“I
wish I am a kite.. Flying freely in the open sky”
Qistina duduk
diam memerhatikan layang-layang yang bagaikan menari di langit nan biru. Deruan angin sepoi sepoi bahasa di pantai
Cherating itu menambahkan lagi lenggukan lemah gemalai si layang-layang. Lepas bebas di angkasa. Bahagia sungguh
kelihatannya.
“Alangkah
seronoknya aku jika dapat terbang bebas seperti itu.” Betapa Qistina mencemburui kebebasan layang-layang
itu.
Pandangannya kemudian dibawa ke arah pantai. Riuh kedengaran suara anak-anak yang sedang mengemudi layang-layang. Cuti sekolahlah katakan. Maka ramailah ibu bapa yang mengambil peluang untuk membawa anak-anak datang bercuti di sini.
Laut lepas di hadapannya juga dipandang dengan penuh ketenangan. SubhanAllah, memang dia sangat suka melihat laut. Satu ciptaan Allah yang sangat mendamaikan hatinya.
~~
“Kau nak ke mana tu?” tegur Ira rakan
serumahnya.
“Road
Trip. I need a break.” jawab Qistina ringkas sambil mula bergerak ke arah
pintu rumahnya.
Ira yang dia kenali semenjak zaman
universiti dan yang kini sudah 4 tahun menjadi teman serumahnya hanya mengangguk
apabila mendengar jawapan Qistina walaupun dia tak tahu Qistina nampak anggukannya
itu atau tidak.
‘Ini mesti kes jiwa kacau ni.’ Ira berkata
dalam hati. Patutlah sehari dua ini dia perhatikan sahabatnya itu banyak
termenung jauh. Entah apalah pula yang bersawang di kepalanya itu. Walaupun
mereka berkawan baik, Qistina tidak pandai berkongsi masalah dengannya. Dia
lebih suka menyelesaikannya sendiri. Ira yang sudah cukup faham akan perangai
Qistina itu tidak banyak bertanya. Mereka pun bukan budak-budak lagi.
Masing-masing dah cukup matang.
“Berapa lama kau nak pergi ni?” Ira menyoal.
“Boring nanti aku baliklah.” jawab Qistina
sambil tersenyum.
“Bonheur macam mana?” soal Ira lagi.
“Kaukan ada? Kau tolong manage yea?” Qistina meletakkan kedua
tangan dibawah dagunya, sambil mengelip-gelip matanya. Comel la sangat tu kan?
“Anything
outstanding? Ada event booking tak? Expecting any book delivery ke?” Ira memang Ms Organiser. Dia tak suka surprises.
“Hmmm... tak ada. Everything is in order at least until next week and I will be back by
then, insyaAllah.” Qistana pulak Ms. Organiser kuasa dua! Dia lagi lah
pantang. Sebab itu mereka sahabat dunia akhirat.
“Ok – hati-hati memandu, jaga diri, jaga
makan, jaga solat. Call aku kalau ada apa-apa. ” panjang lebar nasihat Ira.
“Baiklah, nenek kebayan” bertambah lebar
senyuman di wajah Qistina. Betapa
sayangnya dia pada sahabat dia yang seorang ni. Ira dipeluknya erat.
“Aku jalan dulu. Assalamualaikum” Qistina memberi
salam sambil melangkah keluar menuju ke kereta
Vios merahnya.
“Qis” seru Ira dari pintu utama.
“Ya?” Qistina menoleh.
“Ingat, surah Al Baqarah ayat 286 - Allah does
not burden a soul beyond what it can bear.” Ira sekadar mengingatkan sambil
tersenyum. Harapannya semoga ayat itu dapat memberi Qistina kekuatan.
Qistina mengangguk sambil membalas senyuman
sahabatnya itu.
“Thanks” jawab Qistina sambil melangkah masuk ke
kereta.
~~
Kini, sudah dua hari dia berada di
sini. Selesai urusan checked in di
chalet pilihannya, dia terus menghabiskan masanya di pantai. Kalau waktu pagi,
dia akan membaca novel, tengahari matanya tertumpu ke laptopnya dan di kala
petang hari, dia membaca tafsir Qurannya.
Itu menjadi rutinnya. Makannya
hanya di kala dia terasa lapar. Makan bukan lah agenda utamanya jika dia keluar
bersendirian.
Sedang dia leka membaca novel ditangan, tiba-tiba
dia terasa seperti ada yang menolaknya dari belakang.
“Oops! Sorry!” kedengaran satu suara
halus. Dia menoleh untuk melihat
siapakah gerangan yang menolaknya. Walaupun sebenarnya tolakan itu tidaklah
sekuat mana, namun terlepaslah juga novel yang sedang dibaca dari tangannya.
Dia tersenyum melihat tuan punya suara itu.
Comel sungguh gerangannya. Sesuai sangat dengan suara. Berambut panjang diikat
tocang dua, bermata bulat & berkulit putih gebu. Umur pula agaknya dalam
lingkungan 7 tahun agak Qistina.
“It’s ok. Tak sengajakan?” tanya Qistina
sambil tersenyum.
“Tak. Husna memang tak sengaja. Husna nak
kejar rama-rama tu..." terjuih bibirnya ke arah rama-rama yang telah hilang entah ke mana.
“Oh... mengejar rama-rama rupanya.” Matanya
cuba mencari rama-rama yang dikejar Husna. Sudah hilang dari pandangan.
“Eh,
Husna ke pantai dengan siapa ni?” Dia bertanya sampai kepalanya menoleh ke kira
dan kanan. Dia cuma nampak Husna ini keseorangan. Takkan budak ni sorang-sorang
kat tepi pantai ni? Dari gaya pakaian Husna, dia macam bukan budak-budak dari
kampung ini. Baju gaun labuh berwarna kuning berbunga kecil itu membuat dia
bertambah comel.
“Husna dengan papa. Tu dia ada kat chalet tu..." Terjuih lagi bibirnya.
Kepala Qistina menoleh ke arah yang
ditunjukkan oleh Husna itu. Chalet
yang hanya terletak selang enam buah dari chaletnya
sendiri. Kelihatan seorang lelaki sedang
leka membaca di beranda. Tetapi lelaki itu mengangkat mukanya seketika seakan
menyedari bahwa ada mata yang sedang memandangnya. Dia melambai Husna dan Husna membalas lambaian itu dengan penuh semangat sambil tersenyum.
“Itu papa.” Kata Husna dan Qistina
sekadar menganguk.
Dia ingin menyambung bacaannya tapi Husna
seakan tidak bergerak dari situ. Husna memandang tepat ke wajah Qistina. Ditenungnya lama. Kemudian terbit satu senyuman yang sangat manis dari bibir si
kecil ni.
‘Hmmm...tak kan nak shoosh dia? Tak baik la
pulak kan?’ Qistina berbisik di dalam hati.
“Auntie, are you alone?” soal si kecil.
“Yes”
“Auntie dah berapa hari kat sini?”
“Dua”
“Husna pulak dah berapa hari kat sini?
“Hmm.. kami baru sampai semalam.”
Qistina mendengar dan mengangguk tanda
faham.
“Hmm... Auntie pun macam papa suka reading.”
“Oh ya? Reading
is a good habit.”
“Husna tak suka membaca.. macam boooooring
jer”
Qistina tergelak kecil.. alahai budak ini.
“Auntie dah breakfast?”
“Belum.”
“Eh, kenapa belum? Tak elok tau kalau skip breakfast. Papa kata it is not good for you.”
“and
your Papa is right.” Qistina
tersenyum lagi. Novelnya ditutup dan diletak ditepi. Macam tak ada harapan nak
membaca dah ni.
“Husna breakfast
apa tadi?”
“Cereals
with chocolate milk. Yummy!” ceria
sungguh dia bercerita.
“Auntie nak ke? Husna boleh ambilkan. Kat chalet kita orang ada banyak cereals. Ada Cocoa Crunch, ada Corn
Flakes, ada Honey Star. Boleh makan with
milk chocolate atau strawberi. Auntie nak?”
“It’s ok. Thank you but Auntie belum lapar” jawab Qistina sambil tersenyum.
“Auntie suka laut tak?” soalan seterusnya dari
Husna.
“Suka.”
“Husna pun suka. Kalau dapat mandi laut,
lagi Husna suka!” bersinar mata bulat Husna.
“Kenapa tak pergi mandi laut?” Qistina
menyoal.
“Ala... Papa suruh tunggu dia. Dia kena
siapkan kerja dia dulu. Tak best la Papa ni. Cuti-cuti pun dia bawak kerja
dia.” Keluh si Husna.
Qistina tersenyum lagi. Patuhnya Husna menunggu si papa walau nampak jelas di matanya yang Husna sudah tidak sabar ingin mandi laut.
Qistina tersenyum lagi. Patuhnya Husna menunggu si papa walau nampak jelas di matanya yang Husna sudah tidak sabar ingin mandi laut.
Tiba-tiba terdengar satu suara garau sedang berdehem. Pantas Qistina menoleh ke belakang. Pantas juga dia membetulkan tudungnya yang entah sudah bagaimana rupa dek ditolak oleh angin.
“Papa!”
“Husna ganggu auntie ye?” Papa Husna
bersuara sambil matanya memandang Husna dan kemudian
beralih ke Qistina sambil
tersenyum. Ada maaf disebalik renungan matanya.
“Tak ada lah. Mana ada? Err.. Husna tak
ganggu Auntie kan?” polos muka Husna
bertanya.
Qistina menggeleng sambil tersenyum untuk membalas senyuman yang diberi.
“Ok. Cukuplah tu. Say good bye to auntie and let’s
go” Papa Husna bersuara lagi.
“Alaa.... Husna nak cakap-cakap dengan
auntie lagi. She’s pretty kan papa?” alahai Husna
“Husna” Papa Husna dah berbunyi tegas.
Husna buat muka kesian. Qistina tersenyum
memandang wajah comel itu. Dia terperanjat bila Husna tiba-tiba datang untuk
bersalam dengannya. Dia lagi terperanjat bila Husna tiba-tiba memeluknya! Mata
Qistina membulat kerana terkejut tetapi tangannya naik juga mengusap lembut
rambut Husna. Tersentuh sungguh hati dia mengenangkan kepetahan dan sifat manja
Husna.
“Bye Auntie. Assalamualaikum. I pray that I get to see you again.” bicara
akhir Husna sambil dia memeluk Qistina.
Dia berlalu selepas pelukan itu terlerai.
“I am
sorry if she was disturbing you. ” Papa Husna memohon maaf.
Qistina menoleh memandang Papa Husna.
“No. Don’t
worry. She was not. Your daughter is such an angel” Balas Qistina.
“That
she is. Assalamualaikum” Papa Husna mengganguk tanda setuju lalu mengatur
langkah menuruti anaknya. Mata Qistina mengikuti sebentar langkah kedua beranak
itu.
Keesokkan paginya, sekali lagi dia
terserempak dengan si kecil itu. Dia yang sedang bersarapan di hadapan kolam
mandi bersama novel ditangan, tiba-tiba mendengar satu suara yang seakan
memanggilnya.
“Auntie!” suara yang bagaikan pernah
didengar. Dia mengangkat muka.
Qistina terus tersenyum apabila ternampak
tuan punya suara yang sedang berenang dengan pelampung di dalam pool dan sedang menuju ke arah bahagian tepi kolam paling hampir tempat
dia duduk. Dia melambai Husna.
Lambaian di balas penuh teruja.
“Good
morning Husna”
“Good
morning auntie”
“Auntie tak mandi?” Husna sudah menompangkan
kedua tangannya di tepi kolam mandi.
Qistina mengeleng.
“Kenapa? Best pool ni. Jomlah Auntie”
“Auntie nak membaca. Husna enjoy yourself ye?” novel ditangan dinaikkan sedikit supaya Husna nampak.
“Auntie baca buku apa tu? Buku semalam ya?”
“Ya. Buku yang sama.” buku yang terbantut
bacaannya akibat pertemuannya dengan Husna semalam.
“Ooo…. Hmm.. Auntie dah pernah mandi pool tak? Best tau Auntie”
“Mana lagi seronok, mandi pantai or mandi
kat pool?
“Hmm….” rupa Husna yang sedang berfikir itu
mengalah muka tuan hakim ketika menjatuhkan hukuman. Qistina menahan gelak.
“Hmm… dua-dua best kot!” Husna menjawab
dengan sengihan lebar.
‘Ya Allah, comel sungguh budak ni’ detik
hati Qistina.
“Hmm.. Husna datang seorang ke?” dia tak
nampak orang lain dalam pool.
“Tak. Dengan Papa, tadi Husna mandi dengan
papa tapi dia baru saja naik. Tu dia kat kerusi tu.”
Mata Qistina mengikut jari telunjuk Husna.
Papa Husna yang tidak berbaju dan berseluar paras lutut itu rupanya sedang
memerhati mereka. Entah sejak bila, Qistina tak pasti. Yang pasti, pipinya
sudah merasa panas apabila melihat apa yang disajikan di seberang pool itu!
Kali ketiga Qistina berjumpa Husna adalah
apabila mereka sama-sama menguruskan check out. Dia yang ketika itu sedang
membuat pembayaran, tiba-tiba terasa bajunya ditarik dari tepi.
“Auntie!”
“Hi Husna”
“Auntie pun nak balik?”
“Ar ar. Husna pun?”
Husna mengangguk.
“Husna harap sangat yang Husna akan dapat
jumpa Auntie lagi”
Sebak sekejap hati Qistina mendengarkannya. Qistina memang lemah kalau masuk bab “saying goodbyes” ni. Jangan dia pulak yang menangis sudah. Dia merendahkan diri untuk memeluk si kecil. Sungguh anak ini dirasakan sangat istimewa walaupun baru beberapa kali saja mereka bertemu.
Sebak sekejap hati Qistina mendengarkannya. Qistina memang lemah kalau masuk bab “saying goodbyes” ni. Jangan dia pulak yang menangis sudah. Dia merendahkan diri untuk memeluk si kecil. Sungguh anak ini dirasakan sangat istimewa walaupun baru beberapa kali saja mereka bertemu.
“Yes, Papa?”
“Shall we?”
“Ok. Hmm.. Auntie, Husna balik dulu ya?”
Qistina mengganguk dan berdiri kembali. Pandangannya beralih kepada Papa Husna.
“Balik KL?” soal Papa Husna kepadanya.
“Tak, saya singgah Kuantan dulu.” Jawabnya.
“Ok then. Drive safe”
“You too” Sama-sama mengganguk dan sama-sama bertukar senyuman.
Nice kak su...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima Kasih Ida :-D
Delete"Tapi dia yang seakan menyedari kami sedang memandangnya" kak rozi rasa perkataan kami ni tak sesuai letak kat sini.. sounded a bit odd sb ganti kata nama pertama bukan aku..
ReplyDeletejust nak betulkan sikit je.. the rest so far so good Su..
Salam Roziah.. terima kasih atas teguran.. Su dah betulkan.. cer tengok ok tak (sbb tgh pikir ayat sambil layan mak duduk sebelah datang nak berborak.. hehe)
Deletebest la kak su.. ;)
ReplyDeletehm..1st impression best...
ReplyDeletewaaaaaa, I love Husna already!
ReplyDeleteHusna is comel. suka cerita yang ada budak2 mcm ni :)
ReplyDeletekhadijah
Read these.. and make me wanna read more and more..
ReplyDeleteoh how i wish i hv so much time..
:((
will follow up later dear. just keep on going.
Salam Ida... Thank you for dropping by and reading the opening chapter.. I pray that you will find some time to read them... I look forward to your comments, ya? :-)
DeleteWil do sue :-)
ReplyDeleteNice start dear ... need to catch up reading ni .. he he he
ReplyDeletebest dek...mukadimah yg menarik...
ReplyDeleteblog-blog walking...terjumpa yours...lovely intro...budak2 kan...so pure & innocent...will follow......
ReplyDeleteSalam dear.. thank you for stopping by.. hopefully it will be a good read for you..
Delete