It Takes A Strong Heart To Love But It Takes A Stronger Heart To Continue To Love After Being Hurt
“Cepatlah Papa!” Husna sudah menjerit dari
bawah.
“Husna, mari sarapan dulu.” Suara Nek Jah kedengaran
dari dapur.
“Tak nak lah. Husna nak pergi jumpa Auntie
Qis ni, Nek Jah.”
“Ye lah Nek Jah tahu. Dari semalam Husna
dah cerita tetapi Husna mesti kena sarapan dulu. Kalau tidak nanti perut Husna
masuk angin. Nanti sakit perut, Husna juga yang sakit kan? Bukan Nek Jah.” Mak
Jah sudah menapak ke ruang tamu. Dia mengeleng melihat Husna yang sudah tak
sabar-sabar nak keluar. Sejak akhir-akhir ini, memang nama itu sering bermain
dibibir anak itu.
Angguk dua kali.
“Ok. Husna tunggu Papa ye, Nek Jah?”
“Macam tu lah cucu nenek.” Nek Jah
tersenyum.
Selepas saja sarapan, Husna merengek lagi
meminta Khalish supaya segera bersiap.
“Baby, kedai Auntie Qis belum buka la
sayang.” pujuk Khalish.
“Ala.. kedai dia buka pukul berapa, Papa?”
“Papa pun tak tahu tapi sekarang baru pukul
9 pagi. Papa sure kedai tu belum
buka.”
“Papa tanyalah pada Auntie Qis.” Pinta
Husna.
“Kita tak payah kacau Auntie Qis la, Baby.
Nanti pukul 11 kita pergi ya? Kedai Auntie Qis mesti dah buka masa tu. In the mean time, why don’t you go and find
a book to read? Ok, precious?”
Husna sudah tarik muncung.
“Ala… Papa call la tanya.. pleeeeaseeeee.....” Matanya dikelip-kelip 2 kali. Buat muka kesian.
Khalish serba salah. Dia tak mahu menggangu
Qistina. Apalagi pada pagi Ahad dan seawal begini.
“Papa sms la kalau tak nak call Auntie Qis.” Pinta Husna lagi.
Seakan dia dapat membaca fikiran Khalish.
[Salam. Kedai you opens at what time yea? – Khalish]
Sebentar kemudian jawapan Qistina diterima.
[Salam. 1030am. Husna nak datang? –
Qistina]
[Yup- Khalish]
[Hi Auntie I see you soon :-) – Husna]
~~
“Awak boleh tinggalkan Husna kat sini kalau
awak ada other things to attend to. She will be fine here” pelawa Qistina
kepada Khalish. Sudah hampir 3 jam mereka di kedainya. Husna kelihatan leka
membaca di Junior’s Zone and sekali sekala kelihatan dia berbual dengan
kanak-kanak lain yang berada di situ. Husna ramah, mudah membuat kawan.
Qistina memerhati sambil tersenyum.
“It’s
ok. Saya tak ada urusan lain. Sunday
is my time with her. Tapi yang lainnya hari ni, Husna’s is pre-occupied with her books and not with me.” Khalish
tersenyum.
“Besides
I can also do some reading. You have quite a collection here.” Sambil
menayangkan kepada buku Architectural
Digest yang sedang dibacanya.
“Alhamdulillah. We try to cater for all here.”
“Hmm..Dah masuk lunch time nie. Husna tak lapar ke? Did she have a big breakfast this morning?” Soal Qistina. Jam ditangan
sudah menunjukkan waktu 1.30 tengah hari.
Kalau dah leka
membaca, masa akan terasa berjalan dengan begitu cepat. Seakan masa itu
mencemburui kita. Kadang-kadang bila
Qistina sendiri asyik membaca, dia mahu
masa itu terhenti.
‘Actually dia tak makan sangat pun sarapan
dia tadi. Tak sabar sangat nak datang sini. Pukul 8 pagi dah menjerit suruh saya
bersiap. Bila saya cakap yang Delisya belum buka lagi, dia dah tak senang duduk
dan insisted for me to call you to find
out. Bila saya tak nak, dia suruh sms pulak.” Khalish tertawa kecil sambil
mengelengkan kepalanya.
Qistina juga tersenyum mendengarkan cerita Khalish itu.
Matanya dilarikan memandang Husna seketika.
“I
must apologise for both of us. Maaf sebab kami menganggu awak di pagi Ahad,
Qistina.”
“It’s
ok. No worries. Tak mengganggu
pun. I was already up.” jawab
Qistina. Matanya tak lepas memandang Husna. Rasa sayang kepada Husna terbit di
hatinya. Apatah lagi bila dia mengetahui bahwa Husna tidak mendapat kasih
seorang ibu semenjak dia dilahirkan.
“Shall
we go somewhere for lunch? We have been here for 3 hours, I think a change in
the scenery would be good although no offence, your place here dah cukup
cantik and very homey.” Ajak
Khalish.
“Ok tapi kita solat dulu. Bilik solat ada
di sebelah pejabat. ” cadang Qistina.
“Ok. Let’s.” Khalish mula bangun menuju ke
sudut dimana Husna duduk.
“Husna, jom solat” ajak Khalish bila dia
hampir pada Husna. Husna mengangkat
kepala dan menguntumkan senyuman yang manis buat papanya.
“Jom Papa” alahai.. patuhnya anak ini.
~~
Khalish membawa mereka ke Lake Club di
Tasik Perdana. Ketika mereka melangkah masuk, restoran itu kelihatan penuh.
Ramai yang sedang menikmati makan tengah hari bersama keluarga. Hari Ahad –
hari bersama keluarga. Bonding time. Nasib baik ada meja untuk mereka.
Pada mata kasar, pasti mereka bertiga juga
kelihatan seperti satu unit keluarga yang lengkap. Yang lelaki cukup segak
berbaju T warna hitam dan berseluar jeans biru dan yang wanita pula begitu ayu
bertudung biru polos dengan baju blouse putih berbunga kecil serta berskirt
biru. Anak mereka yang bergaun kuning pula sangatlah comel kelihatannya. Husna petah
bercakap bagai tidak mahu berhenti. Ada saja yang ingin dia ceritakan. Kedua
Khalish dan Qistina hanya diam mendengar. Senyuman sentiasa dibibir. Masa
berjalan masuk pun, Husna berjalan di tengah sambil memegang tangan Khalish di
kanannya dan tangan Qistina di kirinya.
Di dalam kepetahan dan keriuhan Husna,
Qistina merasakan satu perasaan tenang hadir dalam hatinya. Dia terasa sangat
selesa dengan keadaan mereka ini. Walaupun dia baru mengenali Khalish dan
Husna, dia rasa amat selesa bersama mereka. Terasa bagaikan dia telah lama
kenal dengan kedua beranak ini. Sikap Khalish yang peramah membuat dia tidak
segan untuk bersama mereka. Sikap Husna yang manja memang amat menyenangkannya.
Namun dia harus sedar bahwa dia tidak boleh melayan perasaannya itu. Cukuplah
apa yang dia lalui bersama Aidil. Hubungan mereka yang rapat dan dia yang dalam
diam menyimpan rasa akhirnya membawa kekecewaan kepadanya. Cukuplah. Dia serik. Dia tak mahu terluka
lagi. Untuk tidak terluka, hatinya harus dipagari rapi.
“Auntie, lepas ni kita berjalan dekat luar
nak tak? Kat sini ada taman rama-rama. Best tau!.”
Ajak Husna ceria.
“Husna, Auntie
has to work.” Terang Khalish. Menjawab bagi pihaknya.
“But
it’s Sunday” jawab Husna.
“Yes, but
she works on Sunday too. Tadikan Husna
pergi kedai Auntie. If the shop is open
that means Auntie is working.” terang Khalish perlahan.
Husna terdiam. Mungkin sedang cuba memahami
apa yang diterangkan oleh papanya. Mungkin padanya, hari Ahad ialah hari cuti
untuk semua orang.
“Oh, ok so lepas makan kita kena hantar
Auntie balik kedai dia kan?” soal Husna lagi.
Khalish mengganguk.
“Ok, Auntie, lain kali kita datang and
tengok rama-rama, ya?”
“InsyaAllah, Husna.”
“Ok jom Papa. Husna nak balik ke Delisya
and sambung baca buku.” Husna tersenyum puas.
‘Dah
sudah. Berapa lama dia nak duduk kat kedai tu?’ bisik hati Khalish.
~~
Khalish memandang wajah Husna yang sedang
lena tidur. Lama sungguh mereka habiskan masa di kedai Qistina hari ini. Itu
pun puas dia pujuk mengajak Husna balik.
Agaknya kalau tidak, Husna mesti nak tunggu sampai kedai itu tutup
supaya dia boleh balik bersama Qistina.
Perasaan Khalish sedikit terusik melihat
Husna yang begitu manja dengan Qistina. Walaupun baru beberapa kali mereka
berjumpa, mesranya lain benar. Sebelum ini Husna tidak pernah mahu rapat dengan
seorang pun kawan-kawan wanitanya. Baik yang bujang atau pun yang sudah
berkeluarga. Husna memang peramah tetapi Khalish tak pernah nampak Husna
sebegini attached dengan sesiapa
seperti dia lihat Husna bersama Qistina.
Sikap Qistina yang rajin melayan kerenah Husna juga tidak membantu. Terbit
risau di hati Khalish.
Walaupun sudah tujuh tahun Dahlia meninggalkannya
sendirian, tidak pernah terdetik dihatinya untuk mencari pengganti. Padanya
biarlah Dahlia menjadi yang pertama dan terakhir buatnya. Tidak sanggup dia
membahagikan kasih sayangnya serta cintanya kepada Dahlia dengan wanita lain.
Cukuplah Husna untuknya.
oh... setianya khalish pada arwah dahlia...
ReplyDeleteHuh..btul ke khalish x nk cr pengganti
ReplyDeletehmm.. faithful! its hard to find someone who is faithful
ReplyDeletekhadijah