Tuesday, July 9, 2013

Cinta Kita - Chapter 17



Love is when you look into someone’s eyes and see their heart

Hari itu mereka semua berbuka puasa di rumah Qistina. Sedap betul masakan Ummi, berselera Khalish makan tadi. Husna juga seronok. Maklumlah dapat berbuka dengan Qistina dan Nenek Maryam. Dan seperti biasa, Khalish menjadi imam solat mereka.

Puan Maryam amat senang dengan kebolehan Khalish yang menghafaz surah-surah panjang untuk dibaca dalam solat. Suaranya juga sedap. Sejuk hati sesiapa yang mendengar. Bertuah sungguh ibu bapa Khalish. Khalish dilihatnya sebagai seorang yang penuh tanggungjawab. Cara dia menguruskan hal Qistina di hospital sungguh menyentuh perasaan keibuannya. Dia dapat merasakan rasa kasih Khalish kepada anaknya itu. Doanya sepanjang berada di Mekah adalah supaya yang Maha Esa, menyatukan kedua-dua hati ini.

‘Semoga Khalish ini jodoh Qistina’ doa Puan Maryam tanpa putus.

“Boleh kita bercakap sekejap?” pinta Khalish semasa dia dan Qistina sedang melipat sejadah setelah selesai solat. 

Qistina memandang ke mata Khalish. Dirasakan seperti ada sesuatu di sebalik renungan mata itu. Jantungnya yang tenang tiba-tiba berubah tempo.

Perhatian Khalish terhadapnya sejak dia balik dari umrah memang terasa kelainannya. Lebih-lebih lagi semasa dia di hospital. Namun dia kuatkan hatinya dan tidak mahu bersangka yang bukan-bukan. Dia tidak mahu tersalah faham. Jika ada rasa diantara mereka, biarlah Khalish yang memulakan dulu.

“Saya buat air dulu ya? Kopi?” soal Qistina sambil tersenyum.

Khalish mengangguk.

“Saya tunggu di luar ya?” Khalish juga tersenyum manis.

“Husna duduk dengan nenek Yam sekejap ya? Papa ada perkara nak bincang dengan auntie” terang Khalish sambil menggosok kepala Husna.

“Ok Papa”

Sementara menunggu Qistina, Khalish teringat kejadian siang tadi yang membuat dia mengambil keputusan nekad untuk berbincang dengan Qistina malam ini. Pada rancangannya, dia hanya mahu berbincang perkara ini selepas Hari Raya nanti. Lagipun Qistina baru sembuh dari sakit. Tapi dia tidak mahu menunggu lagi.

Siang tadi mereka keluar bertiga untuk menemani Qistina membeli barang-barang persiapan Hari Raya. Semasa dia dan Husna sibuk mencari hadiah untuk Puan Maryam, dia terlihat seorang lelaki datang mendekati Qistina. Pada mulanya dia menyangka lelaki itu hanya berhenti untuk bertanya arah jadi dia hanya memerhati dari jauh. Namun apabila dia melihat wajah Qistina berubah marah dan apabila Qistina cuba untuk melangkah pergi, lelaki itu menarik tangan Qistina, Khalish sudah tak keruan. Laju dia melangkah ke arah Qistina. Sempat juga dia mendengar perbualan mereka yang singgah ke telinganya.

Stop it Aidil!” marah Qistina.

‘Qistina kenal lelaki ini rupanya’ bisik hati Khalish.

“Qistina?” Khalish sudah berdiri diantara Qistina dan lelaki itu. Dipandangnya lelaki itu kemudian ke 
Qistina. Matanya juga memandang tangan lelaki itu yang masih memaut lengan Qistina.

“Lepaslah! Sakit!” Qistina sudah separuh menjerit.

Namun lelaki itu masih lagi memegang kuat. Lengan Qistina sudah terasa perit.

“Encik. Tak baik mengasari seorang perempuan.” Khalish memandang tepat ke Aidil kemudian pandangannya turun lagi ke lengan Qistina.

“Maaf. Ini tak ada kena mengena dengan awak. Sila jangan masuk campur” sombong sungguh bunyi suara Aidil.

Khalish menghela nafas kuat.

“Qistina, do you know this guy?” soal Khalish memandang Qistina pula.

Yes. He is an old friend. Aidil, ini Khalish. Khalish, Aidil” Qistina memperkenalkan mereka. 

Tangannya sekali lagi ditarik dan kali ini dia berjaya. Aidil melepaskan gengamannya.
Khalish menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Aidil. Tangannya dicapai bagai tidak ikhlas oleh Aidil. Qistina sudah menganjak supaya dia berdiri lebih rapat dengan Khalish.

“Jom.” Khalish mengajak Qistina dengan matanya.

Sewaktu mereka melangkah, kedengaran suara Aidil.

“Qis, we are not done. We need to talk

Khalish memandang ke arah Qistina.

“Aidil, please leave me alone. There is nothing left to talk about.” dan Qistina terus melangkah meninggalkan Aidil dan Khalish yang masih berdiri pegun disitu sambil cuba memproses apa yang baru saja berlaku.

“Sorry lambat. Husna minta nak makan aiskrim” Qistina datang membawa 2 mug air. Kopi Khalish dihulurkan kepadanya dan perlahan-lahan dia duduk mengambil tempat berhadapan dengan Khalish.

“Fikir apa?” soalnya pada Khalish yang diperhatikan tadi bagai sedang merenung jauh.

Khalish memandangnya dengan senyuman manis di bibir. Jantung Qistina berdegup kencang lagi. Khalish mencari kekuatan untuk memulakan perbincangannya. Rancangannya untuk membawa Qistina ke satu tempat yang istimewa untuk berbincang tentang masa depan mereka nampaknya terpaksa dibatalkan. Soal mereka harus dibincangkan pada malam ini kerana jika tidak, pasti dia tidak lena tidur malam ini.

“Khalish?” Qistina memanggil namanya lembut.

Khalish suka mendengar bunyi namanya beralun dibibir Qistina.

“Lengan awak dah ok?” soalan pertama dari Khalish.

“Hmm.. dah.. merah sikit tadi” Qistina menjawab jujur sambil memandang lengannya walaupun bertutup dengan baju lengan panjangnya.

So, siapa Aidil? soalan kedua.

Giliran Qistina pula memandang Khalish dengan satu senyuman yang manis.

‘Oh rupanya ini yang dia tengah fikirkan’ detik hati Qistina.

As I told you tadi, he is an old friend.” Jawab Qistina perlahan.

An old friend or an old flame? Looks like he has some unfinished business with you
Mata mereka berpaut sebentar kemudian Qistina mengalihkan pandangannya ke mug yang sedang dia pegang. Bau kopi yang baru dibancuh dihidu perlahan-lahan. Dia sedang mengatur ayat di kepalanya. Dia mahu menerangkan siapa Aidil supaya tidak timbul salah faham antara dia dan Khalish.

“Aidil dan saya berkawan baik. Lama. But nothing more than that. Selepas Aidil bernikah, persahabatan kami bagaikan terputus terus. Dan setelah dua tahun dia ‘hilang’, tiba-tiba dia kembali untuk cuba menyambung apa yang terputus. Dia mula menghantar bunga ke Bonheur. Sesuatu yang sangat pelik sebab selama kami berkawan, dia tidak pernah sekali pun memberi saya bunga. Although his remarks were usually casual, I choose to ignore them. Never once did I thank him for it but the flowers still made its way to Bonheur every fortnightly.”

“Even now?” soal Khalish. Dahinya sedikit berkerut.

Yup. He is still sending them. Tapi baguslah jugak sebab bunga-bunga itu dapat kami buat hiasan di Café. Jimat budget sikit” Qistina melawak.

Other than that, does he approach you in other ways?” Khalish terus menyoal.

“Hmm.. He called once.  Out of respect to our friendship, I tried to hear him out. The jist of it was, he missed ‘us’. Which was kinda of weird for me as there was never an “us”. Not the kind which he was implying so I brushed him off. Dia dah berkahwin dan saya tak mahu menimbulkan fitnah. Sejak 
itu saya terus tidak menjawab sebarang panggilan dari dia.”

Khalish diam mendengar. Dari dulu lagi dia tidak pernah percaya teori yang seorang lelaki boleh berkawan dengan seorang perempuan dengan rapat tanpa melibatkan perasaan. Contoh terbaiknya di depan mata; dia dan Qistina. Walaubagaimana dia cuba elak, perasaan itu tetap hadir.

“Tadi tu? Dia nak apa?”

“Tadi tu pertama kali kami berjumpa sejak dia berkahwin. Terkejut jugak saya. He wants us to sit down and talk. Something yang dia selalu minta setiap kali dia hantar sms.” Qistina mengeluh berat.

“Dan awak tak mahu?” Khalish mahukan kepastian. Dia perlukan kepastian sebelum dia memulakan bicara.

“Ya, saya tak mahu. Saya tak mahu apa-apa dari Aidil. Saya perempuan dan saya tak mahu melukakan hati seorang perempuan yang lain. Saya tahu betapa sakitnya kesakitan itu.” Qistina tunduk merenung jari jemarinya. Tubir matanya sudah sedikit memberat.

Khalish memikirkan maksud ayat akhir Qistina itu. Sakit hatikah Qistina melihat Aidil berkahwin? Adakah Qistina memendam rasa terhadap Aidil dahulu?

“Qis” panggil Khalish lembut. Qistina mengangkat mukanya untuk memandang Khalish.

Ok, here goes nothing’ bisik hati Khalish.

“Saya sakit hati tadi bila melihat dia memegang awak secara paksa tadi.”

Qistina memandang Khalish tak berkelip. Terkejut dengan penyataan itu.

“Kalau boleh saya nak jadi pelindung awak. Saya tak nak sesiapa menggangu apatah lagi melukakan awak. I want to be a shield for you. Tapi untuk saya lakukan itu, saya perlu tahu di mana dan apa kedudukan kita?”

Qistina sudah menundukkan wajahnya. Dia takut untuk mendengar luahan lelaki dihadapannya ini. Sudah bersediakah dia untuk mendengar pengakuan Khalish? Walaupun itu yang diharapkan selama ini.

“Jujur saya katakan selama awak tiada 2 minggu ini, saya rasakan bagaikan saya kehilangan sesuatu. I felt incomplete. My family felt incomplete. Saya cuba selami perasaan saya. Saya cuba fahami apa yang kita ada dan apa yang kita lalui selama ini. Saya rasa tempoh kita kenal sudah cukup untuk kita mengenali hati budi masing-masingkan? Jujurnya, dari hari pertama kita kenal Qis, awak banyak membawa kegembiraan kepada kami. Especially to Husna. I thank Allah every day for bringing you into our life. Husna is totally in love with you and Qis, I think I have fallen in love with you too. I cannot imagine our life without you. You are a piece of puzzle that completes us. Will you marry me, Qis and make me the happiest man?”

Qistina tergamam. Sungguh dia terharu. Selama dia berjauhan dengan Khalish, dia juga mengambil peluang untuk menilai hubungan mereka. Dia juga cuba menyelami apa yang dia rasa dihatinya. Dia akui yang dia sayangkan kedua insan ini. Mustahil tidak timbul sayang jika mereka sentiasa bersama selama lebih setengah tahun ini. Mereka yang kedua penting baginya selepas Ummi.

Walaupun selama ini Khalish tidak pernah berkata apa-apa padanya, dia yakin ada sesuatu diantara mereka. Pandangan mata seseorang jarang menipu. Kita boleh menipu dengan perbuatan dan kata-kata tetapi tidak dengan mata. Namun sebagai seorang wanita, dia hanya boleh menunggu walaupun dia sedar dia mungkin akan kecewa lagi jika jodoh itu bukan milik mereka. Dia berserah. Namun entah kenapa, kali ini hati dia kuat merasakan yang Khalish juga merasakan apa yang dia rasa.  

“Qis. Please say something.” pinta Khalish perlahan. 

Dia mengangkat muka dan memandang Khalish. Air matanya sudah mengalir ke pipi. Khalish panik!

Please don’t cry, Qis. Marrying me can’t be that bad?” Khalish cuba membuat lawak untuk mengendurkan keadaan.

Qistina tertawa kecil dan mengelap air matanya. Khalish tersenyum. Ingin sungguh dia menyeka air mata yang sedang mengalir itu tapi tahu Qistina belum halal buatnya.

“Qis, saya janji saya akan jaga awak. Izinkan saya menjaga awak, Qis?” pintanya lagi.

Sungguh Qistina terharu mendengar keikhlasan permintaan Khalish itu.  Sungguh dia merasa bertuah. Mata Khalish direnungnya seketika. Kemudian satu senyuman terukir dibibir dan perlahan-lahan dia mengangguk.

“Alhamdulillah! Terima kasih, Qis” Khalish terus bangun dan dia membuat sujud syukur di situ juga! Qis tergamam lagi!

14 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah... I m glad that you suka! I need all the comments I can get!

      Delete
  2. best part of the whole chapters... he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. dah sampai sini rupanya.. akak buat marathon ek malam ni.. btw su dah betulkan yang akak tegur tadi.. nanti akak tengok ek? TQ :-)

      Delete
  3. alhamdulillah... yyeeayyyy... sukanya saya!!!! khalish dah confess qistina... tq kak suzana... u make me smile... big smile tau!!! ;)

    ReplyDelete
  4. terus sujud syukur tu...
    okey..ni yg tetiba nk cr sorg khalish gak ni..
    ekekeke....

    ReplyDelete
  5. wah..cepat dan pantas Khalish ambil tindakan..terus ajak kawin.tu..suka2..XD

    ReplyDelete
  6. Yeahh :) Nice chapter., suka dngan jalan cerita mcm ni.
    khadijah

    ReplyDelete
  7. this made my day..well done writer!

    ReplyDelete
  8. akhirnya.. 2 hati mengaku berkongsi rasa yg sama...

    ReplyDelete
  9. I'm a slow reader .. haha..

    Sue, i think these thing has make me addicted to it. In fact I'm too busy to complete my 2014Plan which will be due this weekend but i'm reading these.. What the.... ???

    haha..
    Frankly, there are things can be improve here and there, i believe the way you bring the reader from one occasion to another is a bit straight forward. Yes, some may like it that way, but for me if you shift a bit and make them move "around the bushes". the suspend will create more eager to read.
    Please don't make them assume what to happen next.

    haha.. just my 2cents..
    keep it on. You've done the best so far,..

    ReplyDelete
  10. wow .. i have to agree .. i too cant seem to stop reading .... well done Sue

    ReplyDelete