Cherish every moment and every person in your life, because you never know when it will be the last time you see them.
“Khalish. Promise me that we will be as happy as we are today till the day I die.” Dahlia mengengam erat tangan Khalish yang telah bertukar status menjadi suaminya itu.
Bila teringatkan kata-kata Dahlia itu,
Khalish memanjatkan doa penuh syukur kepada Illahi kerana Dia mengizinkan
dirinya untuk mengotakan janji itu kepada Dahlia. Semenjak perkenalannya dengan Dahlia yang
bermula semenjak dari bangku sekolah menengah, mereka tidak pernah ada sebarang
masalah yang besar. Perhubungan mereka sarat dengan kenangan-kenangan yang
indah. Walaupun terpisah seketika semasa masing-masing melanjutkan pelajaran ke
luar negara, namun jarak hati mereka tidak pernah jauh. Apa yang bermula dari satu permusuhan bersatu
menjadi satu hubungan suci disisi Allah yang kini dipisahkan oleh satu
kematian.
Dahlia pergi selepas mengalami komplikasi
selepas melahirkan tanda cinta mereka. Satu peristiwa yang sepatutnya membawa
seribu keindahan kepada mereka bertukar menjadi satu peristiwa yang sangat
menyakitkan.
Hari itu adalah hari yang paling panjang
dalam hidupnya. Bermula selepas Subuh apabila Dahlia mengalami kontraksi
pertama. Pantas mereka berkejar ke hospital. Belum sempat dia menarik nafas
lega apabila Dahlia selamat melahirkan bayi perempuan mereka tepat pada pukul 6
petang, dia dikejutkan pula apabila diberitahu keadaan Dahlia yang sedang mengalami
“esclampsia”. Dia yang ketika itu baru
mengiqamatkan puterinya, bergegas masuk semula ke dalam bilik untuk melihat
keadaan Dahlia. Dia bersama Dahlia sepanjang dua hari arwah bertarung nyawa, namun
akhirnya dia mengalah kepada ketentuan Allah. Dahlia menghembuskan nafas
terakhirnya. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya. Dahlia yang manis. Dahlia
yang manja. Dahlia sahabatnya. Dahlia kekasihnya telah pergi menyahut panggilan
Illahi dan meninggalkan dia seorang diri.
Khalish redha dengan ketentuan Illahi dan dia
mengumpulkan segala semangat serta tenaga yang ada untuk menguruskan urusan
terakhir isterinya itu.
Selepas selesai segala urusan, Khalish menumpukan
pula sepenuh perhatiannya kepada puterinya. Kesedihan dihati perlahan-lahan
terubat apabila dia melihat si kecil yang comel. Nama yang dia pilih untuk
tanda cinta mereka ialah Adriana Husna yang bermaksud Nisbah Yang Baik &
Yang Cantik. Dan Demi Allah Yang Maha Berkuasa, sungguh anak itu menepati
maksud nama yang diberi.
Husna seorang anak yang sangat baik. Sangat
mudah untuk menjaganya. Husna mewarisi wajah Dahlia yang manis dan sifat Dahlia
yang manja. Atas permintaan kedua orang
tuanya, Khalish Khalish tinggal bersama mereka semasa Husna masih bayi. Namun setelah
Husna umur Husna genap 4 tahun, Khalish memutuskan bahwa mereka sudah boleh
duduk sendiri. Kini bersama seorang pembantu, alhamdulillah hidup mereka
semakin teratur.
“Papa” sapa si manja.
“Yes,
Baby” jawab si papa sambil menoleh kepada arah suara itu.
“Papa buat apa tu?” kelihatan Husna sedang
menuju ke arahnya sambil memeluk Mr. Teddy di lengannya.
“Reading.”
Khalish tersenyum.
“But
you were not looking at the book, pun? Husna tengok Papa macam termenung
jer.” soal si manis petah.
“Husna dah mandi? Kerja sekolah dah siap?
Barang-barang untuk sekolah esok dah siap?” soalan bertemu soalan.
“Yes
to all, Papa.”
“Bagus. Macam tulah anak Papa. So sekarang nak buat apa?”
“Hmm.. nak duduk dengan Papalah. Nek Jah
belum siap masak so kita belum boleh
makan.” jawab Husna sambil tergelak kecil. Dia memang suka makan. Apa lagi
kalau Nek Jah yang masak. Hari ini Nek Jah kata dia masak lauk kegemaran Husna.
Ayam masak kicap! Yeay!
“Ok. Come.
Let’s have a chat. What shall we talk about? Husna nak cerita apa dengan
Papa?” Khalish menepuk sofa disebelahnya sambil mengarah Husna untuk duduk
disebelahnya dengan matanya.
“Emm..Papa, Auntie Qis tu cantik kan?”
soalan pertama Husna.
“Hmm..” Khalish terkejut apabila mendengar nama
itu tiba-tiba keluar dari mulut Husna. Kali terakhir Husna bertemu Qistina
ialah seminggu yang lalu, hari dia terlanggar kereta Qistina.
“Auntie Qis tu baik kan?” soalan kedua
Husna.
“Ye ke?” Khalish memandang Husna sambil
membuat muka tak percaya.
“Ye lah. Apalah Papa ni. Itu pun tak tahu..
hehehe” Husna tergelak kecil. Tangannya masih sedap memeluk Mr. Teddy sambil matanya
bersinar memandang ke arah Papanya.
“Ye lah agaknya. If you say so, baby.” Khalish tersenyum panjang. Petah sungguh. Tak
padan dengan usia yang baru darjah satu.
Kata Mak Jah, si Husna ni jadi petah bercakap sebab teman berbualnya
orang dewasa. Hanya Khalish dan Nek Jah serta kedua datuk dan neneknya.
“Hmm Papa, bila kita nak pergi kedai Auntie
Qis lagi? Husna nak pergi beli buku-buku
Auntie yang banyak tu. Hari tu masa Auntie bawa Husna tengok buku-buku tu,
Husna tak sempat nak baca satu pun sebab dah petang kan? Husna rasa Husna nak
duduk dan baca buku kat Junior’s Zone
yang cantik tulah.”
“Aik? Sejak bila Husna suka baca buku ni?
Bukan ke Husna selalu cakap Papa boring sebab suka membaca?” ternaik satu
kening Papa Husna sambil tersenyum memandang anaknya itu.
“Alaaa.. itu dulu. Itu sebelum Husna kenal Auntie Qis. Sebelum
kita ke Cafe Bonheur tu. Cantikkan kedai tu, Papa? Husna suka sangat!” muka Husna teruja!
Khalish hanya memandang Husna sambil
tersenyum. Memandang Husna amat menenangkan jiwanya. Alhamdulillah, anak ini
adalah penyejuk mata penyenang jiwa buatnya. Kurnian terbesar dari Allah
kepadanya. Teringat doa yang pernah diajar oleh ibunya dari ayat 74 dari surah
Al Furqan yang berbunyi. “Robbanaa
hablanaa min azwajinaa wadzurriyaatinaa qurrota a’yun waj alnaa lil muttaqiina
imaamaa. Bermaksud: “Dan
orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami istri-istri
kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami
pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”. Doa ini selalu dititipkan semasa Dahlia mengandungkan Husna.
“Papa, bila kita boleh pergi ke kedai
Auntie Qis lagi?” terbit soalan ketiga Husna.
“Tak payah lah pergi selalu. Nanti kita
macam menganggu Auntie Qis pulak. Dia kan kerja kat situ. Nanti kalau Husna
datang, dia tak boleh buat kerja sebab asyik kena layan anak Papa yang seorang
ni sahaja” usik Khalish sambil mencuit pipi Husna.
Husna sudah menarik muncung. Lama dia
merenung Khalish. Menunggu Papanya
memujuk. Khalish hanya membalas renungan anaknya itu. Tiba-tiba mata comel itu
seakan berkaca. Panik Khalish sekejap. Tak kan menangis kot?
“Papa... “ suara Husna sudah bergetar.
Khalish panik. Jarang Husna begini.
“Betul Husna nak pergi?”
Angguk dua kali.
“Ok. Nanti kita pergi.” Khalish mengalah. Dia sebenarnya tak mahu
menyusahkan Qistina. Segan pun ada.
“Bila?” suara Husna sudah sedikit ceria.
“Kita pergi this weekend, ok? Boleh Husna duduk lama sikit kat kedai Auntie
Qis.” Putus Khalish.
“Thanks,
Papa. I love you” Husna bangkit memeluk Papanya.
Khalish tersenyum. Dia memerhatikan Husna
yang sedang melangkah menuju ke sudut mini
library di tepi ruang tamu rumahnya itu. Kelihatan seperti dia sedang
mencari buku untuk dibaca. Pelik sungguh
sebab sebelum ini memang Husna jarang-jarang meninjau ke sudut itu. Khalish
memanjat syukur jika sifatnya yang suka membaca diikuti oleh Husna.
Mengingatkan Qistina, Khalish teringat
kepada perbualannya dengan Qistina dua hari lepas.
“Assalamualaikum Encik Khalish.” kedengaran suara di hujung talian. Nombor
yang tertera tidak ada di dalam senarai contactnya.
“Waalaikumsalam. Ya saya.”
“This
is Qistina. Hmm..I am calling about your offer on your car.”
“Hi, Qistina. Yes, sure. But please call me Khalish.”
“Err.. ok. So Khalish, nampaknya kereta saya tu kena masuk workshop lebih dari 3 hari. Ben kata at least seminggu. Hence I
think I need to accept your offer sebab saya ada urusan di Melaka
lusa.” Terang Qistina di hujung talian.
“I see. Ok. Tak ada masalah. You
still have my card, right?” manalah tahu kalau Qistina dah terbuang atau
tercicir kad yang diberi.
“Yes.”
“If
that's case, can you come see me at my office tomorrow? Say at 11am?”
“Sure.
I will see you then.”
“Ok, insyaAllah.”
“Hmm.. Khalish?”
“Yes?”
“Terima kasih.”
“Sama-sama.”
Teringat juga apabila Qistina bertemunya
semalam.
“Err.. this
is your other car?” Qistina berkerut memandang kepada kereta hitam berkilat
di hadapannya itu.
“Yes.
Kenapa?” Khalish memandang Qistina sedikit hairan.
“Hmm.. This
is a bit too fancy for me to drive.” Sambil tertawa kecil.
errm... kesian khalish kehilangan isteri tercinta... n husna x sempat jumpa mamanya... ;(
ReplyDeletekete ape la yg si khalish bg tu
ReplyDeletekereta ape eh? wonderss
ReplyDeletekhadijah