"Awak tak
kerja?" Jannah menyoal Jihad yang baru sahaja sampai. Melihat kepada
pakaian Jihad yang sudah berganti, dia yakin lelaki itu telah pulang ke rumah
sebentar tadi. Lelaki itu mengenakan t-shirt polo berwarna biru gelap yang dipadankan
dengan seluar jeans berwarna hitam.
"Tak.
Saya ambil cuti." Beg kertas yang dibawa diletakkan ke atas meja kecil di hujung
katil.
"Sebab
saya?"
"Ya,
sebab awak." Balas Jihad jujur. Hatinya berkeras tidak mahu meninggalkan
Jannah keseorangan.
Jannah
mengeluh perlahan. Dia tidak suka menjadi beban kepada sesiapa. Kecederaannya
tidaklah teruk mana. Dia masih boleh bergerak dan menguruskan dirinya sendiri. Lagipun
tidak banyak yang dapat Jihad lakukan untuknya kerana mereka bukan mahram. Jihad
sekadar menjadi teman untuk berbual dan lelaki itu sentiasa ada saja modal
untuk bercerita.
"Jannah,
awak tidak menyusahkan saya. Saya tidak ada sebarang kes mahkamah hari ini. Jadi,
awak tak payahlah risau, okey? Ni, saya ada bawakan sup ikan haruan. Awak nak
makan dengan roti atau nasi?" Satu demi satu bekas Tupperware dibawa
keluar dari beg kertas tadi.
Belum
sempat Jannah menjawab, Jihad kembali menyoal.
"Awak
nak saya suapkan atau boleh makan sendiri?"
Soalan
yang begitu bersahaja itu membuatkan Jannah ketawa. Dia tahu lelaki itu sekadar
mengusiknya.
"Saya
bukan lumpuh lah. I can still move my
hands, see?" Jannah mengangkat dan menggerakkan kedua tangannya.
"Itu
saya tahu tapi selalunya perempuan jadi manja bila mereka sakit."
"Speaking from experience? One of your ex-girl friend, perhaps?" Jannah mengangkat kening.
"Nope. You are my first,
remember?”Jihad mengerling ke arah Jannah.
“Let’s not jump the gun, Jihad.”
Jihad
ketawa.
“Sorry. Slip of the tongue but I am merely
stating the truth.”
“Jihad.”
Jannah mengeraskan suaranya. Dia tidak mahu menukar arah perbualan mereka ke
arah itu.
“Ok. Ok. I was actually referring to my own baby
sister. Dia, kalau sakit, satu rumah akan jadi jururawat dia. Selagi dia
tak seratus peratus pulih, we will be at
her beck and call."
"Well, she is lucky tapi maaf saya tak
manja." Membesar seorang diri, dia tidak punya sesiapa untuk bermanja kecuali
apabila dia bersama Puan Kamariah yang sudah dianggap seperti ibu.
"Tak
apa. Nanti boleh belajar skil itu. Lagi-lagi, lepas awak kahwin dengan
saya."
Sekali
lagi Jannah mengeluh. Dia membetulkan duduknya sambil menarik selimut naik ke
pinggang.
"Jihad,
please don't start."
“Oh, did I say it out loud? Maaf,
patutnya dialog itu bersambung dalam hati.” Jihad tersenyum senang. Entah
mengapa mulutnya sangat laju untuk mengeluarkan kata-kata sebegitu sungguhpun
dia tahu ianya boleh mengundang kemarahan Jannah. Berada dekat dengan Jannah,
menimbulkan satu rasa yang amat menyenangkan hatinya.
“Jihad,
tolong bagi saya masa.” Pinta Jannah ikhlas.
Pandangan
mereka bertaut untuk sesaat dua.
Jihad
mengangguk faham.
“Dan
awak tak payah temankan saya. Saya okey. Mungkin esok, saya dah boleh balik.”
“Menghalau
saya ke?” soal Jihad sambil menghulurkan dua buah novel kepada Jannah sebelum
duduk dikerusi ditepi katil itu.
“Saya
tak tahu awak suka baca genre apa, jadi saya bawa dua.” Sambungnya lagi.
“Awak
beli?” Jannah membelek dua novel yang masih berbalut.
“Tak,
saya shoplift tadi.” Jihad mengusik.
Jannah
mengetap bibir. Salah dia bertanya soalan bonus sebegitu.
“Tolong
jangan susahkan diri awak untuk saya. Nanti saya rasa terhutang budi.”
“Saya
ikhlas menolong, Jannah. Saya tak minta apa-apa balasan.”
“Saya
yang rasa terbeban.”
“Don’t be. Saya minta maaf kalau buat
awak rasa begitu. Kita cuma kawan, okey?” Kata-kata Jannah itu menerbitkan rasa
bersalah dihati Jihad. Sungguh dia tidak ada niat untuk membebankan gadis itu.
Ya, memang dia mahu menjadikan Jannah sebagai isterinya namun itu bukan sebab
utama dia berada di situ. Niatnya memang ikhlas kerana dia tahu Jannah tidak
punya keluarga.
“So, nak makan sekarang atau nanti?” soal
Jihad lagi sambil matanya memandang ke arah tiga bekas Tupperware yang sudah
tersusun.
“Nanti.
Saya kenyang lagi.”
“Okey.
Nanti bila nak makan, saya tolong panaskan.”
“They served good breakfast here.”
“Seriously?”
“Yup.
Healthly menu but delicious.”
“Kalau
macam tu, esok pagi bagi saya rasa sikit eh?”
“Sorry, I don’t share my food.”
“Huish,
tak baik kedekut.”
Perbualan mereka terhenti apabila pintu bilik Jannah diketuk.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam
warrahmatullah.” Jawab mereka berdua hampir serentak.
“Masuk
lah Safi.” Pelawa Jannah dan kelibat Safi yang tersenyum lebar muncul dari
belakang pintu.
“Aku
menganggu ke ni?” soal Safi kepada Jannah.
“Tak
ada lah. We were just talking. Jihad,
awak ingat Safi, kan?”
Jihad
mengangguk laju.
“Ingat.
Apa khabar, Safi?” soalnya sambil menunduk hormat.
“Baik,
Alhamdulillah. Awak dah lama sampai ke?”
“Dah
lama lah juga.” Jawab Jihad sambil tersenyum penuh makna.
“Eh,
kau cuti ke?” Jannah menyoal Safi.
“Ha-ah.
Maaf sebab semalam aku tak dapat temankan kau.”
“It’s ok. Aku tahu kau jumpa dengan keluarga
Razlan kan?”
“Ya.
Aku balik pun dah lambat semalam. Itu yang tak sempat nak singgah pun.”
“Tak
apa. Aku ni bukan cedera parah pun sampai nak kena ada teman. Lagipun kat sini
kan ada jururawat? Kalau ada apa-apa, aku cuma perlu tekan butang ni.” Jari
Jannah menunjuk kepada panel yang berada dikepala katilnya.
“Ya
lah, itu aku tahu tapi kalau aku masuk hospital, aku mesti nak ada orang
temankan aku.”
“Kau
dan aku, lain.” Jannah membulatkan matanya.
“Err…
sorry to interrupt, tapi memandangkan
Safi ada ni, saya nak minta diri dulu. Kejap lagi nak solat Jumaat. Saya datang
petang nanti, ya?” Jihad mencelah.
“Okey
tapi Jihad, you don’t have to come by
later. Safi boleh teman saya hari ni. Kan?” ucap Jannah sambil menoleh dan kembali
menyoal Safi.
“Err..
aku sampai petang saja kot. Malam ini aku ada dinner dengan keluarga Razlan lagi.”
“Oh..
okey.” Jannah menjawab perlahan. Dia tahu jawapan Safi itu membuka ruang untuk
Jihad menemaninya pada malam itu.
“No worries. Petang nanti, kita tukar shift ya, Safi? Awak tolong temankan Jannah sekejap. Nanti saya belanja minum.”
“Ha-ah.
Boleh, boleh.” Safi menggaru kepala yang tidak gatal. Nada dan kata-kata Jihad
itu seperti ada cerita disebaliknya.
“In the meantime, saya balik dulu. Ermm.. Sup tu, pastikan awak panaskan dahulu
sebelum makan. Kalau tak larat nak suap sendiri, boleh minta Safi tolong
suapkan ya? Assalamualaikum.” Sempat lagi Jihad mengusik sebelum dia melangkah
keluar dari bilik itu.
“Waalaikumsalam
warrahmatullah.” Sambut Jannah dan Safi bersama dan mata mereka mengikut jejak
lelaki itu.
“Wahhhhh!!” jerit Safi sejurus selepas pintu bilik Jannah
kembali tertutup rapat.
“Huish,
minachi! Ini hospital lah.”
Safi
ketawa.
“Apa
Jihad tu buat kat sini? Macam mana dia tahu kau masuk hospital? Korang dah declare ke? Kenapa aku tak tahu??”
“Kau
ni kan, kalau bertanya laju mengalahkan bullet
train kat Jepun!”
“Cepatlah
cerita!” Safi merapatkan kerusi duduknya dengan katil Jannah.
“Sebelum
aku cerita, kau cerita dulu. Macam mana meeting
dengan keluarga Razlan semalam?”
“Ala..
okey saja. Kan dah rancang dari awal? Majlis semua buat kat rumah dia. Aku ikut
saja apa yang mummy dia dah rancang.”
“So, nikah malam lepas tu reception tengahari esoknya?”
“Ha-ah.
Tapi sebelum majlis nikah, mummy kata dia nak buat kenduri sikit. Saja nak
meraikan adik-beradik dan saudara mara yang ada.”
“Hmm..
penatlah kau nanti. It is going to be a
long day for you.”
“For you too. Kau dah janji nak temankan
aku kan? Cuti kau pun Tuan Amir dah luluskan tahu?”
“Ya.
Aku tahu. Err.. family kau datang?”
“Insya-Allah,
mak dan bapa aku akan datang. Cuma aku rasa adik beradik aku yang tak akan
datang. Mereka tu kan masih marah dengan aku.” Tiba-tiba suara Safi menjadi
sayu apabila teringat kepada kakak dan abang-abangnya.
“Baguslah
kalau parents kau datang. Restu
mereka penting. Walaupun berlainan agama, they
are still your parents dunia akhirat. Pasal adik beradik kau tu, aku rasa,
bila kau ada baby nanti, sure rasa marah mereka akan hilang.
Mesti mereka nak jumpa dengan anak saudara yang pastinya comel. Anak kacukanlah
katakan.” Jannah cuba menenangkan Safi yang selalu sedih apabila soal
keluarganya timbul.
“Kita
sama-sama doa, ya?”
“Of course! Always! So, hantaran?” Jannah
menukar topik.
“Ermmm..
Hantaran kita buat lah. Kau kan dah janji nak tolong aku?”
“9
dulang?”
“Yup!”
“Hmm…ok
nanti lepas aku keluar hospital, kita pergi cari barang-barang. Aku rasa doktor
akan kasi aku cuti sekurang-kurangnya seminggu ni. Kau apply cuti ya?”
“Okey.
Nanti aku minta kat boss. Dia mesti akan approve
punya. Eh, enough about me, kau ni, siapa yang langgar sebenarnya?”
“Ada
lah orangnya. Takkan hantu pulak. Lagipun kalau aku beritahu nama dia pun,
bukan kau kenal.”
“Hish
kau ni. Yalah aku tahu tapi nasib baik tak terukkan? Ini kalau Mak Kamariah
tahu, mesti dia bising habis sebab kau bawa motor pada hari kerja.”
“Jangan
kau gatal nak beritahu pada mak ataupun Sarah ya? Aku cedera sikit saja ni,
nanti dia orang risau. Cukuplah mamat tu risau seorang.”
Safi
ketawa.
“Siapa?
Jihad?”
Angguk.
“I think he is serious about you.”
“I know he is but I am not ready, Safi and him being here buat aku rasa
tertekan.”
“Maksud
kau?”
“Dia
temankan aku semalam. He came straight
from work. Pagi tadi baru dia balik.”
“Oh…Dan
dia akan temankan kau lagi malam ni? Ohhh.. my
Jihad! So sweet!!”
“Hish
kau ni! Meroyan ke apa? Kau dengar tak apa aku kata tadi?” Tangannya pantas
menampar peha Safi yang sudah teruja semacam.
“Aduh!
Sakit-sakit pun boleh tampar aku? Kau ni betullah. Cubalah jadi lady like sikit.”
Jannah
mendecit.
“Seriously, I don’t know how to tell him. Dia macam selamba saja. Katanya, kami
cuma kawan tapi who is he kidding? Aku
tahu dia nak lebih dari itu.”
“Tak
baik kau fikir macam tu. Walaupun itu end
in mind dia, tapi aku rasa dia ikhlas menolong kau. Husnuzon, Jannah. Cuba
lembutkan hati kau tu sikit. But all
jokes aside, aku respect habis
kat dia. Tak ramai lelaki yang yakin dan gigih berusaha macam dia. Eh, tadi dia
ada sebut pasal sup, dia bawa ke?”
“Yup.
Tu..” Bibir Jannah mengarah pada meja di hujung katilnya.
Safi
bangun untuk memeriksa 3 Tupperware yang tersusun di situ.
“Wow.
Don’t tell me he cooked this?” Bau
yang tersisip keluar dari penutup bekas yang baru dibuka sangat menyelerakan.
“Entah,
aku tak tanya. I assumed he bought it.”
“Dia
nak beli kat mana? Awal lagi kan? Baru pukul 11. Wah, siap ada nasi putih dan roti baquette lagi. Bagus betul Jihad ni.
Untunglah kau, Jannah.”
“Ya
lah, untunglah aku. Tu tengok sampai macam nak juling mata, kau nak rasa ke?”
“Hish,
dia masak untuk kau. Kau lah rasmikan dulu, kemudian baru aku follow.” Balas Safi sambil tersengih
lebar.
“Nantilah,
aku belum lapar. Aku dah mengantuk ni.”
“Must be the medication.” Safi kembali
semula ke kerusinya.
“Ni
novel apa pulak? Sejak bila kau baca novel?” soal Safi selepas mencapai satu
novel dari meja ditepi katil Jannah.
“Jihad
bawa tadi.”
“Hmm..
ok now I am speechless. He is so darn thoughtful. He cooked for you and he brought you books
to read. Haih… Ya Allah, semoga bakal suamiku juga semanis lelaki ini.”
“Kata
speechless.. panjangnya speechless kau tu ya?” Perli Jannah.
Safi
ketawa lepas.
“Dah
la, kau kata mengantukkan? Pergilah tidur. Novel ni aku buka dan baca dulu ya? Nampak macam best.” Matanya tertancap membaca sinopsis yang dibelakang novel
itu.
“Hmm..
silakan. Lepas baca nanti, jangan lupa summarise
kan untuk aku. Senang kalau Encik Peguam tu tanya nanti.”
“Banyaklah
kau ni. Eh Eh.. cop cop sebelum kau tidur, siapa bagi bunga yang besar ni dan
siapa pula bagi ros merah tu?”
“Yang
besar tu, dari orang yang langgar aku dan yang satu lagi, Jihad.”
“Wa...”
“And before you say anything, aku nak
tidur. Poh!” Jannah terus memintas Safi. Selimut ditarik dan tubuhnya
dipusingkan untuk membelakangi Safi.
Safi
mencebik.
“Yalah.
Yalah. Nanti sambung cerita. Dah tidur, tidur..” Safi bangun dan berpindah
untuk duduk di sofa tetamu yang tentunya lebih selesa.
"TERIMA kasih kerana temankan Jannah
semalam."
“So, she told you?”
Safi
mengganguk sambil mengacau air minumannya. Dia dan Jihad turun ke kafe apabila
Jannah sekali lagi tidur selepas solat Asar tadi.
"Sama-sama.
Jika diizinkan Allah, saya ingin menjadi penemannya hingga ke akhirat.”
Sekali
lagi Safi kagum dengan sikap terbuka Jihad.
"Insya-Allah,
kalau sudah Allah tuliskan begitu, dia pasti jadi milik awak, Jihad."
Giliran
Jihad untuk mengangguk.
"Jannah
tu, nampak keras tapi hati dia lembut. Dia setia orangnya. Kalau awak dapat
melepasi tembok perisainya, saya yakin awak akan bahagia bersamanya."
"Saya
tahu dan saya sedang mencuba, Safi."
"Awak
kena banyak bersabar. Dia tu sudah biasa hidup seorang diri. Degil dia bukan
sikit." Safi ketawa.
"Yang
itu saya sedia maklum." Jihad mengukir senyum. Teringat kepada semua
perbualannya dengan Jannah disepanjang perkenalan mereka.
"Kalau
awak nak tahu, selama saya kenal Jannah, ini kali pertama saya nampak dia
memberi peluang dan ruang kepada seorang lelaki untuk mendekatinya. Dan sebagai
sahabat baiknya, saya harap awak tidak mempersia-siakan dia.”
"Demi
Allah, saya ikhlas, Safi."
"You better be. If not, I will hunt you down!"
Jihad
ketawa senang.
“Dah
lima tahun kami berkawan. Mula-mula kenal dulu, dia lagi garang.” Safi mula
bercerita.
“Kenal
dimana?”
“Kelab.”
“Kelab?”
“Zouk Club to be exact tapi sekarang kami
dah tak pergi dah. Betul!” Safi ketawa sambil jarinya memegang kain tudung di
kepalanya.
Jihad
menyandarkan badannya ke kerusi.
“It will be weird to see two hijabi sisters
walking into Zouk, right? Silap-silap jadi frontpage news kat Harian
Metro.” Keningnya diangkat sebelah.
Safi
menyambung tawa. Betul kata Jannah, Jihad ni kelakar orangnya.
“Masa
pertama kali jumpa Jannah, saya mabuk teruk dan sedang bergaduh dengan beberapa
pengunjung di situ. Nasib baik Jannah datang menolong dan tarik saya keluar
dari situ. Terus dia bawa saya ke hotel yang bertentangan dengan Zouk sebab
saya dah passed out. I was a total mess. Patutlah Islam
melarang kita meneguk arak. Manusia dah tak jadi manusia bila dipengaruhi oleh
arak.”
“Bila
awak memeluk Islam?”
“Dua
tahun lepas.”
“Jannah
introduced you to Islam?”
“Hrmm...
if you mean, dia berdakwah dengan
saya, jawapannya tidak. Sebaliknya, kami sama-sama mencari Islam.”
Jihad
mengangguk faham. Lahir sebagai seorang Islam tidak bermakna kita tahu
segalanya tentang agama suci Allah ini. Kerana itu ayat pertama yang Allah turunkan
kepada umatNya ialah ‘Iqra’. Menuntut ilmu itu satu tuntutan dalam Islam.
“Jannah
tu, there is so much anger in her and
till today I don’t know her issues. Tapi selepas kami sama-sama belajar dan
mendalami Islam, she is a calmer
person. Cuma sikap dia dengan
lelaki, tidak berubah. She has trust
issues.”
“Yes, she told me.”
“Good at least she is open with you about it.
Saya sayangkan dia dan dia kawan dunia akhirat saya. Doa saya semoga Allah
berikan jodoh yang terbaik untuk dia. I
don’t want her to be alone.”
“Are you getting married?”
Safi
mengangguk laju.
“InsyaAllah,
dua bulan dari sekarang. Nanti jemput datang ya? Tapi majlis itu akan berlansung
di Pulau Pinang, di rumah mertua saya.”
“InsyaAllah
dan tahniah. Saya doakan semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Kalau
perlukan apa-apa pertolongan, beritahu saya ya?”
“Ameen.
Terima kasih. You know what, Jihad?”
Jihad
mengangkat kening sambil dia mengacau air minumannya dengan straw.
“You are a good guy.”
“Alhamdulillah,
thank you. And you know what, Safi?”
“What?”
“Tolong
beritahu pada pesakit di bilik nombor 3 kat atas tu.”
Safi
ketawa mengekek.
“Saya
rasa dia tahu. She just need time.”
Jihad
kembali menyandar dikerusi. Tangannya naik untuk menyisir rambutnya.
"And here I am wishing
I can fast-forward time to when she has said yes; because I want to start every
tomorrow with her by my side."