menarik perhatian beberapa orang yang duduk berdekatan dengan meja mereka.  Ada yang sudah mengerling ke arah Jannah. Memandang gadis itu dari atas ke bawah.

“Eh Arif, kau ni buang tabiat ke apa? Baik kau jaga mulut kau. If not aku chop dengan helmet aku ni karang.”

“Eleh… aku cakap betul ni. Ini bukan cobaan. Ini betul-betul.” Arif mengerutkan dahinya. Badannya kembali disandarkan ke kerusi. Keningnya diangkat sebelah. Tangan disilang ke dada. Membalas renungan si gadis.

“Seriously, kalau kau nak continue mengarut macam ni, baik aku blah!” Jannah mencapai helmet dan mula bangun. Jaket di badan dibetulkan.

Arif dah ketawa kuat dalam hati. Tengah boring-boring ni seronok dia mengusik mawar besi ni. 

“Wei wei.. rileks la… Kau ni Jannah tak boleh aku nak bergurau sikitlah. Duduk lah wei!” Dia pantas menarik lengan si gadis berlesung pipit itu. Paras rupa dah cukup ayu dan cantik. Bentuk badan mengalahkan model tapi hati punyalah keras macam besi. 

Jannah masih diam berdiri. Memandang Arif dengan perasaan geram.

“Duduk lah babe…Aku gurau ajalah..duduklah..” Pujuknya sambil menepuk-nepuk kerusi yang baru dikosongkan.   

“Amenda kau bergurau pasal benda-benda macam tu? Dah lah kat public place. Karang orang salah faham.” Marah gadis itu tapi suaranya sudah tidak setegang dan sekuat tadi.

“Sejak bila kau kisah apa orang kata?” Kening Arif naik sebelah lagi. Kalau Jannah peduli, tentu dia tidak akan menyertai geng motor mereka. Jannah satu-satunya penunggang perempuan dalam kumpulan mereka. Alasannya, dia lebih senang dengan orang lelaki. Perempuan banyak drama katanya.

“Kau ni la Arif! Nasib baik aku tak tersedak tadi.” Dengusnya lagi sebelum dia mengacau baki air di gelas dengan straw sebelum menyedutnya.

“Ala Jannah, aku bergurau lah. Just to kill time.” Arif sudah tersengih. Nasib baik tak kena chop dengan helmet full faced Jannah. Kalau tidak, sah biru muka dia seminggu!

“Kalau aku join kau buat drama tadi, mesti ada yang rakam and post dekat Youtube. Tajuk video, Jejaka kena Reject! Baru padan muka kau!” Jannah sudah mula ketawa.

“Amboi sedapnya kau ketawakan aku ya? Banyak cantik muka kau!” Arif sakit hati. Tujuannya nak mengusik si gadis tak sampai akhirnya dia pula yang kena usik.

“Memang la aku cantik. Kalau tidak tak kan kau ajak aku kahwin!” 

“Siapa nak kahwin?” Muncul satu soalan dari belakang mereka.

Terus Jannah dan Arif menoleh.

“Hah.. dah sampai pun kau orang. Awat lambat?” Soal Arif sambil berjabat dengan rakan-rakan mereka yang baru sampai. 

Jannah hanya sekadar memerhati seorang demi seorang dan mengangguk kepala tanda hormat. Bukan sahaja dia satu-satunya perempuan, dia juga yang paling muda.

“Kenapa lambat Malek?” Soal Jannah. Mereka semua telah melarang Jannah memanggil mereka abang.

“Isteri aku jer boleh panggil aku abang. Kau panggil kami by name cukup.” Malek secara berseloroh memberitahu Jannah ketika dia mula-mula menyertai kumpulan ini.

Kumpulan berlapan itu mula mengambil tempat duduk masing-masing. Satu lagi meja disambung supaya mereka semua dapat duduk sebaris.

‘Ada ahli baru nampaknya’ detik hati Jannah. 

Dari ekor matanya, dia meneliti ‘ahli’ baru itu. Jaket kulit sudah dibuka zip dan menampakkan t-shirt putih dengan perkataan Stay Calm and Pray yang dipakai di dalam.  Helmet full faced Shoei RF diletakkan di atas meja. Berkulit kuning langsat. Janggut sejemput. Ketika ini lelaki itu sedang menaip sesuatu di iPhonenya.

Seperti biasa, tiada ada sesi perkenalan akan dibuat. Ahli baru harus menggunakan initiatif sendiri untuk memperkenalkan diri. Cara terbaik to break the ice. Mereka bukan di sekolah di mana cikgu perlu memperkenalkan murid baru. Masing-masing sudah berkerjaya dan ada social skills yang mantap.

‘Boleh tahan mamat ni.’ Helmet Shoei itu dipandang Jannah. Bukan murah tu. Mamat gila jenama agaknya.

So, siapa nak kahwin?” Soal Nick pula setelah soalan dari Malek tadi tidak berjawab.

Jannah kembali menyedut air minumannya. Biar Arif yang jawab. Malas dia nak layan. Dia pasti ini sekadar mukadimah untuk sebarisan soalan yang akan menyusul.

“Aku ajak Jannah kahwin tadi.” Arif dengan selambanya memberitahu.

Dan kali ini air memang tersembur keluar dari mulutnya.

Purrrrrrrrrrrrrr….

“Wei!!” Sam sudah terjerit. Air yang tersembur terkena lengannya dan Jannah perasan helmet mamat itu pun terkena tempiasnya.

Lelaki itu mengangkat wajah dari skrin telefon dan memandang tepat ke arah Jannah.

Sorry.” Jannah membalas pandang. Untuk seketika, dia terpegun melihat sepasang mata yang redup itu.

Lelaki itu mencapai kotak tisu dan mengelap helmetnya perlahan.

It’s ok. Don’t worry about it.” Balasnya perlahan.  Pandangan mata mereka bertemu sekali lagi. Satu senyuman manis terukir di bibir lelaki itu dan jantung Jannah tiba-tiba berubah rentak. Sesuatu yang belum pernah lagi terjadi.

“Kau ni kenapa Jannah? Takkan Arif ajak kahwin kau sampai tersembur macam ni. Hish!,” Bebel Sam sambil mengelap lengannya.

“Ok apa kalau kahwin dengan Arif. Anak Dato’ tu.” Sambungnya lagi.

“Ar ar… Untung kau, tak payah kerja. Hantaran nanti, kau minta Ducati satu. Dia mesti bagi punya. Kan Arif?” Pecah ketawa semua di meja mendengar lawak si Malek.  

  Soalan itu membuat Jannah berpaling memandang kepada Malek yang sedang ketawa terbahak-bahak.

Jannah menyilang tangan ke dada. Menanti tawa kesemuanya reda dan selesai reda saja ketawa mereka, tiba giliran dia untuk menyerang balas.

“Cukup dah gelak? Ke nak sambung lagi?” Soalnya serius memandang Sam. Keningnya terangkat sebelah.

“Alamak, dia buat besi dia dah.”

Untuk statement itu, satu tenungan maut diberikan kepada Nick.

Nick terus angkat tangan.

“Woh Woh…Rilek la Jannah. Kami bergurau saja. Tapi kalau betul Arif nak kahwin dengan kau, kami tumpang gembira. Kita konvoi dari rumah you ke rumah dia!”

Bertambah galak bunyi ketawa lelaki-lelaki yang semeja dengannya itu. Tiga tahun bersama mereka memang banyak mengajar Jannah erti sabar. Erti tidak mengambil hati akan lawak-lawak serta usikan mereka.

Jannah mengambil nafas panjang.

“Korang fikir aku ni terdesak sangat ke sampai nak kahwin dengan mamat playboy Malaya ni? Arif ni, belum kahwin dah pasang keliling pinggang.” Mata Jannah naik ke atas. Meluat.

“Hey… bukan aku yang cari dia orang tapi dia orang yang cari aku, ok?” Arif cuba mempertahankan diri. 

“Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi, Arif.” Tegas suara Jannah. Walaupun mereka berkawan baik, dia memang benci perangai Arif yang satu itu.  Hate the sin but love the sinner.
 
Well Cik Jannah yang cantik jelita, kalau kita nak cari isteri, a man has go through a few candidates dulu. Takkan kau expect aku terus jumpa sekali dan terus sangkut. Love at first sight? That only happens in movies la my dearest.”

“O..o.. Arif is putting on his charming voice.. cair..cair” Giat Nick. Tersengih memandang Jannah.

Entah kenapa mata Jannah kembali mencari sepasang mata yang redup itu. Dan yang buat darahnya menyerbu ke muka ialah mata itu juga sedang merenungnya. Terus dia melarikan pandangannya kembali kepada Arif yang sedang melalut itu.

“Arif, can we just drop the subject?” dengusnya. 

“And I wish you all the best in finding a life partner.” Malas nak bercakap mengenai topik itu. Dalam kumpulan itu, hanya dia dan Arif sahaja yang masih bujang.

Ouch! Arif kena reject wei.”

“Sakit tak, Arif? Orang cantik manis dah reject kau ni?” Malek menyoal.

Arif buat lagak seperti jantungnya sedang ditoreh oleh pisau.

Jannah mengerling geram. Tak habis-habis.

“Ni korang semua dah lunch ke belum? Kalau belum, silakan. Then kita boleh blah tapi kalau korang tak nak blah, aku blah.” Soalannya tegas kepada yang lain-lain. Sengaja dia menukar topik. 

Semua terdiam. Si Mawar Besi dah muncul kembali.

“Ok. Ok. Jom makan guys!” Malek yang mula-mula bangun sebelum di ikuti dengan yang lain.

“Korang makanlah dulu, aku nak pergi solat.”  Dari ekor matanya, dia tahu lelaki itu masih asyik memerhatinya. 


“So, itulah Jannah, Khael. Adik kami. The rose amongst us, thorns.  Terang Malek sambil matanya mengekor Jannah yang sedang berjalan ke surau.

Jihad mengganguk perlahan. Walau belum sampai setengah jam mereka bertemu, ada sesuatu pada gadis itu yang menarik perhatiannya. Apa? Dia belum pasti. Cuma ada sesuatu yang terdetik di hatinya tatkala mata mereka bertentangan tadi. 

“Dah lama dia ride dengan korang?”

“Hmm.. adalah dalam tiga tahun rasanya.”

“Oh patutlah dah macam ngam sangat. Looks like she is able to take all your nonsense. Macam mana boleh kenal?”

“Oh.. dia datang tanya Nick directly. Masa tu kita orang tengah lepak kat NZ Wangsa Maju. Tiba-tiba dia datang dan tanya kalau dia boleh join our group. Memang kita orang terkejut habis masa tu. Kan, Nick?”

“Ha-ah. Gila tak terkejut. Tengah borak-borak, ada awek cun datang minta join. Nasib baik kita orang ni bukan stok ulat bulu.”  Galak mereka ketawa.

Berani betul, desis hati Jihad.

“Jannah tu nampak keras, Khael tapi baik budaknya. Boleh harap. Asal kita tak step on her tail, dia ok. Cuma dia very independent lar. Tak reti nak manja-manja bagai semua. Oh lagi satu, dia paling pantang orang masuk campur hal dia. Kau nanti slow-slow dengan dia tau sebab dia macam alergik sikit dengan orang bujang. Tengok macam mana si Arif kena dengan dia tadi? So you be cool with her, ok?” panjang syarahan dari Malek.

Jihad mengangguk tanda faham.

Thanks for the warning, Bro.” Jihad tersenyum. Interesting!



“Jannah..”

Yes, Safi?”

“Tuan Amir cari kau.”

“Bila?”

“Baru tadi dia keluar dari bilik dia mencari kau.  Aku bagi tahu dia yang kau belum balik dari site.”

“Dia nak apa?” Berkerut dahi Jannah.

“Hish mana lah aku tahu.”

“Hmmm… Dia bukan tak tahu aku pergi site. Sebelum aku pergi pagi tadi, aku dah beritahu dia.”

Safiyya tergelak kecil.

“Kau tu kan jurutera kesayangan Tuan Amir. Stok-stok yang boleh dia buat menantu.”

“Hish kau ni! Masin mulut kau tu!” Bulat mata Jannah memandang Safi, setiausaha Tuan Amir yang merangkap teman serumahnya.

“Ok apa? Kalau kau jadi menantu Tuan Amir, kau dah tak payah kerja Jannah. You’re set for life!”

“Kau ni Safi. Cakap ikut sedap mulut jer. Nothing is set for life la. Kita tak tahu apa akan jadi esok lusa. So baik fokus kepada hari ni dan belajar dari kesilapan semalam. Jangan banyak nak berangan.”

“Berangan kan free..” Safi menyambung tawa.

“Malas lah aku nak melayan kau. Aku masuk jap.”

“Ya, sila. Pak mertua dah tunggu tu..” Safi mengenyit mata.

Jannah membulatkan matanya ke Safi dan Safi menyambung  tawa.

Pintu bilik Tuan Amir diketuk dua kali sebelum dia masuk.

“Masuk.”

“Assalamualaikum Tuan.”

“Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Masuk Jannah.” Tuan Amir sudah berdiri dari tempat duduknya.

Jannah melangkah masuk dan mengekori Tuan Amir ke sofa tetamu di tepi bilik besar itu.

“Baru balik?”

“Ya Tuan.”

So, macam mana? Semua ok kat site? Kita on schedule?”

“Alhamdulillah, buat masa ini kita on schedule, Tuan. Minta-minta kita tak face any more issues.” Mereka masih ada lapan belas bulan untuk menyiapkan projek tersebut.

Tuan Amir mengangguk. Dia memang yakin dengan kualiti kerja Jannah. Jurutera muda ini sudah lima tahun bertugas di syarikatnya. Setiap projek yang dikendalikan oleh Jannah pasti siap mengikut jadual yang ditetapkan. Dia tahu sikap gadis itu yang tegas apabila berhadapan dengan para pekerja bawahannya dan sikapnya yang begitu teliti dalam sesuatu perkara adalah kunci kejayaanya. Walau dia tegas, Jannah sangat mengambil berat kebajikan para pekerjanya di bawahnya. Kerana itu turn-over kumpulan gadis itu adalah yang paling rendah berbanding dengan kumpulan yang lain.

“Baguslah kalau macam tu. Saya yakin Jannah akan deliver seperti biasa.”

“InsyaAllah. Terima kasih Tuan. Saya cuba buat yang terbaik, selebihnya saya tawakal pada Allah.”

Tuan Amir tersenyum mendengar jawapan itu. Satu lagi sifat Jannah yang dia suka. Rendah diri. Selalu ingat Penciptanya.

“Mr. David ada tadi?”

“Erm.. Ada. Jadi tadi saya go through isu landskap dengan dia. InsyaAllah dia akan cuba selesaikan dalam minggu ini. Dia ada contact katanya.”

“Bagus lah kalau macam tu. Selesai satu masalah.”

“Ya Tuan.”

“Err.. Jannah..”

“Ya Tuan?”

“Saya nak minta tolong sikit. Minggu depan anak saya Qayyum akan mula bertugas. Kamu ingat dia kan?”

Qayyum anak sulung Tuan Amir.  Jannah mengangguk.

“Dia dah habis buat Master?

“Alhamdulillah sudah.”

“Ooo..”  Rasanya baru dua tahun lelaki itu ke Amerika Syarikat.

“Jadi saya nak awak jadi mentor dia. At least untuk dua tiga bulan. Show him the ropes.

“Errr.. Tuan Amir. Segan saya. Encik Qayyum ada Master degree. Saya ni cuma ada ijazah saja. Takkan saya pula yang nak mengajar dia.”

“Jangan cakap macam tu. Pengalaman kerja itu sebenarnya lebih utama. Kalau cuma ada sekeping kertas tetapi tak ada pengalaman, tak berguna juga. Boleh ya, Jannah?”

Permintaan itu sebenarnya berat buat Jannah. Dia tak pandai. Dia dah biasa membuat kerja sendirian.

“Boleh ya, Jannah?” Pinta Tuan Amir sekali lagi.

“Ermm.... bo..boleh, Tuan Amir. InsyaAllah, saya cuba.”

“Bagus. Bagus. Hmmm.. Lagi satu saya nak tanya.”

“Ya Tuan?”

‘Apa` pulak lagi ni?’ getus hati Jannah. Entah kenapa hatinya rasa kurang sedap. Apa lagi melihat cara Tuan Amir sedang memandangnya.

“Kamu dah ada kawan?”

“Maksud Tuan?” Dahinya sudah berkerut.

“Maksud saya, kamu dah ada sesiapa yang istimewa dalam hati kamu tu?”

“Soalan peribadi tu Tuan. Segan saya nak menjawab.” Jannah membetulkan tudungnya. Mula rasa tidak selesa dengan soalan yang sebegitu.

“Maaf saya bertanya. Saya dah anggap kamu ni macam anak saya, Jannah. Kamu bukan setahun dua di sini. Sudah masuk lima tahun,”

Jannah mengambil satu nafas panjang.

“Kalau kamu belum berpunya, saya nak sangat kamu cuba kenal hati budi Qayyum. Kalau ada keserasian, saya nak satukan kamu berdua.”

“Hah?” Jannah terkejut besar. Jika tadi dia sudah tak berapa selesa untuk menjadi mentor Qayyum, berita ini menambah berat hatinya.

“Kenal saja dulu. Mana tahu dia jodoh kamu. Kalau nasib saya baik, saya dapat menantu.” Tuan Amir sudah menarik senyum.

Jannah tersenyum kelat.



“Termenung nampak?” Safiyya datang menyapa.

It’s been a weird week..” Jannah tersenyum memandang Safiyya yang datang membawa minuman panas. Tangan dihulur untuk menyambut mug di tangan rakan serumahnya itu.

“Maksud?”

“Aku dapat dua marriage proposals  this week.” Jannah menjawab. Mendatar sahaja suaranya.

“Waaaaaaaaaaahhhhh! Kau tak cerita pun??”

 “Aku nak cerita la ni.. hish.. sila bawa bertenang Cik Safiyya Abdullah.”

“Ok Ok..” Safiyya sudah duduk bersila di atas sofa.

“Dah ready nak dengar cerita?” Soal Jannah sambil mengangkat kening sebelah.

“Dah dah. Cerita cepat, tangachi!” Safiyya ialah seorang mualaf yang kembali kepada agama fitrah Allah dua tahun lepas.

Jannah tersenyum.  Dia menarik nafas dalam dalam sebelum memulakan cerita.

Earlier this week, si Arif tu buat lawak ajak aku kahwin dengan dia. Tadi pulak, Tuan Amir suruh aku berkenalan dengan anak dia, Qayyum dan kalau aku setuju, dia nak satukan kami.”

“Hah! Kan aku dah cakap! Kau tu memang stok-stok Tuan Amir nak buat menantu!,” Safiyya sudah tergelak besar. Suka yang tekaannya mengena.

“Eh.. eh.. tapi kalau si Arif tu tak payah!” Sambungnya serius selepas tawanya reda.

 “Kan aku kata, Arif tu melawak saja.”

“Melawak atau tidak, jawapannya N.O. Dia tu B.U.A.Y.A!!”

Meletus ketawa Jannah.

“Kan? Aku pun cakap macam tu kat dia.”

“Tapi Qayyum? Hmmm… Qayyum tu baik tau. Handsome lagi. Budi bahasa pun baik macam Tuan Amir. Aku suka tengok dia.” Safiyyah sudah menyengih lebar.

“Mana kau tahu?”

“Hmm.. Dia ada beberapa kali datang pejabat jumpa Tuan Amir minggu ni. Aku rasa sebab dia nak mula kerja minggu depan kan?”

“Ooo….dia dah balik lah. Tapi aku dah tak berapa nak ingatlah muka dia. Dulu sebelum dia pergi US, dia kerja dengan Tuan Amir kan?”

“Ha-ah. Ala.. kalau kau jumpa dia nanti, kau sure ingat. Muka macam tu susah nak lupa tau!”

“Hrmm…..ye ke? You taste or mine?” Jannah menyoal.

Yours la.. Kau kan suka yang putih dan tinggi .. dia tinggi!” Safiyyah ketawa seronok.

Tapi wajah Jannah sudah berkerut semula.

“Apasal muka kau macam tu?”

“Aku tak selesa la, Safi. Tuan Amir nak aku jadi mentor Qayyum untuk sebulan dua. Qayyum tu Master degree holder, takkanlah dia nak mengekor aku yang takat ada ijazah ni.”

“Tuan Amir buat macam itu sebab dia nak kill two birds with one stone!”

Pecah lagi ketawa Safiyya.

Jannah mengeluh. Pening memikirkan dunanya yang pasti akan berubah minggu depan. Dia yang dah biasa membuat kerja sendirian akan punya bayang.

“Alah Jannah. Senang saja, kalau kau memang tak nak si Qayyum tu, kau buat saja muka besi kau. Sure dia lari tak cukup tanah nanti.”

“Cis kau, Safi.” Jannah mengerling geram.

“Tapi Jannah, mana tahu kalau betul si Qayyum tu jodoh kau?” Rakannya kembali ke nada serius.

Jannah terdiam.

“Kau tahu kan, kahwin tak ada dalam agenda hidup aku?”

“Kahwin itu sunnah, Jannah. Aku tahu kau dulu memang tak mahu memikirkannya sebab kau nak bina hidup kau tapi sekarang ni, karier kau dah stabil. Financially pun aku rasa kau dah tak ada masalah. It’s time for you to have someone in your life.”  

“Kan aku ada kau?”

Safiyya meletakkan tangan ke dahinya dan membuat gaya dia pengsan.

Jannah sudah ketawa kecil. Drama Queen betul.

“Aku pun serius, Jannah. Aku nak ada seorang lelaki yang menjaga kau. Yang melindungi kau.  Kita ni, walau sekuat dan setabah mana pun kita, akan ada masa di mana naluri kita mahu disayangi dan dimanjakan. Allah menciptakan kaum Adam itu untuk menjadi imam dan khalifah kita.”

Jannah diam lagi. Mendengar sambil menghirup minumannya.

“Nanti bila aku dah kahwin, kau akan tinggal seorang diri. Aku nak kau berteman. Aku nak kau berkeluarga. Don’t you think it’s time?” Sambung Safiyya.

Perbualan yang mulanya santai sudah bertukar nada. Jannah yang sedang memandang keluar itu direnung Safiyya.  Jannah memang cantik. Selama mereka berkawan, memang ramai yang mencuba untuk mengetuk hati Jannah tetapi tidak satu pun yang dilayan olehnya. Safiyya sendiri tak faham mengapa. Pernah seketika dulu, ada yang membuat fitnah, menuduh Jannah hanya meminati kaum sejenis dan dia selaku rakan sepejabat dan teman serumah Jannah, turut menjadi mangsa fitnah itu. Namun segalanya tidak dihiraukan oleh Jannah dan lama-kelamaan, fitnah itu berlalu dengan sendirinya.  Itu satu perkara yang dia belajar dari sahabatnya itu. Kita tak harus cepat melatah. Sabar itu kunci segalanya. Jika niat kita baik, Allah pasti akan melindungi hambaNya.

“Kalau ada jodoh aku nanti Safi, kahwinlah aku. Tapi untuk aku pergi cari, tak lah.” Air di mug diteguk sekali lagi. Entah mengapa dia tiba-tiba teringat kepada lelaki bermata redup itu. Lelaki yang telah merubah rentak degupan jantungnya apabila mereka bertentangan mata.

“Tapi kan Jannah, entah kenapa hati aku ni dapat rasakan yang kau akan kahwin tahun ini.” Safiyya sudah tersengih macam kerang busuk.

Jannah menggeleng kepala. 
 “Banyaklah kau punya rasa. Yang aku tahu, kau tu yang akan kena kahwin dengan Razlan tahun ini!”