“Lambat balik?” Ira menegurnya sebaik saja
dia melangkah masuk.
“Assalamualaikum Tuan Rumah.” Qistina
memberi salam. Dia melangkah menuju ke sofa di sebelah Ira. Terasa letih
badannya.
“Waalaikumsalam Tuan Tanah.” Ira tersengih.
“Kau dari mana nie? Dah dekat pukul 10 nie?
Jarang balik lambat macam nie.”
“Aku pergi dinner.”
“Dengan siapa?”
“Dengan Husna dan Khalish”
“WAH! Dengan Husna dan Khalish? Kat mana?
Best tak? Khalish ada kata apa-apa tak? Details-details!
Cepat!” mode nenek kebayan dia dah ON.
~~
“Assalamualaikum
Auntie” kepala Husna menjengah dari luar pejabatnya. Senyuman manis terukir dibibir.
“Waalaikumsalam
Husna.”
“Auntie
dah siap?”
“Siap? Siap
nak pergi mana?” usik Qistina.
“Kita
kan nak pergi dinner. Kan Papa dah bagi
tahu tadi?”
“Ye ke?
Auntie tak tahu pun?” Qistina buat muka terperanjat.
“La,
Papa tak sms ke tadi?” Husna sudah mula memusingkan badannya.
“Pa…..”
“Eh,
Husna! Auntie tahulah. Papa dah sms tadi. Auntie saja jer kacau Husna.” Qistina
cepat-cepat memotong panggilan Husna kepada Khalish.
“Ah…
Auntie naughty!” Husna melangkah
masuk ke arah meja Qistina dan dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Qistina. Selepas bersalam, Husna terus
memeluk Qistina erat. Sekali lagi Qistina terkejut.
“Husna
rindu kat Auntie!” Qistina membalas pelukan anak itu. Dalam dia mengusap rambut
Husna, matanya terpandang Khalish yang sedang menyandar di pintu pejabatnya dan
sedang memandang tepat kepadanya.
Dalam
pandangan itu. Sarat dengan emosi. Tiada senyuman. Hanya renungan. Mata mereka
berpaut lama. Selama pautan Husna dibahunya. Qistina cuba meneka apa yang
bermain difikiran Khalish.
“Jom
Auntie” Pelukan dilepaskan dan tangan Qistina diraih. Pandangan mata terlerai.
Qistina
tersenyum memandang Husna. Begnya dicapai.
“Jom”
Di
dalam kereta, Khalish hanya berdiam diri. Hanya Husna sahaja yang riuh
bercerita. Qistina melayan Husna berbual walaupun sebenarnya dia sedikit tidak
selesa dengan sifat diam Khalish hari ini. Marahkah Khalish kepadanya? Dia
takut kalau-kalau Khalish merasa yang dia menggunakan Husna untuk mendekatinya.
Sungguh dia rasa takut.
Namun apabila mereka sampai di restoran, Qistina
sedar mood Khalish sudah berubah. Lega rasa hatinya.
“Husna nak makan apa? Or you want me to order for you?” kedenganran suara Khalish menyoal Husna.
Husna dan Qistina asyik meneliti menu ditangan.
Kali pertama mereka di situ maka haruslah meneliti apa yang ada.
“Qis? How about you? Western or local?” soal Khalish kepada Qistina pulak. Qistina sedikit
tergamam apabila Khalish memendekkan panggilan namanya sebegitu.
“Hmm.. Husna nak spaghetti meatballs lah
Papa.” Husna sudah memilih.
“Ok. Qis?” soal Khalish kepadanya.
“Hmm.. I
will go for fish and chips, please.”
“Ok. Drinks? Husna?”
“Carrot
susu Papa.” Qistina tersenyum. Husna tahu apa yang dia mahu. Dia tidak
teragak-agak dalam pilihannya. Satu sikap yang jauh matang dari usianya.
Khalish beralih pandang kepada Qistina.
“Sama. Carrot
susu”
“Yeay. Kita sama!” Husna senyum lebar.
“Ok – let’s
order then” Khalish memanggil pelayan.
Selesai makan, Husna mengajak mereka untuk
makan aiskrim pula. Khalish memutuskan
untuk mereka membeli dari 7-Eleven saja dan kemudian mereka melangkah ke taman berhampiran
untuk menikmati aiskrim itu.
“Thank you for having dinner with us.” Khalish
berkata perlahan. Matanya tidak lepas memandang ke Husna yang sedang duduk
diatas buaian di tengah taman permainan itu. Nasib baik pencahayaan di taman
itu terang. Mereka berdua duduk di kerusi batu ditepi taman. Ada beberapa
keluarga juga kelihatan membawa anak-anak mereka bermain. Mungkin dimalam hari,
cuaca sedikit sejuk berbanding dengan terik matahari pada sebelah petang. Ada
juga yang sedang berjogging keliling taman.
"There’s
no need to thank me, Khalish. I
enjoyed the dinner and especially the
company. And now I am enjoying this
ice cream” Qistina tersenyum sambil menunjukkan aiskrim ditangannya.
Khalish memandangnya sekilas namun tiada senyuman dibibirnya. Khalish yang
serius sudah kembali nampaknya.
“Qis.”
“Yes?”
“I must
thank you for your time. I really hope and pray that we are not imposing on
you. Saya risau sangat kalau kami menggangu kehidupan awak. Saya rasa segan
dengan awak sebenarnya. Tapi kadang-kadang saya kalah dengan Husna. Dia
beriya-iya sangat nak jumpa dengan awak. She
seems to be so smitten by you. This is the first time for her to be so attached
to someone. Saya cuba untuk buat dia faham tapi she is only seven so it is not easy. If we are dan awak rasa terpaksa, saya minta maaf
sangat-sangat.” Mata Khalish masih tertumpu kepada Husna. Dia menghela nafas
panjang. Lega rasanya apabila dia sudah
meluahkan apa yang dia rasa di dalam hatinya. Perkara ini bermain dikepalanya
sepanjang malam ini.
Qistina diam sambil cuba memproses apa yang Khalish
baru katakan. Berat sungguh bunyi suara Khalish tadi. Agaknya inilah yang
bermain difikirannya. Yang membuatkan Khalish diam semasa mereka di dalam
kereta menuju ke restoran tadi.
Qistina cuba menyusun ayat. Matanya juga
tertumpu kepada Husna yang ketika ini kelihatan sedang seronok bercerita dengan
kawan disebelah buaiannya.
“Khalish. Pertamanya, saya tak pernah rasa terpaksa. Jadi, tak payahlah awak nak rasa risau, segan atau susah hati. Percayalah. Saya ikhlas. I don’t mind spending time with Husna. I love children and I love being around them. Besides, Husna is an angel. She lights up a room when she walks in. You are lucky to have her and I thank Allah for the opportunity to know her. Jujurnya, saya pun rasa attached dengan dia. She has a special place in my heart. I even miss her chattiness when I don’t see her” Qistina tertawa kecil. Dia berpaling memandang Khalish dan mata mereka bertentang sebentar. Khalish tersenyum manis. Hati Qistina bergetar tiba-tiba.
“Thank
you, Qis. Lega saya.” kedengaran Khalish menghela nafas panjang.
“But please
don’t tell her that I miss her chattiness,ok?” Qistina membuat lawak untuk
menutup gugup dihatinya.
Khalish tertawa kecil. Angguk dua kali.
“Pinky swear!”
kata Khalish selamba.
Giliran Qistina pulak untuk ketawa.
“And you
know what, Khalish? If she wants to come by the shop on weekends, you can just
drop her off and I will take care of her. I can send her home after. It will
not be a problem at all.”
“Awak tak risau ke kalau Husna asyik mengekor
awak nanti, ‘saham’ awak jatuh? Saya risau tau. Nanti orang ingat Husna tu anak
awak. Lari jodoh awak!”
Qistina ketawa lagi. Pandai juga Khalish buat
lawak.
“Saya percaya kepada aturan Allah, Khalish.
Kalau jodoh saya tu lari semata-mata kerana saya bersama Husna, maknanya dia
bukan jodoh saya.”
Khalish sekadar mengangguk perlahan. Dia
merenung Husna. Memikirkan bagaimana reaksi Husna nanti kalau Qistina sudah
bersuami. Semestinya bila Qistina sudah bersuami nanti, dia tidak akan ada masa
seperti sekarang untuk Husna. Suami Qistina mungkin tidak akan senang dengan
Husna. Bila tiba masa itu, bagaimana Khalish nak kawal emosi Husna? Mukanya diraup.
Nafasnya berat. Sempit dadanya memikirkannya. Dia pantas bangun dan menuju ke
Husna.
“Jom kita balik, Husna.”
“Ok Papa.”
hailaaa khalish... terlalu memikir dia...
ReplyDeleteJauh btul khalish fikir
ReplyDeleteAmboii futuristic habis :)
ReplyDeletekhadijah
harus berfikiran jauh..it just shows how responsible the guy is..congrats writer -Iynas Omar-
ReplyDelete