Tuesday, June 25, 2013

Cinta Kita - Chapter 4



We don’t meet people by accident. They are meant to cross our path For A Reason

“BAMMMM”

“Oh no!” Qistina terkejut. Keretanya dilanggar dari belakang. Siapa pulak yang langgar dia ni? Alahai..
Qistina melangkah keluar dari keretanya dan terus menuju ke arah belakang keretanya untuk memeriksa.  Dari ekor matanya, dia dapat melihat yang pemandu kereta yang melanggarnya juga keluar dan sedang menuju ke arah dimana dia sedang berdiri.

“I am sorry, Cik.  Saya tak sengaja. Terleka sebentar tadi” ujar lelaki itu jujur. At least he is not giving excuses.

“Kalau sengaja tak lah kita panggil accident kan?” soal Qistina. Matanya masih tertumpu pada bumper Viosnya yang dah kelihatan sedikit kemek.

“Hmm.. Ini kad saya. Why don’t we move our cars to the side of the road and discuss this? Kita tak nak be the cause of long traffic jam pulak, right?” ujar lelaki itu sambil memandang ke arah pemandu-pemandu yang sedang sibuk menjengah dan menjeling ke arah mereka dari dalam kereta masing-masing.  Pemandu Malaysia memang sangat prihatin.

Qistina mengangkat kepalanya dan mengalih pandangan matanya dari bumper keretanya kepada wajah pemandu yang melanggarnya.  Bila mata mereka bertentang, kedua-duanya nyata terkejut. Ini Papa Husna! Sekilas dia memandang ke arah kereta yang melanggarnya itu, dan jelas kelihatan, Husna yang sedang tersenyum sambil melambai-lambai ke arahnya dari tempat duduk sebelah pemandu.

“Err.. awak Papa Husna.” Qistina berkata sambil menoleh sekilas memandang Husna.

“Err... awak?” mungkin Papa Husna juga ingat kepadanya. Terasa kecil dunia.

Let’s move our cars first and we will talk after, ok?” masing-masing berjalan ke arah kereta masing-masing dan memandu ke tepi bahu jalan.

Selepas memandu keretanya ke tepi bahu jalan, Qistina membaca sekilas kad yang dihulurkan oleh Papa Husna tadi. Muhammad Khalish Zafuan Bin Tan Sri Hamid.  Seorang Perunding Arkitek. Oh, Datuk Husna seorang Tan Sri rupanya. Terus ada segaris senyuman diwajah Qistina bila teringatkan Husna.

Tiba-tiba cermin tingkapnya diketuk. Terkejut Qistina dibuatnya.

“Sorry” ujarnya sambil menapak keluar. Kad Khalish diletakkan diatas dashboard.

Husna wants to speak to you.” Papa Husna berkata sambil tersenyum.
Qistina memandang ke arah Khalish sebentar dan pandangan mereka bertaut untuk sesaat dua. Qistina membalas senyuman itu dan dia bergerak menuju kereta di belakangnya. Khalish pula menuju ke belakang kereta Qistina untuk memeriksa kerosakkan pada kereta itu.

“Hi Auntie!”   

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam..hehe.. Auntie, ingat Husna tak?”

“Hmm....” Qistina menjawab sambil menggaru dagunya.

“Macam pernah jumpa. Tapi di mana ya?” saja dia ingin mengusik si comel.

“Alaaaa... Auntie nie.. kita kan jumpa kat beach Cherating hari tu. Takkan Auntie dah lupa? Baru last 2 weekends kan? Husna tertolak Auntie masa Husna tengah kejar butterfly. Auntie ingat tak?” beria-ia Husna nak mencuba mengingatkan Qistina.

“Oh ya.  Baru Auntie teringat. Husna sihat?” soal Qistina sambil tersenyum

“Husna sihat. Auntie sihat? Sorry Papa terlanggar kereta Auntie. Mesti Auntie terkejutkan? Kesian Auntie. Tulah tadi papa dia tengah sibuk marahkan Husna sampai dia leka” petah sungguh budak comel nie.

“Husna, let me speak to Auntie sekejap yea?” tiba-tiba kedengaran suara papa Husna.

“Ok papa. Thank you for allowing me to speak to Auntie.” alahai sopannya budak.

“So, Cik? Err.. Can I get your name?“ tanya Papa Husna.

“Qistina” jawabnya ringkas

“Oh ok. Call me Khalish. So Cik Qistina, how do you want to settle this? Nak buat laporan polis atau nak settle just between us? Saya tengok your car tu it’s just the bumper. If you don’t mind, I can get it fixed for you. I can get my workshop guys to contact you and it shall be fixed in no time. Kalau nak buat police report, jom kita cari balai yang terdekat. But involving the police is going to be messy. Saya tak berapa suka birokrasi. But who does, right? So can we settle this just between us? I will pay for everything, of course. It’s my fault and I janji I tak lari. Lagipun you kenal Husna kan?” panjang Encik Khalish ni berkata-kata.  Dan ada senyuman dihujung kata-katanya.

“Hmm.. “ ligat otak Qistina memproses kata-kata Encik Khalish. Dia juga tersenyum nama Husna disebut.

“Saya rasa it will be less messy kalau kita tak involve the police. Sebab ni sikit jer nie” sekali lagi Encik Khalish mengulang fakta tersebut.

“Ok then. No police report. Where is this workshop of yours? Saya perlu tahu berapa lama kereta ni akan masuk workshop supaya saya dapat mengatur jadual kerja saya. Di KL ni, memang patah kaki kalau tak ada kereta sendiri.”  keluh Qistina.

“Papa, Husna lapar. Lama lagi ke?” kedengaran suara Husna dari celah tingkap kereta yang diturunkan.

Mendengar pertanyaan Husna itu, Qistina merasa kesian. Yalah, budak-budak mana tahan lapar.

“Hmm.. apa kata kalau Encik Khalish ikut ke Cafe saya? We can discuss further and Husna boleh makan?” Qistina memandang ke arah lelaki dihadapannya itu. Tampan juga orangnya. Kulit putih kemerah-merahan macam Husna. Tidak bermisai tetapi berjanggut sedikit. Tinggi lampai dan berbadan tegap. Lengan bajunya sudah dilipat ke lengan.    

Is it far from here?” soalan Encik Khalish membuat Qistina terkejut sebentar dan cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.

“Oh no, err.. it’s just after this exit. About 5 kilometres from here.”  Tergagap sebentar Qistina. Malu pulak dia rasa kalau Encik Khalish perasan pandangannya yang jatuh lama tadi.

Ok then. You lead the way” Encik Khalish sudah melangkah ke arah keretanya,

Tak sampai 10 minit, mereka sudah tiba ke Café Delisya. Di waktu senja begini memang kedai itu selalu lengang.  Yang ada cuma beberapa orang dewasa yang sedang menikmati kopi petang mereka.

“Wah! Cantiknya kedai Auntie.” Puji si comel sambil matanya memandang ke seluruh sudut kedai itu.  Badannya sudah berpusing-pusing. Senyumnya melebar.

“Jom. Husna laparkan? Kita makan dulu. Lepas makan, Auntie bawa Husna pusing kedai, nak?” pelawa Qistina.

“Nak! Okay, jom!” Husna sudah melangkah laju ke sudut cafe. Qistina dan Encik Khalish mengikut berjalan dibelakang.

“Ok. So saya akan minta Ben datang ke sini esok untuk dia tengok kereta awak. Kalau makan masa dan awak memerlukan kereta, saya boleh pinjamkan kereta saya. You can come pick it up at my office. You have my card, kan?” soal Encik Khalish.

Yes, I do have your card. Tapi rasanya, tak payahlah sampai nak pinjam kereta Encik Khalish. Saya boleh pinjam kereta kawan saya”

“Kawan awak ada berapa kereta?”

“Err.. satu.”

“So, kalau awak pinjam kereta dia, dia nak guna apa?”

“Err..”

That will cause inconvienience to him or her. So why not, you just take my car. Lagipun saya yang sebabkan kereta awak masuk workshop. So memang patutlah saya yang meringankan beban awak.”

“Hmm...”

“Ya lah Auntie. Pinjam jer kereta Papa. Papa tu ada tiga kereta!” Husna menyampuk walaupun mulut dia penuh.

“Husna, please eat your dinner quietly. A lady does not speak while her mouth is full.” Tegas suara Encik Khalish.

Qistina tersenyum memandang Husna yang sudah mencebik.

“Encik Khalish, saya ... ”

Just call me Khalish”

“Err.. ok.. hmm.. Khalish. Let’s just see what Ben says tomorrow, ok? Kalau setakat dua, tiga hari, insyaAllah I can survive without my car. Tapi if it is more than that, then I will let you know, ok?”

“Ok. Agreed.”

“Ok. Great. So… Do you want to have your dinner here too? Husna is already having hers and it looks like she’s enjoying it very much”

“Auntie, the spaghetti is so yummy!” alahai.. comot dah mulut si comel ni.

2 comments:

  1. amboi...husna ni jd penghubung...

    ReplyDelete
  2. husna secara tak langsung jdi cupid yee
    khadijah

    ReplyDelete