Wednesday, July 3, 2013

Cinta Kita - Chapter 12

True Love Isn't Easy But It Must be Fought For Because Once You Found It, It Can Never Be Replaced


“Siapa tu Khalish?” soal Azman sambil matanya tertumpu kepada wanita yang sedang leka melayan Husna.

“Qistina.” Khalish menjawab ringkas.

“Siapa Qistina? Aku tak pernah jumpa pun. Seingat aku, kau pun tak pernah sebut pasal dia.” Azman terus merenung Qistina. Kelihatan Husna sungguh mesra dengan wanita itu.

Mata Khalish turut mengikut mata Azman dalam memerhatikan gelagat dua orang itu. Hari ini majlis hari jadi Husna yang ke 7. Husna kelihatan sangat comel dalam pakaian yang Qistina pilih untuknya semasa mereka bertiga keluar minggu lepas. Qistina pun mengenakan warna baju dengan rona warna yang sama. Kedua-duanya in pink! Nasib baik mereka tidak memaksanya itu mengenakan rona warna yang sama! Tak sanggup dia!

Ramai rakan-rakan sekolah Husna yang hadir.  Khalish juga menjemput beberapa rakan rapatnya serta kedua ibu bapanya. Rumah Khalish yang kebiasaannya sunyi hari ini bertukar menjadi bingit dengan bunyi teriakan dan gelak ketawa kanak-kanak.

Qistina yang telah dengan sukarelanya menawarkan diri untuk menjadi event manager untuk majlis hari ini kelihatan sangat sibuk ke sana ke mari. Sebentar tadi semua kanak-kanak duduk diam menyaksikan persembahan “Mad Scientist” dan kini mereka duduk mengelilingi “Ben the Happy Clown” yang sedang beraksi dengan belon-belonnya. Kelihatan juga ada satu candy table yang sangat cantik pada pandangan Khalish.   

Semuanya kelihatan perfect. 

“Hmm.. dia kawan Husna, Man.” Khalish memandang Husna yang tak lekang senyum dari bibirnya. Dari pagi tadi tak berpisah dengan Qistina. Macam kembar siam. Khalish sendiri pun tidak diendahkannya.

“Hah?” Azman memandangnya pelik. Macam mana pulak Husna boleh berkawan dengan wanita yang jauh beza usia dengannya? Jumpa kat mana?

Khalish memang tak pandai untuk menerangkan status Qistina kepada orang luar. Sebab itu segala mengenai Qistina dipendamkan sahaja. Kadang-kadang dia pun terfikir, bolehkah dia menganggap Qistina itu sebagai kawannya juga? Perbualan mereka sentiasa berkisar kepada soal Husna. Jarang mereka berbual hal-hal yang lain. Dia juga tidak pernah terfikir untuk menganggap Qistina lebih dari itu.

“Khalish?”

“Apa?”

“Iskh, aku tak puas hatilah dengan jawapan kau tu.”

“Kenapa yang kau tak puas hati pulak?”

“Ye lah. Macam mana boleh jadi kawan Husna pulak? Mana ada budak-budak umur Husna tu berkawan dengan orang yang sebaya kita. Tak pernah aku dengar lah.”

“Sekarang kau dengar lah” Khalish dah tergelak kecil.

 “Hmm.. Kawan Husna tu bujang atau dah kahwin?” Azman bertanya lagi.

“Bujang.”

“Kalau bujang, kenapa kau tak masuk daun? Aku tengok dia cantik. Sopan. Pandai melayan budak-budak. Tu dari tadi lagi Husna melekat dengan dia. Sampai aku, uncle dia yang handsome ni pun dia dah tak tengok tau.”

Khalish tergelak lagi. Matanya tekun memerhati kedua subject yang menjadi bahan perbualan mereka itu.

“Entahlah Man. Aku tak pernah terfikir sampai ke situ.”

“Dah berapa bulan kau kenal dia?”

“Hmm.. dah 6 bulan agaknya. Kami jumpa masa aku dan Husna bercuti di Cherating Disember lepas.”

That long, huh?”

Yup. Kenapa?” Khalish berpaling memandang Azman.

And you still have not made your move? Boy, you are slow my friend and I am surprised she is still here.

We are not like that lah Man. She is here because of Husna.”

“Are you sure?”

‘Hmm..pastikah dia?’ bisik hati Khalish

They are so into each other, Man sampai kadang-kadang aku ni kena tolak tepi. Macam hari ni, sejak Qistina sampai pagi tadi, Husna langsung dah tak cari aku tau” Khalish tersenyum lebar mengenangkan perangai Husna.

“Hmm..Khalish. Ini nasihat ikhlas dari aku. Aku rasa it is time for you to move on. Loving somebody else besides arwah Dahlia does not make you a traitor. It does not make you a bad person. You have to accept that she is no longer here, Khalish. I have no doubt that she will forever be in your heart. But you are here. Breathing. Living. Husna is here. She needs a mother’s love. You have deprived that from her for seven long years. Kau seorang ayah yang baik. Tidak ada sesiapa boleh nafikan itu. Tapi kasih sayang seorang ayah tak sama dengan kasih sayang seorang ibu, Khalish. And Husna is getting older. There will be things that she will need to talk to a mother about that we men won’t be able to understand. Kau fahamkan maksud aku?” panjang nasihat Azman.

Khalish hanya diam. Dia masih lagi memproses kata-kata Azman.

“Qistina bukan orang pertama yang aku nampak cuba hadir dalam hidup kau. Selama ini aku tahu & aku nampak yang kau membina satu tembok besar dalam diri kau. I think it’s time for the wall to come down. Buka hati kau, Khalish. Buka mata kau. Jangan sampai kau menyesal nanti.”

Khalish meraup mukanya. Matanya memerhati Qistina.

Qistina yang seakan dapat merasakan ada mata yang sedang memerhatinya tiba-tiba mengangkat muka dan matanya bertembung dengan mata Khalish. Pandangan itu terpaut untuk beberapa sangat. Dalam.
Qistina tersenyum sebelum menundukkan kembali pandangannya kepada Husna yang sedang menarik lengannya.

Khalish melepaskan satu nafas yang panjang. Bahunya terasa berat tiba-tiba.

“Aku tak tahu, Man. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Memang aku selesa dengan Qistina. Dia seorang yang baik dan dia sayangkan Husna. Itu aku tahu. Honestly, sukar untuk aku mendefinasikan status kami.  We just never talk about it.” Khalish meraup muka.

Azman sudah mengeleng kepala.

“Aku rasa kau kena jujur dan tanya hati kau, Khalish. Selepas itu kau berdoalah dan buat solat istikarah supaya Allah tunjukkan jalan buat kau.” Azman memegang bahu sahabatnya itu.

“Aku doakan yang terbaik untuk kau”

“Terima kasih, Man. Kaulah sahabat dunia akhirat aku.”

Mereka berdua ketawa kecil.

 “Oklah, nampaknya dah nak potong kek dah tu. Aku nak pergi cari si Erna kejap.” Azman menepuk bahu Khalish sebelum berlalu.

Majlis potong kek berlansung dengan meriah sekali. Riuh bunyi rakan-rakan Husna menyanyi untuknya. Tan Sri Hamid pula membacakan doa buat cucu tunggalnya itu. Kuat bunyi “Aminnnn” nya. Budak-budaklah katakan. Kalau dah ramai, semua jadi riuh. 

Husna memotong kek dengan senyuman yang lebar dimuka dan kemudian dia menyuapkan kek kepada Khalish, datuk serta neneknya dan juga Qistina. Selepas acara memotong kek, mereka beransur ke bawah khemah rumah untuk permainan seterusnya. 

“Khalish” Puan Sri Kamelia datang menyapa anaknya yang sedang duduk berseorangan. Nampaknya seperti dia sedang termenung jauh.

“Yes, Ibu”

“Siapa Qistina? Kenapa Khalish tak pernah bawa dia jumpa ibu?” Puan Sri Kamelia memulakan sessi soal jawab. Dia memandang ke arah Qistina yang tengah sibuk mengaturkan kanak-kanak di bawah khemah sebelum memulakan permainan. Tadi sewaktu dia sampai, Husna telah memperkenalkan Qistina kepada dia dan Tan Sri. Dia memang agak terkejut kerana Khalish tidak pernah bercerita mengenai Qistana kepada mereka.

Khalish mengeluh. Berat rasanya untuk dia memulakan topik ini semula. Baru tadi dia berbual panjang dengan Azman mengenai Qistina.

Dia memandang ke arah Husna yang sedang cuba memukul ‘Pinata’ yang tergantung di bawah khemah itu.

“Kanan, Husna!”

“Kiri! Kiri!” teriak kawan-kawan Husna memberi arahan.

Husna yang sudah ditutup matanya sedang cuba memukul dan memecahkan ‘Pinata’ itu. Malam semalam jenuh mereka berdua duduk mengisi ‘Pinata’ itu dengan berbagai jenis gula-gula serta coklat.

“Hmm.. Dia kawan Husna, Ibu” jawapan yang sama diberikan.

“Oh.. kawan Husna..”

“Dah berkahwin atau bujang kawan Husna ni?”

“Bujang”

“Hmm…Ibu tengok macam dah rapat benar mereka berdua itu, Khalish. Ibu suka tengok cara dia handle Husna and Husna looks so happy to be around her.” ada senyuman di bibir Puan Sri Kamelia.

“Terkejut kami bila Husna introduced us this morning. Ibu tengok Husna memang tak lekang dari dia. Dah 
lama ke kenal?”

“6 bulan.”

Puan Sri Kamelia mengganguk.

Is she working?”

“Dia ada kedai bukunya sendiri, Ibu. Sudah 2 tahun dia mengusahakannya dan Khalish tengok bisnes dia maju. Lately, Husna pun banyak luangkan masa dia disana.”

“Khalish pun sama?” dia tahu Khalish ‘ulat buku”.

Khalish tertawa. Dia faham benar maksud soalan ibunya itu. Khalish memang gila buku. Satu penyakit yang ‘dihidapi’ semenjak zaman remajanya lagi. Duit poket sekolahnya habis dihabiskan untuk membeli buku-buku. Dikala rakan-rakannya yang lain sibuk membeli pakaian atau kasut sukan, dia membeli buku. Buku-bukunya pun masih banyak dirumah ibunya.

“No lah, Ibu. Pada mulanya Khalish ikut sama untuk temankan dia tapi lepas tu Khalish pergi hantarkan dia saja sebab Husna will totally ignore me when she’s there. She will be in her own world once she has a book in her hand.” Khalish ketawa kecil.

Puan Sri Kamelia turut tertawa mengenangkan cucu tunggalnya yang keletah itu.

“Hmm..Khalish dah besar. Ibu pasti Khalish tahu apa yang terbaik buat diri Khalish dan Husna. Cuma satu yang ibu nak pesan.” nada Puan Sri kembali serious walaupun tenang.

Khalish memandang ibunya.

“Kalau Khalish rasa Khalish ada rasa dengan Qistina, ibu mahu kamu berusaha untuk mendapatkan cintanya dan lamar dia sebagai isteri. Looking at her and from speaking to her briefly tadi, ibu rasa dia boleh jadi a good mother for Husna and a good wife to you. Tapi kalau Khalish rasa sebaliknya, ibu harap Khalish dapat jarakkan Husna dengan dia. Kalau ditakdirkan Qistina bertemu jodoh dan terpaksa berpisah dengan Husna, mesti Husna akan sedih. Ibu takut semangat dia hilang.”

Khalish mengangguk. Dia melepaskan satu lagi nafas yang panjang. Dia tak sangka dia kena berdepan dengan isu ini pada hari ni.
~~
“Auntie” kedengaran suara Husna memanggilnya.

Qistina yang sedang menolong Mak Jah mengemas di dapur menoleh memandang Husna.

“Auntie lama lagi ke kat dapur ni?” soal si birthday girl.

Why, sayang?”

“Husna nak buka hadiah. Nenek dan Atuk semua dah ada kat depan. Papa pun sama. Semua tengah tunggu.” terang Husna.

“Tunggu apa, sayang?” Qistina pelik.

She is waiting for you. She only wants to open them in your presence” terdengar suara Khalish yang tiba-tiba muncul di muka pintu dapur. Qistina menoleh memandang Khalish yang sudah bersandar di pintu dapur. Ada senyuman diwajah Khalish. Mata mereka berpaut sebentar.

Khalish dapat melihat keletihan di mata Qistina. Qistina dapat melihat kasih sayang di mata Khalish.

“Oh! Sorry. Saya tak tahu.” Qistina dah mengelabah. Dia segan kalau dia menyebabkan semua orang menunggu!

Husna sudah datang menghampirinya. Tangannya sudah diraih.

“Jom, Auntie”

“Mak Jah. Qis minta maaf ya sebab tak dapat tolong” Qistina rasa serba salah. Kesian pulak nak ditinggalkan Mak Jah seorang diri.

“Pergilah Qis. Tak apa biar Mak Jah saja yang habiskan ni.” Mak Jah segera mengambil tempat Qistina di singki.

4 comments:

  1. nasihat dr seorg kawan dan dr seorg ibu yg sangat mempunya maksud yg dalam... fikirkanlah khalish... ;)

    ReplyDelete
  2. Smua suka qis....tggu khalish je

    ReplyDelete
  3. Faithful tersngattt khalishh. Tpi btulla apa yang dikatakan orng mommy khal
    khadijah

    ReplyDelete
  4. "Duit poket sekolahnya habis dihabiskan untuk membeli buku-buku. Dikala rakan-rakannya yang lain sibuk membeli pakaian atau kasut sukan, dia membeli buku. Buku-bukunya pun masih banyak dirumah ibunya" - this is soo me! heheh.

    such a nice story and I finally fall in love with this. :)

    ReplyDelete