Walaupun
dia sudah lama sampai, Jihad mengambil keputusan untuk tidak terus menyertai
rakan-rakannya yang sedang rancak berbual itu. Dia mahu memerhati Jannah dari
atas motornya untuk seketika. Disebabkan urusan kes mahkamahnya yang banyak, sudah
dua minggu dia tidak dapat mengikuti aktiviti geng motor itu. Selama itu jugalah
dia tidak menatap wajah gadis yang sentiasa bermain dimindanya kini. Melihat wajah
manis Jannah yang sedang tersenyum menerbitkan satu perasaan damai di hatinya. Dia
tahu jika dia pergi menyertai mereka, dia pasti tidak akan dapat melihat
senyuman dan gelak tawa Jannah seperti sekarang. Dengannya, Jannah sentiasa menaikkan
dinding perisainya. Sentiasa dengan ‘façade’
kekerasannya. Takut benar kah Jannah
dengannya sampai gadis itu enggan berbual dengannya?
‘Ah..
sabar lah hati. Kalau jodoh, insya-Allah tak akan ke mana.’ Jihad memujuk
hatinya.
Beberapa
minit kemudian kelihatan Malek, Sam dan Nick bangun dari tempat duduk masing-masing
dan meninggalkan Jannah seorang diri. Jannah dilihat sedang membetulkan ikatan skaf
kepalanya. Itu yang Jihad suka tentang Jannah. Walaupun dia minah motor, dia
tidak lalai dengan tuntutan agama. Aurat, solat dan batasan pergaulan dijaga
rapi.
Baru
saja Jihad hendak mula menapak, dua lelaki dilihat datang duduk di kiri dan
kanan Jannah. Langkah Jihad terus terhenti. Dari riak muka Jannah yang
tiba-tiba tegang, dia dapat mengagak yang Jannah tidak mengenali mereka. Apabila
salah seorang dari lelaki itu mencapai sarung tangan Jannah yang berada di atas
meja, dengan pantas Jannah merampasnya kembali dengan muka yang bengis habis. Lelaki
yang duduk di kanan Jannah itu hanya ketawa melihat reaksi Jannah.
‘Good. At least she knows how to defend
herself.’ Entah kenapa Jihad berasa bangga.
Walaupun
Jihad tidak dapat mendengar apa yang sedang dikatakan tetapi dia nampak Jannah
seperti tidak mengendahkan lelaki-lelaki itu dan ternyata tindakan itu
menimbulkan kemarahan mereka berdua. Salah seorang bertindak berani dengan memegang
lengan Jannah sambil memperkatakan sesuatu. Terus Jannah merentap laju namun cengkaman
lelaki itu ternyata lebih kuat. Jannah cuba untuk bangun. Yang seorang lagi
pula menekan bahunya menyebabkan dia terduduk semula.
“Lepaslah!
Sakitlah bodoh!” Bentak Jannah kuat
sehingga sampai ke telinga Jihad. Jannah sedang memandang tepat kepada lelaki
yang masih memegang lengannya dan lelaki itu hanya ketawa sebelum membisikkan sesuatu ke telinga Jannah.
Wajah
Jannah terus tegang. Semakin kuat dia mencuba untuk menarik tangannya dari
pegangan lelaki itu.
Lelaki
yang sebelah lagi pula mula bermain-main dengan hujung skaf kepala Jannah.
Menyirap
terus darah Jihad. Kurang ajar! Dia pantas berjalan bagai tak jejak tanah.
“Hoi!”
Sergahnya kuat dan menyebabkan semua mata di restoran itu menoleh memandangnya.
Kedua
lelaki itu turut berpaling. Menilik dia dari atas ke bawah.
“Lu
apahal brother? Awek lu ka?”
Sekilas
Jihad berpaling memandang Jannah yang sudah kelat muka sebelum dia kembali
merenung tajam kepada lelaki yang bertanya itu.
“Bini
gua. Korang tak ada kerja lain ke nak kacau bini orang, hah??” Herdiknya
garang.
Ternyata
kedua lelaki itu terkejut. Terkulat-kulat mata mereka memandang Jannah kemudian
ke Jihad. Cepat-cepat mereka bangun.
“Sorry Brother, kami tak tahu. Tapi lain
kali lu janganlah tinggal isteri
cantik sorang-sorang gini.”
“Banyak
lah korang nak bagi nasihat aku pulak!
Baik korang minta maaf kat bini aku
sekarang.” Perintah Jihad keras.
“Maafkan
kami, sis. Kami main-main aje. Ingat
nak berkenalan tadi.”
“Nak
berkenalan bukan begitu caranya. Itu cara orang bodoh!” Bentak Jannah.
Tangannya mencapai helmet di atas meja lalu terus berjalan keluar dari kedai
makan itu meninggalkan ketiga-tiga lelaki itu.
“Garangnya
bini lu, Bro” kata salah seorang dari
mereka. Mereka bertiga masih memandang Jannah yang sedang berjalan laju.
“Hoi,
blah la. Ada hati nak tengok bini aku lagi?? Korang nak rasa penumbuk aku ke
apa?” soal Jihad sambil mula membuka sarung tangannya.
Mendengar
amaran itu, mereka berdua bergegas pergi dan pandangan Jihad kembali kepada Jannah.
‘Bukan
nak cakap terima kasih.’ Getus hati Jihad namun langkahnya dibuka untuk
mengejar gadis itu.
“Jannah!”
Dan
seperti biasa, panggilannya tidak diendahkan. Tapi dia tak kisah. Dia tahu
Jannah tidak akan ke mana selagi tiga rakan mereka tidak bersama.
“Are you ok?” Soalnya tenang apabila dia
sudah berdiri di hadapan Jannah.
“I am. Thanks.” Keras suara Jannah. Menjawab
tanpa memandang Jihad.
“Lengan
tu sakit tak?”
“Tak.”
Jihad
menarik nafas. Sabar.
“Are you sure? Nampak kuat genggaman dia
tadi.” Matanya jatuh memandang tempat yang dicengkam kuat tadi.
“Yes.” Balas Jannah pendek.
Jihad
mengeluh perlahan.
“Jannah,
kenapa awak tak suka bercakap dengan saya? I
am a member of this group too, you know. Saya tengok awak boleh saja berborak
dengan Malek, Sam dan Nick. Kenapa susah sangat untuk kita berbual?” Jihad
memberanikan diri ertanya walaupun dia sedar bahwa soalan itu bakal mengundang
marah.
Diam.
Jannah
menyibukkan diri dengan memeriksa Kawasaki Ninjanya.
“Jannah.”
Lembut dan tenang suara Jihad menyebut nama itu.
Jannah
melepaskan satu nafas panjang sebelum menjawab.
“I guess we, I mean, you started off with the wrong foot.”
“Sebab
saya minta untuk jadi imam awak?”
“Ya.
Itu bukan satu soalan yang ditanya bila kita baru jumpa seseorang.”
“Tapi
saya ikhlas.”
“Tapi
soalan itu tak sesuai.”
“Saya
minta maaf kalau awak rasa soalan itu tak sesuai tapi saya ikhlas dan itu
memang niat saya.”
“Saya
tak kenal awak Jihad. Macam mana saya nak tahu awak ikhlas?”
“Then get to know me.”
“Saya
tak ada masa.”
“I am here now. Tanyalah apa yang awak
nak tahu supaya awak boleh kenal saya.”
Jannah
mengeluh kuat. Dahinya dipicit beberapa kali. Matanya tertutup.
“I don’t just go around getting to know everyone,
Jihad.”
“Then make me someone.”
Cabaran
Jihad membawa dua pasang mata itu bertembung. Terasa bagai ada satu aliran tenaga
di situ. Satu tarikan yang menyebabkan keduanya sukar untuk berpaling.
“I want to be someone in your life
Jannah.” Aku Jihad jujur. Memandang tepat ke anak mata Jannah.
“Why?” Berkerut dahi Jannah.
“I don’t have the answer for that.”
“Mustahil!”
Mata itu kini bulat memandangnya.
“Yang
saya tahu jantung saya berdetik hebat apabila saya dekat dengan awak.”
“Ayat
player tu Jihad.” Jannah ketawa
sinis.
“Saya
bukan player, Jannah. I am telling you the truth.”
“Then you must be crazy. You don’t even know
me.”
“Love is kinda crazy.”
“Love?? Tolong jangan mengarut Jihad.”
“Saya
tak mengarut, Jannah. Demi Allah, I am
never this serious.”
Jannah
mengambil nafas dalam dalam. Renungan mereka masih berpaut. Keduanya seakan
tidak mahu mengalih pandang.
“Jihad,
kita baru berjumpa beberapa kali. Kenal pun belum, macam mana boleh awak kata
cinta? Apa yang awak mengarut ni?” Sedaya upaya Jannah cuba menahan nada
suaranya supaya tidak naik tinggi. Apapun Jihad ahli kumpulan ini yang dibawa
masuk oleh Malek. Dia sebolehnya tidak mahu menimbulkan satu keadaan yang tidak
selesa antara dia dan lelaki ini.
Jihad
tidak menjawab. Jujurnya dia juga tidak ada jawapan untuk soalan itu. Cuma
hatinya tahu gadis ini untuknya. Yang dia cari selama ini.
“Jihad,
hidup saya dah cukup complicated.
Saya tak perlu awak untuk mengusutkannya lagi.”
“Then let me be the one to uncomplicate it
for you.”
Pandainya
lelaki ini berkata-kata.
Jannah
ketawa tiba-tiba. Memang dia tak pernah jumpa lelaki seperti Jihad ini.
“Tak
payah buang masa awak dengan saya, Jihad. Saya dah biasa hidup sendiri. I am not looking for anyone.”
“Jangan
takbur Jannah.”
“Saya
bukan takbur. Saya bercakap yang benar. Saya dah biasa sendiri.” Terang Jannah
bersungguh. Jihad nampak kesungguhan Jannah untuk menolaknya tetapi entah
kenapa penolakkan itu menjadi satu kuasa pendorong untuknya.
“Jannah,
percaya atau tidak, saya juga sudah biasa hidup sendiri. I am 35 years old and never had
a girl in my life.”
‘Sebaya
rupanya.’ Bisik hati Jannah.
“And why is that?” Agak aneh baginya jika
lelaki seperti Jihad tak pernah berteman sebelum ini. Jika dilihat luarannya,
Jihad ini tampan orangnya. Tiada yang kurang.
“Hanya
Allah yang tahu jawapan untuk soalan awak tu. Cuma seperti yang saya katakan
tadi, jantung saya berdetik bila saya nampak awak. That means something.” Balas Jihad. Suaranya tetap tenang dalam
menjawab segala soalan Jannah.
“But why me? Awak tak kenal saya Jihad.” Soalan
yang sama diulang oleh Jannah. Dia masih mencuba untuk memahami permintaan pelik
dari lelaki ini.
“Hati
saya yang memilih Jannah.”
Jannah
mendengus kasar. Semakin keliru dibuatnya. Sekejap jantung. Sekejap hati.
“Make me someone in your life, Jannah. I dare you.” Dia juga tahu gadis itu
pantang dicabar.
“You must be out of your mind,
Jihad.” Jannah sudah mencapai helmet
untuk disarungkan ke kepala. Panas hatinya mendengar cabaran kedua yang baru
dilontarkan oleh Jihad. Sebelum dia mengeluarkan kata-kata yang lebih kasar,
lebih baik dia angkat kaki.
Pantas
tangan Jihad naik untuk memegang helmet itu. Menahan Jannah dari menyarungnya.
Bicara mereka belum habis.
“Apa
lagi Jihad?”Dengus Jannah perlahan.
“Can we at least be
friends?”
Sekali
lagi Jannah menarik nafas dalam-dalam sambil beristighfar di dalam hati.
“After all that you have just said, how can
we be friends Jihad?” Sungguh dia tidak selesa.
“Saya
ikhlas, Jannah.” Sekali lagi perkataan ikhlas itu ditekankan.
“Jihad,
saya tak tahu apa yang awak nampak tapi percayalah saya bukan dia.”
“Why do you sell yourself short?”
“I am not. I am being realistic. Awak tak
kenal saya.” Sekali lagi juga Jannah tekankan perkara yang sama.
“Jadi,
izinkanlah saya untuk kenali awak.”
Helmet
yang dipegang diletakkan semula ke atas tangki minyak motornya.
Jannah
merenung Jihad. Lama. Mindanya sedang mencerna permintaan lelaki ini. Walaupun
mereka baru kenal dan permintaan lelaki itu agak keterlaluan, dia nampak
keikhlasan dan kesungguhan di mata Jihad.
“Saya
cuma ingin minta dua perkara dari awak.
Satu, saya nak kita berkenalan. Kita tetapkan satu masa untuk kita duduk
berdua dan cuba untuk kenal hati budi masing-masing. Dua, saya nak
minta awak buat solat istikharah. Kalau kita serasi dan awak mendapat petunjuk
seperti saya dari solat yang awak dirikan, saya mahu kita halalkan hubungan
ini. Demi Allah, saya tak main-main, Jannah.”
Jannah
kembali memicit dahinya.
‘Petunjuk?
Adakah kerana petunjuk itu, Jihad menjadi sebegini yakin?’ soal Jannah di dalam
hati. Sungguh seumur hidupnya dia tak pernah jumpa lelaki seperti ini. Mata dia
kembali merenung Jihad. Redup pandangan lelaki itu.
Namun
belum sempat dia menjawab, kedengaran suara Malek dari belakang mereka.
“Korang
tengah bincang apa ni? Serius benar nampak.” Soal Malek apabila dia datang
menghampiri. Tangannya dihulur untuk berjabat dengan Jihad. Selepas bersalam,
dia menepuk bahu Jihad.
“Apa
hal ni? Jannah, kenapa tak tunggu kat kedai?” Soalnya lagi apabila soalan pertamanya dibiar
sepi. Pelik juga dia apabila tidak melihat Jannah sudah tidak ada di meja.
“Korang
pergi mana lama sangat?” Jannah menyoal terus.
“Eh
lama ke?”
“Lama
la.. ada setengah jam kot.” Balas Jannah sambil melihat kepada jam tangan
ditangan.
Malek
ketawa lepas.
“Sorrylah babe. Keluar tandas tadi, kami terserempak dengan kawan lama. Terus duduk borak-borak kejap.”
“Banyak
lah korang punya sorry. Penat aku
tunggu.”
“La…
rileks la. Kan Khael ada temankan kau ni. Sikit punya handsome mamat ni” Usik Malek.
“Huh?
Kaitan?”
Malek
ketawa lagi. Tangannya kembali menepuk-nepuk bahu Jihad.
“Jannah,
kalau kau berdiri sebelah si Khael ni, gerenti ramai awek yang makan hati.”
“Ha-ah,
si Khael ni kan macam Most Eligible Bachelor
in town gitu. Takkan kau tak tahu?” Usik Sam.
“Ye
ke? Aku memang tak tahu pun. Eh? Awak ada masuk mana-mana majalah ke?” Jannah
menyoal Jihad.
Jihad
tersenyum dan menggeleng. Dia tahu Jannah hanya berbasa basi dengannya di hadapan
Malek dan yang lain-lain.
“Sam
mengusik awak saje tu. Saya bukan sapa-sapa.” Balas Jihad.
“Tengok
tu, siap merendah diri lagi tu. Susah nak jumpa orang macam ni Jannah. Complete package ni. Edisi terhad.” Usik
Malek terus. Sengaja mahu ‘menjual’ Jihad. Dia teringat akan perbualan antara
mereka berdua tentang Jannah.
‘Oh
ya? Untunglah isteri dia nanti.” Jannah menjawab selamba.
Malek
mengekek ketawa.
“Kau
tak nak masuk bertanding ke?” usiknya lagi.
Jannah
memberi satu jelingan maut kepada Malek.
Terburai
lagi ketawa Malek.
“Ok.
Ok. Just joking. Lagipun aku pasti
Khael dah ada calon. He definitely has
his eyes set on someone. Right, brother?” Bahu Jihad dipautnya.
Jihad
menarik senyum sambil menatap sejenak wajah Jannah yang jelas nampak tidak selesa.
Ya dan gadis itu ada di depan matanya.
“Anyway Khael, apasal lama tak datang?”
soal Nick. Sebelum Jannah mengamuk, baik dia menukar topik perbualan.
“Oh,
aku sibuk sikit la. Banyak kes kena handle.
Weekend pun kena kerja.”
“Oooo..
aku ingat kau dah malas nak ikut kami.”
“Eh
tak ada lah.”
“Mana
lah tahu..”
“So what is the plan
today guys? Nak ride ke mana?” soal Jihad pada Malek.
“Ke
Lumut ikut jalan dalam. Kau nak ikut?”
“Kita
berlima saja? Yang lain?”
“Yang
lain sibuk.”
Perjalanan mereka dari
Kuala Lumpur ke Lumut mengambil masa lebih kurang tiga jam kerana mereka
berhenti beberapa kali. Sekali di Sekinchan untuk makan tengah hari. Kemudian
di Bagan Datoh untuk minum air nira dan terakhir di Teluk Intan untuk menikmati pemandangan sawah padi yang
sedang menguning cantik.
“Malek, kita ni kalau ride asyik makan saja kan? Patutlah
berat badan aku semakin naik.” soal Nick sambil menepuk-nepuk perutnya yang
kekenyangan. Mereka baru saja menikmati mee udang banjir di jeti Lumut.
“Berat badan kau saja
yang naik. Tengok aku ni, maintain bro!
6 packs.” Malek menepuk perutnya yang
kempis.
“Cheh! Dah kau taukeh
gym mestilah badan kau maintain”
sampuk Sam.
“Korang pun jomlah join gym aku. Tengok macam Jihad ni. Regular customer nie tau!”
“Jannah kau pun ke?”
Soal Nick. Saja dia ingin membawa Jannah untuk menyertai perbualan mereka. Dari
pengamatannya Jannah banyak berdiam diri sejak mereka memulakan perjalanan tadi.
Seakan dia sedang memikirkan sesuatu.
“Aku pun apa?” soal
Jannah semula.
“Kau pun pergi gym
Malek ke?”
“Hish. Tak lah.
Banyaklah masa aku.” Balas Jannah dan matanya kembali memandang feri-feri yang
berada di jeti itu. Memerhatikan penumpang-penumpang yang baru turun dari feri
yang baru sampai. Ramai yang baru pulang dari bercuti di Pulau Pangkor.
“Oi cik adik, orang
pergi gym untuk kesihatan la. Bukan saja-saja. Kau ingat orang pergi gym untuk
buang masa ke?” Marah Malek.
Jannah menoleh
memandang Malek sambil menarik senyum.
“Chill la Malek. That is not
what I meant. Ada aku cakap macam tu ke? Tak ada kan? Aku cuma kata aku
serius tak ada masa. Kau sendiri tahu aktiviti aku macam mana kan?”
Jihad tekun mendengar.
Rasa ingin tahu kembali bersarang diminda. Apakah aktiviti Jannah sehingga dia
sibuk sebegitu? Takkan tak ada masa lansung untuk beriadah?
Malek yang seakan dapat
membaca riak Jihad, cuba memancing Jannah untuk bercerita. Dia juga sedar yang
Jannah lebih banyak berdiam diri sejak Jihad menyertai mereka.
“Jannah..”
“Apa?”
“Sibuk dengan aktiviti
atau kau dah ada buah hati?”
“Apasal tiba-tiba nak
tahu ni? Selalu tak pernah tanya pun?”
“Yalah. Sementara aku
ingat ni, aku tanyalah. Kalau nak tunggu kau bagi tahu kami, tak adalah kan? So
dah ada ke?”
“Hish tak kuasa aku nak
jawab.” Jannah menyedut saki baki
minumannya.
“Eh Jannah, tak payah
sembunyilah. Kalau ada, kami tumpang gembira. You are not getting any younger.” Sampuk Nick.
“Oh thanks Nick. I so needed to hear that.” Balasnya dengan nada
sarkastik.
“Janganlah marah. We asked because we care.” Sam cuba memujuk.
“Yeah Sam. That seems to be
the universal excuse for everyone. The license to put their noses where it does
not belong, let alone welcome.” Sekali lagi dia membalas pedas.
Jihad menyimpan senyum.
Dia suka dengan cara Jannah melayan kerenah rakan-rakannya. Patutlah Jannah boleh bertahan selama ini.
‘That’s
my girl.’ Hatinya bangga.
BUKU nipis dirak buku itu
ditarik keluar. Helaian muka surat dibuka untuk mencari tajuk yang dikehendaki.
Untuk seketika,
ingatannya kembali kepada perbualannya dengan Jihad sebelum mereka bertolak
pulang malam tadi.
“Jannah?”
“Ya..”
“It was a good ride.”
“Ya.. it was. The weather and the roads definitely
helped. Alhamdulillah.” Oleh kerana hari sudah lewat petang, Malek
memutuskan supaya perjalanan pulang mereka ke Kuala Lumpur mengikuti Lebuhraya
Utara Selatan dan semestinya itu telah memudahkan pemanduan dan memendekkan masa perjalanan mereka.
“You rode very well too.” Puji Jihad ikhlas. Memang pada
pengamatannya Jannah seorang penunggang yang cekap walaupun motor itu berkali
ganda lebih berat darinya.
Jannah tertawa kecil.
“Thanks. So do you.”
“Terima kasih.” Dalam hatinya Jihad memanjat syukur kerana
Jannah mahu berbual dengannya.
‘Err.. before I leave, boleh awak tunaikan permintaan saya tadi?” sambung Jihad.
“Solat istikharah?”
Jihad sekadar
mengganguk. Senang hatinya apabila Jannah masih ingat akan permintaannya siang
tadi. Walaupun Jannah hanya menyebut salah satu daripadanya, insya-Allah yang
lagi satu akan tetap diusahakan.
“Insya-Allah.” Itu saja
yang terjawab oleh Jannah dikala keletihan sudah mula terasa pada seluruh
tubuhnya. Dia tak mahu berbahas panjang.
“Terima kasih Jannah.”
Tumpuan Jannah kembali kepada buku kecil ditangannnya. Nafasnya
dihela perlahan. “Cara-cara mengerjakan Solat Sunat Istikharah.” Dengan lafaz bismillah, dia mula membaca.
best
ReplyDelete-iman
Sambung akk su...best...
ReplyDeleteIstikharah Jannah, rest and relax read this part. Next part please..
ReplyDeleteBest. Silalah sambung lg yer.
ReplyDeleteWow!...jalan citer nye best... :)
ReplyDeleteSukanyer.....
ReplyDelete