“HEY
Jannah! Kenapa lambat?” Soal Nick sebaik sahaja Jannah membuka helmet full-facenya.
“Sorry guys! Aku kena pergi site
tadi. Last minute, client nak go through project timeline.”
“La...
Tapi apasal kau tak call? Sikit lagi
kami dah nak blah tau tapi nasib baik Khael suruh kami tunggu.”
Jannah
memandang sekilas kepada lelaki yang berdiri di belakang Nick itu. Jihad yang
sedang jelas memandangnya memberi senyuman sambil mengangguk hormat.
“Lain
kali kalau korang rasa nak blah, tak payah tunggu aku. Pandailah aku menyusul kat
mana-mana nanti kalau korang tak ada kat sini. Apa guna masing-masing ada
telefon kan?” dengus Jannah sambil membetulkan tudungnya.
“Huish,
kau merajuk ke?” Nick mula nak mengusik.
“Ha-ah
la.. bunyi macam merajuk je, Jannah. Kau
buang tabiat ke apa?” Soal Khalid pula.
Riuh kedengaran helaian ketawa dari yang lain-lain.
Jannah
dah panas hati. Sehari suntuk, dia ‘sangkut’ dalam mesyuarat dengan pelanggan
yang maha cerewet. Usai saja mesyuarat, dia bergegas untuk solat Maghrib dan
kemudian terus memecut ke situ kerana tahu dia lambat. Belum pun penatnya
hilang, kini dia menjadi bahan ketawa mereka pula.
“Korang
ni kenapa? Bila masa aku merajuk pulak? Aku cakap yang betul. Lain kali kalau
korang rasa nak blah, blah saja! Iskh, malaslah aku nak layan korang.” Jannah menongkat
motornya dan mula menapak laju menuju ke kedai mamak di seberang jalan.
Tiba-tiba mood dia untuk menunggang mati. Dia juga tak ada tenaga untuk
berlawan kata. Dia penat.
“Minum
apa, kak?”
“Tembikai
laici, dik. Terima kasih. ” Helmet, sarung tangan dan kunci motor diletakkan di
atas meja. iPad dikeluarkan dari beg kerja. Sedang dia leka memeriksa pesanan
WhatsAppnya, kerusi yang bertentangan duduknya ditarik. Dia mendongak.
“May I?” Jihad tersenyum manis meminta
kebenaran.
“Duduklah.”
Balasnya sepatah. Sambil matanya kembali membaca pesanan WhatsApps dari Safi.
“Minum
apa, bang?” Soal pekerja kedai mamak yang sentiasa efisien itu. Ambil order pun tak payah guna pen dan kertas.
Semua didaftarkan di dalam otak. Servis cepat. Sesuatu yang patut dicontohi
oleh setiap pengusaha restoran yang lain.
“Teh
ais satu ya? Terima kasih.” Pesan Jihad.
Jannah
membuang pandang ke luar kedai. Matanya
mencari geng motornya yang tadi berkampung di bawah pokok tetapi sekarang sudah
lesap.
“They left.” Terang Jihad pendek.
“Baguslah.
I don’t feel like riding today.”
“Tough day?”
“Long day.”
“Want to talk about it?”
“No.”
Jihad
mengulum senyum. Dia memang sudah jangkakan jawapan itu.
Pelayan
tadi datang menghantar minuman yang dipesan.
“Err…
Jihad?” Jannah mengacau air tembikai laicinya.
“Ya?”
“Maaf
sebab saya panggil awak Jihad sedangkan semua yang lain memanggil awak, Khael.”
Jannah memandang tepat kepada lelaki yang bertshirt kelabu itu.
Jihad
membalas pandangan itu. Jelas terpancar keletihan di mata Jannah.
“It’s ok. I don’t mind it at all. I want you to call me, Jihad.
Jihad hanya untuk Jannah.” Dia senyum
segaris. Harapannya agar Jannah faham maksudnya.
Tapi yang nyata,
kata-katanya hanya dibiarkan sepi oleh Jannah.
“Dia orang nak pergi
mana?”
“Klang katanya.”
“Kenapa awak tak ikut?”
“Cause I’d rather sit here
with you.” Jawab Jihad jujur.
“Jangan mula Jihad. I had a very long day.”
“Okey.”
Dan untuk seketika memang
tiada bicara antara mereka. Masing-masing hilang dalam dunia sendiri. Jannah
dengan iPadnya dan Jihad dengan iPhonenya. Sesekali mereka menyedut air minuman
yang dipesan. Sesekali pandangan mereka bertaut. Senyum dan mereka kembali
memandang ke skrin gadget masing-masing.
“I bet the people around us are saying, ‘Look at that old married couple.
They must have been married for ages that they no longer have things to talk to
each other about. Masing-masing tengok gadget.” Bisik Jihad tiba-tiba memecah
kesunyian diantara mereka.
Jannah mendongak dari
iPadnya. Memandang wajah Jihad yang begitu selamba, Jannah ketawa kecil. Dia
mendekatkan wajahnya seraya berbisik, juga dalam nada selamba.
“And
I reckon they say, kita dah kahwin 10
tahun.”
Meletus ketawa Jihad.
Jannah bulat mata.
“What?” soal Jihad. Naik kedua belah bahunya.
“Awak tak patut gelak.
Kita kan old boring married couple!”
bisik Jannah lagi.
Dan Jihad ketawa lagi.
Senang hatinya melihat perubahan Jannah yang sudah boleh bergurau dengannya.
Berbaloi rasanya dia menolak untuk mengikut kumpulannya tadi.
“and I bet now the guys are saying, I want to have what he is having.”
Jannah teringat kepada babak dan dialog yang cukup terkenal di dalam satu filem
Inggeris.
Jihad terus ketawa
terbahak-bahak.
Dan bertambah bulat
mata Jannah mencerlung memandangnya.
“When Harry Met Sally?” soal Jihad apabila tawanya reda.
“Wow, impressive.” Jannah kembali menyandar.
“That I know the movie?”
Angguk.
“Jihad, it’s a chick kind of movie.”
“Jannah, Meg Ryan!”
Giliran Jannah untuk ketawa.
“It’s
a classic. I think it came out in 1989.”
“Yeah..
but I didn’t watch it till much later.”
“Me
too.”
“I
think we had a Meg Ryan marathon at one of my friends house.”
Jannah ketawa lagi.
“Boy,
they don’t make movies like that anymore.”
“They
sure don’t.”
Mengenangkan zaman
remaja mereka dahulu, membawa senyuman dibibir masing-masing.
“Thanks, Jihad.”
“For?”
“For making me laugh. I really needed that.”
“You are welcome. Kita kawan, kan?”
“Yeah.”
Jujurnya, setelah
melihat cara Jihad melayan Sarah tempoh hari, Jannah tidak sampai hati untuk
terus berkeras dengan lelaki ini. Tidak
salah untuk dia memberi lelaki ini sedikit ruang asalkan dia menghormati batas masing-masing. Cuma
dia masih tidak selesa dengan permintaan Jihad yang satu itu.
Masih terbayang jelas
dimatanya bagaimana Jihad nampak tidak kekok lansung dengan kerenah Sarah. Sarah
pula sungguh seronok apabila diberi perhatian sebegitu. Mulutnya tak
henti-henti bercerita mengenai Jihad di sepanjang perjalanan pulang. Sama galak
dengan Safi.
“So, do you want to talk about your day?”
“No.”
Jihad ketawa.
“Ok. Sorry, just had to ask again. Manalah tahu
kan? By the way, just so you know, I am a good listener and a great problem
solver too. Ciri-ciri seorang anak sulung.”
Jannah mengangkat
kening.
“Masuk bakul angkat
sendiri nampak?”
“Sikit la.”
Jannah memandang lelaki
itu seketika. Lelaki ini amat bersahaja
orangnya. Peramah, mudah senyum dan dari cara dia melayan Sarah minggu lepas,
sangat sukakan budak-budak.
“Jannah, are
you in a hurry to go home? Kita makan dinner
dulu nak?” Pelawa Jihad penuh berhati-hati. Doanya semoga mereka boleh
menggunakan masa ini untuk berkenalan.
Jannah melihat jam
ditangan. Baru pukul 9 malam.
“Okey.”
“Awak anak nombor
berapa?” soal Jihad selepas selesai mereka memesan makan malam.
“Anak tunggal.”
“Oh.”
“Saya 3 beradik. Saya
sulung, yang kedua lelaki, Anas dan yang bongsu, perempuan, Summayyah.”
Jannah sekadar
mengganguk.
“Ermm, awak orang
mana?”
“KL.”
“Oh.. jadi tak ada
kampung lah ni? Tinggal dengan parents
ya? Baguslah kalau begitu. Lagi selamat.”
“Saya yatim piatu,
Jihad.”
Terkejut mendengar
kata-kata itu, Jihad terdiam sebentar. Air minumannya diteguk kerana tekaknya
terasa kering tiba-tiba.
“Erm.. maafkan saya,
Jannah.”
“It’s ok.”
Wajah gadis yang nampak
tenang itu dipandang seketika.
“Boleh saya tahu sejak
bila?”
“Sejak saya kecil. Saya
dibesarkan di rumah anak yatim.”
Sekali lagi Jannah
dapat melihat riak wajah Jihad yang nyata terkejut.
Ya, memang Jihad
terkejut namun terbit juga rasa kagum dihatinya apabila melihat kejayaan Jannah
hari ni.
“I am so sorry to hear that.”
“It’s ok, Jihad. Saya dah biasa and
it is not a handicap.”
Jihad mengangguk
perlahan-lahan. Rasa bangganya bertambah. Gadis pilihan hatinya ini kuat
semangatnya. Memang tak salah hatinya memilih.
“Sarah?”
“Kenapa dengan Sarah?”
“Anak awak?”
Geleng.
“Sarah anak jagaan
saya. She was left at the same orphanage
as I was at.”
“Dia tinggal dengan awak?”
“Tak. Kerja saya tak
menentu. Baru tahun ini, saya dapat tinggal lama di Kuala Lumpur. Projek-projek
sebelumnya semua di luar KL.”
“Oh..”
“Dah lama kerja dengan
syarikat tu?” Dari Malek, dia tahu Jannah seorang arkitek.
“5 tahun.”
“Oh ok… tak da rancangan
nak tukar kerja?”
“Buat masa ini, belum.”
Khalish telah beberapa kali membuat tawaran namun dia masih belum mahu
meninggalkan Tuan Amir. Banyak yang dia
pelajari selama 5 tahun berkhidmat di syarikat itu.
Jihad mengangguk. Dia menyedut air minuman yang sudah tinggal
separuh.
“Ada soalan lagi?”
Jihad menarik senyum.
Ya, dia memang ada banyak soalan untuk Jannah. Kalau boleh, malam ini juga mahu
dihabiskan kesemuanya supaya segala persoalan yang ada dihatinya terjawab dan
mereka boleh melangkah ke peringkat yang seterusnya.
“Awak tak ada soalan
untuk saya?”
Geleng.
Jihad sedikit hampa.
Sabar.
“Macam mana awak nak
kenal saya kalau awak tak bertanya apa-apa?”
“Kena kenal ke?
Berkawan saja tak boleh?”
“Saya nak kita jadi
lebih dari kawan, Jannah.”
Jannah tidak menjawab
kerana dia masih tidak ada jawapan untuk itu. Sudahnya dia hanya merenung
lelaki itu seketika sebelum kembali menyambung suapannya.
USAI
mengerjakan solat witir, pintu biliknya diketuk dan kepala Safi muncul dari
belakang pintu.
“Boleh aku masuk?”
Jannah bangun dari
sejadah sambil membuka telekungnya.
“Masuklah.”
Safi mengatur langkah
dan mengambil tempat di atas katil Jannah. Belum sempat dia bertanya, telefon
Jannah berbunyi menandakan ada satu pesanan WhatsApp masuk.
“Mesyuarat kau habis
lambat ke? Kenapa lambat balik?” Safi menyoal Jannah yang sedang melipat dan mengantung
telekung dan sejadah.
“Mesyuarat?” Jannah
berpaling memandang Safi.
“Kau kan pergi
Putrajaya tadi kan?”
“Oh ya.. Tak lah.
Meeting dengan client tu habis pukul
6 tadi.”
“Habis tu? Kau balik
pejabat?”
“Tak. Aku pergi jumpa
geng motor kat Damansara.”
“Ooo.. lamanya. Dekat
pukul 1 pagi dah ni.”
Jannah naik ke
katilnya. Dia mencapai telefon dari atas meja sisinya. Membaca pesanan dan
membalasnya laju sebelum telefon itu diletakkan semula.
“Siapa message kau malam-malam ni?”
“Ada la.”
“Wah.. sejak bila kau
pandai berahsia ni?”
“Sejak aku join FBI.”
“Chis kau ni!” Lengan Jannah ditepis perlahan.
“Kau tu kenapa tak
tidur lagi?” Dia menoleh memandang Safi.
“Aku tunggu kau la.
Tadi aku telefon tapi kau tak jawab. Buat aku risau aje.”
Jannah mencapai telefonnya
semula untuk memeriksa call log.
“Oh. Aku atas motor tadi.”
Dia memang tidak akan mengangkat sebarang panggilan jika dia sedang memandu kereta atau menunggang motor.
“So, apa yang korang
bincang sampai lama sangat?”
“Actually, I had a chat with Jihad.”
“Just the two of you?”
“Ya.”
“Dari pukul 6 petang?”
Jannah ketawa kecil.
“Tak lah 6 petang. Aku
sampai lepas Maghrib tadi. I think we
started talking since 9 o’clock.”
Safi merenung wajah
rakannya itu sebentar. Ternyata ada riang diwajah Jannah.
“Wow.. you are laughing. Maknanya you guys had a good talk.”
“We had a long talk thats for sure.” Sungguh Jannah memang tak sedar
lansung yang mereka berbual selama itu.
“Korang cuti ke esok?”
Geleng.
“Habis tu kenapa
bercakap macam there’s no tomorrow.”
Jannah ketawa lagi.
Jarinya naik untuk menyulam rambutnya.
“Entah, aku pun tak
tahu. It just happened.”
“That’s good. Kau tu bukan senang nak berborak dengan orang.”
“That’s true. Tapi feel
dia lain tadi.”
“Lain macam mana?”
“It was very relaxed. We were
like two long lost friends catching up on each other’s life.”
“Wah! Menarik ni.” Safi
mengubah posisi dari duduk kini dia meniarap pula.
“Like two souls who knew each other in their past life?”
“Hish, kau ni
percayalah benda-benda karut macam tu.”
Safi ketawa.
Tapi dalam diam, Jannah
mengaku yang perkara sedemikian tidak pernah berlaku. Dia memang jarang atau
tak pernah lansung membuka ruang kepada mana-mana lelaki untuk
mendekatinya. Apatah lagi apabila dia
tahu motif mereka.
Namun tadi, dia selesa
berbual dengan Jihad dan memang banyak yang mereka bualkan. Bermula dari topik
keluarga, kemudian ke topik kerja, tentang minat mereka terhadap motor berkuasa
tinggi, fahaman politik dan rancangan
masa depan.
“He did most of the talking. Dia tanya, aku jawab. Aku tak tanya,
dia cerita. Aku tadah telinga saja.”
Safi ketawa lucu. Dia
mengubah posisi lagi. Kali ini, dia sudah menarik bantal untuk baring dan
melihat Safi yang sudah berbaring, Jannah ikut serta.
Pandangan mata mereka
berdua melekat ke siling bilik.
“Jannah, I really
like this guy.”
“You like the guy or his body?” soal Jannah laju.
Safi sambung ketawa.
“Body dia satu la but that
will not remain forever. He just seems
like a very nice man. Kau tengok sendiri
cara dia layan Sarah hari tu kan? Tak ramai lelaki boleh layan budak-budak
macam tu. Lebih-lebih lagi yang bujang.”
“Hmmmm…”
“Cara dia bercakap
dengan kita pun, penuh sopan. Gentleman
sangat.” Safi teringat semasa Jihad
berkeras ingin menolong mereka mengangkat bagpack mereka ke kereta Jannah.
Padahal bukan banyak pun.
“Hrrmmm…”
“So, are you giving him a chance?”
“We are just friends, Safi.”
“Yeah but he wants more, right?”
“Yes, he does. Cuma aku
perlu kenal dia dulu, Safi. Takkan tiba-tiba aku nak buka hati aku untuk dia.
Tak mudah untuk aku, Safi.”
Dalam diam, Safi
mengakui itu. Selama mereka berkawan, ini kali pertama Jannah membuka sedikit
ruang untuk seorang lelaki untuk mendekatinya.
“Jannah…”
“Safi….”
“What?”
“Cukup-cukuplah menyoal
tu. Aku dah penat kena soal hari ni. Aku
nak tidur. Aku penat. Kau ni, nak tidur sini ke apa?” Soal Jannah sambil berpusing
memandang Safi yang sudah nampak selesa benar di situ.
Safi tergelak kecil.
“Lama kita tak tidur
sekatil kan?”
“Hphmmm.. so?” Kening Jannah ternaik sebelah.
“Aku nak tidur kat sini
lah. Malas dah nak bangun.”
“Ok.. night-night..
assalamualaikum.. ” Lampu di sisi katil terus dipadamkan.
Dah ada perubahan. bagus... bagus...
ReplyDeletebest...cpat smbung
ReplyDeletetabahnyer jihad.. sabar btl dia dgn jannah.. xsabar nkm gtu dorg kahwin
ReplyDelete