A
woman has got to love a bad man once or twice in her life to be thankful for a
good one..
Sebelum
pulang ke Kuala Lumpur, Qistina singgah ke kampung untuk melawat Umminya. Sudah beberapa bulan rasanya dia tidak berpeluang
untuk pulang ke kampung kerana dia sibuk dengan urusannya di Café Bonheur.
“Qis
termenung fikirkan apa tu?” soal Puan Maryam sambil memandang Qistina yang
berdiri di tepi tingkap. Renungan anaknya itu jauh seolah tidak bertepi.
“Tak
ada apa-apalah Ummi. Lama tak balik.
Lama tak melihat bendang yang luas menghijau ni. Rindu pulak.” Jawab Qistina
sambil tersenyum.
“Tu
lah, siapa suruh kamu tak balik? Sibuk benar ke Cafe tu sampai berbulan kamu
tak menjenguk Ummi kat sini? Kesian kita duduk sorang sorang kat sini tau” usik
Puan Maryam. Perkataan ‘kesian’ tu ditekankan sedikit. Saja nak mengusik
anaknya itu.
Qistina
menoleh memandang Umminya yang sedang tersenyum. Dia juga tersenyum sambil melangkah ke arah
sofa untuk duduk di sebelah Umminya.
“Minta
maaf Ummi. Qis memang sibuk sikit kebelakangan ini. Tak menang tangan
kadang-kadang. Delisya perlukan footing
yang kukuh supaya dia dapat bertahan lama. Jadi kami kena buat branding, marketing campaigns and promotions. Tapi
sebelum boleh buat itu semua, kami perlu buat market research dan faham market
condition dulu. Kami kena tahu apa yang pelanggan mahu supaya menjadi
kempen-kempen kami nanti. Lepas tu, Qis kena pastikan juga yang budak-budak
yang berkerja kat Café tu terjaga. Bukan
senang nak jaga budak-budak muda sekarang ni, Ummi. Boleh migraine Qis dibuatnya”
“Hmm..
banyak juga rupanya kamu kena buat untuk kedai kamu itu ye? Kesian anak Ummi
sorang ni”
Qistina
mengangguk dan tersenyum. Dia melentokkan kepalanya ke bahu Umminya.
“Ummi
tolong doakan semoga Allah murahkan rezeki kami, ye?”
“Hari-hari
Ummi doakan untuk anak Ummi ni” ujar Puan Maryam sambil menepuk tangan anak
gadisnya perlahan.
“Terima
kasih Ummi. Hmm.. Lagi satu, Ummi. Kita ajak duduk dengan kita kat KL, tak
mahu. Sibuklah tak mahu tinggal geng suraulah, geng marhabanlah, geng ahli
mesyuarat tingkaplah.. sibuk mengalahkan isteri Perdana Menteri” usik Qistina.
“Hehe..
Qis, kita ni bila tinggal seorang diri, kita kenalah pandai menyibukkan diri
untuk hilangkan rasa sunyi” jawab si ibu.
Qistina
terdiam. Merenung sebentar wajah ibunya. Arwah ayahnya sudah sepuluh tahun
pergi meninggalkan mereka dan selama itulah umminya duduk sendirian di rumah
ini. Dia pasti Ummi tidak mahu mengikutnya kerana sayangkan rumah itu yang banyak
menyimpan kenangan manis mereka. Semasa Qistina membeli rumahnya sendiri di
Kuala Lumpur, puas dia mengajak umminya untuk tinggal dengannya. Namun Umminya
enggan dan dia pun tidak mahu memaksa.
Hmm.. tapi
Qistina bersetuju dengan apa yang baru dikatakan oleh Umminya tadi. Dia pun
begitu. Dia menyibukkan dirinya juga supaya kesepian yang sering dia rasai
kebelakangan ini tidak terlalu menyempitkan fikirannya. Entah kenapa tiba-tiba,
dia rasakan seperti dirinya tidak lengkap. Tiba-tiba dia rasakan bagaikan dia
keseorangan walaupun ketika dia dikelilingi oleh sahabat-sahabat serta
pekerja-pekerjanya.
“Dah..
dia termenung lagi” Puan Maryam menepuk paha Qistina yang dilihatnya sudah
‘tiada’ disisinya..
Qistina
tersenyum lagi. Dia sandarkan kembali kepalanya
ke bahu Puan Maryam.
“Minggu
lepas Makcik Leha bertanyakan pasal Qis lagi.
Anaknya si Akmal tu masih menunggu kamu agaknya. Setiap beberapa bulan, pasti soalan yang sama
diutarakannya. Kadang-kadang kesian pulak Ummi tengok Akmal tu. Menunggu kamu
dari dulu lagi.” Puan Maryam mengusap
tangan anak tunggalnya lembut.
“Ummi
bukan apa. Ummi risau. Kamu tu bukan muda lagi. Ummi ni pun sudah merangkak senja.
Sebelah kaki dah masuk dalam, kata orang. Ummi nak jugak lah tengok anak Ummi
ni berkeluarga. Berbahagia bersama suami tercinta sebelum Ummi ‘pergi’” sambung
Puan Maryam lagi. Ada nada sayu dihujung ayatnya itu.
“Ummi..”
lelah rasanya Qistina mendengar kata-kata Umminya. Tangan Ummi digengamnya.
“Pertamanya
Ummi, Qis rasa Akmal tu bukan jodoh Qis. Bukan Qis tak cuba Ummi tapi chemistry kami tak kena. Arah &
tujuan hidup kami tak sama dan tak sehaluan. Ummi pun tahukan yang Qis pernah
beberapa kali keluar dengan Akmal. Kami sudah pun berbincang pasal perkara ni
dan Akmal sedar dan boleh terima hakikat ini. Perasaan kasih dan cinta tidak
boleh dipaksa, Ummi. Qis rasa cuma Makcik Leha tu saja yang masih
mengharap” Qistina memandang Umminya
sambil memanjatkan doa semoga Umminya itu memahami situasinya.
“Hati
kamu masih pada Aidil?” soal Puan Maryam memandang tepat ke anak mata anaknya.
Qistina
tunduk sambil melepaskan nafas yang panjang. Dia membaringkan dirinya dan
meletakkan kepalanya di atas peha umminya.
“Sampai
bila? Dia tu dah berkeluaga pun sekarangkan? Qis masih mengharapkan dia ke?
Kalau selama lima tahun dia tidak pernah berkata apa-apa kepada Qis, apa lagi
yang Qis nak harapkan lagi? Qis sendiri kata tadi yang kasih dan cinta tidak
boleh dipaksakan? ” bertubi-tubi soalan Puan Maryam. Sungguh dia kadang-kadang
buntu memikirkan Qistina yang seakan menaikkan satu tembok yang besar dihatinya
untuk menolak semua orang dari hatinya kecuali Aidil.
Qistina
diam. Fikirannya melayang mengenangkan Aidil. Sudah lama nama itu tidak terbit
di mindanya. Dia redha kepada ketentuan dan aturan Allah. Dia berpegang kepada kata-kata
Allah di surah Al Baqarah ayat 216 yang membawa maksud “dan
boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi
kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah
jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Sungguh, ayat ini
menjadikan dia kuat dan melepaskan segala perasaan yang selama ini dia tatang
untuk seorang lelaki bernama Aidil. Ya,
lima tahun dia menunggu kata-kata kasih dari lelaki itu. Lelaki yang
satu-satunya dia biarkan lepas bebas di hatinya. Namun lelaki itu jugalah yang
membuat jiwanya hancur luluh. Tidak
mungkin Aidil tidak dapat membaca hatinya selama mereka berkawan. Tapi biarlah
semua itu berlalu. Aidil bukan jodohnya. Allah lebih mengetahui apa yang
terbaik untuk dirinya.
“Qis?” Puan Maryam membelai rambut anaknya.
“Qis ok Ummi. Dah lama Qis tak terfikir pun
pasal Aidil. Dia bukan jodoh Qis. Qis dah lama terima hakikat itu.”
“Habis tu kenapa Ummi rasa macam Qis
menutup hati Qis untuk lelaki lain?”
“Lelaki mana pulak ni, Ummi? Mana ada
lelaki dalam hidup Qis sekarang ni. Tiada satu pun yang berada di dalam
kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Kalau ada pun salesman yang selalu hantar buku ataupun delivery-man yang hantar pastries
ke Bonheur” jawab Qistina sambil tersengih.
Puan Maryam memukul lengan Qistina dengan lembut. Dua beranak itu
tertawa kecil.
“Buat lawak pulak dia. Dah, jom bangun.
Tolong ummi kat dapur. Sessi bermanja dah tamat” Puan Maryam cuba bangun dengan perlahan sambil
mengangkat kepala anaknya.
Qistina tergelak sambil bangun mengikut
umminya ke dapur.
~~~~~
“Assalamualaikum” kedengaran orang memberi
salam dari luar.
“Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh”
jawab Puan Maryam sambil menjenguk keluar pintu dapurnya.
“Oh, kau Aisyah. Mari masuk. Pergi kedai ke
tadi tu?” ramah Puan Maryam. Qistina
hanya memerhati sambil tangannya mengupas bawang. Kak Aisyah ni ahli mesyuarat
tingkap kot? Bisik hatinya.
“Ya, Kak Yam. Chah pergi kedai tadi. Pak
Ali kirim kelapa parut ni untuk akak. Dia kata akak ada pesan semalam”
“Oh, subhanAllah, bagus betul Pak Ali kamu
ni. Ingat dia ye? Alhamdulillah sangat-sangat. Si Qis pun ada ni. Boleh la
masak rendang ayam, ya Qis?” tersenyum
lebar Puan Maryam. Selamat satu trip di kedai. Qistina memang suka
rendang ayam.
“ON jer Ummi” balas Qistina tersenyum. Dia
bangun untuk bersalam dengan Kak Aishah.
“Amboi makin cantik akak tengok kau ni
Qis. Apa petua ni? Share lah dengan
kakak kamu nie?” riuh bunyi Kak Aishah.
“Mana ada Kak Chah. Saya ni dah tua. Tak da
mana cantiknya.” Qis menjawab selamba.
Kak Aisyah terdiam sebentar. Mungkin
mencongak umur Qis yang hanya beberapa tahun muda daripada dia.
“Hmm.. tapi kamu memang tak nampak macam
orang yang masuk 35 lah, Qis. Macam dua puluhan gitu” jawab Kak Aishah.
“Ye ke Kak Chah? Kalau macam tu, bolehlah
Qis fly solo untuk beberapa tahun
lagi.” Balas Qistina sambil menjeling ke arah Umminya. Puan Maryam merenungnya
geram.
“Fly
solo? Apa tu Qis? Kamu nak terbang ke mana? Tak cukup ke dulu dah terbang
empat tahun ke Australia untuk belajar.
Janganlah fly fly lagi dah.
Kesian kat Ummi kamu nie.” Panjang pulak celoteh Kak Aishah ni. Sah ahli
mesyuarat tingkap!
“Dah la Chah. Kamu tak usah nak melayan si
Qis ni. Tak jadi kerja karang. Ni, kamu
ke kedai, anak siapa jaga? Dah-dah, pergilah balik. Karang terbalik rumah kau
dibuat si Hafiz tu.” Puan Maryam
mengingatkan.
“Ya lah, Kak Yam. Hafiz tu kalau saya ada
pun, dibuatnya sepah macam saya tak ada. Kalau saya tak da, alamatnya jadi
tongkang pecahlah rumah saya tu. Ah, oklah, Chah balik dulu, Kak Yam.
Assalamualaikum!” Qistina tersenyum melihat gelagat Kak Aishah yang kelam kabut
itu.
“Ummi masak lebih sikit ya rendang tu? Qis
nak bawa balik untuk Ira. Dia mesti suka sangat kalau dapat rendang ayam Ummi”
Qistina membuat permintaan sambil tersenyum lebar.
wah... rendang ayam sedap nyer... ;) sian qis... putus cinta...
ReplyDeletefrust menonggeng gaya nyer
ReplyDeleteJarang baca cerita yang heroin lebih 30. usually kalau lmbat khwin pun about 30 and below. menarik! but kesian pada Qis.
ReplyDeletekhadijah
Teringat kat kisah lama bila bc part Qis n Aidil :'(
ReplyDeleteSalam, Su! Amy baru nak start marathon baca all 25 chapters in one sitting... Cant wait for the book! It's gonna be awesome, insha allah.
ReplyDeleteJust wanted to correct a couple of things in Chapter 2 - 'Delisya' (I think this is Bonheur, before it became Bonheur) and person reference to Ummi as 'mak' in just before the section break. Really tiny stuff je pun... Zero impact on the message or the writing!
Salam Amy...
DeleteYes - Su tukar nama Cafe tu from Delisya to Bonheur - insyaALlah it will be reflected in the book nanti... so bear with it till chapter 25, ok?
As for your other remark - TQ so much for being my second eye - Su dah dah betulkan kat MSS n this entry..
Enjoy your reading n feel free to drop any comments, ok?
hugs!