Trials in Life Are Not Meant To Make Us Fail, But To See How High We Can Fly
[Salam. Boleh jumpa esok? Saya nak
pulangkan kereta.- Qistina}
[Salam. Boleh. My office. 11am?-Khalish]
[Ok. See you then, insyaAllah. – Qistina]
~~
“Auntie Qis!” terdengar satu suara
memanggilnya. Qistina yang ketika itu sedang membeli barang-barang dapur segera
menoleh dan mencari suara itu.
“Hi Auntie! “ Husna sudah tersenyum di
hadapannya. Mata Qistina pantas mencari
Khalish. Risau kalau-kalau Husna ni berjalan berseorangan.
“Papa ada kat situ.” Husna menjuihkan bibir
ke arah Khalish yang sedang menolak troli ke arah mereka.
“How
are you Auntie? Lama tak jumpa Auntie.”
“Alhamdulillah
Auntie sihat? Husna?”
“Husna pun siiiiihatttt... Alhamdulillah”
“Assalamualaikum. ” Khalish memberi salam.
“Waalaikumsalam” jawab keduanya. Qistina
dan Husna sama-sama tersenyum.
“Husna nak beli apa ni?” soal Qistina
setelah dia melihat seakan ada satu kertas kecil di tangan Husna.
“Oh.. Husna nak beli barang-barang dalam
senarai ni. Semalam Husna dah tulis dan
beritahu Papa. Kan Papa?”
Khalish sekadar tersenyum dan mengangguk.
Memang dia mengajar Husna untuk membuat senarai apa yang ingin dibelinya
sebelum mereka ke kedai. Senang nak kawal pergerakkan Husna jika dia dah ada
senarai di tangan. Disiplin kena diajar
dari kecil supaya senang bila anak-anak dewasa nanti.
“Hmm..Banyak ke tu?”
“Baaaanyak.
Meh Husna tunjuk kat Auntie. Jom ikut!”
Qistina mengikut Husna apabila si kecil itu
menarik tangannya. Nasib baik dia memang sudah selesai membeli barang-barang
dapurnya. Layan je lah si kecik ni.
Khalish hanya mengikut mereka dan tidak banyak bercakap. Tapi Qistina tahu,
matanya tak lepas memerhati gelagat si Husna.
Selepas mereka membayar belian
masing-masing, Husna mengajak Qistina untuk duduk minum bersama mereka pula.
Memandangkan dia pun tidak ada apa-apa rancangan lepas itu, dia pun mengikut
sahaja.
“Maaf kalau kami mengganggu” ujar Khalish
semasa Husna bangun untuk membasuh tangannya.
“It’s
ok. Saya pun tak ada apa-apa urusan” jawab Qistina sambil matanya memandang
Husna.
“Tak sangka pulak kita boleh jumpa di sini.
Kecilnya dunia. Kereta awak dah ok?” Khalish tersenyum.
“Alhamdulillah. Thanks again”
“Alhamdulillah. No need to thank me. Memang salah saya pun.” Khalish tersenyum
manis.
Hati Qistina berdebar melihat senyuman itu.
Jantungnya juga berdegup sedikit laju. Senyuman si Papa sama manis dengan
senyuman si anak.
Qistina teringat akan kejadian 2 hari sudah
apabila dia ke pejabat Khalish untuk memulangkan kereta ‘pinjam’nya. Lama juga dia terpaksa menunggu sebab Khalish
ada mesyuarat. Nasib baik dia sendiri tak ada appointment. Kalau tidak, haru jugak.
Sedang dia leka dengan iPhonenya, Khalish
menegurnya.
“Assalamualaikum. Maaf sebab awak terpaksa
menunggu lama. Saya kena attend mesyuarat
tergempar tadi. Ada issue yang kena address segera.” Terang Khalish. Di
wajahnya jelas rasa bersalah.
“Waalaikumsalam. It’s ok. Lagi pun selesa tempat menunggu ni.” Balas Qistina
tersenyum. Yelah, kalau dia kena menunggu di bawah cahaya matahari, harus dia
migrain. Dia menatap sebentar rupa
Khalish yang tampan itu. Rambutnya elok tersusun. Sungguh tiada cela diwajah
lelaki ini. Kemeja jalur kuning dikenakan dengan tali leher berwarna hitam
serta seluar slack hitam. Lengan baju dilipat ke siku.
“Lunch?” Khalish mengajaknya.
“Hmm..” Qistina terkejut. Diperhatikan jam
ditangan. Lunch tak ada dalam rancangan asalnya.
“Dah dekat pukul 1 nie. I am sure you belum lunch lagi kan? Saya
pun dah lapar. So why don’t we go for
lunch?’ ajak Khalish lagi. Dah dua
kali dia mengajak. Takkan nak tunggu 3 kali kot, Qis?
“Ok. Jom” Qis tersenyum.
Qistina hanya mengikuti Khalish. Dia mana
tahu kawasan itu. Ini baru kali ke dua dia sampai ke kawasan pejabat itu.
Khalish hanya diam dalam mengatur langkah ke restoran berhampiran.
“This
is my lunch spot kalau tak ada appointment dengan client” terang Khalish.
Dari kad yang diberi dulu, Khalish adalah seorang arkitek.
Qistina mengganguk sambil memandang ke
sekeliling.
“Nice
ambiance. Looks like business is good.” Komen Qistina.
“The
food is good too and that is super important. Come.” Khalish memandang
tepat ke arah matanya.
Qistina mengangguk lagi dan ikut Khalish ke
satu meja yang kosong.
“So,
are you familiar with this area?” soal Khalish setelah pelayan berlalu
bersama pesanan mereka.
“I am
not, actually. This is only my 2nd time here.” Memang dia jarang
ke kawasan Kota Kemuning ni. Memang boleh ini dikira di luar kawasan liputannya.
“I
see. Well, kami dah 5 tahun
berpindah ke sini. It’s quieter than
being in the middle of KL kan? In and
out pun tak berapa sesak.” terang Khalish.
“Yup, I agree. I love the landscape. Banyak greens.
Sejuk mata memandang.”
Qistina dapat rasakan yang Khalish sedang
merenungnya. Dia terasa segan dan cepat mengalihkan pandangan ke luar restoran.
“So
how old is Café Bonheur? Are you the
sole owner?” soalan Khalish membawa pandangan Qistina kembali kepada lelaki
itu.
“Yup,
that’s my baby. Alhamdulillah dah nak masuk 2 tahun” ya, ‘anak’ Qistina
baru belajar untuk bertatih.
“Really?
I am surprised. It looked well established. Looking at it, one will never
think that the place is only 2 years old and business looks good too.
Jarang saya tengok book stores with your
concept thrives.”
“Mula-mula tu saya risau juga. Macam yang
awak kata, tak banyak kedai buku with
this concept dapat diterima. Tapi alhamdulillah rezeki itu dari Allah. Kami
terpaksa berkerja kuat dengan melakukan berbagai promosi dan run events supaya kami dapat attract repeat customers and build loyalty
among them. Kami juga survive through
word of mouth”
“And
that is the most powerful form of advertising”
“plus,
ia percuma” sambung Qistina sambil tertawa kecil.
“Husna loves
your shop. She keeps asking and insisting
that I take her there again.” Khalish bercerita sambil tersenyum. Asal
terbit nama Husna, kedua-duanya mesti tersenyum.
“MasyaAllah, she is just so sweet and so adorable.” puji Qistina.
“She
gets that from her mother.” ucap Khalish. Qistina mengangkat kepala dan
memandang ke mata Khalish. Seakan ada duka di situ. Mata mereka bagaikan
terkunci selama beberapa saat.
“Hmm.. Isteri you kerja di mana?” mulanya
Qistina segan untuk bertanya namun bila Khalish dah menyebut ‘isteri’ maka
Qistina rasa inilah peluang dia untuk bertanya.
“She
is no longer with us. Arwah meninggal selepas melahirkan Husna. It is just me and Husna now.”
Terang Khalish
dengan nada yang perlahan. Ayat akhir itu berbunyi sayup di telinga Qistina.
“Oh! I
am so sorry Khalish” Qistina tiba-tiba terasa sebak. Dia sebak mengenangkan
Husna yang membesar tanpa seorang ibu di sisi. Anak comel yang sentiasa
tersenyum riang itu rupanya tidak beribu. Sungguh Qistina tidak sangka. Ya
Allah, Kau lindungilah anak itu sentiasa.
“Thanks.
It’s ok. Saya redha. Itu aturan Allah untuk kami” Khalish memandang Qistina
dan dia perasan mata Qistina sedikit berkaca. Hati Khalish sedikit tersentuh.
“How
about you? Are you married?” soal Khalish terus. 'Since we are on the subject, tanya je la
Khalish. Kalau dah tahu senang’ bisik hati Khalish. Senang dia tahu perimeternya.
“I am
not. Single and looking.” Qistina menjawab jujur.
Khalish mengangguk.
“Well,
He is the Best Planner. InsyaAllah, when the time is right and when the right
person comes along, He will give it to you. So have faith in Him, ok?”
jawab Khalish.
Qistina tersenyum dan hanya mengganguk.
“Papa! Auntie Qis! Lepas ini kita nak pergi
mana?” soalan Husna mengejutkan Qistana dan membawa tumpuannya kembali kepada
anak kecil dan lelaki yang dihadapannya ini.
Si kecik menarik muncung tak puas hati.
qis dah tahu pasal khalish n khalish dah tahu pasal qis... suka2... ;) masing2 single...
ReplyDeleteSingle ang looking kt qis
ReplyDeleteyeahh.. telus je kan senang, no hidden agenda eh encik khal tuu. :)
ReplyDeletekhadijah
what a lovely chapter!...a mature & sensible conversation between a woman & a man...:)
ReplyDelete