Love
is someone who feels like a part of you
[Assalamualaikum. Dah tidur?]
[Waalaikumsalam. Not yet. Reading.]
[Can
I call you? I miss hearing your voice.]
[Just
the voice?]
Dan telefon Qistina berbunyi.
“Assalamualaikum, sayang” panggilan Khalish
untuknya sudah bertukar. Qistina tersenyum bahagia.
“Waalaikumsalam. Kenapa tak tidur lagi?”
soal Qistina lembut.
“I tak boleh nak tidur. I tried to but my eyes refuse to shut. I think it is because I am missing my heart.”
Qistina tergelak kecil. Khalish sudah
pandai bermanja dengannya.
“Siapa pulak yang ambik heart you tu?” usik Qistina.
“Adalah orang tu. Didn’t I tell you about her?”
“Hmm..
Nope. I don’t remember you ever mentioned her.”
“Well,
she stole my heart. A real rare find that one. Someone yang bila kita jumpa, mesti jatuh sayang pada dia. Kalau
tak jumpa, kita jatuh rindu. She is warm,
peramah, penyayang, penyabar, loyal and a
good friend”
“Wow.
How lucky can you get? If that is the case, you better hold on tight to her”
usik Qistina. Khalish boleh mendengar senyuman disebalik kata-kata itu.
“Yup.
That is the plan. Infact, esok my
family nak pergi jumpa family dia
dan kami nak ikat dia ketat-ketat”
Pecah ketawa Qistina. Macam-macam Khalish
ni.
Mereka diam sebentar melayan rasa hati
masing-masing. Senyum hadir dibibir masing-masing.
“What
are you reading, sayang?” soal Khalish perlahan.
“The
Surrendered Wife” jawab Qistina.
“La.. belum jadi wife I, you dah nak surrender?” Khalish sudah tergelak besar.
Qistina turut sama ketawa..
“It’s
not that kind of surrender la En..cik Khalish. It is a guide book on how a wife
should relinquish inappropriate control of their husbands and focus on their
own happiness in order to bring romance back into their relationship” saja Qistina tekankan perkataan
encik itu.
“Hmm..I
see.. but I like the idea of surrender very much” Khalish mengusik lagi.
“Suka ya?”
“Sangat suka!”
Mereka tergelak lagi.
“Hmm.... En..cik Khalish. Saya dah
mengantuk..nak tidur”
“Aik, sebut surrender terus nak tidur dah? Nak surrender betul nampak?” lagi giat Khalish mengusiknya. Pipi
Qistina dah terasa panas. Nasib baik Khalish tak nampak!
“Kita sambung esok ye, Encik Khalish? Saya
dah mengantuk ni. Esok saya sibuk”
“Sayang nak saya datang tolong ke?”
“Eh eh tak payah Encik Khalish. Encik
Khalish duduk diam-diam dirumah ya?”
Khalish ketawa lagi.
“La.. saya tak boleh datang tengok orang tu
kena ikat ke?” Khalish menyambung gelaknya.
“Kalau nak kena ikat dengan Pak Long,
datanglah” giliran Qistina untuk ketawa.
“Hmm… ok lah.. kalau macam tu, saya duduk
rumah je lah. Oklah, sayang pergilah tidur. Kalau ada apa-apa, bagi tahu saya
ye?”
“Ya Encik Khalish. Tolong jangan risau.
InsyaAllah, kita sama-sama berdoa agar Allah permudahkan urusan kita esok”
“Allahuma Ameen.. err Qis?”
“Ya?”
“You
know that I love you, right?”
Qistina tersenyum lebar.
“Yes, Encik Khalish. I know. Now, can we go to sleep?”
Khalish tertawa lagi.
“Good
night, sayang. Tidur mimpikan saya, ya? Assalamualaikum” sempat lagi
Khalish mengusik.
“Waalaikumsalam warrahmatullah..”
Dihujung talian, Khalish juga tersenyum
mendengar panggilan Qistina untuknya - “Encik Khalish”.
~~
Majlis merisik telah berjalan dengan lancar
seminggu yang lalu. Ibu bapa Khalish sendiri yang mewakili dirinya sementara
keluarga Qistina diwakilkan oleh Pak Long serta Mak Longnya.
Selain dari merisik, majlis itu dijuga
merupakan majlis pertunangan Qistina dengan Khalish. Qistina yang sudah
memberitahu Khalish yang dia tidak mahu mengadakan sebarang majlis pertunangan
terkejut apabila Umminya memanggilnya untuk duduk diruang tamu dimana mereka
sedang berbincang. Dia ketika itu sedang sibuk didapur menyediakan makan
tengahari untuk rombongan keluarga Khalish.
“Qis, duduk sekejap. Puan Sri ada nak
beritahu sesuatu” Ummi mengarahnya untuk duduk.
“Iskh Kak Maryam ni, tak payah Puan Sri
segala. Kan saya dah kata, panggil saya Lia sahaja. Qis panggil Ibu jer ya?”
lembut tutur Puan Sri Kamelia. Dia memegang tangan Qistina. Qistina dah naik
segan.
“Pertamanya, Ibu nak minta maaf sebab
Khalish tak sempat lagi bawa Qis ke rumah kami.”
“Eh jangan cakap macam itu, Ibu. Patutnya
Qis yang minta maaf sebab tak sempat ke rumah Ibu.” sungguh Qistina segan
dengan ibu Khalish.
“Qis tak datang sebab Khalish tak bawa.
Entahlah kak Yam, orang laki-laki ni, fikiran mereka lain dari kita. Si Khalish
tu, hujan tak ada, ribut jauh sekali tiba-tiba dia beritahu saya yang dia dah
melamar Qis. Kelam kabut kita dibuatnya” Qis dah tertunduk malu. Pipinya dah
terasa panas. Mesti merah mukanya. Yang
lain-lain dah tersenyum lebar.
“Dia takut Qis kena sambar lah tu” Tan Sri
Hamid pulak berseloroh. Pecah gelak semua orang. Qistina masih menunduk. Dia
tengah memikirkan kenapa dia harus duduk ditengah-tengah mereka yang sedang
berbincang pasalnya itu. Selalunya orang yang dirisik tak perlu duduk bersama.
“Hmm.. Qis” ibu Khalish masih memegang
tanganya lembut.
Qistina mengangkat kepalanya.
“Khalish bagi tahu Ibu yang Qis tidak mahu
membuat majlis pertunangan. Betul?” soal Puan Sri Kamelia lembut.
“Ya betul, Ibu.” Angguk Qistina. Pada
Qistina buat apa nak buat majlis pertunangan jika tempoh pertunangan mereka hanya
2 bulan.
“Sebab dalam 2 bulan kamu akan bernikah?”
Ibu Khalish sudah tersenyum merenung wajahnya.
“Ya Ibu. Qis tak nak menyusahkan semua
orang. Cukuplah dengan majlis nikah kami nanti. Maaf ya Ibu kalau Ibu kecil
hati.” Ujar Qistina ikhlas.
“Kami tak kisah Qis. Yang penting Khalish
bahagia. Dan Ibu nampak kebahagiaan itu diwajah anak ibu itu kebelakangan ini.
Ibu harus berterima kasih kepada Qis untuk itu. Anak ibu itu dah lama
keseorangan.” Suara Puan Sri Kamelia sudah kedengaran sebak. Tangannya masih
mengusap tangan Qistina lembut. Qistina pula sudah menunduk. Dia turut sebak
mendengar suara ibu Khalish yang sebak itu. Ditahan air matanya supaya jangan menjengah
pipinya.
“Sudahlah tu Puan Kamelia. Sketsa sedih dia
dah keluar pulak. Hari ini hari yang baik. Tak baik bersedih.” usik Tan Sri dari
tempat duduknya. Puan Sri Kamelia berpaling sebentar memandang ke arah suaminya.
Satu senyuman dan anggukan diberikan.
“Hmm ialahkan Ibu ni. Maaf ya Kak Yam,
Abang Long, Kak Long, Saya teremotional
pula” Puan Sri tergelak kecil.
“Eh tak pe, Lia. Akak faham. Kita ni
masing-masing hanya ada seorang anak. Maka bahagia dia, bahagialah kita dan
derita dia, deritalah jugak kita kan?” pandai Ummi menjaga hati bakal besannya
itu.
“Betul tu, Kak Yam” Puan Sri mengangguk
setuju. Matanya memandang Qis semula.
“Hmm.. Qis, walaupun tidak ada majlis
pertunangan, Ibu nak tunaikan hasrat Khalish. Dia tetap hendak beri Qis sebentuk cincin tunang.”
jelas Puan Sri Kamelia lembut dan Qistina sedikit terkejut.
Mata Qis laju mengikut tangan ibu Khalish yang
sedang membuka sebuah kotak kecil berwarna biru turquoise beriben putih dan mengeluarkan sebentuk cincin. Qistina
ingat cincin berlian itu. Dia dan Khalish masuk ke kedai yang berada di KLCC
itu kerana ingin memilih cincin untuk majlis nikah mereka. Sedang mereka leka
memilih, Qistina ternampak cincin ini dan dia meminta untuk mencubanya. Sungguh
dia tak sangka yang Khalish akan membeli cincin itu sebagai cincin pertunangan
mereka. Khalish dah pandai buat surprise!