Saturday, July 13, 2013

Cinta Kita - Chapter 19



“Papa cepatlah!” sudah kedengaran suara Husna dari ruang tamu.

“I am coming, Husna. Tak baik menjerit Baby. Kan hari ini Hari Raya?” Khalish mengingatkan si kecil.

“Dah Papa lambat. Penat dah Husna tunggu” Husna buat muka letih.

Khalish memandang ke arah Husna yang sudah lengkap bertelekung sambil tersenyum.

‘Entah-entah dia memakai telekung dari Subuh tadi tak?’detiknya dalam hati.

“Ye lah. Papa aje lah yang lambat dan bukan Husna yang selalu tak sabar-sabar” usik Khalish sambil mengosok kepala anaknya.

“Ni tak nak salam Raya dengan Papa dulu ke?”

“Tadikan dah salam?”

“Tadi tu salam biasa selepas solat, Baby. Ini salam Hari Raya. Dah lupa?”
Husna menggaru kepalanya sambil tersenyum.

“Hmm.. Ok. Papa duduk situ” dan Khalish mengambil tempat duduk. Husna perlahan-lahan menurunkan badannya untuk melutut dihadapan Khalish.

“Hmm.. Papa, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Husna nak minta ampun and cakap sorry kalau Husna ada buat Papa marah. Husna tahu kadang-kadang Husna naughty but I am seven years old and I am allowed to be naughty, right?

Khalish menahan tawanya tapi mukanya dibuat-buat serius.

“Papa, papa maafkan Husna, ok? Husna sayang papa sangat-sangat. You’re the best Papa in the world. Semua papa-papa tak boleh menang kalau lawan dengan Papa Husna ni. Husna saaayang Papa” tangan Khalish dikucup lembut dan kemudian kedua-dua pipi Khalish dicium dan akhirnya satu pelukan erat diberikan.

“Papa jugak sayang Baby Papa ni dan Papa maafkan segala salah Husna” Khalish membalas pelukan anaknya itu dengan erat.

Di raya-raya yang lepas, setiap pagi Raya selalu meruntun jiwa lelakinya. Dia sering teringatkan kepada arwah Dahlia. Betapa indahnya kalau mereka bertiga berhari raya bersama. Dia membayangkan betapa riuh rumah itu dengan keletah si ibu dan anak.  Namun realitinya hanya mereka berdua saja yang berada di rumah pada setiap pagi Raya. Mak Jah selalunya akan pulang ke kampung beberapa hari sebelum Raya untuk bersama saudara-maranya.

“Hmm.. Papa, boleh tak jangan panggil Husna, baby?”

Why?” terkejut Khalish mendengar permintaan anaknya itu.

“Sebab Husna bukan baby lagi. Malu lah Papa!” rengek si Husna.

“Ye ke Husna bukan baby?” usik Khalish

“Papa, I am seven years old. Baby are those yang baru lahir tu…”

“Tapi kadang-kadang Husna merajuk macam baby?”

“Mana ada? Bila?”

“Tadi tu?”

“Alaaa, Papa, please?”

“Ok ok.. no more baby for you. So Papa boleh nak panggil apa ya?”

“Apa-apa pun tak apa, asal bukan Baby”

“Ok nanti Papa fikirkan ye, baby” usik Khalish sambil ketawa kecil.

“PAPA!” jerit si kecil.

“Alamak terlupa.. ok.. ok.. jom kita pergi Masjid. But before that, Husna dah minum susu tak?”

“Dah. Husna dah makan cereals pun. Papa?”

“Papa pun dah minum sikit tadi. Ok jom.”

Dua beranak itu berjalan menuju ke kereta.

“Hmm.. Kita pergi rumah Auntie Qis dulukan? Semalam Auntie kata dia solat Raya dengan kita.” soal Husna apabila Khalish memulakan pemanduannya.

“Yes, Princess.” Husna tersenyum lebar. Princess is better than baby

~~

Selesai solat Hari Raya, mereka singgah untuk bersarapan di rumah Qistina. Perut masing-masing memang sedang lapar maka memanglah seronok apabila melihat bermacam lauk yang dihidangkan oleh Puan Maryam.

“Pukul berapa nak bertolak ke Kuantan?” soal Khalish sambil memandang ke Qistina yang ayu berbaju kurung warna biru. Mereka sedondon pagi ini. Memang sudah terasa bagaikan satu keluarga. Hati Khalish terasa sedikit pedih bila mengenangkan mereka terpaksa berpisah sebentar lagi. Dia menuju ke Paroi manakala Qistina bertolak ke Kuantan.

“Lepas ni, insyaAllah. Awak bila nak ke Paroi?” soal Qistina pula.

“Sama. Lepas ni” Khalish tersenyum. Mata dia tak lepas memandang Qistina. 

“Kereta awak dah service? Nak saya tengokkan?”

“Eh, tak payah. Nanti kotor baju awak.”

“Tak pe, saya boleh buka baju” usik Khalish sambil tersenyum nakal.

Qistina membulatkan matanya. Khalish sudah pandai mengusiknya.

“Kereta tu baru service sebelum saya pergi umrah. Should be ok, don’t worry” Qistina tersenyum menatap wajah Khalish. Khalish sangat segak hari ini. Tadi di masjid, dia perasan banyak mata yang memandang ke arah mereka ketika mereka berjalan menuju ke kereta. 

“Saya risau. Tak pe, lepas makan nanti saya tenggokkan kejap.” Qistina hanya mengganguk. Tak guna nak membantah.

“Papa, lepas ni kita ambil gambar ye? Auntie cantik sangatkan?” suara si comel sudah kedengaran. Dari tadi dia duduk asyik bercakap dengan Nek Yam dia. 

“Ok, Princess and yes, Auntie cantik sangat hari ini.”  Khalish tersenyum menoleh ke Qistina dan muka Qistina sudah merona merah menahan malu.

“Wah, someone is a princess today?” sempat Qistina mengusik.

 “Dia tak bagi saya panggil dia Baby lagi. Dah besar katanya” Khalish tergelak.

“Yalah Auntie. I am seven takkan Papa nak panggil Husna baby lagi. Malu Husna kalau kawan-kawan dengar” hujah si kecil.

Qistina tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Husna ni memang bijak sungguh. 

“Hmm.. Auntie tak ikut kami pergi ziarah kubur ibu?” soal Husna.

“Tak, sayang. InsyaAllah lain kali Auntie ikut ya? Auntie kena bawa Nek Yam balik kampung. Nek Yam nak beraya dengan keluarganya.” terang Qistina.

“Err..boleh Husna ikut?” laju soalan itu keluar dari mulut Husna.

“Kalau Husna ikut Auntie, Papa nak beraya dengan siapa? Husna tak kesian kat Papa?” soal Qistina lembut kepada si kecil. Matanya memandang ke arah Khalish sebentar. Khalish tersenyum.

Angguk dua kali.

“Hmm.. yelah. Kesian Papa pulak.” Husna memandang Khalish sebentar kemudian menyambung suapannya.

Puan Mariam tersenyum lebar. Dari tadi dia diam memerhatikan gelagat tiga hamba Allah didepannya ini. Sambil itu dia tidak berhenti memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi. Sungguh dia nampak betapa cantiknya aturan Yang Maha Esa untuk anaknya. Kasih sayang diantara mereka bertiga jelas terpancar di mata masing-masing.  

Selepas mereka selesai sessi bergambar, Khalish melangkah keluar untuk memeriksa kereta Qistina. Husna mengikut Nek Yam ke dapur manakala Qistina menuruti Khalish.

“Khalish, saya rasa baik awak buka baju Melayu tu dulu. Nanti kotor” Qistina mengingatkan. Hari mereka masih panjang. Sayang kalau baju Melayu itu kotor nanti.

You don’t mind?” soal Khalish. Senyuman nakalnya sudah kelihatan.

Qistina menggeleng. Dia tahu Khalish ada memakai singlet dibawah baju Melayunya itu.
Khalish tersenyum lalu dia mula membuka butang baju Melayunya. Qistina mengalihkan pandangannya ke luar pagar.

“Sabtu depan keluarga saya akan datang merisik ya? Or have you changed your mind?” usik Khalish. Kedengaran ‘senyuman’ didalam suara itu.

Mendengar soalan Khalish, Qistina menoleh kembali. Dilihatnya baju Melayu Khalish sudah diletakkan diatas bangku kayu yang berhampiran. Khalish dengan singlet putihnya pula sedang bersandar dikeretanya sambil memeluk tubuh dan memandang tepat ke arah Qistina. Bibir Qistina mengukir senyuman sambil menganguk.

“Nanti awak tolong confirmkan the time dan bilangan ahli keluarga yang datang supaya dapat kami siapkan apa yang patut ye?” pinta Qistina.

Sure, insyaAllah” jawab Khalish sambil memulakan pemeriksaan terhadap enjin keretanya. Qistina tersenyum sambil memerhatikan Khalish dari belakang. Khalish yang berbaju Melayu pagi ini sangat tampan dimatanya. Berdebar jantungnya melihat Khalish semasa mereka sampai untuk mengambil dia dan Ummi ke Masjid pagi tadi. Lengkap berbaju Melayu, bersampin serta bersongkok. 

Umminya juga sempat mengusik mereka apabila melihat mereka bertiga berpakaian sedondon.

“Qis?” Khalish tiba-tiba berpaling memandangnya.

“Ya?” Qistina yang sedang memegang baju Melayu Khalish untuk dibawa kedalam rumah terhenti langkahnya. Terkejut apabila mendengar namanya diseru. Apa lagi apabila selembut itu.
Pandangan mereka berpaut lagi. Redup pandangan mata itu. Renungan yang Qistina suka. Yang membuat hatinya terasa damai. Yang membuat dirinya terasa begitu disayangi.

It is going to be a long 7 days for me.”   

Qistina tersenyum dan menganguk tanda dia faham.

4 comments:

  1. uiihh... sudah rindu rinduan si khalish...

    ReplyDelete
  2. amboiiii khalish..sabaq2..xlari qis awak tue...

    -alaina-

    ReplyDelete
  3. There goes Khalish. Baru nampak dia sweet but good la mcm ni. Dah pasti ngn someone, bru la tunjuk kemesraan :)
    khadijah

    ReplyDelete