Thursday, May 15, 2014

Bab 11 : Jodohku & Janji-Nya



[Jannah accident. She’s at Damansara Specialist.]

Pesanan WhatsApp yang dibaca sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kamar mahkamah bagai merentap jantungnya. Temponya serta merta berubah. Langkahnya dibuka laju untuk keluar dari bangunan mahkamah secepat mungkin untuk menuju ke kereta. Jubah yang dipakai pantas dibuka dan digantung pada lengan.

“Er.. Mikhael, kita nak sambung discussion ke?” Satu suara menyoal dari belakang. Dalam kekalutan, dia terlupa anak guamnya. Pantas dia menapak semula untuk mendapatkan Puan Zaini.

“Ermm.. Maaf Kak Zaini. Saya ada family emergency. Boleh saya hubungi akak nanti?”

“Oh.. patutlah kamu tiba-tiba macam lipas kudung jalannya. Ok, nanti Mikhael telefon akak ya?”

“Baik kak. Terima kasih. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam..” Puan Zaini hanya menggeleng melihat peguamnya yang selalunya tenang sudah berlari menuruni anak-anak tangga menuju ke kawasan parkir kereta.

Masuk sahaja ke dalam kereta, Jihad terus mendail nombor Nick. Degup jantungnya cuba ditenteramkan dengan bacaan istighfar yang berulang-ulang. Enjin kereta dihidupkan dan dia meluncur laju keluar dari perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan yang terletak di Jalan Duta.

“Nick!” Suara Jihad sudah separuh menjerit apabila panggilannya dijawab.

Whoa…. Cool down brother..”

What happened??

“Dia jatuh motor. Ada kereta langgar dia dari belakang semalam.”

And hari ini baru dia beritahu kita??”

“Macam kau tak kenal si Jannah? Ini pun nasib baik dia beritahu Malek.” Jihad akur yang Jannah memang paling selesa dengan Malek.

How is she?” Saat itu jantungnya memang bagai nak pecah.

“Kau datang la tengok dia sendiri.” Jawapan Nick memang tidak membantu langsung.

“Aku tahulah. I am on my way as we speak but how is she??” Sebelah tangannya naik mengusap tengkuk.

“Kau ni Bro, kelam kabut macam dia bini kau pulak.” Usik Nick.

Jihad terdiam. Darah panas naik ke mukanya. Sejak pertama kali melihat gadis itu lima bulan lepas, hatinya memang sentiasa risaukan Jannah. Walaupun dia sudah berkali-kali menyuarakan hasratnya kepada gadis itu, namun Jannah tetap Jannah. Tidak pernah mahu memberi jawapan. Apapun, sekurang-kurangnya sekarang mereka sudah boleh duduk semeja dan berbual panjang berbanding satu masa dulu, dimana Jannah memang tidak langsung memberi muka kepadanya. Sungguh dia tidak pernah jumpa gadis sekeras hati Jannah. Hati yang dia yakin menyimpan seribu satu kesakitan. Hati yang dikunci rapat sehingga tiada siapa dapat mendekati.

“Kau dah kat mana tu?” soal Nick mematikan lamunannya.

I should be there in 15 minutes. Hopefully the traffic is not bad. Korang masih kat situ ke?”

“Yeah. Aku, Sam, Malek dan Khalid. Kita orang tunggu kau la. Cepat sikit.”

“Bilik mana?”

“Bilik 3, Tingkat 5.”




Melangkah masuk saja ke bilik Jannah, matanya terus tertumpu pada tubuh yang sedang duduk di katil.

“Hah, dah sampai pun.” Sam terus datang untuk berjabat diikuti dengan yang lain-lain.

“Sorry, aku dalam court tadi.” Matanya masih memandang Jannah yang sudah berbalut sebelah kaki dan tangan.

“Aku dah agak, Khael.” Sahut Malek.

“Kes apa hari ini?” soal Sam.

“Biasalah. Kes cerai.” Di dahi Jannah ada plaster yang agak besar mungkin kena jahitan. Mata kanannya sedikit lebam.

“Datin ke?” Soal Sam lagi.

“Tak lah. Orang biasa-biasa.” Mata Jihad jatuh kepada tangan kanan Jannah yang berbalut.

“Oh.. tak glamor la kes kau. Cubalah kau handle kes artis ke apa? Untung-untung kau boleh masuk TV. Famous kau nanti. Dah la kau tu handsome!” Riuh bunyi ketawa empat lelaki  itu di dalam bilik Jannah.  Dalam tawa rakan-rakan mereka, pandangan Jihad dan Jannah bertaut seketika.

“Eh, tu bunga untuk Jannah ke?” Soal Khalid merujuk kepada jambangan yang baru Jihad beli dari kedai bunga yang terletak di lobi hospital.

“Tak. Untuk kau. Nah.” Jihad menghulurkan jambangan bunga ros dua puluh empat kuntum itu kepada Khalid.

“Hish… bagi saja lah kat dia. Yang kau pegang dari tadi tu buat apa?”

Jihad berdehem sebelum dia menghampiri Jannah. Sekilas dia memandang kepada satu jambangan bunga yang besar lagi cantik yang sudah tersergam di atas meja kecil di tepi katil Jannah. Sangat berbeza jika dibandingkan dengan jambangan yang berada di tangannya.

For you. Get well soon, ok?” ucapnya perlahan.

Thanks.” Jannah menerima dan meletakkan bunga itu di atas pangkuannya.

“You’re welcome.”Jihad tersenyum manis.

Dua mata itu bertaut sesaat sebelum Khalid mula berdehem dan ikuti oleh gelak tawa lelaki-lelaki di belakangnya.

“Jangan tenung anak dara lama-lama.” Usik Malek dan Jihad segera menoleh dan berjalan kembali untuk mengambil tempat berdiri di belakang rakan-rakannya.

“Siapa langgar kau, Jannah?” soal Sam.

“Anak Tan Sri mana tah. He ran a red light.”

Seriously? Dia berhenti tak lepas dia langgar kau?”

“Mestilah. Gabra habis mamat tu sebab dia tahu dia salah. Siap hantar aku ke sini and he insist in footing the bill.”

“Wah.. biar benar! Guilty la tu. ”

“Aku dah cakap aku ada medical coverage tapi dia insist. So lantak dialah.”

“Kau dah buat laporan polis tak?”

Jannah menggeleng.

“Kenapa tidak?” Sampuk Jihad dari belakang.

“Malas. Perkara kecil. Luka sikit aja pun.”

“Dia melanggar lampu merah. Itu bukan kesalahan kecil.” Tegas Jihad.

I don’t like to deal with the authorities. I have better things to do.”

You letting him off easily could make him repeat the same action and cause injuries to others.” Suara Jihad sudah bertambah tegas. Matanya tajam memandang Jannah.

Jannah mendengus geram.

I think I scared him enough.

You think?” soal Jihad. Mata Jihad masih tepat memandang Jannah. Dia jelas tak puas hati dengan sikap Jannah yang mengambil ringan kemalangan ini. Dia tidak akan sekali-kali melepaskan seorang pemandu yang tidak bertanggung-jawab.

“Eh Jannah, tu bunga dari dia ke?” soal Malek, sengaja dia menyampuk kerana dia dapat merasakan suhu bilik yang tiba-tiba menjadi panas. Kalau dibiarkan keduanya bertikam lidah, ada kemungkinan sampai pagi esok pun tak habis.

Jannah menarik nafas and menoleh ke arah Malek walaupun dia sedar Jihad masih merenungnya.

“Entah. Aku bangun pagi tadi dah ada.” Dia menjeling jambangan besar itu sesaat. Memang cantik dan pasti mahal harganya.

“Laa.. tengok la…” Malek sudah melangkah menghampiri jambangan itu.

“Kan ada kad ni… meh aku baca…”

Jannah sekadar membiarkan saja. Malas dia nak melayan. Denyutan dikepala dan sakit kakinya masih terasa walaupun dia sudah diberi ubat penahan sakit.

{I am so sorry. Please allow me to make it up to you. - Khairy}

“Wahhhh… apasal aku rasa macam dia nak mengurat kau jer ni, Jannah?” soal Malek.

“Ayat dia memang sah macam nak beli jiwa kau, Jannah.” Khalid pula mencelah.

Jannah tidak mengendahkan soalan-soalan itu. Matanya turun memandang jambangan bunga ros merah dipangkuannya.

“Ya lah babe. Aku rasa anak Tan Sri ni nak ayat kau.” Nick turut menyampuk sama.

Sebelah tangan Jannah naik memicit dahinya.

Guys, kepala aku pening la. Aku nak tidur.” Balas Jannah. Malas dia nak melayan sebenarnya apabila rakan-rakannya itu sudah mula nak mengarut begitu.

“Kau ni Jannah, tak boleh kena usik sikit. Terus halau kita orang balik.” Rungut Nick.

“Korang baliklah. Kepala aku dah berdenyut ni. Aku nak baring.”

“Ya lah. Faham. Esok kita orang datang lagi tau.” Malek memberitahu.

“Tak payah. Tak perlu susah-susah. Aku okey. Entah-entah, esok aku dah boleh balik pun. ”

“Apa-apa pun, just inform us, ok?” pinta Malek.

Jannah sekadar mengangguk dan menghantar keempat-empat lelaki itu keluar dengan pandangan matanya. Hanya Jihad yang tidak berganjak.

“Khael?” Malek berpaling apabila dia melihat Jihad tidak ikut sama.

“Korang jalan dulu.” Jawab Jihad pendek.

“Hmm.. ko jangan nak menyakat adik aku pulak? Mengamuk dia karang. Mahu terbalik hospital ni nanti.” Malek mengusik sambil menepuk belakang Jihad. Dia sedia maklum hasrat hati lelaki itu.

Jihad sekadar mengangguk dan dia berdiri di pintu bilik Jannah sehingga kelibat rakan-rakannya hilang di sebalik pintu wad yang menuju ke ruang lift.

Daun pintu dikuak sedikit memandangkan hanya mereka berdua yang tinggal di dalam bilik itu. Jihad menarik sebuah kerusi untuk duduk berdekatan dengan katil Jannah. Untuk seketika mereka tidak bersuara. Jannah kembali merenung bunga dipangkuannya. Pertama kali dia menerima jambangan bunga ros merah. Bunga kegemarannya.

“Are you ok?” Soalan itu kedengaran seperti satu bisikan di telinga Jannah. Cukup lembut. Berbeza dengan nada suara rakan-rakannya tadi.

“Not really but I will be fine.”

“Kenapa tak beritahu saya?”

“Perkara kecil.”

“I thought we are friends?”

“We are.”

“Patutnya awak beritahu saya.”

“Saya tak mahu awak risau lebih-lebih. Lagipun saya bukannya cedera teruk.”
 
Jihad menarik nafas.

“Kaki patah?”

“Tak. Luka.”

“Kenapa tak bawa kereta?” Selalunya dihari kerja, sama sepertinya, Jannah akan memandu kereta. Motor mereka hanya untuk aktiviti selepas waktu pejabat dan pada hujung minggu.

“Saya nak cepat.”

“Tak pakai protective gear?”

“Tak.”

Jihad mengeluh perlahan.

Mata Jannah masih tunduk. Tidak sekali pun dia memandang lelaki yang sedang menyoal siasatnya itu. Tangannya menyentuh kelopak-kelopak bunga merah itu.

Meeting?”

Site Inspection.”

“Lengan?”

Bruises.”

“Dahi?”

“7 stitches.

Jihad menyilang tangan ke dada. Dadanya sakit melihat luka-luka di badan Jannah. Matanya merenung jambangan bunga besar ditepi katil Jannah.

This Khairy guy, is he trouble?”

No.

Are you sure?

“Jihad, saya tahu jaga diri saya. Saya bukan budak kecil.” Dengus Jannah perlahan.

“Saya tahu awak bukan budak kecil tapi awak tetap seorang perempuan.”

Jannah tidak menjawab. Mengenali Jihad, dia tahu lelaki itu risau akan dirinya tetapi dia tidak mahu tumpuan yang lebih dari lelaki itu. Dia masih belum bersedia untuk menerima apa yang ditawarkan kepadanya. 

Jihad melepaskan satu nafas yang panjang. Lama dia merenung Jannah.

Do you know how painful it is for me not being able to hold you right now?

Terkejut mendengar soalan itu, Jannah mengangkat wajah dan serentak itu matanya bertembung dengan pandangan Jihad yang sedari tadi asyik merenungnya. Dia seakan dapat melihat kesakitan di mata lelaki itu.

Marry me, Jannah.”

Lama pandangan mereka bertaut. Sungguh Jannah tak faham mengapa lelaki ini mahukan dirinya. Bukan sekali Jihad menyatakan keinginan untuk memperisterikannya. Sudah beberapa kali dalam tempoh mereka kenal.

“Jannah…”

“Saya tak boleh, Jihad.” Matanya menagih satu pengertian dari lelaki itu. Lelah dadanya kerana terpaksa berhadapan dengan soalan yang sebegitu setiap kali mereka berjumpa.

Why?” Kali ini Jihad nekad untuk cuba menyelami hati seorang Jannah.

I have my reasons.

Tell me. Saya nak tahu sebab-sebabnya. Buat saya faham.”

“Jihad, please…” Jannah memicit kepalanya yang sedang berdenyut hebat.

“Saya tak cukup baik untuk awak?”  Jihad memulakan sesi soal jawabnya sekali lagi.

“Awak sudah cukup baik.”

“Saya tak cukup kaya?” Sengaja Jihad menduga walaupun dia tahu benar itu bukan apa yang dicari Jannah. Dia kenal siapa Jannah walau seribu kali gadis itu menafikannya.

“Saya tak memandang harta kekayaan.”

“Saya tak cukup tampan?” Sekali lagi Jihad menduga.

Jannah yang tadi tunduk kini kembali merenungnya. Jihad nampak cukup segak dengan lengan bajunya yang sudah berlipat ke siku. Memang tiada apa yang kurang pada lelaki itu.

“Allah memandang hati seseorang bukan rupa.”

“Saya tak layak menjadi imam awak?”

“Saya yang tak layak menjadi makmum.”

That is for me to decide.

Jannah mengambil nafas.

“Saya anak yatim piatu.”

“Bila kita nikah, saya akan jadi keluarga awak.”

“Saya tak punya apa-apa.”

We will have each other and that is enough.”

“Saya dah biasa hidup seorang diri.”

and you will get use to being us.”

“Saya dah biasa buat keputusan sendiri.”

“Bila kita berdua, awak akan biasakan diri untuk merujuk kepada saya sebagai suami.”

“Jihad.. please let’s just stop this…”

Are those your only reasons?” Jihad masih menekan.

Jannah diam.  Matanya terasa panas. Air mata yang sudah sekian lama tidak menjengah tubir mata, kini sudah bergenang di situ. Dia dapat mendengar Jihad sedang menghela satu nafas berat.

“Jannah, I am in love with you.”

I am not and right now, I hate you.” Sungguh dikala ini dia bencikan Jihad kerana penyataan yang baru dibuat oleh lelaki itu telah menyebabkan air matanya mengalir. Dengan pantas dia menyeka air mata yang gugur itu dengan belakang tangannya.

I hate you for making me weak’ bisik hati Jannah.

“Awak tak benci saya Jannah. Awak cuma takut. Takut untuk membuka hati awak yang sudah sekian lama awak kawal rapi.  Takut awak akan dilukai. Buka pintu hati awak, Jannah. Belajar untuk menerima dan mencintai saya. Saya berjanji yang saya akan sabar menunggu cinta awak dan sementara itu, saya yakin kasih sayang saya akan cukup untuk kita berdua.”  Jihad tahu air mata yang mengalir itu menandakan dia sudah berjaya menyentuh hati seorang Jannah.

Tiba-tiba ada bunyi ketukan di pintu.

“Assalamualaikum.” Suara seorang lelaki memberi salam.

“Waalaikumsalam.”  Salam tersebut disambut oleh kedua penghuni bilik itu.

“Boleh saya masuk?” Suara itu bertanya.

“Masuklah Encik Khairy.” Jemput Jannah sambil dia membetulkan duduknya. Kain selimut ditarik untuk menutup kakinya.

Jihad memandang Jannah seketika sebelum dia menoleh kepada lelaki yang baru melangkah masuk itu.

“Oh ada tamu. Hai, saya Khairy.” Lelaki itu menghulur tangan untuk berjabat.

“Jihad.”

“Saya menganggu ke?” Khairy bertanya kepada Jannah.

No. You’re not. Have a sit. Just don’t mind me.” Jihad segera menjawab sambil melangkah ke sofa di tepi tingkap bilik itu. Majalah yang ada di situ dicapai dan dia mula membaca.

Jannah merenung Jihad seketika. Terbit marah dihatinya dengan tindakan Jihad yang tidak mahu meninggalkan bilik itu. Terasa seperti ruang peribadinya dicerobohi. Sungguh dia tidak faham kenapa Jihad mesti berada di situ. Ikut hati memang mahu saja dia menghalau lelaki itu tetapi akalnya menegah.

“Err.. how are you feeling today?” soalan Khairy membawa Jannah kembali memandang lelaki yang sudah duduk di sebelah katilnya itu.

Better.” Jawabnya sepatah. Dia juga tak faham tujuan lelaki ini datang melawatnya. Semalam juga begitu. Selepas selesai urusan daftar masuknya ke situ, lelaki itu masih duduk bersamanya sehingga dia tertidur.

Did you sleep well?”

I did. Thanks.”

“Saya nak minta maaf sekali lagi kerana melanggar awak.”

“Encik Khairy…”

Just call me Khairy, please..”

“Hmm.. Ok. Khairy. Look, you have said that a few times sejak semalam dan saya dah pun maafkan awak. So let’s drop it.”

Lelaki itu ketawa kecil.

Jihad sekadar mendengar perbualan itu dan sesekali melihat adegan itu dengan ekor matanya.

Sorry. Tapi saya betul-betul rasa bersalah. I kinda of mess up your day and probably your week…hmm..Oh and I hope you like the flowers.” Matanya memandang kepada jambangan bunga ros dipangkuan Jannah. Adakah jambangan bunga itu menandakan gadis ini sudah berpunya?

Thanks. You didn’t have to.”

That’s the least I can do..,”

“Err..Jannah?”

Yes?

“Boleh kita jumpa selepas awak keluar dari hospital?”

“Maaf, Khairy. We can’t.” Dia faham permintaan lelaki itu. Dia bukan budak-budak.

Are you taken?” Semasa mengisi borang kemasukan semalam, Khairy tahu akan status perkahwinan gadis itu.

Jihad menahan nafas.

No.”

Something you don’t like about me?”

‘Ya Allah, here we go again.’ Keluh Jannah.

No. I just don’t believe men.” Jawab Jannah jujur.

“Wow..” lelaki itu seakan hilang kata-kata.

So, thank you Khairy for footing the bill. Anggaplah itu sebagai penebus rasa bersalah awak. Terima kasih sekali lagi for the flowers. Cuma saya harap tidak ada lagi selepas ini. Saya tak mahu terhutang budi. Now if you don’t mind, saya penat.”

Kedengaran lelaki itu berdehem perlahan. Mungkin sedikit terkejut mendengar apa yang baru dikatakan oleh Jannah. Lama juga dia berdiri merenung Jannah yang sedang memegang dahinya dengan matanya yang tertutup.

“Ehmm.. kalau begitu saya balik dulu. Insya-Allah we will be in touch. Assalamualaikum.”

Khairy berpaling untuk mendapatkan Jihad. Kedua lelaki itu berpandangan seketika sebelum tangan mereka berjabat. Ada soalan di hati masing-masing.

Selepas Khairy keluar, Jihad melangkah ke katil Jannah. Mata gadis itu masih pejam.

“Awak dah makan ubat?”

Jannah sekadar mengangguk perlahan. Denyutan kepalanya terasa semakin kuat.

“Nak saya panggilkan doktor?”

“Tak perlu.”

Jihad menarik tirai disekeliling katil Jannah.

“Awak boleh buka tudung awak. I won’t peek.” Ujarnya sambil dia beredar semula ke sofa.

“Jihad, awak baliklah.” Pinta Jannah dari sebalik tabir.

I am staying.” Tegas bunyi suara itu.

“Jihad, please… saya letih.”

Then just sleep, Jannah.”

9 comments:

  1. jihad..jannah...tk sabar akk nk peluk2 novel nih dik zana....bila ek....

    ReplyDelete
  2. rasa diri disayangi kan jannah... betapa ruginya andai ko melepaskan dia pergi Jannah... Dia yg tak pernah letih menjadikan kan dirimu makmumnya... berilah peluang... pada seorg lelaki yg bernama Jihad utk menjadi imammu...

    ReplyDelete
  3. X sabar nk tunggu novel ni keluar sis.

    ReplyDelete
  4. bila nak klua novel ni?sy nak jd org petama yg dpt pegang.

    ReplyDelete