Time Passes. Memories Fade. Feeling Changed. People Leave. But The Heart Never Forgets.
“Mak ai.. Kereta siapa kau curi ni?” soal
Ira sebaik saja dia melangkah turun dari kereta ‘pinjam’nya itu.
“Kereta mamat yang langgar aku hari tu.”
“Mak ai.. kaya mamat tu ye?”
“Agaknya lah”
“Mak ai. Percaya dia kat kau ye?”
“Eh.. berapa banyai ‘mak ai’ lah kau ni,
nenek kebayan?” Qistina dah tertawa kecil.
Ira menggaru kepalanya yang sedikit
gatal. Jarang atau hampir tak pernah dia
mendengar tentang orang yang meminjamkan kereta mewah mereka kepada seseorang
yang baru mereka jumpa sebanyak dua kali. Pelik sungguh!
“Audi Q5 ni babe. Bak sini kunci, aku nak try bawa satu round.”
“Banyak lah kau punya satu round. Tak payah. Aku pun serun nak ambik tadi sebenarnya.
Yalah kalau apa-apa jadi, mau kena jual Cafe aku kot kalau nak bayar kan? Tapi
mamat tu, selamba jer kasi. So aku pun malaslah nak cakap banyak lagi. Lelaki
bukan suka kalau kita banyak songeh kan? So aku ambil jer la. Pinjam jer pun.
Bukan dapat terus” Qistina tersengih.
“Eh, mamat ni bujang ke? Handsome tak? Ada
tak ciri-ciri untuk kau buat suami? Kalau dia single and available, aku memang sokong kau 100% kalau kau nak cuba
pikat dia”
“Amboi banyaknya soalan kau ye nenek
kebayan.”
Ira menyengih besar sambil dalam hatinya
berdoa untuk kebahagiaan sahabatnya itu.
“Tak menjawab soalan nampaknya?”
“Hmm.. Yang aku tahu, dia bukan bujang
sebab dia ada anak perempuan yang sangat comel. Kami dah berjumpa dua kali tapi
kedua-dua kalinya tanpa isterinya. Handsome? Handsomelah jugak. Sedaplah mata memandang. Pikat? Kau demam ke apa? Kena dia suami
orang, teruk nanti aku kena serang wife dia wei. Tak adanya aku nak ambik hak
orang.”
“Hehehe.. aku faham. Aku pun tak bagi kau
ambik hak orang. Kalau dia solo and available jer baru aku sokong kau.
Tapikan, aku harap-harap dia solo.”
“Macam-macam lah kau ni, nenek kebayan. Dahlah
jom masuk.”
~~
“Bismillah. Subhanallazi sakhorolana ha zha wama kunna lahu mukriniin. Wainna ila
rabbina. Maha Suci Tuhan yang telah
memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya
menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.”
Doa naik kenderaan dibaca perlahan.
Qistina memulakan perjalanannya ke Melaka selepas
solat Subuh tadi. Rancangannya biar cepat sampai, cepat berjumpa Uncle Rahim
untuk mengambil beberapa buku ‘antik’ dan cepat dia boleh pulang semula ke
Kuala Lumpur sebelum traffic rush bermula.
Tadi sebelum dia bertolak, dia menghantar satu
sms kepada Khalish. Terasa bagai satu obligation pulak memandangkan dia sedang
memandu kereta Khalish.
[Assalamualaikum. Saya nak bertolak ke
Melaka ni. Doakan ‘kami’ selamat. – Qistina]
Beberapa minit kemudian, sms dari Khalish
diterima.
[Waalaikumsalam. InsyaAllah selamat. Jangan
lupa baca doa naik kenderaan. – Khalish]
[Husna says Hi Auntie! – Khalish]
Qistina tersenyum membaca sms kedua
itu. Awal budak comel tu dah bangun
rupanya.
~~
Setibanya di Bandar Melaka, sudah pukul 8
pagi. Dia terus menuju ke kedai Encik Rahim di Pekan Klebang. Tiba sahaja didepan
kedai buku tersebut, kelihatan Uncle Rahim sudah menantinya.
“Assalamualaikum Qis.”
“Walaikumsalam. La Uncle ni, patutnya Qis
yang bagi salam. Laju jer.” Usik Qistina sambil menghulurkan
tangan untuk
bersalam dengan Uncle Rahim.
“Qis dah sarapan? Kalau belum, jom kita
pergi sebelah. Uncle lapar ni. Kita pekene roti canai ke, lontong ke, nasi
lemak ke?”
“Boleh jugak Uncle. Saya pun lapar. Tadi
lepas Subuh terus bertolak.”
“Molek lah tu.. Jom kita” Uncle Rahim
memulakan langkahnya.
“So, Qis rasa ada market ke untuk buku-buku
antik uncle ni di KL?” soal Uncle Rahim sambil meniup air kopi O nya. Dia
memang dah lama terlibat dalam pengumpulan buku-buku lama. Koleksinya yang
paling lama adalah koleksi Peranakan Melayu yang dicetak pada tahun 1892.
“InsyaAllah ada Uncle. Qis dah buat survey kat Facebook Page kedai Qis tu.
Ada beberapa ardent readers yang
berminat. Tu yang Qis cari Uncle ni. You
are my trusted supplier when it comes to these kind of books. Kita cuba
bawa sedikit dulu untuk test the market. Kalau ada yang berminat, Qis akan create satu sudut khas untuk ‘Classic or Antique Books” dan kita
boleh tambah stok.”
“Bertambah maju nampaknya kedai Qis ye?
Alhamdulillah. Dah masuk dua tahunkan kedai Qis tu?”
“Alhamdulillah. Ya, tahun ni tahun kedua.
Tapi kedai kecil macam kami perlu kreatif dalam membuat marketing, Uncle. Kami
perlu kerja lebih kuat berbanding kedai-kedai buku yang konsep chain stores. Apatah lagi, sekarang ni pun semakin banyak publishing house yang sudah mula menjual
buku-buku terbitan mereka online
secara terus kepada pelanggan. Bertambahlah saingan buat kami yang sekecil ikan
bilis ini. Tapi Alhamdulillah sebab kami banyak aturkan events di Cafe, maka pelanggan kami semakin ramai and ramai dah jadi
loyal customers.“
“Baguslah kalau kamu pandai ‘diversify’kan
cara-cara untuk memajukan Cafe kamu tu. Uncle doakan semoga kamu success selalu.”
“Thank
you, Uncle”
“Tapi Qis, success kedai satu. Itu belum
cukup lengkap. Qis ni bila nak tamatkan zaman bujang dan mulakan fasa baru
dalam hidup Qis? Uncle tengok kamu ni semua dah ada. Dah lengkap kecuali yang satu
tu.”
“Yang itu, di luar control Qis la Uncle. Itu Dia punya plan. Qis follow ajer.” jawab Qistina sambil tersenyum dan kembali menikmati
sarapan nasi lemaknya.
~~
[‘Kami’ – dah selamat sampai –
Qistina] SMS dihantar kepada Khalish
sebaik dia tiba di hadapan kedainya. Saja dia memberi laporan mana tahu mamat
tu risaukan keretanya.
[Alhamdulillah. Laporan diterima. – Khalish]
‘Hmm.. terasa macam polis pulak’ bisik hati
Qistina tersenyum.
Qistina melangkah masuk ke kedainya.
Diperhatikan sekeliling. Ada satu Book Club Circle sedang bersidang. Sebenarnya ada beberapa Book Club Circle yang
menjadikan Bonheur sebagai ‘markas’ mereka. Mungin sebab ada satu bilik khas di
Bonheur yang disediakan khas untuk tujuan itu. Hari mereka bersidang pun sudah
ada jadualnya. Sengaja diatur begitu
supaya semua Circle dapat menggunakan kemudahan yang disediakan. Hmm.. Ramai juga ahli Book Club yang satu ni.
Diperhatikan sambil dia mengira. Hmm.. ada dalam 15 orang. Agaknya semua suri
rumah tangga. Dia tersenyum. Seronok juga kalau dapat duduk-duduk sambil minum
kopi, makan pastri dan berbincang mengenai sesuatu buku.
Dia melangkah masuk menuju ke pejabatnya.
Kelihatan ada sejambak bunga di atas meja nya. Dia tenung lama. Siapa punya?
Dia mengangkat jambangan bunga itu dan membelek sambil mencari jika ada kad
yang terselit di situ.
“Thinking of you today. Hope all is well. –
Aidil”
Berderau darahnya membaca nama itu. Kenapa
tiba-tiba Aidil menghantar bunga kepadanya? Selama mereka berkawan tak pernah
dia diberi bunga. Qistina memerhati
jambangan bunga matahari yang kuning cantik itu. Perlukan dia menelefon Aidil
dan mengucapkan terima kasih?
“When was the last time we spoke?” soal
Qistina di dalam hati.
Dia tak ingat bila kali terakhir mereka
berbual. Mungkin dua tahun yang sudah.
~~
“I
am getting married.”
Sungguh Qistina terkejut! Nasib baik
perbualan mereka melalui telefon. Maka
Aidil tidak dapat melihat riak terperanjatnya.
“You are the first amongst our friends to
know.”
Patutkah Qistina berbangga dengan penyataan
itu?
“Will you come to my Nikah?”
‘Qis?”
Qistina diam lama. Dia cuba mencari
kata-kata. Mengumpul semangat. Aidil dihujung talian kedengaran sangat gembira.
Maka dia juga harus tumpang gembira.
“Congratulations! I am so happy for you.
Where and when is the Nikah?”
“Kota Bahru on December 24th”
“Mak ai, jauhnya awak.”
“Hehe..
dah jodoh saya, awak.”
“How
come you never told me about her?” soal Qistina.
“Ala.. saya segan. Selagi tak official, I don’t want to jinx it.”
“Awak datang ya?”
“Hmm.. tak kot. Jauhlah awak”
“Sampai hati”
Sampai hati? Maaf Aidil. Qistina rasa dia
tak kuat untuk melihat Aidil bernikah. Sungguh dia tak kuat. Namun dia akan
sering mengirimkan doa kepada yang Esa semoga Aidil berbahagia selalu dan
perkahwinannya itu akan kekal sehingga ke Jannah. Tetapi untuk berada di situ dia tidak kuat.
~~
“Wah.. ada bunga. It’s not your birthday
kan, Cik Qis?” soal Ady, salah seorang pekerjanya.
“Hmm.. Nope” Qistina duduk sambil membuat stretching leher. Tiba-tiba terasa
lenguh.
“Boyfriend
kasi ke Cik Qis? Kalau ye, kenalkanlah dengan kami.” Ady tersengih.
“Banyak lah hal kamu ni Ady. Ni ada apa
cari saya petang-petang ni? Kerja ok? Ada unhappy
customers tak today?”
“Hmm.. Alhamdulillah hari ni tak ada, Cik
Qis. Semua ok. Ni, saya nak bagi senarai online
orders kita minggu ini untuk Cik Qis semak. Esok saya akan proses semua.”
memang dalam job scope Ady untuk
menjaga semua online orders Delisya.
“Oh, ok. Terima kasih Ady”
“Sama-sama. Saya keluar dulu.”
Qistina mengganguk sambil matanya kembali
merenung jambangan bunga matahari di atas mejanya.