Thursday, March 13, 2014

Bab 3 - Jodohku & Janji-Nya

Sejak selesai majlis kenduri tadi, Jihad diam berdiri di situ sambil memerhatikan Jannah yang sedang sibuk melayan anak-anak Malek.  Asyik benar nampaknya mereka bertiga berbual. Sesekali wajah itu mengukir senyum yang sekali gus akan membuat Jihad juga tersenyum.

Dia dan Jannah yang datang awal membantu ahli keluarga Malek untuk menyiapkan dan mengatur apa yang perlu sebelum tibanya para tetamu tadi. Dalam kesibukan mereka, Jihad perasan yang Jannah lansung tidak mengendahkannya. Senyuman yang diberi tidak berbalas. Semasa menghulurkan pinggan mangkuk kepadanya tadi pun, sepatah tidak kedengaran dari mulut gadis itu. Hanya bercakap dengan isyarat mata. Jihad pasti Jannah masih marah kepadanya gara-gara permintaan beraninya minggu lepas.

Jujurnya sejak bertemu dengan Jannah, gadis itu sentiasa berada dalam fikirannya. Sesuatu yang tidak pernah berlaku pada dirinya. Solat istikharah yang didirikan selama tiga malam berturut pun, tetap memberikan dia bayang yang sama.  Bayangan yang membuat dia lebih nekad mahu mencuba.

"Kau tengah tengok siapa tu, Khael? Tak berkelip nampak." Soal Malek yang baru datang dari dapur. Pandangan Malek mengikut arah pandangan sahabatnya itu.

"Oooooo..." Senyum Malek melebar apabila objek itu dikenal pasti.

Jihad juga mengukir senyum.

Cun kan dia hari ni?”

“Manis.”

"Berkenan ke?" soal Malek lagi.

"Ada sesuatu yang menarik aku pada dia." Balas Jihad jujur tanpa menoleh kepada yang bertanya.

"Jannah tu memang pandai melayan budak-budak. Kalau dia ada, senang aku dan Sheeda nak buat kerja. Dia memang pengasuh wajib kalau kami ada majlis di rumah. Kau tengoklah, sejak dia datang tadi, anak-anak aku terus melekat kat dia. Tu, entah apa yang mereka tengah bualkan."

"Agaknya dia ramai adik beradik kot. Tu yang dia pandai melayan budak-budak."

"Entah, itu aku tak tahu. Dia tak pernah cerita pasal keluarga dia."

"Dalam tiga tahun ni, korang tak pernah pergi rumah dia ke? Tak pernah jumpa keluarga dia?" Jihad menoleh memandang Malek. Sedikit pelik. Takkan sampai begitu sekali? Dia yang baru kenal pun sudah sampai ke rumah Malek dan juga ke rumah Arif.

"Hrmm.. tak pernah pulak. Dia pun tak pernah ajak. Eh, jom kita duduklah.  Penat dah aku berdiri dari tadi. Lagipun, kalau Jannah perasan kita tengah cakap pasal dia, masak kita. Jom!"

Jihad menuruti langkah Malek dan mereka duduk di meja makan tetamu yang disediakan di perkarangan rumah teres dua tingkat itu.  Hari itu, Malek membuat kenduri doa selamat sempena kepulangan ke dua ibu bapanya dari mengerjakan ibadah Haji.

"Thanks, dear." Ucap Malek kepada isterinya yang baru datang menghidangkan dua cawan teh tarik buat mereka.

"Jemput minum, Khael. Makanan pun banyak lagi tu. Abang, jangan lupa ajak Jannah makan nanti sebelum dia balik. Saya rasa dia belum makan tu." Pelawa isteri Malek ramah sambil mengingatkan suaminya tentang Jannah.

"Thanks, kak." Balas Jihad ringkas. Tangannya naik mengusap leher namun matanya masih melekat pada si gadis yang berbaju kurung merah jambu itu. Sangat manis di matanya. Kelihatan tangan Jannah naik untuk membetulkan tudungnya.

"Sudah-sudahlah tengok anak dara orang tu." Tegur Malek sebelum dia menghirup minuman yang dihidangkan.

"Is she with someone?"

"Amboi. Laju benar kau Khael?"

Jihad tersenyum sambil menyandarkan badan ke kerusi.

"Aku tak kuasa nak beat around the bush, Malek. Aku bukan muda." Dia memandang Malek sekilas sebelum dia mencapai cawan di meja.

“Erm... setahu aku dia belum ada boyfriend lagi. Tapi tak tahulah kalau dia rahsiakan dari kami. Kami pun tak pernah bertanya. Tapi kau serius ke ni?”

“Yup. Positif.”

Malek ketawa lepas.

"Bagus-bagus. Aku pun tak suka kalau kau main-mainkan dia. Aku dah anggap dia macam keluarga. Macam aku kata hari tu, orangnya nampak kasar tapi hati dia baik. "

"Thanks, Malek."

"Tapi kau kena hati-hati, Khael. Kena banyak-banyak sabar."

Jihad mengangguk.

"Jaga langkah kau dengan dia. Jaga adab. Dia paling tak suka lelaki yang tak ada adab. She has made that very clear with us."

Jihad mengangguk lagi. Akalnya segera menyimpan segala nasihat yang diterima.

"So, apa yang buat kau tertarik dengan dia? Kalau tak salah aku, korang belum pun officially introduced, right?"

"Something in her eyes."

"Apa dia?"

"Ada sesuatu pada pandangan matanya. Dalam berani dia, aku nampak her fear. Her sadness."

"Kau biar benar Khael. Apasal aku tak pernah nampak pun?”

“Sebab kau tak tengok dengan hati kau.”

“Peeeerrrgh. Dasyat kau. Eh, tapi kau jumpa dia baru sekali kan?"

"Dua kali. Minggu lepas kat Uptown. Kau lupa?"

"Oh ya! Tua dah aku ni." keluh Malek sambil membetulkan kopiah di kepala.

"Oh ya, malam tu masa dia balik, kau kejar dia kan? Lepas tu kau terus hilang. Kau pergi date dengan dia ke apa?"

Jihad tertawa kecil.

“Malek, kau kenal dia kan? Kau rasa dia semudah itu ke?"

Giliran Malek pula untuk ketawa.

"Nope. Aku kenal adik aku tu. It will take a strong man to soften her. Jadi, aku nak tanya kau ni, kau kuat ke?” soal Malek. Nada suaranya terus jadi serius. Sudah tidak berbekas lansung tawanya tadi.

Jihad diam. Kuatkah dia?

“Cukup ke kesabaran kau?” soal Malek lagi. Dia mahu mendapat kepastian. Tidak mahu Jannah dipermainkan.

“InsyaAllah. Kalau dia janjiNya untuk aku, aku akan diberi kekuatan itu.”

Malek merenung Jihad sebentar. Dia ingin mencari keikhlasan lelaki itu.

“Alhamdulillah. Kalau kau betul ikhlas, aku sokong kau dari belakang.”

“Terima kasih, Malek. Kau tolong doakan sama. Semoga Allah lembutkan hati dia untuk terima aku.”

“Ermmm..kau duduk kejap. Aku pergi panggil dia ke mari.”

“Eh, tak payah lah.” Cepat-cepat Jihad membantah.

“Lar, kenapa pulak?”

“Aku rasa dia marah lagi dengan aku tu.”

“Marah? Aik? Apa kau dah buat kat dia?”

“Bukan buat tapi kata.”

“Apa kau kata kat dia?”

Jihad cuma menarik senyum. Biarlah itu antara dia dan Jannah sahaja.

“Adalah. Aku rasa dia marah. Dari tadi tak bertegur dengan aku.”

“Ya ke? Kejaplah biar aku panggil dia.” Malek terus bangun dan pergi mendapatkan Jannah.

Dari tempat duduknya , Jihad nampak Jannah menggeleng laju. Mengatakan sesuatu kepada Malek sebelum dia berdiri dan berlalu ke dalam rumah.

Malek memandang Jihad dan mengangkat kedua bahunya.  Dia kembali ke meja mereka bersama dua orang anaknya.

Sorry Khael. Dia nak balik katanya.”

“Tak apa. Aku dah agak dah. Jom Aleesya, kita pergi ambik kek nak?” Pelawa Jihad kepada anak perempuan Malek yang berusia 10 tahun itu.

“Saya nak jugak!” Teriak Rayyan.

“Ok, jom dua-dua.” Jihad menghulurkan kedua-dua belah tangannya untuk dicapai oleh kedua anak Malek. Seorang di kiri dan seorang di kanannya.

Sedang mereka sedang memilih manisan untuk diletak di atas pinggan, tiba-tiba Aleeya berteriak riuh.

“Auntie Jannah! Marilah makan dengan kami.” Aleeya mengajak.

Jihad menoleh ke arah Jannah yang baru keluar dari rumah. Nampak gayanya sudah bersiap untuk balik. Mata mereka bertemu sesaat sebelum Jannah melontarkan senyuman untuk Aleesya. Walaupun dia sangat arif yang senyuman itu bukan untuknya namun jantungnya tetap berubah tempo.

Dari ekor matanya, kelihatan Jannah sedang melangkah ke meja buffet.

“Auntie nak balik la sayang.” Jannah menyentuh bahu Aleesya.

Nada lembut suara itu menyapa telinga Jihad. Dia menyimpan senyum. Tak sangka Jannah yang selalu bersuara tegas dan kadang-kala kasar boleh menjadi selembut itu.

“Alaa… makan la sekejap dengan kami. Lepas tu Auntie balik la. Pleaseeeeee.” Aleesya buat muka comel dia.

“Ha-ah, Aunty. Pleaseeee….Meh la makaaaan…” Rayyan pula merengek sambil menarik hujung baju kurung Jannah.

Jannah menarik nafas. Satu kelemahannya. Dia memang cepat kalah dengan budak-budak.

“Okey. Okey. Jom.”

“Yeay!” Teriak Aleesya dan Rayyan serentak.

“Kita orang tunggu Auntie kat meja eh?” Sambung Aleesya dan keduanya berlalu dengan riang sambil membawa piring masing-masing menuju kepada Malek.

Jihad menghulurkan satu pinggan makan kepada Jannah.

“Kak Sheeda kata you belum makan.” Katanya ringkas.

Jannah agak terkejut dengan penyataan itu. Namun mulutnya masih terkunci.

“Lauk pun banyak lagi. Makanlah sikit. Tak baik datang kenduri tapi tak menjamah hidangan.” Sambung Jihad.

Malas mahu mendengar kata-kata lelaki itu, pinggan yang dihulur cepat-cepat diambil dan dia menuju ke deretan lauk-pauk yang menanti.

You’re welcome.” Sambut Jihad tersenyum sebelum dia juga melangkah kembali ke meja Malek. Dia puas hati.



BERKALI-kali dia cuba menghadamkan bacaannya namun dia tetap gagal. Sudah lebih 10 minit dia tersangkut pada muka surat ini. Entah berapa kali sudah dia mengulang baca setiap satu perenggan. Penting sebenarnya untuk dia memahami konsep yang sedang dia baca itu kerana dia perlu membentangkan pada mesyuarat mingguan nanti. Namun nyata dia hilang tumpuan. Dia mengeluh perlahan dan membuang pandang ke luar tingkap.

So what is eating you?"       

Jannah terus menutup buku ditangan dan meletakkan ia di atas meja. Dia memandang kepada tuan badan yang bertanya.

"Huh?"

"I know that face, woman. Kita bukan kenal semalam."

"Tak ada apa-apalah. I am good."

"Jannah, you are never good at lying. Something is cooking. I can smell it. Dah beberapa hari aku tengok muka kau tu. Asyik nak berangin jer."

"Angin? Mana ada tangachi!"

Safi membulatkan matanya. Bibirnya dicebikkan.

"Aiyo Jannah, just spill it la. Cepat! Aku tak nak tengok muka jeruk kau tu. So what is it? Better yet, who is he? Aku kenal tak?" soal Safi sambil menaikkan kedua keningnya. Duduknya disofa dibetulkan.

Jannah merenung Safi yang sedang tersengih dan teruja memandangnya.

"Mamat."

"WHAT?? MAMAT??!" Teriak Safi tiba-tiba.

"Hoi, apa hal kau ni?? The guy is soo annoying tau tak?!"

"Annoying? Enna? Dia buat apa?"

“Bukan buat tapi kata.”

“Dia kata apa?”

Jannah mendengus kuat. Duduknya ditegakkan.

"Kau tahu, dia baru jumpa aku dua kali, dua kali, okey then tiba-tiba dia boleh kata dia nak jadi imam aku! Apa hal?!"

Safi ketawa kuat. Reda tawanya, dia bangun dari sofa dan datang memeluk Jannah dengan erat.

"Hish kau ni, kenapa?" bentak Jannah sambil cuba merenggangkan pelukan rakannya itu.

"Aku happy sangatlah dei!" Safi melepaskan pelukan dan kembali duduk ke sofa.

“Banyaklah kau punya happy! Kau tahu tak dia kata apa lagi?"

"What?"

"Dia kata aku ada this facade and behind this harsh facade, there is a loving and sweet soul! What rubbish?! Nasib baik aku tak termuntah masa dia cakap tu tau." Mengingatkan rupanya yang tergamam ketika itu, membuat dia bertambah geram dengan lelaki itu. Dia pasti lelaki itu mentertawakannya. Entah-entah kisah itu juga telah dikongsi dengan rakan-rakan bikers mereka. Geramnya!

Safi ketawa lagi. Kelakar melihat reaksi Jannah.

"Eh, but he is right what? Di sebalik keras kau tu, kau memang sweet! Oh Jannah, aku suka dia lah!" katanya selepas tawanya reda.

"Tapi aku tak suka. Serious!"

"Why? He obviously likes you enough! Aku rasa tak pernah lagi ada lelaki yang this direct with you, right?"

Jannah mengangguk perlahan.

Mereka terdiam sebentar.

"Tapi berani kan dia?" soal Jannah tiba-tiba dengan segaris senyuman dibibir. Walaupun dia tidak suka tindakan itu namun dia tetap kagum dengan keberanian yang ditunjukkan.

"Berani habis! I like! Kenal kat mana? Apa nama dia? Handsome tak?"

"Jihad Mikhael. Kawan Malek. Baru joined group."

Safi mengangguk laju.

“Wow what a name! Handsome tak??"

"Does it matter??"

"Yes! Kau tu cantik, jadi pasangan kau pun mestilah handsome! Baru padan bila jalan sebelah menyebelah!"

"Looks is not everything. It doesn't make a man." Jawab Jannah tegas. Sungguh dia tak faham apabila manusia suka benar memandang kepada luaran seseorang. Pada dia, apa yang di dalam lebih penting.

"Ya ya.. but still...."

"I am not answering that. Ada rezeki nanti, kau boleh tengok sendiri and decide for yourself."

"Hmm.. ke kau nak cari hafiz quran atau ustaz? Ada ramai kat Perkim tu kalau kau nak. Muallaf pun ramai. Aku boleh introduce kan." Sempat Safi mengusik.

"And you think they make better husbands?”

“Manalah aku tahu. Tu yang aku tanya. Hmm.. so what do you want in your man?" 

"Hmm... sama macam apa yang setiap wanita mahukan."

"What? Cuba kau senaraikan kriteria kau." Safi menanti penuh teruja. Bukan senang untuk mereka berdua berbincang topik sebegini. Selalunya Jannah akan cepat menukar topik.

"I want a man who knows what he wants. Who goes for it regardless. Fierce in protecting his loved ones. A good family man. Seorang lelaki Islam yang faham akan tanggungjawab mereka sebagai khalifah."

"Wow deep. Panjang jugak kriteria kau ya."

"Mestilah. Kita kan mencari pasangan dunia akhirat."

"Ermmm.. betul betul tapi sebelum keretapi ni terbabas ke destinasi lain, cuba kau cakap kat aku kenapa kau tak suka this guy? Why don't you give him a chance?"

"Sebab aku malas!"

Safi mengeluh.

"What if he is the one?"

"Kalau dia jodoh aku, tak ada apa yang aku buat akan menidakkan aturan itu."

"So give him a chance."

"Safi, kau tahukan tolerance level aku macam mana?"

Safi kembali menyandarkan diri ke sofa. Wajah sahabat kesayangannya itu ditatap seketika. Kenapalah sukar benar untuk Jannah menerima seorang lelaki dalam hidupnya.

"Kalau dia masih nak cuba? Kalau dia sebegitu berani, aku tak rasa dia akan terima penolakkan kau tu macam tu aje. I bet he will keep trying."

Jannah sekadar memandang Safi. Sungguh dia malas. Permainan hati dan perasaan inilah yang cuba elakkan selama ini. Banyak lagi perkara penting yang boleh dia lakukan daripada terjebak ke dalam permainan itu. Permainan yang boleh melemahkan diri seseorang. Permainan yang boleh menukarkan keperibadian seseorang.

"It is nice to be loved, you know."

"I know."

"But to be loved, you have to be lovable."

"What, am I not lovable enough?" Jannah terus membulatkan matanya.

"Erk?"

Pecah ketawa dua rakan baik itu.



PANDANGAN Jannah tertumpu kepada lelaki yang sedang duduk membelakanginya itu.  Ikut hati, mahu saja dia menerjah lelaki itu takkala dia mula-mula nampak kelibatnya. Namun oleh kerana dia tidak mahu menggangu perbincangannya dengan Qayyum tadi, niatnya itu dipendam seketika. Tetapi sebaik sahaja Qayyum beredar, langkahnya terus diatur laju menuju ke meja lelaki itu.

“Assalamualaikum. Maaf ganggu.” Salam dihulur kepada dua lelaki yang kelihatan seperti baru selesai makan malam mereka.

Di kala lelaki itu menoleh memandangnya, riak lelaki itu jelas menunjukkan dia terkejut dengan kehadiran Jannah di situ.

“Waalaikumsalam. Erm.. Hai.” Sapanya. Memang Jihad terkejut.

“Hai. Maaf, boleh kita bercakap sekejap?” Tegas nada suara itu. Tiada senyuman.

“Hrmm.. sure. Tapi kenalkan dulu, kawan I, Farouk.”

Pandangan Jannah berpindah kepada rakan Jihad yang sedang duduk berhadapan dengannya.

Farouk menghulur tangan. Jannah sekadar mengangguk. Tidak menyambut tangan yang dihulur.

Oh, sorry. Nice to meet you.” Farouk juga mengangguk.

Senyuman muncul dibibir gadis itu cuma sesaat sebelum wajah itu menjadi tegang semula.

“Jihad, shall we?” Pandangannya tajam kembali merenung Jihad.

Err, why don’t you guy just sit here and talk. Saya pun nak pergi kedai buku sebentar.” Farouk pantas memberi cadangan. Dia tidak betah untuk berada di situ. Wajah Jannah sudah cukup menunjukkan ada sesuatu yang serius mahu dibincangkan.  Farouk terus bangun tanpa menunggu jawapan keduanya.

“Jihad, aku jumpa kau kat MPH kejap lagi, ok?”

 “Ok. Thanks.” Farouk mencapai bag sukannya dan terus berlalu.

Pandangan mereka tertumpu ke Farouk sebentar.

“Jemput duduk.” Pelawa Jihad sopan.

"You ni kenapa?" Soal Jannah terus. Tegas.

“Duduk dulu, Jannah.” Pelawanya lagi.

Jannah mendengus perlahan. Dia duduk tetapi matanya masih tajam merenung Jihad yang masih nampak tenang.

“Kenapa ni?” Berkerut dahi Jihad memandangnya.

"Aku patut tanya kau tu kenapa? Aku nak tahu kenapa kau asyik ikut aku?? Kau ingat aku tak nampak ke? You have been following me around all week!" Bentak Jannah. Sudah dua kali dia menahan sabar tapi hari ini kesabarannya habis.

"So you saw me too?" soal lelaki itu perlahan.

Yes! I am well aware of it. I am not stupid. I am very aware of my surroundings. Nasib kau baik sebab aku tak buat laporan polis." Balasnya geram.

"Boleh tak you cuba lembutkan  dan perlahankan sikit suara tu? You tu perempuan Jannah." Jihad meminta dan mengingatkan. Suaranya masih tetap tenang walaupun sedang berdepan dengan Jannah yang nyata sedang meruap marah.

'Apahal mamat ni?' Dengus Jannah dalam hatinya yang semakin panas.

"Suara aku suka aku lah. Kalau kau tak suka kau boleh blah!" Bentak dia lagi. Menahan diri daripada berdiri. Dia perasan sudah ada mata mata yang memandang mereka. 

Jihad menghela satu nafas.

“Jannah, suara seorang wanita itu aurat. "

Jannah menarik nafas dalam-dalam. Ikut hati, memang kakinya terasa ringan mahu bangun dan meninggalkan lelaki itu. Namun ada perkara yang perlu dirungkaikan dan dia menguatkan hatinya untuk bersabar untuk sedikit masa lagi.

“Kalau nak berbincang, awak tak boleh marah-marah macam ni.”

“I want to know why are you following me?” Nada suara Jannah sudah diperlahankan walaupun masih berbunyi tegas.

I was not.”

“Ya Allah, please don’t lie.  I hate liars.

Jihad menggeleng.

“Saya tak menipu, Jannah. Isnin lepas, saya ada mesyuarat di Wisma Genting. Kebetulan masa saya di lobi, saya nampak awak. You were talking to someone. Khamis lepas, I was doing my monthly grocery shopping, sekali lagi saya ternampak awak. Dan hari ini, saya sedang makan malam selepas my badminton game. Awak boleh tanya Farouk kalau tak percaya.” Jelas Jihad panjang lebar. Suaranya juga tegas.Dia tidak suka dituduh menipu.

Jannah memandang tidak berkelip. Tidak tahu sama ada untuk percaya atau tidak. Yang pasti sudah tiga kali dalam minggu ini, dia ternampak lelaki ini.

Jihad juga sedang merenung gadis di hadapannya itu. Padanya, ini satu lagi petunjuk dari Allah bahwa gadis ini akan jadi miliknya. Pertemuan demi pertemuan yang tidak dirancang ini telah menunjukkan kepadanya sisi Jannah yang dia belum pernah lihat. Dia teringat pada riuh perbualan Jannah bersama temannya di pasaraya. Dia teringat kepada betapa anggun Jannah berpakaian formal semasa di Wisma Genting. Perlahan-lahan satu garis senyuman terbit di bibirnya. 

“Ayat kedua belas dari Surah Al Hujurat, maksudnya, Wahai Manusia, elakkan dari membuat andaian, kerana andaian itu boleh membawa kepada dosa. Trust me, Jannah, I was not following you. Semua ini kebetulan yang disusun olehNya.”

“I don’t know you enough to trust you.”

Then get to know me. Then insya-Allah, you will know that I am not a player. Jika saya seorang player pun, rasanya saya tak akan sampai mengendap anak dara orang. That is so lame. Saya bukan budak-budak.” Jihad ketawa kecil. Terbit rasa lucu dihatinya tatkala membayangkan kemungkinan itu.
Ketawanya hanya disambut oleh renungan Jannah. Jauh benar nampaknya fikiran gadis itu melayang.

“Jannah, trust me, ok?” Pintanya lembut. Dia ingat pada nasihat Malek.

Trust is something you earn and not given, Jihad. Assalamualaikum.” Dan dia bingkas bangun dan meninggalkan meja itu. 

“dan demi Allah, itu yang saya akan lakukan, Jannah.” Bisik Jihad sendirian.

7 comments:

  1. Tersangat la sedap d hati....
    jgn d lihat luarannya...
    Ketenangan dan kesabaran yg ma sya Allah wajib untuk jeles...

    ReplyDelete
  2. Thanks kak su....besttt sesangat...lagi kak..hehehe

    ReplyDelete
  3. X sabar menunggu terbitnya kisah jihad-jannah

    ReplyDelete
  4. Yeah! Love the bantering between them 😊

    ReplyDelete
  5. Alamak! Sebelum terjerumus, baik stop kt chapter 3 ni. Kang x siap kerja ku. Huhu

    ReplyDelete