Thursday, April 10, 2014

Bab 7 : Jodohku & Janji-Nya



BABE, dah dua hari aku tengok kau bawa buku tu ke hulu ke hilir. Kau tengah baca pasal solat sunat yang mana satu?” Soal Safi sambil mengambil tempat di sebelah Jannah.  Kepala cuba menjengah untuk melihat isi kandungan muka surat yang sedang dibaca tapi pantas Jannah menutup buku kecil itu.

“Cuba kau terangkan pada aku pasal solat istikharah.” Pinta Jannah pantas.

“Ooo….. solat istikharah? Apasal tiba-tiba?” soal Safi. Terangkat kedua keningnya. Sedikit pelik dengan permintaan sahabatnya itu.

“Cerita saja lah dei..Jangan banyak soal macam polis.” Jannah menampar peha Safi.

Safi mendecit sambil mengusap tempat yang ditampar.

“Iskh! Itulah, aku suruh ikut pergi kelas, kau tak nak.”

“Eh.. kau nak ajar aku ke tak nak ni? Kalau tak nak, aku boleh jer pergi tanya pada Ustazah Sharifah tu. Bising pulak!”

“Alololo… Sikit-sikit nak marah. Sikit sikit  nak merajuk.”

Jannah membulatkan matanya.

“Jangan kedekut ilmu. Nanti Allah tarik balik ilmu kau tu!”

“Choii! Mulut kau tu! Astaghfirullah. May Allah grant us His forgiveness!

Jannah ketawa.

“Ameen.. .” Jannah membawa kedua tapak tangan menyapu mukanya.

“Cepatlah cerita…” sambungnya.

“Ok. Ok.. Ahem ahem.. meh ustazah Safiyya cerita ya…. Sebenarnya istikharah itu adalah proses terakhir dari 3 langkah yang kita perlu ambil apabila kita hendak membuat satu keputusan. Perkataan istikharah itu maksudnya; mencari sesuatu yang baik; to seek that which is good.  By the way, do you know that it is a sunnah?”

I know.”

Good. Okay, aku sambung. Langkah pertama ialah kita perlu menentukan terlebih dahulu apa yang kita kehendaki dengan menggunakan akal fikiran yang diberi Allah. Kita perlu mengkaji serba sedikit tentangnya. Menimbang baik buruknya.  Kemudian langkah kedua pula ialah istisyarah, iaitu kita pergi meminta nasihat daripada yang orang-orang lebih maklum. Yang ketiga dan terakhir barulah istikharah. Faham?”

Jannah mengelip mata 3 kali.

“Cuba kau bagi contoh in layman’s terms.”

“Hrmm.. ok contoh, katalah aku bercadang nak beli kereta. Sebelum aku pilih yang mana satu aku nak, aku mestilah akan shop around dulu untuk memilih, betul tak?”

Angguk.

So selepas aku penat masuk keluar semua kedai kereta, akhirnya aku ada 2 pilihan. Sama ada si Audi RS7 merah yang maha seksi ataupun si Q7 hitam yang penuh dengan misteri.”
 
“Amboi!”

Safi ketawa seronok.

“Berangan ma.. free! Anyways, sebelum aku confirm and decide yang mana aku nak beli, aku kenalah minta nasihat dari orang yang pakar mengenai kereta, right?  Takkan hanya kerana aku suka, aku terus beli, kan? For sure I have to know and compare the reliability of both cars, which ones will suit my lifestyle better and most importantly, which ones I can afford! That kind of stuff la. Kau faham tak?”

“Faham ustazah.”

Ok next. Jadi katalah lepas consultation tu, hati aku berat pada si merah sebab dia lagi sexy kan tapi aku masih tak berapa yakin sama ada keputusan aku tu betul ke tidak, so masa inilah aku buat solat istikharah. Minta pada Allah supaya Dia menyenangkan aku dalam membuat keputusan. Faham?”

Affirmative!

“Phew…Alhamdulillah. Tapikan, ramai orang tak buat langkah satu dan dua. Mereka terus buat istikharah dan kemudian mereka complain kata mereka tak dapat petunjuk. Macam mana nak datang petunjuk kalau you don’t know what you want in the first place?

Jannah mula menggigit pen ditangan. Kepalanya mengganguk faham.

“Hmm… so firstly I have a decision to make.”

Decision apa?”

Jannah membetulkan duduk. Sofa kecil disebelah Safi dicapai dan ditepuk-tepuk sebelum diletakkan di atas riba.

Remember the guy I told you about?”

“Yang nak jadi imam kau tu?”

“Yup.”

“Kenapa dengan dia?”

He wants me to set a time for us to meet and get to know each other dan dia minta aku buat solat istikharah.”

“Wah….like seriously?

“Yea.. like seriously!

“Dia cakap terus macam tu?”

“Ha-ah dan dari cara dia bercakap, aku rasa dia dah buat dan dia dah dapat petunjuknya. Jadi sekarang dia suruh aku pula. Tapi macam mana aku nak buat keputusan when I don’t know him?

Then get to know him la. Apa yang susah sangat?”

Because I don’t know if I want to..”

Why not? Apa salahnya? Teruk sangat ke dia tu?” Tembak Safi laju.

Jannah diam seketika.

What do you mean?”

“Ya lah, rupa dia buruk sangat ke? Selekeh? Perangai dia tak senonoh ke? Player ke? Kenapa yang kau susah sangat nak bawa diri kau untuk berkenalan dengan dia? Dan tolong jangan cakap kat aku sebab kau malas! Bukan suruh kau kahwin dengan dia pun!”  Safi dah mula berleter.

“Ermmm…”

What ermmm? Just go do it!

“Senangnya kau cakap.”

“Apa yang susah? What is the worst thing that can happened? Kau pergi jumpa dia. Have a friendly chat. Get to know the guy. Tanya apa yang kau nak tanya. Lepas tu kalau at the end of the day, kau rasa dia tak sesuai, just say no. Itu yang dia minta pun kan? Bukannya dia kata dia nak hantar rombongan untuk pinang kau terus!”  Safi terus membebel.

“Yang kau ni nak emo, kenapa?”

“Aku geram la tengok kau ni!”

“La.. apsal?” Jannah buat bodoh sedangkan dia sedang menahan tawanya dari meletus. Reaksi wajah Safi cukup kelakar baginya.

“Eeee…. Kau ni kan!”

Jannah menjungkit bahu.

“Hmm… Tengok la macam mana. Kalau dia betul ikhlas, biarlah dia tunggu sekejap.”

“Tak baik tau kau ni.”

“Hish. Betul apa? Apa kata orang, kalau dah jodoh, tak ke mana? Tak lari gunung yang dikejarkan?” Jannah menjelir lidahnya.

Seriously Jannah, just give him a chance. Mungkin dia jodoh kau.”

Mendengar penyataan Safi, senyumannya terus hilang. Wajah serius sahabatnya itu direnung sebelum dia melepaskan satu nafas yang panjang.

So tell me, kau dah jumpa dia beberapa kali kan? Apa firasat kau kata? What is your first impression of him?”

“Ermm… First impression, the guy is kinda cool, biasalah mat motor tapi lepas tu, aku rasa dia annoying sangat. Aku memang tak pernah jumpa lelaki yang direct macam dia.”

There is always a first time for everything kan?”  Safi kembali ketawa.

“Hish kau ni!” Bantal kecil yang tadi duduk elok diribanya, dilempar kepada Safi.

“Wei, apa ni main baling-baling?!” Bantal itu kini dipeluk kemas.

“Tapi apa pun, aku seriously suka cara dia tau. Susah nak cari lelaki yang gentleman macam ni. Yang tak beat around the bushes. Kona sana sini tapi tak sampai-sampai.  Kau tengok sendiri budak-budak di Baitul Husna tu, berapa ramai yang ditipu oleh lelaki-lelaki yang tidak bertanggung jawab? Jadi pada aku, kau sangat-sangat bertuah.  Ingat tak kau kata hari tu, antara ciri-ciri lelaki yang kau suka ialah lelaki yang tahu apa yang dia nak. Pada aku mamat ni, knows what he wants and he is going for it.” Sambung Safi dengan riak yang serius habis.

Jannah diam lagi. Ada banyak betulnya dalam apa yang baru dituturkan oleh sahabatnya itu. Walaupun dia baru kenal Jihad, dia juga nampak akan keikhlasan lelaki itu.

“Apa nama dia eh?”

“Jihad Mikhael.”

Oh my! Sedapnya nama! Bilalah aku dapat jumpa dia eh? I bet he is also good looking!

“Eh, malas lah aku nak cakap dengan kau. Baik aku naik atas mandi. Lepas tu, aku nak pergi jenguk Sarah.”

“Eh, aku nak ikut!”

“Kau tak keluar dengan Razlan?”

“Tak. Dia outstation.”

“Oh ok tapi I am taking Sarah for a swim so you better bring your burqini along.”

“Wah! Swimming! Yeay!”  

“Tangachi, kau baik cepat siap. Kau lambat, aku tinggal!”





“Jihad, awal kau hari ni?” Tegur Malek. Bag yang digalas, diletakkan ke lantai. Dia menjadi penonton kepada Jihad yang sedang rancak melakukan ‘push ups’.

“Cuti umumkan? Better make the most out of it.”  Balas Jihad apabila dia berdiri semula. Nafasnya sedikit tercungap. Peluh didahinya turun laju.

Looks like you are almost done with your circuit training.” Malek memandang kepada 2 dumb bells yang berhampiran dan kemudian kepada tshirt tanpa lengan Jihad yang sudah lencun dengan peluh.

“Yup.. dah 45 minit, bro. ” Jihad mengesat peluh dengan tuala kecil yang baru ditarik dari beg sukannya.

“Gim kau pun dah ramai ni. Tadi masa aku sampai, cuma ada aku dengan Gina saja.” Sambungnya sambil memerhati sekeliling. Ada yang berlari di atas treadmills, ada yang sedang mengangkat berat dan ada yang sedang bersiap sedia untuk sesi power aerobic yang akan bermula sebentar lagi. Gina pun sudah hilang entah ke mana.

“Apasal kau lambat?” soalnya kepada Malek sebelum dia meneguk minuman isotonik yang dibawa.

“Biasalah cuti-cuti gini. Family comes first. Aku bawa Shida dan anak-anak pergi sarapan kat Kampung Baru tadi. Sekali sekala pekena nasi lemak, sedap ooo. Kau tu nanti, bila dah ada keluarga sendiri, macam tu lah juga. So, Khael, kau better enjoy yourself sebelum kahwin. Bila ada anak nanti, jangan mimpi lah kau boleh datang ke gim 3-4 kali seminggu macam sekarang.”

Jihad ketawa.

“Aku pun tak nak datang gim wei kalau dah ada isteri. Baik aku spend time with her. I need to make up for all those lost times, bro!

Gamat sudut gim itu dengan ketawa mereka.

“Kalau macam tu, cepat-cepat kahwin Khael.”

“Tengah usaha ni, bro.”

“Ooo… masih yang itu?”

“Hati aku nak dia, bro.” Peluh yang meleleh di belakang tengkuk dilap laju.

“Brutal sungguh hati kau tu, Khael. She’s one tough cookie to crack.”

Nothing worthwhile comes easy, right?”

“Betul. Betul. She is definitely worth it.”

“Usaha dan doa, bro. That is all I can do.”

“Bagus. Aku sokong kau. I will have your back.

Thanks, bro. Good to know.

“Kalau dia macam-macam dengan kau, kau bagi tahu aku.”

Pecah lagi ketawa dua lelaki itu.

 “So lepas ni, kau nak buat apa?” soal Malek selepas ketawa mereka reda.

Weights. Jom sekali?”

“Okay, nanti aku join kau. Biar aku masuk pejabat dan selesaikan apa yang perlu dulu. Nanti kita jumpa.” Malek menepuk bahu Jihad beberapa kali sebelum dia menapak ke biliknya.





Selepas mengambil Sarah tadi, mereka bertiga terus ke pusat membeli belah yang berdekatan untuk membeli baju renang baru untuk Sarah. Berat badan Sarah yang naik secara mendadak menyebabkan baju renang yang baru dibeli tak sampai setengah tahun, sudah tidak muat untuk dipakai.

Pada memeriksaan Sarah yang lepas, pakar kesihatan ada memaklumkan bahawa kadar metabolisme kanak-kanak sindrom down memang akan menurun apabila usia mereka semakin meningkat. Jika pemakanan mereka tidak dijaga dengan baik, anak-anak ini mudah untuk menjadi obese dan berat badan yang berlebihan akan mengundang berbagai jenis penyakit lain terutama kencing manis. Sejak itu, pemakanan Sarah dijaga oleh Puan Kamariah. Alhamdulillah, Sarah tidak banyak kerenah.

Selesai membeli, mereka terus menuju ke Kompleks Akuatik Darul Ehsan yang terletak di bandaraya Shah Alam. Kolam renang ini menjadi kegemaran mereka kerana ia mempunyai sebuah kolam kanak-kanak yang sangat luas. Cuma kedudukannya yang bersebelahan dengan kolam untuk orang dewasa memerlukan kita untuk lebih berhati-hati.

“Ibu!” Sarah nampak comel dengan baju renang hitam polka dot merah jambu itu. Rambutnya yang panjang, sudah dimasukkan ke dalam swimming capnya.

“Sarah, kita berenang kat sini ya? Sini tak ramai sangat orang.” Jannah cuma memujuk Sarah untuk mandi di sudut kiri kolam renang itu. Memandangkan hari itu cuti umum,  ramai juga yang membawa keluarga ke situ.

Perlahan-lahan, Sarah patuh mengikut walaupun mereka tahu Sarah sebenarnya hendak mandi di kawasan tengah kolam itu kerana ada permainan di sana.

“Nanti bila orang dah tak ramai, kita mandi kat sana, ya? Sekarang ramai orang. Ibu takut mereka terlanggar Sarah. Kalau Sarah jatuh, ibu susah hati dan Mak Yah akan marah ibu.” Pujuk Jannah apabila melihat wajah Sarah sudah tidak seceria tadi.

Mendengar nama Mak Yah, Sarah mengangguk laju dan mengukir senyum.

“Hehe.. Mak Yah garang kan?”

“Kan? Ibu pun takut dengan dia.” Lega Jannah melihat segaris senyuman polos di wajah anak itu.

“Meh pegang tangan ibu.” Jannah suka memegang jari jemari yang pendek dan gempal itu.

Selepas hampir 30 minit mengajar Sarah berenang, mereka keluar dari kolam untuk berehat sebentar.

“Sarah lapar tak?”

“Lapar!”

Jannah ketawa. Jangan kata Sarah, dia sendiri pun sudah terasa lapar.

“Ok. Ibu pergi beli makanan kejap ya? Sarah duduk dengan Auntie Safi. Jangan masuk pool sampai ibu balik.”

“Ok ibu.”

“Safi, eyes on Sarah please. Not at the adult pool!” Jannah mengusik.

“Pordah!” Safi menjelir lidah.

Jannah melambai tangan sebelah sebelum melangkah menuju ke gerai makanan.


Apabila dia balik semula ke tempat duduk mereka, Sarah dilihat sudah berada di dalam kolam semula. Malah si kecil itu berada di tengah kolam dan kelihatan sedang seronok bermain bola dengan seorang lelaki. Safi pula sedang bertenggek di tepi kolam. Hanya memerhati keduanya dari situ.

“Uncle! Uncle! Baling macam ini ya?” Kedengaran suara Sarah sebelum dia membaling bola merah itu kepada lelaki tersebut.

Berkerut dahi Jannah. Lelaki mana pula yang menyertai mereka? Nak kata Razlan, tadi Safi kata tunangnya outstation. Takkan dah balik? Makanan ditangan segera diletakkan ke atas meja dan dia pantas mendapatkan Safi. Sarah yang sedang leka bermain, lansung tidak sedar akan kehadirannya.

“Siapa tu, Safi?” Soalnya sambil mengambil tempat di sebelah Safi.  Tubuh lelaki yang sedang berdiri membelakangkan mereka itu, dipandang sekilas.

“Entah, aku tak kenal.” Bisik Safi.

“Habis tu?? Macam mana…?”

“Tadi Sarah tengah main bola dengan aku sambil tunggu kau balik then the ball melantun pada kaki lelaki tu. Sarah pergi kejar. They got talking and  they just hit it off.”

“Kau biar benar Safi? Entah mamat psiko mana tah. Kau boleh biar dia masuk pool dengan Sarah?”

“Muka dia baik la, Jannah. Kau ni cuba la practice husnuzon sikit.”

“Banyaklah husnuzon kau. Kalau jadi apa-apa kat Sarah, siapa nak jawab?” soalnya keras.

“Nak jadi apanya? Kan aku ada kat sini? Kan ramai orang ni?”

What if he kidnaps her? Hish kau ni memang lah!” Marah Jannah sambil dia terjun ke dalam kolam renang. menuju laju ke arah Sarah yang masih seronok bermain.

“Ibu! Meh lah main sama.” Laung Sarah apabila dia mendekati mereka.

“Sarah, kan ibu suruh tunggu ibu. Kenapa degil?”

Mendengar suara itu, lelaki tidak berbaju itu terus berpaling.

Dan untuk seketika pandangan mereka bertaut.

Jannah tergamam. Sungguh dia tergamam.

‘Dia lagi?’ soalan pertama yang muncul di minda Jannah.

‘Is he following me again??’ soalan kedua.

‘CREEPY!’

‘Sarah ini anak Jannah?’ soalan pertama di benak Jihad.

‘Takkan Malek tak tahu kalau Jannah sudah berkahwin?’ soalan kedua..

Is she a single mother?’soalan ketiga.

“Okay, first things first. I did not follow you here.” Jelas Jihad. Itu perlu dijelaskan sebelum Jannah menyangka yang bukan-bukan.

What are you doing here?

Water polo practice.

“Itu kat dalam kan?”

“Ya.”

So why are you outside?”

“Sebab on my way in, ada bidadari datang menegur.” Dia tersenyum memandang Sarah yang sudah berdiri tegak mendengar perbualan mereka.

“Ibu….”

 “Sarah, jom kita naik makan dulu. Dah lama sangat Sarah dalam pool.”

“Alaa.. Sarah nak main dengan uncle ni. ”

Jannah menghela nafas sebelum mendekati Sarah.

“Sarah boleh main kejap lagi. Sekarang kita rehat dulu. Uncle pun kena pergi berlatih dengan kawan-kawan dia. Kawan-kawan dia dah lama tunggu. Kan ibu selalu pesan, tak baik kita kacau urusan orang lain.” Sikap Sarah yang sangat peramah memang selalu membuat dia risau. Sudah acap kali dia berpesan supaya Sarah tidak menegur orang-orang yang tidak dikenali.

 “Uncle nak pergi mana?” Sarah seakan tidak mengendahkan kata-kata Jannah dan terus berpaling kepada Jihad.

“Uncle nak masuk dalam tu kejap.” Tangannya menunjuk ke arah kompleks renang.

“Alaaaa… jom lah main sekejap. Ibu bolehlah….”

Nope. Dah lama sangat Sarah dalam pool ni. Nanti demam.” Tegas Jannah.

“Alaaaaa……” Sarah mula merengek.

“Sarah, kalau Sarah degil macam ni, ibu tak nak bawa Sarah datang swimming lagi.”

Jihad sembunyi senyum. Sungguh, sekali lagi Allah ingin menunjukkan satu lagi sisi Jannah kepadanya.

“Alaaaa….. ibuuuuuuu…..” Sarah menghentak-hentakkan kakinya di dalam air.  

“Sarah. Sarah keluar dulu, ikut ibu. Makan dan berehat sekejap. Lepas tu nanti, uncle datang balik dan kita sambung main, okay?” Giliran Jihad pula untuk memancing anak itu.

“Janji?” Bersinar mata Sarah memandangnya.

Don’t make promises you can’t keep.” Bisik Jannah laju.

Jihad menoleh memandang Jannah yang nampak sangat comel dalam burkini ungunya. Mahu dipuji, dia takut ia akan mendatangkan kemarahan kepada tuan punya badan.

“Alhamdulillah, I never made a promise I couldn’t keep.” Balasnya juga dalam nada berbisik apabila dia sudah berdiri bersebelahan dengan Jannah.

“Uncle janji” Jawabnya sambil tersenyum kepada Sarah sebelum dia mengangkat Sarah keluar dari kolam. Mengekek Sarah ketawa. Seronok benar apabila didukung sebegitu.

Jannah hanya mengikut mereka dari belakang.

Safi yang berada di tepi kolam memandang adegan itu dengan seribu satu soalan.

“Ok. Sarah makan dulu. Rehat. Nanti uncle datang balik, ok?” Jihad membalut sehelai tuala ke bahu Sarah.

“Uncle nak pergi mana? Jom lah makan dengan Sarah.”

“Sarah. Apa ibu cakap tadi?”

Sarah mencebikkan bibirnya.

Jihad yang sudah berdiri tegak, menarik kerusi untuk duduk mengadap Sarah. Kedua bahu Sarah dipegang.

“Uncle dah makan tadi. Sekarang uncle nak masuk dalam kat situ untuk jumpa kawan-kawan sekejap. Sarah tunggu uncle, ok? ” ucapnya lembut.

“Ok.”

Good girl. Sekarang Sarah dengar cakap ibu, ok? Rehat.”

Beriya-iya Sarah menganggukkan kepalanya dan seraya itu, Jihad mencapai bag sukannya dan dia melangkah masuk ke dalam bangunan yang menempatkan dua buah kolam renang lagi.

“Jannah, do you know the guy?” Soal Safi apabila kelibat Jihad hilang dari pandangan mereka.

Why?” Jawab Jannah sepatah. Bekas makanan dibuka dan disuakan pada Sarah.

“MasyaAllah, did you look at his body? That broad shoulders.. that abs..…” bisik Safi ke telinga Jannah.

“Jaga mata, Safi.” Jannah mengingatkan.

Safi ketawa lepas.

“Susah nak jaga kalau kat tempat macam ni.”

“Apa yang susahnya? Just keep your focus. Mata tu janganlah meliar tengok sana sini.”

“Iman aku tak kuat macam kau.”

“Banyaklah alasan kau!” Jannah menepuk lengan sahabatnya itu.

“Hey, but seriously, his body is perfectly toned. Gila la!” bisiknya semula.  

Seriously Safi!” Jannah dah bulatkan mata.

Safi tersengih macam kerang busuk.

“Ok ok.. No fun la kau ni! Eh, tapi tadi aku nampak kau berbual dengan dia. Takkan dia tak bagi tahu nama dia?” soal Safi lagi.

Jannah menghela nafas.

That my dear friend, is Jihad Mikhael.”

5 comments: