“Labbaikallahumma Labbaik Labbaika Laa
Syarikalaka Labbaik Innalhamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalak.”
“Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku
memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi
panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu” itulah talbiah yang
tidak putus dibaca oleh para tetamu Allah.
Penerbangan yang mengambil masa tujuh jam
itu bagai tidak dirasai oleh Qistina. Dia tak sabar untuk sampai ke bumi
Madinah. Tak sabar untuk melihat Masjid Nabawi.
Berbuka puasa di atas kapal terbang merupakan satu pengalaman yang baru buatnya. Meriah juga sebab satu kapal berbuka bersama. Sayu juga bila teringat saat dia berbuka puasa dengan Ira, apatah lagi dengan Husna.
‘Haih. Belum pun sampai Madinah, aku dah
rindu pada Husna’ hatinya berbisik.
‘Kuatlah wahai hati. Tenanglah wahai hati.
Ya Allah, sesungguhnya Kau yang Maha Pengatur, permudahkan urusan umrah kami.
Ya Rahman, Ya Raheem, Ya Kareem, Kau tetapkanlah hatiku supaya dapat ku beribadat di Tanah Suci Mu’ doa
Qistina didalam hati.
~~
[Assalamualaikum
Khalish. Kami sudah selamat sampai di Madinah. Ini local number saya. Kirim
salam pada Husna ye? – Qistina]
Selang
beberapa minit kemudian, Qistina menerima jawapan.
[Waalaikumsalam.
Alhamdulillah. I hope the flight was not
too tiring for you. Semoga Allah permudahkan segala urusan ibadah Qis dan
Ummi di sana. – Khalish]
Selang
beberapa minit lagi, satu lagi sms diterima.
[Salam
Auntie! Ini Husna! Papa bagi phone dia
kat Husna suruh Husna taip sendiri..hehe..Papa baik.. hehe.. Auntie ok? Mesti
penat. Kat sini pukul 2. Husna baru lepas sembahyang zohor with Papa. Husna kat sini ok tau. Auntie jangan risau but I miss you! Auntie jaga diri ok…
hmm.. oklah.. Papa tak bagi Husna cakap panjang-panjang. Dan dia kata Husna cuma
boleh sms Auntie sehari sekali aja. Teruklah Papa ni. Kedekut.. Tak sukalah..
ok, esok Husna sms lagi ok.. I miss you.Bye.]
Senyuman tidak lekang dari bibir Qistina apabila dia
membaca sms kedua itu. Pandai Husna bersms rupanya.
“Sms
dari siapa? Khalish?” soal Puan Maryam.
Qistina
mengeleng.
“Dari Husna,
Ummi.” Qistina tersenyum memandang umminya seketika sebelum matanya menoleh ke
sekitar ruang lobi hotel penginapan mereka.
Puan
Maryam hanya sekadar tersenyum apabila mendengar jawapan itu. Dia teringatkan
gelagat Husna semalam. Tersentuh hatinya melihat kemesraan antara Husna dan
Qistina. Dia tahu ada kasih disitu. Bila Husna menangis, dia turut sebak. Malah
dia sampai menitiskan air mata. Segan dia dengan Khalish yang berdiri di
sebelahnya.
Mata
tuanya juga memerhatikan Khalish. Pada
pandangannya Khalish matang, sangat sopan serta berbudi bahasa. Pandai juga
membawa diri dan tidak kelihatan kekok untuk berbual dengannya walaupun mereka
pertama kali berjumpa.
Dia
melihat juga cara Khalish memandang Qistina. Dia yakin ada kasih di antara dua
insan ini cuma mereka belum menyedarinya atau belum mahu mengakui. Kasih mereka berdua kepada Husna pula memang
tidak dapat disangkal.
“Jom
Ummi. Mutawiff dah panggil” mereka lantas bangun dan menuju ke kumpulan jemaah
yang sedang berkumpul.
Hari ini
mereka dibawa melawat di sekitar Masjid Nabawi. Di sepanjang aktiviti, mereka
disarankan supaya sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad
sallahualaihi wassalam. Antara kebesaran Masjid ini ialah satu solat di sini pahalanya
seperti kita bersolat 1000 rakaat.
Selesai
ziarah, jemaah diberi kebebasan untuk melalukan aktiviti sendiri. Ada yang pulang
berehat ke hotel. Ada yang pergi mengunjungi kedai2 yang memang banyak di kawasan
sekitar Masjid. Qistina bersama Ummi
mengambil peluang untuk ke Raudhah. Bagi jemaah wanita, ada waktu-waktu
tertentu yang dibenarkan untuk melawat Raudhah berbeza dengan jemaah lelaki
yang boleh menziarah pada bila-bila masa. Bagi mengawal kesesakan, pihak
berkuasa mencipta satu sistem untuk para jemaah-jemaah wanita. Para jemaah
dilepaskan berperingkat-peringkat mengikut Negara masing-masing. Akibatnya,
jemaah Malaysia dan Indonesia menjadi jemaah terakhir. Mungkin rasional mereka
kerana saiz wanita-wanita Asia yang kecil. Maka untuk keselamatan, kita
diletakkan sebagai kumpulan terakhir. Sambil menunggu, Qistina dan Puan Maryam
membaca Al Quran yang banyak tersedia disekitar tiang-tiang Masjid. Setelah
satu jam menunggu, kumpulan mereka akhirnya dibenarkan untuk masuk ke kawasan
Raudhah. Keadaan agak bingar di situ dan
kelihatan petugas-petugas menyuruh jemaah lain bangun dan beredar untuk memberi
ruang untuk jemaah Asia. Ada yang kelihatan degil dan ada yang membuat bising.
Qistina hanya mengeleng kepala. Perangai sesetengah jemaah memang menguji
kesabaran para petugas. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kesabaran
mereka.
Bila
mendapat tempat di saf Raudhah, Qistina pantas mengerjakan solat sunat dua
rakaat. Hatinya berasa begitu tenang sekali walaupun disekelilingnya hingar
bingar dengan gelagat jemaah. Dia gunakan masa yang diberi untuk memanjatkan
doa buat Rasulullah serta keluarga Baginda berserta para sahabat. Terutama yang
berada di kiri dan kanan makamnya kita iaitu Saidina Abu Bakar ra dan Saidina
Umar ra. Selesai sahaja berdoa, pihak petugas sudah menyuruhnya bangun. Dan dia
bingkas bangun kerana mahu memberikan tempatnya kepada jemaah lain yang sedang
menunggu. Di sini, sikap tidak mementingkan diri sangat penting kerana Qistina
percaya jika dia memudahkan urusan jemaah lain, Allah akan memudahkan urusan
dia dan Umminya.
Hari-hari
berikutnya, mereka dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah yang selama ini cuma
Qistina baca didalam buku-buku Seerah seperti Bukit Uhud, Masjid
Quba, Jabal Uhud, Masjid Dua Kiblat. Waktu lawatan dilakukan di sebelah pagi
dan mereka akan sampai ke Masjid semula masuk waktu Zohor. Alhamdulillah selama
di Madinah, mereka dapat mendirikan setiap solat di Masjid.
Setelah
berada 2 malam di Madinah, mereka bergerak menuju ke kota Mekah. Ya Allah, betapa
sukarnya untuk meninggalkan kota ini.
“Ya
Allah, jangan Kau jadikan ini yang terakhir buatku. Murahkanlah rezeki ku
supaya aku dapat selalu kembali ke sini untuk melawat Baginda Rasulullah. Ya
Rasulullah, jadilah saksi bahwa aku telah datang mengunjungi mu. Berilah aku
syafaat mu di Padang Masyhar nanti. ” bercucuran air mata Qistina turun tatkala
dia membaca doa perpisahan itu semasa dia dan Ummi melakukan lawatan
terakhirnya ke Masjid Nabawi pagi tadi.
“MasyaAllah.SubhanAllah.Allahu
Akhbar!” itulah pujian yang keluar dari mulut Qistina apabila dia melihat Ka’abah
untuk pertama kalinya. Sungguh dia rasa kerdil berada didalam ribuan jemaah
didalam Rumah Allah itu. Betapa bersyukurnya dia kerana dapat menjadi tetamu
Allah.
Masa di
Mekah banyak dihabiskan dengan melakukan ibadah umrah. Selesai mengerjakan
umrah disebelah pagi, mereka akan duduk di dalam masjid untuk melakukan
solat-solat sunat. Adakalanya Puan Maryam ditinggalkan sendirian kerana Qistina
turun ke lapangan mataf untuk melakukan tawaf sunat. Ibadah yang paling disukai
oleh Qistina. Di dalam tawaf, dia merasakan dirinya sangat dekat dengan Allah.
Setiap langkahnya dititip dengan doa. Walaupun terdapat ribuan manusia sedang
melakukan ibadah yang sama, sentiasa ada ruang untuk dia bergerak dengan
lancar. Sungguh Allah telah memudahkan urusan ibadahnya.
“Tawaf
tu apa Auntie?” soal Husna semalam.
“Tawaf
tu ialah kita mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali sambil kita membaca doa
kepada Allah”
“Oh..
tapi Husna tengok ramai sangat orang kat situ kan, Auntie.” Qistina ada
menghantar gambar kepada Husna kelmarin.
“Yup.
Memang ramai sayang sebab ini bulan Ramadan. Semua orang nak beribadah dan mendapat
ganjaran pahala yang lebih.”
“Ada
yang langgar Auntie tak?”
“Alhamdulillah
setakat ini tak da, sayang.”
“Kalau
ada yang langgar, Auntie just push them back, ok?” Saran Husna dan Qistina sudah tergelak kecil.
“Mana
boleh macam tu sayang? Tak baik buat orang.”
“Hehehe…”
“Hmmm..Auntie
tolong doakan yang Husna dapat ke sana one
day ye?”
“Hari-hari
Auntie doakan”
“Auntie
doa yang Husna ke sana dengan Papa dengan Auntie sekali tau!” alahai.. Qistina
tersenyum.
Hari ini
masuk hari ke 8, Qistina berada di Mekah. Esok mereka akan bertolak pulang.
Cepatnya masa berlalu. Kalau boleh dia mahu masa itu terhenti. Sungguh dia tak
rasa puas. Dititipkan doa supaya Allah mengizinkan dia datang lagi. Kalau
boleh, dia minta supaya Allah mengizinkan dia menjadi tetamuNya pada setiap
tahun. Rasanya tidak ada tempat lain yang mahu dia tuju selain dari kedua Tanah
Suci ini. Hatinya sungguh tenang di
sini. Damai terasa walaupun keadaan memang sentiasa sesak. Namun Allah sentiasa
pastikan ada ruang yang selesa untuk dia dan Ummi beribadat.
Dan hari ini
seperti biasa, Qistina mengirimkan lagi gambar2 Masjidil Haram kepada Husna dan
dia memberitahu bahwa dia akan bertolak pulang
esok. Tak sampai beberapa minit, dia menerima sms dari Husna.
[Assalamualaikum.
Are you able to talk? Husna wants to
speak to you. – Khalish]
[Waalaikumsalam
warahmatullah. Yes, ok. Saya dalam bilik. – Qistina]
Sebentar
kemudian, telefonnya sudah berbunyi. Pantas dia mengangkut kerana tidak mahu
menggangu Ummi yang sedang lena.
“Assalamualaikum
Auntie” kedengaran suara girang Husna.
“Waalaikumsalam
sayang”
“Rindunya kat suara Auntie! Auntie dah kemas bag?” Qistina juga rindu pada suara yang riang itu.
Selama dia disini, ini adalah kali ke dua dia mendengar suara Husna.
Selalu mereka ber’sms’ sahaja.
Tergelak
kecil Qistina mendengar soalan itu. Nampak sangat Husna mahu dia pulang.
“Belum.
Lepas ni baru Auntie nak kemas.”
“Auntie
sampai pukul berapa esok?”
“Auntie
sampai lusa pagi sayang. InsyaAllah, esok malam auntie bertolak.”
“Papa, can we fetch Auntie kat airport?”
terdengar soalan Husna kepada Khalish.
“Biar
Papa cakap dengan Auntie sekejap” kedengaran suara Khalish dan telefon
berpindah tangan.
“Assalamualaikum
Qis” berderau darah Qistina sebentar. Hampir dua minggu dia tidak mendengar
suara garau itu. Terbit rasa rindu tiba-tiba. Jantungnya sudah berdegup laju.
“Err..
walaalaikumsalam..” dia mencari nafas untuk mengawal suaranya.
“Hmm..can we fetch you?” soal Khalish lembut.
Qistina sebenarnya
sudah berpesan supaya Ira datang menjemputnya. Tapi setelah mendengar suara
Husna tadi, terasa dia ingin berjumpa dengan Husna terus. Dan dia tahu yang
Husna sudah pasti mahu berjumpanya di airport samada untuk menjemputnya ataupun
tidak.
‘Jadi
biarlah Khalish saja yang menjemput’ bisiknya didalam hati.
“Tak
menyusahkan awak ke? I don’t want to be
an inconvenience to you.”
“You will never be. Pukul berapa flight sampai?”
“Pukul
11:30 pagi.”
“Ok. We will see you then, insyaAllah. I will
pass you back to Husna.”
“Err..
Khalish?”
“Yes?”
“Terima
kasih”
“Sama-sama”
Telefon kembali
berpindah tangan kembali ke Husna.
“Thanks, Papa!” gembira sungguh nada
suara si comel.
“Auntie,
auntie ada beli apa-apa untuk Husna tak?”
“Alamak
tak ada pulak. Auntie lupalah!” Qistina mengusik.
“Alaahhhh…takkan
Auntie lupa? Sedih la Husna macam ni.. hmm... eh eh.. Auntie tipu ye? Tak baik
tau tipu!” rengek Husna manja.
Qistina
sudah tergelak.
“Adalah.
Auntie dah beli baaaanyak hadiah untuk Husna.”
“Yeay!
Husna dah tahu dah. I love you,
Auntie!”
“And I
love you too, sayang. Eh, kita dah lama ni. Nanti kesian Papa kena bayar bil
mahal. Kita letak ya, sayang? Nanti lusa kita jumpa.”
“Ok
Auntie. Tak sabar nak jumpa. Auntie jaga
diri ok? We miss you!” Husna
memandang ke arah Khalish yang sedang tersenyum sambil mengganguk.
‘WE?’ bisik hati Qistina. Dia tersenyum
sendiri. Pandai-pandai jer si Husna ni.
oh yes WE miss u too ;)
ReplyDeleteWindu nk buat umrah...
ReplyDeletethanks for the sharing about umrah :)
ReplyDeletekhadijah