[Salam. Sorry
Ganggu. Husna demam. Dia tak nak pergi klinik. She wants you.- Khalish]
[Salam. I
am on my way – Qistina]
[Thank
you. – Khalish]
“Assalamualaikum.” tak sampai setengah jam, Qistina sudah sampai
ke rumah Khalish. Dia sudah beberapa kali sampai ke sini ketika menghantar
Husna pulang dari Delisya tapi dia tak pernah masuk.
“Waalaikumsalam. Jemput masuk Cik Qis. Encik
Khalish dan Husna ada diatas. Jom Mak Jah tunjukkan.” Sapa Mak Jah lalu seakan bergegas membawa
Qistina ke bilik Husna di tingkat atas.
“Assalamualaikum.” Qistina memberi salam bila
dia melangkah masuk ke bilik Husna. Kelihatan Khalish sedang meletakkan tuala
kecil di atas dahi Husna.
“Waalaikumsalam warahmatullah” jawab Khalish
sambil menoleh memandang kepadanya. Mata mereka bertentangan sebentar. Mata
Khalish kelihatan letih. Mungkin Husna demam dari malam semalam dan Khalish
tidak tidur.
“How is
she?” soal Qistina perlahan. Mata Husna tutup. Bibir kecilnya merah.
“Badannya masih panas. Saya ajak dia ke
klinik tapi dia berkeras tak mahu. She’s
been calling for you.”
“May I?” Qistina bergerak ke tepi Husna. Khalish melangkah
sedikit ke belakang untuk memberinya ruang untuk duduk di tepi Husna. Rambut
Husna diselak. Tangannya diletakkan diatas dahi Husna. Memang panas. Perlahan-lahan,
dia menyentuh lengan Husna.
“Husna?”
“Auntie….” Lemah suara Husna. Alahai..
Husna membuka matanya perlahan. Wajah Qistina
ditenung tidak berkelip. Husna nampak sangat. lemah.
‘Husna demam ni. Panas badan. Kita pergi
klinik ye, sayang?”
Husna memegang tangan Qistina kuat.
“Tak nak. Husna tak suka pergi klinik.”
“Husna demam so mesti jumpa doktor.”
“Husna tak suka jumpa doktor. Nanti doktor
suruh makan ubat.”
“Kalau tak makan ubat, nanti Husna lambat
baik. Kalau tak sihat, Husna will miss
school. You love going to school, right?”
“Hmm… Husna tak suka klinik. Husna tak suka
doktor.”
“Kalau tak jumpa doktor, macam mana nak
sihat, sayang?”
“Biar Husna tidur aja. Nanti bangun, mesti
Husna dah sihat.”
“Husna. Husna demam dari semalam. Husna dah
tidur dan bangun tapi demam Husna belum hilang. Kita pergi jumpa doktor ye? Nanti
bila Husna dah sihat, Auntie belanja makan aiskrim. Nak tak?Husna suka aiskrim
kan?” Qistina sudah mula memancing minat Husna.
Kira last resort dah ni. Susah jugak nak pujuk si Husna ni rupanya.
“Hmm… Auntie janji?” bulat mata Husna
memandangnya.
“Auntie janji” jeratnya mengena. Qistina
tersenyum puas.
Khalish hanya mendengar perbualan mereka.
Tersentuh hatinya melihatkan si anak begitu manja dengan Qistina. Terharu juga
dia melihat Qistina yang pandai mengambil hati anaknya itu. Sejuk hatinya.
Bertuah mereka kerana diketemukan dengan Qistina. Kehadiran Qistina memang
membawa impak yang besar kepada Husna. Segalanya sekarang Husna mahu Qistina
turut serta. Kalau tidak berjumpa, Husna akan berbual di telefon. Kalau
berjumpa di hujung minggu, kadang kala hampir satu hari suntuk Husna akan
bersama Qistina di cafenya. Khalish yang pada mulanya ikut serta kini hanya
menghantar Husna ke sana dan datang mengambilnya bila diminta Husna.
“Ok jom” Husna cuba bangun perlahan-lahan.
Tangan Qistina masih digengam erat.
“Papa dukung Husna, ya?” Khalish bersuara.
Angguk dua kali.
Qistina tersenyum lega.
~~
“Kau dari mana, Qis?” soal Ira selepas
Qistina duduk di sofa yang bertentangan dengannya.
Sewaktu dia turun dari biliknya pagi tadi,
dia perasan kereta Qis sudah tidak ada di porch.
“Aku pergi rumah Khalish. Husna demam.”
Ira terdiam. Dia sekadar mengangguk. Kadang-kadang
dia risau bila memikirkan hal Qistina. Sudah beberapa bulan nama Husna dan
Khalish bermain dimulut Qistina. Dia sendiri pernah berjumpa dengan mereka
sewaktu Husna datang ke Café Bonheur. Dia tahu Husna sangat rapat dengan
Qistina. Memang banyak masa yang Qistina luangkan untuk si kecil comel itu. Dia
sendiri senang dengan Husna. Husna ringan tangan. Kalau di Café, dia selalu
suka menolong mereka. Husna paling suka menyusun buku-buku. Laju ajer tangan
kecil itu menyusun buku-buku yang ditinggalkan di Juniors’ Zone kembali ke
rak-rak buku yang tersedia. Senyuman dan keramahan Husna juga mencuit hati
sesiapa yang memandangnya.
“Khalish tak bawa dia ke klinik?”
“Khalish tried but Husna tak mahu. Khalish
sms aku pagi tadi pasal tu. Dia kata Husna cari aku. Tu yang aku pergi kejap
tengok. Kesian pulak.”
“Hmm….”
“Habis tu, nampak kau jer dia terus nak
pergi?”
“Tak jugak. Puas aku pujuk. Nasib baik dia
makan pujukan aku. Kalau tidak payah jugak tau. Panas betul badan dia tadi.
Khalish pun dah puas pujuk dia dari malam tadi tapi boleh tahan jugak degil si
Husna tu. Tadi kat klinik pun masam ajer muka dia. Aku rasa Husna tu takut more than dia tak suka sebenarnya.” Qistina
tersenyum mengenangkan muka takut Husna tadi. Kuat Husna gengam tangannya
apabila Doktor Intan memeriksanya tadi.
“Qis. Aku tanya sikit, kau jangan marah ya?”
Qistana memandang Ira sedikit hairan. Kenapa
dia nak marah? Macam-macam Ira ni. Dah la dia penat.
“Hmm.. Kau dengan Khalish macam mana?”
“Apa maksud kau, Ira?”
“Khalish tak ada cakap apa-apa?”
“Khalish nak cakap apa?” sungguh dia tak
faham ke mana arah soalan Ira.
“Kau kenal mereka dah masuk empat bulan dah
kan? Aku tengok Husna pun rapat benar dengan kau. Korang pun selalu keluar
bersama. Pergi piknik, pergi sports day,
pergi kelas piano, pergi tengok wayang.
Kadang-kadang aku tengok korang pergi grocery shopping pun sama-sama. Dah macam duduk serumah. Takkan
Khalish tak pernah cakap apa-apa?” sungguh Ira pelik.
Qistina tenung mata Ira. Memang betul apa
yang Ira baru katakan. Tapi selama itu, memang tumpuannya banyak kepada Husna.
Hatinya dijaga rapi sepanjang empat bulan ini. Dia tidak mahu sejarahnya
bersama Aidil berulang. Dia tidak mahu melayan perasaannya lagi. Hatinya
dikepung rapi.
“Qis? Takkan kau tak rasa apa-apa?” soal Ira
lagi. Dia juga risau kalau Qistina memendam rasa. Cukuplah dia melihat Qistina
kecewa dengan Aidil.
“Aku jaga hati aku, Ira.”
“Kau tak rasa apa-apa?” Ira mengulang soalan
yang sama.
“Bohonglah kalau aku katakan aku tak rasa
apa-apa. Aku suka tengok cari Khalish menjaga Husna. Aku suka cara dia mendidik
Husna. Husna itu testimonial yang paling baik buat Khalish. Aku rasa tenang
setiap kali bersama mereka. Terasa kalau aku berkeluarga nanti, aku nak kami semacam
ini. Dan sebagaimana Husna tu attached
pada aku, begitu juga aku kepada dia. Sumpah, aku sayangkan Husna dan aku akan
buat apa saja untuk dia. Tentang Khalish, aku tak tahu. Mungkin Khalish masih
belum terfikir untuk mencari pengganti arwah isterinya. Dan selagi Khalish
tidak berkata apa-apa, aku akan jaga hati aku.” Qistina teringat kepada satu
gambar besar yang dia lihat tergantung ditangga rumah Khalish tadi. Gambar hari
perkahwinan Khalish. Jelas kelihatan kebahagiaan yang terpancar. Sama cantik sama padan.
“Aku risau kalau kau memendam rasa dan kecewa
lagi. Cukuplah dengan Aidil’ jujur Ira menyuarakan rasa hati dia.
Qistina sekadar menganguk. Dia merenung Ira
seketika.
“Setiap kejadian itu ada pengajarannya Ira. Everything happens for a reason. Kecewa
aku pada Aidil mengajar untuk aku jadi kuat. Untuk aku tidak memendam rasa.
Untuk aku tidak menyandarkan harapan kepada sesuatu yang tidak pasti. Aku ingat
itu. Kau jangan risau.”
Ingatan Qistina berpaling kepada Aidil. Aidil
yang sering menggangunya kebelakangan ini. Bunga masih diterima. SMS juga makin
kerap dihantar tapi tidak pernah Qistina jawab. Pada dia, cara Aidil salah. Kata-kata
dalam sms Aidil juga sekarang ini sudah melangkaui batas-batas seorang sahabat.
Qistina jadi takut sendiri. Dia risau kalau isteri Aidil membaca sms-sms
berkenaan. Namun dia tidak ceritakan kepada Ira. Dia bimbang Ira akan masuk
mode “over protective” dia. Nanti susah dia nak bergerak.
skrg semua husna nak qis... kesian sikecil tu... x pernah rasa kasih syg seorg ibu...
ReplyDeleteQis masih jaga ati dia..takut terluka
ReplyDeleteKesian to both qis and husna. tpi jngnlaa khalish tu ttba nak dngn qis sbb husna. lagi terseksa qis.
ReplyDeletekhadijah