Baitul Husna. Sebulan
sekali dia pasti ke sini. Rumah yang baru setahun dibuka itu kini menjadi rumah
sementara kepada 15 orang gadis remaja bermasalah. Ada yang dihantar oleh
keluarga dan ada yang datang dengan kerelaan hati mereka sendiri. Rata-rata masalah mereka sama. Majoriti
sedang mengandung akibat ditipu oleh rakan lelaki mereka.
Di sini, gadis-gadis
ini diberikan motivasi diri, diajar cara-cara pengurusan hidup serta diaturkan juga
kelas-kelas agama. Semuanya disusun bagi menyediakan mereka secara emosi dan
fizikal untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat.
Jannah sendiri terlibat
sebagai kaunselor kepada beberapa gadis di situ sejak rumah ini mula beroperasi.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Nur Qistina Nadiya, wanita
yang merupakan pengasas rumah itu dipeluk seeratnya oleh Jannah.
“Wah… dah balik umrah
rupanya. Jannah ingat kak Qis belum balik.”
“Kami balik minggu lepas.”
“Lar ye ke? Maaf,
Jannah tak sempat nak telefon Kak Qis.”
“Eh tak apa. My bad. Kak Qis yang patutnya telefon
sebab nak suruh Jannah datang rumah. Ada buah tangan untuk awak.”
“Lar.. buat apa
susah-susah?”
“Tak susah mana la. Pilih
dan bayar. Bukan banyak pun.”
Jannah mengukir senyum.
Wanita di hadapannya itu nampak cukup jelita walaupun berpakaian santai dan
tidak ada secalit alat solek diwajahnya.
“So,
mesti best kan?”
“Umrah? Mestilah – it is the second best journey that one
could ever take. Haj being the first.”
Jannah mengganguk
setuju.
“Haih.. bilalah saya
boleh pergi agaknya?”
“Insya-Allah.
Jangan mengeluh. Allah akan beri pada kita bila tiba masanya. Kita cuma perlu
pasang niat, usaha dan doa. Ingat, doa itu senjata kita. Dia sentiasa ada untuk
kita.”
“Insya-Allah Kak Qis.
Memang Jannah dah lama pasang niat nak ke sana tapi keadaan tak mengizinkan. “
Giliran Qistina
mengangguk faham. Tindakan kerajaan Arab Saudi mengetatkan syarat pengeluaran
visa umrah, sedikit sebanyak menyukarkan bakal-bakal jemaah terutama mereka
yang tidak mempunyai mahram.
“So, budak-budak macam mana kat sana, ok tak?”
Mengenangkan
anak-anaknya, Qistina ketawa.
“Dah namanya pun
budak-budak, Jannah. Tak cukup kaki tangan kita dibuatnya but Alhamdulillah we managed.
My inlaws and my mom were with us.”
“Untung Kak Qis sebab
ada keluarga besar.”
Qistina dapat mengesan
rasa sedih pada kata-kata Jannah itu. Gadis ini sudah bertahun dia kenal. Perit
jerih Jannah, diketahuinya. Perkenalan mereka bermula apabila keduanya terlibat
sebagai sukarelawan di dalam satu badan bukan kerajaan. Sejak mengetahui Jannah
ini anak yatim piatu, gadis ini sudah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri. Sifat Jannah yang suka membaca juga menjadi
pemangkin hubungan mereka.
“Taklah besar mana pun,
Jannah. Awak pun tahu kan, Kak Qis dan abang Khalish, kami berdua anak tunggal.
Tak macam orang lain yang ada ramai adik beradik. Selain keluarga mertua, Kak
Qis cuma ada ummi. Anyways, you are not alone, remember? You have us. So, never ever think that you
are alone, ok? ” Qistina membulatkan matanya.
Jannah tersengih.
“Aye aye ma’am!” Tangan dibawa ke dahi, gaya orang memberi tabik
hormat.
Kedua mereka ketawa.
“Jom ikut akak masuk
pejabat.” Qistina menarik tangan Jannah supaya
mengikutnya ke pejabat yang berada di tingkat bawah bangunan dua tingkat itu.
Qistina dan suaminya,
Khalish merupakan pengasas Baitul Husna. Husna sempena mengambil nama anak
sulung mereka. Qistina merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya. Cawangan ketiga kafe bukunya, baru sahaja
dirasmikan pada dua bulan yang lepas. Cawangan terbaru di Bangsar itu, lebih
kecil jika dibandingkan dengan yang sebelumnya namun tetap mendapat sambutan
. Khalish pula kini menerajui syarikat
pembinaan milik keluarganya. Mereka dikurniakan 3 orang anak. Si kembar Harris
dan Hakeem serta Husna, anak Khalish dari perkahwinan pertamanya.
Di meja Qistina, Jannah
melihat barisan bingkai-bingkai gambar yang mengandungi gambar ketiga-tiga anak
Qistina.
“Jannah rasa macam baru
semalam saja Jannah pergi melawat kak Qis dan budak-budak ni kat hospital.”
Kejadian lima tahun
lalu bermain semula di kotak ingatannya. Pagi itu, dia bergegas ke hospital selepas mendapat
pesanan SMS dari Qistina dan apabila dia tiba di hadapan bilik dewan bedah, dia
melihat kelibat Khalish yang sedang mundar mandir di situ. Gelisah jelas terpancar
diwajahnya. Dengan segera dia pergi mendapatkan lelaki itu.
“How is she, bang?
Lelaki itu berpaling.
Nyata terkejut dengan kehadirannya di situ.
“I don’t know. She was losing
blood.” Balas Khalish. Suaranya sarat dengan rasa risau.
“Allahu Musta’an. The babies?”
“Alhamdulillah, babies dah keluar. Mereka dibawa ke
NICU. She was bleeding internally when I
had to leave the theatre.” Khalish meraup wajahnya beberapa kali. Nafasnya turun
naik, cemas.
“Istighfar, bang. Insya-Allah,
Kak Qis akan selamat. Semangat dia kuat.” Jannah cuba menenangkan Khalish.
“I don’t know how I can live without her. Ya Allah.” Keluh Khalish
perlahan.
“Istighfar bang. Insya-Allah,
Kak Qis akan selamat. Sama-sama kita berdoa, bang.” Dan selama mereka menunggu,
memang dia berdoa tanpa putus untuk keselamatan Qistina.
Setelah hampir empat
puluh lima minit menunggu, akhirnya pintu bilik bedah itu dibuka dan Khalish
tanpa menunggu, terus meluru ke arah Doktor Harlina.
“How is she, Har?”
“Bertenang Khalish. She is fine. She is unconscious but stable.”
Mendengar itu, Khalish
terus melakukan sujud syukur.
“Dah lima tahun,
Jannah.” Suara Qistina mematikan lamunannya.
“Ya, Kak Qis. Tapi
Jannah rasa macam baru semalam nampak abang Khalish buat sujud syukur kat depan
pintu dewan bedah.”
“He did
that?”
“Ha-ah. Selepas saja
Doktor Harlina kata Kak Qis stabil, dia terus sujud. The look on his face was priceless.”
Qistina tersenyum
bahagia.
“Pada dia, itu adalah
hari yang paling menakutkan. Tak pijak tanah katanya.”
“Yup. Memang abang
Khalish nampak risau sangat. Yalah, isteri tercinta tengah bertarung dengan
nyawa, suami mana yang tak risaukan?”
“Syukur Alhamdulillah,
Allah panjangkan jodoh kami, Qis.”
“Abang Khalish cuti
lama jugakan lepas tu?
“Hampir 6 bulan. Lepas Harris
dan Hakeem keluar dari hospital, jenuh Kak Qis suruh dia pergi kerja tapi dia
tak nak. Asyik nak berkepit dengan kita dan anak-anak dirumah.”
Jannah ketawa.
“Untung Kak Qis. Bukan
semua orang dapat rezeki macam tu.”
“Calling it as rizq is right.
Jodoh memang rezeki kita.”
“Apa-apa dari Allah,
kira rezeki kan, Kak Qis.”
Qistina mengganguk
setuju.
“Eh, Kak Qis sempat
berdoa untuk Jannah di maqam Ibrahim tau. Kak Qis doakan semoga Allah
beri jodoh yang terbaik untuk awak.”
“Lar.. buat susah-susah
saja.” Jannah ketawa.
“Mana ada susahnya? Tak
sampai 5 minit pun tapi yang penting, ia
tempat mustajab untuk kita berdoa. So,
look out ya? Mana tahu ada yang datang menjenguk Jannah nanti.” usik
Qistina.
“Iskh, Jannah dah 35 la
Kak Qis.”
“I
got married at your age, remember?”
Perbualan mereka terhenti
apabila pintu bilik pejabat itu diketuk.
“Masuk.”
“Qis?”
“Ya Kak Timi.”
Puan Fatimah atau nama
panggilannya, Kak Timi adalah penjaga sepenuh masa bagi Baitul Husna. Qistina
dan Jannah segera bangun untuk bersalam.
“Ini laporan yang Qis
minta semalam.”
“Terima kasih Kak Timi.
Jemput duduk, kak.”
Wanita dalam lingkungan
50-an itu mengambil tempat di sebelah Jannah sementara Qistina meneliti sekilas
laporan yang disiapkan itu.
“Semua orang sihatkan,
Kak Timi? Ada apa-apa masalah?”
“Alhamdulillah, semua
sihat dan tak ada masalah. Jururawat dari Klinik Kesihatan pun ada datang
minggu lepas untuk membuat pemeriksaan bulanan.”
“Baguslah kalau macam
tu. Ada apa-apa perkara lain, Kak Timi?”
“Err… tak ada yang
penting cuma kelmarin Kak Timi ada hantar sms pada Khalish, tentang cadangan
dia nak bina pondok wakaf tu. Jadi ke? Dia ada cakap apa-apa tak pada Qis?”
“Hrmmm.. tak adalah
pula. Cuma saya tahu rancangan dia tu.
Dia kata kalau ada pondok wakaf, dapatlah budak-budak ni duduk kat luar
pada waktu petang. Ada pondok, tak lah panas sangat. Lagipun, tanah kat depan
tu lapang.”
“Ha-ah. Itulah yang
Khalish kata hari tu. Sayang katanya kalau tanah itu dibiarkan kosong. Nak
bercucuk taman, tanahnya tak sesuai. Nanti orang pelik pulak kalau kat depan
rumah kita ada kebun.” Puan Fatimah
ketawa kecil.
“Kalau begitu, nanti saya tanya Khalish, ya
Kak Timi?”
“Baik Qis.”
“Ermmm… Zara due bulan ni kan, Kak Timi?”
“Ya Qis.”
“Dah beritahu keluarga
dia?”
Angguk.
“Kak Timi dah telefon
mak dia tapi rasanya mereka masih enggan terlibat.”
Qistina mengeluh
perlahan. Fail ditangan diletakkan di atas meja. Salah satu cabaran mereka di
situ adalah untuk mendapatkan kerjasama dari pihak keluarga gadis-gadis ini.
Sesungguhnya sokongan dari keluarga adalah penawar yang paling berkesan dalam
proses pemulihan mereka. Tanpa sokongan dan dorongan keluarga, memang susah
untuk mereka memulihkan semangat.
“Nanti bila Zara nak
bersalin, Kak Timi cubalah sekali lagi ya? Mana tahu kalau Allah buka hati
mereka nanti. Tapi kalau memang keluarga Zara tidak mahu terlibat, apa kita
boleh buat. Kita dah cuba.”
Puan Fatimah mengganguk
lagi. Memang mereka hanya boleh mencuba
dan berdoa.
“Ada apa-apa lagi,
Qis?”
“Tak ada Kak Timi.
Terima kasih banyak. Maaf Qis ganggu Kak Timi hari ni.”
“Hish tak apa Qis. Kak
Timi bukan ke mana pun. Kalau macam tu, Kak Timi keluar dulu ya? Jannah, kamu
datang nak jumpa Ika ke?” Puan Fatimah menoleh pada Jannah pula.
“Ya, Kak Timi. Kejap
lagi Jannah pergi cari dia. Nak borak dengan orang yang baru balik dari Mekah
ni kejap. Nak ambil aura dia. ” Balas Jannah tersenyum sambil bersalaman dengan
wanita itu.
“Oh ya Kak Timi, hampir
terlupa Qis. Tadi Qis ada tinggalkan air zam-zam dan kurma Nabi kat dapur.
Nanti Kak Timi tolong bagi kat budak-budak ya?”
“Ya lah Qis.Baguslah
untuk ambil berkat. Kak Timi keluar dulu ya?”
“Baik Kak Timi. Terima
kasih.”
Pandangan mereka
mengikut kelibat Puan Fatimah sehinggalah dia hilang dari sebalik pintu.
“So, how is Sarah?” Soal Qistina sambil berpaling semula memandang
Jannah.
“Alhamdulillah. She is doing well. Healthwise and schoolwise.”
“Husna selalu tanya
pasal Sarah, dah rindu la agaknya tu. Nanti bawalah dia ke Soleil, ya? I think
Husna has a few books she wants to read to Sarah.”
“Husna the story teller.”
“Yup. She absolutely loves it. She still reads to the boys every night.”
“Kalau Jannah tahu Kak
Qis dah balik, memang Jannah akan bawa Sarah jumpa Husna semalam.”
“Oh, Jannah bawa Sarah
keluar semalam?”
“Ha-ah. Swimming.”
“Baguslah. Bila ada long weekend macam ni, boleh la curi
masa sikit kan?”
“Yup. Dah lama tak bawa dia keluar.”
“Have you been burning the midnight oil?”
“Sort of. I don’t want to be with her when my head is somewhere else.
Quality is always better than quantity.”
“Betul tu. Tak adil
pada mereka. Hrmmm..speaking of which,
I better read through these and go home
before the twins get up from their afternoon nap. Kak Qis dah janji akan
balik sebelum Asar.” Qistina sudah mula nampak kalut. Dia memang begitu kalau
berkenaan dengan anak-anaknya.
Jannah yang sudah faham
akan sikap Qistina itu pantas meminta diri. Kedua wanita itu berpelukan mesra.
“ Okay, Kak Qis. Jannah
pun nak pergi cari Ika.”
Sebelum sempat Jannah sampai
ke muka pintu, Qistina sempat menanyakan satu soalan.
“Jannah, sebelum Kak
Qis pergi umrah hari tu, Kak Timi ada beritahu yang Jannah dah mulakan your class with the girls ya?
“Yup. I am doing The Great Women in Islam series.”
“Wah.. Bagus tu. I am sure it will be a great motivation for
the girls.”
“Insya-Allah. Jannah
nak mereka tahu dan sedar yang sekali mereka tersilap langkah, bukan bererti
selamanya mereka harus menderita kerananya. ”
“Betul tu. Nanti bila
Jannah buat sesi tu, beritahu Kak Qis ya? I
want Husna to sit in too.”
“Insya-Allah. Okay, Jannah
keluar dulu ya? Assalamualaikum.”
IKA merupakan seorang
gadis berusia 19 tahun yang berasal dari Kelantan. Dia datang ke Kuala Lumpur kerana
mengikuti seorang rakan baiknya untuk berkerja sebagai pembantu jurujual di
sebuah pasaraya. Menurut ceritanya, dia berkenalan dengan seorang lelaki ditempat
kerja. Setelah beberapa bulan berkawan, lelaki itu melahirkan hasrat untuk
mengahwininya. Namun entah dimana
silapnya, mereka telah terlanjur dan kini Ika mengandung.
Sebaik sahaja, Ika
disahkan mengandung, teman lelakinya terus menuduh yang bukan- bukan dan enggan
bertanggungjawab malah kini telah menghilangkan diri. Jannah sendiri sudah cuba
untuk menjejaki lelaki itu tapi ternyata langkah lelaki itu lebih licik. Dia
sudah berhenti kerja dan telah berpindah dari rumah sewanya. Nombor telefonnya
juga sudah ditukar.
Hendak pulang kepada
keluarga, perkara ini sebolehnya mahu dirahsiakan dari pengetahuan mereka. Sebagai
anak sulung, Ika tidak mahu mengecewakan kedua orang tuanya serta menjadi
teladan yang buruk kepada adik-adiknya yang masih bersekolah. Akhirnya, seorang
kenalannya membawa Ika ke Baitul Husna.
Apabila melihat nasib
gadis-gadis di situ, Jannah sering memanjatkan syukur kerana Allah memelihara
dia dari segala dugaan yang sebegitu. Sesungguhnya pengalaman lalu mengajarnya
untuk lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya kepada insan bernama lelaki.
Doanya tidak pernah
putus untuk gadis-gadis di situ. Semoga mereka dapat bangkit dari kesilapan ini
dan menjadi hamba-hambaNya yang lebih baik. Setiap kejadian itu pasti ada
hikmahnya. Ayat yang cliché tapi bagi orang-orang yang mahu berfikir, mereka
pasti akan nampak kebenarannya.
Sampai dibilik bernombor
3 ditingkat atas bangunan itu, dia melihat Ika sedang membaca Quran di atas
katil. Anak ini baik cuma telah tersalah langkah.
“Assalamualaikum Ika.”
Sapanya perlahan.
Gadis muda yang
berkulit hitam manis itu pantas menoleh.
“Waalaikumsalam. Eh, kak
Jannah. Jemput masuk kak.” Wajah Ika yang tadi sugul bertukar ceria. Air mata
yang bergenang, dengan segera diseka dengan belakang tangan. Dia menutup Qurannya
dan mula mengemas katil sebelum menjemput Jannah duduk.
“Maaf kak Jannah.
Bersepah sikit ni.”
“Mana ada sepah? Ika
patut tengok bilik akak.” Jannah cuba berseloroh. Dia nampak mata Ika yang
merah.
“Mana yang lain?” soal
Jannah melihat dua katil yang tidak berpenghuni.
“Kat bilik TV kot.”
“Kenapa Ika tak ikut?”
“Tak da mood nak tengok
TV, Kak Jannah. Lepas solat dan baca Quran ni, Ika ingat nak tidur sekejap. Terasa
penat sikit hari ini.”
“Ika dah makan?”
“Dah. Ika dah makan sebelum
Zohor tadi.”
“Ada muntah-muntah lagi
tak?”
“Alhamdulillah, dah
kurang kak. Selera makan pula yang menjadi-jadi.”
Memang Ika sudah
sedikit berisi jika dibandingkan ketika dia mula datang dua bulan yang lepas.
“Baguslah kalau macam
tu. Pastikan Ika makan benda-benda yang berkhasiat. Junk food semua tu, baik hentikan. Stok Mamee Monster awak tu, bagi
kat akak.”
Ika ketawa.
“Mana akak tahu saya
ada stok Mamee?”
“Tu.. apa yang warna
kuning bawah meja awak?” Mata Jannah menjeling kepada bungkusan plastik itu.
Ika menggosok kepala.
Dia turut mengikut pandangan mata Jannah. Ternyata stok Mameenya jelas
kelihatan.
“Bak sini.” Arah
Jannah. Sengaja mengeraskan suaranya.
Perlahan-lahan Ika
mencapai bungkusan Mamee yang baru dibelinya minggu lepas semasa mereka semua
keluar ke Tesco dan dihulurkan pada Jannah yang kemudiannya meletakkan
bungkusan itu disebelahnya.
“No more junk food for you.” Katanya muktamad.
Ika sekadar
mengganguk. Siapa yang berani melawan
Jannah.
“Kerja kat Soleil okay?”
“Kerja kat Soleil okay
sangat, kak Jannah.”
“Ika pergi kerja naik
bas ke?”
“Tak, Kak Timi hantar
kami ke Soleil setiap pagi.” Selepas disahkan mengandung, Ika telah berhenti
kerja kerana dia tidak mahu keadaannya diketahui umum dan apabila dia tinggal
di Baitul Husna, Qistina telah menawarkan dia untuk berkerja di Soleil. Satu tawaran
yang pastinya tidak akan ditolak memandangkan keluarganya amat memerlukan
bantuan kewangan darinya.
“Baguslah kalau macam
tu. Cuma satu akak nak pesan, buat kerja dengan baik. Amanah.”
“Ya kak. Puan Qistina
dah banyak bantu kami. Insya-Allah kami akan buat yang terbaik untuk dia. Ika dah
banyak terhutang budi pada dia, kak. Tak terbalas rasanya.”
“Kalau Ika nak balas
budi Puan Qistina, Ika cuma perlu buat yang terbaik. Sentiasa perbaiki diri.
Itukan yang dia selalu pesan?”
Ika mengganguk setuju.
Wajahnya kembali muram.
“Ada apa-apa yang Ika
nak kongsi dengan akak?”
Ika memandang wajahnya seketika sebelum menjawab.
“Mak minta Ika balik
kampung, kak.” Sayu bunyi suara itu.
Jannah menarik nafas
panjang. Dia faham kemelut yang sedang dialami oleh gadis itu.
“Ika rindu pada mak,
kak.” Air matanya sudah bergenang. Pertama kali berjauhan dengan keluarga
tentunya bukan satu perkara yang mudah.
“Tapi Ika tak boleh
balik. Keluarga Ika tak boleh tahu tentang perkara ini. Hancur hati mak kalau
dia tahu. Banyaknya dosa saya, kak Jannah.” Ika sudah mula teresak
menangis.
Jannah pantas menarik
Ika ke dalam pelukannya.
“Syy… jangan cakap
macam tu.” Dengan perlahan, belakang badan Ika diusap. Sungguh dia rasa
simpati.
“Saya rindu keluarga
saya, kak.” Sendu Ika semakin kuat.
“Syyyy… Kak Jannah
faham perasan Ika. Tapi kalau betul, Ika tak mahu balik sehingga Ika selamat
bersalin, Ika harus kuatkan semangat.”
“Ika banyak dosa, kak.
Ika tipu mak.” Rintih Ika. Jelas rasa bersalah masih lagi menebal dalam dirinya.
“Ika tipu sebab tak
mahu mak Ika risau, kan?”
Dibahunya, Ika
mengangguk perlahan.
“Allah tahu niat Ika.
Ika bukan sengaja ingin menipu.”
“Ika banyak dosa, kak”
Ika mengulangi sesalnya.
“Syy… Ika ingat tak apa
yang Ustaz Rahman kata bulan lepas? Kata
ustaz, tidak ada dosa yang tidak akan
diampunkan Allah. Apabila kita memohon
dengan seikhlasnya kepada Allah, Dia pasti akan mengampunkan kita dan
kadang-kadang akibat sesalan kita yang satu itu, kita akan mendapat tiket ke
syurga. Ramai orang hidup tanpa pernah memohon keampunan Allah, walaupun sekali,
Ika. Jadi bila Allah buka hati kita untuk kita sedar dan memohon keampunanNya, itu
tanda Dia sayang pada kita.”
“Tapi dosa yang saya
buat, besar kak Jannah.”
“Ika, jangan berhenti berdoa. Insya-Allah, Kak Jannah percaya Allah
mendengar doa-doa Ika.”
Selepas tangisan Ika
reda, Jannah meleraikan pelukannya. Dia tersenyum sambil menatap wajah Ika yang
masih suram itu.
“Ika, kena kuatkan diri. Cekalkan hati dan sementara waktu ini, kalau
sudi, Ika jadikanlah kami ini sebagai keluarga Ika, okay? Jangan sedih-sedih. Tak
elok untuk ibu mengandung. Ikut kata Ustazah Sharifah, banyakkan berzikir dan
membaca Quran. Itu ubat yang paling baik untuk menenangkan jiwa kita.”
“InsyaAllah, kak
Jannah."
"Okay. Tak mahu emo-emo lagi. Janji?"
Ika ketawa kecil. Tangannya naik untuk mengesat saki baki air mata yang masih bergenang.
"Ika janji, kak. Terima kasih banyak kerana sudi jengok saya.”
“Sama-sama kasih. Kalau
ada apa-apa, telefon akak, ya?”
Ika mengangguk laju.
“Ingat, kuatkan semangat. Istighfar selalu.” Pesannya lagi.
“InsyaAllah, kak.”
“Okay. Kak Jannah nak balik dulu. Insya-Allah,
hujung minggu nanti, kita sambung kelas kita.”
“Minggu ni kita belajar
mengenai siapa, kak?”
“Hrmm.. minggu ni kita
berkenalan dengan Hafsah binti Umar.”
Jannah mencapai
bungkusan bag plastik Mamee di sebelahnya dan menayangkannya di hadapan Ika sambil
tersenyum lebar.
“Ini kira rezeki akak
lah ni, kan?” usiknya. Sengaja mahu melihat senyuman manis gadis itu.
“Ya, kak. Ika belanja!”
“Alhamdulillah! Untungnya akak!”
Pecah ketawa keduanya.
No comments:
Post a Comment