Thursday, March 20, 2014

Bab 4 - Jodohku & Janji-Nya



“Dah lama kamu sampai, Khael? soal Haji Luqman yang baru pulang dari masjid.

“Ada dalam setengah jam, bah” balas Jihad sambil menghulurkan salam.

“Awal kamu balik hari ni?”.

“Ha-ah bah. Lepas habis kes tadi, saya terus ke mari.”

“Lar, kenapa tak ke masjid, boleh kita jemaah sama-sama tadi?”

“Saya jemaah dengan mama dan Ayya tadi, bah. Lama tak solat bersama.” 

“Ooo.. baguslah. Bagi sejuk sikit hati mama kamu tu.”

“Mama panas hati ke, bah? Saya ada buat salah ke?” soal Jihad terus. Sedikit gusar mendengar kata-kata Haji Luqman.

“Hish tak ada lah. Cuma sejak kamu pindah ke rumah sendiri, mama kamu selalu risau pasal kamu.”

“Saya dah besar lah bah. Macam tak sesuai pulak kalau nak terus tinggal dengan keluarga. Lagi pun bukan jauh pun rumah saya tu.”

“Abah faham tapi Mama kamu tu, lambat sikit nak fahamnya.”

“Dah 2 tahun kot abah.” Jihad sudah ketawa kecil.

“Hati seorang ibu halus, Khael. Walau kamu dah besar panjang, dia masih risau. Erm, kerja kamu macam mana?”

“Macam biasa lah bah. Banyak kes. Lagi banyak kita nak selesaikan, lagi banyak pulak yang tertangguh.” Balas Jihad sambil membetulkan duduknya.

“Dah namanya pun kerja. Kerja ni mana pernah ada sudahnya kan?”

“Tu la abah. Kalau tak ada kes, tak berasap pulak dapur saya.”

 “Macamlah dapur kamu tu selalu berasap pun.” Haji Luqman ketawa. Kopiah dikepala dibuka dan diletakkan ke atas meja kopi. Matanya sekilas mencari isterinya.

“Firma tu tak ada tawarkan kamu untuk jadi rakan kongsi ke? Dah nak dekat 5 tahun jugak kamu berkerja dengan mereka kan?”

“Ada bah tapi saya tak mahu.”  Bukan tak pernah malah sebenarnya sudah 2 kali majikannya membuat tawaran.

Haji Luqman sekadar mengangguk. Matanya sekali lagi mencari isterinya.

“Manalah mama kamu ni?” gumamnya perlahan sambil menggaru kepalanya.

“Mama dengan Ayya kat dapur. Abah nak saya panggilkan ke?”

“Tak payah. Kejap lagi datanglah mama kamu tu. Dia bukan boleh tengok kita sembang berdua pun.” Surat khabar di atas meja dicapai.

Jihad sekadar mengangguk. Pandangannya dibawa kepada ikan-ikan di dalam akuarium besar Haji Luqman. Setiap kali dia balik ke rumah keluarganya, pasti bertambah koleksi ikan-ikan abahnya.  Minat yang bermula sejak mereka kecil lagi. Yang berbeza cuma saiz akuarium yang semakin lama semakin besar.

“Jadi ke kamu nak buka syarikat guaman sendiri?” soal Haji Luqman selepas beberapa ketika.

“Err… masih dalam peringkat rancangan lagi, bah. Saya tengah tunggu keputusan beberapa rakan kongsi.”

“Oh.. berapa orang semuanya?”

“Cadang asalnya empat orang.”

“Kawan kamu semuanya?”

“Ya bah. Kawan saya sejak di universiti.”

“Baguslah. Abah cuma nak ingatkan sebelum apa-apa, pastikan mereka semua jujur dan amanah.”

“InsyaAllah, bah.”

“Banyak persahabatan yang hancur apabila duit mengaburi mata. Kawan boleh jadi lawan.”

“Abah ni bercakap macam kami nak jadi law-firm besar.” Jihad sudah ketawa kecil.

“Eh, kita tak tahu bila Allah nak beri rezeki. Apapun, kita kena beringat.”

“InsyaAllah, bah. Kami akan saling mengingatkan. Tapi bah, lambat lagi rasanya sebab masing-masing sibuk. Nak cari masa untuk duduk berbincang pun susah.”

“Apa yang susah?” tiba-tiba kedengaran suara Puan Aishah dari belakang mereka.

“Tu, dah sampai dah Puan Aishah kita.” bisik Haji Luqman kepada anak bujangnya.

Belum sempat mereka menjawab, Puan Aishah sudah mengambil tempat disebelah suaminya.

“Apa yang susah Along?” soal Puan Aishah sekali lagi.

“Puan Aishah, kopi tak ada ke? Kering tekak saya ni.” Soal Haji Luqman sambil mengusap tekaknya.

“Hish awak ni, asal nampak saya jer kopi. Kat dahi saya ni ada tulisan kopi ke?” usik Puan Aishah sambil membulatkan matanya memandang suaminya.

“Hai Puan Aishah, awak tu kan pembekal kopi saya? Saya dah bagi kontrak seumur hidup kat awak tau. Bukan senang nak dapat kontrak macam tu.”

Puan Aishah mencebik.

“Ya lah tu. Untungnya mama ni kan, Along?”

Oh no.. Along tak mahu terlibat..” Jihad mengangkat kedua tangannya sambil ketawa dan kedua orang tuanya turut sama ketawa.

“Kopi awak nanti Ayya bawa keluar. Anak dara awak tengah goreng kueh.”

“Wah! Langkah kanan kamu Along. Ada kueh!” Usik Haji Luqman lagi.

“Hish, ada saja abah kamu ni la. Ni mama nak tanya ni, apa yang susahnya?”

“Oh.. tak ada apa la mama. Abah tanya pasal firma guaman yang Along nak buka tu.”

“Oooo… dah nak buka ke?”

“Lambat lagi mama. Setahun dua lagi kot. Masing-masing nak kumpul clients dulu. Nak kumpul modal pun lagi satu hal.”

“Oooo.. bagus lah kalau macam tu. Nak buat, biar betul-betul. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Belajar selok-belok nak berniaga dulu.”

Yes madam!” Jihad mengangkat tabik.

“Hish, kita cakap betul dia nak Yes Madam kita pulak!”

“Lar.. salah ke?” Jihad sudah menggaru kepala. Tersenyum memandang Puan Aishah.

“Hrmm.. Firma tu bolehlah tunggu setahun dua lagi tapi ada lagi satu plan yang mama rasa kamu kena cepatkan.”

Terus berkerut dahi Jihad. Dia sudah dapat mengagak arah perbincangan seterusnya. Langsung dia menyandarkan badan ke sofa. Menyilang tangan ke dada.

Plan apa mama?” Saja buat-buat tak faham.

Plan mencari jodoh.”

“Awak ni Puan Aishah, setiap kali budak ni balik, itu lah yang awak tanyakan. Patutlah budak tu jarang nak balik rumah kita.” tegur Haji Luqman.

“Tak apa abah. Tu memang soalan wajib Puan Aishah. Tak lengkap checklist mama kalau dia tak tanya tu.” Giat Jihad. Saja mengusik mamanya.

“Along, angah tu dah bertunang dan bulan enam tahun depan nak langsung. Angah tu kalau boleh dia tak mahu nikah sebelum kamu.”

Ya, mereka tiga beradik. Dia, Anas dan Sumayyah. Perbezaan umur antara dia dan Anas yang merupakan seorang guru ialah 5 tahun.

“Mama, Along dah cakap pada angah yang dia tak payah tunggu. Kalau sampai masanya nanti, teruskan saja dengan majlis dia. Along tak kisah la mama.”

“Takkan Along tak ada calon langsung?”

“Ada atau tak ada itu tak penting mama. Soalnya sekarang mengapa perlu kita nak tangguhkan pernikahan mereka pula?”

“Sebab dia hormati kamu. Angah tu, dia nak jaga air muka kamu.”

Jihad mengambil nafas. Tapi hasratnya untuk membalas tertangguh apabila Sumayyah datang membawa hidangan petang mereka. Bau pisang goreng dan cucur udang cukup membuka selera.

“Ma, kita tangguh dulu sessi soal jawab ni eh? Jom makan. Sedap ni. Kamu buat ya, Ayya?” Tangannya pantas mencapai cucur udang yang panas itu.

“Ayya tolong goreng jer. Mama yang sediakan semua.”  Balas Sumayyah sambil menuangkan kopi ke dalam cawan.

“Patutlah sedap. Air tangan mama memang best!” Dia mencapai cucur udang kedua.

“Jihad Mikhael, takkan kamu tak ada calon langsung?” soal Puan Aishah lagi. Memang sebagai ibu dia sudah mulai risau. Apalagi bila dia sudah mula dengar soalan-soalan sinis dari saudara-mara mereka sendiri. Namun semuanya dirahsiakan dari pengetahuan suaminya dan Jihad sendiri.

Ingatan Jihad terus kepada Jannah. Trust is something you earn and not given. Kata-kata Jannah tempoh hari merupakan satu cabaran kepadanya. Dengan izin Allah, dia pasti akan mendapatkan kepercayaan gadis itu. Doanya semoga dia diberikan kesabaran dan kekuatan untuk berdepan dengan Jannah.

“Aik, sedap sangat ke sampai mengelamun macam tu?”

“Hah?” soalan Puan Aishah mematikan lamunannya. Ternyata semua mata sedang memandangnya.

“Along dah ada girl friend eh?” Tebak Sumayyah laju.

“Hish mana ada! Pandai lah kamu ni.” Balas Jihad laju sambil menggosok kepala adiknya.

“Oi, minyak lah tangan Along!” Sumayyah menolak keras tangan abangnya.

Jihad ketawa lepas.

“Kalau dah ada, baguslah. Kamu tu bukan muda lagi. Bawalah dia datang berjumpa kami. Mama nak jumpa bakal menantu mama.”

Jihad mengukir senyum. Tangannya mencapai cawan di meja dan terus menghirup kopi panas yang disajikan.

“Jihad tengah berusahalah ni mama. Tolong doakan eh?”

“Wahhhh! Along dah ada girl friend lah!” Riuh mulut Sumayyah!

“Belum lah Ayya. Kan Along kata Along tengah B.E.R.U.S.A.H.A? F.A.H.A.M tak ni?” Jihad membulatkan matanya.

Sumayyah terus ketawa. Dia lari duduk sebelah Puan Aishah.

“F.A.H.A.M lah.. tapi berusaha tu makna Along dah ada G.I.R.L.F.R.I.E.N.D lah, kan mama?”

“Dah ada ye along?” soal Puan Aishah pula.

Jihad hanya diam memerhati kedua-dua wanita dalam hidupnya itu. Ingatannya kembali kepada Jannah. Jika mamanya adalah wanita pertama dalam hidupnya, dia mahu Jannah menjadi wanita yang terakhir buatnya. Yang akan bersamanya dunia akhirat.

“Dah mengelamun lagi. Sah anak mama ni tengah bercinta.”

Jihad tersenyum sambil menggosok belakang lehernya.

“Mama doakan ya. Kalau dia terima saya, saya akan bawa dia datang jumpa semua tapi buat masa ini, saya tak berani nak cakap apa-apa.”

“Kalau dia jodoh kamu, Khael, abah pasti Allah akan permudahkan.”

“Tapi kadang-kadang Allah juga akan menguji kita. Dia beri kita ujian sebelum Dia memberi harta itu kepada kita. TujuanNya supaya kita akan lebih menghargai harta itu apabila kita memilikinya kelak.” Dalam kiasan yang diberi Puan Aishah.

Thanks, abah dan Along faham mama.”

“Ni kamu tidur sini ke malam ni?”

“Err.. tak mama. Saya ada badminton game lepas Maghrib nanti.”

“La… ingatkan tidur sini. Bertuah punya budak.”

“Mama dah tak boleh panggil along budak lah mama. Dia nak jadi S.U.A.M.I orang tak lama lagi tu.” Usik Sumayyah lagi.

“Adik!” Jihad mengacah untuk meluru ke arah adiknya dan kelam kabut Sumayyah melarikan diri menaiki tangga. Terus ke biliknya agaknya.

“Ada saja kamu berdua ni tau.” Puan Aishah menepuk peha Jihad yang sudah mengambil tempat Sumayyah tadi.

Jihad membawa tangan itu ke dalam genggamannya. Kepala disandarkan ke bahu Puan Aishah.

“Dah lama kenal?”

“Baru ma.”

“But you like her?”

“Yes. Very much.”

“Alright. In that case, mama and abah will be praying for you.”

“Thanks.”



SESSI permainan badminton merupakan aktiviti mingguan untuk Jihad. Seminggu sekurang-kurangnya tiga kali dia akan turun ke gelanggang ini. Kalau tidak ke sini, dia akan ke gym untuk membuat circuit training serta kick boxing.

“Aku dengar kau join kumpulan motor, Khael. Sejak bila?” soal Alex setelah mereka selesai ‘bertarung’ bermain doubles selama 3 set.

Mereka bertiga memang maklum tentang minat bermotor Jihad cuma selama mereka berkawan, Jihad tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan.

“Aku join group kawan aku. Malek Rahman, korang kenal dia kan? Owner gym yang aku selalu pergi tu.” Terang Jihad sambil memandang ketiga-tiga rakannya itu.

Oooo… .” Alex mengganguk sebelum meneguk minuman 100 plus yang dibawa.

“Aku tak plan pun. Korang kenal aku kan? But since he was kind enough to invite, I just couldn’t say no to him. He is a nice man.”

So selalu ride ke?” Simon pula menyoal.

“Tak juga. Everybody is tied up it seems.

“Ramai ke in the group?”

“10 orang.”

“Ada awek tak?” soal Farouk laju.

“Ada.”

“Wah.. berapa orang? Menarik ni. Tiba-tiba aku rasa aku nak beli motor jugaklah.”

“Seorang.”

“Wow! Serius?”

“Yup.”

“Cantik tak?”

“Kaitan?” Jihad bertanya sambil mengesat peluh di dahinya. Bag yang mengandungi raket badminton sudah disangkut ke bahu. Tanda dia sudah bersedia untuk keluar dari dewan badminton itu.

Pecah ketawa ketiga-tiga lelaki itu.

Let’s walk guys.” Jihad memulakan langkah dan yang lain mengikut laju.

“Farouk ni biasalah. Gatal.” Simon menyambung perbualan sambil mereka berjalan menuju ke restoran di seberang jalan.

“Hish apa pulak aku gatal. Kalau aku gatal, mesti aku dah ada awek keliling pinggang. Ini satu pun tarak wei.” Farouk membela diri.

“Tu lah hari tu aku nak kenalkan dengan Violet, kamu jual mahal!” sambut Simon.

“Hey Simon, Violet tu advance sangat la. Aku skodeng Facebook page dia pun aku dah seram!”

“Kau takut?”

“Gila kau tak takut! Aku teruna lagi tau!”

Bertambah kuat ketawa mereka.

“Eh Khael, kau tak jawab lagi soalan aku tadi.” Farouk mengingatkan.

“Soalan apa?” Jihad menarik kerusi. Pelayan dipanggil dan mereka membuat pesanan masing-masing.

“Awek tu cun tak?” soal Farouk setelah pelayan restoran itu melangkah pergi.

“Kau dah jumpa dia pun. So you tell me.”

“Hah? Dah jumpa? Bila?”

“Kau sendiri ingat la brother.”

“Jap. Jap. Jap” Farouk mengangkat tangan. Cuba untuk ingat.

Don’t tell me its that lady yang datang jumpa kau masa kita makan minggu lepas?”

“Yup.”

“Wow!”

“Apasal Farouk? Cantik ke?” Alex menyampuk.

She’s gorgeous!

“Ye ke? Like my wife?” soal Simon tersengih.

Sorry Simon. Yang ni lagi cun! Telan air liur aku hari tu masa nampak dia.”

“Wah.. aku kena pergi tengok ni. Jihad, bila korang nak berkumpul next?”

Jihad sudah menggeleng kepala. Dia sebenarnya tidak senang mendengar cara perbualan mereka. Lagi-lagi apabila ianya melibatkan Jannah.

“Amboi tak nak jawab nampak?”

“Ya lah Khael. Takkan ko nak try sorang kot. Kasi chance la kat si Farouk ni.” Alex berkata sambil menepuk-nepuk bahu Farouk.

“Mamat ni teruna lagi.” Sambung Alex.

Jihad terasa telinganya panas tiba-tiba.

Guys, stop it. Let’s not talk about her.” Pintanya tegas.

“Ala.. rileks la Khael. Apasal kau nampak tense ni?” soal Simon.

“Tak adalah. Korang bercakap macam dia tu barang. Nak try segala. She’s a person. Have some respect guys.

“Oklah. My bad. Sorry Khael but seriously how is she?” soal Alex masih ingin tahu.

“Dia ok. Aku pun baru nak kenal dengan dia. Baru jumpa beberapa kali. Kan aku baru join their group?”

“Ok.. nanti ko jangan lupa update us. Kalau kau rasa-rasa sesuai untuk si Farouk ni, kau introduce la.”

“Haah, jangan kedekut bro!” Farouk sudah tersengih.

“Dahlah.. jom makan! Banyak lah korang punya rasa-rasa!”

6 comments:

  1. berjela2.. dan spt selalu tetap best!!...

    ReplyDelete
  2. Jihad sudah jelous , jangan tunggu lama-lama nanti Jannah kena kebas...

    ReplyDelete
  3. jangan tunggu lama2 Jihad, nanti lama2 Jannah di kebas orang..uhuhu.. btw kak jln cter selalu all the best.. Teruskan lagi yerr kak... :)

    ReplyDelete
  4. Cepat pinang Jannah tu abam Jihad oittt...ada orang nk kacau tu...huhuhuuu

    ReplyDelete