Wednesday, July 3, 2013

Cinta Kita - Chapter 13

There is a voice that doesn't use words. Listen!


“Kau buka puasa kat mana malam ni?” soal Ira sedang mereka berdua duduk memeriksa buku-buku yang baru sampai.

“Hmm..Di rumah Khalish. Kau tak kisahkan?

“Tak menjadi masalah. Pandai la aku cari mangsa. Kau tak payah risau.”

Mereka berdua tertawa kecil.

Hari ini masuk malam kedua Ramadan. Semalam mereka berbuka di Café Bonheur dengan semua staff-staff. Sesuatu yang Qistina mahu jadikan tradisi di Delisya. Dan selepas berbuka, dia dan Ira pergi menunaikan solat tarawih di masjid yang berhampiran.

Setibanya dirumah semalam, Qistina menerima panggilan dari Husna. Walaupun numbor yang tertera numbor Khalish, dia tahu siapa pemanggilnya. Dibibir sudah terukir senyuman sebelum dia menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum Auntie”

“Waalaikumsalam Husna. Husna belum tidur?”

“Belum Auntie. Husna nak call Auntie dulu sebelum tidur.”

“Husna puasa tak tadi?”

“Puasa!”

“Husna puasa penuh satu hari?”

“Ar ar!”

So, how was it? Penat tak? Boleh tahan?”

“Ok.. Cuma Husna haus saja. Tadi masa berbuka, Husna terus minum air. Banyak! Like 3 glasses! Hehehe…” tergelak Qistina mendengar cerita Husna.

“Amboi, banyaknya Husna minum. Kalau dah minum banyak macam tu, boleh makan nasi tak?”

“Hmm.. boleh.. tapi sikit. Nenek dah bising. Dia takut perut Husna masuk angin.”

and Nenek is right. Husna tak patut minum air banyak sangat.”

“Hehehe.. ok. Esok Husna minum satu gelas ajer..”

“Err.. Auntie, besok kita buka sama-sama ye?”

“Tadi Husna buka puasa kat mana?”

“Di rumah Atuk” Qistina mengganguk perlahan. Mereka berbuka di rumah keluarga Khalish rupanya.

“Auntie, esok kita buka sama-sama ya?” pinta Husna lagi.

Qistina terdiam sebentar. Dia segan dengan Khalish sebenarnya. Yalah, yang menjemputnya ialah Husna bukan tuan rumah.

“Auntie”

“Yes, Husna?”

“Papa nak cakap. Kejap ya” dan dia boleh mendengar talipon itu telah bertukar tangan.

Qistina menarik nafas.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam”

Are you home?

Yes, baru saja sampai.”

“Lambat?”

“Hmm..lepas terawih, saya balik semula ke kedai untuk buat closing.”

I see.. Hmm.. Esok kita berbuka sama, ya? My house” jemputan sudah diterima dari Khalish.

“Qis, kau ok?” Ira perasan yang Qistina ‘tiada’ di situ.

Qistina tersenyum. Soalan Ira mengejutkan dia dari lamunanya. Soalan yang ringkas tapi dalam maksudnya. Risau Ira bermaksud Ira menyayanginya.

“Aku ok, insyaAllah. Kawan kau ni dah kuat. Kau jangan risau, ok? But I do appreciate you asking. 
Thank you, dear.”

“Hmm.. Husna dah tahu ke belum yang kau nak pergi umrah ni?”

“Belum.”

“Baik kau beritahu dia Qis. Kalau tak, pening kepala Khalish nanti nak melayan anak dara dia yang sorang tu”

Qistina tertawa kecil.

“Yalah. Memang aku bercadang nak beritahu dia malam ni”

~~

Malam itu, mereka berempat berterawih di rumah Khalish dengan Khalish mengimamkan mereka. Mereka berterawih 8 rakaat berserta 3 rakaat witir dan sebelum memulakan setiap solat, Khalish akan berpaling dan mengajar Husna akan niat solat dan memberitahu si kecil akan berapa solat rakaat yang akan mereka dirikan. Sejuk sungguh hati Qistina apabila melihat cara Khalish mendidik Husna.

Selepas solat, mereka bertiga beralih duduk ke ruang tamu. Mak Jah datang menghidangkan kopi panas untuk Khalish dan Qistina serta segelas susu untuk Husna. Sepinggan buah-buahan disertakan sekali.

“Terima kasih Mak Jah. Buat susah aja.” ucap Qistina.

“Mak Jah boleh masuk berehat ye. Nanti nak bangun sahur pula. Yang ni nanti biar saya kemaskan.” Khalish berkata perlahan. Mak Jah mengangguk.

“Selamat malam Nek Jah.” ucap Husna. Tangan Nek Jah diciumnya.

Melihat Mak Jah berlalu, Qistina merasakan ini masa yang terbaik untuk dia memberitahu Husna. Dia juga harus pulang sebentar lagi. Tak manis pulak rasanya mereka duduk bertiga di situ.

“Husna.”

“Yes, Auntie.”

“Hmm.. minggu depan I will be away for 2 weeks., ok?”

“Huh? Auntie nak pergi mana?!”

“Auntie nak pergi Umrah.”

“Umrah tu apa Auntie? Kenapa sampai 2 minggu? Lamanya. Husna nak ikut boleh?”

Khalish memandang tepat ke Qistina. Dia juga terkejut dengan berita yang baru dia dengar ini. 2 minggu tanpa Qistina?

“Umrah tu seperti haji kecil. Kita melawat ke Madinah dan Mekah.”

“Ada apa kat situ, Auntie?” tanya Husna polos.

Qistina tersenyum.

“Di Madinah, ada makam RasulAllah sallalahu alaihi wassalam. Kita ke sana untuk melawat Baginda serta para sahabatnya yang lain. Kita juga akan dibawa ke tempat-tempat yang bersejarah. Auntie akan berada di Madinah for 3 days kemudian Auntie akan ke Mekah pula. Di Mekah ada Masjidil Haram yang di dalamnya ada Kaabah. Husna tahu Kaabah tu apa kan?

“Tahu Auntie. Kaabah tu kiblat sembahyang kita.”

That is correct, sayang. So I will be there for about 10 days then I will come back home.”

“Hmm… Macam mana kalau Husna rindu? Can I call you?” alahai..ini yang Qistina risaukan.

“Husna boleh call or sms Auntie. Nanti Auntie beri Papa numbornya. Tapi Husna kena ingat, waktu di Mekah dan Madinah berbeza dengan waktu di Malaysia, ya sayang? Kalau di Malaysia pukul 10 pagi, di Mekah dan Madinah, baru pukul 5 pagi. Jadi Auntie mungkin tengah tidur atau di masjid masa Husna call atau sms dan Auntie tak dapat jawab. Tapi Auntie janji, I will sms you every day, ok sayang?”

“Husna nak ikut” Husna sudah bangun dan duduk di kakinya. Qistina bertambah risau.

“Husnakan sekolah? Lagipun Husna kecil lagi. Kat sana kalau bulan Ramadan, jemaahnya terlalu ramai. Bahaya kalau bawa budak-budak. Nanti bila Husna dah besar sikit, Papa boleh bawa Husna ke sana.” Qistina memandang Khalish. Dia perlukan bantuan Khalish untuk memujuk Husna.

“Husna. Nanti bila Husna besar sedikit, Papa bawa pergi ya?” Khalish lembut bersuara cuba untuk memujuk anaknya itu.

“Nanti kita bawa Auntie Qis sekali ya?” Husna memandang papanya.

Mata Khalish dan Qistina berpaut sebentar. Jantung Qistina berdebar laju. Terasa darah naik ke muka.   
Cepat-cepat Qistina mengalihkan pandangannya.

“Err.. Auntie janji I will sms you daily, ok sayang? I will send you some photos too” Qistina mengusap lembut rambut Husna.

Angguk dua kali. Alhamdulillah.

“Bila berangkat?” tanya Khalish.

“Hari Sabtu depan.”

“Papa, kita hantar Auntie ke airport ya?” cepat Husna bersuara

Khalish pula yang mengangguk dua kali sebelum mengatakan. “InsyaAllah”

~~

“Dah habis packing?” soal Puan Maryam kepada anaknya.

“Belum ummi” Qistina mengangkat kepala sambil tersenyum memandang Puan Maryam.

“La.. tengok Ummi. Champion. Semua dah beres” Puan Maryam tersenyum lebar. Dia sampai semalam dari kampung. Penerbangan mereka ke Madinah esok jam 2 petang.

“La.. Ummi mestilah dah siap packing dari rumah lagi. Qis baru hari ni mula cuti pun.”

Puan Maryam tersenyum sambil mengambil tempat disebelah Qis yang sedang mengemas bagnya.

“Cantik telekung ni” Puan Maryam membelek telekung yang sedang dilipat Qistina itu.

“Khalish bagi, Ummi. 2 pasang.” Ujarnya perlahan.  Memang cantik telekung itu. Kainnya sangat lembut. Berjahit lace yang sangat cantik ditepi kain. 

Semalam bila dia kembali ke Café Delisya, ada bungkusan menanti di atas mejanya. Agaknya, Khalish singgah menghantar bungkusan itu pada waktu rehat makan tengahari. Qistina pula keluar kerana ada meeting dengan supplier. Dia agak terkejut bila melihat hadiah dari Khalish itu. Tidak pernah Khalish memberinya apa-apa.  Lebih-lebih lagi dia tahu harga telekung ini bukan murah. Kelihatan sangat esklusif.

“Pandai Khalish pilih” puji Puan Maryam. Dia tahu cerita anaknya bersama dua beranak itu. Dihujung setiap solatnya dititipkan doa kepada Yang Maha Esa untuk membuka hati Khalish & Qistina jika memang sebenarnya mereka ada jodoh.

“Hmm.. Ummi bawa berapa helai telekung ye? Qis nak bawa empat. Cukup tak, Ummi?” soal Qistina sengaja dia mahu menukar topik perbincangan.

“Cukuplah tu, Qis.”

“Husna ok tak bila Qis bagi tau yang Qis nak pergi?” perbualan kembali tertumpu kepada dua beranak itu. Puan Maryam sebenarnya tak sabar nak berjumpa Husna. Dari cara Qistina bercerita, budaknya sangat keletah.

“Mula-mula tu susah jugak Ummi. Tapi lepas dipujuk, alhamdulillah, dia ok tapi Qis kena janji yang Qis akan sms dia setiap hari. Err..  nanti Ummi tolong ingatkan yea? Qis takut terleka.” Qistina tersenyum memandang Umminya. Puan Maryam mengangguk.

~~

Mereka tiba di KLIA dalam pukul 9 pagi. Ira menghantar Qistina serta Puan Maryam sementara Pak long dihantar oleh keluarga anak sulungnya. Ramai juga jemaah umrah kali ini. Qistina memerhati sekeliling semasa taklimat perjalanan diberikan oleh wakil syarikat umrah. Selesai taklimat, mereka diberi rantai pengenalan diri yang harus dipakai sepanjang masa supaya dapat dikenali.

“Auntie! Auntie!” terdengar suara Husna sudah memanggilnya.

Qistina tersenyum apabila matanya sudah dapat menangkap wajah Husna.

Husna terus meluru kearahnya dan memeluknya pinggangnya erat. Puan Maryam terkejut seketika.
Rambut Husna dibelai dan perlahan-lahan pelukan itu Qistina leraikan.

“Assalamualaikum” Khalish memberi salam.

“Waalaikumsalam warahmatullah” jawab Qistina dan Puan Mariam.
Husna terus memegang tangan Qistina.

“Ummi, ini Khalish” Qistina memperkenalkan Khalish kepada Umminya.

“Apa khabar, Ummi?” Khalish sekadar mengangguk dan memberikan senyuman kepada Puan Maryam.

“Alhamdulillah. Ummi sihat Khalish. Doakan kami sihat di sana nanti ya?”

“InsyaAllah Ummi. Allah pasti menjaga setiap tetamuNya”

“Husna. Salam nenek, sayang. Ummi, budak comel ini namanya Husna.” Husna diperkenalkan kepada Puan Maryam.

Husna terus menghulurkan tangan untuk bersalam. Tangan Puan Maryam dikucup lembut dan tangan Puan Maryam yang sebelah lagi terus naik ke kepala si kecil. Menyentuhnya lembut.

“Oh, inilah Husna ya? Nenek selalu dengar pasal Husna. Akhirnya dapat juga nenek jumpa dia, ya?” Pipi Husna diusap lembut.

Husna kembali memegang tangan Qistina. Dia hanya menghadiahkan senyuman malu-malu kepada Puan Maryam.

“Semua dah siap?” soal Khalish memandang Qistina. Qistina hari ini mengenakan jubah berwarna hitam bersama tudung kuning bercorak abstrak. Wajahnya bersih tanpa sebarang solekan. Sesuatu yang Khalish suka. Dia suka melihat wajah Qistina begitu.  

“Alhamdulillah. InsyaAllah. Bag pun dah dibawa pergi untuk check in. Kami hanya menunggu arahan untuk masuk saja” Qistina memandang wajah Khalish. Redup renungannya hari ni.

“Nanti bila sampai di sana. saya akan smskan local number saya disana ye? Senang sikit nanti” Dia tersenyum sambil menjeling mata ke arah Husna. Khalish mengangguk faham. Dia memerhatikan tangan Husna yang menggengam erat jari-jemari Qistina. Terbit risau dihati Khalish.

“Husna puasa?” soal Qistina lembut memandang Husna

“Puasa, Auntie” Husna tersenyum manis.

‘Sah aku akan rindu senyuman manis ini’ bisik hati Qistina

“Jom kita pergi duduk kat situ kejap, nak?” Qistina menarik tangan Husna lembut. Dia bimbang Husna akan keletihan akibat terlalu lama berdiri.

“Jom” Husna tersengih lagi.

“Jom Ummi. Rasanya kita masih ada masa lagi ni, Ummi. Tadi pun wakil tu kata mungkin kita akan dipanggil masuk dalam pukul 11 pagi kan?”

Mereka duduk di bangku-bangku yang disediakan dibalai berlepas itu. Husna kembali rancak bercerita. Malunya pada Puan Maryam sudah hilang nampaknya Ada saja ceritanya. Khalish lebih banyak diam dan hanya memerhati. Sekali sekala pandangan Khalish dan Qistina akan berpaut dan setiap kali itu jugalah jantung Qistina akan berdegup laju. Renungan mata Khalish terasa dalam. Seperti ada kerisauan. Mungkin dia risau tentang Husna. Ini adalah kali pertama mereka akan terpisah lama. Walaupun tiada ikatan antara mereka, mereka kerap berjumpa. Ia telah menjadi satu rutin dalam kehidupan mereka.

“Assalamualaikum. Diminta semua para jemaah untuk bergerak masuk ke balai berlepas sekarang.” pengumuman diberikan oleh wakil syarikat.

Mereka segera bangun dan mula bergerak ke arah tangga escalator yang akan membawa mereka turun ke pintu balai berlepas.

You have your boarding passes?” soal Khalish

“Ada ni.”  Qistina menunjukkan kedua-dua boarding pass mereka.

Sebelum mereka menghampiri tangga, Qistina berhenti seketika. Dia menarik Husna ke tepi. Kemudian dia merendahkan badannya supaya dia sama tinggi dengan Husna. Mata merenung dalam ke mata Husna. Semenjak mereka mula melangkah tadi, dia sedar yang Husna sudah berdiam diri walaupun tangannya masih kuat digenggam oleh Husna.

You will be ok, right?” soalnya perlahan kepada Husna.

Husna diam. Matanya sudah berkaca. Alahai. Qistina menarik Husna ke dalam pelukannya. Sudah berbunyi tangisan si kecil.

“Husna… Husna anak yang baik kan? Husna tak nak papa dan Auntie risaukan?” rambut Husna dia belai. Bahu Husna dia usap perlahan-lahan.

“Husss..na.. Huss..na.. nak i…kut” Husna dah tersedu-sedan.

“Ke..na..pa… Huss..na.. tak boleh.. i..ikut?” mata Qistina juga sudah berkaca. Ditahan air matanya dari jatuh. Dia kena kuat demi Husna.

I.. I..will miss you …so… mu…ch” sambung Husna.

And I will miss you too, sayang. Can you please stop crying?” pinta Qistina. Air mata Husna disapu lagi. Dia menarik nafasnya perlahan-lahan. Kau tak boleh menangis Qis! Kau kena kuat!

Husna diam seketika. Mungkin sedang cuba mengawal tangis.

“Auntie a..a..kan ba..lik jum..pa Huss..na, kan?” masih ada sendu dalam soalannya.

“InsyaAllah, kalau Allah izinkan mesti Auntie balik untuk jumpa budak comel kuat menangis ni” Qistina cuba mengusik. Kepala Husna digosok lembut. Husna tersenyum kelat.

“Pa..pa” Husna memandang Khalish sayu.

Yes, baby?” Khalish mengatur langkah untuk mendekati Husna dan Qistina. Dari tadi dia hanya diam berdiri di sebelah Puan Maryam memerhatikan anaknya itu. Khalish sedar yang Puan Maryam juga menangis apabila melihat Husna menangis. Khalish juga sedar bahwa Qistina sendiri sedang menahan air matanya dari mengalir keluar. Tubir mata Qistina dilihatnya sarat berkaca.

Can Auntie be my Mama?

Khalish dan Qistina tergamam!

7 comments:

  1. I'm so excited to wait for the next chapter!

    ReplyDelete
  2. oh my!!! can aunty be my mama... sy pun sebak baca nie...

    ReplyDelete
  3. Husna lg advance okey...tggu papa dia lmbt sgt

    ReplyDelete
  4. semakin interesting dan semakin nak tau citer nie...keep it up sis :)

    -alaina-

    ReplyDelete
  5. seriusly. husna is a cupid for both of them laa
    khadijah :)

    ReplyDelete
  6. alahai..aunty yg kat sini pun dah join Husna menangis.. sob3

    ReplyDelete