Thursday, March 6, 2014

BAB 2 - Jodohku & Janji-Nya



Melihat jam di dinding sudah hampir pukul 12 tengahari, Jannah dengan pantas mengemas apa yang patut di meja kerjanya.  Komputer riba dimatikan, beg sandang dan helmet dicapai dan dia mula bergerak keluar dari pejabat. Namun langkahnya terhenti di lobi bangunan apabila namanya dipanggil.

“Jannah!”

Jannah segera menoleh ke belakang. Dia menghela satu nafas panjang sementara menunggu lelaki yang sedang berlari-lari anak ke arahnya itu.

“Ada apa Encik Qayyum?” soalnya apabila lelaki itu mendekat.

“Kita pergi dengan kereta saya?” pelawa lelaki itu penuh sopan.

             “Oh, tak apa. Saya rasa lebih baik kita pergi berasingan.”

“Kenapa? Awak ada nak ke mana-mana ke lepas mesyuarat nanti?” Qayyum memandangnya pelik. 

“Sekarang ni memang tak ada plan tapi who knows later I might have somewhere to go or someone to meet. Selalunya begitulah.” Alasan diberi. Dia memang tidak selesa kalau hanya berada berdua dengan Qayyum. Renungan lelaki itu melemaskannya.  Dia tak suka. Apatah lagi bila mengingatkan hasrat Tuan Amir untuk mereka.

“Oh… kalau begitu, kita lunch dulu sebelum bertolak? Awal lagi ni.” Qayyum mencuba lagi. Walaupun sudah dua minggu dia memulakan tugas, namun baru tiga kali mereka makan tengahari bersama, itu pun pasti ada rakan sekerja yang ikut serta. Tidak pernah berdua.

“Maaf Encik Qayyum, saya puasa.”

Sekali lagi Qayyum merenung gadis di hadapannya itu. Ada saja alasan.

“Betul ke puasa?”

“Untuk apa saya perlu menipu, Encik Qayyum?”

Lelaki itu sekadar tersenyum mendengar soalan itu. Hatinya yakin itu hanya alasan dari si gadis.

“Ermm… awak ni Jannah, sampai bila nak ber’encik’ dengan saya? Awak tu mentor saya tau?”

Ini antara yang merimaskan Jannah.

“Ya, memang saya mentor Encik Qayyum untuk sebulan dua ini tapi selepas ini, kedudukan Encik Qayyum akan jauh lebih tinggi dari saya. In reality, we are not peers.”

“Tapi saya tak nak create any awkward moments, Jannah.”

“Encik Qayyum, saya akan rasa awkward kalau cuma memanggil Encik Qayyum cuma dengan nama. I am being honest here.”

Qayyum mengeluh perlahan. Sudah dua minggu mereka berkerjasama tetapi gadis itu masih agak dingin dengannya. Sesuatu yang asing buat dia yang sudah terbiasa menjadi perhatian gadis walau dimana dia berada. Reaksi Jannah kadangkala membuat dia memeriksa dirinya sendiri. Mencari apa yang tidak kena sehingga gadis itu seakan tidak lansung mahu memberi peluang kepadanya.   

Sikap Jannah akan berubah apabila mereka hanya berdua. Malah nada suara juga pasti berbeza. Lebih tegas. Seakan tidak mahu memberi ruang langsung untuk mereka berkenalan dengan lebih jauh. Dia arif dengan cadangan ayahnya untuk menyatukan mereka dan dia tahu Jannah juga telah diberitahu. Jujurnya, dia sangat berlapang dada dengan rancangan itu. Sudah tiba masanya untuk dia berumahtangga dan dimatanya, Jannah seorang yang lengkap segalanya.

“Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu Encik Qayyum. Kita jumpa di sana nanti, insyaAllah.” Jannah meminta diri.

“Pukul 2:30 kan?”

“Ya Encik Qayyum. Saya jalan dulu ya?”

Qayyum sekadar memerhati gadis itu melangkah pergi.



“JANNAH?”

“Eh Mak,” Jannah menoleh memandang wanita tua yang entah bila sudah berdiri si sebelahnya.

“Assalamualaikum, Mak.” Tangan dihulur untuk menyantuni wanita itu.

“Waalaikumsalam warahmatullah.  Kamu dah lama sampai ke? Kenapa tak masuk? Kan panas kat luar ni.” Leter Puan Kamariah.

Jannah menarik senyum. Dia memandang wajah wanita yang menjadi tempat dia bermanja dikala dia kehilangan tempat bergantung satu masa dulu.

“Jannah nak singgah kejap saja Mak. Mak sihat?”

“Alhamdulillah. Macam ni lah orang dah tua. Hari ini sihat, esok belum tentu. Lusa pulak entah bernafas ke tidak.”

“Hish. Janganlah cakap macam tu, Mak.” Jannah memeluk lengan Puan Kamariah.

“Mula la tu. Tengahari panas ni pun dia nak bermanja dengan kita. Jom lah masuk.”

“Rindu kat Mak.” Pelukan tangan dieratkan.

“Kalau rindu, kenapa lama tak datang?”

“Maaf Mak. Jannah sibuk sikit. Banyak kerja. Tengah jaga satu projek.”

Puan Kamariah menggosok tangan yang sedang memaut lengannya itu. Bibirnya singgah sebentar ke dahi Jannah. Kasihnya kepada anak ini tidak akan pernah berkurang.

“Kamu tu bila masa tak sibuk? Dari sekolah menengah, ke universiti sampailah sekarang. Kerja kamu tu macam tak ada sudahnya. Ni, kamu cuti ke hari ni?” bebel wanita itu lagi. Dia amat arif dengan perangai anak angkatnya yang satu ini. Dulu selepas sesi sekolah, Jannah akan mengambil upah bekerja di kedai runcit atau restoran yang berdekatan. Apa saja kerja dia sanggup buat. Selepas dia mula universiti, dia mengambil upah memberi tuisyen. Pokoknya Jannah memang tak pernah tidak bekerja.

“Ha-ah. Jannah nak ke Putrajaya ni. Nak lawat site.”

“Kenapa kamu bawa motor? Kereta kamu mana?” Puan Kamariah memang tak berkenan betul dengan minat Jannah yang satu ini.

“Jannah nak cepat, Mak. Motor senang. Bawa kereta nanti mesti sangkut dalam traffc jam. Haru kalau Jannah lambat.”

“Tapi kereta tu lagi selamat dan kalau kamu tak nak lambat, lain kali keluarlah awal sikit.” Tegas Puan Kamariah. Risau mengenangkan kadar kemalangan yang tinggi melibatkan penunggang motor.

Jannah sekadar menadah telinga. Dia dah lali. Setiap kali berjumpa, pasti akan ada adegan sebegini.

“Mak, kalau Allah dah tulis yang kita akan kemalangan, naik lah apa sekali pun, ia pasti akan berlaku. Lady Diana yang naik kereta BMW serba mewah dan canggih itu pun meninggal Mak.”

 “Ada saja kamu menjawab ya? Dari kecil sampai dah besar panjang macam ni, masih suka menjawab.” Puan Kamariah mendengus.

Jannah sudah tersengih sambil menarik kembali lengan Puan Kamariah untuk dipeluk.

“Sebab tu Mak sayang Jannah kan? Kalau Jannah senyap saja, Mak mesti boring. Kan?”

“Tengok tu, ada saja dia nak mengenakan kita tau..”

“Ala bukan selalu kenakan Mak pun? Sebulan tak sekali wahai bonda ku Puan Kamariah.”

Sekali lagi Puan Kamariah menepuk tangan yang sedang memeluk lengannya itu. Hilang rasa rindunya pada Jannah.

“Apa pun, Jannah tahu Mak selalu ada untuk doakan keselamatan Jannah, kan?”

“Kami di sini sentiasa doakan kamu, Jannah.” 

Jannah hanya membalas dengan senyuman.

“Sarah sihat Mak?”

“Dia sihat Alhamdulillah.  Selalu tanyakan kamu.”

“Itulah. Sebulan dua ni, rasanya tanggungjawab Jannah padanya terabai.”

“Hish, kenapa cakap macam tu? Kan kamu ada telefon dia selalu? Seronok dia bercerita lepas dia bercakap dengan kamu tau.”

“Lain Mak. Lama tak bawa dia keluar jalan-jalan. Ni Mak jangan cakap yang Jannah datang tau. Takut dia kecil hati sebab Jannah tak tunggu dia balik sekolah.”

“Ya lah. Mak tak bagi tahu. Tapi kamu tu, carilah masa untuk datang jumpa dia.”

“Insya-Allah Mak.”  Tangan Jannah membuka beg dan menarik keluar sekeping sampul.

“Mak, ini ada duit sikit untuk belanja rumah.”

Puan Kamariah merenung sampul di tangan Jannah dengan rasa syukur di hati. Antara anak-anak yang dibesarkan di rumah itu, Jannah adalah salah seorang yang boleh dikira berjaya dan sentiasa menggunakan rezeki yang diberi Allah untuk menjaga kebajikan anak-anak di sini. Jika dia tidak sempat menghantar sumbangannya seperti hari ini, Jannah akan membuat deposit di bank. Setiap bulan pasti ada sumbangan darinya.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Jannah. Semoga Allah murahkan rezeki kamu.”  Sebak di suara Puan Kamariah sudah kedengaran.

“Ameen. Dah tak mahu emo-emo. Tu yang Jannah malas nak datang. Takut emosi Mak terganggu.” Pantas pipi tua itu dikucupnya.

Puan Kamariah tertawa kecil.

“Hmm.. Mak, Jannah minta diri dula ya? Nanti ada kelapangan, Jannah singgah lagi.”

“Yalah tapi hati-hati tu. Eh.. err.. sebelum kamu pergi ni, Mak nak tanya sikit.”

“Tanya apa, Mak?” Helmet yang baru hendak disarung, diletakkan semula di atas tempat duduk.

“Kamu ni bila nak kahwin?”

“La.. Mak ni… soalan cepumas tu. Macam manalah Jannah nak jawab.”

“Kamu dah ada kawan?”

“Kawan ramai Mak.”

“Maksud mak, yang istimewa lah.”

“Hmm… semua pun istimewa Mak.”

“Hish budak ni. Mak tanya sungguh-sungguh ni.”

Jannah melepaskan satu tawa.

“Tak ada la Mak. Mana lah Jannah ada masa.”

“Nak Mak carikan tak?”

“Hah?”

“Nak Mak carikan tak?” Puan Kamariah mengulangi soalan yang sama.

“Hish, tak payah Mak. Terima kasih banyak-banyak tapi biar jodoh Jannah tu datang dengan sendiri ya? Biar dia datang cari Jannah. Baru macho.” Jannah mengenyitkan matanya dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Kamariah. Badan Puan Kamariah juga dipeluk erat sebelum dia mencium kedua-dua pipi wanita itu.

“Ya lah. Mak doakan supaya dia cepat-cepat jumpa kamu.”

“Mak nak belikan GPS ke?” Jannah sempat mengusik.

“Hah? GP apa? Apa tu?” soal Puan Kamariah pelik.

Jannah ketawa lepas. Seronok melihat kerutan di dahi Puan Kamariah.

“Amboi, seronok dia ketawakan kita, ya? Nanti Mak carikan sungguh-sungguh baru tahu.” Giliran Puan Kamariah mengugut.

“Hish! Tak mahu. Dari Mak cari untuk Jannah, baik Mak cari untuk Puan Kamariah yang duduk kat rumah ni.”

“Dah ke situ pulak dia! Hish! Memanglah kamu ni.”

Jannah menyambung tawanya.

“Dah-dah. Pergi cepat. Nanti kalau lambat, mesti kamu bawa motor laju. Bahaya!”

“Baik lah Puan Kamariah. Saya mengikut perintah. Jannah pergi dulu ya?”

Puan Kamariah tersenyum mengangguk. Jannah yang kematian ibu itu dihantar ke rumah Anak Yatim itu oleh ibu saudaranya semasa berusia lapan tahun. Anak kecil yang sangat pendiam namun cukup ringan tangan. Jannah sangat disenangi oleh semua. Sayangnya Jannah tidak tinggal lama bersama mereka. Dengan keputusan SRP yang cemerlang, dia telah ditawarkan biasiswa penuh ke MRSM dan kemudiannya ke universiti. Ternyata rezeki Allah kepada anak yatim piatu ini sangat murah.

“Jaga diri kamu baik-baik.” Pesannya ketika Jannah sudah menghidupkan enjin motornya.

“InsyaAllah. Mak pun sama. Kalau tak sihat, makan ubat. Kalau nak ke hospital, telefon Jannah tau.”




PUAN Jannah!”

“Kenapa Rahmat? Ada masalah ke?”

“Barang belum sampai. Janji semalam tapi sampai sekarang belum dihantar. Budak-budak dah tak boleh nak buat kerja, Puan.”

“Hah? Supplier ada call tak?

“Saya dah call beberapa kali. Last dia janji pukul satu tadi tapi masih belum sampai.”

Jannah memeriksa jam ditangan. Waktu sudah menghampiri pukul dua setengah petang.

“Bagi saya nombor dia, Rahmat.”

“Ehem.. tak apa, saya baru call.” Satu suara menyapa mereka dari belakang membuat Jannah menoleh ke arah suara itu.

“Oh, Encik Qayyum dah sampai? Maaf saya lambat sedikit.”

It’s ok. Saya pun baru sampai. Tak sampai setengah jam.” Balas Qayyum dengan senyuman dibibir.

“Apa supplier tu kata, Encik Qayyum?” soal Rahmat tidak sabar. Risau mengenangkan kerja-kerja yang tertangguh.

“Katanya lori sedang dalam perjalanan ke sini. Mungkin tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, Rahmat.”

“Oooo…” Rahmat mengangguk. Tangannya naik menarik tuala putih yang tersangkut dileher.

“Kalau macam tu, kita terpaksa tunggu lagilah.” Sambungnya sambil memandang Jannah.

“Sementara menunggu tu, kamu boleh minta budak-budak kemas apa yang patut, Rahmat. Semalam saya tengok kawasan belakang tu bersepah. Kalau ada inspection, mesti kita kena denda.” Tegas Jannah.

“Baik, Puan.  Saya akan minta budak-budak bersihkan sekarang juga. Saya minta diri.” Terkocoh-kocoh Rahmat melangkah pergi.

Jannah memerhati sekeliling. Ternyata tidak banyak perubahan dari lawatannya semalam. Kerja yang dijadualkan bermula semalam masih belum dimulakan akibat kelewatan pembekal menghantar barang. Ini tentunya akan menggangu jadual ketat mereka. 

Why do they call you Puan?”  wajah lelaki itu menzahirkan rasa pelik difikirannya.

“Kenapa tak boleh?” soal Jannah.

“Awak kan belum berkahwin or I was given the wrong info?

Jannah ketawa kecil.

“Encik Qayyum, mereka tidak perlu tahu itu. Through my experience, I find that, they will have more respect for me when they address me that way. Once they know their boss is a single lady, their perception and respect level for her will change. I guess it is a man's thing, right?

Giliran lelaki itu pula untuk ketawa.

That is a funny observation.”

“Mungkin kelakar bagi awak, Encik Qayyum tapi on the ground, itulah realitinya. Saya lebih selesa begini.”  

Is that why you refuse to drop Encik from my name? Sebab awak selesa begitu?”  Sekali lagi soalan itu diajukan kepada Jannah.

“Ya saya lebih selesa begitu dan saya juga sudah menerangkan sebabnya tadi.” Balas Jannah jujur. Lelaki ini anak majikannya. Biarlah ada jarak di antara mereka.

“Saya pula yang jadi tak selesa, Jannah. You are my mentor.” Qayyum meneliti gadis ayu di hadapannya itu.

If I am making you uncomfortable, saya minta maaf Encik Qayyum.”

Here we go again with the “Encik” or should I also start calling you Puan Jannah?” Qayyum mengusik sambil menyilangkan tangannya ke dada.

Jannah terdiam sebentar. Dia merenung lelaki itu.

Renungan itu dibalas Qayyum dengan senang hati. Satu sifat Jannah yang dia sangat suka. Gadis ini walau dingin tetapi tidak gentar untuk berlawan mata dengannya.

“Saya tak kisah, Encik Qayyum. Do whatever you want.” Jannah mengangkat bahu. Sungguh dia memang tak kisah. Yang dia mahu ialah tempoh dua bulan ini segera berakhir supaya dia dapat kembali ke rutin asalnya.

Qayyum menarik senyum. Dari bahasa badan Jannah, dia tahu gadis itu sudah mula tidak selesa. Tapi hatinya masih ingin mengusik. Menguji.

“Kalau begitu, I will call you Zahraa… It suits you better.

Jannah menghelakan nafasnya. Malas hendak melayan Qayyum bila tonasinya sudah begitu. Dia tak ada masa untuk bergurau senda dengan lelaki itu.

“Macam saya kata tadi, whatever you wish.”

Semakin lebar lelaki itu menarik senyum. Memang tiada apa yang kurang pada diri Qayyum. Gadia mana pun pasti akan tertarik dengan aura lelaki itu. Cuma bukan Jannah.

“Encik Qayyum, saya rasa kita patut masuk ke bilik mesyuarat sekarang.” Jannah mula membuka langkah untuk meninggalkan Qayyum sekali lagi di belakangnya.



USAI mesyuarat di Putrajaya, Jannah terus menuju ke Damansara.  Cadangnya untuk bertemu Malek sekejap sahaja namun apabila dia sampai, kelihatan Nick, Arif serta ‘ahli baru’ turut ada bersama dan mereka sedang rancak berbual.

“Ha, dah sampai pun kau.” Arif menyapa.

“Waalaikumsalam.” Balas Jannah sambil mengambil tempat di sebelah Malek. Sekali lagi dia duduk berhadapan dengan si mamat 'ahli baru' itu.

“Kena lagi aku.” Keluh Arif tersengih sambil menggaru kepalanya.

“Apasal lambat?”

“Aku dari site.”

“Putrajaya?”

“Yup.”

“Minum?” tiba-tiba ‘ahli baru’ itu bertanya kepadanya.

Mata mereka bertentangan sebentar.

Yes, thanks.

Lelaki itu mengangkat tangan untuk memberi isyarat kepada pelayan kedai untuk datang mengambil pesanan.

“Lama lagi ke projek kat Putrajaya tu, Jannah?” Soal Nick.

“Baru nak masuk fasa 2 which means we still have about 6 to 8 months to go.

I see. Lama tu.”

“Biasa lah, projek besar but let’s not talk about work la. Buat pening kepala saja. Malek, apahal nak jumpa ni?” Jannah berpaling kepada Malek di sebelah.

“Tak ada apa. Saja. Dah dua minggu kita tak berkumpul kan?”

“La. Aku ingat ada hal apa tadi.”

“Kalau ada pun, aku nak jemput korang datang makan kenduri.”

“Bila?” soal Jannah.

“Wah… kau nak kahwin lagi ke?” soal Arif.

“Kau ni Arif. Itu saja lah yang dalam otak kau tu. Memang wajib kahwin kamu ni. Aku buat kenduri doa selamat sikit. Datang tahu. Sabtu depan.”

Ketiga-tiga yang berada di meja mengangguk.

“Jannah, jangan lupa tau. Kau wajib.”

“Insya-Allah. Itu saja ke?” soal Jannah.

“Yup. Kenapa kau nak ke mana?”

I need to ride.” Balas Jannah dan dia diam menghabiskan air minumannya.

Malek mengangguk faham. Ayat itu bukan sekali dua mereka dengar.

“Ok guys. Aku blah dulu. Jumpa minggu depan ya, insyaAllah. Assamualaikum.” Jannah bangun dan mula mengatur langkah ke motornya.


“Jannah!”  ‘ahli baru’ itu berteriak memanggil si gadis yang sudah mula hendak mengenakan helmet di kepala.

“Ada apa?” Gadis itu berpaling. Merenung tepat ke wajah lelaki itu. Marah kerana langkahnya diganggu.

Wait up!” Dua tiga langkah dan dia sudah berdepan dengan si gadis.

“Nak apa? Aku nak blah lah..” Dengus Jannah kasar.

“Tunggulah sekejap. I have something to ask you.” Suara lelaki itu tenang.  Segaris senyuman dihulurkan. Sejak dia pertama kali nampak Jannah dua minggu lepas, hatinya sudah tertarik. Ada sesuatu disebalik gadis ini begitu menarik perasaan ingin tahunya. Apa? Itu dia belum pasti.  ‘Love at the first sight?’ Mungkin. Dia tiada jawapan untuk itu. Yang dia tahu, dia ingin mengenali gadis yang nampak cukup berani untuk berada seorang diri di dalam kumpulan bikers yang kesemuanya lelaki. Dari apa yang dia tahu, Jannah memang tegas. Dia tak akan beri muka kepada sesiapa yang mahu mendekatinya. Tapi itu bukan penghalang untuk Jihad mencuba.

“Awak nak pergi mana?”

“Aku nak naik Genting.”

“Malam-malam macam ni? Nak buat apa?”

What’s it to you,?” Soal Jannah kasar. Dia tidak suka orang masuk campur halnya. Apatah lagi bila yang bertanya itu seorang lelaki yang dia tak kenal.

Jihad mengambil nafas. Memang kasar Jannah ni.

“Kau nak apa sebenarnya?” Soal Jannah lagi. Pandangannya sama tajam dengan sepasang mata yang sedang merenungnya.

“Nama saya Jihad. Jihad Mikhael.” Sekali lagi Jihad mengukir senyum. Kali ini tangannya juga dihulur untuk berjabat.

And you already know mine. Maaf kita bukan mahram.” Tangan yang dihulur tidak disambut. 

Jihad berdehem perlahan sambil menarik tangannya kembali. Dia terkejut sebenarnya. Dia tidak menyangka gadis itu menjaga batas sampai begitu sekali. Melihat itu, hatinya bertambah senang.

So, ada apa ni, Jihad?” Jannah sudah menyilang tangan ke dada.

Are you always this harsh?” Dalam suara lelaki itu tapi tetap tenang dan lembut.

“Ya Allah. Can you please please get to the point?” Dengus Jannah lagi. Sungguh dia tak selesa berada di hadapan lelaki itu.

“Boleh kita berkawan? I would like to get to know you.

“Bukan ke kita dah berkawan sekarang?”

“Saya rasa belum. This is not the way friends talk.”

Jannah terdiam. Menyedari kesalahannya. Kekasarannya.

“Maaf.”

Accepted.

Can I go now?”

“Awak belum jawab soalan saya. So, can we be friends?

“Jihad, kita dah dalam satu kumpulan, naturally we will be friends.” Jawab Jannah tegas. Dia tak faham langsung akan logik mengapa Jihad mengutarakan soalan itu.

Jihad tersenyum lagi sambil menggeleng.

No, I want to get to know the lady behind the façade.

What?!” Suara Jannah mula tinggi kembali. Sungguh dia tak percaya apa yang baru dituturkan oleh lelaki ini.

I know behind all these façade, there is a loving and sweet soul dan dengan izin Allah, saya ingin menjadi Imam kepadanya.”

Buat pertama kali dalam hidupnya, Jannah terkedu.

7 comments:

  1. yess!! straight to the point...

    ReplyDelete
  2. That's my man..... no funny business and straight to the point...
    cant wait the development of J & J

    ReplyDelete
  3. gentlementnyer.....lg kak su....tak saba ni...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete