Thursday, July 18, 2013

Cinta Kita - Chapter 20



Love is someone who feels like a part of you

[Assalamualaikum. Dah tidur?]

[Waalaikumsalam. Not yet. Reading.]

[Can I call you? I miss hearing your voice.]

[Just the voice?]

Dan telefon Qistina berbunyi.

“Assalamualaikum, sayang” panggilan Khalish untuknya sudah bertukar. Qistina tersenyum bahagia.

“Waalaikumsalam. Kenapa tak tidur lagi?” soal Qistina lembut.

“I tak boleh nak tidur. I tried to but my eyes refuse to shut. I think  it is because I am missing my heart.”

Qistina tergelak kecil. Khalish sudah pandai bermanja dengannya.

“Siapa pulak yang ambik heart you tu?” usik Qistina.

“Adalah orang tu. Didn’t I tell you about her?”

Hmm.. Nope. I don’t remember you ever mentioned her.

Well, she stole my heart. A real rare find that one. Someone yang bila kita jumpa, mesti jatuh sayang pada dia. Kalau tak jumpa, kita jatuh rindu. She is warm, peramah, penyayang, penyabar, loyal and a good friend”

Wow. How lucky can you get? If that is the case, you better hold on tight to her” usik Qistina. Khalish boleh mendengar senyuman disebalik kata-kata itu.

Yup. That is the plan. Infact, esok my family nak pergi jumpa family dia dan kami nak ikat dia ketat-ketat”

Pecah ketawa Qistina. Macam-macam Khalish ni.  

Mereka diam sebentar melayan rasa hati masing-masing. Senyum hadir dibibir masing-masing.

What are you reading, sayang?” soal Khalish perlahan.

The Surrendered Wife” jawab Qistina.

“La.. belum jadi wife I, you dah nak surrender?” Khalish sudah tergelak besar.

Qistina turut sama ketawa..

It’s not that kind of surrender la En..cik Khalish. It is a guide book on how a wife should relinquish inappropriate control of their husbands and focus on their own happiness in order to bring romance back into their relationship” saja Qistina tekankan perkataan encik itu.

“Hmm..I see.. but I like the idea of surrender very much” Khalish mengusik lagi.

“Suka ya?”

“Sangat suka!”

Mereka tergelak lagi.

“Hmm.... En..cik Khalish. Saya dah mengantuk..nak tidur”

“Aik, sebut surrender terus nak tidur dah? Nak surrender betul nampak?” lagi giat Khalish mengusiknya. Pipi Qistina dah terasa panas. Nasib baik Khalish tak nampak!

“Kita sambung esok ye, Encik Khalish? Saya dah mengantuk ni. Esok saya sibuk”

“Sayang nak saya datang tolong ke?”

“Eh eh tak payah Encik Khalish. Encik Khalish duduk diam-diam dirumah ya?”

Khalish ketawa lagi.

“La.. saya tak boleh datang tengok orang tu kena ikat ke?” Khalish menyambung gelaknya.

“Kalau nak kena ikat dengan Pak Long, datanglah” giliran Qistina untuk ketawa.

“Hmm… ok lah.. kalau macam tu, saya duduk rumah je lah. Oklah, sayang pergilah tidur. Kalau ada apa-apa, bagi tahu saya ye?”

“Ya Encik Khalish. Tolong jangan risau. InsyaAllah, kita sama-sama berdoa agar Allah permudahkan urusan kita esok”

“Allahuma Ameen.. err Qis?”

“Ya?”

You know that I love you, right?”

Qistina tersenyum lebar.

Yes, Encik Khalish. I know. Now, can we go to sleep?”

Khalish tertawa lagi.

Good night, sayang. Tidur mimpikan saya, ya? Assalamualaikum” sempat lagi Khalish mengusik.

“Waalaikumsalam warrahmatullah..”

Dihujung talian, Khalish juga tersenyum mendengar panggilan Qistina untuknya - “Encik Khalish”. 

~~

Majlis merisik telah berjalan dengan lancar seminggu yang lalu. Ibu bapa Khalish sendiri yang mewakili dirinya sementara keluarga Qistina diwakilkan oleh Pak Long serta Mak Longnya.
Selain dari merisik, majlis itu dijuga merupakan majlis pertunangan Qistina dengan Khalish. Qistina yang sudah memberitahu Khalish yang dia tidak mahu mengadakan sebarang majlis pertunangan terkejut apabila Umminya memanggilnya untuk duduk diruang tamu dimana mereka sedang berbincang. Dia ketika itu sedang sibuk didapur menyediakan makan tengahari untuk rombongan keluarga Khalish.

“Qis, duduk sekejap. Puan Sri ada nak beritahu sesuatu” Ummi mengarahnya untuk duduk.

“Iskh Kak Maryam ni, tak payah Puan Sri segala. Kan saya dah kata, panggil saya Lia sahaja. Qis panggil Ibu jer ya?” lembut tutur Puan Sri Kamelia. Dia memegang tangan Qistina. Qistina dah naik segan.

“Pertamanya, Ibu nak minta maaf sebab Khalish tak sempat lagi bawa Qis ke rumah kami.”

“Eh jangan cakap macam itu, Ibu. Patutnya Qis yang minta maaf sebab tak sempat ke rumah Ibu.” sungguh Qistina segan dengan ibu Khalish.

“Qis tak datang sebab Khalish tak bawa. Entahlah kak Yam, orang laki-laki ni, fikiran mereka lain dari kita. Si Khalish tu, hujan tak ada, ribut jauh sekali tiba-tiba dia beritahu saya yang dia dah melamar Qis. Kelam kabut kita dibuatnya” Qis dah tertunduk malu. Pipinya dah terasa panas. Mesti merah mukanya.  Yang lain-lain dah tersenyum lebar.

“Dia takut Qis kena sambar lah tu” Tan Sri Hamid pulak berseloroh. Pecah gelak semua orang. Qistina masih menunduk. Dia tengah memikirkan kenapa dia harus duduk ditengah-tengah mereka yang sedang berbincang pasalnya itu. Selalunya orang yang dirisik tak perlu duduk bersama.

“Hmm.. Qis” ibu Khalish masih memegang tanganya lembut.

Qistina mengangkat kepalanya.

“Khalish bagi tahu Ibu yang Qis tidak mahu membuat majlis pertunangan. Betul?” soal Puan Sri Kamelia lembut.

“Ya betul, Ibu.” Angguk Qistina. Pada Qistina buat apa nak buat majlis pertunangan jika tempoh pertunangan mereka hanya 2 bulan.

“Sebab dalam 2 bulan kamu akan bernikah?” Ibu Khalish sudah tersenyum merenung wajahnya.

“Ya Ibu. Qis tak nak menyusahkan semua orang. Cukuplah dengan majlis nikah kami nanti. Maaf ya Ibu kalau Ibu kecil hati.” Ujar Qistina ikhlas.

“Kami tak kisah Qis. Yang penting Khalish bahagia. Dan Ibu nampak kebahagiaan itu diwajah anak ibu itu kebelakangan ini. Ibu harus berterima kasih kepada Qis untuk itu. Anak ibu itu dah lama keseorangan.” Suara Puan Sri Kamelia sudah kedengaran sebak. Tangannya masih mengusap tangan Qistina lembut. Qistina pula sudah menunduk. Dia turut sebak mendengar suara ibu Khalish yang sebak itu. Ditahan air matanya supaya jangan menjengah pipinya.

“Sudahlah tu Puan Kamelia. Sketsa sedih dia dah keluar pulak. Hari ini hari yang baik. Tak baik bersedih.” usik Tan Sri dari tempat duduknya. Puan Sri Kamelia berpaling sebentar memandang ke arah suaminya. Satu senyuman dan anggukan diberikan.

“Hmm ialahkan Ibu ni. Maaf ya Kak Yam, Abang Long, Kak Long, Saya teremotional pula” Puan Sri tergelak kecil.

“Eh tak pe, Lia. Akak faham. Kita ni masing-masing hanya ada seorang anak. Maka bahagia dia, bahagialah kita dan derita dia, deritalah jugak kita kan?” pandai Ummi menjaga hati bakal besannya itu.

“Betul tu, Kak Yam” Puan Sri mengangguk setuju. Matanya memandang Qis semula.

“Hmm.. Qis, walaupun tidak ada majlis pertunangan, Ibu nak tunaikan hasrat Khalish. Dia  tetap hendak beri Qis sebentuk cincin tunang.” jelas Puan Sri Kamelia lembut dan Qistina sedikit terkejut. 

Mata Qis laju mengikut tangan ibu Khalish yang sedang membuka sebuah kotak kecil berwarna biru turquoise beriben putih dan mengeluarkan sebentuk cincin. Qistina ingat cincin berlian itu. Dia dan Khalish masuk ke kedai yang berada di KLCC itu kerana ingin memilih cincin untuk majlis nikah mereka. Sedang mereka leka memilih, Qistina ternampak cincin ini dan dia meminta untuk mencubanya. Sungguh dia tak sangka yang Khalish akan membeli cincin itu sebagai cincin pertunangan mereka. Khalish dah pandai buat surprise!

8 comments:

  1. ohmaii.. khalish sgt comei dan qis sgt sopan.. english yg fluent..oh jeles di situ.. tak sabar menanti diorang sah.. windu husna.. hope dugaan membadai tak adalah sampai tsunami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohmaii... terima kasih Puan Penulis.. comment anda sangat sangat saya hargai.. insyaAllah, dugaan bukan sebesar tsunami :-)

      Delete
  2. Oooooo..... I love Khalish!!!!!! He's such a dreamboat...... tak sabar tunggu next chapter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tak leh love Khalish.. dia Qistina punya.. :-D

      Delete
  3. Its full with surprises. Btw regarding tunang tu, ttba teringat kuliah by UAI

    Khitbah atau bertunang adalah mukadimah bagi sebuah perkahwinan. Ia dilakukan selepas seorang lelaki mencari dan berpuas hati dengan semua sifat yang ada bagi seorang wanita untuk disunting menjadi isterinya.

    Sesungguhnya Allah SWT mengharuskan khitbah (bertunang) sebagai salah satu daripada syariat atau perundangan dalam Islam. Dalam tempoh inilah pasangan perlu mengenali hati budi masing-masing supaya mereka dapat membina keserasian dalam membina mahligai cinta abadi.

    Bab sarung2 cincin tu just adat melayu :) Just Sharing
    khadijah

    ReplyDelete
  4. cite nie ada dalam perancangan nak buat drama tv tak? if ada, can i go to casting for watak Qistina? wakaka berangan jap~ tak dapat jadi Qistina betul, berlakon pun boleh~ hihi

    ReplyDelete
  5. so sweet .. i believe everywomen deep down want to be suprised .. in deed a good one .. like it so much ..

    ReplyDelete