Thursday, May 29, 2014

Bab 12 : JodohKu & Janji-Nya



"Awak tak kerja?" Jannah menyoal Jihad yang baru sahaja sampai. Melihat kepada pakaian Jihad yang sudah berganti, dia yakin lelaki itu telah pulang ke rumah sebentar tadi. Lelaki itu mengenakan t-shirt polo berwarna biru gelap yang dipadankan dengan seluar jeans berwarna hitam.    

"Tak. Saya ambil cuti." Beg kertas yang dibawa diletakkan ke atas meja kecil di hujung katil.

"Sebab saya?"

"Ya, sebab awak." Balas Jihad jujur. Hatinya berkeras tidak mahu meninggalkan Jannah keseorangan.

Jannah mengeluh perlahan. Dia tidak suka menjadi beban kepada sesiapa. Kecederaannya tidaklah teruk mana. Dia masih boleh bergerak dan menguruskan dirinya sendiri. Lagipun tidak banyak yang dapat Jihad lakukan untuknya kerana mereka bukan mahram. Jihad sekadar menjadi teman untuk berbual dan lelaki itu sentiasa ada saja modal untuk bercerita.

"Jannah, awak tidak menyusahkan saya. Saya tidak ada sebarang kes mahkamah hari ini. Jadi, awak tak payahlah risau, okey? Ni, saya ada bawakan sup ikan haruan. Awak nak makan dengan roti atau nasi?" Satu demi satu bekas Tupperware dibawa keluar dari beg kertas tadi.

Belum sempat Jannah menjawab, Jihad kembali menyoal.

"Awak nak saya suapkan atau boleh makan sendiri?"

Soalan yang begitu bersahaja itu membuatkan Jannah ketawa. Dia tahu lelaki itu sekadar mengusiknya.

"Saya bukan lumpuh lah. I can still move my hands, see?" Jannah mengangkat dan menggerakkan kedua tangannya.

"Itu saya tahu tapi selalunya perempuan jadi manja bila mereka sakit."

"Speaking from experience? One of your ex-girl friend, perhaps?" Jannah mengangkat kening.

"Nope. You are my first, remember?”Jihad mengerling ke arah Jannah.

Let’s not jump the gun, Jihad.”

Jihad ketawa.

Sorry. Slip of the tongue but I am merely stating the truth.”

“Jihad.” Jannah mengeraskan suaranya. Dia tidak mahu menukar arah perbualan mereka ke arah itu.

Ok. Ok. I was actually referring to my own baby sister. Dia, kalau sakit, satu rumah akan jadi jururawat dia. Selagi dia tak seratus peratus pulih, we will be at her beck and call."

"Well, she is lucky tapi maaf saya tak manja." Membesar seorang diri, dia tidak punya sesiapa untuk bermanja kecuali apabila dia bersama Puan Kamariah yang sudah dianggap seperti ibu.

"Tak apa. Nanti boleh belajar skil itu. Lagi-lagi, lepas awak kahwin dengan saya."

Sekali lagi Jannah mengeluh. Dia membetulkan duduknya sambil menarik selimut naik ke pinggang.

"Jihad, please don't start."

Oh, did I say it out loud? Maaf, patutnya dialog itu bersambung dalam hati.” Jihad tersenyum senang. Entah mengapa mulutnya sangat laju untuk mengeluarkan kata-kata sebegitu sungguhpun dia tahu ianya boleh mengundang kemarahan Jannah. Berada dekat dengan Jannah, menimbulkan satu rasa yang amat menyenangkan hatinya.  

“Jihad, tolong bagi saya masa.” Pinta Jannah ikhlas.

Pandangan mereka bertaut untuk sesaat dua.

Jihad mengangguk faham.

“Dan awak tak payah temankan saya. Saya okey. Mungkin esok, saya dah boleh balik.”

“Menghalau saya ke?” soal Jihad sambil menghulurkan dua buah novel kepada Jannah sebelum duduk dikerusi ditepi katil itu.

“Saya tak tahu awak suka baca genre apa, jadi saya bawa dua.” Sambungnya lagi.

“Awak beli?” Jannah membelek dua novel yang masih berbalut. 

“Tak, saya shoplift tadi.” Jihad mengusik.

Jannah mengetap bibir. Salah dia bertanya soalan bonus sebegitu.

“Tolong jangan susahkan diri awak untuk saya. Nanti saya rasa terhutang budi.”

“Saya ikhlas menolong, Jannah. Saya tak minta apa-apa balasan.”

“Saya yang rasa terbeban.”

Don’t be. Saya minta maaf kalau buat awak rasa begitu. Kita cuma kawan, okey?” Kata-kata Jannah itu menerbitkan rasa bersalah dihati Jihad. Sungguh dia tidak ada niat untuk membebankan gadis itu. Ya, memang dia mahu menjadikan Jannah sebagai isterinya namun itu bukan sebab utama dia berada di situ. Niatnya memang ikhlas kerana dia tahu Jannah tidak punya keluarga.

So, nak makan sekarang atau nanti?” soal Jihad lagi sambil matanya memandang ke arah tiga bekas Tupperware yang sudah tersusun.

“Nanti. Saya kenyang lagi.

“Okey. Nanti bila nak makan, saya tolong panaskan.”

“They served good breakfast here.”

Seriously?”

“Yup. Healthly menu but delicious.

“Kalau macam tu, esok pagi bagi saya rasa sikit eh?”

Sorry, I don’t share my food.

“Huish, tak baik kedekut.”
 
Perbualan mereka terhenti apabila pintu bilik Jannah diketuk.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam warrahmatullah.” Jawab mereka berdua hampir serentak.

“Masuk lah Safi.” Pelawa Jannah dan kelibat Safi yang tersenyum lebar muncul dari belakang pintu.

“Aku menganggu ke ni?” soal Safi kepada Jannah.

“Tak ada lah. We were just talking. Jihad, awak ingat Safi, kan?”

Jihad mengangguk laju.

“Ingat. Apa khabar, Safi?” soalnya sambil menunduk hormat.

“Baik, Alhamdulillah. Awak dah lama sampai ke?”

“Dah lama lah juga.” Jawab Jihad sambil tersenyum penuh makna.

“Eh, kau cuti ke?” Jannah menyoal Safi.

“Ha-ah. Maaf sebab semalam aku tak dapat temankan kau.”

It’s ok. Aku tahu kau jumpa dengan keluarga Razlan kan?”

“Ya. Aku balik pun dah lambat semalam. Itu yang tak sempat nak singgah pun.”

“Tak apa. Aku ni bukan cedera parah pun sampai nak kena ada teman. Lagipun kat sini kan ada jururawat? Kalau ada apa-apa, aku cuma perlu tekan butang ni.” Jari Jannah menunjuk kepada panel yang berada dikepala katilnya.

“Ya lah, itu aku tahu tapi kalau aku masuk hospital, aku mesti nak ada orang temankan aku.”

“Kau dan aku, lain.” Jannah membulatkan matanya.

“Err… sorry to interrupt, tapi memandangkan Safi ada ni, saya nak minta diri dulu. Kejap lagi nak solat Jumaat. Saya datang petang nanti, ya?” Jihad mencelah.

“Okey tapi Jihad, you don’t have to come by later. Safi boleh teman saya hari ni. Kan?” ucap Jannah sambil menoleh dan kembali menyoal Safi.

“Err.. aku sampai petang saja kot. Malam ini aku ada dinner dengan keluarga Razlan lagi.”

“Oh.. okey.” Jannah menjawab perlahan. Dia tahu jawapan Safi itu membuka ruang untuk Jihad menemaninya pada malam itu.

No worries. Petang nanti, kita tukar shift ya, Safi? Awak tolong temankan Jannah sekejap. Nanti saya belanja minum.”  

“Ha-ah. Boleh, boleh.” Safi menggaru kepala yang tidak gatal. Nada dan kata-kata Jihad itu seperti ada cerita disebaliknya.  

In the meantime, saya balik dulu.  Ermm.. Sup tu, pastikan awak panaskan dahulu sebelum makan. Kalau tak larat nak suap sendiri, boleh minta Safi tolong suapkan ya? Assalamualaikum.” Sempat lagi Jihad mengusik sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

“Waalaikumsalam warrahmatullah.” Sambut Jannah dan Safi bersama dan mata mereka mengikut jejak lelaki itu.

“Wahhhhh!!”  jerit Safi sejurus selepas pintu bilik Jannah kembali tertutup rapat.

“Huish, minachi! Ini hospital lah.”

Safi ketawa.

“Apa Jihad tu buat kat sini? Macam mana dia tahu kau masuk hospital? Korang dah declare ke? Kenapa aku tak tahu??”

“Kau ni kan, kalau bertanya laju mengalahkan bullet train kat Jepun!”

“Cepatlah cerita!” Safi merapatkan kerusi duduknya dengan katil Jannah.

“Sebelum aku cerita, kau cerita dulu. Macam mana meeting dengan keluarga Razlan semalam?”

“Ala.. okey saja. Kan dah rancang dari awal? Majlis semua buat kat rumah dia. Aku ikut saja apa yang mummy dia dah rancang.”

So, nikah malam lepas tu reception tengahari esoknya?”

“Ha-ah. Tapi sebelum majlis nikah, mummy kata dia nak buat kenduri sikit. Saja nak meraikan adik-beradik dan saudara mara yang ada.”

“Hmm.. penatlah kau nanti. It is going to be a long day for you.”

For you too. Kau dah janji nak temankan aku kan? Cuti kau pun Tuan Amir dah luluskan tahu?”

“Ya. Aku tahu. Err.. family kau datang?”

“Insya-Allah, mak dan bapa aku akan datang. Cuma aku rasa adik beradik aku yang tak akan datang. Mereka tu kan masih marah dengan aku.” Tiba-tiba suara Safi menjadi sayu apabila teringat kepada kakak dan abang-abangnya.

“Baguslah kalau parents kau datang. Restu mereka penting. Walaupun berlainan agama, they are still your parents dunia akhirat. Pasal adik beradik kau tu, aku rasa, bila kau ada baby nanti, sure rasa marah mereka akan hilang. Mesti mereka nak jumpa dengan anak saudara yang pastinya comel. Anak kacukanlah katakan.” Jannah cuba menenangkan Safi yang selalu sedih apabila soal keluarganya timbul.

“Kita sama-sama doa, ya?”

Of course! Always! So, hantaran?” Jannah menukar topik.

“Ermmm.. Hantaran kita buat lah. Kau kan dah janji nak tolong aku?”

“9 dulang?”

“Yup!”

“Hmm…ok nanti lepas aku keluar hospital, kita pergi cari barang-barang. Aku rasa doktor akan kasi aku cuti sekurang-kurangnya seminggu ni. Kau apply cuti ya?”

“Okey. Nanti aku minta kat boss. Dia mesti akan approve punya.  Eh, enough about me, kau ni, siapa yang langgar sebenarnya?”

“Ada lah orangnya. Takkan hantu pulak. Lagipun kalau aku beritahu nama dia pun, bukan kau kenal.”

“Hish kau ni. Yalah aku tahu tapi nasib baik tak terukkan? Ini kalau Mak Kamariah tahu, mesti dia bising habis sebab kau bawa motor pada hari kerja.”

“Jangan kau gatal nak beritahu pada mak ataupun Sarah ya? Aku cedera sikit saja ni, nanti dia orang risau. Cukuplah mamat tu risau seorang.”

Safi ketawa.

“Siapa? Jihad?”

Angguk.

I think he is serious about you.

I know he is but I am not ready, Safi and him being here buat aku rasa tertekan.”

“Maksud kau?”

“Dia temankan aku semalam. He came straight from work. Pagi tadi baru dia balik.”

“Oh…Dan dia akan temankan kau lagi malam ni? Ohhh.. my Jihad! So sweet!!”

“Hish kau ni! Meroyan ke apa? Kau dengar tak apa aku kata tadi?” Tangannya pantas menampar peha Safi yang sudah teruja semacam.

“Aduh! Sakit-sakit pun boleh tampar aku? Kau ni betullah. Cubalah jadi lady like sikit.”

Jannah mendecit.

Seriously, I don’t know how to tell him. Dia macam selamba saja. Katanya, kami cuma kawan tapi who is he kidding? Aku tahu dia nak lebih dari itu.”

“Tak baik kau fikir macam tu. Walaupun itu end in mind dia, tapi aku rasa dia ikhlas menolong kau. Husnuzon, Jannah. Cuba lembutkan hati kau tu sikit. But all jokes aside, aku respect habis kat dia. Tak ramai lelaki yang yakin dan gigih berusaha macam dia. Eh, tadi dia ada sebut pasal sup, dia bawa ke?”

“Yup. Tu..” Bibir Jannah mengarah pada meja di hujung katilnya.

Safi bangun untuk memeriksa 3 Tupperware yang tersusun di situ.

“Wow. Don’t tell me he cooked this?” Bau yang tersisip keluar dari penutup bekas yang baru dibuka sangat menyelerakan.

“Entah, aku tak tanya. I assumed he bought it.”

“Dia nak beli kat mana? Awal lagi kan? Baru pukul 11.  Wah, siap ada nasi putih dan roti baquette lagi. Bagus betul Jihad ni. Untunglah kau, Jannah.”

“Ya lah, untunglah aku. Tu tengok sampai macam nak juling mata, kau nak rasa ke?”

“Hish, dia masak untuk kau. Kau lah rasmikan dulu, kemudian baru aku follow.” Balas Safi sambil tersengih lebar.

“Nantilah, aku belum lapar. Aku dah mengantuk ni.”

Must be the medication.” Safi kembali semula ke kerusinya.

“Ni novel apa pulak? Sejak bila kau baca novel?” soal Safi selepas mencapai satu novel dari meja ditepi katil Jannah.

“Jihad bawa tadi.”

“Hmm.. ok now I am speechless. He is so darn thoughtful. He cooked for you and he brought you books to read. Haih… Ya Allah, semoga bakal suamiku juga semanis lelaki ini.”

“Kata speechless.. panjangnya speechless kau tu ya?” Perli Jannah.

Safi ketawa lepas.

“Dah la, kau kata mengantukkan? Pergilah tidur. Novel ni aku buka dan baca dulu ya?  Nampak macam best.” Matanya tertancap membaca sinopsis yang dibelakang novel itu.

“Hmm.. silakan. Lepas baca nanti, jangan lupa summarise kan untuk aku. Senang kalau Encik Peguam tu tanya nanti.”

“Banyaklah kau ni. Eh Eh.. cop cop sebelum kau tidur, siapa bagi bunga yang besar ni dan siapa pula bagi ros merah tu?”

“Yang besar tu, dari orang yang langgar aku dan yang satu lagi, Jihad.”

“Wa...”

And before you say anything, aku nak tidur. Poh!” Jannah terus memintas Safi. Selimut ditarik dan tubuhnya dipusingkan untuk membelakangi Safi.

Safi mencebik.

“Yalah. Yalah. Nanti sambung cerita. Dah tidur, tidur..” Safi bangun dan berpindah untuk duduk di sofa tetamu yang tentunya lebih selesa.





"TERIMA kasih kerana temankan Jannah semalam."

“So, she told you?”

Safi mengganguk sambil mengacau air minumannya. Dia dan Jihad turun ke kafe apabila Jannah sekali lagi tidur selepas solat Asar tadi.

"Sama-sama. Jika diizinkan Allah, saya ingin menjadi penemannya hingga ke akhirat.”

Sekali lagi Safi kagum dengan sikap terbuka Jihad.

"Insya-Allah, kalau sudah Allah tuliskan begitu, dia pasti jadi milik awak, Jihad."

Giliran Jihad untuk mengangguk.

"Jannah tu, nampak keras tapi hati dia lembut. Dia setia orangnya. Kalau awak dapat melepasi tembok perisainya, saya yakin awak akan bahagia bersamanya."

"Saya tahu dan saya sedang mencuba, Safi."

"Awak kena banyak bersabar. Dia tu sudah biasa hidup seorang diri. Degil dia bukan sikit." Safi ketawa.

"Yang itu saya sedia maklum." Jihad mengukir senyum. Teringat kepada semua perbualannya dengan Jannah disepanjang perkenalan mereka.

"Kalau awak nak tahu, selama saya kenal Jannah, ini kali pertama saya nampak dia memberi peluang dan ruang kepada seorang lelaki untuk mendekatinya. Dan sebagai sahabat baiknya, saya harap awak tidak mempersia-siakan dia.”

"Demi Allah, saya ikhlas, Safi."

"You better be. If not, I will hunt you down!"

Jihad ketawa senang.

“Dah lima tahun kami berkawan. Mula-mula kenal dulu, dia lagi garang.” Safi mula bercerita.

“Kenal dimana?”

“Kelab.”

“Kelab?”

Zouk Club to be exact tapi sekarang kami dah tak pergi dah. Betul!” Safi ketawa sambil jarinya memegang kain tudung di kepalanya.

Jihad menyandarkan badannya ke kerusi.

It will be weird to see two hijabi sisters walking into Zouk, right? Silap-silap jadi frontpage news kat Harian Metro.” Keningnya diangkat sebelah.

Safi menyambung tawa. Betul kata Jannah, Jihad ni kelakar orangnya.

“Masa pertama kali jumpa Jannah, saya mabuk teruk dan sedang bergaduh dengan beberapa pengunjung di situ. Nasib baik Jannah datang menolong dan tarik saya keluar dari situ. Terus dia bawa saya ke hotel yang bertentangan dengan Zouk sebab saya dah passed out. I was a total mess. Patutlah Islam melarang kita meneguk arak. Manusia dah tak jadi manusia bila dipengaruhi oleh arak.”

“Bila awak memeluk Islam?”

“Dua tahun lepas.”

“Jannah introduced you to Islam?”

“Hrmm... if you mean, dia berdakwah dengan saya, jawapannya tidak. Sebaliknya, kami sama-sama mencari Islam.”

Jihad mengangguk faham. Lahir sebagai seorang Islam tidak bermakna kita tahu segalanya tentang agama suci Allah ini. Kerana itu ayat pertama yang Allah turunkan kepada umatNya ialah ‘Iqra’. Menuntut ilmu itu satu tuntutan dalam Islam.

“Jannah tu, there is so much anger in her and till today I don’t know her issues. Tapi selepas kami sama-sama belajar dan mendalami Islam, she is a calmer person.  Cuma sikap dia dengan lelaki, tidak berubah. She has trust issues.”

Yes, she told me.

Good at least she is open with you about it. Saya sayangkan dia dan dia kawan dunia akhirat saya. Doa saya semoga Allah berikan jodoh yang terbaik untuk dia. I don’t want her to be alone.”

Are you getting married?

Safi mengangguk laju.

“InsyaAllah, dua bulan dari sekarang. Nanti jemput datang ya? Tapi majlis itu akan berlansung di Pulau Pinang, di rumah mertua saya.”

“InsyaAllah dan tahniah. Saya doakan semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Kalau perlukan apa-apa pertolongan, beritahu saya ya?”

“Ameen. Terima kasih. You know what, Jihad?”

Jihad mengangkat kening sambil dia mengacau air minumannya dengan straw.

You are a good guy.”

“Alhamdulillah, thank you. And you know what, Safi?”

What?

“Tolong beritahu pada pesakit di bilik nombor 3 kat atas tu.”

Safi ketawa mengekek.

“Saya rasa dia tahu. She just need time.

Jihad kembali menyandar dikerusi. Tangannya naik untuk menyisir rambutnya.

"And here I am wishing I can fast-forward time to when she has said yes; because I want to start every tomorrow with her by my side."

14 comments:

  1. And here I wish I can fast-forward time to when Kak Su has finished t the whole Jihad-Jannah love story ;so I read it all....

    ReplyDelete
  2. kak sue.....nape sweet, caring, loving, gentleman, protective sgt jihad ni....sy dh jatuh cinta berkali2 dgn jihad.....huhuhu - jumay jue

    ReplyDelete
  3. Jihad memang seorg lelaki yang sabar dan tenang... sabar dan menghormati permintaan Jannah... so sweet kan...

    ReplyDelete
  4. superb...b4 this, excited giler dpt peluk CK, n now x sabar nk peluk J&J versi cetak plak.... ;D

    ReplyDelete
  5. kak sue, i think i falling love with Jihad..hahaha..btw akak..bila sambungan sterusnya..x sabar dah ni..ehehe ^_^

    ReplyDelete
  6. ermmmm....best giler cite ni,sweet sngt si jihad tu,melayang la jugak bc cite ni,good job to u.

    ReplyDelete
  7. Hurt makes a person so fragile kan su.... it is a good issue to address...thumbs up

    ReplyDelete
  8. Alahai... jihad so sweet la u.. heheh

    ReplyDelete
  9. Kalau la kat dunia reality nie ada lelaki macam Jihad alangkah bahagianya Wanita itu...
    Suzana awak selalu buat kami tersenyum sorang2...

    ReplyDelete
  10. so sweet dan rasa tak puas baca...Bila next n3 ye kak su?

    ReplyDelete
  11. Alahai sweetnya Jihad.....jatuh chenta kat dia ni....

    ReplyDelete