“Will you
marry me?”
Hampir tersembur keluar air di dalam mulutnya.
Cepat-cepat gadis itu menutup mulut.
“Kau ni kenapa Arif?” Lelaki itu diberi tenungan
maut.
“Aku nak ajak kau kahwin la. Takkan tak faham kot.
Dah straight to the point habis tu.”
Renungan si gadis masih tajam ke wajahnya. Lansung tak
berkelip.
“Kau ada screw
longgar tiba-tiba ke apa? Atau kau nak aku ketuk kepala kau tu?” Dengus si
gadis.
“Alah.. daripada aku kahwin dengan entah siapa-siapa
yang mak aku nak calonkan, baik aku kahwin dengan kau.”
“Kau jangan nak mengarut boleh tak, Arif?!” Suara gadis
itu sudah naik seoktaf.
“Aku tak mengarut, babe. Kita kan dah kenal
lama. Senang!”
“Banyak la kau punya senang!”
“Betul apa? Tak betul ke?”
“Apa yang betulnya?! Hish!!” Sekali lagi tenungan
maut diberikan kepada lelaki yang sedang merepek itu.
“Kita kan dah tiga tahun dalam satu geng. Boleh kata
kita ni berjumpa hampir setiap hujung minggu. Dating kadang-kadang sampai ke pagi.” Arif dah buat senyum senget.
Tak sedar mulut tu tak ada insuran.
Perbualan hangat itu sudah mula menarik perhatian
beberapa orang yang duduk berdekatan dengan meja mereka. Ada yang sudah mengerling ke arah Jannah.
Memandang gadis itu dari atas ke bawah.
“Eh Arif, kau ni buang tabiat ke apa? Baik kau jaga
mulut kau. If not aku chop dengan helmet aku ni karang.”
“Eleh… aku cakap betul ni. Ini bukan cobaan. Ini
betul-betul.” Arif mengerutkan dahinya. Badannya kembali disandarkan ke kerusi.
Keningnya diangkat sebelah. Tangan disilang ke dada. Membalas renungan si
gadis.
“Seriously,
kalau kau nak continue mengarut macam
ni, baik aku blah!” Jannah mencapai helmet dan mula bangun. Jaket di badan
dibetulkan.
Arif dah ketawa kuat dalam hati. Tengah
boring-boring ni seronok dia mengusik mawar besi ni.
“Wei wei.. rileks la… Kau ni Jannah tak boleh aku
nak bergurau sikitlah. Duduk lah wei!” Dia pantas menarik lengan si gadis berlesung
pipit itu. Paras rupa dah cukup ayu dan cantik. Bentuk badan mengalahkan model
tapi hati punyalah keras macam besi.
Jannah masih diam berdiri. Memandang Arif dengan
perasaan geram.
“Duduk lah babe…Aku
gurau ajalah..duduklah..” Pujuknya sambil menepuk-nepuk kerusi yang baru
dikosongkan.
“Amenda kau bergurau pasal benda-benda macam tu? Dah
lah kat public place. Karang orang
salah faham.” Marah gadis itu tapi suaranya sudah tidak setegang dan sekuat
tadi.
“Sejak bila kau kisah apa orang kata?” Kening Arif
naik sebelah lagi. Kalau Jannah peduli, tentu dia tidak akan menyertai geng
motor mereka. Jannah satu-satunya penunggang perempuan dalam kumpulan mereka.
Alasannya, dia lebih senang dengan orang lelaki. Perempuan banyak drama katanya.
“Kau ni la Arif! Nasib baik aku tak tersedak tadi.”
Dengusnya lagi sebelum dia mengacau baki air di gelas dengan straw sebelum menyedutnya.
“Ala Jannah, aku bergurau lah. Just to kill time.” Arif sudah tersengih. Nasib baik tak kena chop dengan helmet full faced Jannah. Kalau tidak, sah biru muka dia seminggu!
“Kalau aku join
kau buat drama tadi, mesti ada yang rakam and post dekat Youtube. Tajuk video, Jejaka kena Reject! Baru padan
muka kau!” Jannah sudah mula ketawa.
“Amboi sedapnya kau ketawakan aku ya? Banyak cantik
muka kau!” Arif sakit hati. Tujuannya nak mengusik si gadis tak sampai akhirnya
dia pula yang kena usik.
“Memang la aku cantik. Kalau tidak tak kan kau ajak
aku kahwin!”
“Siapa nak kahwin?” Muncul satu soalan dari belakang
mereka.
Terus Jannah dan Arif menoleh.
“Hah.. dah sampai pun kau orang. Awat lambat?” Soal
Arif sambil berjabat dengan rakan-rakan mereka yang baru sampai.
Jannah hanya sekadar memerhati seorang demi seorang
dan mengangguk kepala tanda hormat. Bukan sahaja dia satu-satunya perempuan,
dia juga yang paling muda.
“Kenapa lambat Malek?” Soal Jannah. Mereka semua telah
melarang Jannah memanggil mereka abang.
“Isteri aku jer boleh panggil aku abang. Kau panggil
kami by name cukup.” Malek secara
berseloroh memberitahu Jannah ketika dia mula-mula menyertai kumpulan ini.
Kumpulan berlapan itu mula mengambil tempat duduk
masing-masing. Satu lagi meja disambung supaya mereka semua dapat duduk sebaris.
‘Ada ahli baru nampaknya’ detik hati Jannah.
Dari
ekor matanya, dia meneliti ‘ahli’ baru itu. Jaket kulit sudah dibuka zip dan
menampakkan t-shirt putih dengan perkataan Stay
Calm and Pray yang dipakai di dalam. Helmet full
faced Shoei RF diletakkan di atas meja. Berkulit kuning langsat. Janggut
sejemput. Ketika ini lelaki itu sedang menaip sesuatu di iPhonenya.
Seperti biasa, tiada ada sesi perkenalan akan dibuat.
Ahli baru harus menggunakan initiatif sendiri untuk memperkenalkan diri. Cara
terbaik to break the ice. Mereka
bukan di sekolah di mana cikgu perlu memperkenalkan murid baru. Masing-masing
sudah berkerjaya dan ada social skills
yang mantap.
‘Boleh tahan mamat ni.’ Helmet Shoei itu dipandang
Jannah. Bukan murah tu. Mamat gila jenama agaknya.
“So, siapa
nak kahwin?” Soal Nick pula setelah soalan dari Malek tadi tidak berjawab.
Jannah kembali menyedut air minumannya. Biar Arif yang
jawab. Malas dia nak layan. Dia pasti ini sekadar mukadimah untuk sebarisan
soalan yang akan menyusul.
“Aku ajak Jannah kahwin tadi.” Arif dengan
selambanya memberitahu.
Dan kali ini air memang tersembur keluar dari
mulutnya.
Purrrrrrrrrrrrrr….
“Wei!!” Sam sudah terjerit. Air yang tersembur terkena
lengannya dan Jannah perasan helmet mamat itu pun terkena tempiasnya.
Lelaki itu mengangkat wajah dari skrin telefon dan
memandang tepat ke arah Jannah.
“Sorry.” Jannah
membalas pandang. Untuk seketika, dia terpegun melihat sepasang mata yang redup
itu.
Lelaki itu mencapai kotak tisu dan mengelap
helmetnya perlahan.
“It’s ok. Don’t worry about it.” Balasnya
perlahan. Pandangan mata mereka bertemu sekali lagi.
Satu senyuman manis terukir di bibir lelaki itu dan jantung Jannah tiba-tiba
berubah rentak. Sesuatu yang belum pernah lagi terjadi.
“Kau ni kenapa Jannah? Takkan Arif ajak kahwin kau
sampai tersembur macam ni. Hish!,” Bebel Sam sambil mengelap lengannya.
“Ok apa kalau kahwin dengan Arif. Anak Dato’ tu.” Sambungnya
lagi.
“Ar ar… Untung kau, tak payah kerja. Hantaran nanti,
kau minta Ducati satu. Dia mesti bagi punya. Kan Arif?” Pecah ketawa semua di
meja mendengar lawak si Malek.
Jannah menyilang tangan ke dada. Menanti tawa
kesemuanya reda dan selesai reda saja ketawa mereka, tiba giliran dia untuk
menyerang balas.
“Cukup dah gelak? Ke nak sambung lagi?” Soalnya
serius memandang Sam. Keningnya terangkat sebelah.
“Alamak, dia buat besi dia dah.”
Untuk statement
itu, satu tenungan maut diberikan kepada Nick.
Nick terus angkat tangan.
“Woh Woh…Rilek la Jannah. Kami bergurau saja. Tapi
kalau betul Arif nak kahwin dengan kau, kami tumpang gembira. Kita konvoi dari
rumah you ke rumah dia!”
Bertambah galak bunyi ketawa lelaki-lelaki yang
semeja dengannya itu. Tiga tahun bersama mereka memang banyak mengajar Jannah
erti sabar. Erti tidak mengambil hati akan lawak-lawak serta usikan mereka.
Jannah mengambil nafas panjang.
“Korang fikir aku ni terdesak sangat ke sampai nak
kahwin dengan mamat playboy Malaya
ni? Arif ni, belum kahwin dah pasang keliling pinggang.” Mata Jannah naik ke
atas. Meluat.
“Hey… bukan aku yang cari dia orang tapi dia orang
yang cari aku, ok?” Arif cuba mempertahankan diri.
“Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi, Arif.” Tegas
suara Jannah. Walaupun mereka berkawan baik, dia memang benci perangai Arif
yang satu itu. Hate the sin but love the sinner.
“Well Cik
Jannah yang cantik jelita, kalau kita nak cari isteri, a man has go through a few candidates
dulu. Takkan kau expect aku terus
jumpa sekali dan terus sangkut. Love at
first sight? That only happens in
movies la my dearest.”
“O..o.. Arif
is putting on his charming voice.. cair..cair” Giat Nick. Tersengih
memandang Jannah.
Entah kenapa mata Jannah kembali mencari sepasang
mata yang redup itu. Dan yang buat darahnya menyerbu ke muka ialah mata itu juga
sedang merenungnya. Terus dia melarikan pandangannya kembali kepada Arif yang
sedang melalut itu.
“Arif, can we
just drop the subject?” dengusnya.
“And I wish
you all the best in finding a life partner.” Malas nak bercakap mengenai
topik itu. Dalam kumpulan itu, hanya dia dan Arif sahaja yang masih bujang.
“Ouch!
Arif kena reject wei.”
“Sakit tak, Arif? Orang cantik manis dah reject kau ni?” Malek menyoal.
Arif buat lagak seperti jantungnya sedang ditoreh
oleh pisau.
Jannah mengerling geram. Tak habis-habis.
“Ni korang semua dah lunch ke belum? Kalau belum, silakan. Then kita boleh blah tapi
kalau korang tak nak blah, aku blah.” Soalannya tegas kepada yang lain-lain. Sengaja
dia menukar topik.
Semua terdiam. Si Mawar Besi dah muncul kembali.
“Ok. Ok. Jom makan guys!” Malek yang mula-mula bangun sebelum di ikuti dengan yang
lain.
“Korang makanlah dulu, aku nak pergi solat.” Dari ekor matanya, dia tahu lelaki itu masih
asyik memerhatinya.
“So,
itulah Jannah, Khael. Adik kami. The rose
amongst us, thorns.” Terang Malek
sambil matanya mengekor Jannah yang sedang berjalan ke surau.
Jihad mengganguk
perlahan. Walau belum sampai setengah jam mereka bertemu, ada sesuatu pada
gadis itu yang menarik perhatiannya. Apa? Dia belum pasti. Cuma ada sesuatu
yang terdetik di hatinya tatkala mata mereka bertentangan tadi.
“Dah lama dia ride dengan korang?”
“Hmm.. adalah dalam tiga
tahun rasanya.”
“Oh patutlah dah macam
ngam sangat. Looks like she is able to take all your nonsense. Macam
mana boleh kenal?”
“Oh.. dia datang tanya
Nick directly. Masa tu kita orang
tengah lepak kat NZ Wangsa Maju. Tiba-tiba dia datang dan tanya kalau dia boleh
join our group. Memang kita orang
terkejut habis masa tu. Kan, Nick?”
“Ha-ah. Gila tak
terkejut. Tengah borak-borak, ada awek cun datang minta join. Nasib baik kita
orang ni bukan stok ulat bulu.” Galak
mereka ketawa.
Berani betul, desis
hati Jihad.
“Jannah tu nampak
keras, Khael tapi baik budaknya. Boleh harap. Asal kita tak step on her tail, dia ok. Cuma dia very independent lar. Tak reti nak manja-manja bagai semua. Oh lagi
satu, dia paling pantang orang masuk campur hal dia. Kau nanti slow-slow dengan dia tau sebab dia macam
alergik sikit dengan orang bujang. Tengok macam mana si Arif kena dengan dia
tadi? So you be cool with her, ok?”
panjang syarahan dari Malek.
Jihad mengangguk tanda
faham.
“Thanks for the warning, Bro.” Jihad tersenyum. Interesting!
“Jannah..”
“Yes, Safi?”
“Tuan Amir cari kau.”
“Bila?”
“Baru tadi dia keluar
dari bilik dia mencari kau. Aku bagi
tahu dia yang kau belum balik dari site.”
“Dia nak apa?” Berkerut
dahi Jannah.
“Hish mana lah aku
tahu.”
“Hmmm… Dia bukan tak
tahu aku pergi site. Sebelum aku
pergi pagi tadi, aku dah beritahu dia.”
Safiyya tergelak kecil.
“Kau tu kan jurutera kesayangan
Tuan Amir. Stok-stok yang boleh dia buat menantu.”
“Hish kau ni! Masin
mulut kau tu!” Bulat mata Jannah memandang Safi, setiausaha Tuan Amir yang
merangkap teman serumahnya.
“Ok apa? Kalau kau jadi
menantu Tuan Amir, kau dah tak payah kerja Jannah. You’re set for life!”
“Kau ni Safi. Cakap
ikut sedap mulut jer. Nothing is set for
life la. Kita tak tahu apa akan jadi esok lusa. So baik fokus kepada hari
ni dan belajar dari kesilapan semalam. Jangan banyak nak berangan.”
“Berangan kan free..” Safi menyambung tawa.
“Malas lah aku nak
melayan kau. Aku masuk jap.”
“Ya, sila. Pak mertua
dah tunggu tu..” Safi mengenyit mata.
Jannah membulatkan
matanya ke Safi dan Safi menyambung
tawa.
Pintu bilik Tuan Amir
diketuk dua kali sebelum dia masuk.
“Masuk.”
“Assalamualaikum Tuan.”
“Waalaikumsalam
warahmatullahi wabarakatuh. Masuk Jannah.” Tuan Amir sudah berdiri dari tempat
duduknya.
Jannah melangkah masuk
dan mengekori Tuan Amir ke sofa tetamu di tepi bilik besar itu.
“Baru balik?”
“Ya Tuan.”
“So, macam mana? Semua ok kat site?
Kita on schedule?”
“Alhamdulillah, buat
masa ini kita on schedule, Tuan.
Minta-minta kita tak face any more issues.”
Mereka masih ada lapan belas bulan untuk menyiapkan projek tersebut.
Tuan Amir mengangguk.
Dia memang yakin dengan kualiti kerja Jannah. Jurutera muda ini sudah lima tahun
bertugas di syarikatnya. Setiap projek yang dikendalikan oleh Jannah pasti siap
mengikut jadual yang ditetapkan. Dia tahu sikap gadis itu yang tegas apabila
berhadapan dengan para pekerja bawahannya dan sikapnya yang begitu teliti dalam
sesuatu perkara adalah kunci kejayaanya. Walau dia tegas, Jannah sangat
mengambil berat kebajikan para pekerjanya di bawahnya. Kerana itu turn-over kumpulan gadis itu adalah yang
paling rendah berbanding dengan kumpulan yang lain.
“Baguslah kalau macam
tu. Saya yakin Jannah akan deliver seperti
biasa.”
“InsyaAllah. Terima
kasih Tuan. Saya cuba buat yang terbaik, selebihnya saya tawakal pada Allah.”
Tuan Amir tersenyum
mendengar jawapan itu. Satu lagi sifat Jannah yang dia suka. Rendah diri.
Selalu ingat Penciptanya.
“Mr. David ada tadi?”
“Erm.. Ada. Jadi tadi
saya go through isu landskap dengan
dia. InsyaAllah dia akan cuba selesaikan dalam minggu ini. Dia ada contact katanya.”
“Bagus lah kalau macam
tu. Selesai satu masalah.”
“Ya Tuan.”
“Err.. Jannah..”
“Ya Tuan?”
“Saya nak minta tolong
sikit. Minggu depan anak saya Qayyum akan mula bertugas. Kamu ingat dia kan?”
Qayyum anak sulung Tuan
Amir. Jannah mengangguk.
“Dia dah habis buat
Master?
“Alhamdulillah sudah.”
“Ooo..” Rasanya baru dua tahun lelaki itu ke Amerika
Syarikat.
“Jadi saya nak awak
jadi mentor dia. At least untuk dua
tiga bulan. Show him the ropes.”
“Errr.. Tuan Amir.
Segan saya. Encik Qayyum ada Master
degree. Saya ni cuma ada ijazah saja. Takkan saya pula yang nak mengajar
dia.”
“Jangan cakap macam tu.
Pengalaman kerja itu sebenarnya lebih utama. Kalau cuma ada sekeping kertas
tetapi tak ada pengalaman, tak berguna juga. Boleh ya, Jannah?”
Permintaan itu
sebenarnya berat buat Jannah. Dia tak pandai. Dia dah biasa membuat kerja
sendirian.
“Boleh ya, Jannah?”
Pinta Tuan Amir sekali lagi.
“Ermm.... bo..boleh,
Tuan Amir. InsyaAllah, saya cuba.”
“Bagus. Bagus. Hmmm..
Lagi satu saya nak tanya.”
“Ya Tuan?”
‘Apa` pulak lagi ni?’ getus
hati Jannah. Entah kenapa hatinya rasa kurang sedap. Apa lagi melihat cara Tuan
Amir sedang memandangnya.
“Kamu dah ada kawan?”
“Maksud Tuan?” Dahinya
sudah berkerut.
“Maksud saya, kamu dah
ada sesiapa yang istimewa dalam hati kamu tu?”
“Soalan peribadi tu
Tuan. Segan saya nak menjawab.” Jannah membetulkan tudungnya. Mula rasa tidak
selesa dengan soalan yang sebegitu.
“Maaf saya bertanya.
Saya dah anggap kamu ni macam anak saya, Jannah. Kamu bukan setahun dua di
sini. Sudah masuk lima tahun,”
Jannah mengambil satu
nafas panjang.
“Kalau kamu belum
berpunya, saya nak sangat kamu cuba kenal hati budi Qayyum. Kalau ada
keserasian, saya nak satukan kamu berdua.”
“Hah?” Jannah terkejut
besar. Jika tadi dia sudah tak berapa selesa untuk menjadi mentor Qayyum,
berita ini menambah berat hatinya.
“Kenal saja dulu. Mana
tahu dia jodoh kamu. Kalau nasib saya baik, saya dapat menantu.” Tuan Amir
sudah menarik senyum.
Jannah tersenyum kelat.
“Termenung
nampak?” Safiyya datang menyapa.
“It’s been a weird week..” Jannah tersenyum memandang Safiyya yang
datang membawa minuman panas. Tangan dihulur untuk menyambut mug di tangan rakan serumahnya itu.
“Maksud?”
“Aku dapat dua marriage proposals this week.” Jannah menjawab. Mendatar
sahaja suaranya.
“Waaaaaaaaaaahhhhh! Kau
tak cerita pun??”
“Aku nak cerita la ni.. hish.. sila bawa
bertenang Cik Safiyya Abdullah.”
“Ok Ok..” Safiyya sudah
duduk bersila di atas sofa.
“Dah ready nak dengar cerita?” Soal Jannah
sambil mengangkat kening sebelah.
“Dah dah. Cerita cepat,
tangachi!” Safiyya ialah seorang mualaf yang kembali kepada agama fitrah Allah
dua tahun lepas.
Jannah tersenyum. Dia menarik nafas dalam dalam sebelum
memulakan cerita.
“Earlier this week, si Arif tu buat lawak ajak aku kahwin dengan
dia. Tadi pulak, Tuan Amir suruh aku berkenalan dengan anak dia, Qayyum dan
kalau aku setuju, dia nak satukan kami.”
“Hah! Kan aku dah
cakap! Kau tu memang stok-stok Tuan Amir nak buat menantu!,” Safiyya sudah
tergelak besar. Suka yang tekaannya mengena.
“Eh.. eh.. tapi kalau si
Arif tu tak payah!” Sambungnya serius selepas tawanya reda.
“Kan aku kata, Arif tu melawak saja.”
“Melawak atau tidak,
jawapannya N.O. Dia tu B.U.A.Y.A!!”
Meletus ketawa Jannah.
“Kan? Aku pun
cakap macam tu kat dia.”
“Tapi Qayyum? Hmmm… Qayyum
tu baik tau. Handsome lagi. Budi
bahasa pun baik macam Tuan Amir. Aku suka tengok dia.” Safiyyah sudah menyengih
lebar.
“Mana kau tahu?”
“Hmm.. Dia ada beberapa
kali datang pejabat jumpa Tuan Amir minggu ni. Aku rasa sebab dia nak mula
kerja minggu depan kan?”
“Ooo….dia dah balik
lah. Tapi aku dah tak berapa nak ingatlah muka dia. Dulu sebelum dia pergi US,
dia kerja dengan Tuan Amir kan?”
“Ha-ah. Ala.. kalau kau
jumpa dia nanti, kau sure ingat. Muka
macam tu susah nak lupa tau!”
“Hrmm…..ye ke? You taste or mine?” Jannah menyoal.
“Yours la.. Kau kan suka yang putih dan tinggi .. dia tinggi!” Safiyyah
ketawa seronok.
Tapi wajah Jannah sudah
berkerut semula.
“Apasal muka kau macam
tu?”
“Aku tak selesa la,
Safi. Tuan Amir nak aku jadi mentor Qayyum untuk sebulan dua. Qayyum tu Master
degree holder, takkanlah dia nak mengekor aku yang takat ada ijazah ni.”
“Tuan Amir buat macam
itu sebab dia nak kill two birds with one
stone!”
Pecah lagi ketawa
Safiyya.
Jannah mengeluh. Pening
memikirkan dunanya yang pasti akan berubah minggu depan. Dia yang dah biasa membuat
kerja sendirian akan punya bayang.
“Alah Jannah. Senang
saja, kalau kau memang tak nak si Qayyum tu, kau buat saja muka besi kau. Sure dia lari tak cukup tanah nanti.”
“Cis kau, Safi.” Jannah
mengerling geram.
“Tapi Jannah, mana tahu
kalau betul si Qayyum tu jodoh kau?” Rakannya kembali ke nada serius.
Jannah terdiam.
“Kau tahu kan, kahwin
tak ada dalam agenda hidup aku?”
“Kahwin itu sunnah,
Jannah. Aku tahu kau dulu memang tak mahu memikirkannya sebab kau nak bina
hidup kau tapi sekarang ni, karier kau dah stabil. Financially pun aku rasa kau dah tak ada masalah. It’s time for you to have someone in your
life.”
“Kan aku ada kau?”
Safiyya meletakkan
tangan ke dahinya dan membuat gaya dia pengsan.
Jannah sudah ketawa
kecil. Drama Queen betul.
“Aku pun serius, Jannah.
Aku nak ada seorang lelaki yang menjaga kau. Yang melindungi kau. Kita ni, walau sekuat dan setabah mana pun
kita, akan ada masa di mana naluri kita mahu disayangi dan dimanjakan. Allah menciptakan
kaum Adam itu untuk menjadi imam dan khalifah kita.”
Jannah diam lagi. Mendengar
sambil menghirup minumannya.
“Nanti bila aku dah
kahwin, kau akan tinggal seorang diri. Aku nak kau berteman. Aku nak kau
berkeluarga. Don’t you think it’s time?”
Sambung Safiyya.
Perbualan yang mulanya
santai sudah bertukar nada. Jannah yang sedang memandang keluar itu direnung
Safiyya. Jannah memang cantik. Selama
mereka berkawan, memang ramai yang mencuba untuk mengetuk hati Jannah tetapi
tidak satu pun yang dilayan olehnya. Safiyya sendiri tak faham mengapa. Pernah
seketika dulu, ada yang membuat fitnah, menuduh Jannah hanya meminati kaum sejenis
dan dia selaku rakan sepejabat dan teman serumah Jannah, turut menjadi mangsa
fitnah itu. Namun segalanya tidak dihiraukan oleh Jannah dan lama-kelamaan,
fitnah itu berlalu dengan sendirinya.
Itu satu perkara yang dia belajar dari sahabatnya itu. Kita tak harus
cepat melatah. Sabar itu kunci segalanya. Jika niat kita baik, Allah pasti akan
melindungi hambaNya.
“Kalau ada jodoh aku
nanti Safi, kahwinlah aku. Tapi untuk aku pergi cari, tak lah.” Air di mug diteguk sekali lagi. Entah mengapa
dia tiba-tiba teringat kepada lelaki bermata redup itu. Lelaki yang telah merubah
rentak degupan jantungnya apabila mereka bertentangan mata.
“Tapi kan Jannah, entah
kenapa hati aku ni dapat rasakan yang kau akan kahwin tahun ini.” Safiyya sudah
tersengih macam kerang busuk.
Jannah menggeleng
kepala.
“Banyaklah kau punya
rasa. Yang aku tahu, kau tu yang akan kena kahwin dengan Razlan tahun ini!”
two thumbs up!! best sangat! :D
ReplyDeletebest kak su...
ReplyDeleteexcellent su....two thumbs up...hugs n kisses...muahhhh
ReplyDeleteterlepas sedikit rindu JnJ.. sesgguhnya best!..
ReplyDeleteBest starting JNJ nie Suzana
ReplyDeleteTerbaik....lgi????
ReplyDeleteWaaaaaa..... best cita baru
ReplyDeleteKak Su...
ReplyDeleteSaya dh baca yg ni masa akak post awal2 dulu..dan dek kerna byk sgt bacaan..saya terlupa..kemudian saya teringat sesuatu minggu lepas tengok sorg kwn abg kita nih..pompuan..rider jugak..dlm hati >> aku mcm kenal budak pompuan nih..cuma dia sorg jer dlm grup mbike ni..tanya nama dia..SITI..astagafirullah Kak Su..rupa2nya...bukan..salah cop!!! Jannah...Jannah..Jannah...