Friday, July 5, 2013

Cinta Kita - Chapter 15



Time Has A Wonderful Way of Showing Us What Really Matters
“Cepatlah Papa!” Husna sudah menjerit dari bawah.

“Lambat lagi, Baby. Hold your horses.” jawab Khalish sambil melangkah menuruni tangga.

“Dah pukul 10 ni. Nanti kita lambatlah papa.”

“Husna. Kita ada masa.” Khalish menjawab serius. Kadang-kadang dia kena bertegas dengan Husna. Kalau tidak manja dan  rengekan Husna menjadi-jadi. Husna kalau tentang Qistina, dia memang jadi tak sabar semacam. Excited sentiasa.

Khalish tersenyum bila melihat Husna dah terdiam. Dia tahu Husna tak sabar nak berjumpa dengan Qistina. Rindulah sangatlah tu.

Selama ketiadaan Qistina, terbit juga rasa rindu di dalam diri Khalish. Ketiadaan Qistina yang sudah lebih 6 bulan dia kenal dan yang seakan telah menjadi satu kombinasi yang melengkapkan keluarganya itu amat dirasainya.

Selama 2 minggu ini jugalah dia asyik memikirkan tentang arah hubungan mereka. Bertanya pada hati tentang perasaannya terdapat gadis itu. Cintakah dia kepada Qistina atau hanya ada sayang? Kalau sayang, sebagai apa? Sahabat? Sudah bersediakah dia untuk mencari pengganti Dahlia? Jika jawapannya tidak, sanggupkah dia melihat Qistina melangkah pergi? Bagaimana pula dengan Husna nanti?

Khalish membuat solat istikarah pada setiap malam untuk memohon pertolongan yang Maha Esa. Doanya jika Qistina itu jodohnya, maka Allah permudahkanlah segalanya untuk mereka.
Kelmarin apabila dia mendengar suara Qistina yang sudah 2 minggu tidak didengari, hati dia yang lama tidak berdetik laju, tiba-tiba dirasanya seakan bernyawa kembali. Adakah sudah terbit perasaan cinta terhadap Qistina? Sungguh sejak arwah Dahlia meninggal, dia tidak pernah rasa sebegitu. Lama dia duduk di sofa selepas perbualan Husna dengan Qistina berakhir. Otaknya cuba memproses rasa hatinya.
Perbualan antara dia dan Azman dan antara dia dan Ibunya semasa birthday party Husna juga kembali menerjah ke fikirannya untuk dia proses.

Semalam pun dia berbual panjang dengan Azman, rakan baiknya.

“Kau ni Khalish sejak dua menjak ni lah aku tengok macam jasad di sini tapi fikiran kau jauh di sinun” usik Azman.

“Hish, banyaklah kau ni Man.”

“Betul Khalish. Bukan aku jer perasan. Si Rose tu pun perasan tau. Semalam dalam meeting, nampak sangat kau tak concentrate sampai kau suruh si Rose explain progressive report tu sampai 2 kali! Bengang jer dia.” Azman tergelak kecil.

Khalish pun ikut terketawa kecil. Kesian Rose. Memang betul tekaan Azman. Fikiran dia entah ke mana semasa Rose menghuraikan report itu untuk kali pertama. Bila dia tersedar, Rose sudah selesai dan dia tak masuk satu apa pun yang diterangkan so dia minta Rose ulang. Sorry Rose!

“But seriously, kau ni ok ke tak ni? Bila si Qis nak balik?”

“Emm.. Esok.”

“Kau pergi jemput dia?”

“InsyaAllah. Kau faham sendirilah Cik Husna kita tu macam mana.” Khalish tersenyum.

“Husna jer ke atau kau pun dah tak tertahan rindu nak jumpa Qis? Tapi apa pun, aku suka sebab dah ada sedikit kemajuan. Bagus-bagus. Macam aku kata hari tu, you’re too slow man!” pecah ketawa Azman.

“Aku tak tahu macam mana nak mula, Man. It’s been too long. Aku ni dah tua.  I don’t know if I can do it” Khalish mengeluh perlahan sambil meraup mukanya.

“Hey, kau tu baru empat puluh lah bukan enam puluh. Tak ada tuanya.  Life begins at 40, man. Lagipun Khalish, bercinta ni macam naik basikal. Once kau pernah bawa, skill tu akan datang dengan sendirinya.” Azman ketawa lagi. 

“Tapi serius aku nak tanya, selama Qis tak da ni, apa kau rasa? Kau rindu tak kat dia?” pancing Azman lagi.

Khalish merenung ke arah luar biliknya.

“Hmm.. rindu lah jugak” selamba muka Khalish. Dia tahu dia jadi bahan gelak Azman hari ini.

Azman tergelak lagi.

“Aku dah agak dah. Tu yang muka kau macam tu. Macam ayam berak kapur pun ada” seronok betul Azman dapat kenakan Khalish.

“So apa plan kau? Nak go through dengan aku? Aku kan romeo pencen” gelak lagi

“Aku tak tahu lah, Man. Aku takut kalau Qistina tak ada perasaan kat aku. Nanti tak pasal-pasal dia rasa tak selesa. Mati aku kalau dia tinggalkan Husna macam tu aje’ jelas Khalish.

“Kau risaukan Husna sedih atau kau risaukan hati kau yang akan kecewa kalau Qis pergi?”

“Kau tahu kan how attached Husna is dengan Qis. Sepanjang dua minggu ni, setiap hari dia ber’sms’ dengan Qis. Tak pernah missed. Aku tengok berjela-jela daily reporting dia. Itu pun aku dah hadkan to satu sms a day. Kalau tidak, mahu pengsan aku kena bayar bil bulan ni.” Khalish pulak tertawa.

“Aku rasa Qis tu ada hati dengan kau, Khalish. Hmm.. Orang perempuan ni spesis dia lain dari kita. Man from Mars Women From Venus. Kalau mereka tu jenis yang baik dan ikhlas, sabar mereka jauh lebih banyak dari kita. Setia tak payah cakap lah. Lebih lagi kalau hati mereka dah sayang. Aku nampak pandangan mata dia pada kau hari tu. She is waiting for you to open up and make the first move, my friend.” nada Azman sudah berubah serius.
~~

“Auntie!!” jerit Husna bila dia ternampak kelibat Qistina yang sedang menolak troli keluar dari balai ketibaan. 

Qistina segera berpaling ke arah suara itu. Matanya ligat mencari Husna dikalangan orang yang ramai di luar balai ketibaan itu. Tetapi Khalish yang matanya jumpa dahulu dan mata mereka bertaut seketika. Jantung Qistina sudah mula berdegup kencang. Dia menarik nafasnya perlahan-lahan. Bertenang Qis. Satu senyuman terukir dibibirnya yang dibalas dengan senyuman manis Khalish.

Sejurus dia melepasi pagar keselamatan, Husna terus memeluknya erat.

“Husna rinduuuuuuuuuuu sangat kat Auntie!” kata ujar hampir terjerit.

And I missed you too, sayang.” Qistina membalas pelukan erat Husna. Kedua pipi Husna dicium.
Khalish sudah mengambil tempat dibelakang troli Qistina untuk menolak troli itu ke tepi supaya tidak menghalang laluan jemaah lain. Dia bergerak sedikit ke tepi menuju ke tempat dimana Puan Maryam sedang berdiri bersama beberapa jemaah yang lain.

“Assalamualaikum Ummi. Selamat kembali. Ummi sihat?” sapa Khalish lembut.

“Waalaikumsalam Khalish. Alhamdulillah. Semoga kami mendapat umrah yang mabrur.” sejuk mata Puan Maryam melihat Khalish yang sudah sedia menunggu mereka. 

“Ameen. InsyaAllah Ummi.”

“Eh, mari Ummi kenalkan Khalish pada Pak Long & Mak Long. Masa kami bertolak hari tu kamu tak sempat berjumpa sebab mereka sudah masuk dulu.”

“Abang Long, Kak Long, ni Yam kenalkan, Khalish. Kawan Qis.” Puan Maryam tersenyum penuh makna.

Khalish menghulurkan tangan kepada Pak Long dan menganguk kepada Mak Long.

“Assalamualaikum, Pak Long, Mak Long.” Sapanya.

“Waalaikumsalam. Ooo….kawan Qis? Aku tak tahu pulak anak tunggal kau dah ada kawan, Yam? Segak tampan pulak tu. Patutlah aku tengok si Qis asyik termenung masa kita kat sana. Rupanya dalam diam menahan rindu. Ada yang menunggu di sini, kisahnya. Iskh, nampaknya tak lama lagi kita dapat makan nasi minyaklah Mak Longnya” Pak Long dah mula mengusik. Pecah ketawa Mak Long & Puan Maryam.  
‘Hmm.. Dia menahan rindu jugak ke?’ bisik hati Khalish.  Kalau betul, dia lega. Khalish tersenyum kecil.

Qistina dan Husna yang baru menghampiri mereka memandang mereka aneh. Apalah yang sedang dibualkan sehingga kuat benar ketawa mak long dan ummi. Husna berjalan saingnya sambil menggengam tangan Qistina erat bagai tak mahu lepas.

“Ha, yang ini mesti Husna” teka Pak Long.

Qistina tersenyum memandang Pak Longnya.

“Salam atok dan nenek, sayang.” pinta Qistina lembut.

Husna menghulurkan kedua tangannya untuk bersalam.  Tangan Puan Maryam juga diraihnya.

“MasyaAllah, comelnya kamu ni. Nenek Yam kamu selalu cerita yang kamu ni hari-hari ber’sms’ dengan Auntie Qis yea? Apalah yang kamu ceritakan hari-hari tu?” usik Pak Long.

Husna sudah tersenyum malu. Badannya disembunyikan dibelakang Qistina.

“Aik malu?” Pak Long mengusik lagi.

Qistina sudah tertawa kecil melihat gelagat Husna. Tenang hati dia melihat Husna. Hilang rasa rindu dia pada si comel.

“Err.. siapa yang datang menjemput Pak Long?” soal Khalish. Qistina beralih memandang Khalish sebentar. Hilang sudah juga rasa rindunya kepada wajah dan suara lelaki itu.

“Oh, anak Pak Long. Dia tengah parking kereta katanya. Kejap lagi sampai lah tu. Eh, kalau kamu nak gerak dulu Khalish, silakan tau. Kamu tak payah tunggu Pak Long. Kejap lagi naik la si Manan tu.”

“Tak apa Pak Long. Kami tunggu. Boleh kita semua turun sekali nanti” jawab Khalish. Matanya sesekali mencuri memandang ke arah Qistina yang sibuk melayan celoteh Husna.

“Yam, kamu bila nak balik kampung?” soal Pak Long.

“Dalam dua tiga hari lagi kot, bang. Yam nak tengokkan Qis tu kejap. Tadi dalam kapal terbang, dia mengadu badan dia tak berapa nak sedap. Yam takut dia nak demam. Si Qis ni bukan abang tak tahu, dia jarang sakit tapi kalau sakit, susah nak baik. Si Ira pulak ke Johor katanya.”

Mendengar itu, Khalish terus memandang ke arah Qistina.

“Qis?”

“Ya?”

“Kita singgah klinik sebelum saya hantar awak balik, yea?” soal Khalish lembut.

“Eh, tak pe. Saya ok. Nanti kalau saya betul tak sihat, saya boleh pergi sendiri” Qistina menolak lembut. Dia segan nak menyusahkan Khalish.

“Auntie sakit?” tangan Husna naik ke dahi Qistina.

Qistina tersenyum. Tangan Husna dibawa turun.

“Tak adalah. Nampak Husna jer, sakit Auntie terus hilang”

“Hehe.. Husna kan ada magic hands. Kan Papa?” Husna tersengih memandang Khalish. Khalish berjalan mendekati mereka.

And she has magic hugs too” redup mata Khalish memandang Qis sambil menggosok rambut Husna. Dalam. Qis berdebar menatap dua mata itu.

“Yes! Husna has magic hugs too!” dan Husna sudah kembali memeluk bahu Qistina.

Pandangan Khalish dan Qistina berpaut kembali. Keduanya tersenyum.

“Are you sure you are ok? I don’t mind stopping by the clinic for you.

“InsyaAllah. I just need to lie down and rest.”

3 comments: