Monday, July 1, 2013

Cinta Kita - Chapter 9



There is a candle in your heart, ready to be kindled.

“Not even a Thank You call? – Aidil”

Qistina membaca kad kecil itu untuk kesekian kalinya.  Dia memandang kepada  jambangan bunga yang baru diterimanya. Sejambak lagi bunga dari Aidil. Bunga matahari. Sama seperti yang diterimanya pada dua minggu lepas. Memang dia sengaja untuk tidak menghubungi Aidil. Dia malas.  Semenjak Aidil kahwin, Aidil memang tidak pernah lansung menghubunginya. Seakan persahabatan mereka dulu tidak pernah wujud. Qistina memang sakit hati apabila dia terkenangkan sikap Aidil itu. Dulu setiap hari Aidil akan menghubunginya. Kadang-kadang lebih dari sekali dan mereka akan berbual lama. Aidil akan bercerita serta berkongsi apa saja dengan dia. Mengingatkan itu, kadang-kadang Qistina terasa betapa dia bagai telah dipergunakan oleh lelaki itu. Dan dia geram pada dirinya sendiri. Tembok yang selama ini dia didirikan disekeliling hatinya, begitu mudah dirempuh oleh Aidil.  Entah kenapa dari hari pertama dia kenal Aidil, mereka terus ‘click’ dan menjadi kawan. Tapi dia redha atas segala aturan Allah. Hadirnya Aidil dan perginya Aidil dari hidupnya adalah untuk memberi pengajaran kepadanya. Aturan Allah tidak pernah salah cuma sebagai manusia, adakalanya kita gagal untuk memahaminya.

“Cantik bunga tu, Cik Qis.” sapa Shaja dari luar pintu pejabatnya.

“Masuk Shaja” pelawa Qistina

               Shaja melangkah masuk sambil tersenyum dan matanya tertumpu kepada jambangan bunga matahari.

 “Aura bunga sudah terasa sungguh kat bilik ni. Cuma tak ada bau jer. Kalau bunga ros atau pun tubir roses, mesti dah wangi bilik ni. Err.. boss ni ada peminat ke? Ni dah masuk dua kali ni dapat bunga ni. Hehehe” Shaja tersenyum lebar. Di tangannya ada satu mug Hazelnut Coffee untuk bosnya itu.

“Bukan peminat Sha. Dari kawan lama.” terang Qistina.

“Oo... baiknya kawan Cik Qis sampai hantar bunga walaupun tak ada special occasion.” Shaja sebenarnya merasa pelik.  Tapi memang seronoklah kalau ada kawan biasa yang menghantar bunga pada kita saja-saja jer.. hati Shaja sudah berbisik.

“Awak ambil bunga ni. Buka wrapnya dan susunkan ke dalam pasu. Awak letak atas counter cafe. Biar aura dia terasa kat sana pulak” Qistina menghulurkan jambangan bunga itu kepada Shaja. Kad kecil masih dipegang.

“Baik, saya keluar dulu Cik Qis.”

Qistina sekadar mengangguk dan matanya kembali membaca kad kecil ditangannya. Dia membuka laci untuk menyimpan kad tersebut.  Matanya kembali meneliti dokumen dokumen yang memerlukan perhatiannya. 
Sebentar kemudian. iPhonenya berbunyi. Qistina memandang ke arah skrin. AIDIL. Dia mengeluh. Patutkah dia menjawab? Nak dia biarkan, tak sampai hati pula. Perlahan-lahan dia menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum Qis” kedengaran suara Aidil yang sudah lama tidak didengarinya.

“Waalaikumsalam.” Qistina menjawab pendek.

“Lama tak dengar cerita. Awak apa khabar?”

“Saya sihat, alhamdulillah” terasa pelik sebab memang dah lama benar Aidil tidak menghubunginya.

“Dah lama kita tak berbualkan? As a matter of fact, kita pun dah lama tak jumpa. Gosh it must have been 2 years, right?”

“Kenapa tiba-tiba?”

Terdengar Aidil tergelak kecil kemudian dia diam. Hanya bunyi nafas Aidil kedengaran.

“Awak marah ke?

“Patut ke saya marah?

Aidil tertawa kecil lagi.

"How come I don't get any Thank You for the flowers I sent. Awak terimakan?" soal Aidil

"Kenapa tiba-tiba?" Qistina mengutarakan soalan yang sama.

Qistina mengeluh. Dia tak ada masa untuk bermain kata-kata dengan Aidil.

 “Entahlah awak. Tiba-tiba saya rasa saya tak lengkap. Saya rasa macam ada something is missing in my life. Lama saya cuba mencari apa yang missing dan saya rasa sekarang saya dah tahu. I think I miss us.” Ada keluhan di hujung ayat itu.

Qistina sekadar mendengar. Dia juga rindu kepada persahabatan mereka tetapi sekarang sudah ada jurang yang besar di antara mereka. Status mereka sudah berbeza. Tidak lagi seperti dulu dan dia tidak mahu memberi ruang kepada fitnah. Dia tidak mahu ada salah faham nanti.

“Awak?” Aidil memanggilnya.

“Ya. Saya dengar.” Jawab Qistina.

“Kita jumpa nak? Banyak cerita saya nak update kat awak ni” suara Aidil berbunyi riang.

“Saya rasa tak payahlah awak.”

“Kenapa?”

“Kedudukan kita sudah berbeza.”

“Maksud awak?”

“Awak sudah berkeluarga. Awak perlu menjaga hati isteri awak. Saya tak mahu timbulkan sebarang salah faham. Saya tak mahu buka ruang fitnah.” Qistina mengharap supaya Aidil faham.

“Kita kan kawan, Qis?” soal Aidil lemah.

“Iya. Kita memang kawan. Tetapi, tak manis seorang wanita dilihat bersama dengan suami orang. Walaupun kita hanya berkawan tetapi itu boleh menimbulkan fitnah dan saya tak mahu ada hati yang terluka nanti.” Sekali lagi Qis mengharapkan untuk Aidil faham.

Aidil diam. Lama.

But I miss you. I miss talking to you. I miss sharing things with you. Can we please meet?”
Qistina mengeluh. Aidil dah merengek macam budak kecil. Guys can be so childish sometimes. Qistina kena kuat.

“Aidil, these are just feelings that will soon pass. Dah 2 tahun awak tak hubungi saya dan saya rasa awak ok-kan selama itu? Lagipun awak dah beristeri. You should make her your best friend. The one you talk to and share your problems or emotions with.”

It’s not the same, Qis” keluh Aidil lagi.

Qistina diam sebentar. Dia harus menghentikan perbualan ini.

“Aidil. I have to go. Kena attend to customer. You take care, ok? Assalamualaikum” dan dia menamatkan panggilan itu.

 Baru sahaja lepas dia menghela nafas panjang dan ingin menutup matanya, telefonnya berbunyi lagi. Matanya melihat skrin dan terus terbit senyuman di bibirnya.

“Assalamualaikum Ummi”

“Waalaikumsalam warrahmatullahi.  Qis sihat?”

“Qis Alhamdulillah sihat. Ummi?

“Ummi pun sihat. Alhamdulillah.  Qis tengah sibuk ke tu?”

“Tak ada lah Ummi. Ok jer. Boleh nak berborak dengan Ummi.”

“Hmm.. Ummi nak bagi tahu ni. Pak Long kamu mengajak kita untuk pergi umrah dengan dia sekeluarga. Kamu nak tak?”

“Bila Ummi?”

“Ramadan ni”

“Hmm.. Ummi nak pergi ke?”

“InsyaAllah, Ummi nak ikut. Kalau boleh, Ummi nak Qis ikut sekali. Dah ada Pak Long ni, senang. Dia boleh jadi Mahram untuk Qis. Kalau tidak, Qis kena tunggu sampai Qis bersuamilah baru boleh pergi.” terang Puan Maryam.

“InsyaAllah Ummi. Kita pergi sama. Nanti Qis tanyakan pada Pak Long pasal tarikhnya sebab Qis kena cari orang untuk tolong tengokkan Bonheur. Berapa lama ye, Ummi?”

“Dalam dua minggu”

“Oh! Hmm… ok Ummi. InsyaAllah.”

“Err.. Qis?”

“Ya Ummi?”

“Dah ada ke lelaki di kawasan2 yang sewaktu dengannya?” soalan Puan Maryam disertai dengan ketawa kecilnya.

“Hish Ummi nie!” pecah ketawa mereka dua beranak.
~~
“Papa…”

Khalish menoleh.

“Bila kita nak pergi jumpa Auntie Qis? Dah seminggu Husna tak jumpa dia. I have so many stories to tell her.”

Why don’t you tell your stories to me?” Khalish tersenyum.

“Tak best lah dengan papa. Husna nak bagi tau pada Auntie Qis saja. Papa kalau dengar nanti papa kata boring, Tapi Auntie Qis tu dia senyum ajer bila dengar cerita Husna.”

“Dulu ok jer Husna cerita dengan Papa”

“Dulu tak ada Auntie Qis, Husna ada Papa jer jadi Husna ceritalah dekat Papa. Nak cerita kat Nek Jah, dia asyik sibuk ajer”

Khalish pecah ketawa. Ada-ada saja Husna nie. Petah menjawab!

“Hmm.. maybe kita boleh ajak Auntie Qis dinner dengan kita. Hah, cuba papa call dia?” bersinar mata Husna. Tiba-tiba dapat idea bernas!

“Tak baiklah kacau Auntie Qis. Mana tahu dia sibuk ke? She has a shop to take care of, remember?”

“Ala papa ni. Kan Auntie Qis ada pembantu-pembantu dia. Call la dia Papa.” Husna dah merengek. Tangan Khalish ditarik-tarik. Khalish mengeluh. Dia rasa tersepit. Antara melayan kerenah si anak dan rasa segannya pada Qistina. Terasa bagai dia menyusahkan Qistina. Dia tak mahu meletakkan Qistina dalam keadaan serba salah. Dia tak tahu bagaimana dia harus terangkan supaya Husna dapat faham.

“Papa!” Husna menepuk lengannya.

“Ya. Papa dengar”

Then? Papa tak call pun” Husna sudah mencebik

“Ok. Papa SMS saje ye?”

[Salam. Husna would like to invite you for dinner tonight. Are you free? – Khalish]

[Salam. Sure. What time & where shall I meet you both? – Qistina]

[Selepas Maghrib. Saya datang jemput di Bonheur? - Khalish]

[Oh ok.. see you then. – Qistina]

[Thank you. – Khalish]

4 comments:

  1. eeee.. aidil ni sibuk2 interprem la... yeeaayy... step by step khalish n qistina.... sukaaaa... ;)

    ReplyDelete
  2. Qis ni pn layan je kehendak husna tu

    ReplyDelete
  3. Qis ni dh jatuh syang pada Husna eh? hmm tpi tak brapa nak nmpak la cik writer. pndapt je :)
    khadijah

    ReplyDelete
  4. sokong Cik Su...'boys, be they big or small will have loads of childishness in them'...beza nya...boys-kecik sgt la comel...boys-besar...alahai amat la menjengkelkan hati hahahaha

    ReplyDelete