Thursday, April 24, 2014

Bab 9 - Jodohku & Janji-Nya



“HEY Jannah! Kenapa lambat?” Soal Nick sebaik sahaja Jannah membuka helmet full-facenya.

Sorry guys! Aku kena pergi site tadi. Last minute, client nak go through project timeline.”

“La... Tapi apasal kau tak call? Sikit lagi kami dah nak blah tau tapi nasib baik Khael suruh kami tunggu.”

Jannah memandang sekilas kepada lelaki yang berdiri di belakang Nick itu. Jihad yang sedang jelas memandangnya memberi senyuman sambil mengangguk hormat.

“Lain kali kalau korang rasa nak blah, tak payah tunggu aku. Pandailah aku menyusul kat mana-mana nanti kalau korang tak ada kat sini. Apa guna masing-masing ada telefon kan?” dengus Jannah sambil membetulkan tudungnya.

“Huish, kau merajuk ke?” Nick mula nak mengusik.

“Ha-ah la.. bunyi macam merajuk je, Jannah.  Kau buang tabiat ke apa?”  Soal Khalid pula. Riuh kedengaran helaian ketawa dari yang lain-lain.

Jannah dah panas hati. Sehari suntuk, dia ‘sangkut’ dalam mesyuarat dengan pelanggan yang maha cerewet. Usai saja mesyuarat, dia bergegas untuk solat Maghrib dan kemudian terus memecut ke situ kerana tahu dia lambat. Belum pun penatnya hilang, kini dia menjadi bahan ketawa mereka pula.

“Korang ni kenapa? Bila masa aku merajuk pulak? Aku cakap yang betul. Lain kali kalau korang rasa nak blah, blah saja! Iskh, malaslah aku nak layan korang.” Jannah menongkat motornya dan mula menapak laju menuju ke kedai mamak di seberang jalan. Tiba-tiba mood dia untuk menunggang mati. Dia juga tak ada tenaga untuk berlawan kata. Dia penat.

“Minum apa, kak?”

“Tembikai laici, dik. Terima kasih. ” Helmet, sarung tangan dan kunci motor diletakkan di atas meja. iPad dikeluarkan dari beg kerja. Sedang dia leka memeriksa pesanan WhatsAppnya, kerusi yang bertentangan duduknya ditarik. Dia mendongak.

May I?” Jihad tersenyum manis meminta kebenaran.

“Duduklah.” Balasnya sepatah. Sambil matanya kembali membaca pesanan WhatsApps dari Safi.

“Minum apa, bang?” Soal pekerja kedai mamak yang sentiasa efisien itu. Ambil order pun tak payah guna pen dan kertas. Semua didaftarkan di dalam otak. Servis cepat. Sesuatu yang patut dicontohi oleh setiap pengusaha restoran yang lain.

“Teh ais satu ya? Terima kasih.” Pesan Jihad.

Jannah membuang pandang ke luar kedai.  Matanya mencari geng motornya yang tadi berkampung di bawah pokok tetapi sekarang sudah lesap.

They left.” Terang Jihad pendek.

“Baguslah. I don’t feel like riding today.”

Tough day?

Long day.”

Want to talk about it?

No.

Jihad mengulum senyum. Dia memang sudah jangkakan jawapan itu.

Pelayan tadi datang menghantar minuman yang dipesan.

“Err… Jihad?” Jannah mengacau air tembikai laicinya.

“Ya?”

“Maaf sebab saya panggil awak Jihad sedangkan semua yang lain memanggil awak, Khael.” Jannah memandang tepat kepada lelaki yang bertshirt kelabu itu.

Jihad membalas pandangan itu. Jelas terpancar keletihan di mata Jannah.

It’s ok. I don’t mind it at all. I want you to call me, Jihad. Jihad hanya untuk Jannah.”  Dia senyum segaris. Harapannya agar Jannah faham maksudnya.

Tapi yang nyata, kata-katanya hanya dibiarkan sepi oleh Jannah.

“Dia orang nak pergi mana?”

“Klang katanya.”

“Kenapa awak tak ikut?”

Cause I’d rather sit here with you.” Jawab Jihad jujur.

“Jangan mula Jihad. I had a very long day.”

“Okey.”

Dan untuk seketika memang tiada bicara antara mereka. Masing-masing hilang dalam dunia sendiri. Jannah dengan iPadnya dan Jihad dengan iPhonenya. Sesekali mereka menyedut air minuman yang dipesan. Sesekali pandangan mereka bertaut. Senyum dan mereka kembali memandang ke skrin gadget masing-masing.

I bet the people around us are saying, ‘Look at that old married couple. They must have been married for ages that they no longer have things to talk to each other about. Masing-masing tengok gadget.” Bisik Jihad tiba-tiba memecah kesunyian diantara mereka.

Jannah mendongak dari iPadnya. Memandang wajah Jihad yang begitu selamba, Jannah ketawa kecil. Dia mendekatkan wajahnya seraya berbisik, juga dalam nada selamba.

 And I reckon they say, kita dah kahwin 10 tahun.”  

Meletus ketawa Jihad.

Jannah bulat mata.

What?” soal Jihad. Naik kedua belah bahunya.

“Awak tak patut gelak. Kita kan old boring married couple!” bisik Jannah lagi.

Dan Jihad ketawa lagi. Senang hatinya melihat perubahan Jannah yang sudah boleh bergurau dengannya. Berbaloi rasanya dia menolak untuk mengikut kumpulannya tadi.

and I bet now the guys are saying, I want to have what he is having.” Jannah teringat kepada babak dan dialog yang cukup terkenal di dalam satu filem Inggeris.

Jihad terus ketawa terbahak-bahak.

Dan bertambah bulat mata Jannah mencerlung memandangnya.

When Harry Met Sally?” soal Jihad apabila tawanya reda.

“Wow, impressive.” Jannah kembali menyandar.

That I know the movie?”

Angguk.

“Jihad, it’s a chick kind of movie.”

“Jannah, Meg Ryan!”

Giliran Jannah untuk ketawa.

“It’s a classic. I think it came out in 1989.”

“Yeah.. but I didn’t watch it till much later.”

“Me too.”

“I think we had a Meg Ryan marathon at one of my friends house.”

Jannah ketawa lagi.

“Boy, they don’t make movies like that anymore.”

“They sure don’t.”

Mengenangkan zaman remaja mereka dahulu, membawa senyuman dibibir masing-masing.

Thanks, Jihad.”

For?

For making me laugh. I really needed that.

You are welcome. Kita kawan, kan?”

 “Yeah.”

Jujurnya, setelah melihat cara Jihad melayan Sarah tempoh hari, Jannah tidak sampai hati untuk terus berkeras dengan lelaki ini.  Tidak salah untuk dia memberi lelaki ini sedikit ruang asalkan dia menghormati batas masing-masing. Cuma dia masih tidak selesa dengan permintaan Jihad yang satu itu.

Masih terbayang jelas dimatanya bagaimana Jihad nampak tidak kekok lansung dengan kerenah Sarah. Sarah pula sungguh seronok apabila diberi perhatian sebegitu. Mulutnya tak henti-henti bercerita mengenai Jihad di sepanjang perjalanan pulang. Sama galak dengan Safi. 

So, do you want to talk about your day?

No.”

Jihad ketawa.

“Ok. Sorry, just had to ask again. Manalah tahu kan? By the way, just so you know, I am a good listener and a great problem solver too. Ciri-ciri seorang anak sulung.

Jannah mengangkat kening.

“Masuk bakul angkat sendiri nampak?”

“Sikit la.”

Jannah memandang lelaki itu seketika.  Lelaki ini amat bersahaja orangnya. Peramah, mudah senyum dan dari cara dia melayan Sarah minggu lepas, sangat sukakan budak-budak.

 “Jannah, are you in a hurry to go home? Kita makan dinner dulu nak?” Pelawa Jihad penuh berhati-hati. Doanya semoga mereka boleh menggunakan masa ini untuk berkenalan.

Jannah melihat jam ditangan. Baru pukul 9 malam.

“Okey.”


“Awak anak nombor berapa?” soal Jihad selepas selesai mereka memesan makan malam.

“Anak tunggal.”

“Oh.”

“Saya 3 beradik. Saya sulung, yang kedua lelaki, Anas dan yang bongsu, perempuan, Summayyah.”

Jannah sekadar mengganguk.

“Ermm, awak orang mana?”

“KL.”

“Oh.. jadi tak ada kampung lah ni? Tinggal dengan parents ya? Baguslah kalau begitu. Lagi selamat.”

“Saya yatim piatu, Jihad.”

Terkejut mendengar kata-kata itu, Jihad terdiam sebentar. Air minumannya diteguk kerana tekaknya terasa kering tiba-tiba.

“Erm.. maafkan saya, Jannah.”

It’s ok.”

Wajah gadis yang nampak tenang itu dipandang seketika.

“Boleh saya tahu sejak bila?”

“Sejak saya kecil. Saya dibesarkan di rumah anak yatim.”

Sekali lagi Jannah dapat melihat riak wajah Jihad yang nyata terkejut.

Ya, memang Jihad terkejut namun terbit juga rasa kagum dihatinya apabila melihat kejayaan Jannah hari ni. 

I am so sorry to hear that.”

It’s ok, Jihad. Saya dah biasa and it is not a handicap.

Jihad mengangguk perlahan-lahan. Rasa bangganya bertambah. Gadis pilihan hatinya ini kuat semangatnya. Memang tak salah hatinya memilih.

“Sarah?”

“Kenapa dengan Sarah?”

“Anak awak?”

Geleng.

“Sarah anak jagaan saya. She was left at the same orphanage as I was at.”

“Dia tinggal dengan awak?”

“Tak. Kerja saya tak menentu. Baru tahun ini, saya dapat tinggal lama di Kuala Lumpur. Projek-projek sebelumnya semua di luar KL.”

“Oh..”

“Dah lama kerja dengan syarikat tu?” Dari Malek, dia tahu Jannah seorang arkitek.

“5 tahun.”

“Oh ok… tak da rancangan nak tukar kerja?”

“Buat masa ini, belum.” Khalish telah beberapa kali membuat tawaran namun dia masih belum mahu meninggalkan Tuan Amir.  Banyak yang dia pelajari selama 5 tahun berkhidmat di syarikat itu.

Jihad mengangguk.  Dia menyedut air minuman yang sudah tinggal separuh.

“Ada soalan lagi?”

Jihad menarik senyum. Ya, dia memang ada banyak soalan untuk Jannah. Kalau boleh, malam ini juga mahu dihabiskan kesemuanya supaya segala persoalan yang ada dihatinya terjawab dan mereka boleh melangkah ke peringkat yang seterusnya.

“Awak tak ada soalan untuk saya?”

Geleng.

Jihad sedikit hampa. Sabar.

“Macam mana awak nak kenal saya kalau awak tak bertanya apa-apa?”

“Kena kenal ke? Berkawan saja tak boleh?”

“Saya nak kita jadi lebih dari kawan, Jannah.”

Jannah tidak menjawab kerana dia masih tidak ada jawapan untuk itu. Sudahnya dia hanya merenung lelaki itu seketika sebelum kembali menyambung suapannya.



USAI mengerjakan solat witir, pintu biliknya diketuk dan kepala Safi muncul dari belakang pintu.

“Boleh aku masuk?”

Jannah bangun dari sejadah sambil membuka telekungnya.

“Masuklah.”

Safi mengatur langkah dan mengambil tempat di atas katil Jannah. Belum sempat dia bertanya, telefon Jannah berbunyi menandakan ada satu pesanan WhatsApp masuk.

“Mesyuarat kau habis lambat ke? Kenapa lambat balik?” Safi menyoal Jannah yang sedang melipat dan mengantung telekung dan sejadah.

“Mesyuarat?” Jannah berpaling memandang Safi.

“Kau kan pergi Putrajaya tadi kan?”

“Oh ya.. Tak lah. Meeting dengan client tu habis pukul 6 tadi.”

“Habis tu? Kau balik pejabat?”

“Tak. Aku pergi jumpa geng motor kat Damansara.”

“Ooo.. lamanya. Dekat pukul 1 pagi dah ni.”

Jannah naik ke katilnya. Dia mencapai telefon dari atas meja sisinya. Membaca pesanan dan membalasnya laju sebelum telefon itu diletakkan semula.

“Siapa message kau malam-malam ni?”

“Ada la.”

“Wah.. sejak bila kau pandai berahsia ni?”

“Sejak aku join FBI.”

“Chis kau ni!” Lengan Jannah ditepis perlahan.

“Kau tu kenapa tak tidur lagi?” Dia menoleh memandang Safi.

“Aku tunggu kau la. Tadi aku telefon tapi kau tak jawab. Buat aku risau aje.”

Jannah mencapai telefonnya semula untuk memeriksa call log.

“Oh. Aku atas motor tadi.” Dia memang tidak akan mengangkat sebarang panggilan jika dia sedang memandu kereta atau menunggang motor. 

“So, apa yang korang bincang sampai lama sangat?”

Actually, I had a chat with Jihad.”

Just the two of you?”

“Ya.”

“Dari pukul 6 petang?”

Jannah ketawa kecil.

“Tak lah 6 petang. Aku sampai lepas Maghrib tadi. I think we started talking since 9 o’clock.”

Safi merenung wajah rakannya itu sebentar. Ternyata ada riang diwajah Jannah.

Wow.. you are laughing. Maknanya you guys had a good talk.”

We had a long talk thats for sure.” Sungguh Jannah memang tak sedar lansung yang mereka berbual selama itu.

“Korang cuti ke esok?”

Geleng.

“Habis tu kenapa bercakap macam there’s no tomorrow.”

Jannah ketawa lagi. Jarinya naik untuk menyulam rambutnya.

“Entah, aku pun tak tahu. It just happened.”

That’s good. Kau tu bukan senang nak berborak dengan orang.”

That’s true. Tapi feel dia lain tadi.”

“Lain macam mana?”

It was very relaxed. We were like two long lost friends catching up on each other’s life.

“Wah! Menarik ni.” Safi mengubah posisi dari duduk kini dia meniarap pula.

Like two souls who knew each other in their past life?”

“Hish, kau ni percayalah benda-benda karut macam tu.”

Safi ketawa.

Tapi dalam diam, Jannah mengaku yang perkara sedemikian tidak pernah berlaku. Dia memang jarang atau tak pernah lansung membuka ruang kepada mana-mana lelaki untuk mendekatinya.  Apatah lagi apabila dia tahu motif mereka.

Namun tadi, dia selesa berbual dengan Jihad dan memang banyak yang mereka bualkan. Bermula dari topik keluarga, kemudian ke topik kerja, tentang minat mereka terhadap motor berkuasa tinggi,  fahaman politik dan rancangan masa depan. 

He did most of the talking. Dia tanya, aku jawab. Aku tak tanya, dia cerita. Aku tadah telinga saja.”

Safi ketawa lucu. Dia mengubah posisi lagi. Kali ini, dia sudah menarik bantal untuk baring dan melihat Safi yang sudah berbaring, Jannah ikut serta.

Pandangan mata mereka berdua melekat ke siling bilik.

“Jannah,  I really like this guy.”

You like the guy or his body?” soal Jannah laju.

Safi sambung ketawa.

Body dia satu la but that will not remain forever. He just seems like a very nice man.  Kau tengok sendiri cara dia layan Sarah hari tu kan? Tak ramai lelaki boleh layan budak-budak macam tu. Lebih-lebih lagi yang bujang.”

“Hmmmm…”  

“Cara dia bercakap dengan kita pun, penuh sopan. Gentleman sangat.”  Safi teringat semasa Jihad berkeras ingin menolong mereka mengangkat bagpack mereka ke kereta Jannah. Padahal bukan banyak pun.

“Hrrmmm…” 

So, are you giving him a chance?

We are just friends, Safi.”

Yeah but he wants more, right?

“Yes, he does. Cuma aku perlu kenal dia dulu, Safi. Takkan tiba-tiba aku nak buka hati aku untuk dia. Tak mudah untuk aku, Safi.”

Dalam diam, Safi mengakui itu. Selama mereka berkawan, ini kali pertama Jannah membuka sedikit ruang untuk seorang lelaki untuk mendekatinya.

“Jannah…”

“Safi….”

What?

“Cukup-cukuplah menyoal tu.  Aku dah penat kena soal hari ni. Aku nak tidur. Aku penat. Kau ni, nak tidur sini ke apa?” Soal Jannah sambil berpusing memandang Safi yang sudah nampak selesa benar di situ.

Safi tergelak kecil.

“Lama kita tak tidur sekatil kan?”

“Hphmmm.. so?” Kening Jannah ternaik sebelah.

“Aku nak tidur kat sini lah. Malas dah nak bangun.”

“Ok.. night-night.. assalamualaikum.. ” Lampu di sisi katil terus dipadamkan.