“Syukur Alhamdulillah.” Puan Maryam terus
memeluk anaknya apabila Khalish memaklumkan berita gembira itu kepadanya. Kedua
pipi Qistina diciumnya. Khalish hanya tersenyum memerhati gelagat ibu dan anak
itu.
“Allah telah memakbulkan doa Ummi” sambung Puan
Maryam lagi. Kali ini dia memandang tepat kepada Khalish. Ada air mata
kegembiraan di tubir mata ummi.
Khalish mengganguk perlahan.
“Biar saya balik berbincang dengan ibu
untuk menetapkan tarikh kami datang merisik Qis, ya Ummi? InsyaAllah saya akan
usahakan secepat mungkin.”
“Baguslah kalau begitu, Khalish. Benda baik
eloklah kita jangan tangguhkan. Ummi bersyukur sangat. Semoga Allah permudahkan
segala urusan kamu berdua.”
“Ameen” kedua Khalish dan Qistina
mengaminkan doa Ummi.
“Husna mana Ummi?” soal Qistina tiba-tiba
terasa rumah itu sunyi.
“Ada tu kat depan TV. Dia dah tidur. Dia menunggu
kamu berdua lama sangat.”
Mata Qistina dan Khalish kembali berpaut.
Tiba-tiba Qistina teringat saat Khalish melamarnya tadi. Terasa panas pipinya.
“Dia letih la tu Ummi. Saya minta maaf
sebab dah lewat sangat ni. Tak perasan sebenarnya. Leka sangat berbual tadi”
Khalish tersenyum lebar. Matanya redup memandang Qistina. Damai.
~~
“Assalamualaikum
Ibu”
“Waalaikumsalam.
Khalish dekat mana ni?”
“Tengah
memandu, Ibu”
“Khalish
dari mana? Kenapa tak datang berbuka di rumah hari ni?”
“Hmm..
Khalish berbuka di rumah Qistina malam ni. I
am driving home at the moment. Husna is asleep”
“Is there anything you want to tell me?” naluri
keibuannya kuat merasa ada sesuatu yang ingin diberitahu oleh anaknya itu.
Khalish
sudah tergelak kecil. Telepati ibunya dengan dia memang sangat kuat. Dari dulu
lagi mereka memang begitu. Contohnya, semasa dia remaja, bila saja dia terasa
seperti ingin makan sesuatu, makanan itu pasti sudah terhidang menantinya
apabila dia pulang ke rumah dari sekolah. Tak payah diberitahu. Besarnya kuasa yang
diberikan Allah kepada seorang ibu.
“Well, I asked Qistina to marry me tonight.” ada
senyuman di bibir Khalish.
“And?? ” berdebar jantung Puan Sri
Kamelia. Sudah lama dia menunggu saat ini. Saat anak tunggalnya itu meneruskan
kehidupan dan merasa kebahagiaan. Sudah lama Khalish hidup bersendirian. Dia
begitu terharu melihat Khalish yang sangat setia kepada arwah Dahlia.
“And…
she said yes!”
“Alhamdulillah..
MasyaAllah, this is the best news,
Khalish! A real gift for Hari Raya! Tak
sabar Ibu nak khabarkan pada ayah kamu.” Walaupun dia baru sekali berjumpa
dengan Qistina, namun dia amat senang dengan gadis itu.
Khalish tertawa kecil. Senyumnya lebar. Dilepaskan
satu nafas yang panjang. Selepas lamarannya diterima tadi, dia terasa bagaikan
satu beban telah diangkat dari bahunya. Damai – itu yang dirasanya. Satu rasa
yang sudah lama tidak hinggap di hatinya.
~~
“Tahniah Qis!!” Ira sudah separuh menjerit
sambil memeluknya erat.
Dia yang baru sampai dari Johor terkejut
besar apabila mendengar berita gembira itu.
“Terima kasih” Qistina tersenyum. Dia
memang tidak menyangka yang Khalish akan melamarnya secepat itu dan dia sama
sekali tidak menyangka yang dia akan bernikah sebelum Ira.
“Aku turun Johor kejap ajer tiba-tiba tup
tup kawan aku ni cakap dia nak kahwin! Ini lah yang dikatakan, angin tak da,
rebut tak da, tiba-tiba kain berterbangan.. hahaha.. Cepat cerita semuanya kat
aku” riuh mulut nenek kebayan ni.
Mereka sedang duduk santai sambil menikmati
latte dan kek yang Ira bawa pulang tadi di beranda rumah.
“Aku pun tak sangka Ira. Memang Khalish
buat aku tergamam sekejap. If only you
could see my reaction masa tu.” Qistina tertawa kecil.
“Ala.. ruginya aku! Kalau aku tahu, aku set
kamera video tersembunyi siang-siang” usik Ira.
“Hmm.. apa kau rasa sekarang?” soal Ira
lagi.
“Hmm…entahlah. Macam-macam aku rasa.
Bahagia, takut, risau, cemas. Semuanya silih berganti dalam hati aku ni.”
“Apa yang kau takutkan?”
“Aku dah lama hidup seorang, Ira. Dah biasa
dengan my independence. Semua
keputusan aku buat sendiri tanpa perlu aku refer
kepada sesiapa. Bolehkah aku biasakan diri nanti bila segala-galanya aku kena refer segalanya pada Khalish dulu?
Bolehkah aku ajar diri aku ini untuk taat kepada Khalish? Bolehkah aku ini
menguruskan rumahtangga aku? Banyak soalan dalam sini” kata Qistina sambil
menunjuk ke arah kepalanya.
“Kau cintakan Khalish?”
“Kalau aku tak cintakan Khalish, aku takkan
terima pinangannya, Ira”
Ira tersenyum mengangguk. Dia memang dah
syak yang Qistina memendam perasaannya selama ini. Mustahil mereka serapat itu
tetapi tidak mempunyai rasa antara satu sama lain. Ira sangat-sangat bersyukur
yang Khalish juga menyimpan perasaan yang sama terhadap Qistina. Dia tidak mahu
melihat Qistina kecewa.
“Kalau kau cintakan Khalish, semua yang kau
takutkan itu menjadi perkara yang secondary.
Aku kenal kau, Qis. Kau akan buat yang terbaik untuk orang-orang yang kau
sayang. Dan aku tengok Khalish tu memang lelaki yang baik. Dia boleh menjadi
seorang pemimpin yang baik. Sangat bertanggungjawab. Tengok sahaja bagaimana
dia membesarkan Husna.”
Qistina mengangguk setuju.
“Kan aku pernah kata, Husna itu testimonial
yang terbaik buat dia”
“Husna dah tahu?”
“Belum. Khalish kata biarlah dulu. Biar
jadi surprise for her. Lagipun, kau bukan
tak kenal Husna tu macam mana. Kalau dia tahu, mahu dia suruh aku pindah hari
juga ke rumah Khalish!” pecah ketawa mereka berdua.
“Ummi kau kata apa?”
“Ummi aku gembira betul. Dia kata inilah
yang dia doakan siang malam sepanjang kami di Mekah. Maklumlah anak dara dia ni
kan dah terlajak sikit” Qistina tersenyum lebar.
“Dah
set date ke?”
Qistina mengangguk. Selepas Khalish berbincang
dengan ibunya semalam, mereka telah memutuskan untuk masuk meminangnya seminggu
selepas Aidil Fitri. Majlis akad pula 2 bulan selepas itu.
~~
“So you finally made your move!
Congratulations, man!” Azman menepuk bahu Khalish apabila mereka berdua
keluar dari bilik mesyuarat.
Tersenyum
lebar Azman bila dia membaca sms semasa dia bangun sahur tadi. Dia memanjatkan
kesyukuran kepada Allah atas berita itu. Dia tumpang gembira jika Khalish
gembira.
“So, apa
kau rasa sekarang ni?” mereka sudah berada di dalam bilik Khalish.
“Aku
rasa lega”
Azman
sudah tergelak sambil menggelengkan kepalanya.
“Kan aku
dah cakap. Kau tu slow sangat.
Patutnya kau lamar dia months ago.”
“Months
ago, perasaan itu belum wujud Man” satu pengakuan jujur dari Khalish.
“Nasib
baik tak ada orang lain potong line.
Kalau tak, habis kau. ” usik Azman lagi.
Khalish
merenung Azman. Tiba-tiba dia teringat kepada Aidil. Dia menghela nafas
panjang.
“Habis kenapa sekarang? Kau dah ada pesaing
ke?”
Khalish
menggeleng.Dia tidak anggap Aidil sebagai pesaingnya.
“Jadi apa
yang buat hati kau tiba-tiba berubah? Pelik jugak aku”
Khalish
meraup mukanya. Jarinya dibawa untuk mengemaskan rambutnya.
“Hmm… entahlah Man. Aku rasa hati aku ni baru
terbuka semasa Qis pergi mengerjakan umrah. Bila dia tak ada, aku ajar mata aku
untuk tidak tercari-cari bayangnya. Aku ajar telinga aku untuk tidak terdengar-dengar
suaranya. Bila dia tak ada, hati aku mula kenal apa itu rindu. Dari perasaan
rindu itu, muncul pula perasaan sayang, Bila akhirnya aku dapat mendengar
suaranya selepas hampir 2 minggu, hati aku sudah tak dapat nafikan yang aku
telah jatuh cinta. Aku tak mahu kehilangannya.”
“Wow.. that’s deep Khalish. Mat Romeo jugak kau
ni rupanya. Tapi apa pun, alhamdulillah. Aku
bersyukur atas kesedaran kau tu.”
Azman tersengih lagi.
“Husna
dah tahu?” soal Azman.
“Belum.
Saja kami nak bagi surprise kat dia”
Azman
mengangguk.
“Ni, kau
cuti raya berapa lama ni?” soal Azman.
“Hmm..
standard la seminggu. Kau?”
“Samalah
juga. Tahun ni balik kampung isteri dulu. Pengsan la aku” Azman mengeluh.
Khalish dah tergelak. Perjalanan ke
Kelantan di musim raya memang sesuatu yang sangat mencabar!
suprise for husna!!!! oowww... suka suka...
ReplyDeletehusna dpt mama baru...
ReplyDeletehoyeaahhhh
ReplyDelete-alaina-
Surely Husna happy :)
ReplyDeletekhadijah