Monday, July 8, 2013

Cinta Kita - Chapter 16




“Papa! Auntie pengsan!” hilang darah Khalish bila mendengar suara Husna tadi. Husna dihantar ke rumah Qistina sejak pagi tadi. Nak melepas rindu katanya. Itulah Husna, kalau dah ada Qistina, papanya ditolak tepi.

Sepantas kilat Khalish memandu ke rumah Qistina kerana dia tahu Ira tiada di rumah. Ira berada Johor kerana kenduri dirumah ibu saudaranya. Hanya Ummi, Qistina dan Husna saja yang ada.
Setibanya dia melihat Qistina sudah duduk tersandar di sofa. Khalish nampak  mukanya yang sangat pucat dan kelihatan sangat lemah.

“Qis dah makan ubat?” soal Khalish lembut.

Qistina mengeleng.

“Saya puasa”

Khalish mengeluh.  

‘Demam pun masih mahu berpuasa’ bisiknya di dalam hati.

“Ummi dah suruh dia makan ubat tapi dia nak tunggu lepas buka”

Qistina hanya memandang Umminya. Mungkin dia sudah tiada daya untuk menjawab.

“Jom kita bawa dia ke hospital, Ummi. Ummi tolong ambilkan dompet Qis, ye?” pinta Khalish penuh tertib.

“Hmm.. tak pe tak pe. Saya dah ok ni Khalish.” Balas Qistina lemah.

“Ok apanya kalau sampai pengsan?” geram jugak Khalish melihat degil Qistina

“Saya dah ok sikit. Betul!”

Don’t be stubborn, Qis. Come.” Khalish yang serius dah kembali.

Mereka berbalas renungan sebentar. Satu terpancar keletihan. Satu terpancar kerisauan.
Qistina cuba bangun dengan perlahan-lahan. Sebelah tangannya dibawa kepada kepalanya yang sedang berdenyut. Sebelah lagi cuba memaut lengan sofa. Terasa sakit sungguh diseluruh sendi-sendinya.

“Awak boleh jalan tak ni?” risau Khalish melihatnya. Dia tak pernah melihat Qistina sebegini. Selama ini Qistina laju dan lincah sahaja.

Qistina mengeleng tiba-tiba. Terasa kaki dia memang tak boleh nak berdiri. Tubir matanya sudah merah. Dia benci kalau berkeadaan lemah begini. Lagi-lagi di hadapan Khalish.

“Izinkan saya dukung awak ye?” pinta Khalish lembut.

Dia mengangguk perlahan. Perlahan-lahan dia merasakan dirinya dirangkul dan diangkat oleh Khalish.  

“Husna, tolong papa buka pintu kereta, please?” Khalish mengarah Husna.

Husna cepat-cepat keluar dan membuat apa yang disuruh. Mulutnya juga senyap dan matanya cemas memandang Qistina yang sedang didukung Khalish. Ummi menyusul dari belakang bersama dompet Qistina dan Khalish terus membawa Qistina ke hospital.

Qistina ditahan satu malam untuk tujuan pemantauan. Dia juga dipasang drip untuk menambah kandungan air di badan.

“Biar Ummi teman Qis malam ni” Puan Maryam memberitahu Khalish sambil memandang Qistina yang sudah lena tidur.

“Ummi, saya minta izin biar saya yang jaga dia, Ummi.” Puan Maryam memandang Khalish. Terkejut dengan permintaan yang sama sekali tidak dijangka ini.

“Menyusahkan kamu saja Khalish”

“Tidak menyusahkan, Ummi.  Keadaan di sini tak berapa selesa. Saya bimbang kalau Ummi pula yang jatuh sakit nanti. Ummi sendiri pun belum cukup rehat. Sakit badan Ummi kalau tidur duduk.” terang Khalish perlahan. Dia tak mahu menggangu tidur Qistina.

“Saya hantar Ummi dan Husna balik lepas tu saya akan kembali ke sini. Saya rasa Qis tidur sampai pagi ni” dia tersenyum sambil memandang wajah Qis yang sedang lena itu.

Sepanjang malam Khalish hanya duduk di kerusi di luar bilik Qistina. Dia tidak mahu menyusahkan Qistina yang terpaksa bertudung di hadapannya. Khalish sudah berpesan kepada jururawat bertugas supaya memanggilnya jika ada apa-apa yang berkenaan dengan Qistina.

“Encik Khalish. Pesakit panggil.” Khalish terus terjaga dari lena yang tak berapa lena itu. Mana boleh lena kalau tidur atas kerusi, kan?

“Oh.. ok.. terima kasih” Khalish bangun sambil meraup wajahnya. Ditoleh pandangan seketika untuk mencari waktu. Dah pukul 630pagi rupanya.

Tok..Tok..

“Assalamualaikum. Boleh saya masuk?” dia bimbang kalau Qistina tidak bertudung.

“Waalaikumsalam. Masuklah” terdengar suara Qistina perlahan.

Khalish melangkah masuk. Dia terus mencari wajah Qistina.

“Kenapa awak tidur diluar? Kenapa tak balik? Husna mana?” soal Qistina. Dia terkejut tadi bila jururawat mengatakan suaminya menunggu di luar bilik dari malam tadi. Dia tak sangka Khalish akan menunggunya.

“Husna dengan Ummi” Khalish menjawab perlahan.

Qistina mengangguk. Khalish hanya menjawab soalan terakhirnya.

“Awak dah solat subuh?” soal Qistina. Khalish mengeleng.

“Solat sajalah kat sini. Tu, saya dah minta jururawat tadi bentangkan sejadah.”

“Awak dah solat?”

“Saya solat duduk atas katil ni saja. Tadi jururawat bantu ke bilik air.”

Khalish mengganguk. Dia sedar tak banyak yang dia boleh bantu kerana Qistina tidak halal buatnya. Semalam pun dah kira kes darurat maka dia terpaksa mendukung Qistina ke kereta. Takkan nak suruh Puan Maryam?

Perlahan dia menanam niat untuk berbincang tentang hubungan mereka dengan Qistina. Namun terpaksalah menunggu sehingga Qistina sihat. Dia melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk dan kemudian bersolat.

Sejuk mata Qistina melihat Khalish bersolat di depannya. Dia dapat mendengar suara perlahan Khalish membaca ayat-ayat suci Al Quran. Sejuk hatinya. “Qurrota aiyun”. Penyejuk jiwa. Tanpa disedar, air matanya jatuh ke pipi. Sayu hati dia tiba-tiba.  Teringat saat mereka berempat menunaikan solat terawih di awal Ramadan di rumah Khalish. Cepat-cepat air matanya disapu supaya tidak dilihat oleh Khalish.

“Awak sahur tak tadi, Khalish?” soal Qistina selepas Khalish selesai solat.

“Hmm.. tak. Saya tertidur.” Khalish menjawab sambil tersenyum. Dia menarik kerusi untuk duduk disebelah katil Qistina.

“Nampaknya saya tak boleh berpuasa lagi hari ni” Qistina mengeluh perlahan. Memandang ke botol air yang tergantung ditepi katilnya.

“Tak apa. Bukan awak sengaja tak nak puasa kan? Yang penting kembalikan kesihatan awak.” Khalish memujuk lembut.

How are you feeling?

“Rasanya dah ok dah ni.”

“Khalish?’

“Saya?”

“Boleh tak awak tanyakan pada doktor kalau saya boleh keluar hari ni?” pinta Qistina.

“Kenapa tak suka hospital? Dah jadi macam Husna?” Khalish mengusik.

Qistina tergelak kecil. Teringat Husna yang memang tak suka ke klinik atau kawasan yang sewaktu dengannya.

“Taklah. Cuma rasa lagi selesa kalau duduk di rumah sendiri.” jelas Qistina.

“Qis, saya lagi suka awak duduk di sini sampai awak betul-betul dah sihat. Di rumah Ira pun tak adakan?” dia risau kalau Qistina pengsan lagi. Jadi biarlah Qistina betul-betul sihat sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah.

Qistina menarik muncung.

‘Aik, sejak bila dia pandai tarik muncung dengan aku nie? Dah macam Husna.’ bisik hati Khalish sambil ketawa dalam hati.

“Marah kat saya?”

“Saya nak balik. InsyaAllah Ira sampai dari Johor petang ini.”

“Qis, saya tetap nak pastikan yang awak hanya boleh balik setelah awak sihat betul. Saya risau.” lembut Khalish menyebut namanya. Qistina merenung ke mata Khalish. Dalam. Renungan yang bagai meminta untuk dia memahami. Mereka terdiam seketika. 
 
“Bagaimana dengan persiapan Raya Husna? Dah siap semua?” sengaja Qistina menukar topik perbualan. Malas dia nak memanjangkan isu tadi.  

“Mahunya tak siap? Bisinglah Cik Princess kita tu kalau belum.” Khalish tertawa kecil.

“Berapa pasang baju?” Qistina tersenyum. Terbayang dimata wajah Husna yang pasti ceria berbaju baju di pagi Raya.

“Hmm.. saya dah lupa. Banyaklah jugak sebab saya memang jarang beli baju buat Husna. So bila Raya, memang kira berbeli sakan dia. Lagipun ini tahun pertama dia puasa, jadi Raya ini bertambah istimewa buat Husna”

Plus we now have you in our lives.’ sambung Khalish di dalam hati.

“Raya dimana?”

“Hmm.. di sini saja. Keluarga saya di Ampang. Cuma tradisinya, lepas solat Raya, kami akan ke Paroi dulu untuk menziarahi kubur arwah. Then ke rumah keluarga arwah untuk Husna beraya dengan mereka sebelum kembali ke Ampang.” Ini raya pertama mereka sejak bertemu dengan Qistina. Firasat Khalish dapat merasakan bahawa tradisi mereka akan bertukar tahun ini. Husna semenjak hadirnya Qistina sudah jarang menyebut nama Dahlia.  Jika dahulu, dia selalu juga bertanya samada Dahlia suka itu atau ini. Sekarang hanya nama Qistina yang bermain di bibir anaknya itu.

“Qis pulak beraya di mana?”

“Selalunya bersama Ummi di Kuantan. Kami hanya berdua tapi sanak saudara sebelah Ummi dan arwah ayah memang ramai di sana. Hmm.. tapi tahun ini saya tak sempat nak buat apa-apa persiapan pun lagi. Baju raya pun belum beli. Ingatkan nak pergi cari lepas balik umrah tapi dah kena check in hospital pulak.”

Khalish tersenyum.

“Nanti lepas keluar, saya temankan awak ye? Kita pergi sama-sama” pelawa Khalish.
Qistina tersenyum. Hari Raya tinggal beberapa hari saja lagi. Sempatkah dia sembuh sebelum itu? 
Sempatkah dia membuat semua persiapan?

Sebentar kemudian, jururawat masuk menghantar sarapan. Khalish meminta diri untuk pulang untuk mandi dan menukar pakaian. Dia juga perlu menjemput Ummi dan Husna dari rumah Qistina.

Sekembalinya mereka ke hospital, Qistina sedang lena tidur. Belum sempat Khalish melarang, Husna sudah mendapatkan Qistina dan tangan Qistina diciumnya perlahan. Nasib baik tidak terganggu lena Qistina. Puan Maryam memerhati dengan rasa terharu. Bagusnya didikan anak ini.

“Husna duduk sini diam-diam ya. Jangan ganggu Auntie tidur. Papa nak pergi jumpa doktor kejap” bisik Khalish kepada anaknya.

Angguk dua kali.

 “Kami dapati Cik Qistina cuma demam biasa. Mungkin kerana perubahan cuaca dan keletihan. Badannya juga kekurangan air. Tapi alhamdulillah rasanya esok dah boleh dibenarkan balik” terang Dr. Hamza sambil tersenyum ke arah Khalish.

“Encik Khalish jangan bimbang ya, tidak ada yang merbahaya.” jelas Dr Hamza lagi.

“Terima kasih, Doktor”

Dia melangkah kembali ke bilik Qistina dengan hati yang sedikit lega. Sampai dibilik, Qistina sudah terjaga. Khalish memandang Husna dengan satu persoalan.

“Husna tak kejut Auntie. Dia bangun sendirilah Papa. Kan Auntie?” Husna seakan memahami soalan mata Khalish.

Khalish tersenyum sambil memandang pula ke Qistina.

“Saya dah boleh balik?” mata Qistina penuh mengharap.

“Esok”  mata Khalish penuh kasih.

4 comments: