Thursday, May 8, 2014

Bab 10 - Jodohku & Janji-Nya



+ Dinner malam ni?
-   Tak habis nak soal balas saya lagi ke?
+ Nope. Rasanya kalau diberi peluang, seumur hidup pun tak akan habis.
-  Hrmmm…
+ Is that a yes or no?

“Mesej dengan siapa tu?” soal Safi yang tiba-tiba muncul di kubikelnya.

“Iskh.. sibuk la kau ni.” Telefon ditangan diletak semula ke atas meja.

“Jihad eh?” Kening Safi terangkat dua kali.

“Shush.. jangan menyibuk. Sila balik ke meja dan sambung kerja atau kau memang tak ada kerja ni?”

“Ala.. kedekut! Malam tadi pun Jihad yang mesej kan?”

Jannah membulatkan mata.

Safi kelip dua kali.

“Minit mesyuarat dah siap ke? Mesyuarat dengan Tuan Amir pukul 3 kan?”

“Alah.. ada banyak masa lagi. Tinggal sikit aje lagi yang aku nak kena taip pun. So, Jihad nak apa?” Safi mencebirkan bibirnya. Sekarang baru pukul 11.30 pagi.

“Hish kau ni. Jangan sibuk boleh tak?”

Safi ketawa.

“Ala.. share lah sikit. Aku tengah mengantuk dan ini semua salah kau sebab balik lambat semalam!”

“Dah aku pulak? Ada aku suruh kau tunggu ke? Tak ada kan? Jadi, kenapa kau nak salahkan aku pulak?” soal Jannah tak puas hati.

“Mestilah aku tunggu. Aku risau tahu tak?  Seingat aku, kau mana pernah balik lewat macam tu!” 

Jannah tayang senyum.

“Dah senyum pulak. Kau dah angau ke apa?”

“Hish kau ni Safi! Agak-agaklah kalau nak cakap pun! Aku nak angau pasal apa? Dahlah dari aku layan kau, baik aku buat kerja aku!” Tumpuan Jannah kembali ke skrin Macbook Airnya.

“Kau nak air tak? Aku buatkan?” pelawa Safi cuba memujuk. Sedar yang dia dah terlepas cakap tadi.

“Tak nak!”

“Ala… aku buatkan eh?” Dia masih tak berganjak dari depan meja Jannah walaupun mata Jannah terus terlekat pada skrin.

“Kopi eh? Eh? Eh?” Pujuknya lagi.

“Hish kau ni Safi.. Kadang-kadang kan!” Jannah menoleh sambil mencerlungkan matanya. Dengan sahabatnya yang seorang ni, memang dia tak boleh nak marah lama-lama. Ada saja akalnya nak memujuk.

Safi ketawa sambil melangkah ke pantri pejabat.




 CIK JANNAH!” kedengaran satu suara memanggil namanya saat dia melangkah keluar dari bangunan pejabat. Dia menoleh sekilas. Berkerut dahinya apabila melihat tuan punya suara itu berjalan ke arahnya. 

“Assalamualaikum. Ada apa, Encik Adli?” soalnya apabila lelaki itu sudah berdiri dihadapannya. Wajah lelaki itu nampak tegang.

“Berapa yang awak dapat?” Soal lelaki itu keras.

“Apa maksud Encik Adli?” Jannah memandang pelik. Kenapa tiba-tiba soalan sebegitu yang ditanya. 

“Jangan main-main dengan saya, Cik Jannah. Saya dah banyak berhabis duit.”  Bertambah keras bunyi suara lelaki itu.

“Maaf Encik Adli. Saya lansung tak faham dan saya juga tak ada masa untuk bermain teka-teki. Kalau Encik Adli tak mahu berterus terang, saya minta diri.” Bidas Jannah.  Saat dia mula hendak melangkah, lengannya ditarik kuat sehingga dia hampir hilang imbangan badan.

I am not done with you.  Lelaki itu berbisik dekat ditelinganya.

“Apa ni Encik Adli?” Jannah sudah hilang sabar dan juga hormat. Dia cuba menarik lengannya yang sedang dipegang kuat.

“Saya tanya, berapa mereka bayar awak? Saya boleh bayar awak lebih!” Bisiknya lagi.

“Bayar apanya? Saya tak faham!” bentak Jannah. Dia sedaya upaya mengawal suaranya supaya mereka tidak menjadi tumpuan orang yang sedang lalu lalang di situ.

“Kenapa sebutharga kami tidak dipilih? Sebab kami tak beri awak imbuhan?”

Mendengar soalan-soalan itu, Jannah mula faham.

“Encik Adli, saya minta Encik Adli lepaskan lengan saya sebelum saya menjerit.” Ugut Jannah perlahan.

“Saya tak akan lepaskan sehingga awak jawab soalan saya.” Lengannya dicengkam dengan lebih kuat.

Jannah menarik nafas. Dia tahu Encik Adli tidak puas hati kerana syarikatnya gagal mendapatkan projek yang dibida.

“Encik Adli, sekali lagi saya minta....”

Bunyi deruman enjin motor yang berhenti betul-betul dihadapan mereka, mematikan kata Jannah. Untuk seketika pandangan mereka tertancap kepada penunggang yang berpakaian serba hitam itu.

“Kenapa ni?” soal Jihad selepas membuka helmet full-facenya.

Walaupun Jannah agak terkejut dengan kehadiran Jihad yang tiba-tiba muncul, namun hatinya tetap mengucap syukur. Sebolehnya, dia tidak mahu menjatuhkan air muka Encik Adli.

None of you business.” Ucap Encik Adli kasar.

Jihad yang sudah menongkat motor kini berdiri di hadapan mereka. Pandangannya bertaut sesaat dengan Jannah sebelum kembali memandang Encik Adli.

She is my business. Jadi saya minta encik tolong lepaskan pegangan encik tu?” Jihad cuba menahan sabar.

Encik Adli mendengus kasar. Pegangannya dilepaskan. Sakit hatinya kerana urusannya diganggu.

“Ingat Cik Jannah, perhitungan kita belum selesai. Insya-Allah, kita akan berjumpa lagi.” Kata-kata berunsur amaran dihamburkan sebelum dia melangkah pergi.

“Siapa tu?” soal Jihad apabila kelibat Encik Adli hilang dicelah-celah manusia yang sedang berpusu-pusu ingin pulang setelah tamat waktu pejabat.

“Kenapa awak ada kat sini?” Soalan Jihad dijawab juga dengan satu soalan.

“Kali ini, memang sengaja.” Jihad mengakur jujur. Dia mengukir senyum.

“Maksud?”

“Kan saya ajak awak dinner pagi tadi?”

Did I say yes?” Rasanya dia tidak menjawab soalan Jihad yang satu itu. Bukan sengaja tetapi dia lansung terlupa selepas melayan kerenah Safi dan selepas itu, dia sibuk pula menyudahkan segala laporan untuk pembentangan mesyuarat tadi.

Well, you didn’t say no, either.So here I am.

“Macam mana awak tahu pejabat saya di sini?”

“Kan semalam awak beritahu saya nama syarikat tempat awak bekerja?” Pada zaman serba canggih ini, tidak susah mencari segala macam informasi.

“Awal sangat kot nak pergi makan?” Jam ditangan dikerling. Baru pukul 6 petang.

Jihad tersenyum senang. Soalan itu secara tak lansung tanda Jannah setuju untuk makan malam bersama.

Then let’s go somewhere and just talk.

Again? Didn’t we do that, yesterday?

Jihad ketawa lepas. Terasa hilang penatnya hari ini.



SUDAHNYA mereka ke Taman Tasik Titiwangsa. Jannah memandu kereta dan Jihad mengekori dari belakang.

“Siapa lelaki tadi?” soal Jihad sebaik sahaja mereka duduk di salah satu kerusi yang disediakan di sekeliling tasik itu. Duduk mereka menghadap tasik dan helmet Jihad menjadi sempadan duduk antara mereka.

One of our suppliers.

“Kenapa dengan dia?”

“Tak puas hati sebab tawaran syarikat dia tak dipilih.”

“Apa kena mengena dengan awak? Are you in the selection committee?

I am.

“Oh.” Pasti tinggi juga jawatan yang dipegang oleh Jannah jika dia memegang amanah sebegitu besar. Mendengar itu dan mengingatkan kepada kata-kata akhir lelaki tadi, menambah rasa bimbang di hati Jihad akan keselamatan Jannah. 

“Sakit tak lengan tu?” Pandangan Jihad tertumpu ke lengan Jannah untuk seketika sebelum mencari sepasang mata Jannah.

Jannah memegang lengannya yang terasa sedikit sengal.

“What is it with men and our arms, anyway?”

“Sakit?”

“Tak sakit. Saya ok tapi saya memang pelik kenapa lelaki perlu menggunakan kekerasan apabila keadaan tidak memerlukan pun sebenarnya. Macam tadi, Encik Adli tu, boleh saja menyoal saya secara professional. Kenapa perlu dia berkasar? Bukan dia tak pernah berurusan dengan kami; cuma kali ini, sudah bukan rezeki dia. Takkanlah dia expect kami nak serahkan semua projek kami kepada syarikat dia? Kalau macam tu, tak payah kami buat open tender.” Panjang lebar Jannah berdialog. Entah kenapa senang benar untuk dia bercerita dengan Jihad.

 “Bukan semua lelaki akan bertindak kasar begitu. Mungkin dia sedang marah tadi dan percayalah manusia, tak kira lelaki atau perempuan, bila amarah menguasai diri, dia akan lupa kepada kesan tindakan yang diambil.”

Jannah mengganguk setuju sambil memerhatikan gelagat orang ramai yang berada di sekeliling.  Pada waktu begini, memang ramai keluarga datang beriadah di situ.

“Saya risaukan keselamatan awak.” Satu lagi pengakuan jujur diutarakan. Bila Jannah memberitahu statusnya semalam, makin kuat rasa hati Jihad ingin menjadikan Jannah halal buatnya. Dia mahu menjadi pelindung gadis ini.

Don’t be.”

Too late now. 

Lama juga mereka duduk diam selepas itu. Masing-masing cuba mencerna apa yang baru diucapkan.

“Saya tak perlukan ini.” Mulutnya berbicara tapi matanya tetap memandang ke arah tasik.

Tak perlu atau tak mahu?"

"Tak perlu." Jawabnya. Yakin.

"Why?"

"I just don't. Boleh tak kalau awak tak memaksa?"

"Saya memaksa ke?"

"Ya!"

Jihad ketawa kecil.

"Sometimes we have to force the truth out otherwise one could be living in denial for life."

Jannah mengeluh perlahan.

"I don't need this. Seriously." Balas Jannah seakan berbisik.

Satu yang Jihad perasan, Jannah sudah tidak lagi meninggikan suara apabila berbicara dengannya. Satu perubahan yang amat menyenangkan hatinya.

"Pada saya jawapan awak itu tidak berbunyi riak tetapi lebih kepada berbunyi takut. Are you afraid of being hurt?"

Jannah mengambil satu nafas sebelum menjawab.

"Jihad, saya dah biasa hidup sendiri. Bebas ke sana ke mari. I get to do whatever I want and go wherever my heart desires. Why do I want to change that?"

“Siapa pula yang kata bila kita berdua awak tak boleh buat semua itu?”

“Boleh ke?”

“Selagi awak tahu menjaga maruah saya sebagai suami dan memegang amanah awak sebagai isteri, saya tak nampak sebarang masalah. Being married should not change who you are; but if one argues that it does, it usually makes you a better person. Sebab bila kita menyayangi dan mencintai seseorang, kita pasti mahu menjadi yang terbaik buatnya.

Jannah diam. Dia sama sekali tidak menjangka perbualan mereka menjurus ke perkara serius sebegini. Jujurnya dia sendiri masih tak pasti kenapa dia berada di situ bersama Jihad. Jihad nampak sudah pasti benar akan apa yang dia inginkan sedangkan Jannah masih kabur.  

"Are you afraid of being hurt?" sekali lagi soalan itu dikemukakan oleh Jihad. Dia mahukan jawapan jujur dari Jannah.

Jannah tetap diam.

"Jannah, awak pernah jatuh cinta?"

Dia menunggu seketika untuk Jannah menjawab dan apabila gadis itu tidak menjawab, Jihad menyambung.

"Saya juga. Ini kali pertama buat saya. Ada sebabnya Dia ketemukan kita. Saya yakin awak juga merasakannya."

"How can you be so sure?" Kali ini Jannah memalingkan muka dan memandang tepat ke mata Jihad. Renungan yang menuntut satu kepastian.

"Kerana rasa itu hadir setiap kali saya teringat kepada awak. Damai yang saya rasa apabila kita bersama. Rasa yang membuatkan saya mahu awak menjadi teman pertama dan terakhir untuk saya berbual setiap hari. I want you to be my first hello and last good bye everyday." Balas Jihad sambil mengukir senyuman yang cukup manis. Pandangan mereka bertaut seketika lagi sebelum Jannah mengeluh dan kembali menunduk.

"Awak takut?” Jihad cuba meneka apa yang bermain dalam fikiran Jannah.

Sekali lagi Jannah tidak menjawab.

“Saya juga takut Jannah. Takut kalau saya tak terdaya memikul amanah yang Dia mahu pertanggungjawabkan kepada saya. Peranan seorang lelaki dalam Islam sangat berat apalagi terhadap keluarganya sendiri. Tapi izinkan saya untuk mencuba. Buka sedikit hati awak untuk saya. Give us a chance."

"But what if ..."

"Then we move on. Setiap kejadian, pertemuan dan peraturan Allah ada pengajaran dan hikmah disebaliknya. Jangan mengaku kalah sebelum bermula Jannah. Itu bukan sifat awak yang saya kenal."

"Jihad.."

"I know.. Me too but I am willing to meet you half way and lets see what Allah has in store for us. Together."

Jannah menghela nafas panjang.  

I’m broken, Jihad.” Matanya masih merenung ke tasik di hadapan mereka.

“Apa maksud awak?”

“Awak selalu bertanya kenapa saya begini. Why I have these façade on? Masa silam membuat saya begini. Ia mengajar saya untuk berdikari dan untuk tidak menaruh harap kepada sesiapa.”

“Masa silam itu perlu ditinggalkan, Jannah. We cannot live in the past. Kita ambil pengajaran darinya dan kita move on. Living in the past makes you dead inside.”

Jannah jeda. Memang jiwanya untuk ‘itu’ sudah lama mati. Sudah lama dia mengajar hatinya untuk tidak mengharap.

“That’s easier said than done.”

Jihad berpaling untuk merenung gadis di sebelahnya. Ternyata gadis yang tampak keras ini sangat terluka. Dari sinar mata Jannah yang redup itu, dia tahu luka gadis itu sangat dalam.

“Tapi kalau awak tidak mahu cuba untuk keluar dari situ, you will be stuck there forever.

Jannah mengambil satu nafas panjang. Entah kenapa hatinya berasa sangat tenang mendengar lelaki ini berbicara.  Sepanjang tempoh dia mengenali Jihad, tutur kata Jihad yang sentiasa tenang dan bersopan serta sikap Jihad yang sangat ‘protective’ terhadapnya memang sedikit mengusik perasaan Jannah.  Setiap kali bila bersama Jihad, perisai yang dipasang tinggi seakan turun dengan sendirinya. Perkara-perkara yang tidak pernah dikongsi dengan sesiapa, meluncur laju dari mulutnya tanpa dapat dia kawal.

I’m scarred.”

Everyone is, Jannah. Tak ada sesiapa yang hidupnya smooth sailing.  Setiap hamba Allah yang beriman akan diuji. Firman Allah dalam surah Al-Ankabut Ayat 2, “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” Kita semua diuji, Jannah.  Dan ujian Allah akan lebih hebat kepada hamba-hamba yang Dia sayang.”

Sekali lagi Jannah mengambil nafas yang panjang. Matanya leka memerhati sepasang suami isteri yang sedang sibuk melayan kerenah anak perempuan mereka. Jelas terbayang kebahagiaan di mata mereka. Adakalanya Jannah juga mahukan itu tapi ketakutannya mengatasi segala. Adakah lelaki yang sanggup menerimanya? Kata-kata Jihad tadi cuba dicerna olehnya. Sayangkah Allah kepadanya? Ujian Allah untuknya bermula di awal usia. Ujian yang membuat dia merasa amat marah dan sering tertanya kenapa dia yang dipilih untuk mengharunginya. Ujian yang teramat sakit buatnya. Yang meninggalkan kesan pada emosinya.

“Jannah…” Lembut suara lelaki itu memanggilnya.

Jannah menoleh memandang Jihad yang sedang merenungnya.

Can I be that person who takes you away from your past?”

Soalan itu hanya dibiar sepi kerana Jannah masih tiada jawapan untuk soalan itu.

I don’t know if I can... Pandangan kembali ke arah tasik.

“Apa yang awak tak tahu Jannah?”

I don’t know if I am capable of love...

“Jannah, salah satu asma Allah ialah Al Wadud dan Dia telah menghadirkan perasaan kasih sayang itu di dalam setiap hambaNya.”

I don’t know how…

“Kita boleh sama-sama belajar... Mungkin inilah sebabnya Allah menemukan kita.”

Jannah mengenggam kedua tangannya. Ada debaran dihatinya.

“Luahkan Jannah. Jangan simpan ia lama-lama di dalam diri kerana ia akan memakan diri awak sendiri.  Cuma yang saya doakan, bila awak sudah bersedia untuk berkongsi nanti, biarlah waktu itu kita sudah halal for each other.”

Jannah kembali merenung lelaki itu. Pelik sungguh kedengaran kata-kata yang baru keluar dari mulut Jihad.

“Maksud awak?” Otak Jannah tiba-tiba tak dapat menghadam.

“Saya nak kita menjadi suami isteri sebelum awak berkongsi kisah silam awak.”

“Kenapa?”

 Because when you share your pain,  I want to be able to hold you.

Jannah menelan liur. Sejak mengenali Jihad, dia sering kehilangan kata-kata dan ianya terjadi sekali lagi. Lama dia terdiam sebelum menyambung bicara.

“Awak sanggup ambil risiko itu?”

“Ya.”

“Awak yakin awak dapat menerimanya? Terima saya selepas itu? Walau seburuk mana kisah silam saya?”

“Ya.”

Even if it would change the way you look at me?”

Yes.”

Jannah menggeleng kepala.

“Saya tak percaya. Jangan takbur, Jihad.”

“Saya bukan takbur. Saya yakin. Saya tahu hati saya.”

Jannah terdiam lagi. Sekali lagi dia mati kata apabila berhadapan dengan peguam ini. Sudahnya dia ketawa kecil.

“Kenapa awak ketawa?”

“Saya sendiri tak yakin, Jihad. So it is funny to me that you are.”

“Walau bagaimana teruknya kisah silam awak Jannah, saya akan menerimanya. Awak kena percaya dan yakin itu.”

“Itu masalah utama saya, Jihad. I don’t trust men. I take them at face value. Nothing more than that.”

Jihad mengeluh perlahan. Sabar. Itu yang diajar kepada hatinya berkali-kali. 

“Saya nak ubah persepsi awak itu. Tak semua lelaki itu jahat, Jannah.”

“Dan tak semua perempuan itu baik, Jihad.”

“Why do you keep putting yourself down?”

“Kerana saya sedar diri?”

“Saya tak rasa itu sebabnya.”

Dua pasang mata itu bertentang lagi. Tarikan yang Jannah rasakan semakin kuat.

           “Saya tak kisah masa lampau awak, Jannah.  Saya nak kenal dengan Jannah yang ada di samping saya sekarang.  The one I am in love with. Besides, everybody comes with a baggage and I want to be the one to unpack them for you.”

23 comments:

  1. Wow.....makin best.
    kata2 jihad pembuka hati jannah.

    ReplyDelete
  2. huhu.. Jihad dgn sifat gentlemannya.. bukan Jannah je, ai pun terkedu..

    ReplyDelete
  3. superb!! makin x sabar nk tau seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sarina! tapi kena sabar sikit sebab perjalanan mereka jauh lagi :)

      Delete
  4. Gd job Suzana coz buat kami jatuh hati pada Jihad and Jannah niee....

    ReplyDelete
  5. apakah kisah silam jannah itu ye???

    ReplyDelete
  6. Cara Jihad bercakap sangat romantic and gentlemen...Kak Su saya dah terjatuh hati berkali2 dgn Jihad dan Jannah ni....next n3 plzzz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak? bahaya tu kalau jatuh cinta berkali2 ;-D

      Delete
  7. Mesti kisah pahit tu! Lagi... lagi.... lagi. Hehe

    ReplyDelete
  8. Kak sue...tak sabar nak tggu...lambat lg ker kluar?

    ReplyDelete
  9. Jihad sangat konfiden.

    ReplyDelete