Apabila Qistina melangkah masuk ke Cafe Bonheur,
kelihatan ada sekumpulan kanak-kanak sedang leka membaca di Junior Zone Corner. Sudut khas untuk
kanak-kanak dibawah 12 tahun itu dicat dengan warna-warna cerah bagi menceriakan
dan menarik kanak-kanak untuk duduk disitu. Ada satu lukisan pokok yang rendang
ditengah-tengah dinding. Ditampal juga sticker-sticker
berbentuk binatang dan bunga-bunga. Terdapat juga satu papan notis gabus untuk kanak-kanak
melekatkan apa-apa saja nota atau lukisan yang mereka mahukan. Kadang-kadang
Qistina suka singgah di board itu
untuk melihat lukisan atau membaca kad message-message
yang dilekatkan. Ini merupakan sudut kegemaran Qistina.
Dia menoleh ke sudut Café pulak. Setting cafénya ala-ala café-café kecil
di kota Paris. Set meja kecil & kerusi putih memenuhi kawasan itu yang
dipagari oleh white picket fences. Kelihatan
ramai juga. Hampir penuh. Café itu boleh memuatkan 20 orang pada satu seating. Semuanya leka dengan buku
ditangan. Ada yang kelihatan seperti tengah buat group study. Ada yang keseorangan macam tengah buat case study. Dia tersenyum sendiri.
Sofa-sofa wing chair yang diletakkan di serata di sudut bacaan dewasa juga
kelihatan berpenghuni semuanya.
Alhamdulillah, inilah pemandangan yang
selalu diidamkan oleh Qistina.
Masing-masing ‘hilang’ dalam dunia buku yang sedang mereka baca. Books are definitely an escapism for some.
Sedari masa dia di Australia lagi, dia
sangat tertarik dengan konsep kedai buku dengan mini Café sebegini. Zaman
universitinya sendiri, banyak dihabiskan ditempat begini. Lalu sebaik sahaja
dia mula berkerja, dia tanamkan cita-cita untuk membuka satu book cafenya sendiri. Dia membuat business plan dan dia bentangkan sendiri
kepada pihak bank untuk mendapatkan dana. Mulanya dia tidak berapa yakin yang
pihak bank akan menerima business plannya namun selepas seminggu mereka telah
memberikannya jawapan yang positif. Qistina mereka sendiri interior design di Café ini. Dia memang hands-on dalam projeknya ini. Setiap detail diteliti rapi. Café Bonheur ibarat ‘anak’nya dan dia akan
sedaya upaya memastikan ‘anak’nya ini berkembang maju dari hari ke hari.
“Oit, bila sampai?” Ira menyapanya dari
belakang.
“Waalaikumsalam. Just.” Qistina menjawab
sambil tersenyum mengusiknya.
“Hehe.. Assalamualaikum. Just?"
“Ar ar.. Tak sampai 5 minit kot. Tau-tau
jer kau keluar dari pejabat aku ya?Macam ahli nujum” Qistina tertawa kecil.
”So, amacam? Are you ok?” soal Ira sambil
tersenyum memandang sahabatnya itu.
“I am good, Alhamdulillah. I feel refreshed. Thank you, babe. ” Sungguh
Qistina bersyukur dia ada seorang sahabat sebaik Ira. Yang sentiasa bersedia
untuk membantunya.
“Alhamdulillah. That is good to hear. This baby needs you.
This place is lifeless without you.” Ira mengenyit mata kepada Qistina.
“Ye ke? Aku tengok macam buzzing bee jer nie. Penuh di semua
sudut.” Soal Qistina sambil matanya memandang ke sekeliling kedainya itu.
“Rezeki kau.” Ira menjawab pendek.
“Rezeki kita.” Qistina membuat pembetulan
dan Ira tersenyum.
“Oklah.. aku nak pergi check on the
children. Nanti kita story-story ya?” Ira mula melangkah ke arah Junior’s Zone.
Qistina mengangguk dan matanya mengikut Ira
yang berlalu pergi.
“Cik Qis nak minum?” Shaja, pekerja cafenya
bertanya.
Qistina menoleh kepada tuan punya suara
itu.
“Boleh jugak. Biasa ye?” jawab Qis sambil
melangkah ke pejabat kecil di bahagian belakang kedainya itu.
Dia meneliti segala invoices, delivery notes dan inventory
reports yang berada di atas mejanya. Alhamdulillah walaupun Cafe ini masih
dalam tempoh merangkak, namun rezeki itu tetap ada dan cukup untuk dia bernafas
dan meneruskan impiannya.
“Cik Qis. Your drink” Shaja melangkah masuk bersama minumannya.
“Thanks,
Shaja. You are the best!” Shaja
tersenyum sambil berlalu kembali ke work
stationnya di Cafe.
Qis mengambil bau Hazelnut Lattenya..
hmmm.... matanya tertutup..dia terbayangkan ketenangan yang dirasainya dipantai
Cherating. Tiba-tiba ingatannya teringat pula kepada Husna, si kecil comel yang
petah bercakap. Matanya dibuka dan ada senyuman dibibirnya. Sungguh, Husna
sangat comel.
~~
“Malam ini, kita nak masak apa?” soal Ira
sebaik saja mereka melabuhkan diri di sofa masing-masing sebaik tiba di rumah.
“Oh, kita masak nasi aje sebab Puan Maryam
ada bekalkan lauk-pauk untuk kita.” Qis menjawab sambil tersenyum.
“Ye ke? Wah.. ini sudah bagus. Kira makan
besar lah kita. Yes! I like!” Ira sudah meloncat kegirangan.
Maklumlah boring
asyik makan lauk yang dimasak sendiri. Tapi orang bujang macam mereka senang. Kalau
malas masak, makan jer kat luar. Kalau malas keluar, order delivery aje. Kan senang?
“So how was Cherating? Anything interesting
happened? Met anyone interesting?” Sarjan Ira mula menyoal dikala mereka
mengadap makan malam.
“Hmm.. ada”
“Ada? Wahs.. ini sudah bagus. Apa
lagi,storylah!” Ira dah terlebih excited pulak!
Qistina dah tergelak.
“Hmm.. ada lah satu pakcik jual aiskrim
tapi dia handsome! Hari-hari aku beli aiskrim dia.” Pecah ketawa Qistina.
“Chis, saja nak kenakan aku la tu!” cebik
si Ira.
“Alaaa.. nenek kebayan dah mencebik.
Sungguh tak sesuai, tau!” usik Qistina lagi.
Lagi memuncung mulut si Ira.
“Hmm.. actually tak ada apa extra exciting pun.
Cuma biasalah since it is cuti
sekolah so budak-budak ramailah...biasa-biasa ajer. Nothing out of the ordinary” jawab Qistina. Tiba-tiba teringat
kepada pertemuan singkatnya dengan Husna. Ye, singkat. Tak sampai 10 minit kot.
“Adeh.. apalah boring kawan aku
ni..hehe..” Ira tertawa kecil.
“Habis nak buat macam mana? Inilah kisah hidupku.” Qistina buat muka
sedih.
“Kau pulak macam mana? Any new updates to share?
Haikal sihat? Dia dah bawa kau jumpa your future
mother in law? Dah jumpa your future
sister in law? ” turn Inspektor Qistina pula menyoal.
“Amboi, banyaknya soalan” tergelak Ira
mendengar das-das soalan Qistina.
“Hmm.. Haikal sihat. But Haikal being Haikal lah kan? Bila dia nak cari
aku, dia datang. Bila dia sibuk, dia hilang. Cuma sms jer buat ganti diri. Entahlah Qis. Rasanya kami dah dalam comfort zone yang teramat comfort sampai masing-masing seakan
tidak mahu berganjak.. hehe..” ujar Ira panjang. Qis berhenti suapannya dan
merenung sahabatnya itu.
“Ya aku tahu. Tak payah kau kasi aku
tenungan maut kau tu. We did talk about
marriage. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, the plan is to get married next year. Puas? Suka Hati?“ soal Ira
sambil menjengkit kening sebelah.
Qistina terus memeluk Ira! Lama! Sungguh
dia gembira mendengar berita ini. Perhubungan Ira dan Haikal sudah menjangkau 3
tahun maka haruslah mereka melangkah ke satu tahap yang baru. Syukur
Alhamdulillah.
“Huish.. abis kotor baju aku wei.. kena
rendang ni bagai” dengus Ira apabila tangan Qis memegang bahunya.
“Ala.. sikit jer.. pakai dynamo hilanglah!”
pecah ketawa dua sahabat itu.
“Puan Maryam apa khabar?” soal Ira setelah
reda ketawa mereka.
“Ummi sihat tapi masih tak mahu tinggal
dengan aku. Tak seronok katanya tinggal di KL ni.” Keluh Qistina
“Aku risau lah dia duduk sorang-sorang kat
sana. Walaupun Mak Long aku tinggal berdekatan, namun risau aku tetap ada. Ummi
tu bukan muda lagi. Kalau jadi apa-apa, bukannya sekejap aku nak sampai ke
rumah tu. Kalau dia depan mata aku, legalah sikit hati aku ni.” Keluh Qistina
lagi.
“Sama-samalah kita berdoa supaya Allah
lembutkan hati Ummi kau tu untuk datang tinggal bersama kita. Kalau dia ada,
mesti hari-hari kita makan sedap! Wei, kita tak payah masak! Wah...
seronoknya!” terlebih seronok dah si Ira ni.
mmg masakan emak is the best!!!
ReplyDeleterendang tu...
ReplyDeleterendng ayamm.. sedapnyaa
ReplyDeletekhadijah
ah ah .. masakan mak memang sedap .. so rindu my moms cooking lar .. hu hu ..
ReplyDelete